brosur

67
1. Tentukan Matlamat. Setiap pelajar yang inginkan kecemerlangan perlu ada matlamat. Matlamat mampu menunjuk arah dan hala tuju serta memberi semangat untuk bekerja kuat bagi memperolehi kecemerlangan. 2. Belajar Mengikut Jadual Waktu Dan Menyintai Pelajaran. Pembelajaran akan lebih konsisten dengan adanya jadual waktu. Pelajar tahu dan ingat apa yang hendak dilakukan pada waktu-waktu tertentu. Berusaha menyintai pelajaran supaya perasaan untuk mendekati dan minat untuk mengulangkaji akan timbul. 3. Sentiasa berfikiran tenang, ceria dan gembira. Perasaan tenang, ceria dan gembira akan memudahkan proses pembelajaran. 5. Ingat Setiap Perkara Yang Dibaca. Pastikan anda faham dan ingat setiap kali melakukan pembacaan. Elakkan duduk berjam-jam mentelaah pelajaran tetapi apabila di soal apa yang dibaca dia tidak tahu. Pelajar seperti ini hanya membuang masa dan tenaga. 6. Belajar dalam keadaan segar Jika pergi ke sekolah dalam keadaan letih, lesu dan mengantuk, pemahaman dalam sesuatu mata pelajaran tidak mencapai tahap maksimum. 7. Memohon petunjuk dari Tuhan Setiap yang dilakukan di tentukan oleh Tuhan. Oleh itu kita harus memohon petunjuk untuk memudahkan pembelajaran. 8. Jika berjaya ucapkan tahniah kepada diri

Upload: roshaimmi-mohamad

Post on 10-Nov-2015

27 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

CONTOH BROSUR

TRANSCRIPT

7.30 pagi

Pendaftaran Peserta

(Ibu bap

7.30 pagi

Pendaftaran Peserta

(Ibu bap

Tentukan Matlamat.

Setiap pelajar yang inginkan kecemerlangan perlu ada matlamat.

Matlamat mampu menunjuk arah dan hala tuju serta memberi semangat untuk bekerja kuat bagi memperolehi kecemerlangan.

Belajar Mengikut Jadual Waktu Dan Menyintai Pelajaran.

Pembelajaran akan lebih konsisten dengan adanya jadual waktu.

Pelajar tahu dan ingat apa yang hendak dilakukan pada waktu-waktu tertentu.

Berusaha menyintai pelajaran supaya perasaan untuk mendekati dan minat untuk mengulangkaji akan timbul.

Sentiasa berfikiran tenang, ceria dan gembira.

Perasaan tenang, ceria dan gembira akan memudahkan proses pembelajaran.

Hindari Masalah Dan Aktiviti Tidak Berfaedah.

Pelajar mempunyai komitmen dalam pelajaran, oleh itu elakkan masalah terutama masalah yang remeh seperti bergaduh, cemburu, dengki dan sebagainya.

Menjauhi aktiviti yang tak berfaedah seperti melepak, berbual kosong, merayau-rayau dan sebagainya.

Ingat Setiap Perkara Yang Dibaca.

Pastikan anda faham dan ingat setiap kali melakukan pembacaan.

Elakkan duduk berjam-jam mentelaah pelajaran tetapi apabila di soal apa yang dibaca dia tidak tahu. Pelajar seperti ini hanya membuang masa dan tenaga.

Belajar dalam keadaan segar

Jika pergi ke sekolah dalam keadaan letih, lesu dan mengantuk, pemahaman dalam sesuatu mata pelajaran tidak mencapai tahap maksimum.

Memohon petunjuk dari Tuhan

Setiap yang dilakukan di tentukan oleh Tuhan. Oleh itu kita harus memohon petunjuk untuk memudahkan pembelajaran.

Jika berjaya ucapkan tahniah kepada diri sendiri

Apabila kamu berjaya, kamu perlu ucapkan tahniah dan memberi pelbagai hadiah kepada diri sendiri supaya kamu terus bersemangat untuk berusaha dan mengecapi kejayaan.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK TEBOBON, KOTA KINABALU

32100 LUMUT

PERAK

TEKNIK

Cara pelaksanaan sesuatu kerja.

BELAJAR

Usaha untuk memperolehi ilmu pengetahuan, menuntut ilmu, menjalani latihan dan sebagainya.

BERKESAN

Pencapaian matlamat dengan usaha yang minimum. (kejayaan optimum dengan usaha minimum)

PEMBELAJARAN BERKESAN

Memperolehi pembelajaran maksimum dengan usaha dan tenaga yang kurang.

FAKTOR PENENTU KEJAYAAN PELAJAR DALAM PELAJARAN

Menghadiri kuliah

Membaca semua bahan rujukan

Menyiapkan kerja rumah / tugasan

Meluangkan masa untuk belajar

Kesihatan mental yang baik

Mengurangkan aktiviti sosial

Mencatat nota

Mendengar guru mengajar dengan teliti

Tidak suka berkhayal

Membuat persiapan bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan

FAKTOR LAIN.......

Kebolehan

Suka bekerja kuat

Cara belajar yang berkesan

Minat

Peluang

Persekitaran yang baik

PERSEDIAAN BELAJAR SECARA BERKESAN

Meningkatkan tenaga mental dengan memperbaiki kesihatan diri.

Memperbaiki arah dan kaedah kerja melalui perancangan dan pengagihan pembelajaran dengan cekap.

Kurangkan tekanan yang menghalang kerja melalui pembentukan minat dan motivasi.

Kurangkan kerisauan dan kegembiraan dengan penetapan konflik diri

Memang sukar membentuk minat dalam mata pelajaran yang ada dapati tidak menarik. Anda mesti tahu bagaimana untuk menimbulkan minat dalam mata pelajaran tersebut.

Percayalah........

Anda akan lebih mudah membuat kerja dengan sistematik jika anda mempunyai matlamat dan minat yang kuat terhadap mata pelajaran.

MENCATAT

KATA KUNCI SAHAJA

Kata kunci adalah kata-kata penting yang terdapat dalam sesuatu bab atau topik.

Contoh; masalah mewujudkan perpaduan ialah kerakyatan, pendidikan, sosioekonomi, bahasa dan agama.

Kata kuncinya; masalah perpaduan-kerakyatan, pendidikan, sosioekonomi, bahasa dan agama.

NOTA

RINGKAS DAN PADAT

Nota yang dibuat mestilah ringkas dan padat serta dapat kamu fahami sendiri.

Kamu tidak perlu menulis setiap patah perkataan yang ada dalam buku. Hanya perlu catatkan isi-isi penting sahaja.

Maklumat yang diterima perlu ditapis supaya hanya intipati dan rumusan sahaja yang ditulis.

PENGGUNAAN

PERKATAAN SENDIRI

Nota yang paling berkesan adalah nota yang ditulis dengan perkataan sendiri.

Penggunaan cara ini boleh meninggikan tahap daya ingatan atau tahap penghafalan kamu.

Hal ini kerana nota yang kamu tulis adalah hak kamu dan bukan hak orang lain.

FAHAMI

SETIAP KATA KUNCI

Penggunaan atau pemilihan kata kunci adalah tidak mengelirukan dan senang difahami.

Jika tidak, masa yang diambil akan menjadi terbuang dan usaha kamu menjadi sia-sia.

Best jugak nota aku ni! Kecil tapi padat dan amat berkesan.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK TEBOBON, KOTA KINABALU

32100 LUMUT

PERAK

KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar biasa digunakan semasa mendengar penjelasan tentang pelajaran yang diajar oleh guru.

Walaupun proses menulis lebih lambat daripada mendengar tetapi dengan kemahiran ini, kamu boleh membuat kedua-dua aktiviti tanpa menjejaskan proses pembelajaran.

Jika kamu boleh menulis dengan terus apa yang diucapkan, pengetahuan dan kefahaman kamu akan lebih meningkat.

KEMAHIRAN MEMBACA LAJU

Kemahiran ini diperlukan dalam membuat nota daripada buku kerana kemahiran ini memendekkan masa mencari fakta-fakta penting dan membolehkan seseorang itu menyusun bahan yang berkaitan dengan teratur.

Tanpa kemahiran ini, tugas membuat nota menjadi lebih susah dan mengambil masa yang lama.

KEMAHIRAN MENULIS

Tulis dengan jelas. Seseorang yang tidak dapat memahami apa yang dicatat atau apa yang ditulis hanya melakukan kerja yang sis-sia. Oleh itu seseorang pelajar hendaklah melatih diri supaya menulis dengan jelas dan mudah.

Tulis dengan cepat. Buat latihan menulis selaju yang boleh dalam tempoh satu minit di samping mengekalkan mutu tulisan tangan kamu. Semasa menulis dengan laju seseorang akan mengalami masalah kebas tangan dan kemungkinan berasa cepat letih. Cara yang boleh diamalkan bagi mengelakkan kejadian ini ialah dengan duduk tegak dan tenangkan fikiran. Elak duiduk secara membongkok. Duduk dengan posisi yang sedemikian akan menyebabkan anggota badan terasa sakit.

Tulis dengan huruf singkatan. Kegunaan huruf singkatan boleh mempercepatkan penulisan. Ini sangat perlu dilakukan semasa membuat nota sambil mendengar apa yang diajar oleh guru.

Gunakan Masa Ketika Menunggu Kenderaan

Ketika menunggu kenderaan, pelajar hendaklah membaca kad ulang kaji atau mengingati formula-formula. Masa itu tidak sepatutnya dihabiskan dengan berbual-bual sahaja.

Belajar Menyatakan Tidak

Pelajar cemerlang seharusnya tegas dan yakin untuk menyatakan tidak ketika diajak oleh rakan-rakan ke pusat hiburan seperti Cyber cafe.

Elakkan berfoya-foya di pusat membeli-belah

Ramai pelajar gemar berpelesiran di kompleks membeli-belah. Aktiviti ini membazir masa dan wajar dijauhi.

Elakkan daripada berbual-bual kosong

Gantikan masa berbual kosong dengan aktiviti perbincangan topik-topik pelajaran.

Menyelesaikan semua tugasan segera.Jangan bertangguh.

Memberi keutamaan kepada kerja penting.

Beri peluang orang lain bantu tugas anda.

Utamakan tugas sendiri daripada tugas orang lain.

Buat perancangan rapi atas satu-satu perkara.

Pagi- sebelum kelas bermula ( 5 10 minit )

Guru lewat masuk kelas kerana ada urusan

( 5-10 minit )

Guru tidak masuk kelas

( 30 60 minit)

Waktu rehat selepas makan ( 10 minit )

Semasa menunggu bas ulang alik ke sekolah ( 10 30 minit).

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK TEBOBON, KOTA KINABALU

32100 LUMUT

PERAK

Menonton Televisyen

Ramai pelajar begitu terikat dengan rancangan di televisyen. Misalnya selepas menonton X-Files beralih pula kepada Sesame Street. Amalan seperti ini amat merugikan pelajar kerana banyak masa terbuang begitu sahaja dan akhirnya kekurangan masa untuk mengulang kaji pelajaran.

Menelefon

Para remaja begitu gemar menelefon untuk berbual-bual dan membincangkan perkara-perkara yang kurang penting. Hal yang sama berlaku ketika menjawab panggilan telefon. Kesannya menyebabkan pelajar banyak kehilangan masa.

Perbualan

Pelajar banyak kehilangan masa ketika menunggu kenderaan kerana pelajar lebih gemar berbual-bual dari memanafaatkan masa dengan membaca buku atau nota ringkas.

Amalan Berfoya-foya

Para remaja lebih berminat menghabiskan masa di pusat-pusat membeli-belah tanpa tujuan. Tingkah laku seperti ini hanyalah menjejaskan masa pelajar.

Berkhayal

Sesetengah pelajar gemar berkhayal di dalam kelas. Mereka mungkin tidak bermotivasi untuk belajar. Jika hal ini berlaku ketika pengajaran guru, pelajar tersebut tidak akan memahami pengajaran guru. Akhirnya ia akan menjejaskan akademik pelajar itu.

Menunggu Kenderaan

Kebanyakan pelajar membuang masa menunggu kenderaan untuk membawa mereka balik. Pelajar lebih suka berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. Jarang sekali di dapati pelajar membuat kerja sekolah atau mengulang kaji pelajaran ketika menunggu kenderaan mereka datang.

Buat Perancangan

Seseorang pelajar hendaklah membuat perancangan agar setiap perkara yang perlu dilakukan dapat dilaksanakan dengan baik. Perancangan yang dibuat dengan teliti akan menjamin kecukupan masa untuk menyiapkan tugasan sekolah, mengulang kaji dan beriadah. Perancangan akan mempastikan masa digunakan secara maksimum.

Hadkan Masa Menonton Televisyen

Para pelajar hendaklah memilih program televisyen yang paling digemari untuk mengelakkan terlalu lama masa dihabiskan dengan menonton televisyen. Hal ini kerana di dapati ramai pelajar yang sukar mengawal diri ketika menonton televisyen.

Kurangkan Masa Menelefon

Satu amalan di kalangan pelajar ialah perbualan melalui telefon. Adalah tidak aneh bagi seorang pelajar remaja menghabiskan masa 20-45 minit menelefon kawan atau ketika menjawab panggilan telefon.

Apabila seorang klien atau pelajar datang berjumpa kaunselor, klien tersebut akan berkongsi perasaan dan pengalaman bersama kaunselor. Kaunselor akan mewujudkan rapport supaya klien rasa selesa dan diterima.

Dalam sesi kaunseling kaunselor membantu klien untuk meneroka masalah yang dihadapi. Kaunselor juga akan membantu mengenal pasti masalah dan berbincang dengan klien tentang alternatif dan tindakan yang boleh diambil oleh klien sebelum membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Kaunselor kadang kala memberi tugasan kepada klien seperti menyenaraikan kebaikan dan keburukan tindakan yang akan diambil bagi mengatasi masalahnya.

Dalam proses kaunseling juga , kaunselor akan menerangkan tentang apa yang berlaku dalam sesi seperti etika kerahsiaan, kerjasama dan had masa.

Masalah Peribadi

Pelajar hadapi masalah peribadi seperti masalah keluarga. Perasaan ini mengganggu emosi dan menyebabkan pelajar berfikiran tidak rasional.

Masalah Pembelajaran

Terdapat klien tidak menguasai Teknik Kemahiran Belajar. Kaunselor akan membimbing klien cara mengatasi masalah pembelajaran seperti pengurusan masa dan membuat jadual waktu.

Masalah Rakan Sebaya

Terdapat pelajar yang mengalami gangguan emosi apabila tidak di terima oleh rakan sebaya. Maka kaunselor akan membantu pelajar mempunyai kemahiran sosial dan komunikasi yang positif.

Masalah Kewangan

Masalah kewangan seperti yuran sekolah, perbelanjaan harian dan kos pengangkutan. Kaunselor akan merujuk pelajar terbabit kepada guru kebajikan pelajar untuk mendapatkan bantuan.

Masalah Kesihatan

Bantuan mendapatkan surat rujukan ke hospital dan kekeliruan jantina.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK TEBOBON, KOTA KINABALU

32100 LUMUT

PERAK

APAKAH PERKHIDMATAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan PERCUMA yang disediakan kepada anda untuk menolong anda menyelesaikan persoalan-persoalan mengenai;

( Peribadi dan emosi anda

( Pendiam dan susah hendak

bergaul

( Selalu berpandangan negatif

( Perkembangan pelajaran

( Belajar dengan lebih

berkesan

( Pilihan kerjaya

( Merancang masa depan

MATLAMAT PERKHIDMATAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

( Supaya pelajar mengenal potensi diri sendiri dari aspek kekuatan dan kelemahan.

( Supaya dapat mengembangkan bakat, minat, kebolehan dan potensi diri pelajar.

( Supaya pelajar dapat dipupuk dengan semangat kerjasama, tolong-menolong dan mengamalkan sikap toleransi.

( Supaya pelajar dapat mengenalpasti keperluannya.

( Supaya pelajar dapat membuat rancangan yang realistik dalam kehidupannya.

JENIS PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

( Perkhidmatan Bimbingan

Pelajaran- Kerjaya

Kepimpinan- Sosial

( Perkhidmatan Kaunseling Individu

Peribadi- Kesihatan

Sosial- Tekanan emosi

Keluarga- Kerjaya

Akademik

( Perkhidmatan Kaunseling Kelompok

Kelompok masalah bersama

Kelompok kepimpinan

Kelompok kumpulan kerja

Kelompok motivasi

BAGAIMANA KAUNSELING DIJALANKAN

( Kaunseling individu

Pertemuan anda dengan kaunselor anda

( Kaunseling kelompok

Pertemuan anda dan rakan-rakan anda dengan

kaunselor

CARA BERTEMU DENGAN KAUNSELOR

( Datang seorang atau bersama rakan-rakan anda.

( Datang memberitahu kaunselor satu tarikh yang

boleh ditentukan untuk diadakan sesi kaunseling.

( Mengisi borang temujanji yang boleh di dapati di

bilik kaunseling.

KAUNSELOR ANDA SEORANG

( sanggup mendengar semua persoalan anda

( menerima anda tanpa syarat

( menerima dan MERAHSIAKAN apa yang anda katakan

( menghormati diri anda sebagai seorang individu

Tidak Tahu Teknik Belajar Berkesan

Ada pelajar yang rajin belajar tetapi tidak berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Ini berlaku kerana pelajar tiada kemahiran belajar yang berkesan seperti teknik membaca, mencatat nota dan teknik mengingat

Kebimbingan/marah

Kaunselor boleh membantu pelajar mengenalpasti punca-punca kebimbangan dan rasa marah yang dialami.

Tidak Tahu Ke Mana Arah Diri Selepas Tamat SPM

Terdapat pelajar yang tidak tahu membuat perancangan kerjaya selepas tamat SPM. Pelajar boleh berjumpa kaunselor bagi mendapatkan bimbingan tentang kursus yang sesuai untuk dipilih di IPTA/IPTS.

Mahu Berhenti Merokok

Pelajar yang terjebak dengan gejala merokok boleh mendapatkan bimbingan kaunselor untuk menghindarinya.

Di mana boleh mendapatkan Pinjaman/Biasiswa/Penempatan

Pelajar mendapatkan maklumat mengenai pinjaman/biasiswa /penempatan melalui kaunselor.

Ujian Bakat

Anda boleh mengetahui sama ada anda mempunyai bakat dengan mengambil Ujian Bakat seperti dapat menghasilkan karya atau lukisan yang menarik ataupun memainkan alat muzik.

Inventori Nilai

Anda boleh mengambil Ujian Nilai untuk mengetahui pegangan nilai diri anda ataupun nilai anda terhadap sesuatu isu atau perkara.

Inventori Personaliti

Anda boleh mengetahui personaliti diri anda dengan menjawab soalan-soalan yang disediakan. Melaluinya anda mengetahui anda seorang yang berstruktur, agresif, analitikal dan sebagainya.

Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian untuk mengetahui sejauhmana tahap intelektual anda. Boleh mengetahui daya kecerdasan diri dan penempatan ke SBP/IPTA/IPTS.

Maklumat daripada ahli keluarga/guru/rakan sebaya

Perlu berfikiran terbuka untuk mengetahui maklumat tentang diri.

MENGAPA SEORANG PELAJAR

MEGHADAPI TEKANAN

Pelajar menghadapi tekanan apabila tiada kestabilan emosi. Sekiranya emosi pelajar tidak stabil ia sukar untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas pencapaian pelajar akan merosot. Antara masalah yang sering memberi tekanan kepada pelajar;

Masalah Pembelajaran

Masalah Keluarga

Masalah Kewangan

Masalah Personaliti

Masalah Rakan Sebaya

PENGARUH PERSEKITARAN TERHADAP

PERKEMBANGAN SEORANG PELJAR

Kepercayaan Agama

Melahirkan sikap positif. Semua agama menganjurkan kebaikan.

Sekolah

Bergantung kepada niat pelajar hadir ke sekolah untuk menghasilkan sesuatu yang positif/negatif tentang dirinya.

Keluarga

Proses sosialisasi pelajar yang pertama.

Masyarakat

Nilai masyarakat mengawal individu daripada bertindak sesuka hati.

Media Massa

Contohnya televisyen, radio, internet dan majalah.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK TEBOBON, KOTA KINABALU

32100 LUMUT

PERAK

SIAPAKAH

SEORANG PELAJAR

Adakah seorang pelajar itu kenal akan diri dan peranannya? Pelajar perlu tahu apakah perkara yang membentuk ia sebagai seorang individu. Terdapat pelajar yang menjadi keliru dan bersikap tidak tentu arah berpunca dari dirinya sendiri.

Individu terbentuk berdasarkan tiga komponen iaitu;

Pemikiran (kognitif)

Tingkah laku (behavior)

Emosi (afektif)

Jika seseorang itu mengalami gangguan emosi, secara tidak langsung tingkah lakunya akan memberi tindakbalas kepada situasi tersebut.

Fizikal

Pelajar perlu jelas tentang jantina dirinya. Jika ia seorang lelaki tetapi berkecenderungan ke arah sifat-sifat seorang perempuan, maka pelajar itu memerlukan pertolongan daripada keluarga dan ahli perubatan.

Kognitif

Pelajar perlu sedar sama ada ia seorang yang cerdas ataupun seorang yang lembam. Ini kerana pelajar yang lembam perlu perhatian yang lebih dari guru di sekolah.

Emosi

Emosi pelajar selalu tidak stabil kerana remaja sering sensitif dan cepat tersinggung.

Psikomotor

Ada pelajar yang tidak cekap atau kurang mahir dengan aktiviti yang melibatkan anggota tangan.

Nilai/Sikap

Nilai dan sikap antara pelajar berbeza kerana mereka dibesarkan dalam situasi keluarga yang berlainan. Ia banyak dipengaruhi oleh cara ia di didik dan orang yang signifikan dalam hidupnya.

Adalah penting bagi seorang pelajar itu mengenali ciri-ciri positif dan negatif dirinya. Ini kerana pelajar boleh mengubah tingkah laku negatif yang ada pada dirinya agar mudah diterima oleh rakan sebaya dan dapat membina hubungan yang baik dengan ahli keluarga.

Ada pelajar mengalami masalah kerana ia tidak mahu bersikap terbuka untuk menerima pandangan atau teguran daripada orang lain tentang dirinya.

Oleh itu pelajar perlu berbincang dengan rakan yang jujur tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya agar ia dapat mengubah tingkah laku ke arah positif. Guru/kaunselor dan rakan sebaya boleh membantu pelajar dengan menonjolkan ciri-ciri kepimpinan pelajar itu dalam aktiviti kokurikulum. Maka pelajar itu akan dapat membina keyakinan diri lantas membentuk personaliti yang positif.

Sekolah, keluarga dan masyarakat adalah antara institusi penting yang dapat membentuk keperibadian, nilai, sikap ataupun tingkahlaku positif seseorang individu. Begitu juga tingkah laku negatif boleh terbentuk oleh faktor persekitaran.

Jangan Berasa Malu Untuk Bertanya

Pelajar tidak perlu berasa malu untuk bertanya kepada guru atau rakan tentang perkara yang tidak difahami. Pelajar yang ingin berjaya perlu bersikap asertif dan bukan pasif.

Jauhi Dari Perbuatan Salahlaku

Perbuatan negatif (ponteng, merokok ,mencuri) di dalam atau luar sekolah boleh menjejaskan motivasi diri anda untuk pelajar. Anda akan berasa malas untuk berusaha. Hal ini berlaku kerana anda gagal memahami tujuan asal anda ke sekolah.

Jaga Kesihatan Diri

Tanpa kesihatan yang baik anda tidak dapat belajar dalam keadaan yang selesa. Jaga amalan pemakanan serta masa tidur yang cukup.

Memohon Doa Daripada Tuhan

Bermohon doa kepada Tuhan agar segala usaha yang telah anda lakukan memperolehi kejayaan seperti yang anda cita-citakan. Pohon doa kepada Tuhan supaya anda tidak panik ketika berada di dewan peperiksaan.

Konsentrasi Dalam Pembelajaran

Tumpuan yang perlu ialah

Tumpuan Mata

Pandang guru alau lihat penerangan yang diberikan untuk memudahkan mengingat sesuatu fakta atau proses ujikaji dalam makmal.

Tumpuan Fizikal

Amalkan cara duduk yang betul bagi mengelakkan cepat letih.

Tumpuan Fikiran

Elakkan dari berkhayal.

Persediaan Diri Menghadapi Peperiksaan

Bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Perlu kerap membuat ulangkaji sebelum menjelang pepriksaan. Proses ulangkaji meningkatkan daya ingatan.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK TEBOBON, KOTA KINABALU

32100 LUMUT

PERAK

Mengapa anda perlu belajar?

Matlamat hendak berjaya dalam UPSR/PMR/SPM /STPM dengan mendapat 5A/7A/10A/5A

Di manakah anda perlu belajar?

Anda perlu belajar di sekolah untuk menduduki peperiksaan.

Apakah hala tuju belajar?

Tujuan belajar adalah untuk mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran seterusnya berpeluang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi jika memperolehi keputusan cemerlang. Selepas itu mendapatkan kerja yang dicita-citakan. Anda akan memperolehi kesejahteraan diri sekiranya anda berpuashati dengan kejayaan dan usaha yang telah anda lakukan untuk diri anda.

Yakin Diri

Pelajar perlu berusaha dengan gigih untuk menangani masalah yang dihadapi. Misalnya ada pelajar yang menghadapi masalah kewangan, namun ia berusaha meminta bantuan guru atau mana-mana pihak yang difikirkan sesuai.

Berusaha Dengan Gigih

Setiap pelajar perlu berusaha dengan sedaya upaya, sabar dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan diri lebih awal lagi sebelum tiba hari peperiksaan.

Jangan Cepat Putus Asa

Pelajar yang memperolehi kejayaan adalah pelajar yang tidak kenal erti kegagalan. Meskipun gagal peringkat awal, gandakan usaha untuk mencapai kejayaan.

Disiplin Diri Anda

Pelajar perlu disiplin diri dari segi;

Masa

Masa perlu dibahagikan dengan baik untuk belajar, riadah, ulang kaji dan sebagainya.

Tanggungjawab

Tanggungjawab terhadap diri sendiri dan tidak melakukan perkara-perkara yang menjejaskan kesihatan dan maruah diri.

Pengurusan Masa Yang Baik

Anda ada masa 24 jam dalam satu hari. Masa anda perlu diurus dengan baik, optimum dan berkesan. Sediakan jadual waktu untuk belajar secara berkesan.

Menguasai Teknik Asas Untuk Belajar

Anda perlu menguasai kemahiran belajar untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Teknik belajar dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran.

Nyatakan Sebab Mengapa Matlamat Tersebut Perlu Dicapai

Tuliskan seberapa banyak matlamat yang munasabah mengapa matlamat tersebut perlu dicapai.

Catat aktiviti yang ingin dibuat selepas waktu sekolah.

Cth; buat latihan/tugasan, semak tajuk pelajaran esok, ulangkaji buat nota.

Catat waktu belajar malam hari

Cth; mengulangkaji pelajaran, siapkan kerja rumah, buat latihan.

Catat aktiviti belajar pada hujung minggu

Cth; selesaikan tugasan sekolah, sertai aktiviti belajar berkumpulan, pergi perpustakaan.

Catat aktiviti utama pelajaran dan bukan akademik yang berfaedah

Cth; menghadiri tuisyen, menyertai kegiatan kokurikulum, menyertai lawatan, membantu keluarga di rumah, bercuti selepas penat belajar.

Tentukan Matlamat

Tentukan matlamat sama ada semua A dalam peperiksaan yang bakal diduduki atau semua A dalam setiap mata pelajaran yang diambil.

Susun Mata Pelajaran Mengikut Kepentingan

Subjek yang wajib lulus diletakkan di bahagian atas atau subjek yang paling sukar untuk dikuasai.

Tuliskan Markah Yang Diperolehi

Tujuannya bagi memperlihatkan mata pelajaran yang masih belum dikuasai dan juga mata pelajaran yang telah dikuasai dengan baik.

Tentukan Gred Yang Dikehendaki

Tujuannya memudahkan anda melipatgandakan usaha untuk mencapai gred yang telah ditentukan.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK TEBOBON, KOTA KINABALU

32100 LUMUT

PERAK

Dalam membuat perancangan pelajaran, seseorang pelajar akan memikirkan tentang jadual waktu. Jadual waktu yang disediakan hendaklah praktikal iaitu mudah dilaksanakan. Tiga aspek perlu diberi perhatian iaitu;

Matlamat Peperiksaan

Langkah pertama pelajar hendaklah mencatatkan matlamat dalam borang. (lihat contoh)

Setelah matlamat ditentukan pelajar mesti mulakan usaha.

Mata Pelajaran Keutamaan

Susun mata pelajaran . Letakkan subjek paling susah bagi kamu di atas sekali dan yang termudah di bawah. Subjek yang susah sepatutnya diberikan masa yang lebih.

Menyediakan Jadual Waktu

Pastikan jadual waktu yang disediakan praktikal dan boleh dilaksanakan.

BORANG

MATLAMAT PEPERIKSAAN

Nama:

Tingkatan:..

Tarikh Peperiksaan:...

Matlamat:...

Tindakan:...

Mata PelajaranGred Dihajati1. Bahasa MelayuA12. Bahasa InggerisA23. MatematikA14. FizikA15. KimiaA16. BiologiA1

BORANG

PEMBAHAGIAN WAKTU

Bil.Mata PelajaranBil. Jam1Fizik82Bahasa Melayu73Biologi74Kimia65Matematik Tbhn66Matematik47Bahasa Inggeris48Prinsip Akaun49Geografi2Jumlah48

CONTOH JADUAL WAKTU

Teknik Chunking/

Pembahagian

Asingkan senarai perkataan/ nombor kepada beberapa bahagian kecil supaya mudah dingati

cth: ABCDEFGHIJK

LMNOPQRSTUVWXYZ

jadi: ABCDEFG/ HIJKLMN OPQRSTU/ VWXYZ

Sistem Irama

Sistem irama di dapati lebih mudah membantu ingatan

Cth: One little two little three little Indians

Seven little eight little nine little Indians

Ten little Indian boys

Sistem Gambar

Kaitkan sesuatu maklumat dengan gambar. Kemudian hafal maklumat berserta bayangan gambar yang telah kamu pilih.

Kaedah Akronim

Menggabungkan huruf pangkal untuk membentuk satu perkataan yang perlu diingat.

Cth: UPM (Universiti Putra Malaysia)

RIMBA ( Reptilia, Ikan, Mamalia, Burung, Amfibia)

Kaedah Akrostik

Satu siri perkataan atau rangkap yang memuatkan huruf-huruf pertama yang boleh membentuk semula perkataan atau frasa asal

Cth: Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo Ungu

Jadi: Mamak Jual Kacang Hijau Balik India Utara

Kaedah Bunyi Seakan

Keadaan bunyi seakan menggunakan fakta gantian untuk mereka cerita (ambil huruf awal)

cth: Kelas Makanan Lemak Vitamin Pelawas Air Garam mineral Protien Karbohidrat

jadi: Mak Amin tak Lawas bila minum Air Mineral dalam Tin Karat

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK TEBOBON, KOTA KINABALU

32100 LUMUT

PERAK

PENERIMAAN

Semua maklumat yang hendak disimpan akan terlebih dahulu diterima dalam bentuk yang mudah difahami. Maklumat akan diterjemah dari satu bentuk ke bentuk lain. Contohnya semasa membaca hanya terdapat tulisan-tulisan pada buku tetapi otak menterjemah apa yang dibaca kepada bentuk yang difahami. Kebanyakan maklumat pada peringkat ini tidak kekal kerana kurang tumpuan.

PENYIMPANAN

Apabila maklumat sudah diterima ia akan disimpan untuk beberapa ketika. Proses penyimpanan berlaku secara automatik dalam dua keadaan iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Menjadi ingatan jangka panjang apabila diberi tumpuan dan sering diulang.

PENGGUNAAN

Urutan terakhir sistem memproses maklumat iaitu apabila maklumat boleh digunakan semula. Contohnya anda tidak perlu mengeluarkan kad pengenalan untuk menggunakan nombornya ketika mengisi sesuatu borang kerana ia telah kekal dalam ingatan jangka panjang.

Proses pembelajaran tidak lengkap jika anda tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterima hendaklah disimpan agar tidak lupa untuk dikeluarkan apabila diperlukan. Beberapa kaedah yang boleh membantu meningkatkan teknik mengingat ialah;

Hafal Isi Yang Dibaca

( menghafal isi pelajaran adalah salah satu teknik ingatan yang berkesan.

( Anda perlu membaca dan kemudian mengingat semula melalui hafalan

( Hafalan menjadi lebih berkesan jika;

menyebut isi yang anda hafal

sebut dengan suara yang kuat

Tentukan Perkara Yang Diingat

( Sebelum membaca buku, tentukan beberapa perkara yang terdapat dalam buku yang perlu diingat.

( Cth: Jika membaca mengenai pelangi, tentukan anda hendak mengingat warna-warna pelangi.

( Jika perkara tersebut telah ditanamkan dalam fikiran, lebih mudah untuk mengingatinya.

Isi Disusun Dengan Betul

( Penyusunan isi juga meningkatkan proses ingatan anda.

( Susun isi mnegikut keutamaan

Uji Kemampuan Daya Ingatan

( Membaca banyak fakta dalam satu masa tidak berguna jika anda tidak dapat mengingatinya.

( Anda berperanan dalam 2 watak (penyoal & penjawab)

( Gunakan teknik 1 husband 6 wife (How, what, who, when, where, which, why)

Lakukan Ulang Kaji Sekerap Mungkin

( Ulangkaji perlu dilakukan sekerap mungkin supaya maklumat dapat anda ingat dalam tempoh yang panjang.

( Pelajar tidak dapat mengingat dengan sekali pembacaan sahaja.

( Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan.

( Bacalah selagi ada kesempatan.

Cuba Ingat Semula Apa Yang Talah Dibaca

( Proses mengingat semula dilakukan selepas beberapa jam mengulangkaji.

( Dilakukan

sebelum tidur

selepas bangun tidur

KETAHANAN

( Skor Rendah (1-40%)

Kurang ketahanan fizikal, mental dan emosi. Mudah ketepikan sesuatu yang dianggap tidak bernilai. Cepat bosan. Mendapat kepuasan kerja-kerja kreatif atau berkaitan dengan orang ramai.

(Skor Sederhana (40-70%)

Ciri ketahanan pada tahap sederhana.

(Skor Tinggi (70-99%)

Individu yang mempunyai ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Tidak buat kerja separuh jalan. Sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu kerja.

KRITIK DIRI

( Skor Rendah (1-30%)

Anggap diri sentiasa betul dan yang salah adalah orang lain.

(Skor Sederhana (40-50%)

Individu yang stabil dari segi emosi dan psikologinya.

(Skor Tinggi (60-99%)

Selalu merendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap apa yang dilakukan.Tidak percaya telah mencapai kejayaan.

MENGAWAL

( Skor Rendah (1-40%)

Lebih selesa dipimpin daripada memimpin. Kerjaya- setiausaha, pramugari, akuantan dan ahli biologi.

(Skor Sederhana (40-70%)

Menunjukkan ciri mengawal dan memimpin pada tahap sederhana.

(Skor Tinggi (70-99%)

Suka mengawal dan memimpin orang lain. Suka memimpin dari dipimpin. Kerjaya-pengurus, pentadbir, peguam, pegawai tentera, ahli politik.

MENOLONG

( Skor Rendah (1-40%)

Tidak suka terlibat secara emosi dengan orang lain.

(Skor Sederhana (40-70%)

Ciri menolong tahap sederhana.

(Skor Tinggi (70-99%)

Mempunyai keinginan untuk mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan, membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain.

SOKONGAN

( Skor Rendah (1-40%)

Tidak suka bergantung secara emosi kepada orang lain.

(Skor Sederhana (40-70%)

Ciri sokongan tahap sederhana.

(Skor Tinggi (70-99%)

Individu yang mempunyai keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati. Kombinasi skor rendah untuk trait menolong menunjukkan anda adalah individu yang sangat mementingkan diri.

STRUKTUR

( Skor Rendah (1-40%)

Suka kepada aktiviti yang tidak berstruktur dan tidak berulang-ulang. Mengelak dari kerja-kerja yang memerlukan kekemasan, peraturan dan ketelitian.

(Skor Sederhana (40-70%)

Ciri struktur pada tahap sederhana.

(Skor Tinggi (70-99%)

Individu yang suka kepada perkara berstruktur, rutin dan terperinci. Suka kerja perlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.

PENCAPAIAN

( Skor Rendah (1-40%)

Individu yang rendah motivasi dan tidak begitu kisah tentang peranan status dan kuasa dalam kerjaya.

(Skor Sederhana (40-70%)

Tahap motivasi sederhana.

(Skor Tinggi (70-99%)

Individu yang sangat bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai matlamat..

PENCAPAIAN skor tinggi

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK TEBOBON, KOTA KINABALU

32100 LUMUT

PERAK

UJIAN PERSONALITI

Ia merupakan ujian untuk mengenalpasti cirri-ciri atau tret-tret personaliti individu. Ujian ini mempunyai format jawapan ya atau tidak. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat menerangkan cirri-ciri personalitI individu tersebut

AGRESIF

( Skor Rendah (1-40%)

Menunjukkan anda seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal anda membenarkan orang lain memanipulsi diri anda.

(Skor Sederhana (40-70%)

Menunjukkan anda adalah seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal anda selalu menuntut hak anda tetapi dalam masa yang sama hati dan perasaan orang lain anda jaga.

(Skor Tinggi (70-99%)

Menunjukkan anda seorang individu yang agresif. Anda suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal hati dan perasaan orang lain bukanlah tumpuan anda yang penting hajat dan matlamat anda tercapai.

ANALITIKAL

( Skor Rendah (1-40%)

Menunjukkan anda adalah seorang yang kurang atau tidak berminat kepada perkara-perkara yang memerlukan analisis. Anda adalah individu yang praktikal. Tidak akan membaca perkara yang tersirat.

(Skor Sederhana (40-70%)

Minat anda menganalisis adalah sederhana.

(Skor Tinggi (70-99%)

Anda seorang yang sensitif kepada persekitaran. Suka menganalisis orang, diri mahupun situasi. Suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis.

AUTONOMI

( Skor Rendah (1-40%)

Suka menerima arahan orang lain dan struktur sosial yang memerlukan keakuran.

(Skor Sederhana (40-70%)

Ciri autonomi sederhana.

(Skor Tinggi (70-99%)

Sukakan kebebasan sepenuhnya dalam tindakan dan dapat mengawal serta menentukan aktiviti harian.

BERSANDAR

( Skor Rendah (1-40%)

Suka berdikari. Tidak bergantung kepada orang lain apabila buat keputusan.

(Skor Sederhana (40-70%)

Tahap pergantungan sederhana.

(Skor Tinggi (70-99%)

Suka bergantung kepada orang lain. Selalu mengharapkan pendapat dan nasihat terutama individu yang ada autoriti.

EKSTROVERT

( Skor Rendah (1-40%)

Kurang sosial, mengelak berinteraksi dalam kumpulan besar dan lebih selesa kerja sendirian atau satu sama satu.

(Skor Sederhana (40-70%)

Mempunyai dua-dua ciri sosial dan tidak sosial. Tahap sosial sederhana,

(Skor Tinggi (70-99%)

Individu yang sosial. Suka berinteraksi dan dikelilingi orang ramai dan tidak selesa bersendirian.

INTELEKTUAL

( Skor Rendah (1-40%)

Tidak selesa dengan hal bersifat teoritikal. Selesa kerja berstruktur dan praktikal (kemahiran)

(Skor Sederhana (40-70%)

Ciri intelektual tahap sederhana.

(Skor Tinggi (70-99%)

Suka aktiviti beri cabaran intelektual. Puas hati dengan aktiviti keilmuan tetapi kurang minat aktiviti berulang-ulang.

INTROVERT

( Skor Rendah (1-40%)

Suka libatkan diri dalam hubungan interpersonal dan suka orang ramai. Seorang yang sosial.

(Skor Sederhana (40-70%)

Ciri sosial tahap sederhana.

(Skor Tinggi (70-99%)

Tidak suka sosial dan mengelak situasi memaksa anda berkomunikasi. Suka setting kerja bersendirian atau satu sama satu.

KEPELBAGAIAN

( Skor Rendah (1-40%)

Suka situasi kerja yang stabil dan selamat. Tidak selesa dengan situasi atau pengalaman baru.

(Skor Sederhana (40-70%)

Ciri kepelbagaian tahap sederhana.

(Skor Tinggi (70-99%)

Dapat menghayati situasi yang boleh memberikan peluang dan pengalaman baru. Suka perubahan dan sesuatu yang baru. Seorang yang adventures.

ARTISTIK-A

Individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif.Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Tidak selesa dengan kerja yang rutin atau berulang-ulang. Selalu menggunakan imiganisasi dan krativiti.

Contoh;

Penyair, pemimpin okestra, penyanyi konsert, pengubah lagu, pengarang, pelukis plan,pelukis protret, wartawan, kartunis, juruhias dalaman, arkitek dan lain-lain.

SOSIAL-S

Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kebajikan pada orang lain. Mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan oranglain. Matlamat utama ialah membuat kebajikan,.

Contoh;

Ahli sosiologi, guru, pengetua sekolah, pegawai perhubungan awam, pengarah kem belia, pengarah agensi kebajikan, kaunselor dan lain-lain.

ENTERPRISING-E

Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain. Pandai dan mahir memanipulasi orang lain. Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Contoh;

Spekulator,eksekutif, pengarah syarikat, pengarah publisiti, peguam, ahli politik, pengurus hotel,pengurus bank, jurujual insurans dan lain-lain.

CONVENTIONAL-C

Jenis individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam mengguna nombor. Melakukan sesuatu secara terperinci, bersikap akur dan mengikut arahan.

Contoh;

Penyimpan kira-kira, guru perdagangan, akauntan, jurutrengkas, kerani bank, pakar cukai, kerani gaji, operator komputer, penilai harta, kerani insurans dan lain-lain.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK TEBOBON, KOTA KINABALU

32100 LUMUT

PERAK

PENGENALAN

Ujian yang dapat mengenalpasti minat anda terhadap sesuatu bidang pekerjaan. Ujian ini mempunyai format suka dan tidak suka atau ya dan tidak. Respons individu terhadap item-item yang terkandung dalam ujian ini akan dapat mengenalpasti minat kerjaya seseorang.

REALISTIK-R

Individu yang mempunyai kemahiran mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin,peralatan, dan tumbuhan serta binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan.

Contoh;

Jurutera awam, jurutera keretapi, operator mesin, mekanik kapal terbang, mekanik kereta, juruteknik elektronik, ahli ilmu perkebunan, tukang kayu dan lain-lain.

INVESTIGATIF-I

Individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerja teknikal.

Contoh;

Ahli kaji cuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli kaji bumi, penyelidik sains, antroplogis dan lain-lain.

4. Tenangkan Perasaan

( Setiap kali memulakan pembelajaran, perasaan haruslah tenang dan ingatkan tentang pelajaran sahaja.

( Perasaan yang resah gelisah akan membuatkan rancangan pembelajaran tergendala.

( Jika keadaan tidak tenteram, berhenti sebentar dan sambung semula apabila tenang.

5. Jangan Membazir Masa

( Aktiviti yang perlu diutamakan;

menyiapkan tugasan

perbanyakkan latihan

ulangkaji soalan lepas

ulangkaji topik baru

baca topik yang akan dipelajari

( Aktiviti sosial yang tidak perlu diutamakan;

menonton televisyen

menonton wayang

berbual kosong

banyak tidur

banyak main/jalan

baca komik/buku cerita

6. Tajamkan Minda

( Ertinya meningkatkan tahap pemahaman dan daya ingatan.

( Penajaman minda bermula dari tumpuan di dalam kelas (dengar apa yang guru sampaikan dan bersoal jawab)

( Mendengar dan memahami ajaran guru adalah asas untuk membentuk tabiat belajar yang cemerlang.

7. Peruntukan Waktu Rehat

( Berehat sebentar apabila berasa penat dan mengantuk. Otak manusia bukan komputer (Perlukan rehat)

( Berehat sebentar setelah membaca 30 minit supaya tumpuan kepada bacaan dapat ditingkatkan.

( Ingat, yang penting bukan berapa lama kamu membaca tetapi berapa banyak yang dapat kamu fahami.

8. Puji Diri Sendiri

( Puji diri sendiri apabila berjaya menyiapkan tugasan dan ulangkaji secara berkesan.

( Tujuannya untuk meningkatkan keazaman diri dan menanam keyakinan bahawa kamu boleh menggenggam kejayaan.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK TEBOBON, KOTA KINABALU

32100 LUMUT

PERAK

PENGENALAN

Setiap dari kita, terutamanya pelajar pasti mempunyai cita-cita tinggi. Setiap pelajar pasti ingin menjejakkan kaki ke menara gading dan mendapatkan pekerjaan yang baik. Akan tetapi, sebelum kamu berjaya mencapai cita-cita, kamu harus mempunyai tabiat belajar yang cemerlang.

Tetapkan Matlamat

Penetapan matlamat akan mengarahkan pelajar membuat persiapan yang lebih teratur, tersusun dan berkesan dalam menghadapi sebarang peperiksaan.

Matlamat bukan sahaja ditetapkan untuk mendapatkan kecemerlangan dalam peperiksaan tetapi juga dalam pembentukan tabiat beljar cemerlang.

Matlamat dalam pembentukan tabiat belajar cemerlang ialah matlamat semasa menyiapkan tugasan atau mengulang kaji.

Kepentingan memiliki matlamat;

Lebih jelas arah tujuan dan sasaran yang hendak dituju.

Dorongan untuk mencapai kecemerlangan

Boleh mengukur prestasi diri dari masa ke semasa apabila diukur dengan matlamat yang telah ditetapkan.

Masa dapat diuruskan dengan efektif dan pembaziran masa dapat dielakkan.

Belajar Mengikut Jadual Waktu

( Kaedah terbaik merancang aktiviti pembelajaran ialah dengan membuat jadual waktu.

( Jadual waktu hendaklah fleksibel dan praktikal.

( 3 keutamaan diambilkira;

- tentukan zon belajar (pagi, petang, malam)

- Nyatakan tempoh belajar

- Catat aktiviti pembelajaran yang perlu dibuat (ulang kaji, buat kerja sekolah)

Kosongkan Pemikiran

( Pastikan pemikiran kosong dan tidak menghadapi sebarang masalah sebelum memulakan pembelajaran.

( Jangan serabutkan pemikiran dengan perkara-perkara yang tidak penting.

( Jika terlalu memikirkan perkara yang tidak penting, tumpuan akan hilang dan apa yang dipelajari tidak dapat dihayati.

7. Bentuk keperibadian unggul

( Bina kekuatan dari dalam

( Mental, emosi dan rohani mesti

kuat untuk menghadapi tekanan

( Jiwa yang lemah cepat mengalah

kepada tekanan

8. Bersikap optimis terhadap

Peperiksaan

( Peperiksaan adalah tiket ke arah

kejayaan yang seterusnya

( Peperiksaan medan penentuan IQ

anda sepanjang belajar

( Jangan anggap peperiksaan

sesuatu yang membebankan

9. Otak yang cerdas lahir dari

tubuh yang cergas

( Apabila tubuh badan cergas, minda

dan emosi anda juga stabil

( Jika jiwa sakit, anda tentu tidak

dapat menumpukan perhatian

terhadap pelajaran

( Kesihatan fizikal perlu diambil berat

supaya tidak mengganggu

pemikiran

10. Kawan yang cemerlang

adalah cermin diri anda yang

cemerlang

( Jika anda berkawan dengan

seorang yang cemerlang, maka

anda akan termotivasi dengan

kecemerlangan kawan anda

( Begitu juga jika berkawan dengan

mereka yang negatif, pasti anda

akan turut terpengaruh

11. Persediaan untuk

peperiksaan

( Persiapkan diri dengan segala ilmu

yang anda pelajari untuk peperiksaan

( Anggap peperiksaan sebagai suatu

pertandingan yang harus anda

menangi untuk bergelar juara

12. Percaya kepada diri sendiri

( Percaya bahawa anda boeh

melakukan dengan cemerlang jika

anda berusaha untuk mencapainya

( Percaya serta yakin boleh buat

bermakna ia satu langkah mencipta

kecemerlangan

13. Disiplinkan diri

( Setiap orang yang berjaya

mempunyai disiplin diri yang tinggi

( Disiplin menjadikan hidup seseorang

itu lebih teratur dan bermakna

14. Bijak mengurus masa

( Jangan biarkan masa terbuang begitu

sahaja

( Penggunaan masa yang teratur

memudahkan anda melakukan

pelbagai aktiviti

( Perangi sikap suka melengah-

lengahkan masa

( Lakukan sesuatu ikut masa dan

tempat

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK TEBOBON, KOTA KINABALU

32100 LUMUT

PERAK

PENGERTIAN

Persediaan Psikologi

Persediaan Psikologi adalah asas penting dalam hidup seorang pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Ia meliputi aspek mental yang mantap dan efektif. Selain daripada itu, belajar dan mengulangkaji juga perlu dilakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Visi

Tanggapan atau pandangan jauh yang mendalam terutamanya berkaitan dengan perkembangan masa depan.

Misi

Tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau yang akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan.

Tetapkan visi dan misi jangka masa panjang, sederhana dan pendek dari awal

( rancang masa depan

( tetapkan target dan cita-cita yang hendak dicapai

( berusaha untuk capai target

( tahu visi dan misi, pelajar akan lebih bersedia untuk mencapainya

visi jangka masa pendek (memahami apa yang hendak dipelajari)

visi jangka masa sederhana (skor A dalam semua subjek)

visi jangka masa panjang (mengekalkan skor A dalam semua subjek hingga tamat peperiksaan)

Belajar dari kegagalan atau pengajaran masa lalu

( ambil pengajaran yang tersirat

( gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Jatuh bangun itulah merupakan asam garam untuk menjadi resepi kejayaan dan anda pasti dikagumi oleh semua orang.

( jangan mudah putus asa.

3. Ubah sikap negatif kepada positif

( Perubahan drastik SUKAR, jadi

lakukan secara beransur-ansur.

( Lakukan apa yang hendak diubah

secara berulang kali sehingga menjadi

TABIAT.

( Lakukan saranan kendiri/monolog

dalaman yang positif

( Tiada siapa yang dapat mengubah diri

kita selain diri sendiri

( Ikrar diri untuk hidup yang positif

4. Contohi orang yang sudah berjaya

( Kenal pasti sikap positif mereka

( Pengalaman mereka boleh dijadikan

pengajaran dan peringatan

( Minta nasihat

( Jadikan mereka sumber inspirasi

( Temuduga cara mereka berjaya

5. Niat belajar mesti betul

( Niat perlu betul iaitu untuk mendapat

keredhaan Allah s.w.t supaya menjadi

orang yang berilmu sebagai khalifah

dan pemimpin di muka bumi

( Untuk mencapai kecemerlangan

dalam peperiksaan untuk menjadi

orang yang berguna pada masa

depan

( Untuk mrmbalas jasa ibu dan ayah

dan membela masa depan mereka.

6. Gunakan masa muda untuk

mencapai kejayaan

( Kejayaan memerlukan tindakan segera

( Lupakan kebahagiaan dan

keseronokan sementara

( Esok bermula hari ini

Cuba dapatkan bantuan orang lain jika anda tidak dapat menyelesaikan seorang diri.

Kongsi juga pengalaman anda dengan orang lain yang mungkin pernah melalui perkara yang sama seperti anda. Cuba cari jalan penyelesaian yang mungkin boleh anda gunakan dan praktikkan untuk menyelesaikan masalah anda.

Berikah hadiah dan pujian kepada diri sendiri. Jangan mengharapkan pujian dan hadiah daripada orang lain yang tidak peka dan mengambil berat akan diri anda kerana ia akan menyebabkan anda kecewa.

Hadiahkan sesuatu yang anda suka sama ada bentuk barangan atau aktiviti.

Berikan hadiah tersebut setelah anda penat belajar untuk mengurangkan tekanan peperiksaan.

Pelajar perlu rehat sebentar selepas membaca dan mengulangkaji untuk menenangkan fikiran dan mengembalikan kesegaran minda.

Rehatkan minda seperti; berjalan-jalan di taman, berbual dengan ahli keluarga, bermain dengan kawan, membaca bahan bacaan ringan, membuat senaman dll.

Jika anda terlalu letih, tidurlah sejam dua untuk mengembalikan kesegaran minda.

Selain langkah-langkah di atas, pelajar juga boleh melakukan ibadah kerohanian seperti bersembahyang, berzikir, berdoa dan berselawat-bagi yang beragama Islam.) kerana ia juga di dapati boleh menenangkan fikiran.

Pelajar juga boleh mendengar muzik, dapatkan muzik yang perlahan untuk menenangkan diri anda.

Pelajar juga boleh beryoga dan bermeditasi untuk menenangkan diri dari tekanan perasaan akibat peperiksaan.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK TEBOBON, KOTA KINABALU

32100 LUMUT

PERAK

PENGENALAN

Dalam mengatasi tekanan peperiksaan, persediaan psikologi memainkan peranan penting. Tekanan ialah masalah yang mengganggu fikiran hingga menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah untuk menjalani kehidupannya dengan lebih baik. Terdapat dua jenis tekanan iaitu tekanan dalaman dan tekanan luaran.

Pelajar yang ingin cemerlang perlu menanamkan prinsip yang betul untuk mengatasi tekanan peperiksaan.

Pertama, pelajar perlu tanam dalam hati Saya akan mengawal keadaan,bukan keadaan yang mengawal saya. Maksudnya dalam apa jua keadaan atau masalah yang dihadapi pelajar tahu apa yang petrlu dilakukan.

Kedua,pelajar harus ingat bahawa setiap tekanan yang dihadapi akan mendewasakan dan mematangkan pelajar dalam mengharungi hidup sebagai pelajar.

Selidiki dengan mendalam apakah punca masalah yang berlaku.

Kenal pasti alasan-alasan mengapa masalah itu berlaku.

Kenal pasti siapakah yang terlibat dalam masalah tersebut. Adakah ia berpunca dari sikap anda sendiri, ibu bapa, keluarga, kawan-kawan, sekolah, guru, jiran dan persekitaran.

Jika anda tahu apa yang berlaku, maka akan lebih mudah untuk menyelesaikannya.

Pelajar perlu ambil tindakan atas perkara yang boleh dikawal.

Kenal pasti sama ada ia masalah dalaman atau luaran

Masalah dalaman adalah yang dicetuskan oleh diri sendiri seperti mengantuk masa belajar, malas, tidur.

Masalah dalaman boleh dikawal oleh diri sendiri.

Masalah luaran adalah dicetuskan oleh orang lain seperti ibu bapa, keluarga, guru dan sebagainya.

Masalah ini memerlukan bantuan pihak ketiga yang dipercayai untuk mengatasinya.

Pelajar perlu luahkan perasaan kepada orang yang dipercayai dan boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Tanya kepada mereka cadangan atau cara yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah tersebut.

Luahkan perasaan dengan menulis di atas kertas atau diari juga boleh mengurangkan tekanan.

Pelajar juga boleh meluahkan perasaan dengan menjerit sepuas-puas hati di tempat yang sesuai seperti di tepi pantai, di atas bukit dan di tempat sunyi yang tidak ramai orang untuk mengelakkan kekecohan.

7. Gunakan Sukatan Mata

Pelajaran

( Gunakan sebagai panduan

belajar.

( Anda akan lebih fokus pada

topik yang popular, penting

dan selalu keluar dalam

peperiksaan.

( Dapat memahami

keperluan setiap topik

yang dipelajari dan

mudah diaplikasikan dalam

peperiksaan.

8. Amalkan Senaman Ringan

( Amalkan setiap hari untuk

mengekalkan kecergasan

fikiran, dan melancarkan

peredaran darah serta

oksigen ke otak.

( Laksanakan penjagaan

kesihatan yang sistematik

secara konsisten selama

30 minit setiap hari.

9. Tampal Peta Minda dan Nota di

dinding

( Tampal peta minda atau nota di

dinding bilik belajar atau mana-

mana yang mudah dilihat.

( Ia dianggap ulangkaji spontan

atau ulangkaji di bawah sedar.

( Dianggap cara yang efektif

kerana dengan melihat

nota setiap hari lama-kelamaan

memori anda dapat mengingat

perkara tersebut untuk jangka

masa lama.

10. Berdoa kepada Tuhan

( Berdoa kepada Tuhan mengikut

ajaran masing-masing semoga

diterangkan hati dan minda untuk

menerima pelajaran serta

sentiasa cemerlang dalam

peperiksaan.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK TEBOBON, KOTA KINABALU

32100 LUMUT

PERAK

PENGENALAN

Seorang pelajar yang benar-benar telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan ialah pelajar yang telah melakukan 70 % pembelajaran secara output (Output Learning). Ia merupakam kaedah paling berkesan ketika hari peperiksaan semakin hampir. Tujuan output learning ialah untuk melatih sel otak menggunakan maklumat yang terkumpul dengan lebih sistematik secara membuat latihan yang kerap dan berulang-ulang.

Kaedah output learning;

* Baca nota buku teks atau buku rujukan, kemudian ingat kembali dan tulis semula apa yang anda ingat dalam bentuk peta minda atau apa sahaja bentuk nota yang disukai.

* Sesudah itu semak semula peta minda dengan buku teks atau buku rujukan dan tambahkan mana-mana fakta yang tertinggal. Selepas itu, sebut apa yang difahami, jawab soalan-soalan lepas dan latihan yang berkaitan.

Baca soalan yang lepas

( Cari soalan-soalan

peperiksaan yang lepas

( Baca dan buat analisa soalan

( Susun analisa anda mengikut

topik dan kekerapan soalan

yang keluar

Baca nota atau buku

( Baca nota dan buku yang

berkaitan soalan telah

keluar

( Cari isi-isi penting berkaitan

dengannya

( Hafal dan ingatkan

Jawab soalan-soalan yang lepas

( Jawab soalan yang lepas

menggunakan fakta yang

telah anda baca

( Teliti kehendak soalan dan

fahamkan

( Buat rangka jawapan dan

kemudian kembangkan

4. Bayangkan anda boleh

menjawab dengan cemerlang

Untuk mengatasi rasa takut atau gerun menghadapi peperiksaan, anda harus membayangkan diri anda boleh menjawab dengan

cemerlang semasa menjawab soalan

( Secara tidak langsung

membantu membina

keyakinan diri

5. Terima hakikat peperiksaan itu

perlu

( Peperiksaan itu perlu dan harus

ditempuhi oleh semua pelajar

( Tempat menguji tahap

pencapaian

akademik seseorang pelajar

( Penentu kecemerlangan masa

depan

6. Luangkan masa menjawab

soalan sebanyak mungkin

( Buat soalan lepas, soalan

ramalan, soalan latihan atau

rujukan.

( Minta bantuan guru periksa

jawapan soalan yang telah anda

buat.

Jadikan bilik anda sebagai Bilik Gerakan peperiksaan

( maksudnya ialah menjadikan bilik anda sebagai bilik persediaan anda menghadapi peperiksaan.

( Pamerkan atau tampal jadual peperiksaan, bilangan hari menjelang peperiksaan, jadual harian, contoh-contoh soalan dan jawapan lalu, peta minda jawapan, kata-kata hikmat, gambar-gambar kejayaan lalu, gambar ibu bapa dan juga matlamat peperiksaan anda.

( Tujuannya untuk membangkitkan semangat diri sendiri untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan bukan sahaja untuk diri sendiri bahkan juga untuk keluaga, bangsa dan negara.

Kenal pasti tempat duduk anda dalam peperiksaan

Cari peluang untuk duduk di kerusi tersebut sehari sebelum peperiksaan

( Tujuannya supaya pelajar mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya semasa peperiksaan.

Kenal pasti rakan yang akan duduk di sekeliling anda semasa peperiksaan

( Rakan yang duduk di sekeliling anda mampu memberikan pengaruh positif atau negatif semasa anda menjawab soalan.

( Contoh, jika rakan sebelah tekun menjawab, ia menjadi saingan kepada anda untuk turut menjawab dengan sebaik mungkin dan begitu juga sebaliknya.

PENGENALAN

Sebelum pelajar menghadapi peperiksaan sebenar, lakukanlah peperiksaan olok-olok, ia dapat membantu anda belajar menepati masa, membiasakan diri dengan suasana peperiksaan dan secara tidak langsung anda akan tahu apa yang perlu dilakukan semasa peperiksaan.

Berlatih menjawab soalan peperiksaan

( Latih diri menjawab soalan-soalan lepas atau soalan ramalan bagi membiasakan diri dengan suasana peperiksaan.

( Cuba jawab dengan tenang dan bersungguh-sungguh seperti menjawab dalam peperiksaan mengikut tempoh yang ditetapkan.

( Boleh berpakat dengan beberapa rakan lain bagi mewujudkan suasana peperiksaan yang real.

Buat peta minda bagi soalan-soalan yang telah dijawab

( Tulis jawapan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas atau soalan ramalan yang telah dijawab dalam bentuk peta minda.

( Tujuannya supaya anda lebih mengingati fakta-fakta penting untuk jawapan soalan tersebut.

Buat contoh jawapan lengkap

( Buat contoh jawapan lengkap sama ada subjek yang lemah atau subjek telah mahir.

( Rujuk jawapan kepada guru yang mengajar subjek tersebut dengan cara guru memeriksanya dan memberi komen mengenainya

( Tujuannya mengetahui tahap persediaan anda menghadapi peperiksaan dari aspek kualiti jawapan yang dipersembahkan.

Latih tubi menjawab soalan secara berkumpulan

( Pelajar melakukan latih tubi menjawab soalan secara berkumpulan dan kemudian bandingkan jawapan mana yang terbaik dan mencontohinya.

( Pelajar juga boleh membahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil untuk berbincang jawapan kemudian dibentangkan semula kepada yang lain.

( Setelah dibincangkan, rumuskan jawapan dalam bentuk peta minda dan tampalkan ditempat yang mudah dilihat.

Saya akan memastikan jawapan bagi setiap soalan dimulakan pada muka surat baru

supaya memudahkan pemeriksa melihat jawapan yang ditulis.

Saya perlu merancang jawapan sebelum mula menulis

supaya tidak terkeluar dari tajuk soalan yang diberi

bezakan arahan soalan berdasarkan kata kunci (bincangkan antara konsep penyejukan dan penyejukbekuan)

Saya akan pastikan jawapan saya menepati kehendak soalan

Ulang kata kunci soalan pada pendahuluan atau penutup jawapan

Semasa menjawab rujuk semula soalan sekurang-kurangnya 3 kali supaya jawapan tidak terkeluar dari tajuk.

Saya akan menjawab hanya soalan tertentu sahaja

yang saya tahu jawapannya (ikut arahan)

mengikut peruntukan markah

mengikut jumlah soalan dan masa yang ditetapkan

Saya perlu menarik minat pemeriksa untuk memeriksa kertas jawapan saya

tulisan jelas dan kemas

guna pen pelbagai warna

garis idea utama

beri contoh yang sesuai dan menunjukkan kematangan

Saya perlu pastikan pemeriksa benar-benar faham apa yang saya maksudkan

jawapan perlu jelas

bahasa yang mudah digunakan

ayat pendek tetapi padat

Saya perlu meluangkan masa 5 minit untuk meneliti semula jawapan

pastikan tiada perkataan yang tertinggal

susunan ayat dan jawapan betul serta kemas

PENGENALAN

Mendapat A bukanlah susah bagi mereka yang rajin berusaha dan untuk mendapat semua A, peersediaan sebelum menghadapi peperiksaan hinggalah ke saat akhir peperiksaan adalah kunci utama kecemerlangan A tersebut. Maksudnya setiap perkara itu dapat dilakukan dengan adanya usaha, doa dan tawakkal.

Sematkan dalam hati

Kejayaan datangnya dari keyakinan dan keazaman yang teguh. Untuk mendapat A jawapan saya mesti cemerlang.

Fikiran mesti tenang

Tarik nafas panjang

Baca doa penerang ahti

Makan makanan yang mengandungi glukosa

Saya harus membahagi masa menjawab soalan dengan baik

Berdasatkan jumlah markah bagi setiap soalan (esei)

Berdasarkan jumlah soalan (objektif)

Saya perlu menulis fakta-fakta yang saya tahu terlebih dahulu

Atas kertas kosong yang diberi

Apa sahaja fakta secepat yang mungkin sebelum pengawas membenarkan kertas soalan dibuka

Supaya tidak membuang masa semasa menjawab soalan

Mengelakkan kehilangan fakta akibat panik

Bagi soalan bentuk objektif, jawapan saya perlu

betul

menanda jawapan dengan betul

memadam jawapan yang salah sehingga habis supaya tidak meninggalkan bekas

perhatikan dan baca jawapan dengan teliti dan terperinci

Bagi soalan esei, jawapan saya mesti ada

Pendahuluan

Idea keseluruhan mengenai isi yang ditanya (nyatakan pendapat mengenai isu sama ada setuju atau sebaliknya)

Isi

Kebaikan dan keburukan

Faedah atau masalah

Sejarah

Huraikan setiap isi

Kombinasi isi-isi di atas

Penutup

Ringkasan, rumusan atau kesimpulan

Saranan atau penyelesaian

Saya akan tulis satu isi penting dalam satu perenggan

Memudahkan pemeriksa memeriksa jawapan

Lebih mudah di baca dengan jelas

Lebih mudah menulis isi, menghuraikan isi dan menulis contoh yang sesuai kepada huraian.

Saya mesti sedar bahawa pemeriksa melihat

Idea atau Isi Utama (pastikan jelas)

Kuantiti (Gunakan setiap ruang dan perenggan dengan bijaksana serta mengikut jumlah perkataan yang diperlukan)

Kualiti Frasa menunjukkan kematangan (gunakan ayat atau kata kunci yang sesuai)

Bagi jawapan berbentuk esei

pastikan anda memahami kata kunci atau arahan yang digunakan

Untuk jawapan soalan esei

senaraikan is dalam tempoh yang singkat

tulis sebuah esei dengan senarai isi di atas

semak semula untuk lihat isi atau ayat yang tertinggal

tambahkan mana yang kurang

beri sekurang-kurangnya 3 contoh bagi setiap isi

Angkat tangan jika memerlukan bantuan pengawas

jika tidak faham arahan atau soalan

minta kertas jawapan lagi

minta izin ke tandas

Jangan melakukan perkara yang menyebabkan anda diusir keluar dewan

melakukan perbuatan seperti meniru, membawa nota dengan sengaja atau tidak sengaja.

Berhati-hati dengan tulisan anda

pastikan tulisan anda cantik dan kemas supaya kertas jawapan anda bersih dan mudah dibaca.

Jika tulisan anda besar, langkau sebaris supaya pemeriksa senang untuk membaca dan menanda kertas jawapan anda.

Jangan melukis apa-apa objek atau benda yang tidak berkenaan dengan jawapan yang anda tulis. Tunjukkan anda seorang yang beretika dan berdisiplin.

Jangan membuat rayuan kepada pemeriksa dengan menulis di muka surat akhir kertas jawapan

jangan membuat rayuan kepada pemeriksa kertas dengan menulis kata-kata meminta belas kasihan di muka surat akhir jawapan anda.

Ia menunjukkan anda seorang pelajar yang kurang serius.

PENGENALAN

Masa untuk anda menjawab soalan peperiksaan sudah tiba. Tidak kira apapun peperiksaan yang anda ambil, jawablah sebaik mungkin. Jangan bazirkan wang yang ibu bapa kita bayar untuk yuran peperiksaan. Lulus dengan cemerlang adalah satu-satunya cara kita membayar penat lelah mereka.

Dengar dengan teliti arahan pengawas peperiksaan

tunggu sehingga dibenarkan membuka kertas soalan

pastikan bilangan muka surat cukup dan kertas jawapan untuk soalan objektif atau subjektif disediakan.

Baca arahan pada kertas soalan dengan teliti

baca arahan di muka surat depan kertas soalan.

Baca teliti dan fahami

kehendak soalan

sekurang-kurangnya 2 kali

Tetapkan masa menjawab setiap soalan mengikut peruntukan markah

urus jawapan agar tidak membazir masa

Jawab soalan mudah dahulu

menjimatkan masa

jawab soalan susah sesudah menjawab soalan mudah

Pilih jawapan anda

soalan objektif ada 4 pilihan (A,B,C,D)

paling tepat, hampir tepat, mengelirukan dan tiada kaitan

Pangkah jawapan yang tiada kaitan dan mengelirukan

Tinggalkan jawapan hampir tepat dan paling tepat. Pilih satu dan tanda setelah puas hati.

Jika masih tidak pasti dengan jawapan

teliti semula maklumat yang tersembunyi dalam jawapan atau soalan lain.

Jika semua tidak membantu, ikut gerak hati dan minda anda.

Biasanya pilihan pertama lebih baik dari kedua.

Ambil perhatian soalan yang ada perkataan;

SALAH,BUKAN, TIDAK BENAR dll.

Boleh mengelirukan pelajar yang cuai

Waspada pada tanda dan simbol matematik pada soalan dan jawapan.

Tandakan jawapan dengan betul

tidak menandakan jawapan lebih dari 1

padam sehingga tiada tanda

jangan terkeluar dari ruang disediakan

Soalan struktur dan esei

baca semua soalan

pilih soalan yang hendak dijawab

Bagi soalan yang memerlukan jawapan pendek

pastikan jawapan tepat dan tidak meleret-leret

tulis jawapan mengikut markah diberi

3. Menganalisis Setiap

Ujian

( Satu analisis perlu dibuat selepas ujian yang kamu duduki. Penganalisisan perlu untuk melihat sejauh mana tahap pencapaian kamu.

( Jika kamu mendapat markah yang tinggi, cuba amati cara pembelajaran atau strategi yang digunakan. Teruskan cara itu jika di dapati cara itu lebih efektif.

( Jiaka kamu memperolehi markah yang rendah, siasat dan kenal pasti di mana kesilapan strategi pembelajaran kamu.

( Jika sudah tahu di mana silapnya, ubah cara pembelajaran kamu supaya markah dapat ditinggikan dan bersedia menghadapi peperiksaan.

( Buat pembetulan yang sewajarnya. Ubah segala kesilapan yang telah digunakan agar tidak mengulanginya semula.

4. Atasi Kesilapan

( Segala kesilapan yang telah berlaku perlu diatasi sebaik mungkin.

( Kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan mungkin berpunca daripada;

Kecuaian sendiri,atasi dengan

buat lebih latihan soalan yang kamu memang lemah

buat semakan setiap kali selesai membuat latihan

Kurang membaca, atasi dengan

baca setiap topik dengan teliti dan fahamkan

jika masih ragu, tanya pada guru atau rakan

Mendapat markah rendah, atasi dengan

perbanyakan latihan yang sukar bagi kamu

jika menghadapi masalah untuk memahami minta bantu guru atau rakan

Tidak membuat persediaan awal, atasi dengan

jangan belajar saat akhir

biasakan diri dengan soalan peperiksaan

ketahui pola, bentuk dan format soalan yang sering dikemukakan.

PENGENALAN

Mendapat A dalam pepriksaan adalah impian semua pelajar. Menggenggam A memerlukan pengorbanan dan kesungguhan mentelaah sepanjang masa. Untuk menjadi seorang juara, seseorang perlu berfikir dan bertindak seperti seorang juara. Untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, maka pelajar perlu berfikir dan bertindak seperti pelajar cemerlang. Seseorang itu tidak akan mencapai kecemerlangan sekiranya pemikirannya dipenuhi dengan keraguan diri, berfikiran negatif, mudah mengikut perasaan dan cepat putus asa. Pelajar juga tidak akan cemerlang jika bersifat malas, suka membazir masa, memberi keutamaan kepada perkara yang remeh dan tidak mahu berubah. Namun yang paling utama adalah sikap kamu yang membentuk teknik untuk mendapatkan A.

Konsisten Dalam

Pembelajaran

( Konsisten membawa maksud tekal iaitu tidak bertentangan atau berubah.

( Pelajar yang konsisten sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua ujian atau peperiksaan pada bila-bila masa sahaja.

( Ciri ciri pelajar yang konsisten;

Membuat bacaan di rumah terlebih dahulu sebelum diajar di dalam kelas.

Menumpukan sepenuh perhatian semasa ajaran guru.

Berani bertanya kepada guru jika tidak memahami sesuatu topik.

Menyiapkan semua kerja rumah atau tugasan yang diberi sebelum sesuatu pelajaran berakhir.

2. Menjadikan Kesilapan Satu

Iktibar

( Pelajar cemerlang tidak akan tunduk kepada kesilapan. Sebaliknya mereka akan meminta bantuan guru atau rakan untuk memahami punca kesilapan.

( Kesilapan yang kamu lakukan boleh dijadikan pendorong kejayaan kamu dengan cara;

jadikan kesilapan ayang dilakukan satu pengajaran agar tidak membuat kesilapan yang sama.

Jadikan kesilapan lalu sebagai pembantu kamu, bukan penghalang kejayaan.

Jadikan kesilapan itu penguat semangat bukan pematah semangat.

Teruskan cubaan menggenggam A, kerana kegagalan berada di depan kamu jika kamu berhenti mencuba..

Belajar menguruskan masa untuk peperiksaan dari awal

( Pengurusan masa efektif amat penting terutamanya pelajar. Sebelum peperiksaan adalah masa anda untuk membahagikan masa belajar dan mengulang kaji, manakala semasa peperiksaan adalah masa untuk anda membahagikan masa menjawab setiap soalan dengan saksama.

Pastikan anda mengetahui sukatan mata pelajaran yang diambil

( Tujuannya memudahkan pembelajaran dan ulang kaji unuk menghadapi peperiksaan.

( Pelajar juga perlu mengetahui topik mana yang popular dan perlu dikuasai sebagai persediaan peperiksaan.

Fahami setiap konsep mata pelajaran yang diambil

( Pelajar perlu mengetahui setiap perincian subjek yang diambil (mengapa mempelajari, kandungan dan keperluan) supaya mudah mengaplikasikannya dalam peperiksaan.

Kumpulkan soalan-soalan lepas

( kumpulkan soalan peperiksaan sama ada soalan peperiksaan sebenar, soalan percubaan dan soalan ramalan sebagai persediaan untuk mengulangkaji dan menghadapi peperiksaan.

Lakukan analisis awal peperiksaan

( Buat analisis awal peperiksaan seperti masa dan tarikh yang biasa dijalankan. Tujauannya anda dapat merancang jadual belajar, masa mengulang kaji dan aktiviti lain secara teratur tanpa menjejaskan persediaan peperiksaan.

( Anaisis soalan boleh dilakukan sendiri dengan berpandukan buku-buku yang terdapat di pasaran.

( Melaluinya boleh diketahui jenis soalan, format soalan, skema jawapan dan skema pemarkahannya.

( Adanya analisis awal anda dapat mengetahui rahsia peperiksaan dan cara menghadapinya dengan cemerlang.

Hadiri tuisyen

( Pelajar yang merasakan kurang mahir dalam sesuatu subjek, eloklah mendaftar diri di kelas tuisyen untuk memperbaiki tahap pembelajaran sejak dari awal.

PENGENALAN

Ramai di kalangan pelajar yang suka belajar dan mengulang kaji peperiksaan hanya apabila waktu peperiksaan semakin hampir. Walaupun ianya bukan satu kesalahan namun untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, persediaan awal bermula 2-1 tahun sebelum peperiksaan adalah satu cara yang paling berkesan untuk meningkatkan prestasi diri secara sedikit demi sedikit.

Motivasikan diri untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan

( motivasi ialah semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha.

( ia lahir dari keinginan diri sendiri atau orang lain seperti ibu bapa, guru dan orang yang telah berjaya.

( motivasi yang kuat diiringi doa dan usaha pasti akan membuahkan hasil.

Buat pilihan yang betul terutamanya pengkhususan subjek yang akan diambil

( sebelum mengambil keputusan memasuki mana-mana aliran, pelajar perlu melihat kepada keupayaan dan kecenderungan diri.

( kaji kekuatan dan kelemahan diri supaya pengajian anda selama bertahun-tahun tidak sia-sia.

Jangan tunggu sehingga peperiksaan makin dekat

( jangan tunggu sehingga masa terlalu hampir untuk mengelakkan tekanan.

( 8 hingga 10 subjek yang anda belajar selama 2 hingga 3 tahun adalah sukar untuk diulangkaji dalam masa setahun.

Tumpukan perhatian pada ajaran guru

( Tumpukan perhatian pada ajaran guru kerana tidak semua yang diajar oleh guru terdapat dalam buku teks.

( Ambil nota yang disampaikan oleh guru, tanya apabila tydak faham.

Libatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

( Libatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, bukan sahaja mengekalkan kesihatan jasmani dan mental tapi ia juga turut membantu anda memperolehi rekod yang baik untuk memasuki mana-mana IPT atau sekolah berasrama penuh.

( Bergiatlah secara aktif sebelum tahun-tahun peperiksaan di samping meneruskan pembelajaran secara efektif.

Sebaik-baiknya mulakan tabiat tidur awal dari sekarang

( Tidur awal juga membantu anda bangun awal dan kebiasaan ini perlu diamalkan supaya ia menjadi tabiat terutama ketika hari peperiksaan. Tambahan pula waktu peperiksaan biasanya dijalankan waktu pagi.

( Mulai sekarang, ubahlah tabiat tidur anda, sekiranya anda seorang yang susah bangun pagi, latih tidur lebih awal. Ealkkan menonton TV hingga jauh malam.

Dapatkan soalan ramalan dan contoh jawapan

( carilah sebanyak mungkin soalan-soalan ramalan atau soalan tahun-tahun lepas untuk dijawab. Tujuannya supaya pelajar biasa dengan format soalan.

( jawapan yang sedia ada boleh dirujuk atau mohon bantuan guru memeriksanya.

Kenalpasti subjek lemah dan beri tumpuan

( Kaji semula bahagian atau tajuk yang memerlukan ulang kaji yang banyak.

( Guna masa pagi atau malam untuk ulang kaji subjek susah.

Perbincangan subjek sukar dengan rakan-rakan

( Perbincangan kumpulan lebih baik dan efektif kerana berlaku percambahan dan perkongsian idea.

( Rakan dan anda dapat saling membantu memahami subjek yang sukar.

Baca bahan bacaan umum untuk menambah pengetahuan am.

( Sumber seperti surat khabar, majalah, buku-buku umum dsb.

( Memperkayakan perbendaharaan kata dan tatabahasa.

( Berguna untuk peperiksaan.

Tanya guru jika ada kemusykilan

( Pastikan anda berjumpa dengan guru jika terdapat kemusykilan tentang pelajaran.

( Malu bertanya akan menyukarkan anda untuk belajar.

( Jawapan guru adalah penawar belajar.

Kurangkan aktiviti sosial

( Kurangkan menonton televisyen kecuali program yang paling anda minati.

( Tetapkan masa menonton (jangan lebih 2 jam)

( Latih diri untuk jauh dari TV sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum peperiksaan.

Tingkatkan usaha dan daya juang hadapi peperiksaan

( Belajar dari pengalaman lalu.

( Fikirkan masa depan yang anda inginkan

( Jika inginkan kejayaan, kecemerlangan dalam peperiksaan adalah jawapannya.

PENGENALAN

3 hingga 1 bulan sebelum peperiksaan bukanlah satu jangka masa yang lama uantuk dilalui. Biasanya pada saat-saat ini pelajar bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran tambah-tambah lagi peperiksaan percubaan biasanya dilakukan dua bulan sebelum peperiksaan.

Pastikan anda mempunyai jadual harian untuk mengulang kaji

( Tujuannya untuk memudahkan anda mengulangkaji semua subjek secara seimbang dan saksama

( Ia juga dapat menentukan masa yang sesuai untuk subjek yang tertentu.

Pastikan anda ada nota ringkas untuk ulang kaji

( Dittulis sendiri atau dibeli.

( Nota perlu ada peta minda, kunci memori dll serta mudah di bawa ke mana-mana.

Hafal fakta-fakta penting bagi mata pelajaran yang anda ambil

( Ingat ikut kronologi (lebih mudah)

( Guna 1 H 6 W bagi memudahkan hafalan dan ingatan

Hafal formula, prinsip atau konsep penting

( Ingat formula untuk memudahkan anda menjawab soalan terutama yang melibatkan pengiraan dan penaakulan.

Berlatih menulis karangan atau esei

( Tulis idea atau isi dengan spontan dan bernas. Minta bantuan guru periksa/semak.

( Tambah mana yang kurang terutama isi.

Berlatih membuat latihan penyelesaian masalah

( cuba jawab 8 hingga 10 soalan setiap hari

( analisis cara anda memberi jawapan

Cuba buat latihan peperiksaan secara sendirian

( ambil mana-mana kertas soalan lengkap.

( tetapkan masa menjawab mengikut jumlah soalan dengan jumlah masa yang diperuntukan secara adil dan saksama.

( berlatih dari awal dapat membiasakan diri dengan situasi sebenar peperiksaan.

Dapatkan soalan-soalan percubaan dari sekolah-sekolah yang terkenal

( Cari inisiatif untuk mendapatkannya kerana kadang kala ada antara topik soalan percubaan yang keluar dalam peperiksaan sebenar.

Semak semula jadual peperiksaan

( Setiap pelajar akan diberi jadual peperiksaan. Semak dan tandakan semua subjek yang diambil. Pastikan kod subjek, bilik peperiksaan dan masa peperiksaan supaya anda dapat mengurus masa untuk peperiksaan dengan baik.

( Perlu juga membaca peraturan-peraturan yang disertakan bersama jadual peperiksaan sebagai pengetahuan dan pelajar tidak mebuat kesilapan atau kesalahan semasa peperiksaan.

Jaga dengan baik segala dokumen penting peperiksaan

( Perkara yang paling penting untuk menduduki peperiksaan ialah kad pengenalan dan slip peperiksaan. Tanpa kedua-duanya anda sukar untukmenduduki peperiksaan.

( Beritahu pihak sekolah secepat mungkin sekiranya dokumen anda hilang untuk mendapatkan pengesahan secara bertulis daripada pihak sekolah.Jika anda gagal berbuat demikian, peluang anda mendudukai peperiksaan akan terjejas.

Sediakan semua bekalan yang perlu untuk peperiksaan

( Pada malam peperiksaan, sediakan dahulu semua bekalan dan peralatan yang perlu di bawa untuk mengahdapi peperiksaan seperti kad pengenalan, slip peperiksaan, alat-alat tulis seperti pen, pensil 2B, pemadam, pembaris, kalkulator dan sebagainya.

( Pakaian yang hendak dipakai pada hari peperiksaan juga mestilah bersih dan kemas. Jangan lupa membawa jam tangan bagi memudahkan anda melihat masa.

Rancang tidur dan bangun awal

( Jangan tidur lambat pada malam peperiksaan kerana ia menyebabkan anda mengantuk semasa peperiksaan.

( Tidur yang cukup membuatkan anda lebih segar dan mampu mengeluarkan fakta-fakta dan idea yang bernas.

( Pasang sekurang-kurangnya dua buah jam loceng di tempat yang berasingan untuk mengejutkan anda bangun lebih mudah pada awal pagi.

( Jika anda tidak yakin walaupun telah memasang jam loceng, mintalah ibu atau bapa mengejutkan anda bangun pagi.

PENGENALAN

Debaran hari peperiksaan tidak dapat digambarkan lagi. Ia menjadi penentu hidup anda pada masa akan datang. 7 hingga 1 hari sebelum peperiksaan biasanya adalah masa pelajar merehatkan minda sebelum memuntahkan semula apa yang dibaca dalam peperiksaan. Namun berehat yang dimaksudkan bukan bermakna pelajar berehat terus sehingga hari peperiksaan. Berehat yang dimaksudkan ialah menenangkan minda daripada membaca bahan bacaan yang terlalu banyak dan pada masa itu otak akan berfungsi mengatur semula segala maklumat yang telah dibaca supaya lebih teratur dan tersusun untuk jangka masa panjang. Maka semasa peperiksaan nanti anda akan dapat menjawab dengan tenang dan teliti.

Jaga kesihatan diri dari segi fizikal, mental, rohani dan jasmani

( Badan yang sihat adalah cermin kepada otak yang cerdas. Ini bermakna apabila badan anda sihat, fikiran anda juga turut sihat, segar dan cerdas.

( Elakkan diri anda daripada berhujan atau berpanas yang melampau kerana ia boleh menyebabkan anda demam, selsema, dan batuk yang akhirnya memberi impak kepada peperiksaan anda.

Lakukan sikap-sikap positif yang sewajarnya kepada semua

( Bagi yang beragama Islam, sempurnakanlah sembahyang fardhu, lakukan solat sunat hajat.

( Bagi yang bukan Islam, lakukanlah amalan yang sewajarnya mengikut agama yang dianuti.

( Berdoa kepada Tuhan semoga anda berjaya dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Minta restu dan mohon maaf dar kedua ibu bapa moga anda dirahmati Allah semasa menjawab soalan.

Ulang kaji pelajaran menggunakan nota ringkas

( Ulang kaji pelajaran menggunakan nota-nota ringkas ataupun peta minda yang telah ditulis semasa persediaan 3-1 bulan sebelum peperiksaan.

( Ia hanya flash back memory di mana pelajar membaca hanya untuk megimbas kembali segala fakta yang sedia ada supaya terus diingat sehingga tiba hari peperiksaan.

( Ia memudahkan dan mengurangkan tekanan peperiksaan yang bakal dihadapi menjadikan fikiran tenang dan rileks.

Ulang kaji secara perseorangan

( Lebih efektif mengulang kaji perseorangan apabila peperiksaan semakin hampir.

( Ia dapat menghindarkan diri daripada bersembang dengan rakan dan membazirkan masa.

( Lakukan perbincangan berkumpulan apabila anda dan rakan-rakan benar-benar memerlukannya.

Pakai bau-bauan yang menyenangkan.

( Pelajar digalakkan memakai bau-bauan yang wangai tetapi tidak keterlaluan (ala kadar sahaja)

( Tujuannya untuk menenangkan fikiran yang kusut dan mengurangkan tekanan.

Bersalaman dengan ibu bapa

( Sebelum anda ke sekolah, bersalamlah dengan ibu bapa anda dan pohonlah restu daripada mereka. Mulakan hari anda dengan niat yang betul dan melangkah dengan kaki kanan dahulu.

Datang Awal

( Datang awal supaya anda tidak kelam kabut dan tergopoh-gapah. Anda dapat menenangkan diri dalam jangka masa yang singkat sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Tenang

( Jangan gementar dan jangan panik. Bertenang, peperiksaan adalah satu rutin yang biasa berlaku dalam hidup kita. Yakin bahawa diri anda telah membuat persediaan yang secukupnya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

( Melihat persekitaran yang hijau juga dapat menenangkan fikiran.

PENGENALAN

Persediaan pada pagi pepriksaan adalah sama penting dengan persediaan-persediaan peperiksaan yang lain. Pagi peperiksaan merupakan waktu terakhir sebelum anda menduduki peperiksaan. Oleh itu persediaan yang secukupnya perlu ada untuk bertempur di medan peperiksaan.

Bangun Awal

( Pelajar perlu bangun awal pada pagi peperiksaan, terutama jika terdapat subjek yang diambil dijalankan pada waktu pagi.

( Ini penting supaya anda lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Bangun lambat hanya membuatkan anda tergopoh-gapah menyediakan diri untuk peperiksaan.

Mandi Air Suam

( Pelajar digalakkan mandi pada waktu pagi menggunakan air suam. Air suam dapat memberi anda kecergasan badan. Maka minda akan lebih segar dan cerdas.

Solat fardhu dan solat hajat bagi pelajar muslim

( Tunaikan solat subuh dan lakukan solat hajat selepas menunaikan solat subuh. Mohon kepada Tuhan yang Maha Esa moga dibukakan hati dan minda semasa menjawab soalan peperiksaan dan moga dikurniakan ketenangan semasa peperiksaan.

( Pelajar-pelajar yang bukan beragama Islam juga boleh melakukan amalan-amalan tertentu mengikut agama masing-masing.

Pastikan anda bersarapan

( Pastikan anda bersarapan pagi sebelum pergi ke sekolah untuk berdepan dengan peperiksaan. Jangan makan terlalu banyak makanan berat.

( Kurangkan memakan makanan yang berlemak dan berkarbohidrat supaya anda tidak mengantuk dan perut tidak meragam.

( Banyak makan makanan yang mengandungi protein dan buah-buahan.

Pastikan fizikal diri anda bersih dan kemas

Beri perhatian pada rambut, pakaian dan kasut

Penampilan yang bersih dan menarik menyenangkan mata memandang dan anda tidak berasa rimas.

Pastikan semua peralatan untuk kegunaan peperiksaan dibawa bersama

Pastikan semua alatan dibawa.

Dokumen penting seperti kad pengenalan dan slip peperiksaan adalah paling utama perlu dibawa bagi membolehkan anda menduduki peperiksaan.

Istilah pinjam-meminjam daripada kawan tidak ada dalam kamus peperiksaan kecuali di waktu-waktu kecemasan sahaja barulah anda dibenarkan meminjam . Itu pun setelah dibenarkan oleh pengawas peperiksaan.

Berdoa sebelum masuk dewan peperiksaan

Digalakkan berdoa beramai-ramai (pelajar mslim). Mintalah guru atau rakan anda memimpin untuk membaca doa semoga segala apa yang dihajatkan tercapai.

Pelajar bukan Islam digalakkan mengikut cara masing-masing.

Boleh juga berdoa sendiri dalam hati

Mulakan langkah kanan memasuki dewan.

Pastikan anda tidak membawa barangan yang dilarang masuk ke dalam dewan

Periksa semua beg yang anda bawa masuk.

Pastikan tiada nota-nota kecil terselit atau tersembunyi dengan sengaja ataupun tidak sengaja. Perkara ini dikhuatiri menjejaskan peperiksaan anda sekiranya anda disyaki meniru dalam dewan peperiksaan.

PENGENALAN

Persediaan sebelum memasuki dewan peperiksaan jangan dipandang remeh. Ia merupakan titik akhir persediaan sebelum anda menjawab soalan peperiksaan yang bakal menentukan masa depan anda. Oleh itu anggaplah setiap saat itu sentiasa berharga untuk diri dan masa depan anda.

Elakkan berbincang dengan kawan-kawan tentang sesuatu topik

Elakkan berbincang dengan kawan-kawan mengenai sesuatu topik atau soalan supaya anda tidak bertambah risau atau panik. Perbincangan yang melibatkan mata pelajaran peperiksaan hanya akan menimbulkan kekeliruan sekiranya terdapat percanggahan dari segi fakta dan dea.

Jangan lupa ke tandas dahulu

Jangan lupa ke tandas terlebih dahulu terutama pelajar yang mempunyai kebiasaan ke tandas pada waktu pagi.

Anda hanya membuang masa sekiranya ke tandas semasa menjawab soalan peperiksaan walhal anda boleh melakukannya sebelum masuk ke dewan periksa. Kecuali jika benar-benar anda perlu.

Lakukan senaman ringan

Lakukan senaman ringan untuk mengurangkan ketegangan dan tekanan peperiksaan. Tarik nafas panjang beberapa kali bagi menghilangkan debaran diri anda.

Mohon doa

Mohon doa dan baca ayat-ayat suci Al-Quran yang telah anda hafal untuk menenangkan jiwa dan fikiran anda (bagi pelajar muslim)

Tenangkan Minda dan Yakin Boleh

Sebelum mendapat kertas soalan, tarik nafas dalam-dalam, lapangkan fikiran, tenangkan hati dan yakin pada diri, Saya pasti dapat menjawab semua soalan dengan cemerlang.

Keyakinan yang anda sematkan dalam hati sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengurangkan rasa bimbang dan fobia terhadap peperiksaan.

Senyumlah dengan sesiapa sahaja dan tampillah dengan menarik supaya anda lebih tenang dan yakin.

Tulis semula fakta-fakta yang anda ingat

Sebelum peperiksan dimulakan, pelajar digalak menulis semula fakta-fakta yang diingat di atas kertas kosong yang disediakan atas meja untuk kegunaan calon peperiksaan.

Tulis apa sahaja fakta peperiksaan yang diingat secepat mungkin sebelum pengawas peperiksaan mengarahkan membuka kertas soalan.

Gunakan masa sebelum menjawab soalan peperiksaan dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan anda lupa fakta penting disebabkan tekanan semasa menjawab soalan peperiksaan.

4. Pastikan anda membawa jam

Pastikan anda membawa jam semasa mengambil peperiksaan. Jangan terlalu bergantung kepada jam dinding di dewan peperiksaan untuk melihat masa yang berlalu sedang anda boleh melihat jam di atas meja anda.

Melatakkan jam di atas meja memudahkan anda melihat dan menentukan masa menjawab satu-satu soalan.

Pastikan jam anda menunjukkan waktu yang tepat, betul dan sama dengan waktu jam di dinding dewan peperiksaan.

PENGENALAN

Persediaan awal untuk peperiksaan telah dibuat. Kini tibalah masanya untuk pelajar menjawab soalan peperiksaan.Persediaan fizikal dan mental amat penting sebelum menghadapi peperiksaan.

Duduk di tempat yang telah ditetapkan

Pastikan pelajar duduk di tempat yang telah ditetapkan mengikut nombor angka giliran. Duduklah dengan selesa dan pastikan kerusi dan meja anda tidak goyang kerana ia akan mengganggu konsentrasi anda semasa menjawab.

Jika kerusi yang di duduki goyang atau tidak stabil, segera beritahu pengawas peperiksaan untuk menukar meja yang lain atau mengalas kaki meja atau kerusi dengan benda yang keras supaya stabil.

Sediakan barang keperluan di atas meja

Latakkan kad pengenalan dan slip peperiksaan di atas meja serta peralatan yang lain.

Susun peralatan yang digunakan di atas meja. Pelajar juga perlu ingat jika perlu membawa peralatan lain seperti sapu tangan, botol air dan lain-lain lagi sila minta kebenaran pengawas peperiksaan terlebih dahulu.

Berikan tumpuan kepada bahan pelajaran yang diterangkan.

Kekalkan minda terbuka agar dapat menerima idea-idea yang diterangkan. Pemikiran tertutup akan menyebabkan sesetengah fakta diketepikan.

Elakkan daripada mengkritik guru. Kritikan boleh memberi pelbagai jenis perasaan yang boleh mengganggu penumpuan kita.

Pelajar digalakkan membaca terlebih dahulu topik yang akan diajar. Cara ini akan memudahkan pelajar memahami apa yang akan disampaikan nanti.

Menanam perasaan minat terhadap orang yang bercakap.

Mengikut kelajuan rentak orang yang bercakap bagi membolehkan menjadi pendengar yang baik.

Kemukakan soalan sekiranya tidak faham.

Buat nota dengan mencatat isi-isi penting sahaja. Gunakan perkataan sendiri bagi meningkatkan kefahaman dan daya ingatan.

PENGENALAN

Ramai antara kita menganggap pendengaran itu adalah automatik. Apabila guru bercakap, pelajar akan mendengar. Pemahaman seperti ini tidaklah tepat. Ini kerana kajian menunjukkan kita hanya mendengar apa yang ingin kita dengar. Lazimnya pelajar tidak dapat menerima makl