budaya membaca dalam kalangan pelajar – … · kajian ini bertujuan untuk meninjau budaya membaca...
TRANSCRIPT
BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – PELAJAR
4 SPH PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD SAHLAN BIN SALAMAT
Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2008
ii
iii
Jutaan terima kasih buat
Ayah, ibu dan isteri tersayang
Yang sentiasa bersama-samaku tanpa keluhan dan rungutan
Serta
Untuk anak-anak yang dikasihi
Muhammad Harith Dzakwan dan Muhammad Harith Fauzan
Semoga dengan kejayaan Ayahanda ini menjadi pendorong buat kalian
Seterusnya
Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh sabar
Dr Yusof bin Boon
Dan juga buat
Rakan-rakan seperjuangan sekalian.
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya dapat lah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang
ditetapkan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing, Dr Yusof bin
Boon di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang tempoh projek
ini dijalankan. Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian penyelidikan ini.
Terima kasih juga tidak terhingga kepada ibu, ayah dan isteri di atas
pengorbanan yang tidak ternilai diberikan. Begitu juga jutaan terima kasih diucapkan
kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi segala pertolongan dan
sokongan dalam menjayakan kajian ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau budaya membaca dalam kalangan pelajar
Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Program Khas Pensiswazahan
Guru, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Skop kajian ini melibatkan
tiga aspek iaitu kajian ke atas faktor dalaman iaitu dari segi sikap pelajar, faktor luaran
serta sokongan seperti faktor ibu bapa, faktor pensyarah, faktor rakan sebaya dan faktor
kemudahan perpustakaan kearah pemupukan budaya membaca serta penggunaan
sumber bahan bacaanyang dipilih oleh pelajar. Seramai 97 orang responden yang
terlibat dalam penyelidikan ini. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar
tahun 4 SPH PKPG. Data dikumpul dengan menggunakan instrument soal selidik dan
dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social
Sciences versi 14.0. Penganalisisan dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam
bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap pelajar-pelajar
terhadap budaya membaca berada di tahap yang sederhana. Dalam meningkatkan
pemupukan budaya membaca di kalangan pelajar-pelajar, faktor dalaman adalah
memainkan peranan yang penting. Di samping itu juga faktor luaran seperti faktor ibu
bapa adalah faktor yang utama dalam mendorong pelajar minat terhadap membaca.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to look through reading habit on student’s 4 SPH
PKPG The objective of this research is to survey the reading habits among students of
4 SPH PKPG Universiti Teknologi Malaysia. The scope of this research involving
three aspects which are inner factor from perspective of student’s attitude, outer-factor
and support such as parents factor, lecturers, friends and factor of library facilities in
order to encourage reading habits and the usage of reading sources choose by the
students. The sample of this study is year 4 SPH PKPG students. 97 respondents has
been choose in this study. The data has been collected using questionnaires as the
instrument and the study result has been analyzed by using Statistical Packages for
Social Sciences (SPSS) SPSS programmer version 14.0. The analysis has been made
by using descriptive statistic method and presented in frequencies, percentages and
mean. The result shows that student’s level in reading habits is moderate. Therefore,
the inner factor plays and important role in encourage reading habits among students.
Beside that, parent’s factor as outer factor also plays an important role in encouraging
students reading habit.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK
MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Budaya 8
viii
1.8.2 Membaca 8
1.8.3 Pelajar 9
1.9 Kesimpulan 9 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 10
2.2 Kepentingan Membaca 11
2.3 Budaya Membaca 13
2.4 Budaya Membaca Di Kalangan Mahasiswa 15
2.5 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Budaya
Membaca
18
2.6 Kesimpulan 20
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Reka Bentuk Kajian 22
3.3 Lokasi Kajian 23
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 23
3.5 Instrumen Kajian 23
3.6 Proses Kajian 25
3.7 Kajian Rintis 26
3.8 Kaedah Analisis Data 27
3.9 Kesimpulan 27
4 ANALISA DATA
4.1 Pendahuluan 28
4.2 Bahagian A : Analisa Mengikut Latar Belakang
Responden
29
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 29
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 30
ix
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Status 30
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 31
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan
Tertinggi
31
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Tempat
Tinggal (Tetap)
32
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Tempat
Tinggal (Ketika Belajar)
32
4.2.8 Taburan Responden Mengikut Kegiatan
Masa Lapang
33
4.3 Bahagian B : Analisa Persoalan Kajian 33
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 34
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 36
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 40
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 44
4.4 Analisis Keseluruhan 47
4.5 Kesimpulan 48
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 49
5.2 Perbincangan 49
5.2.1 Tahap Budaya Membaca Di Kalangan
Pelajar Berdasarkan Faktor Sikap
49
5.2.2 Faktor Luaran Yang Mempengaruhi
Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar
51
5.2.3 Penggunaan dan Pemilihan Bahan Bacaan
Yang Diminati Oleh Pelajar
52
5.3 Rumusan 52
5.4 Cadangan 54
x
5.4.1 Cadangan Untuk Meningkatkan Budaya
Membaca Dalam kalangan Pelajar
55
5.4.1.1 Sikap 55
5.4.1.2 Peranan Ahli Akademik 56
5.4.1.3 Mewujudkan Piawai 57
5.4.1.4 Mengatasi Rintangan Diri Pelajar 57
5.4.1.5 Kempen Membaca 58
5.4.1.6 Kelab Pembaca 58
5.4.1.7 Kemudahan Perpustakaan 59
5.4.1.8 Peranan Ibu bapa 60
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 61
5.5 Kesimpulan 62
RUJUKAN 63
LAMPIRAN 67
xi
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pembahagian Skala 5 Likert Mengikut Nilai 24
3.2 Hasil Analisis Koefisien Kebolehpercayaan terhadap
Pembolehubah Bebas
26
3.3 Tahap Min 27
4.1 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina 29
4.2 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan Umur 30
4.3 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan Status 30
4.4 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa 31
4.5 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan
Kelulusan Tertinggi
31
4.6 Taburan Peratusan Responden Mengikut Tempat
Tinggal (Tetap)
32
4.7 Taburan Peratusan Responden Mengikut Tempat
Tinggal (Ketiika Belajar)
32
4.8 Taburan Peratusan Responden Mengikut Kegiatan
Masa Lapang
33
xii
4.9 Taburan Responden Mengikut Sikap Terhadap
Membaca
35
4.10 Taburan Responden Mengikut Faktor Ibu Bapa 37
4.11 Taburan Responden Mengikut Faktor Pensyarah 39
4.12 Taburan Responden Mengikut Faktor Rakan Sebaya 41
4.13 Taburan Responden Mengikut Faktor Kemudahan
Perpustakaan
43
4.14 Skor Bagi Kekerapan Penggunaan Bahan Bacaan 44
4.15 Skor Bagi Kecenderungan Penggunaan Bahan
Bacaan Berbentuk Akhbar
45
4.16 Skor bagi Kecenderungan Pengunaan Ruangan
Bahan Bacaan Berbentuk Akhbar
46
4.17 Skor Bagi Kecenderungan Penggunaan Ruangan
Bahan Bacaan Berbentuk Majalah
46
4.18 Purata Min Keseluruhan Bagi Setiap Faktor 48
xiii
SENARAI RAJAH NO. RAJAH
TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta Alir Proses Kajian 25
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK MUKA
SURAT
A Borang Soal Selidik 67
B Hasil Analisis Koefisien Kebolehpercayaan Soal
Selidik 74
C Hasil Analisis Koefisien Kebolehpercayaan Terhadap
Pembolehubah Bebas 77
1
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Menurut Wan Mohd Nor (1997), untuk menjadi bangsa yang maju,
agung dan dihormati, kecintaan pada ilmu perlu diletakkan di tempat yang
paling utama. Salah satu caranya adalah dengan mewujudkan budaya
membaca di kalangan masyarakat.
Gagasan tentang pentingnya pembacaan bagi masyarakat dunia telah
dikemukakan oleh United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation
(UNESCO). UNESCO telah mengatur strategi untuk memperhebatkan kempen
membaca terutamanya bagi ahli-ahli masyarakatnya yang mempunyai kadar kenal
huruf yang rendah sejak dari tahun 1972 (Safiah, 1990).
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesedaran nilai membaca telah dipupuk
sejak dari dahulu lagi. Ini bagi menjadikan budaya membaca sebagai satu cara hidup
dan sebagai suatu perlakuan yang sentiasa diamalkan.
Melalui pembacaan, individu itu dapat membezakan antara yang hak dan
batil, kebenaran dan kepalsuan. Membaca bukanlah sekadar for the sake of reading
tetapi searching for truth (Shaharom, 1996). Selain itu membaca juga adalah
merupakan suatu aktiviti yang boleh membangunkan intelektual, membentuk
pemikiran yang kreatif dan dinamis serta dapat melahirkan masyarakat yang
progresif (Shaharom, 1996).
2
Menurut Mohd Zubil (1997), bagi mewujudkan budaya masyarakat yang
suka membaca, masyarakat itu sendiri perlu mempunyai nilai suka kepada ilmu
pengetahuan di dalam menjalani kehidupan seharian. Ini adalah kerana ilmu atau
pengetahuan yang berfungsi sebagai pelengkap sering kali diabaikan. Dalam zaman
ledakan maklumat, pemilihan bahan bacaan yang sesuai dengan keperluan
perkembangan ikhtisas diri amatlah penting. Oleh yang demikian, lebih banyak
seseorang membaca lebih discriminating si pembaca itu (Suhaimi, 1998).
Apa yang ketara sekarang adalah peredaran daripada Era Industri kepada Era
Ilmu. Hanya mereka yang cekap belajar dan berilmu dapat menguasai perubahan
tersebut dan yang lain akan menjadi hamba kepada perubahan tersebut. Dalam era
ledakan maklumat, dunia akan menjadi serba kompetitif dan penguasaan ilmu serta
maklumat adalah sangat penting untuk mencapai taraf Negara maju seperti yang
digariskan melalui Wawasan 2020 (Syed Omar , 1997).
Kelangsungan daripada itu, budaya membaca adalah berkait rapat dengan
kemajuan negara. Pembentukan suatu tamadun yang baik itu adalah bergantung
kepada keupayaan berfikir anggota masyarakatnya. Syarat terpenting dalam
membina kemajuan tamadun sama ada Barat atau Timur adalah terletak kepada
kecemerlangan budaya ilmu masyarakat itu sendiri (Anwar, 1997). Jika Malaysia
ingin menjadi sebuah negara maju seperti yang telah digariskan di dalam Wawasan
2020, budaya ilmu mesti disuburkan. Salah satu langkah wajib ke arah membentuk
budaya ilmu adalah dengan menyuburkan budaya suka membaca (Pahrol, 1998).
1.2 Latar Belakang Masalah
Budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini amat
kurang menggalakkan. Asas pembinaan budaya membaca pada zaman moden bukan
setakat pembacaan sama ada daripada sumber buku, akhbar, majalah malah bahan-
bahan serius seperti jurnal, esei-esei atau kajian ilmiah dan sebaginya. Malangnya
minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia amat rendah dan dalam kajian-
3
kajian sebelum ini yang dijalankan menunjukkan rakyat Malaysia amat kurang
membaca. Dalam hal membaca, masyarakat Malaysia sebenarnya tidak mempunyai
halangan kerana kadar celik huruf masyarakat Malaysia adalah tinggi.
Menurut Zaini (1997), kadar celik huruf masyarakat Malaysia adalah agak
tinggi iaitu 93 peratus. Walau bagaimanapun kadar celik huruf adalah relatifnya
tinggi bagi Negara seperti Malaysia, namun ianya tidak bersifat functional literacy.
Ini adalah agak mengecewakan kerana menurut Huzaimi (2002) berdasarkan
Laporan Kajian Tabiat Membaca Rakyat Malaysia mengenai tahap pembacaan
masyarakat Malaysia melaporkan rakyat Malaysia sudah membaca dua buah buku
setahun berbanding hanya satu muka surat setahun seperti yang di dilaporkan oleh
Muhammad (1996). Ini juga berbeza dengan bangsa Jepun yang membaca tujuh
buah buku setahun (Muhammad, 1996).
Timbalan Perdana Menteri, mendedahkan bahawa terdapat buku-buku ilmiah
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang bernilai RM 40 juta tidak terjual di
pasaran. Senario ini dilihat sebagai tidak munasabah tambahan pula negara sedang
menuju ke arah sebuah negara yang berteknologi maklumat. Selain itu, di Negara ini
terdapat lebih sepuluh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan ratusan Institusi
Pengajian Tinggi Swasta. Sudah tentu perkara seumpama ini sukar berlaku. Namun
demikian, apa yang terjadi secara realitinya sambutan terhadap buku ilmiah tetap
dingin (Rohizan, 2001). Ini menunjukkan wujud di kalangan cendekiawan dan
golongan mahasiswa yang mempunyai sikap kurang minat membaca.
Fenomena ini dapat dibuktikan lagi apabila terlalu sukar untuk menemui di
bilik mahasiswa naskah-naskah masterpiece, jurnal-jurnal akademik ataupun buku-
buku yang menyentuh persoalan global, ekonomi ataupun politik tetapi yang banyak
ditemui adalah komik alih bahasa, majalah hiburan yang penuh erotik ataupun
poster-poster bintang-bintang Bollywood. Jika ada pun buku akademik, ia hanyalah
atas dasar untuk menyiapkan tugasan ataupun dibaca disebabkan masuk peperiksaan
(Abdullah, 2001).
4
Mahasiswa masa kini kebanyakannya menghafal ilmu yang diperolehi tanpa
wujud keinginan untuk mengetahui ilmu yang dipelajari. Keghairahan membaca
yang wujud adalah sekadar untuk lulus peperiksaan sahaja. Oleh yang demikian,
keadaan menjadi semakin lebih parah apabila ribuan siswa yang dilahirkan setiap
tahun mengamalkan budaya tidak suka membaca (Anwar, 1997).
Isu kelemahan pelajar Melayu sering ditimbulkan. Mereka dikatakan tidak
cemerlang di dalam peperiksaan di peringkat sekolah, seterusnya gagal untuk
mencatatkan keputusan cemerlang semasa di universiti. Menurut Syed Hussein
Alatas (2001), antara faktor pelajar Melayu tidak cemerlang di sekolah dan universiti
adalah akibat daripada sikap pelajar-pelajar Melayu yang tidak gemar memiliki tabiat
membaca. Budaya membaca tidak ada sedangkan banyak membaca merupakan asas
kepada perkembangan minda.
Jika disoroti, didapati mahasiswa Melayu begitu kurang membaca berbanding
bangsa lain. Buktinya dapat dilihat apabila pesta buku diadakan, mahasiswa bukan
Melayu akan berduyun-duyun datang ke pesta buku tersebut (Jufri, 2001). Selain itu
didapati, budaya Melayu dan budaya Cina memberi penghargaan yang tinggi kepada
ilmu pengetahuan berbanding bagi kaum Melayu yang tidak begitu menghargai ilmu
(Mahathir, 2001).
Dalam satu kajian didapati, di Malaysia akhbar-akhbar Melayu jauh
ketinggalan dengan akhbar-akhbar Cina daripada segi jumlah pembacanya. Kajian
ini menunjukkan bahawa orang Melayu jauh ketinggalan daripada minat membaca
atau minat kepada ilmu berbanding dengan orang Cina. Didapati pembacaan di
kalangan orang Melayu adalah lebih tertumpu daripada bahan-bahan bacaan yang
ringan, hiburan sensasi dan sebagainya. Ini dapat di lihat daripada angka jualan
majalah hiburan, kartun atau fesyen melebihi majalah serius yang lain (Muhammad,
1996). Pendita Za’ba pernah membangkitkan isu sikap orang Melayu yang lebih
asyik berhibur daripada berfikir tentang masa depan dirinya dan bangsanya
(Muhammad, 1996).
5
Masyarakat yang berbudaya membaca tidak wujud dengan tiba-tiba tanpa
diadakan perancangan dan perlaksanaan ilmu pengetahuan bagi negara tersebut.
Nilai-nilai murni perlu ditanamkan sejak dari kecil lagi. Dengan demikian
masyarakat perlu didedahkan kepada keperluan mengetahui tentang kecenderungan
dan bahan bacaan seseorang kanak-kanak dalam usaha untuk membina
perkembangan emosi, intelek dan melentur sahsiah melalui aktiviti membaca.
Apabila seseorang mula memahami sesuatu yang dibaca, minatnya akan terus
berkembang. Melalui pembacaan yang bermutu, ia dapat menambah dan memahami
pengertian hidup yang lebih luas dan matang (Suhaimi, 1998).
Pelbagai faktor yang mendasari kepada pembentukan minat dan suka
membaca. Kajian Durkin (1966) menyatakan wujud pertalian yang erat antara
bilangan buku di rumah dan minat membaca di kalangan kanak-kanak. Oleh yang
demikian, peranan ibu bapa adalah mewujudkan perpustakaan mini di rumah
merupakan salah satu faktor kepada mewujudkan budaya membaca di kalangan
anak-anak mereka. Selain daripada itu peranan guru juga adalah penting dalam
membentuk budaya membaca khususnya di kalangan pelajar. Menurut Zaini (1997),
jika guru sendiri tidak mempunyai sikap, minat dan tabiat membaca, ia tidak
mungkin mendorong muridnya supaya gemar membaca. Sewajarnya budaya
membaca di semai di peringkat kecil lagi bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah
dari rebungnya”. Hal yang demikian adalah kerana masyarakat yang bertamadun
adalah masyarakat yang membaca.
Menurut Syed Hussein Alatas (2001), pada masa sekarang pemupukan
budaya ilmu tidak wujud di universiti tempatan. Budaya ilmu harus ditekankan
kerana apabila budaya ilmu itu meresapi diri mahasiswa tersebut, mereka akan
merasai kenikmatan untuk belajar. Apabila wujudnya budaya ilmu, kenikmatan jiwa
juga dirasai apabila pelajar itu menyelidik, menyiasat, membaca, memikirkan
masalah-masalah pembelajaran, membahaskan ilmu dengan rakan-rakan dan
menghargai usaha-usaha ke arah meningkatkan ilmu pengetahuan dan salah satu
caranya dengan mewujudkan minat membaca.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Persoalan yang timbul apakah tahap budaya membaca di kalangan pelajar
Program Khas Pensiswazahan Guru, Universiti Teknologi Malaysia? Sebagai aset
terpenting negara, mereka harus bersedia dan peka terhadap perubahan-perubahan
yang berlaku di sekeliling. Malah bertanggungjawab untuk pembangunan kemajuan
negara dan ianya merupakan amanah yang sangat berat perlu dipikul.
Maka, kajian ini cuba mengupas tahap budaya membaca dari segi faktor
dalaman iaitu sikap pelajar. Seterusnya melihat kepada perbezaan yang wujud dalam
aspek budaya membaca dari segi faktor-faktor dalaman, penggunaan sumber bahan
bacaan dan faktor-faktor luaran yang mempengaruhi budaya membaca di kalangan
pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut : i. Meninjau tahap budaya membaca di kalangan pelajar yang dilihat dari segi
faktor dalaman iaitu sikap pelajar.
ii. Mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi budaya membaca di
kalangan pelajar.
iii. Mengenal pasti penggunaan dan pemilihan bahan bacaan yang diminati oleh
pelajar.
7
1.5 Persoalan Kajian i. Apakah sikap pelajar terhadap membaca?
ii. Adakah faktor ibu bapa dan pensyarah telah mendorong pelajar membaca?
iii. Adakah faktor rakan sebaya dan kemudahan perpustakaan telah mendorong
pelajar membaca?
iv. Apakah bahan bacaan yang lebih diminati pelajar untuk dibaca?