budaya membaca, menyelidik jurnal, portfolio
TRANSCRIPT
BUDAYA MEMBACA BUDAYA MENYELIDIK AMALAN REFLEKTIFPENGURUSAN PORTFOLIO
JANIFAH BINTI JANUWI ROSMIZA BINTI RAHIMPISMP-IPG-BAHASA ARAB AMBILAN JANUARI 2007
BUDAYA MEMBACA
Suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda samada melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik seperti komputer dan sebagainya.
Membaca
بسم الله الرحمن
الرحيم
Firman Allah SWT melalui surah al-
Alaq jelas menunjukkan bahawa
manusia perlu membaca demi
menguasai pengetahuan yang
belum diketahuinya kerana
membaca mendorong manusia
membina kesempurnaan hidup.
Pada tahun 1988 Perdana Menteri (Y.A.B Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamed) telah melancarkan Tahun Pembaca yang bertemakan ‘membaca Jambatan Ilmu’
Beliau menyeru agar guru-guru mengamalkan budaya membaca bagi memastikan mereka sentiasa mengemaskini ilmu pengetahuan mereka memandangkan peranan mereka sebagai pendidik dan rol model kepada murid di sekolah.
Guru-guru di luar negara terutama di negara
maju menjadikan membaca sebagai rutin
dalam kehidupan mereka sehingga mereka
mampu membincangkan pelbagai isu dan
perkara tanpa teragak-agak.
Keupayaan mereka melontarkan idea,
mengupas isu dan menganalisis sesuatu
permasalahan mencerminkan imej seorang
pendidik yang pintar, berilmu dan berwawasan.
Jenis-jenis bacaan Al-Quran, kitab hadis dan buku
agama Buku popular, novel dan cerpen Ensiklopedia dan kamus Majalah dan buletin Akhbar harian, mingguan dan
tabloid Buku biografi Surat Artikel, jurnal dan tesis Peta, resipi, iklan, direktori telefon,
menu Internet
PANDUAN MEMBACA
1. Peruntukkan masa dalam sehari lebih kurang 10 minit pada waktu yang terluang yakni pada waktu bersarapan atau minum petang. Sekiranya mampu memperuntukkan empat kali sehari dengan menggunakan 10 minit, ia bererti anda telah menggunakan 40 minit dalam sehari untuk membaca.
2. Sentiasa membawa buku ke mana-mana sahaja.
3.Kurangkan aktiviti lain yang sia-sia. Elakkan pembaziran masa dengan menonton tv terlalu lama, baring atau tidur, berborak-borak tanpa tujuan yang jelas, window shopping atau bermain video games.
4. Dapatkan satu ruang yang
sunyi, selesa dan tidak
diganggu ketika membaca.
5. Sediakan senarai bahan
bacaan yang telah anda
kenalpasti dan buat catatan
untuk mendapatkannya.
6. Kunjungi pameran buku dan
kedai buku untuk memupuk
minat membaca.
7. Tentukan matlamat anda
dalam pembacaan bagi
memastikan semangat anda
kental dalam amalan
membaca.
Penghayatan membaca boleh dicapai melalui elemen-elemen berikut :-Budaya membaca yang tinggi.Kecintaan luar biasa terhadap buku dan bahan bacaanMempunyai koleksi buku atau perpustakaan peribadi Tahu membezakan bahan bacaan bermutu atau sebaliknya Tergambar cara berfikir, kelancaran bahasa dan wacana
BUDAYA MENYELIDIK
PENGENALAN
KELEBIHAN
SEJARAH PENYELIDIKAN
DEFINISI
KEPENTINGAN
PENGENALAN
Masih belum menyeluruh dikalangan guru Aktiviti berkesan untuk pembelajaran
sepanjang hayat Melalui penyelidikan kita mula :
- Berfikir- Merancang - Melakukan tinjauan - Menyediakan item soalan- Menganalisis- Menulis laporan
KELEBIHAN BUDAYA MENYELIDIK
Proses mendorong ke arah pemikiran yang tinggi (kritis).
Mencungkil perkara baharu yang membolehkan kita mencadangkan sesuatu tindakan yang terkini dan sesuai.
Perkara yang paling sesuai untuk guru-guru untuk:
Mengenalpasti isu dan masalah berkaitan pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Disiplin
Sikap pelajar
Kepimpinan
Pengurusan sekolah dll.
SEJARAH PENYELIDIKAN
Penyelidikan Tindakan (PT) diperkenalkan oleh KURT LEWIN (1946) iaitu mengenai isu-isu komuniti.
Pada tahun 1973-1976 John Elliot dan Clem Adelmen (ford Teaching project)
Di United Kingdom aktiviti penyelidikan dalam kalangan guru dimulakan oleh Stenhouse (1971-1975) bersama-sama Humanities curriculum project.
Mereka berpendapat pengajaran sewajarnya berdasarkan penyelidikan
Keutuhan pendidikan dan guru dapat dipertingkatkan sekiranya penyelidikan selari dengan pembangunan kurikulum
Peringkat kementerian pelajaran malaysia bermula pada tahun 1989 yang dimulakan oleh pensyarah-pensyarah maktab perguruan.
Pada tahun 1995 PT dimasukkan dalam kurikulum kursus pengajaran lepasan diploma(KPLD) dan KPLI.
Pada masa sekarang di IPG, program PISMP menawarkan PT sebagai subjek teras dan 6 jam kredit diperuntukkan.
Seminar penyelidikan oleh BPG kpd Pensyarah IPG
Perkembangan Kajian Tindakan Di Malaysia,
KT berkembang 1990-an Konsep KT diperkenalkan kepada 41 orang pensyarah institut/maktab perguruan dan pegawai BPG.11 hingga 20 Disember 1988 oleh Prof. Stephen Kemmis dari School of Education, Deakin University, Australia.
Tahun 1990-an Idea “guru sebagai penyelidik” menjadi sebahagian kandungan kursus program pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan di institut/maktab perguruan. “Programme for Innovation Excellence and Research” (PIER) BPPDP 1993-1996 KT sebagai mata pelajaran dalam komponen kursus DPM di Institut/Maktab Perguruan bagi Kursus Dip. Pendidikan dan Ijazah
(Manual Kajian Tindakan KPM, 2008)
DEFINISI
KURT LEWIN 1946PT ialah satu pusingan (spiral) yg terdiri daripada perancangan, tindakan dan penilaian terhadap tindakan.
MC KERNAN 1991PT ialah satu kaedah inkuiri yg mendorong kerja-kerja penyelidikan dan penulisan seterusnya
PT melibatkan kajian tentang situasi sosial yang bertujuan menambah baik kualiti dan keberkesanan sesuatu tindakan
PT berupa suatu bentuk inkuiri reflektif kendiri yang dilaksanakan oleh peserta-peserta seperti guru-guru, pelajar atau pengetua dalam satu situasi sosial iaitu pendidikan.
John Elliot
(1981)
KEMMIS (1988)
PT iaiah kajian mengenai satu situasi sosial dengan tujuan untuk menambah baik kualiti sesuatu tindakan
PT menjadi suatu tradisi yang menggalakkan guru mengkaji amalan-amalan kendiri dalam kerja dan pada masa itu ada cubaan untuk memahami realiti situasi semasa dan membolehkan penyelidik sendiri menjelaskan perekmbangan pendidikan mereka.
McNiff (1988)
Somekh (1988)
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Menambah baik amalan p&p kendiri guru atau pensyarah
Memfokus pada suatu kajian yang lebih spesifik tentang salah satu aspek yang anda berikan perhatian
Menggalakkan budaya kolaborasi dengan pihak lain
Pendokumentasian dan bukti sesuatu penyataan dapat dilakukan melalui penyelidikan tindakan
Mendorong budaya reflektif
Meningkatkan profesionalisme keguruan.
PENULISAN JURNAL
REFLEKSI
Penulisan Jurnal Refleksi
Pengurusan Portfolio
PENGAJARAN REFLEKTIF
Refleksi ialah suatu proses seseorang individu merenung semula segala peristiwa, tindakan serta perlakuan yang terlibat secara langsung atau tidak, sama ada melibatkan dirinya seorang atau pun diri orang lain, dengan membuat analisis tentang kekuatan serta kekurangan peristiwa, tindakan atau perlakuan tersebut dengan hasrat untuk membaiki diri sendiri.
Berfikiran reflektif merupakan amalan berfikir
atau merenung kembali sesuatu pengalaman yang kita alami dan menyedari implikasinya terhadap diri
kita.
Rancang
BertindakRefleksi
Memerhati
Proses Refleksi
Perancangan
Mengenalpasti masalah yang kita perlu selesaikan.
Perlu menamakan masalah tersebut dan kemudian cuba mengenalpasti konteks untuk pemeriksaan secara lebih dekat dan terperinci lagi.
Bertindak 1. Perlu menggunakan soalan-
soalan untuk menilai hasil perancangan berdasarkan bukti-bukti murid dan pengajaran kita yang dikumpul.
2. Kemudian tentukan tindakan untuk mengubah dan menyelesaikan masalah.
Tindakan susulan dalam pengajaran reflektif adalah apabila guru yang terlibat dalam amalan reflektif berasa puas dengan peranan yang dimainkan dalam menangani masalah pengurusan bilik darjah dan P&P.
PELAN TINDAKAN REFLEKTIF
1. Apakah yang saya ubah?Bahan? Kaedah? Murid? Kurikulum? Sikap?
2. Bagaimanakah saya akan lakukannya?Tambah sesuatu yang baharu? Ubah suai
apa yang sedang saya lakukan? Gugurkan sesuatu?
3. Apakah yang saya perlu?Wang?maklumat? Ruang? Hubungan baik(Pentedbir, ibubapa, murid, pakar?
Masa?
Bagi membantu mengubah atau menambahbaik amalan pengajaran setiap apa yang dinilai perlu direkodkan. Rekod ini boleh dilaksanakan secara penyediaan log pembelajaran. Log/diari ini perlu mencatatkan perkara berikut:
Dapatan daripada refleksi kendiri Perubahan yang diperlukan/dicadangkan Perkara tertentu yang perlu diberi
perhatian untuk memperbaiki pengajaran Rancangan bagi memperbaiki pengajaran Tindakan susulan yang patut dilaksanakan
Proses Refleksi Tindakan yang Diambil
Rancang Membimbing Hasrul dengan menjinakkannya terlebih dahulu
Bertindak Senyum dan menegur Hasrul, berbaik-baik dan wujudkan persahabatan dengan Hasrul
Memerhati Hasrul mula berubah, mula menegur guru dan patuh dengan permintaan guru
Refleksi Hasrul masih boleh dilentur sekiranya guru memberikan perhatian dan tidak memandang negatif terhadapnya.
Hasrul tidak patut dilabelkan sebagai pelajar bermasalah
Kesan/ akibat Melakukan Refleksi
Menjadikan seseorang itu SEDAR tentang:
tingkah laku atau amalan pengajarannya
makna atau pengertian tingkah laku/amalan pengajarannya
tabiat atau kebiasaannya – tabiat ‘melihat sesuatu, tabiat berfikir, tabiat bertindak
perasaannya tentang bagaimana ia berfikir, membentuk tanggapan atau bertindak
PENGURUSAN PORTFOLIO
Portfolio pengajaran merupakan koleksi bahan-bahan seperti artifek-artifek P&P serta penulisan reflektif yang direka khas untuk meningkatkan prestasi seorang guru.
Wolf (1996) portfolio pengajaran ialah satu koleksi maklumat yang terdiri daripada rancangan pengajaran, tugas pelajar, rakaman video dan bahan-bahan lain yang berkaitan dalam P&P.
KEPENTINGAN PORTFOLIO
Mendorong ke arah pembelajaran yang berkesan kerana amalannya membina rasa tanggungjawab pelajar
Mendorong pembelajaran kendiri
Menjadi penghubung antara pelajar dengan rakan sebaya dan pendidik yang lain
Membolehkan guru mengenal pasti, memilih pengalaman-pengalaman dan menilai semula pengalaman dan mendorong perubahan
Menggalakkan pelajar menjana pengetahuan, kemahiran dan merangsang pemikiran terhadap tugas.
Memberi ruang untuk pelajar memberikan kritikan terhadap diri sendiri dalam menjalankan tugasnya sebagai guru.
PORTFOLIO DI IPG
Dijadikan sebagai suatu rangsangan kepada pelajar agar menyedari pencapaian mereka dalam kursus-kursus major
Menggunakan reka bentuk MODEL PENAAKULAN PEDAGOGI dan TINDAKAN SHULMAN (1987).
Model ini memfokuskan proses peralihan guru pelatih daripada kefahaman, transformasi dan pelaksanaan kepada penilaian kendiri lalu membentuk kefahaman baru.
Proses dilalui dapat digambarkan seperti berikut : KEFAH
AMAN
INTERAKSI
APLIKASI
REFLEKSI
Rajah 8.3 Proses Peralihan Guru
Pelajar menerima input
Pelajar mengumpul bukti
Pelajar merangka idea-idea baru
Idea-idea yang dirangka akan dibincangkan dengan rakan-rakan atau pembimbing
KEF
AHAM
AN
Proses inkuiri dan penyelesaian masalah
Analisis dan penilaian menghasilkan idea yang kemas dan bermakna
INTE
RAK
SI
APLI
KASI
Pelajar mendemonstrasikan pemahaman teori pedagogi
Menilai tindakan mereka berdasarkan objektif P&P
Mengimbas semula pengalaman Mencari alternatif dalam penambahbaikanMemerlukan maklum balasMenyoal diri sendiri
Apakah langkah pengajaran yang perlu saya ubah atau perbaiki?Adakah pengajaran saya telah mencapai hasil pembelajaran yang saya bina sendiri?Sejauh manakah murid saya memberikan perhatian terhadap pengajaran saya?
REF
LEKSI