bukan medan laga

1
3/28/09 BUKAN MEDAN LAGA Di sini berkumpulnya suara di sini berkumpulnya harapan dari lembah dan sungai dari paya dan pinggiran dari desa dan kota kemanusiaan. Di sini bukan medan laga di sini berkumpulnya suara suara hati rakyat kebanyakan suara hak dan pembelaan suara terlaung jerit rintihan. (Suara tertimbus kerana percakaran!) Di sini bukan medan laga di sini berkumpulnya harapan harapan hati rakyat kebanyakan harapan perjuangan dan pembangunan harapan terlaung jerit rintihan. (Harapan terkambus kerana perbalahan!) Di sini bukan medan laga di sini berkumpulnya suara dan harapan kaubawa amanah rakyat kebanyakan yang pernah kaujanji mahu tunaikan dalam getir menjelang pengundian. (Mungkinkah sudah engkau kotakan?) Di sini satukanlah suara dalam perjuangan membela kebenaran dalam debat melahir keputusan biar bertingkah berbeza pendapat hasrat nan satu mencapai matlamat. MYA MARJA Bandar Seri Jempol , NS. Posted by Keris Putera

Upload: elizabeth-smith

Post on 17-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

sajak

TRANSCRIPT

3/28/09BUKAN MEDAN LAGADi sini berkumpulnya suaradi sini berkumpulnya harapandari lembah dan sungaidari paya dan pinggirandari desa dan kota kemanusiaan.

Di sini bukan medan lagadi sini berkumpulnya suarasuara hati rakyat kebanyakansuara hak dan pembelaansuara terlaung jerit rintihan.(Suara tertimbus kerana percakaran!)

Di sini bukan medan lagadi sini berkumpulnya harapanharapan hati rakyat kebanyakanharapan perjuangan dan pembangunanharapan terlaung jerit rintihan.(Harapan terkambus kerana perbalahan!)

Di sini bukan medan lagadi sini berkumpulnya suara dan harapankaubawa amanah rakyat kebanyakanyang pernah kaujanji mahu tunaikandalam getir menjelang pengundian.(Mungkinkah sudah engkau kotakan?)

Di sini satukanlah suaradalam perjuanganmembela kebenarandalam debat melahir keputusanbiar bertingkah berbeza pendapathasrat nan satu mencapai matlamat.

MYA MARJABandar Seri Jempol , NS.Posted byKeris Putera