bukit malawati simpan l kisah bersejarahmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3857/1/... ·...
TRANSCRIPT
25 MAC 2015 Ii) RABU
Bukit Malawati simpan l JOOI kisah bersejarah » Kubu Kesultanan Melayu Selangor kini jadi tarikan pelancong
Oleh Khairul Azran Hussin dan Suzaini Sulaiman [email protected]
,. Kuala Selangor
B ukit Malawati tersimpan pelbagai sejarah dengan 1,001 kisah seperti Makam
Sultan, Batu Hampar, pusara Panglima Hitam dan busut MalawatL
Selain itu, terdapat telaga tujuh, telaga beracun, tangga seratus, padang silat, meriam serta gua simpanan harta istana seperti keris, lembing dan barang berharga.
Berikut adalah penerangan ringkas berkaitan bahan bersejarah di bukit berkenaan seperti diceritakan oleh penulis buku Sejarah Kuala Selangor, Datuk Yusoff Hassan kepada wartawan BH.
Makam Sultan Makam Diraja Selangor terdiri daripada tiga makam Sultan Selangor iaitu Sultan Selangor Pertama, Sultan Salahuddin (1742-1778); Sultan Selangor Kedua, Sultan Ibrahim (1778-1826) dan Sultan Selangor Ketiga, Sultan Mahmud (1826-1857)
Tangga Seratus
tangga ini yang menjadi temp at sampan, perahu dan kapal berlabuh.
Busut Malawati Terletak berhampiran.pintu kota.
Ia adalah tempat sultan bersemayam dan tempat berkumpul untuk tetamu istana. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai lokasi gelanggang untuk bersabung ayam.
NASIONAL 15 ·
Pengunjung melihat Batu Hampar yang menjad; tempat memancung kepala manusia. [FOTO MUHAMMAD SULAIMANIBHl
BatuHampar Terdapat kisah yang mengatakan ia tempat memancung kepala penderhaka. Namun, Yusoff berpendapat maklumat itu tidak benar kerana hanya seorang pernah dipancung kepala di batu ini, iaitu seorang gadis istana yang berzina dan darahnya disiram di sekeliling istana.
Pusara Panglima Hitam Dipanggil Panglima Hitam kerana berkulit gelap, selain sering memakai tengkolok, baju dan seluar berwarna hitam. Dia adalah seorang pegawai istana dan dihormati rakyat ketika itu. Ia juga dianggap simbol kehebatan dan semangat orang Melayu, selain taat kepada sultan.
Telaga Tujuh Asalnya sebuah telaga yang mem-
punyai tujuh mata air yang tidak pernah kering walaupun pada ~ musim kemarau. Bagaimanapun, kini hanya tinggal beberapa buah kerana yang lain sudah tertimbus. Sebelum ini, ada segelintir masyarakat menggunakan air telaga ini untuk membayar niat.
Perigi beracun Air perigi ini dikatakan berisi racun, iaitu hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi hingga ke paras dagu penderhaka sahaja. Dijadikan tempat penyeksaan kepada penderhaka.
Meriam Berdasarkan sejarah, terdapat 102 meriam milik kerajaan Selangor ketika itu, tetapi sebanyak 68 buah dirampas oleh Belanda. Kemudian, sebahagian daripada meriam itu sempat dibawa lari oleh Sultan Ibrahim ke Bukit Raja, Permatang. Atas sebab itu, ketika ini hanya tinggal beberapa buah meriam di atas Bukit Malawati.
Meriam ini dikatakan buatan tangan orang Melayu, malah reka bentuknya ada persamaan dengan meriam 'Tok Bedil' yang terdapat di tebing Sungai Kelantan dan Kampung Sungai Pinang, Kelantan.
Ikuti siri ketiga mengenai kisah benar dan dongeng di Bukit Malawati dalam BH, esok.
1:\\l lkuti BH Plus :N di www.bharian.com.my
untuk lebih gambar dan video
Nama yang diambil daripada bilangan anak tangganya berjumlah 100. Tangga yang diperbuat batu granit ini adalah laluan utarna untuk ke pintu kota istana. Pada zaman dahulu, terdapat Pangkalan Batu Buruk di bawah Muzium Sejarah turut mempamerkan beberapa mer;am buatan tangan orang Melayu.