buku panduan hari-hari yang ada kelebihan di dalam islam[1]

66
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

Upload: kulin6231

Post on 03-Feb-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hari-hari istimewa di dalam islamhak cipta mutlak pejabat mufti perlis

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

Page 2: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

© 2015, Jabatan Mufti Negeri Perlis

Cetakan Pertama 2015

Atur Huruf & Reka Letak:

No 4, Jalan 4, Kompleks Tok Arau,02600 Arau, Perlis.Tel : 012 474 3077

Diterbitkan oleh : JABATAN MUFTI NEGERI PERLISTingkat 1, Blok A,Bangunan Dato’ Mahmud Mat,01000 Kangar, Perlis.Tel : 04-979 4428, Fax : 04-976 3844

Hak Cipta Terpelihara.Tiada dibenarkan bahagian mengeluar ulang cetak mana-mana bahagian artikel,ilustrasi dan isi kandungan buku di dalam apa jua cara secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain sebelum mendapat izin bertulis daripada SS Mufti, Jabatan Mufti Negeri Perlis.

PROGRAFIX SDN. BHD.

Page 3: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

Kandungan

KATA ALUAN DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS 5

KATA ALUAN TIMBALAN MUFTI 6

PENGERTIAN HARI KEBESARAN 7

GALAKAN SUPAYA BERGEMBIRA DENGAN KELEBIHAN KURNIAAN ALLAH 9

HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM 9 Hari Raya al-Fitri dan al-Adha 11 Hari Jumaat 13 Hari ‘Asyura Dan Tasu’a 21 Hari ‘Arafah 28 Hari-Hari al-Tasyriq 29 Hari Awal Bulan Zulhijjah 33 Hari Akhir Bulan Ramadhan 36 Malam al-Qadr (Lailatul Qadr) 37 10 Akhir Ramadan 40 Hari-hari Cerah 41 Hari Isnin Dan Khamis 42 Bulan-Bulan Haram 43 Bulan Muharram 46 Bulan Syaaban 49 PENUTUP 54

Page 4: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

SIDANG REDAKSI

PENASIHATSahibul Fadhilah Haji Roslan Bin Esa

(Timbalan Mufti Negeri Perlis)

KETUA EDITOR

(Pegawai Hal Ehwal Islam)

SETIAUSAHARusnani Binti Hasan

PENULISUstaz Mohammad Abdul Kadir Bin Sahak

HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN

DI DALAM

ISLAM

Page 5: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

TITAH PERUTUSAN DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLISSELAKU YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT

ISTIADAT MELAYU PERLIS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Segala pujian hanya untuk Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan pengikut baginda.

Alhamdulillah, Beta amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya Beta dapat menyampaikan perutusan ringkas di dalam buku Panduan Berkaitan Hari-Hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam Cetakan Pertama 2015 ini.

Setinggi-tinggi penghargaan Beta ucapkan kepada Jabatan Mufti Negeri Perlis di atas usaha menerbitkan buku Panduan Berkaitan Hari-Hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam ini untuk dijadikan sebagai rujukan kepada umat Islam berdasarkan sunnah Nabi SAW. Bahan bacaan seperti ini perlu diterbitkan dari semasa ke semasa untuk memberi panduan dan bimbingan kepada masyarakat Islam khususnya di Negeri Perlis agar tidak terpesong dari akidah yang sebenar dan menurut al-Quran dan al-Sunnah.

Akhir titah, Beta mendoakan agar buku ini dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT, InsyaAllah.

Sekian, Wassalam.

DYTM TUANKU SYED FAIZZUDDIN PUTRAIBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL,D.K., S.P.M.P., P.A.TRAJA MUDA PERLIS

Termaktub di Istana Arau02600 ArauPerlis

Pada : 29 Januari 2015

DYTM RAJA MUDA PERLISIstana Arau, 02600 Arau, Malaysia.

Page 6: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

6

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

MUFTI NEGERI PERLIS TIMBALAN KATA ALUAN-KATA HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM -BUKU PANDUAN BERKAITAN HARI

ISLAM TERBITAN JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

بسم الله الرحمن الرحيم

فيه، كما حيب ربنا ويـرضى، وصلى اهللا وسلم على نبينا احلمد هللا محدا كثريا طيبا مباركا وعلى آله وصحبه أمجعني، أما بعد: ,حممد

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT, kerana dengan limpah taufik, hidayah dan inayahnya dapatlah diterbitkan buku Panduan Berkaitan Hari-Hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam Cetakan Pertama 2015 untuk dijadikan rujukan dan panduan di kalangan umat Islam.

Pemilihan hari-hari tertentu untuk disambut dalam ertikata hari sambutan pada bahasa semata-mata bukan dengan maksud al-Ta’abbudiy, maka ia adalah termasuk dalam perkara yang diharuskan, bahkan Allah SWT membenarkan kita bergembira dengan setiap kelebihan kurnianNya sepertimana firmanNya di dalam Surah Yunus ayat 58 yang berbunyi:

ا�يجمعون لك�فليفرحوا��و�خ���مم

ه�و�رحمته�فبذ قل�بفضل�الل Maksudnya: “Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan".

Sehubungan itu, buku Panduan berkaitan Hari-Hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam ini diharapkan dapat memberi panduan dan pencerahan kepada masyarakat untuk beramal dengan sunnah serta merebut kelebihan-kelebihan bagi suatu amalan yang jelas ada nas dan dalil yang mengharuskannya.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis selaku urusetia dalam menerbitkan buku Panduan ini dan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menerbitkan buku Panduan Berkaitan Hari-Hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam Cetakan Pertama 2015 ini. Semoga usaha murni ini diberkati Allah SWT dan mendapat ganjaran yang baik di sisiNya, InsyaAllah.

SAHIBUL FADHILAH HAJI ROSLAN BIN ESA (TIMBALAN MUFTI NEGERI PERLIS)

Page 7: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

7

1

1) PENGERTIAN HARI KEBESARAN

Sambutan Hari Kebesaran dalam bahasa ‘Arab

disebut sebagai عيد. Dari sudut bahasa ia merujuk

kepada apa-apa (hari) yang kembali dan berulang menurut tahun-tahun dan hari-hari. Orang ramai berkumpul pada hari tersebut, ia merangkumi semua hari peringatan yang berulang-ulang. Di dalam kamus al-

Wasith dinyatakan العيد ialah: “Setiap hari yang

disambut, dengan memperingati peristiwa mulia atau (peristiwa) yang disukai.”1 Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Isa putera Maryam berdoa: "Ya Tuhan kami turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi

1 Kamus al-Wasith. Pada kalimah العيد

Page 8: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

8

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

2

kekuasaan Engkau; berilah rezeki kepada kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama". (al-Maidah: 114)

Di Kamus al-Ghaniy dinyatakan pula العيد ialah:

و تار��� م�م ذ�ار بحادث دي�� أ يوم لالحتفال والت

Maksudnya: “Satu hari untuk disambut dan diperingati dengan sesuatu peristiwa keagamaan atau sejarah penting.”

Manakala kalimah pada istilah pula, dimaksudkan عيد

kepada Hari Raya al-Fitri dan Hari Raya al-Adha. Apabila ia dinisbahkan kepada al-Fitri dan al-Adha maka

ia memiliki maksud al-Ta’abbudiy التعبدي. Iaitulah ia

berupa hari yang khusus dan ibadah yang khusus dengan kaifiyyah yang khusus yang disyariatkan oleh Allah SWT. 2 ‘Ied dalam kaca mata agama memiliki dua makna:

Pertama: Makna agama (��املع�� الشر), iaitulah seperti

pensyariatan solat hari raya pada kedua-dua hari raya,

2 Lihat lamanweb fatwa United Arab Emirates, fatwa no: 19858 http://www.awqaf.gov.ae/

Page 9: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

9

3

larangan berpuasa, Zakat fitrah pada hari raya al-Fitri dan ibadah korban pada hari raya al-Adha.

Kedua: Makna sambutan ( iaitulah ,(املع�� إلاحتفا��

seperti memakai pakaian baharu, ziarah-menziarahi, berhibur, berseronok dengan perkara yang dibenarkan agama dan seumpamanya.3

Justeru, mana-mana hari yang dipilih untuk disambut dalam ertikata hari sambutan pada bahasa semata-mata bukan dengan maksud al-Ta’abbudiy, maka ia adalah termasuk dalam perkara yang diharuskan.

2) GALAKAN SUPAYA BERGEMBIRA DENGAN

KELEBIHAN KURNIAAN ALLAH

Allah SWT membenarkan kita bergembira dengan setiap kelebihan kurniaanNya, firmanNya:

Maksudnya: “Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. 3 Lihat lamanweb fatwa United Arab Emirates, fatwa no: 19858 http://www.awqaf.gov.ae/

Page 10: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

10

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

4

Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". (Yunus: 58)

3) HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

Hari kebesaran yang merangkumi maksud agama dan sambutan hanyalah dua hari raya al-Fitri dan al-Adha. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA:

م عليه وسل � ا� ص�دينة قدم رسول ا�

ول�م يومان امل

ا نلعب يلعبون ف��ما فقال ما �ذان اليومان قالوا كن

عليه � ا� ص�ة فقال رسول ا� ف��ما �� ا��ا�لي

م ض�� و�وم وسلبدلكم ��ما خ��ا م��ما يوم ألا

قد أ إن ا�

الفطر

Maksudnya: “(Ketika) Rasulullah SAW sampai di Madinah. Terdapat 2 hari yang disambut oleh penduduk Madinah4, mereka bermain pada 2 hari tersebut. Lalu 4 2 hari ini seperti yang disebut oleh para ulama yang mensyarahkan hadis ialah hari al-Nairuz ( الن��وز) dan hari al-Mihrajan (امل�رجان). al-Nairuz berasal dari kalimah نو yang bermaksud baharu, dan kalimah .yang bermaksud hari. Maka al-Nairuz bermaksud hari baharu روزTerdapat beberapa hari yang dinamakan sebagai hari al-Nairuz Namun Muhammad Syams al-Haq al-‘Azim Abadiy di .(الن��وز )

Page 11: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

11

5

baginda SAW bertanya: “Hari apakah ini?” mereka menjawab: “Kami dahulunya bermain (berseronok dalam 2 hari ini) ketika jahiliyyah. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah telah menukarkan untuk kamu semua 2 hari yang lebih baik dari 2 hari ini iaitulah hari al-Adha dan hari al-Fitri.” (HR Abu Daud 1134, Ahmad 3/103. Dinilai Sahih oleh al-Hakim dan katanya: “Berdasarkan syarat Muslim” 1/434. Dinilai Sahih al-Albani di dalam Sahih Abi Daud 1134)

Justeru di bawah ini dinyatakan beberapa hari yang ada nilai kelebihan dan keutamaan samada dari sudut agama dalam ‘Aun al-Ma’bud menyatakan ia adalah hari pertama bagi tahun al-Syamsiyyah. Demikian juga hari al-Mihrajan (امل�رجان), terdapat berbagai huraian, dikatakan ia juga bertepatan dengan hari kelahiran ‘Isa di sisi penganut Kristian. (Lihat ‘Aun al-Ma’bud dan al-A’yad ‘Abr al-Tarikh, oleh Hasan Ni’mah). Kedua-dua hari ini adalah hari yang dianggap agung bagi orang-orang Parsi. Lalu adat ini diambil oleh orang-orang Arab ketika Jahiliyyah. Ketikamana agama Islam sampai ke Parsi, di kalangan penduduknya ada yang masih kekal dengan agama Parsi, lalu kebiasaan ini terus kekal atau diikuti oleh orang-orang jahil dari kalangan umat Islam. Kerana itu didapati 2 hari ini banyak disebut di dalam tulisan para ulama dari mazhab Hanafi. Ini kerana penduduk Parsi dan kawasan sekitarnya kebanyakan mereka bermazhab Hanafi. Keadaan ini menjadikan para ulama mazhab Hanafi merupakan ulama yang bersangatan membuat bantahan terhadap sambutan pada 2 hari ini. Antaranya Abu Hafs al-Kabir al-Hanafiy berkata: “Sesiapa yang memberi hadiah pada hari al-Nairuz sebiji telur kepada seorang musyrik sebagai mengagungkan hari tersebut, sesungguhnya dia telah kufur terhadap Allah Ta’ala dan terbatallah semua amalannya.” (lihat ‘Aun al-Ma’bud dan al-Tobaqaat al-Saniyyah oleh Taqiyuddin bin ‘Abd al-Qadir al-Ghizzi w:1005H).

Page 12: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

12

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

6

ataupun peristiwa di dalam Islam. Hari-hari tersebut ialah:

3.1: Hari Raya al-Fitri dan al-Adha

Iaitulah 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. 2 hari yang dinyatakan oleh Nabi SAW sebagai hari raya bagi umat Islam. Disyariatkan menyambutnya dengan melakukan perkara-perkara berikut, antaranya yang utama:

i) Perbanyakkan bertakbir bermula masuk 1 Syawal sehingga selesai solat hari raya bagi hari raya al-Fitri. Manakala bagi hari raya al-Adha bermula masuknya 10 Zulhijjah sehingga 11, 12 dan 13 Zulhijjah (hari-hari al-Tasyriq). Daripada al-Walid bin Muslim katanya:

كب�� �� �س عن إظ�ار التوزا�� ومالك بن أ

لت ألا

سأ

�عم �ان عبد هللا بن عمر يظ�ره �� يوم : العيدين، قاال

مام � يخرج إلا الفطر ح�

Mafhumnya: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua Hari Raya. Kata mereka berdua : “Ya, adalah ‘Abdullah bin ‘Umar menzahirkan takbir pada Hari Raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”

Page 13: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

13

7

ii) Mandi sunat hari raya, memakai pakaian yang paling baik dan berwangi.

Imam Malik RH meriwayatkan sebuah hadith di dalam

al-Muwatto’ (املوطأ):

ن بن عمر �ان �غ�سل يوم الفطر قبل أ

ن عبد ا��غدو أ

� ص� إ�� امل

Maksudnya: “Bahawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi Hari Raya.”

Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

iii) Menjamah makanan sebelum keluar dari rumah

menuju ke tempat sembahyang hari raya. Anas bin Malik RA berkata:

م ال �غدو يوم عليه وسل � ا� ص�الفطر �ان رسول ا�

�ل تمرات � يأ �ل�ن وترا.. ح�

و�أ

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan

Page 14: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

14

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

8

terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (HR al-Bukhari: 953) iv) Menunaikan solat hari raya 2 rakaat dan

mendengar khutbah selepasnya.

3.1.1 KESALAHAN KETIKA MENYAMBUT HARI RAYA

i) Mengkhususkan ziarah kubur pada pagi hari raya.

ii) Bersalaman antara lelaki dan perempuan yang ajnabi.

iii) Melakukan pembaziran termasuk membeli mercun.

3.2: Hari Jumaat

Hari Jumaat memiliki kelebihan dan keutamaan di dalam Islam. Kelebihan dan keutamaan tersebut adalah seperti berikut:

i) Disunatkan membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat Subuh hari Jumaat. Abu Hurairah RA meriwayatkan:

�� صالة الفجر يوم �� ص�� هللا عليه وسلم يقرأ �ان الن

�دة و )الم ت��يل (: ا��معة �ى ع�� إلا�سان (: ال� )�ل أ

Page 15: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

15

9

Maksudnya: “Dahulunya Rasulullah SAW di dalam solat Subuh hari Jumaat sentiasa membaca surah al-Sajdah dan Hal Ata ‘Ala al-Insan.” (HR Muslim)

ii) Kelebihan solat Subuh Hari Jumaat. Nabi SAW bersabda:

بح يوم ا��معة إن صالة الصلوات عند ا� فضل الص

أ

�� جماعة

Maksudnya: “Sesungguhnya solat yang paling utama di sisi Allah ialah solat Subuh hari Jumaat secara berjemaah.” (HR al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman 2790. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah)

iii) Memperbanyakkan berselawat kepada Nabi SAW sama ada pada malam mahupun pada siang hari Jumaat. Nabi SAW bersabda:

فضل من إن امكم أ ي

ك��وا ع�� من ا��معة يوم أ

فأ

الة فيه الص

Maksudnya: “Sesungguhnya di antara hari-hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah berselawat untukku pada para tersebut.” (HR Abu Daud, al-Nasa’ie dan Ibn Majah.

Page 16: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

16

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

10

Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud 1531)

Baginda juga bersabda:

� الة ع�� يوم ا��معة وليلة ا��معة فمن ص� ك��وا الصأ

عليه عشرا � ا� ع�� صالة ص�

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atas ku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah SWT akan berselawat ke atasnya 10 kali.” (HR al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman 2776. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam al-SIlsilah al-Sahihah 1407)

iv) Merupakan hari raya mingguan bagi umat Islam. Nabi SAW bersabda:

جعله عيد يوم �ذا إن فمن جاء إ�� ، للمسلم�ن ا�

، وعليكم ا��معة فليغ�سل ، وإن �ان طيب فليمس منه

واك بالس

Maksudnya: Sesungguhnya hari ini (Jumaat) adalah hari raya. Allah menjadikannya untuk umat Islam, maka sesiapa yang akan pergi menunaikan solat Jumaat, hendaklah dia mandi terlebih dahulu, jika dia memiliki

Page 17: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

17

11

wangian, maka kenakan wangian tersebut dan hendaklah dia bersiwak.” (HR Ibn Majah. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah 908)

v) Baginda Nabi SAW melarang mengkhususkan puasa pada hari Jumaat dan mengkhususkan qiyamullail pada malamnya. Baginda bersabda:

وا ال يا�� ب�ن من بقيام ا��معة ليلة تخص وا الل ، وال تخص

ن ي�ون �� صوم ام ، إال أ ي

يوم ا��معة بصيام من ب�ن ألا

حدكم يصومه أ

Maksudnya: “Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan berqiyamullail berbanding malam-malam yang lain dan jangan kamu mengkhususkan siang Jumaat dengan berpuasa berbanding hari-hari yang lain. Melainkan bagi sesiapa yang jatuh hari kebiasaannya berpuasa pada hari Jumaat.” (HR al-Hakim di dalam al-Mustadrak, beliau berkata: “Hadis ini Sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim”)

vi) Merupakan hari yang terbaik berdasarkan sabda Nabi SAW:

مس عليه طلعت يوم خ�� فيه ا��معة يوم الش

خرج م��ا آدم خلق ة وفيه أ دخل ا��ن

وفيه أ

Page 18: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

18

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

12

Maksudnya: “Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat. Padanya diciptakan Nabi Adam, dimasukkan baginda ke dalam syurga dan dikeluarkan baginda daripadanya.” (HR Muslim)

vii) Disunatkan membaca surah al-Jumu’ah dan al-Munafiqun atau al-A’la dan al-Ghasyiah dalam solat Jumaat. Abu Hurairah RA meriwayatkan:

أن الن�� ص�� هللا عليه وسلم، قرأ �� ا��معة با��معة

واملنافقون

Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW (di dalam solat) pada hari Jumaat (kebiasaannya) membaca surah al-Jumuah dan al-Munafiqun.” (HR Muslim)

Al-Nukman bin Basyir pula meriwayatkan:

�ان الن�� ص�� هللا عليه وسلم يقرأ �� العيدين و��

ا��معة �سبح اسم ر�ك ألاع��، و�ل أتاك حديث

الغاشية

Maksudnya: “Dahulunya Nabi SAW kebiasaannya di dalam solat dua hari raya dan solat Jumaat membaca surah Sabbihismarabbikala’la dan Hal ataka hadithul Ghathiah.” (HR Muslim)

Page 19: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

19

13

viii) Dituntut mandi, bersiwak dan berwangian pada hari Jumaat. Nabi SAW bersabda:

فمن جاء إ�� ا��معة فليغ�سل، وإن �ان طيب فليمس

واك منه، وعليكم بالس

Maksudnya: “Sesiapa yang akan pergi menunaikan solat Jumaat, hendaklah dia mandi terlebih dahulu, jika dia memiliki wangian, maka kenakan wangian tersebut dan hendaklah dia bersiwak.” (HR Ibn Majah. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah 908)

ix) Sunat bersegera atau datang awal ke masjid dan memperolehi kelebihan. Nabi SAW bersabda:

الئكة وقفت ا��معة يوم �ان إذابواب ع�� امل

أ

��د ل امل ول فاأل و

ر إ�� ا��معة فيكتبون ألا ��

فمثل امل

ذي ذي ��دي بقرة ثم �ال ذي ��دي بدنة ثم �ال كمثل ال

ذي ��دي ذي ��دي دجاجة ثم �ال ��دي ك�شا ثم �ال

ن�� طووا ��ف�م مام وقعد ع�� امل بيضة فإذا خرج إلا

كر وجلسوا �ستمعون الذ

Page 20: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

20

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

14

Maksudnya: “Apabila hari Jumaat, terdapat para malaikat yang berada di pintu-pintu masjid, mereka mencatit sesiapa yang awal dan yang awal. Maka perumpamaan orang yang awal ke Jumaat seperti seorang yang menghadiahkan seekor unta. Kemudian seperti seorang yang menghadiahkan seekor lembu. Kemudian seperti seorang yang menghadiahkan seekor kambing. Kemudian seperti seorang yang menghadiahkan seekor ayam. Kemudian seperti seorang yang menghadiahkan sebiji telur. Apabila imam keluar untuk berkhutbah, para malaikat akan menutup buku catitan mereka dan duduk mendengar peringatan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

x) Wajib diam ketika mendengar khutbah Jumaat. (HR al-Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda:

, اغ�سل يوم ا��معة ومس من طيب إن �ان عنده من

حسن ثيابه ��د , ول�س من أ ف��كع إن , ثم خرج إ�� امل

حدا , بدا له � , ولم يؤذ أ نصت إذا خرج إمامه ح�

ثم أ

خرى ارة ملا بي��ا و��ن ا��معة ألا � ، �ان كف يص�

Maksudnya: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, mengenakan wangian jika ada, memakai pakaian yang

Page 21: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

21

15

paling baik. Setelah itu keluar menuju ke masjid, lalu dia menunaikan solat dua rakaat, dan dia tidak menyakiti seseorang yang lain, setelah itu dia diam apabila imam keluar (bermula khutbah) sehingga selesai sembahyang. Maka untuknya kaffarah (penghapusan dosa) antara Jumaat yang satu lagi.”

xi) Membaca surah al-Kahfi. Hal ini berdasarkan hadis:

سورة الك�ف �� يوم ا��معة ضاء له نور ما ب�ن من قرأ

أ

ا��معت�ن

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, terdapat cahaya yang meneranginya di antara dua Jumaat.” (HR al-Baihaqi 3/249 dan al-Hakim di dalam al-Mustadrak 2/368. Ibn Hajar berkata di dalam Takhrij al-Azkar: Hadis Hasan. Lihat Faidh al-Qadir 6/198. Dinilai Sahih juga oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ 6470)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Sa’ied al-Khudri RA:

من ور فيما ا��معة ليلة الك�ف سورة قرأ ضاء له من الن

أ

الب�ت العتيق ب�نه و��ن

Page 22: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

22

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

16

Maksudnya: Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, terdapat cahaya yang menerangi di antaranya dengan al-Bait al-‘Atiq.” (HR al-Darimi 3407. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ 6471) Waktu disunatkan membaca surah al-Kahfi ialah sepanjang hari Jumaat, ia bermula setelah tenggelam matahari pada hari Khamis sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari Jumaat.

Kata al-Munawi:

" كذا وقع �� روايات " : أماليه " قال ا��افظ ابن ��ر ��

، و�جمع بأن " ليلة ا��معة " و�� روايات " يوم ا��معة

املراد اليوم بليلته والليلة بيوم�ا

Maksudnya: “Kata al-Hafidz Ibn Hajar di dalam Amalinya: Demikian itu terdapat di dalam beberapa riwayat (dengan): Hari Jumaat. Manakala sebahagian riwayat lain dengan: Malam Jumaat. Dan dihimpunkan kedua-duanya ia memaksudkan sehari semalam.” (Lihat Faidh al-Qadir 6/199)

Page 23: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

23

17

Al-Munawi juga berkata:

فيندب قراء��ا يوم ا��معة وكذا ليل��ا كما نص عليه

الشاف�� ر��� ا� عنه

Maksudnya: “Maka disunatkan membacanya pada hari Jumaat demikian juga pada malamnya seperti yang dinaskan oleh al-Syafie” (6/198)

xii) Terdapat waktu yang dimustajabkan doa. Waktu penghujung hari Jumaat. Berdasarkan hadith Nabi SAW.:

إن �� يوم ا��معة ساعة ال يوافق�ا عبد مسلم و�و قائم اه ل هللا ش�ئا إال أعطاه إي

� �سأ يص�

Maksudnya: “Sesungguhnya pada hari Jumaat, ada satu waktu5 tidak menepati waktu itu seorang muslimpun yang sedang menunggu waktu solat6 dan dia memohon

5 Jumhur ulama berpendapat waktu yang dimaksudkan ialah saat-saat akhir hari Jumaat, iaitulah selepas Solat Asar hari Jumaat sehingga tenggelamnya matahari. Di samping itu ada juga pandangan lain dalam masalah ini. 6 Kalimah diterjemahkan kepada “orang yang sedang يص�� menunggu waktu solat”, kerana perbuatan duduk menunggu waktu solat dinamakan juga sebagai solat sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A. yang berkata:

Page 24: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

24

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

18

kepada Allah sesuatu perkara, melainkan Allah akan perkenankan permohonannya itu.”7 xiii) Hari berlakunya kiamat. Nabi SAW bersabda:

اعة تقوم وال ا��معة يوم �� إال الس

بن سالم - لعبد هللا بن سالم : أي– فقلت له

خ���ي ��ا ، فقال عبد ا�فأ

كيف �� آخر ساعة من يوم : �� آخر ساعة من يوم ا��معة ، فقلت : م عليه وسل � ا� ص�

ال يصادف�ا عبد (: ا��معة وقد قال رسول ا�� بن سالم )مسلم و�و يص�

� ف��ا ؟ فقال عبد ا� اعة ال يص� : ، وتلك السم عليه وسل � ا� ص�

لم يقل رسول ا�من جلس مجلسا ي�تظر (: أ

� � يص� الة ف�و �� صالة ح� �و ذاك : ب�� ، قال : فقلت : ؟ قال )الص Maksudnya: “Aku (Abu Hurairah) berkata kepada ‘Abd Allah bin Salam: “Ceritakan kepada-ku tentangnya (iaitu tentang waktu mustajab doa pada hari Jumaat), lalu ‘Abd Allah bin Salam bekata: “Ia saat/waktu akhir pada hari Jumaat.” Lalu aku berkata: “Bagaimana ia pada saat akhir hari Jumaat?, sedangkan Rasulullah SAW. telah bersabda: “Tidak menepati waktu itu oleh seorang muslim, dan dia sedang bersolat.” Sedangkan pada waktu itu (selepas Asar) waktu tidak boleh menunaikan solat?” Lalu ‘Abd Allah bin Salam berkata: “Bukankah Rasulullah SAW. pernah bersabda: “Sesiapa yang duduk menunggu solat, dia (seolah-olah) berada di dalam solat sehingga dia mendirikan solat.” Lalu aku menjawab: “Bahkan demikianlah”, Kata ‘Abd Allah bin Salam: “Itulah ia.” (Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud). Di samping itu kalimah ��يص itu juga boleh difahami membawa maksud doa, kerana al-Solah dari sudut lughah membawa maksud doa. Wallahu A’lam. 7 H.R. al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah.

Page 25: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

25

19

Maksudnya: Dan tidak akan berlakunya kiamat melainkan pada hari Jumaat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

3.3: Hari ‘Asyura Dan Tasu’a

Tidak ada sebarang amalan yang memiliki

kelebihan untuk dilakukan pada hari ‘Asyura

MELAINKAN PUASA seperti yang thabit di dalam

beberapa hadith Nabi SAW, antaranya satu hadith dari

Abi Qatadah r.a. yang menceritakan seorang lelaki

bertanya kepada Nabi SAW tentang (kelebihan) puasa

‘Asyura.

Nabi SAW menjawab:

أح�سب ع�� هللا أن يكفر السنة ال�� قبله Maksudnya: “Aku mengharapkan Allah mengampunkan dosa setahun sebelumnya.” (HR Muslim)

Para ulama umat Islam telah bersepakat menyatakan

puasa ‘Asyura ini termasuk di dalam sunnah yang thabit

dari Nabi SAW. Disunatkan bagi setiap muslim

Page 26: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

26

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

20

melaksanakannya. Ia adalah hari yang kesepuluh

Muharram. Disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram

yang dikenali sebagai puasa Tasu’aa. Hal ini berdasarkan

hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas RA

yang berkata:

“Ketika Nabi SAW berpuasa pada hari 'Asyura, dan baginda menyuruh para sahabat berpuasa padanya." Para Sahabat berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasara." Lalu Nabi SAW bersabda:

اسع صمنا اليوم الت قبل إن شاء ا� فإذا �ان العام امل

Maksudnya: "Maka pada tahun hadapan insyaALLAH kita akan berpuasa (bermula) pada hari kesembilan." Seterusnya Ibn 'Abbas bercerita: "Tidak sempat datang tahun hadapan, Nabi SAW diwafatkan.” (HR Muslim 1134) Adakah Kelebihan-kelebihan yang lain?

Tidak ada kelebihan lain pada hari ‘Asyura melainkan

puasa sahaja. Jika ada yang mendakwa terdapat

kelebihan-kelebihan lain, ia datang dari sumber yang

Page 27: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

27

21

tidak sahih dari Nabi SAW. Sebagai contoh satu riwayat

yang dikatakan hadith:

من وسع ع�� أ�له يوم عاشوراء وسع هللا عليه سائر س�ته

Maksudnya: “Sesiapa yang meluaskan keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan meluaskan untuknya sepanjang tahun.”

Hadith ini adalah diriwayatkan dalam beberapa bentuk,

namun satupun daripadanya tidak sahih seperti yang

telah dijelaskan oleh al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali di

dalam Latoif al-Ma’arif (113).

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani berkata: “Demikian itulah kesemua jalan-jalan hadith ini, berlegar dengan periwayat-periwayat yang Mungkar dan Majhul, barangkali juga mereka dari kalangan orang-orang yang memusuhi Hussain RA yang memalsukan hadith kelebihan memberi makan, memakai celak dan selainnya pada hari ‘Asyura sebagai bertentangan dengan Syi’ah yang menjadikan hari ini hari kesedihan terhadap Hussain RA yang telah dibunuh pada hari tersebut.” (Tamam al-Minnah : 411-412)

Page 28: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

28

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

22

Perkara yang sama juga terhadap kelebihan

menghidupkan malam ‘Asyura atau solat sunat 4 rakaat

padanya, ziarah kubur pada hari ‘Asyura dan sebagainya

yang bersumberkan hadith tidak sahih. Sebahagian

orang ada juga yang mendakwa pada hari ‘Asyura inilah

berlakunya taubat Nabi Adam, berlabuhnya perahu Nabi

Nuh atas bukit al-Juudi, kembalinya Nabi Yusuf kepada

Nabi Yaakub, selamatnya Nabi Ibrahim daripada api dan

sebagainya, semua ini diriwayatkan daripada hadith-

hadith yang palsu.(Sila lihat al-Fatawa al-Kubra. 2/248-

249)

Sejarah Puasa 'Asyura

'Aisyah R.'anha berkata, Maksudnya: "Ketika Jahiliyyah,

orang-orang Quraisy berpuasa pada hari 'Asyura,

demikian juga Rasulullah SAW berpuasa pada hari

tersebut, apabila baginda berhijrah ke Madinah baginda

berpuasa pada hari 'Asyura dan baginda menyuruh

(orang ramai) berpuasa pada hari 'Asyura. Apabila

difardhukan Ramadan, baginda meninggalkan

(kewajipan) puasa 'Asyura, siapa yang hendak berpuasa

Page 29: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

29

23

dia berpuasa dan siapa yang tidak mahu dia tidak perlu

berpuasa pada hari ‘Asyura." (HR al-Bukhari dan

Muslim)

Hadith ini menunjukkan orang-orang Jahiliyyah dari

dahulu membesar dan memuliakan hari 'Asyura dengan

mereka melaksanakan puasa pada hari tersebut.

Demikian juga Nabi SAW berpuasa pada hari tersebut

dan baginda berterusan berpuasa sehinggalah berlakunya

hijrah. Selepas berlakunya hijrah baginda SAW ke

Madinah, di peringkat awalnya baginda telah

mewajibkan puasa pada hari 'Asyura. Inilah pendapat

yang sahih dari dua pendapat ulama berdasarkan arahan

Nabi. (Sila lihat Risalah fi Ahadith Syahr Allah al-

Muharram, oleh al-Syeikh Abdullah bin Soleh al-

Fauzan)

'Aisyah R.'anha berkata lagi, maksudnya: "Adalah umat

Islam dahulunya berpuasa 'Asyura sebelum difardhukan

Ramadan, hari tersebut adalah hari orang-orang

Jahiliyyah menyelimuti Ka'bah (dengan kain selimut),

apabila Allah SWT menfardhukan Ramadan, Rasulullah

Page 30: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

30

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

24

SAW bersabda: "Siapa yang hendak berpuasa 'Asyura,

maka berpuasalah, siapa yang tidak hendak,

tinggalkanlah." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Salamah bin al-Aqwa' ( RA pula (سلمة بن ألا�وع

meriwayatkan, maksudnya: "Bahawasanya Nabi SAW

telah mengutus seorang lelaki, untuk menyeru manusia

pada hari 'Asyura, sesiapa yang telah makan pada hari

tersebut hendaklah dia berpuasa dan siapa yang belum

makan pada hari tersebut maka janganlah dia makan

(teruskan berpuasa)." (HR al-Bukhari)

Apabila difardhukan puasa Ramadan pada pertengahan

tahun kedua hijrah, maka dimansuhkan hukum wajib

puasa pada hari 'Asyura dan kekal hukumnya sebagai

sunat. Puasa 'Asyura ini tidak diwajibkan melainkan

pada peringkat awal hijrah iaitulah pada tahun pertama

sehingga pertengahan pertama tahun kedua hijrah.

Setelah daripada itu, pada tahun kesepuluh hijrah Nabi

SAW berazam untuk berpuasa 'Asyura beserta dengan

hari sebelumnya iaitu hari kesembilan Muharram yang

disebut sebagai al-Tasu’a (التاسوعاء) agar berbeza dengan

Page 31: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

31

25

Ahl al-Kitab yang juga berpuasa pada hari 'Asyura

sahaja.

Kata Ibn 'Abbas RA, maksudnya: "Ketika Nabi SAW

sampai ke Madinah, baginda melihat orang-orang

Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura. Lalu Baginda

bersabda: "Hari apakah ini (di sisi kamu)?" Orang-orang

Yahudi menjawab : "Hari ini adalah hari yang baik.

Allah telah memenangkan Musa dan Bani Israil pada

hari ini daripada musuh mereka (Fir'aun dan kaumnya).

Lalu Musa berpuasa pada hari ini ('Asyura)." Sabda Nabi

SAW : "Aku lebih berhak terhadap Musa berbanding

kamu semua (orang-orang Yahudi)." Lalu baginda

berpuasa pada hari tersebut ('Asyura) dan mengarahkan

(para Sahabat) berpuasa padanya." (Hadith riwayat al-

al-Bukhari dan Muslim)

Ibn 'Abbas RA pula berkata, maksudnya: “Ketika Nabi

SAW berpuasa pada hari 'Asyura, dan baginda menyuruh

para sahabat berpuasa padanya." Para Sahabat berkata :

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu hari yang

dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasara." Lalu

Page 32: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

32

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

26

Nabi SAW bersabda: "Maka pada tahun hadapan

insyaAllah kita akan berpuasa (bermula) pada hari

kesembilan." Seterusnya Ibn 'Abbas bercerita: "Tidak

sempat datang tahun hadapan, Nabi SAW diwafatkan

(oleh Allah SWT .)."

(Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)

Galakan Berpuasa Pada Hari 'Asyura

Abu Qatadah berkata, Nabi SAW telah ditanya tentang

puasa pada hari 'Asyura, baginda bersabda, yang

bermaksud: "Ia (puasa 'Asyura) menghapuskan dosa

setahun yang lalu." Dalam riwayat yang lain bermaksud:

"Dan puasa hari 'Asyura, aku mengharapkan agar Allah

SWT menghapuskan dosa setahun sebelumnya."

(HR Muslim)

Hadith ini menunjukkan kelebihan puasa pada hari

'Asyura, iaitulah hari yang kesepuluh dalam bulan

al-Muharram. Kelebihannya ialah dihapuskan dosa

setahun yang lalu. Jabir bin Samurah RA berkata,

maksudnya: "Rasulullah SAW mengarahkan puasa hari

Page 33: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

33

27

'Asyura dan memberi galakan puasa pada hari tersebut

dan baginda memberi perhatian dalam melakukannya."

(HR Muslim)

Puasa adalah seutama-utama amalan di sisi Allah SWT.

Puasa sunat sama seperti amalan-amalan sunat lain yang

berperanan menampung kebarangkalian adanya

kekurangan ketika melakukan perkara-perkara yang

fardhu. Di dalam sebuah hadith Qudsi, Nabi SAW

bersabda tentang permasalahan solat, maksudnya:

"Firman Allah SWT tabaraka wa ta'ala: "Lihatlah,

apakah bagi hambaku itu ada (pahala) dari amalan sunat?

Maka sempurnakanlah dengannya apa yang berkurangan

dari amalan fardhunya, kemudian lakukan seperti itu

terhadap semua amalannya."

(HR Tirmizi dari Abu Hurairah secara Marfu', katanya

Hadith Hasan)

3.4: Hari ‘Arafah

i) Merupakan salah satu dari hari-hari al-Ma’lumat ( ألايام

:yang disebut di dalam al-Quran (املعلومات

Page 34: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

34

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

28

ام معلومات ي �� أ

ل�ش�دوا منافع ل�م و�ذكروا اسم ا�

Maksudnya: “untuk mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka, dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan.”

(al-Hajj: 28)

Kata Ibn ‘Abbas RA: “Hari-hari yang telah ditentukan (al-Ayyam al-Ma’lumat) itu adalah 10 hari awal dalam bulan Zul Hijjah.”

ii) Hari ini disambut dengan melakukan ibadah puasa bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Ketika Nabi SAW ditanya tentang puasa hari ‘Arafah baginda bersabda:

يكفر السنة املاضية والسنة القابلة

Maksudnya: “(Ia) menghapuskan dosa setahun lalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)

iii) Hari raya bagi umat Islam. Nabi SAW bersabda:

يوم عرفة و�وم النحر وأيام م�� عيدنا أ�ل إلاسالم

Maksudnya: “Hari ‘Arafah, hari Nahr (hari korban) dan hari Tasyriq adalah hari raya kita ahli Islam.” (HR Abu Daud. Sahih al-Albani)

Page 35: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

35

29

3.5: Hari-Hari al-Tasyriq

Hari-hari al-Tasyriq (ال�شر�ق) ialah pada 11, 12

dan 13 Zulhijjah. Ia termasuk di dalam hari raya bagi umat Islam. Nabi SAW bersabda:

�ل إلاسالم، شر�ق عيدنا أ ام ال� ي

حر وأ يوم عرفة و�وم الن

�ل وشرب ام أ ي

و�� أ

Maksudnya: Hari ‘Arafah, Hari al-Nahr (10 Zulhijjah) dan hari-hari al-Tasyriq adalah hari raya kita umat Islam, ia adalah hari dibolehkan makan dan minum.” (HR Abu Daud di dalam Sunannya dan dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud)

Ia merupakan hari yang diharamkan berpuasa. Nabi SAW pernah mengutus ‘Abdullah bin Huzafah ( عبد هللا بن

dengan menaiki tunggangannya pada hari-hari (حذافة

Mina (hari-hari al-Tasyriq), lalu beliau berteriak kepada orang ramai dengan berkata:

ال يصومن أحد فإ��ا أيام أ�ل وشرب

Maksudnya: “Jangan seseorang dari kalangan kamu yang berpuasa, kerana sesungguhnya ia (hari-hari al-Tasyriq) adalah hari-hari makan dan minum.”

Page 36: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

36

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

30

(HR Ahmad. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda:

�ل وشرب وذكر ام أ ي

� أيام م�� أ

Maksudnya: “Hari-hari Mina (al-Tasyriq), adalah hari-hari makan, minum dan mengingati Allah.” (HR Muslim dengan Syarah al-Nawawi – Kitab al-Siyam – Bab Tahrim Saum Ayyam al-Tasyriq)

Sebahagian para ulama yang mensyarahkan hadis ini menyebut hadis ini merupakan isyarat bahawa makan dan minum pada hari raya dan hari-hari al-Tasyriq diperintahkan bagi tujuan dapat membantu manusia agar terus berzikir kepada Allah dan mentaatiNya. Inilah kesempurnaan syukur nikmat seseorang kepada Allah dengan menjadikan nikmat-nikmat kurniaan Allah untuk melakukan ketaatan kepadaNya.

Inilah yang diperintahkan oleh Allah SWT, firmanNya:

Page 37: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

37

31

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, makanlah dari rezki yang baik-baik yang Kami (Allah) berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.” (al-Baqarah: 172)

Maka sesiapa yang menjadikan nikmat kurniaan Allah untuk bermaksiat kepadaNya, maka mereka merupakan orang-orang yang mengkufuri pemberian nikmat daripadaNya. (Lihat Lato’if al-Ma’arif: 504)

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah:

خضـوع الشـاكر : الشـكر مـب�� عـ�� خمـس قواعـد

وحـبه له ، واع��افـه بنعمته ، وثناؤه - سبحانه-للمشـ�ور

عليه ��ا ، وأن ال �ستعمل�ا فيما يكره

Maksudnya: “Kesyukuran itu terbina di atas 5 kaedah: kerendahan diri orang yang bersyukur kepada Allah SWT, kecintaannya kepada Allah, pengakuan menerima nikmat daripada Allah, Memuja Allah atas nikmat yang dikurniakan, dan nikmat itu tidak digunakan untuk perkara yang dibenci Allah SWT.” (Madarij al-Salikin 2/244)

Hari-hari al-Tasyriq ini merupakan hari-hari al-Ma’dudat yang disebut di dalam al-Quran:

Page 38: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

38

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

32

Maksudnya: “dan berzikirlah (dengan menyebut nama Allah) pada hari-hari ma’dudat (hari-hari al-Tasyriq).” (al-Baqarah: 203)

Abu Musa al-As’ariy berkata di dalam khutbahnya pada hari al-Nahr:

�عد يوم النحر ثالثة أيام ، ال�� ذكر هللا ألايام املعدودات

ال يرد ف��ن الدعاء ، فارفعوا رغبتكـم إ�� هللا عز وجل

Maksudnya: “Selepas hari al-Nahr (10 Zulhijjah) ada tiga hari yang disebut oleh Allah sebagai hari-hari al-Ma’dudat yang tidak ditolak permintaan doa di dalamnya, oleh itu pohonlah keinginan kamu semua kepada Allah ‘Azza wa Jalla.” (Lihat Tafsir al-Tobari 4/203-206, dan Lato’if al-Ma’arif 503)

Oleh yang demikian, ketika hari-hari al-Tasyriq amat digalakkan untuk memperbanyakkan zikir, berdoa dan bertakbir kepada Allah SWT. Sama ada takbir al-Muqayyad yang dilakukan selepas menunaikan solat fardhu mahupun takbir al-Mutlak yang dilakukan tanpa mengira waktu dan tempat sehingga tenggelamnya matahari pada 13 Zulhijjah. Sama ada selepas

Page 39: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

39

33

sembahyang, di pasar, di rumah, di masjid, di jalan-jalan dan lainnya.

3.6: 10 Hari Awal Bulan Zulhijjah

i) Memiliki kelebihan berdasarkan firman Allah SWT:

وليال عشر

Maksudnya: “Dan malam-malam yang sepuluh.” (al-Fajr: 2) kata Ibn ‘Abbas RA: “Sesungguhnya hari-hari itu adalah 10 hari awal bulan Zulhijjah.” Kata Ibn Kathir: “Dan ia Sahih.”

ii) Memiliki kelebihan berbanding hari-hari lain dalam setahun berdasarkan hadis Nabi SAW:

وال أعظم أجرا من - عز وجل- ما من عمل أز�ى عند هللا

وال ا���اد �� س�يل هللا : خ�� �عمله �� عشر ألاض�� قيل

إال - عز وجل- ؟ قال وال ا���اد �� س�يل هللا - عز وجل-

رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك ����ء

Maksudnya: “Tiada suatu amalan baik yang lebih suci dan lebih besar pahalanya di sisi Allah, yang dilakukan oleh seseorang berbanding hari 10 Adha (10 hari awal bulan Zulhijjah)” ditanya kepada baginda: “Tidak juga

Page 40: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

40

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

34

jihad fi sabilillah azza wajalla? Baginda menjawab: “Tidak juga jihad fi sabilillah, melainkan seorang lelaki yang keluar membawa diri dan hartanya (berjihad) lalu dia tidak membawa pulang sesuatupun lagi selepas daripada itu.” (HR al-Darimiy. Sanadnya dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Antara amalan yang boleh diperbanyakkan pada 10 hari awal bulan Zulhijjah ini ialah:

1. Perbanyakkan Tasbih, Tahlil, Tahmid dan Takbir berdasarkan hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, Nabi SAW bersabda:

حب إليه ف��ن العمل من وال أ

عظم عند ا�ام أ ي

ما من أ

حميد ك��وا ف��ن من التام العشر فأ ي

ام ، أ ي

�ذه ألا

كب�� �ليل والت وال� Maksudnya: “Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan yang lebih disukai di sisiNya untuk dilakukan amalan soleh berbanding hari-hari ini, iaitulah sepuluh hari awal dalam bulan Zulhijjah, oleh itu perbanyakkanlah di dalamnya Tahmid, Tahlil dan Takbir.” (HR Ahmad: 7/224. Sanadnya dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir)

Page 41: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

41

35

2. Menzahirkan takbir di merata-rata tempat sebagai menzahirkan keagungan Allah SWT. Allah berfirman:

Maksudnya: “Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak” (al-Hajj: 28) Kebanyakan ulama berpandangan “Hari-hari yang telah ditentukan” yang disebut di dalam ayat ialah sepuluh hari awal dalam bulan Zulhijjah berdasarkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas RA.

Antara lafaz takbir yang boleh diucapkan pada sepuluh hari awal Zulhijjah ialah:

ك��، ال إله إال هللا،ك��، هللا أ

هللا أ

ا��مدك�� و�

وهللا أ

Maksudnya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada sembahan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.” Galakan memperbanyakkan takbir, tasbih dan bertahmid ini bukan bermakna ia dilakukan dalam bentuk berkumpulan, sebaliknya ia dilakukan sendirian oleh

Page 42: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

42

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

36

setiap orang di setiap tempat sebagai menghidupkan sunnah Nabi SAW. 3. Disunatkan berpuasa pada hari ‘Arafah iaitulah pada

Sembilan (9) Zulhijjah. Daripada Hunaidah bin Khalid, daripada Isterinya daripada sebahagian isteri Nabi SAW yang berkata:

م عليه وسل � ا� ص�يصوم �سع ذي �ان رسول ا�

ام من �ل ش�ر ية و�وم عاشوراء وثالثة أ ل اثن�ن : ا��� و

أ

�ر ، وخم�س�ن من الش Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW akan berpuasa pada Sembilan Zulhijjah, hari ‘Asyura dan tiga hari dalam setiap bulan: Isnin pertama setiap bulan dan pada dua hari Khamis.” (HR al-Nasaie 4/205 dan Abu Daud. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud 2/462) 4. Secara umumnya boleh memperbanyakkan amalan

soleh selama sepuluh hari awal Zulhijjah yang telah dimuliakan oleh Allah SWT, seperti berpuasa, menunaikan solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, berbuat baik kepada kedua orang tua, menghubungkan silaturrahim, menyuruh melakukan kebaikkan, membanyakkan bertaubat, mencegah kemungkaran dan seumpamanya.

Page 43: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

43

37

5. Menyembelih korban pada hari-hari korban sebagai beribadah kepada Allah SWT.

3.7: 10 Hari Akhir Bulan Ramadhan

‘A-isyah R.’anha meriwayatkan:

�ان الن�� ص�� هللا عليه وسلم يج��د �� العشر ألاواخر من رمضان ، ما ال يج��د �� غ���ا

Maksudnya: “Adalah Nabi SAW bersungguh-sungguhnya pada 10 malam akhir dalam bulan Ramadan, tidak seperti malam-malam yang lain.” (HR Muslim) Di dalam al-Bukhari dan Muslim daripada ‘Aisyah RA:

�ان إذا دخل العشر أحيا " أن الن�� ص�� هللا عليه وسلم الليل وأيقظ أ�له وشد م��ره Maksudnya: “Nabi SAW apabila masuk 10 malam yang akhir, baginda menghidupkan malamnya, membangunkan isterinya dan mengikat kainnya.” “Perkataan mengikat kainnya” membawa maksud menjauhi jima’ dan bersungguh memberi tumpuan kepada ibadah.

Page 44: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

44

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

38

Malam al-Qadr (Lailatul Qadr) Allah SWT telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr, Allah berfirman: “Demi kitab (al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya Kami menurunkannya pada satu malam yang diberkati, dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. Iaitu urusan yang besar di sisi Kami, sesungguhnya Kami yang mengutuskan rasul-rasul.” (al-Dukhan: 2-5) Allah SWT mensifatkan malam yang diturunkan al-Quran itu adalah malam yang diberkati. Para ulama salaf seperti Ibn ‘Abbas, Qatadah, Said bin Jubair, Ikramah, Mujahid dan selainnya mengatakan malam yang diberkati itu ialah malam al-Qadr (Lailatul Qadr).

Al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab tafsirnya menyebut:

باركة

يلة امل نزل القرآن ليلة القدر و�� الل

ه أ ن

يخ�� �عا�� أ

�� قال ا� عز وجل نزلناه �� ليلة مباركة " الا أ و�� " إن

ش�ر " ليلة القدر و�� من ش�ر رمضان كما قال �عا�� نزل فيه القرآن

ذي أ رمضان ال

Page 45: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

45

39

Maksudnya: “Allah Taala mengkhabarkan, Ia menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr, ianya ialah malam yang diberkati yang difirmankan Allah ‘azza wa jalla: “(Maksudnya) Sesungguhnya kami menurunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” Ia ialah malam al-Qadr yang berlaku di dalam bulan Ramadan seperti firman Allah taala: “(maksudnya) Bulan Ramadan, yang diturunkan padanya al-Quran.” (Sila rujuk tafsir Ibn Kathir terhadap surah al-Qadr) Firman Allah yang bermaksud: “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”,membawa maksud diturunkan pada malam tersebut ketentuan-ketentuan (takdir-takdir) setiap makhluk selama setahun, termasuk ajal, rezeki, bahagia, sengsara dan sebagainya. Oleh itu, yang dimaksudkan dengan “Lailah al-Qadr” ialah malam yang diturunkan penentuan dalam bentuk tahunan, iaitu takdir yang telah Allah tulis yang berada di al-Luh al-Mahfuz diturunkan kepada malaikat pada malam tersebut, untuk tempoh setahun. Kelebihan malam al-Qadr 1. Diturunkan padanya al-Quran. Ibn ‘Abbas RA mengatakan:

Page 46: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

46

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

40

أنزل هللا القرآن جملة واحدة من اللوح املحفوظ إ�� ب�ت العزة من السماء الدنيا ، ثم نزل مفصال بحسب الوقا�ع

�� ثالث وعشر�ن سنة ع�� رسول هللا ص�� هللا عليه وسلم

Maksudnya: “Allah menurunkan al-Quran kali pertama secara sempurna daripada al-Luh al-Mahfuz ke baitil ‘izzah di langit dunia, kemudian al-Quran diturunkan secara berasingan berdasarkan peristiwa-peristiwa dalam tempoh 23 tahun kepada Rasulullah SAW.” (Sila rujuk tafsir Ibn Kathir 4/529) 2. Allah berfirman, malam al-Qadr itu lebih baik dari 1000 bulan (Surah al-Qadr: 3) 3. Allah mensifatkan malam al-Qadr itu sebagai malam yang diberkati. (al-Dukhan: 3) 4. Pada malam itu turunkan para malaikat dan Jibril bersama dengan kerahmatan dan keberkatan. 5. Allah SWT mengampunkan dosa-dosa sesiapa yang menghidupkan berdasarkan hadith Nabi SAW:

Page 47: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

47

41

ومن قام ليلة القدر إيمانا واح�سابا غفر له ما تقدم من ذنبه Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan malam al-Qadr dalam keadaan beriman dan ihtisab (ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.” (al-Bukhari dan Muslim) Bilakah berlakunya malam al-Qadr 1. Sepuluh malam yang akhir. Sabda Nabi SAW:

تحروا ليلة القدر �� العشر ألاواخر من رمضانMaksudnya: “Bersungguhlah mencari malam al-Qadr pada 10 malam yang akhir dalam bulan Ramadhan.” (HR al-Bukhari) 2. Sepuluh malam akhir yang ganjil. Sabda Nabi SAW:

تحروا ليلة القدر �� الوتر من العشر ألاواخر Maksudnya: “Bersungguh-sungguhlah mencari malam al-Qadar pada 10 malam akhir yang ganjil.” (HR al-Bukhari) 10 malam akhir yang ganjil ialah 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

Page 48: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

48

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

42

Beri’tikaf Pada 10 Akhir Ramadan

Pensyariatan i'tikaf thabit di dalam al-Quran, al-Sunnah dan ijma' para ulama. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: "Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail : "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang beri'tikaf, yang rukuk dan yang sujud." (al-Baqarah : 125)

Firman Allah SWT lagi:

Maksudnya : "Dan janganlah kamu mencampuri mereka itu (isteri-isteri kamu), sedang kamu beri'tikaf di dalam masjid." (al-Baqarah : 186)

Di dalam hadith pula, 'Aisyah R.'anha berkata:

Maksudnya ; "Adalah Nabi SAW sentiasa beri'tikaf pada 10 hari akhir bulan Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah SWT, kemudian isteri-isteri baginda beri'tikaf selepas kewafatan baginda." (HR al-Bukhari dan Muslim) Terjadinya ijma' para ulama atas pensyariatan i'tikaf ini dinukilkan oleh ramai ulama seperti al-Nawawi di dalam al-Majmu', Ibn Qudamah di dalam al-Mughni dan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah di dalam Syarh al-'Umdah. Syeikh Abdul 'Aziz Abdullah bin Baz berkata di dalam

Page 49: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

49

43

Majmu' al-Fatawa : Maksudnya) : "Tiada keraguan, I'tikaf di masjid adalah satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, (dilakukan) dalam bulan Ramadan adalah lebih afdhal (lebih utama) dari bulan-bulan yang lain, ianya disyariatkan di dalam bulan Ramadan dan selain Ramadan."

3.8: Hari-hari Cerah (أيام البيض)

Hari-hari yang dimaksudkan ialah pada 13, 14 dan 15 hari bulan bagi setiap bulan. Dinamakan hari-hari ini sebagai hari-hari cerah kerana malam harinya terang disinari cahaya bulan. Nabi SAW menggalakkan umat Islam berpuasa sebanyak 3 hari dalam setiap bulan. Kebanyakan ulama berpandangan tiga hari tersebut ialah pada hari-hari cerah (أيام البيض) ini. Ia berdasarkan hadis Nabi SAW yang berkata kepada Abu Zar:

با ذر يا�ر من صمت إذا أ ام ثالثة الش ي

ثالث عشرة فصم أ

ر�ع عشرة وخمس عشرة وأ

Maksudnya: “Wahai Abu Zarr, jika kamu berpuasa dalam satu bulan 3 hari, maka puasalah pada 13, 14 dan 15 haribulan.” (HR Ahmad, al-Nasaie dan al-Tirmizi, beliau juga berkata: “Hadis Abu Zarr ini adalah hadis Hasan)

Page 50: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

50

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

44

Kelebihan bagi puasa 3 hari ini pada setiap bulan ini adalah seperti berpuasa selama setahun.

Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

� عن بيه عن ابن م��ان الق���� قال أ ص�

�ان رسول ا�

م عليه وسل مرنا ا�ن يأ

ر�ع البيض نصوم أ

ثالث عشرة وأ

�ر عشرة وخمس عشرة قال وقال �ن ك�يئة الد

Maksudnya: “Daripada Ibn Milhan al-Qaisiy daripada bapanya yang berkata: “Dahulunya Rasulullah SAW mengarahkan kami berpuasa pada hari-hari cerah iaitulah pada 13, 14 dan 15 hari bulan, beliau berkata: Baginda bersabda: “Puasa pada hari-hari itu seperti berpuasa setahun.” (HR Abu Daud, al-Nasa’ie, Ibn Majah dan Ahmad. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud 2449)

3.9: Hari Isnin Dan Khamis

Pada hari Isnin dan Khamis akan dibentangkan amalan kepada Allah SWT. Maka pada dua hari ini disunatkan berpuasa berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

Page 51: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

51

45

عمال �عرض ن �عرض وا��م�س الاثن�ن يوم ألا

حب أ

فأ

نا صائم عم�� وأ

Maksudnya: “akan dibentangkan amalan-amalan pada hari Isnin dan Khamis, maka daku (Rasulullah SAW) suka ketika dibentangkan amalanku aku berpuasa.” (HR al-Tirmizi dan katanya: Hadis Hasan Gharib)

4.0 Bulan-Bulan Haram

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

Page 52: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

52

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

46

Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya.)” (al-Taubah: 36)

Bulan-bulan Haram ialah Zulkaedah, Zulhijjah, al-Muharram dan Rejab berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Bakrah RA bahawa Nabi SAW ketika berkhutbah dalam peristiwa Hajjatul Wada’ baginda bersabda:

إن الزمان قد استدار ك�يئة يوم خلق السماوات

وألارض، السنة اثنا عشر ش�را، م��ا أر�عة حرم، ثالث

متواليات؛ ذو القعدة، وذو ا���ة، واملحرم، ورجب

مضر الذي ب�ن جمادى وشعبان

Maksudnya: “Sesungguhnya zaman telah berlegar sepertimana pada hari Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun adalah 12 bulan, di dalamnya terdapat 4 bulan haram (yang dimuliakan), 3 darinya berturutan iaitulah Zulkaedah, Zulhijjah, al-Muharram dan Rejab Mudhar yang terletak di antara bulan Jumada (Jamadilakhir) dan Syaaban.”

Page 53: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

53

47

(HR al-Bukhari, bilangan 1741, al-Hajj, Bab al-Khutbah Ayyam Mina. dan Muslim, bilangan 1679, al-Qasamah, Bab Tahrim al-Dimaa’) Di dalam al-Quran Allah SWT berfirman:

...

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan Haram…” (al-Maidah: 2)

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram…” iaitulah jangan melanggar kehormatan-kehormatan bulan-bulan haram yang diarahkan oleh Allah untuk dimuliakannya, dan ditegah dari melakukan penderhakaan di dalamnya. Justeru hendaklah diberi perhatian tentang kemuliaan bulan-bulan yang dimuliakan ini. Perlu dihindarkan sebarang maksiat dan dosa, kerana perlakuan dosa dan maksiat yang dilakukan dalam tempoh masa yang dimuliakan akan dilipat-gandakan kesalahannya.

Firman Allah SWT:

Page 54: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

54

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

48

Maksudnya: “dan jangan kamu semua menzalimi diri sendiri di dalam bulan-bulan yang haram (yang dimuliakan) tersebut.” (al-Taubah: 36)

Allah SWT melarang menzalimi diri iaitulah melakukan kesalahan dan dosa di dalam bulan-bulan yang dimuliakan. Sedangkan penderhakaan dilarang tanpa mengira masa. Namun apabila dikhususkan sebutan larangannya dalam bulan-bulan yang mulia ini, Ia mengandungi isyarat dilipat-gandakan dosa terhadap kesalahan yang dilakukan di dalamnya.

Qatadah RH berkata:

(Firman Allah yang bermaksud): “dan jangan kamu semua menzalimi diri sendiri di dalam bulan-bulan yang haram (yang dimuliakan) tersebut.” (al-Taubah: 36) Kerana sesungguhnya menzalimi diri sendiri (dalam bulan-bulan yang haram) adalah lebih besar dosa dan kesalahannya berbanding apa-apa yang dilakukan dalam bulan yang lain, sekalipun menzalimi diri dalam semua keadaan itu adalah besar kesalahannya, namun Allah berhak melebihkan apa-apa yang dikehendakiNya.” (Lihat Tafsir al-Tobariy 14/239)

Page 55: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

55

49

4.1 Bulan Muharram

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu

Hurairah RA Nabi SAW bersabda, Maksudnya:

"Seutama-utama puasa selepas Ramadan adalah puasa

dalam bulan Allah al-Muharram, dan seutama-utama

solat selepas solat yang wajib ialah solat malam."

Di dalam hadith di atas, Nabi SAW menyebut bulan

Muharram sebagai bulan Allah bagi menandakan

kemuliaan dan kelebihannya. Ini kerana Allah dan Rasul

tidak menyandarkan sesuatu kepada Allah melainkan

sebagai tanda kelebihan dan kemuliaannya berbanding

yang lain sebagaimana dinamakan Baitullah yang

merujuk kepada Kaabah.

Hadith ini secara jelas menunjukkan kelebihan bulan

Muharam termasuk kelebihan puasa di dalamnya

menduduki tempat yang kedua selepas kelebihan puasa

dalam bulan Ramadan. Kelebihan ini difahami dari sudut

kelebihan bulan Muharram untuk dilakukan puasa sunat

di dalamnya berbanding bulan-bulan yang lain selepas

Page 56: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

56

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

50

Ramadan. Adapun kelebihan berpuasa dari sudut hari-

hari tertentu, terdapat beberapa hari yang lebih utama

berpuasa di dalamnya berbanding hari-hari dalam bulan

Muharram, iaitulah seperti puasa pada hari 'Arafah dan

puasa enam hari dalam bulan Syawal. Kedua-dua hari ini

lebih utama berpuasa berbanding hari-hari dalam bulan

Muharram.

Bulan Muharram juga merupakan salah satu bulan yang

dimuliakan (haram) di dalam Islam. Perkara ini seperti

yang disebut oleh Allah SWT di dalam ayatNya:

Maksudnya: "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah

ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah pada

waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya

empat bulan haram, iaitulah (ketetapan) agama yang

lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu

dalam bulan yang empat itu…" (al-Taubah: 36)

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah,

Nabi SAW bersabda: Maksudnya: "Satu tahun itu ada

dua belas bulan, antaranya empat bulan haram, tiga (dari

yang empat itu) berturut-turutan, Zulkaedah, Zulhijjah,

Page 57: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

57

51

Muharram dan Rejab Mudhar antara Jamadilakhir dan

Syaaban."

(H.R. al-Bukhari dan Muslim)

Mudhar adalah nama satu kabilah Arab, disandarkan

bulan Rejab kepadanya untuk menghilangkan

kesamaran. Ini kerana ada perbezaan antara Bani

Mudhar dan Bani Rabi'ah dalam menentukan kedudukan

bulan Rejab. Bani Mudhar meletakkan bulan Rejab

antara Jamadilakhir dan Syaaban, manakala Bani Rabi'ah

menjadikan kedudukan itu untuk bulan Ramadan.

Oleh kerana itu, Nabi SAW menyandarkan bulan Rejab

kepada Mudhar, sebagai isyarat kedudukan Rejab yang

diletakkan oleh Bani Mudhar itulah yang sebenarnya.

Dikatakan juga sebab disandarkan Rejab kepada Bani

Mudhar kerana mereka membesarkan bulan Rejab ini

lebih dari bulan-bulan yang lain. Ini berbeza jika

dibandingkan dengan kabilah-kabilah yang lain. Selain

itu dikatakan juga disebabkan orang-orang Arab

menamakan Rejab dan Syaaban sebagai dua bulan Rejab

Ada juga pendapat yang mengatakan Nabi SAW .(الرجب�ن)

Page 58: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

58

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

52

menyandarkan Rejab kepada Mudhar disebabkan

Jamadilakhir dan Rejab dinamakan sebagai dua bulan

Jamadain dan dinamakan Syaaban sebagai Rejab. (Sila

lihat Syarh Sahih Muslim oleh al-Nawawi)

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka janganlah

kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu

" (al-Taubah: 36)

Ayat ini menunjukkan perbuatan menganiayai diri

(melakukan dosa) yang dilakukan di dalam empat bulan

yang dimuliakan ini lebih berat dan lebih besar dosanya

berbanding bulan-bulan yang lain.

Qatadah (قتادة) berkata: "Sesungguhnya penganiayaan

diri di dalam bulan-bulan haram lebih besar

kesalahannya dan dosanya berbanding bulan-bulan yang

lain, dalam keadaan penganiayaan diri (melakukan dosa)

itu dalam semua keadaan adalah satu kesalahan yang

besar, akan tetapi Allah membesarkan sesuatu dari

urusannya apa yang dikehendakinya." (Tafsir Ibn Kathir)

Page 59: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

59

53

Apakah Disunnahkan Puasa Muharram

Keseluruhannya?

Dari sudut zahir hadith, seolah-olah menunjukkan

kelebihan puasa Muharram adalah puasa pada

keseluruhannya atau puasa sebulan penuh. Namun

sebahagian ulama memahami hadith-hadith tentang

kelebihan keseluruhan bulan Muharram ini sebagai

galakan memperbanyakkan puasa dalam di dalamnya,

dan bukan bermaksud berpuasa penuh di dalam bulan

Muharram. Kefahaman ini berdasarkan kepada perkataan

'Aisyah R'anha:

Maksudnya: "Tidak pernah aku melihat Rasulullah SAW

menyempurnakan puasa sebulan (penuh) sama sekali

melainkan dalam bulan Ramadan, dan tidak pernah aku

melihat baginda lebih banyak berpuasa dalam satu

bulan berbanding Syaaban." (HR Muslim)

4.2 Bulan Syaaban

Bulan Syaban adalah bulan yang dimuliakan di dalam

Islam. Nabi SAW telah menunjukkan kepada kita cara-

Page 60: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

60

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

54

cara yang sewajarnya dilakukan bagi mendekatkan diri

kita kepada Allah SWT di dalam bulan Syaaban ini. Di

dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada ‘Aisyah

R’Anha katanya:

م �ان رسول ا� عليه وسل � ا� � نقول ال ص� يصوم ح�

يت رسول ا�� نقول ال يصوم فما رأ يفطر و�فطر ح�

م عليه وسل � ا� استكمل صيام ش�ر إال رمضان وما ص�ك�� صياما منه �� شعبان

يته أ

رأ

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berpuasa sehingga kami menyangka baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami menyangka baginda tidak berpuasa, dan tidaklah aku pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan melainkan dalam bulan Ramadan, dan tidaklah pernah aku melihat baginda paling banyak berpuasa berbanding bulan Syaaban.” Di dalam riwayat Imam Muslim ada disebut:

�ان يصوم شعبان �له ، �ان يصوم شعبان إال قليال Maksudnya: “Adalah (Baginda SAW) berpuasa dalam bulan Syaaban keseluruhannya, baginda berpuasa

Page 61: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

61

55

dalam bulan Syaaban melainkan sedikit sahaja (yang baginda tidak berpuasa).”

Berdasarkan hadith ini dan hadith-hadith yang lain, segolongan ulama seperti Ibn al-Mubarak (ابن المبارك) dan selainnya berpendapat bahawasanya Nabi SAW tidak menyempurnakan puasa sebulan penuh di dalam Syaaban, sebaliknya baginda hanya berpuasa kebanyakan hari dalam bulan tersebut. Pendapat Ibn al-Mubarak ini dikuatkan dengan beberapa bukti antaranya: 1. Hadith di dalam Sahih Muslim daripada ‘Aisyah R’anha:

ما علمته صام ش�را �له إال رمضان Maksudnya: “Tidak aku ketahui baginda (SAW) pernah berpuasa sebulan sepenuhnya melainkan dalam bulan Ramadhan.” 2. Hadith daripada ‘A-isyah juga katanya: ما رأيته صام ش�را �امال منذ قدم املدينة إال أن ي�ون

رمضان

Maksudnya: “Tidak pernah aku melihat Baginda (SAW) berpuasa sebulan penuh semenjak sampai di Madinah melainkan dalam bulan Ramadan.”

Page 62: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

62

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

56

3. Di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn ‘Abbas katanya:

ما صام رسول هللا ص�� هللا عليه وسلم ش�را �امال غ��

رمضان Maksudnya: “Tidaklah Rasulullah SAW pernah berpuasa sebulan penuh selain Ramadan.” 4. Kerana itu Ibn ‘Abbas RA memakruhkan puasa penuh sebulan melainkan Ramadan. Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata di dalam Fathul Bari:

�ان صيامه �� شعبان تطوعا أك�� من صيامه فيما سواه و�ان يصوم معظم شعبان

Maksudnya: “Adalah puasa sunat baginda (SAW) dalam bulan Syaaban lebih banyak berbanding puasa sunat baginda dalam bulan selain Syaaban, dan baginda berpuasa dalam kebanyakan hari dalam bulan Syaaban.” Bulan Syaaban adalah bulan yang diangkat amalan kepada Allah SWT Daripada Usamah bin Zaid RA katanya: “Aku bertanya: “Wahai Rasulullah aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam mana-mana bulan seperti engkau

Page 63: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

63

57

berpuasa dalam bulan Syaaban.” Jawab Baginda: “Bulan Syaaban itu, bulan yang manusia lalai daripadanya, dia diantara bulan Rejab dan Ramadan, ianya satu bulan yang diangkat di dalamnya amalan-amalan kepada tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku diangkat dalam keadaan aku berpuasa.” (HR al-Nasaie, lihat Sahih al-Targhib wa al-Tarhib) Ibn Rajab RH berkata:

صيام شعبان أفضل من صيام ألاش�ر ا��رم ، وأفضل التطوع ما �ان قر�ب من رمضان قبله و�عده ، وت�ون

م��لته من الصيام بم��لة الس�ن الرواتب مع الفرائض قبل�ا و�عد�ا و�� تكملة لنقص الفرائض ، وكذلك صيام

ما قبل رمضان و�عده ، فكما أن الس�ن الرواتب أفضل من التطوع املطلق بالصالة فكذلك ي�ون صيام ما قبل

رمضان و�عده أفضل من صيام ما �عد عنه Maksudnya: “Puasa dalam bulan Syaaban, lebih utama daripada puasa dalam bulan-bulan haram yang lain, kerana seutama-utama puasa sunat ialah yang hampir dengan Ramadan, sebelum atau selepas Ramadan. Jadilah kedudukan puasa itu seperti kedudukan sunat rawatib solat fardhu sebelum dan selepas solat fardhu, ianya menampung apa-apa kekurangan dalam solat

Page 64: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

64

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

58

fardhu. Demikian juga puasa sebelum dan selepas Ramadan, sepertimana sunat rawatib lebih utama daripada solat sunat mutlak yang lain, kerana itu jadilah puasa sebelum Ramadan dan selepasnya lebih utama daripada puasa yang lebih jauh dari Ramadan.”

PENUTUP

Allah SWT Tuhan Yang Maha Pencipta, Dia

menciptakan setiap sesuatu. Dia menciptakan manusia,

malaikat, malam dan siang, hari dan waktu. Setelah itu

Dialah juga memilih dan melebihkan sebahagiannya dari

yang lain. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya.” (al-Qasas: 68)

Allah melebihkan Nabi Muhammad SAW berbanding manusia yang lain, melebihkan Bumi Mekah berbanding bumi yang lain, melebihkan Jibrail berbanding malaikat yang lain, demikian juga Dia melebihkan sebahagian waktu berbanding waktu yang lain.

Page 65: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

65

59

Jika seseorang insan mahu memikirkan perkara ini, sudah cukup untuk dia merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT. Seterusnya menjadikan dia seorang hamba yang sentiasa tunduk dan taat kepada penciptanya Allah SWT.

Justeru seseorang muslim sewajarnya membesar dan memuliakan hari-hari yang dilebihkan oleh Allah SWT sesuai dengan petunjuk dan contoh dari Nabi Muhammad SAW. Kerana tiada petunjuk dan contoh yang lebih baik berbanding petunjuk dari baginda. Semoga risalah ini dapat dijadikan panduan kepada umat Islam dalam persoalan hari-hari yang ada kelebihan di dalam Islam.

Wallahu a’lam.

Page 66: Buku Panduan Hari-hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam[1]

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

66