buku panduan kaedah penjimatan - plone · pdf filelapor pencapaian capai sasaran teruskan...

38
BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN Disediakan Oleh : JABATAN MENJIMAT KOS UTILITI (JIMAT), JABATAN KETUA MENTERI MELAKA Edaran : Jabatan / Agensi / Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka PENGGUNAAN UTILITI DAN PERBELANJAAN LAIN Untuk Semua Urusan, Gunakan Talian 06-2333333 Termasuk SMS

Upload: doantruc

Post on 19-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

BUKU PANDUAN

KAEDAH PENJIMATAN

Disediakan Oleh : JABATAN MENJIMAT KOS UTILITI (JIMAT), JABATAN KETUA MENTERI MELAKAEdaran : Jabatan / Agensi / Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka

PENGGUNAAN UTILITI DAN PERBELANJAAN LAIN

Untuk Semua Urusan, Gunakan Talian 06-2333333 Termasuk SMS

Page 2: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Kandungan

1. Kata-kata Aluan ……………………………………………………………………………………………………………. 1

2. Prakata ………………………………………………………………………………………………………………………… 2

3. Jawatankuasa Menjimat Kos …………………………………………….………………………………………….. 3 3.1 Jawatankuasa Induk ……………………………….………………….……………………………………… 4

3.2 Jawatankuasa Kecil ………………….……………..……………………………………………………….. 5 3.3 Proses Aktiviti ………………………………………………………………………………………………….. 6

4. Fakta Elektrik ………………………………………………………………………………………………………………. 7

5. Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Elektrik ………….………………………………………….. 8

6. Fakta Air ……………………………………………………………………………………………………………………… 13

7. Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Air ………….…………………………………………………. 14

8. Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Telefon ………………………………………….………….. 18

9. Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Alatan Pejabat ……………………………….…………. 19

10. Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Kenderaan ..…………………………………….………. 20

11. Contoh Jadual, Rekod, Borang Pemantauan ……………………………………………………………….. 26

12. Contoh Notis Peringatan …………………….......................................................................... 33

Page 3: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Kata–kata aluan Bismillahirrahmannirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, maka Buku Panduan Kaedah

Penjimatan Penggunaan Utiliti dan Perbelanjaan Lain dapat disediakan dan diperkenalkan pada

tahun 2011. Buku Panduan ini merupakan satu inisiatif dan bertetapan dengan kehendak kerajaan

ke arah mengamalkan budaya perbelanjaan secara berhemah dan efektif. Usaha ini juga akan

meningkatkan lagi kesedaran penjawat awam ke arah usaha - usaha penjimatan yang seterusnya

melahirkan seorang penjawat awam yang mempunyai minda kelas pertama dan berdisiplin dari

segi penggunaan utiliti dan perbelanjaan lain.

Harapan saya agar penerbitan buku panduan ini akan dapat memastikan nilai tambah yang tinggi dan penjimatan di dalam kos

operasi agar individu, organisasi dan negeri Melaka akan terus kekal berdaya saing di peringkat nasional dan global.

Sekalung tahniah kepada YB Datuk Wira Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang telah mengambil daya usaha yang cemerlang

bagi menyediakan buku panduan ini. Selamat Maju Jaya.

“MELAWAT MELAKA BERSEJARAH BERERTI MELAWAT MALAYSIA”

“MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA – UNESCO”

“1MALAYSIA , MELAKA MAJU 2010”

“MELAKA, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU”

Sekian, terima kasih.

DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM

Ketua Menteri Melaka

1

Page 4: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Prakata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perbelanjaan Kerajaan merupakan salah satu pemboleh ubah yang penting dalam identiti belanjawan

fiskal dan perakaunan pendapatan negara. Penjimatan utiliti adalah alternatif Kerajaan dalam usaha

menjimatkan perbelanjaan tahunan.

Oleh yang demikian, saya percaya melalui penerbitan “Buku Panduan Kaedah Penjimatan Utiliti dan

Perbelanjaan Lain “ ini akan menjadi satu wadah rujukan dan pemudah cara kepada jabatan, agensi

dan anak syarikat Kerajaan Negeri sebagai best practices dalam tugasan seharian.

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung dalam merealisasikan penerbitan “Buku Panduan Kaedah Penjimatan Utiliti dan Perbelanjaan Lain” ini. Saya juga

ingin mengambil kesempatan untuk menyeru seluruh penjawat awam negeri Melaka untuk menghayati dan mempraktikkan budaya

berjimat cermat bagi kepentingan bersama. Semoga amalan berjimat cermat ini dapat membantu dalam mencapai kualiti hidup

yang lebih baik dan selesa demi generasi akan datang.

Sekian, terima kasih.

DATUK WIRA OMAR BIN KASEH

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

2

Page 5: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Jawatankuasa Menjimat Kos

Saranan Penubuhan : Setiap Jabatan, Agensi, Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka disarankan untuk menubuhkan Jawatankuasa Menjimat Kos merangkumi setiap Bahagian dan Unit.

Tujuan : Memberi cadangan dan memantau setiap pelaksanaan aktiviti penjimatan agar mencapai matlamat yang disasarkan.

Objektif : i) Untuk mengelakkan pembaziran dalam penggunaan sumber kewangan kerajaan ke atas perbelanjaan utiliti dan lain-lain.

ii) Meningkatkan tahap kesedaran dan peranan semua penjawat awam terhadap perbelanjaan berhemah.

iii) Menyumbang ke arah penjagaan alam sekitar melalui pengurangan pelepasan gas rumah hijau serta penggunaan sumber alam semulajadi.

iv) Menerapkan budaya berjimat cermat di kalangan penjawat awam.

3

Page 6: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Jawatankuasa Induk

4

PENGERUSIYB SETIAUSAHA KERAJAAN

PENASIHATYAB KETUA MENTERI

URUSETIAJABATAN MENJIMAT KOS UTILITI (JIMAT)

TIMBALAN PENGERUSIYB PEGAWAI KEWANGAN

AHLI JAWATANKUASA

1. TSUK (PENGURUSAN), JKMM 2. TSUK (PEMBANGUNAN), JKMM 3. PENGARAH, JABATAN KERJA RAYA4. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNM 5. DATUK BANDAR MBMB 6. YANG DI PERTUA MPHTJ7. YANG DI PERTUA MPAG 8. YANG DI PERTUA MPJ 9. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SAMB10. PENGURUS BESAR TM 11. PENGURUS BESAR TNB 12. PEGAWAI DAERAH MELAKA TENGAH13. PEGAWAI DAERAH ALOR GAJAH 14. PEGAWAI DAERAH JASIN 15. PENGARAH PEJABAT TANAH DAN

GALIAN MELAKA

Page 7: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Jawatankuasa Kecil

5

PENGERUSIKetua Jabatan / Agensi

PENASIHATJIMAT

SETIAUSAHA

AHLI JAWATANKUASA

Ahli Jawatankuasa dilantik mewakili setiap bahagian atau unit di Jabatan / Agensi

TIMBALAN PENGERUSI

Page 8: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Proses Aktiviti

Mesyuarat Bulanan

Cadang Aktiviti Penjimatan

Setuju TOLAK

Implementasi

Pantau Aktiviti

Lapor Pencapaian

CapaiSasaran

Teruskan Aktiviti

Tidak

Ya

Ya

Tidak

*Borang Cadangan

*Laporan KPI

6

TindakanPenambaikan

Page 9: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Tahukah anda ?

Elektrik merupakan sumber utama dalam kehidupan seharian dan kini dikelaskan sebagai keperluan utama manusia. Permintaan bekalan elektrik negara mencatatkan kenaikan sebanyak 6.1 peratus setahun.

Bagaimana elektrik dijana ?

Bekalan elektrik dijana melalui dua sumber utama iaitu sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui.

i. Sumber yang boleh diperbaharui merujuk kepada sumber yang tidak akan kehabisan seperti air, sinaran matahari dan angin.

ii. Sumber yang tidak boleh diperbaharui pula adalah sumber yang akan kehabisan suatu hari nanti seperti gas, petrol dan arang batu.

Di Malaysia, sumber utama untuk penjanaan kuasa elektrik melalui sumber yang tidak boleh diperbaharui ialah gas dan petrol iaitu sebanyak 60 peratus dan arang batu sebanyak 30 peratus. Sumber ini bukan sahaja menyebabkan pencemaran alam sekitar malah akan lupus suatu hari nanti.

Penjimatan Penggunaan Elektrik

7

Fakta Mengenai Elektrik

Page 10: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Penjimatan Penggunaan Elektrik

Padamkan lampu atau penghawa dingin pada waktu rehat atau apabila keluar dari pejabatuntuk jangka waktu yang lama.

Asingkan litar lampu mengikut kedudukan bilik dan susunan tempat kerja* Ini membolehkan kita memati dan menghidupkan lampu mengikut tempat yang perlu

sahaja.

Laraskan suhu bilik antara 23°C - 25°C* Bilik yang mempunyai suhu < 22°C dianggap terlalu sejuk. Dalam keadaan ini kompresor

bagi alat penghawa dingin akan lebih berada dalam keadaan “loading” menyebabkanpenggunaan tenaga elektrik yang tinggi.

Menjalankan penyelenggaraan berkala untuk setiap peralatan atau pemasangan elektrik.* Ini dapat memastikan setiap peralatan berada dalam keadaan sempurna dan mencapai

keupayaan yang maksima. Ia juga dapat mengurangkan kos baik pulih dan mengelakkandaripada kerosakan yang serius.

8

Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Elektrik

Page 11: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Laraskan suhu untuk “Chilled Water Supply” bagi bangunan yang menggunakan Sistem HawaDingin Berpusat. Laraskan suhu antara 8 °C – 10 °C.* Penyelarasan suhu bergantung pada beban (load) semasa. Ini membolehkan kompressor

beroperasi dalam keadaan “Load/Unload”.

Setkan kedudukan “Sleep/Standby” pada komputer atau peralatan elektrik apabila tidakdigunakan dalam jangka waktu singkat atau matikan terus jika tidak digunakan untuk jangkamasa lama.* Peralatan elektrik masih lagi menggunakan sedikit tenaga elektrik jika dalam keadaan

“Sleep/Standby”.

Pastikan setiap sistem atau peralatan dijalankan mengikut kehendak beban semasa (Chiller/ Cooling Tower, Pump, AHU, FCU dan lain-lain).* Ini dapat mengelakkan daripada penggunaan tenaga yang sia-sia.

Hidupkan peralatan atau motor elektrik yang berkuasa tinggi dahulu semasa memulakanoperasi .* Ini dapat mengurangkan caj “Maximum Demand” bagi pengguna yang mendapat bekalan

Voltan Sederhana dan Tinggi (Tarif E).

Penjimatan Penggunaan Elektrik

9

Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Elektrik

Page 12: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Hidup dan matikan sistem penghawa dingin mengikut jadual atau masa yang telah ditetapkan.

* Penggunaan yang tidak mengikut masa menyebabkan pembaziran.

Periksa dan laraskan “TIMER” bagi semua lampu jalan dan lampu limpah bagi setiap 3 bulan.

* Ini bagi mengelakkan lampu beroperasi di luar jangka waktu yang dikehendaki.

Semua lampu hiasan bangunan pejabat dipadamkan selepas jam 2.00 pagi.

* Dalam keadaan biasa selepas jam 2.00 pagi ianya tidak memberikan impak yang positif.

Penjimatan Penggunaan Elektrik

10

Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Elektrik

Page 13: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Memasang meter berasingan untuk lampu limpah daripada meter bangunan.

* Ini membolehkan kita menikmati Tarif Elektrik yang lebih rendah RM 0.164 / kWh

berbanding RM 0.397/kWh.

Sediakan jadual pemeriksaan harian bagi memastikan “ Power Factor Regulator atau Capacitor Bank” beroperasi dengan baik.

* Ini dapat mengelakkan daripada sebarang denda atau penalti daripada TNB disebabkan “Power Factor Rendah”.

Pastikan pembayaran bil elektrik dibuat mengikut tarikh yang tertera pada bil.

* Ini bagi mengelakkan sebarang penalti lewat bayar sebanyak 1% daripada jumlah

tunggakan semasa yang dikenakan oleh TNB.

Penjimatan Penggunaan Elektrik

11

Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Elektrik

Page 14: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Pengawal bertugas hendaklah memeriksa setiap pejabat atau mana-mana bilik yang alat penghawa dingin atau lampunya tidak dimatikan.

* Membuat laporan bertulis terus kepada Ketua Jabatan yang terlibat agar tindakan segera

dapat diambil.

Gunakan peralatan elektrik yang mempunyai kemampuan “Cekap Tenaga”.

* Pastikan label “EnergyStar” ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan membuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap. Jika peralatan tersebut buatan Malaysia, lihat label “Cekap Tenaga” yang dikeluarkan oleh SuruhanjayaTenaga.

Penjimatan Penggunaan Elektrik

12

Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Elektrik

Page 15: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Tahukah anda ?

Air meliputi 70% daripada permukaan bumi.

Jumlah keseluruhan air di muka bumi ialah 344 juta kubik batu air.* 315 juta kubik batu air (93%) ialah air laut (air masin)

* 9 juta kubik batu air (2.5%) ialah di dalam akuifer di bawah permukaan tanah

* 7 juta kubik batu air (2%) berada dalam keadaan beku di kawasan kutub (salji)

* 53,000 kubik batu air akan mengalir melalui tasik dan sungai di muka bumi

* 4,000 kubik batu air kekal sebagai kelembapan di atmosfera

* 3,400 kubik batu air terkandung di dalam badan kehidupan di dunia

Kita boleh hidup selama sebulan tanpa makanan tetapi tanpa air, kita hanya boleh bertahan di antara 5 hingga 7 hari sahaja.

Badan manusia mengandungi 65% sehingga 70% kandungan air.

Otak manusia mengandungi 75% air.

Penjimatan Penggunaan Air

13

Fakta Mengenai Air

Page 16: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Gunakan kepala paip jenis Tekan untuk sinki

* Dapat mengawal penggunaan air dengan lebih baik.

Memasang “Orifice Plate” di dalam paip air bagi mengehadkan pengaliran yang berlebihan

* Ini dapat mengawal jumlah air yang mengalir walaupun kepala paip dibuka sepenuhnya.

Elakkan penyiraman pokok ketika musim hujan.

* Satu perbuatan yang membazir.

Penjimatan Penggunaan Air

14

Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Air

Page 17: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Elakkan penggunaan air untuk membersihkan longkang atau parit.

* Perkara yang selalu berlaku untuk memudahkan kerja dan tidak sepatutnya diamalkan.

Lakukan pemeriksaan berkala bagi mengenalpasti sebarang kebocoran paip bawah tanah.

* Sebarang kebocoran dapat dikesan di peringkat awal.

Lakukan pemeriksaan berkala ke atas setiap tangki air, cooling tower dan semua sistem bekalan air daripada sebarang tumpahan atau bocor.

* Semua pemeriksaan hendaklah direkodkan dengan menggunakan “Check Sheet”.

Pamerkan nombor telefon juruteknik bertugas di setiap bilik air untuk tujuan aduan kerosakan.

* Tindakan segera dapat diambil ke atas setiap laporan kerosakan atau kebocoran.

Penjimatan Penggunaan Air

15

Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Air

Page 18: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Gunakan salur getah untuk tujuan menyiram pokok atau cucian

dengan muncung pengawal.

* Ini membolehkan air ditutup semasa tidak diperlukan.

Masukkan 1 atau 2 botol air (500ml) berisi pasir ke dalam Tangki Curahan (Flushing Tank).

* Ini dapat menjimatkan 1 liter air setiap kali tangki curahan digunakan.

Penjimatan Penggunaan Air

16

Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Air

Page 19: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Laraskan pengaliran air yang bersesuaian pada setiap “Urinal”

* Ini akan dapat mengawal pengaliran air mengikut kesesuaian.

Laraskan pengaliran air yang bersambung pada semua “Toilet Flush”

Penjimatan Penggunaan Air

17

Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Air

Page 20: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Bahagikan setiap sambungan telefon pegawai / kakitangan kepada 4 kategori.

A - Semua Panggilan (IDD)

B - Luar Melaka (STD)

C - Tempatan (local)

D - Dalaman

Hadkan masa bagi setiap panggilan keluar mengikut kategori sambungan.

A - Tiada had

B - 3 minit + 1 minit

C - 2 minit + 1 minit

Sediakan Laporan Bulanan Penggunaan Telefon mengikut nombor sambungan.

* Laporan bulanan diedarkan kepada semua Ketua Jabatan, Bahagian dan Unit bagi tujuan pemantauan.

Setiap Pegawai dan Kakitangan mestilah menggunakan sistem talian ONCC bagi tujuan membuat panggilan ke Jabatan / Agensi yang mempunyai sistem tersebut.

* Tiada sebarang caj terhadap panggilan yang dibuat melalui sistem ONCC.

Rancang perkara yang hendak dibincangkan sebelum membuat panggilan.

Penjimatan Penggunaan Telefon

18

Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Telefon

Page 21: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Gunakan kertas dengan mengambil kira konsep 3R – Reduce, Reuse and Recycle.

Sediakan buku catitan penggunaan mesin cetak dan rekod bagi setiap penggunaan.

Sediakan pusat pengumpulan kertas terpakai untuk dijual sebagai bahan kitar semula.

Mengelakkan penggunaan warna bagi setiap percetakan jika boleh.

* Bagi mesin cetak yang disewa, percetakan warna bagi 1 helaian ialah RM 0.50 berbanding RM 0.02 bagi hitam atau putih.

* Bagi yang menggunakan mesin cetak sendiri, kos bagi toner warna adalah lebih mahal.

Memanfaatkan sistem IT untuk sesuatu mesyuarat dan taklimat bagi mengurangkan penggunaan kertas.

Mahir dalam penggunaan peralatan pejabat.

* Tiada pembaziran disebabkan salah cetak atau silap ketika mengendalikan peralatan.

Sediakan satu prosedur kerja (SOP) bagi tujuan permohonan bagi mendapatkan alatan pejabat.

* Pengambilan peralatan pejabat dapat dikawal dengan lebih sistematik.

Penjimatan Penggunaan Alatan Pejabat

19

Langkah- langkah Penjimatan Penggunaan Alatan Pejabat

Page 22: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Memandu dengan kelajuan yang sesuai mengikut had yang telah ditetapkan.

* Sikap dan cara pemanduan banyak mempengaruhi penggunaan petrol kenderaan. Jangan

gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut.

Kurangkan berat atau bebanan kenderaan. Jangan bawa barangan yang tidak perlu.

* Penambahan berat menyebabkan peningkatan penggunaan minyak sebanyak 2

peratus.

Tayar diisi dengan tekanan angin yang betul.

* Tekanan yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan peningkatan penggunaan bahan api.

* Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan sekurang-kurangnya

sebulan sekali.

Lakukan penyelenggaraan dan servis berkala.

* Penalaan (tuning) enjin yang tidak sesuai meningkatkan penggunaan bahan api sehingga lebih 50 peratus.

* Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.

Penjimatan Penggunaan Kenderaan

20

Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Kenderaan

Page 23: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Matikan enjin kenderaan jika perlu menunggu melebihi 5 minit.

* Ini dapat mengelakkan berlakunya pembaziran penggunaan minyak dan memanjangkan

jangka hayat komponen dalaman kenderaan.

Jangan membrek secara mengejut.

* Jika ingin memberhentikan kenderaan, perlahankan kenderaan dari jarak yang selamat.

Rancang perjalanan.

* Rancang perjalanan terlebih dahulu sebelum ke sesuatu destinasi. Ini dapat mengelakkan

dari kesesakan lalulintas dan secara tidak langsung akan dapat menjimatkan bahan api.

Panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan.* Ini untuk meningkatkan prestasi enjin dan memastikan enjin dapat berfungsi secara

optimum.

Penjimatan Penggunaan Kenderaan

21

Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Kenderaan

Page 24: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Isi bahan api pada waktu yang sesuai.

* Waktu yang paling sesuai untuk mengisi minyak adalah di waktu pagi atau malam.

* Ini kerana pada waktu ini bahan api kurang termeluwap ke udara akibat cuaca panas.

Lakukan penyelenggaraan atau servis bagi setiap kenderaan mengikut jadual. Sediakan“Kad Servis” bagi setiap kenderaan.

* Enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50%.

Melaporkan penggunaan minyak bagi setiap kenderaan pada setiap bulan.

* Penggunaan minyak dikira mengikut kaedah RM/km.

* Laporan juga termasuk Kos Penyelenggaraan .

* Mengenal pasti penggunaan minyak yang efisyen.

Penjimatan Penggunaan Kenderaan

22

Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Kenderaan

Page 25: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Tayar sepatutnya ditukarkan kedudukannya setiap 5,000 km hingga 8,000 km.

* Keadaan ini membolehkan bunga tayar menjadi lebih serata dan dapat memanjangkan jangka hayat tayar tersebut.

Cara Putaran Tayar

Saiz tayar yang digunakan haruslah sesuai dengan keupayaan kenderaan.

* Penggunaan saiz tayar yang kurang sesuai akan mengakibatkan :

i) kekuatan pecutan kenderaan tersebut menurun. ii) speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat.

iii) jangka hayat alat penyerap hentakan lebih pendek.

23

Penjimatan Penggunaan KenderaanLangkah-langkah Penjimatan Penggunaan Kenderaan

Page 26: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan secara mingguan.

* Pemandu haruslah melakukan pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan sekurang -

kurangnya secara mingguan dengan menggunakan “ Borang Pemeriksaan Kenderaan ” seperti di Contoh Borang yang disediakan.

24

Penjimatan Penggunaan KenderaanLangkah-langkah Penjimatan Penggunaan Kenderaan

Page 27: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

“ Dan berikanlah kepada kaum keluarganya,

dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing;

dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau.

Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan,

sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”

Surah al-Isra : Ayat 26-27

25

Page 28: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Contoh Jadual Pemantauan Penyelenggaraan

Jadual ini dapat memastikan setiap perancangan dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan.

Rekodkan tarikh sebenar kerja-kerja yang telah dibuat.

Penyelenggaraan yang sistematik dapat mengelakkan daripada sebarang kerosakan yang akan melibatkan

kos baik pulih yang tinggi dan gangguan pada sistem berkaitan.

KOMPLEKS SERI NEGERI

JADUAL PEMANTAUAN PENYELENGARAAN TAHUN 2010

BIL PERALATAN / SISTEM

KOS (

RM )

JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT. OKT. NOV DIS.

1Janakuasa Tunggu Sedia 1 1,500.00

Tarikh Service 20.1.2010 18.3.2010 10.05.10

2Janakuasa Tunggu Sedia 2 1,500.00

Tarikh Service

3Sistem Pencegah Kebakaran 750.00

Tarikh Service

4Mesin Angkat 1,200.00

Tarikh Service

5Kereta MAR 1313 600.00

Tarikh Service

6Kereta MBR 1212 2,500.00

Tarikh Service

7Sistem Penghawa Dingin 2,500.00

Tarikh Service

8Sijil Bomba 2,500.00

Tarikh di perbaharui

9Permit Mesin Angkat 2,500.00

Tarikh di perbaharui

10Sijil Alat Pemadam Api 2,500.00

Tarikh di perbaharui

JUMLAH 18,050.00

Petunjuk :

20.1.2010

Rancang Telah di buat

26

Page 29: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

• Jadual ini bagi memastikan setiap unit “Penghawa Dingin” dihidup atau dimatikan mengikut jadual.

• Catitkan apa-apa makluman jika sistem yang digunakan tidak mengikut jadual biasa.

Contoh Jadual Pemantauan Penggunaan Penghawa Dingin

Lokasi : ………………… Chiller No : ……………… Bulan: ……………….

Tarikh:

Masa Tanda Catitan

ON OFF Tangan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

Di semak oleh :

………………………………………

Penyelia

Bahagian Utliti

27

AIR CONDITION (CHILLER ) SYSTEM

ON / OFF RECORD YEAR 20__

Page 30: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

• Rekod Harian ini perlu dibuat setiap hari. Ini bagi memastikan sistem atau peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik.

• Ia juga dapat membantu dalam mengesan sebarang keadaan yang tidak normal dan membolehkan tindakan segera dapat diambil.

Contoh Rekod Pemantauan Harian Sistem Penghawa Dingin

KOMPLEKS SERI NEGERI AYER KEROH

REKOD HARIAN SISTEM PENGHAWA DINGIN (CHILLER) 2010

DATE :

CHILLER NO. DESCRIPTIONMASA

SPEC 0800 1000 1200 1400 1600 1800

CHILLER NO #1

CHILLER TEMP-IN 44 ˚ F - 55˚ F

CHILLER TEMP-OUT 41 ˚ F - 52 °F

CHILLER PRESS-IN 40 - 60 PSI

CHILLER PRESS-OUT 30 - 50 PSI

CONDENSOR TEMP-IN 80 ˚ F - 90 ˚ F

CONDENSOR TEMP-OUT 89 ˚ F -95 ˚ F

CHILLER PRESS-IN 20 - 40 PSI

CHILLER PRESS-OUT 10 - 30 PSI

CONDENSOR PRESSURE 190 - 240 PSI

COOLER PRESSURE 60 - 75 PSI

VOLTAGE 390 V - 420 V

CURRENT 165 A - 180 A

CHILLER NO#2

CHILLER TEMP-IN 44 ˚ F - 55˚ F

CHILLER TEMP-OUT 41 ˚ F - 52 °F

CHILLER PRESS-IN 40 - 60 PSI

CHILLER PRESS-OUT 30-50 PSI

CONDENSOR TEMP-IN 80 ˚ F - 90 ˚ F

CONDENSOR TEMP-OUT 89 ˚ F -95 ˚ F

CONDENSOR PRESSURE 20 - 40 PSI

CONDENSOR PRESSURE 10 - 30 PSI

CONDENSOR PRESSURE 190 - 240 PSI

COOLER PRESSURE 60 - 75 PSI

VOLTAGE 390 V - 420 V

CURRENT 165 A - 180 A

Di ambil oleh : …………………………………….

Di semak oleh : …………………………………….

28

Page 31: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Contoh Borang Penggunaan KenderaanJABATAN KETUA MENTERI MELAKA

BUTIR-BUTIR PENGGUNAAN KENDERAAN

JENIS KENDERAAN : .............................. NO. PENDAFTARAN: ..................................... NO. JABATAN : ...................................

TarikhMasa Nama

Pemandu

Sila NyatakanTujuan danPerjalanan

dengan terangdan ringkas

Nama danTandatanganPegawai yang

memberi kuasa

Nama danTandatanganPegawai yang

Mengguna

BacaanOdometer Kiraan Km/Batu

Pembelian Bahan Api/MinyakPelicin

BilPesanan

Liter

Dari Hingga Petrol/ Diesel

MinyakPelicin

Cerakinan Penggunaan Bahan Api Bagi Bulan Jumlah

(a) Dari Bulan Lepas (b) Jumlah Dibeli (c) Jumlah (a+b) (d) Dalam Tangki (e) Jumlah digunakan (c-d): (f) Liter per 100km/B.S.G

29

Page 32: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Keadaan Sekarang Cadangan Kos (RM) Anggaran Penjimatan(RM/Bulan)

Sebelum Selepas

Contoh Borang Cadangan Penjimatan

Jabatan / Unit : …………………………………………………

Tarikh : ………………………………………………...

Dicadang oleh :

………………………………

Diluluskan oleh :

……………………………………

Gunakan Borang Cadangan Penjimatan untuk dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Menjimat Kos dandibincang.

Ia juga bertujuan agar setiap aktiviti penjimatan direkodkan.

30

Page 33: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

LAPORAN PENJIMATAN BULANAN (KPI)

JABATAN / AGENSI KERAJAAN 20__

JABATAN / AGENSI : …………………….......... BULAN : …………. ………… …………. …………….

NO PERKARAPURATA KOS

2009(RM)SASARAN (RM)

PENCAPAIAN JUMLAH

(RM)

MEI JUN JULAI OGOS SEPT. OKT. NOV. DIS.

1 Elektrik 50,000.00 45,000.00 51,000.00 53,000.00 43,000.00 147,000.00

2 Telefon 5,000.00 4,700.00 4,900.00 4,500.00 4,400.00 13,800.00

3 Petrol 0.25/km 0.20/km 0.26 0.21 0.18

4 Air

JUMLAH

Nota :

Tidak capai sasaran

Disediakan oleh Diluluskan oleh

.............................................................. .............................................................

Contoh Laporan Penjimatan Bulanan (KPI)

31

Page 34: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Contoh Borang Pemeriksaan Kenderaan

32

Page 35: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Contoh Notis Peringatan Kerosakan

33

Page 36: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

Contoh Notis Peringatan Penjimatan

34

Page 37: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

1. Melaka One Number Call Center (ONCC) ……………………………………………………………………………..................... 06-2333333

2. Tenaga Nasional Berhad (TNB) …………………………………………………………………………………………………………......... 06-2828544

3. Telekom Malaysia (TM) …………………………………………………………………………………………………………………………….. 06-2522111

4. Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) ………………………………………………………………………………………………………….. 06-2921758

5. Jabatan Kerja Raya Melaka (JKR) ……..…….……………………………………………………………………………………………….. 06-2854600

6. Jabatan Alam Sekitar …………………………………………………………………………………………………………………………………. 06-2345720

7. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Melaka ……………………………………………………………………………. 06-2345123

8. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ……………………………………………………………………………………....... 06-2859700

9. Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ……………………………………………………………………………………………………. 06-5561600

10. Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) ……………………………………………………………………………………………………………..…. 06-5291245

11. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ………………………………………………………………………………………………………….. 06-2323773

12. Daerah Melaka Tengah

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah …………………………………………………………………………………………. 06-2842222

Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu ………………………………………………………………………............................. 06-2838481

Hospital Besar Melaka ……………………………………………………………………………………………………………………………… 06-2822344

13. Daerah Alor GajahIbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah …………………………………………………………………………………………………. 06-5562222

Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah ………………………………………………………………………………………………….. 06-5562444Hospital Alor Gajah …………………………………………………………………………………………………………………………………… 06-5562333

14. Daerah Jasin

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin ………………………………………………………………………………………………………….. 06-5292222

Balai Bomba dan Penyelamat Jasin ……………………………………………………………………………………………………………. 06-5291444

Hospital Jasin …………………………………………………………………………………………………………………………………………….. 06-5294262

Nombor Untuk Dihubungi

Page 38: BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor

JABATAN MENJIMAT KOS UTILITI (JIMAT)JABATAN KETUA MENTERI MELAKA

Aras 3, Blok Laksamana,Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,75450 Ayer Keroh, MelakaNo. Telefon : 606-2307238

No. Faks : 606-2329948