buku program2015

24
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MUDA ALOR BIAK, AYER HITAM, 06150 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN 25 MAC 2015( RABU ) 2:30 PETANG DEWAN SERI GEMILANG SKSM SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MUDA

Upload: ninanabilah1142

Post on 22-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

buku program dan aturcara mesyuarat agung pibg

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Program2015

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSEKOLAH KEBANGSAAN SERI MUDA

ALOR BIAK, AYER HITAM, 06150 ALOR SETAR,KEDAH DARUL AMAN

25 MAC 2015( RABU )

2:30 PETANG

DEWAN SERI GEMILANG SKSM

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MUDA

Page 2: Buku Program2015

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Surat Panggilan Mesyuarat 3

2 Atur Cara Majlis 4

3 Agenda Mesyuarat 5

4 Kata-kata Aluan Guru Besar 6

5 Kata-kata Aluan YDP PIBG 7

6 AJK sesi 2013-2015 8

7 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40 9-12

8 Usul 2015 13

9 Kehadiran AJK 14

10 Aktiviti PIBG sesi 2014 15

11 Perlantikan AJK PIBG 2015-2017 16

12 Penghargaan 17

13 Penyata Kewangan Lampiran

2

Page 3: Buku Program2015

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSEKOLAH KEBANGSAAN SERI MUDA,ALOR BIAK, AYER HITKEDAH DARUL AMAN.

Rujukan :SKSM 100-5/5/1(14) Tarikh :1 MAC 2015

Semua waris Pra Sekolah dan Tahun 1-6,Persatuan Ibu Bapa dan Guru,Sekolah Kebangsaan Seri Muda.

Tuan / Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-41

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Muda kali ke-41 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 25 Mac 2015 ( Rabu )Tempat : Dewan Seri Gemilang SKSM.Masa : 2.30 petang

3. Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa PIBG mengalu-alukan usul-usul daripada pihak tuan/puan untuk dibawa ke mesyuarat agung tersebut.Usul-usul yang dikemukakan akan disemak dan yang benar-benar bersesuaian sahaja akan diterima dan dimasukkan ke dalam buku laporan Mesyuarat Agung.

4. Segala usul-usul yang dikemukakan hendaklah sampai kepada Setiausaha Kehormat PIBG /Penolong Setiausaha/guru kelas sebelum atau pada 8 Mac 2015(Ahad) dengan mengembalikan lampiran jawapan yang disediakan.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah

………………………..( MOHAMMAD HADRI BIN HAMID ) Setiausaha Kehormat PIBG, Sekolah Kebangsaan Seri Muda,

3

NO. TELEFON:04-7949509NO. FAX:04-7949509

Page 4: Buku Program2015

Alor Biak, Ayer Hitam, 06150 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

ATUR CARA MAJLISMESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 41

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MUDATAHUN 2015

TARIKH : 25 MAC 2015 ( RABU )

MASA : 2:30 PETANG

TEMPAT : DEWAN SERI GEMILANG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MUDA.

2:00 petang ::

PendaftaranPara jemputan/waris mengambil tempat.

2:15 petang : Ketibaan Hj Md Rejap bin Md Akhir(YDP PIBG)Ketibaan Ajk PIBG

2.25 petang

2:30 petang

:

:

Bacaan doa

Ucapan alu-aluan YDP PIBG

-

-

-

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 dimulakan.

Jamuan waris / tetamu

Bersurai

4

ATUR CARA MAJLIS

Page 5: Buku Program2015

1. Aluan pengerusi.

2. Membentang dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40

3. Perkara-perkara berbangkit.

4. Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2014.

5. Membahaskan Usul-usul.

6. Membubarkan Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2013-2015.

7. Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2015-2017.

a. Seorang Yang DiPertua ( waris )b. Seorang Naib Yang DiPertua ( waris )c. Seorang Setiausaha Kehormat ( guru )d. Seorang Penolong Setiausaha ( guru )e. Seorang Bendahari Kehormat ( guru )f. Seorang Penolong Bendahari ( guru )g. Lapan Orang Ahli Jawatankuasa.

( 5 orang wakil waris/ibu bapa ) ( 3 orang wakil guru )

8. Melantik dua orang Pemeriksa Kira-Kira

9. Ucapan Penangguhan

5

AGENDA MESYUARAT

Page 6: Buku Program2015

KATA-KATA ALUANGURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MUDA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya dapat kita menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Seri Muda bagi kali ke-41 ini.

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru sesi 2013-2015 dan Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung yang turut menggembleng tenaga dan buah fikiran untuk menjayakan majlis kita pada hari ini.

Kerjasama, sumbangan dan sokongan padu PIBG kepada pihak sekolah telah memberi semangat, kekuatan serta membuka laluan positif kepada warga sekolah bagi merealisasikan visi dan misi sekolah.

Selaras dengan kedudukan semasa, berbagai-bagai program dan aktiviti-aktiviti dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun ini supaya penambahbaikan berterusan disuntik untuk melahirkan anak-anak yang berkualiti. Oleh itu, pihak sekolah berharap para ibu bapa terus mendorong anak-anak supaya penglibatan secara menyeluruh dalam semua aktiviti yang dijalankan. Jelasnya semua aktiviti yang dibuat adalah untuk kepentingan dan keperluan anak-anak kita demi menempuh dunia yang lebih mencabar selepas ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua waris yang tidak jemu-jemu memberi komitmen kepada sekolah. Besar juga harapan saya agar tuan-tuan dan puan-puan dapat memantau, memberi motivasi dan perhatian kepada anak-anak kita supaya wujud kesinambungan antara sekolah dengan rumah dan sekolah akan terus menjadi rumah kedua mereka.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………( ANUAR BIN ZAINON AMK.,BKM.,PJK)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Seri MudaAlor Biak, Ayer Hitam,06150 Alor Setar,

6

Page 7: Buku Program2015

Kedah Darul Aman.

KATA-KATA ALUANYANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MUDA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan keizinan-Nya kita dapat berkumpul bersama-sama dalam majlis ini. Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa dan waris kerana sudi melapangkan masa hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Muda kali ke-41 ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Guru Besar dan semua guru sekolah ini, atas segala jasa dan semangat dedikasi dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar tanpa jemu kepada anak-anak bangsa kita. Justeru itu, saya bagi pihak ibu bapa dan waris sentiasa mendoakan agar Allah S.W.T. memberkati segala usaha murni semua guru.

Kejayaan sekolah ini sama ada dalam bidang akademik atau pun bukan akademik adalah hasil ketekunan dan kesungguhan semua Jawatankuasa Kurikulum dan Kokurikulum sekolah yang telah merancang dan melaksanakan pelbagai program dengan baik. Syabas dan ribuan terima kasih atas segala dedikasi dan pengorbanan para guru yang telah mendidik anak-anak kita di sekolah ini.

Selain itu, permuafakatan dan kerjasama antara pihak PIBG dan pihak sekolah juga amat penting dalam menjamin kelangsungan usaha anak-anak mempelajari ilmu yang berterusan di rumah dalam usaha meningkatkan prestasi akademik sekolah. Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para waris yang sedia memberikan pelbagai sumbangan positif ke arah memantapkan prestasi sekolah. Pihak PIBG juga sentiasa bersedia membantu pihak sekolah dari segi buah fikiran, sokongan moral dan juga material demi memenuhi keperluan anak-anak kita.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang tidak pernah jemu memberi pendapat dan idea yang positif demi meningkatkan prestasi anak-anak kita. Semoga segala-galanya sentiasa diberkati Allah S.W.T. Insya Allah.

Sekian, terima kasih.

……………………………………(HJ. MD REJAP BIN MD AKHIR)Yang DiPertua PIBG,Sekolah Kebangsaan Seri Muda,

7

Page 8: Buku Program2015

Alor Biak, Ayer Hitam,06150 Alor Setar,Kedah Darul Aman

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2013-2015SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MUDA

ALOR BIAK AYER HITAM06150 ALOR SETAR

KEDAH DARUL AMAN

YANG DIPERTUAHJ MD REJAP BIN MD AKHIR

NAIB YANG DIPERTUATN. HAJI MD. ZAIN BIN HAJI ARIFFIN

PENASIHATEN ANUAR BIN ZAINON AMK.,BKM.,PJK

SETIAUSAHA KEHORMATEN MOHAMMAD HADRI BIN HAMID

PENOLONG SETIAUSAHAPN NORLIZA BINTI ISMAIL

BENDAHARIPN FATIMAH TON ZAROK BINTI ABD GHAFAR

PENOLONG BENDAHARIPN ROHASNITA BINTI MAT

AHLI JAWATANKUASA

WARISEN. BAKRI BIN RASHID

EN. AZIZAN B. ZAKARIAEN FISOL BIN OMAR

EN AZHAR BIN OTHMANPN NORHAYATI BINTI DAUD

EN SULAIMAN BIN SAUDPN NORSHIDAH BT AHMAD

EN FAUZI BIN YAAKOB(PEGAWAI SERANTA)

GURUEN CHE AMIN BIN HASSANPN SHAKIROH BT AHMAD

EN AZNIS SHAFRI BIN AZMAN

PEMERIKSA KIRA-KIRA

8

Page 9: Buku Program2015

TN HJ GHAZALI BIN ABDULLAHEN OMAR BIN HAT

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG PIBG KALI KE 40

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MUDA

TARIKH : 18 MAC 2014

MASA : 2.00 PETANG (SELASA)

TEMPAT : DEWAN SERI GEMILANG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MUDA

KEHADIRAN : 189 ORANG

UCAPAN ALUAN PENASIHAT(GURU BESAR)

1 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) mengalu-alukan kedatangan para guru dan waris ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40.

2 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) melahirkan rasa syukur kehadirat Ilahi dapat dipertemukan dalam Mesyuarat Agung kali ini.

3 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) menyatakan semua guru mestilah menerapkan budaya kasih sayang terhadap murid-murid di sekolah.Berdasarkan sifat kasih sayang tersebut murid tidak akan segan silu untuk bertanyakan pelajaran yang tidak difahami.

4 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) juga mengharapkan agar murid-murid di Sekolah Kebangsaan Seri Muda supaya mewujudkan budaya berdaya saing dalam pelajaran agar peratus UPSR pada tahun ini akan meningkat.

5 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) memaklumkan Majlis Pelancaran Pintar CIMB Foundation akan diadakan pada 14 April 2014 di Sekolah Kebangsaan Seri Muda yang akan dirasmikan oleh YTM Tunku Intan Shafinaz.Beliau mengharapkan murid-murid supaya mengambil peluang untuk belajar bersungguh-sungguh kerana ganjaran yang akan diberikan agak lumayan.

6 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) memaklumkan PIBG juga akan menaja kelas tambahan murid Tahun 6 pada setiap hari kecuali hari Selasa.Kelas tambahan ini akan membantu murid yang lemah dalam mata pelajaran yang tertentu.

7 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) memaklumkan bilangan terkini murid sehingga Mac 2014 seramai 680 orang.

8 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) memaklum pada tahun 2014 kelas pendidikan khas akan dibuka seramai 4 orang murid dan 2 orang guru.

9 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) memaklumkan 98 orang murid yang mendapat bantuan makanan tambahan RMT.

10 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) memaklumkan aktiviti kokurikulum akan dilaksanakan pada hari Rabu.Kelab persatuan,unit unifom akan dilaksanakan selepas waktu persekolahan dan sukan permainan jam 5.30 – 6.30 petang manakala 1M1S pada hari Khamis.

11 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) mengucapkan tahniah kepada pasukan bola jaring yang berjaya menjadi johan peringkat PKG Ayer Hitam

AGENDA 1:UCAPAN ALUAN PENNGERUSI

9

Page 10: Buku Program2015

12 Pengerusi (Tn Hj Md Zain bin Hj Ariffin) melahirkan rasa syukur kerana izin-Nya dapat berkumpul dan dapat melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40 pada hari ini.

13 Pengerusi (Tn Hj Md Zain bin Hj Ariffin) mengingatkan kepada ibubapa supaya tegas mendidik anak-anak dan memastikan anak mereka mendirikan solat berjemaah dan membaca Al-quran moga menjadi akhlak yang mulia.

AGENDA 2:MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 3914 En Mohammad Hadri bin Hamid selaku Setiausaha Kehormat sesi 2013/2014 membentangkan minit

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 39 untuk disahkan.15 En Kassin bin Don mencadangkan untuk disahkan dan disokong oleh En Abu Yazid bin

Yaman.Semua bersetuju sebulat suara.

AGENDA 3:PERKARA BERBANGKIT16 Agenda 20-En Fisol bin Omar memaklumkan berkaitan usul beliau pada Mesyuarat Agung yang lalu

iaitu beliau berharap pihak sekolah meyediakan satu pembesar suara yang dipasang di tempat waris menunggu di hadapan sekolah agar ibubapa dapat mendengar sebarang pengumuman yang dibuat oleh guru.

17 En Zulkifli bin Bakar menyokong usul yang dibahaskan.18 En Nor Azizan bin Awang membangkang usul tersebut.Beliau menjelaskan bahawa pembesar yang

berada di kawasan sekolah sudah memadai dan sekiranya pengumuman dibuat amat jelas didengar walaupun berada di pintu pagar sekolah.

19 Pengerusi memaklumkan sekiranya majoriti yang hadir bersetuju ingin memasang pembesar suara tersebut beliau berharap sumbangan daripada ibubapa dalam usaha memasang pembesar suara tersebut.

AGENDA 4:MEMBENTANG DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2013

20 Pn Fatimah Ton Zarok bt Abdul Ghafar membentangkan penyata kewangan PIBG yang berakhir 31 Disember 2013 tanpa pindaan untuk disahkan.

21 En Abdullah bin Din mencadangkan penyata kewangan diterima.22 Disokong oleh Pn Rusita binti Ali dan semua ahli bersetuju sebulat suara.23 En Abdullah bin Din memohon pencerahan berkaitan pengeluaran wang yang dikeluarkan untuk

membayar pembinaan wakaf.24 Pn Fatimah Ton Zarok binti Abdul Ghafar menjelaskan bahawa segala hutang yang berkaitan

dengan pembinaan wakaf tersebut telah langsai dibayar bersumberkan sumbangan dan tajaan pihak waris.

AGENDA 5:MEMBAHASKAN USUL25 Usul 1:

Nama:Noraziha binti AbdullahAlamat: F5 Kg Teluk Jawa,Mukim Padang Hang

06570 Alor Setar,Kedah.Usul:Memohon pihak kantin sekolah mengurangkan penjualan makanan segera seperti nugget dan seumpama dengannya agar diganti dengan kuih muih-Usul ini tidak dapat dibahaskan kerana beliau tidak hadir.

26 Usul 2- Nama:Zarina binti Hj Ariffin

10

Page 11: Buku Program2015

Alamat:No 14,Kg Kubang Sepat Ayer Hitam06150 Alor Setar Kedah.

Usul: Memohon pihak sekolah mengecualikan pembayaran yuran (yuran tahunan) dan mengutamakan apa-apa jenis bantuan terutamanya kepada ibu tunggal.-Usul ini tidak dapat dibahaskan kerana beliau tidak hadir.

27 Usul 3-Pn Mariana binti Abu Bakar memohon kepada ustaz dan ustazah supaya mengadakan tuisyen Kafa kepada murid yang akan menduduki ujian UPKK yang akan datang.-Usul tergempar.-En Sulaiman memaklumkan bahawa tuisyen tersebut akan diadakan selepas ini kerana sekarang semua guru Kafa masih sibuk dengan aktiviti Kokurikulum Kafa yang akan diadakan tidak lama lagi.

28 Cadangan En Lutfi memohon pihak sekolah memantau penjualan alat tulis di koperasi sekolah.Ini kerana terdapat buku dan alat tulis yang tidak sesuai dijual di koperasi.Selain itu juga beliau memohon supaya menekankan sahsiah dan adab pergaulan dikalangan murid lelaki dengan perempuan.

29 En Abdullah bin Din memohon penjelasan tentang pelaksanaan sistem PBS di sekolah.Beliau juga memaklumkan bahawa nugget tidak sepatutnya dijual di kantin sekolah kerana diragui kandungannya.Selain itu beliau memohon kawasan di luar sekolah supaya diturap dengan tar agar tidak becak ketika masa hujan.Beliau juga mencadangkan agar parit di luar sekolah hendaklah diawasi tahap kebersihan agar tidak berlaku penyakit denggi.

30 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) menjawab persoalan yang diajukan oleh En Abdullah bin Din.Berkaitan sistem PBS ianya satu penilaian untuk menguji tahap pelajar tanpa peperiksaan dan mempunyai 2 penilaian berdasarkan sekolah dan pusat.Kesemua markah penilaian murid diisi secara online oleh guru mata pelajaran masing-masing.

31 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) memaklumkan tindakan telah diambil bagi mengatasi masalah parit di hadapan pagar sekolah dengan membersihkannya.Bagi mencantikkan kawasan parit tersebut ialah dengan cara mencambahkan benih bunga teratai agar nampak lebih cantik pada pandangan awam.

32 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) menasihati agar waris dan ibubapa yang berurusan di sekolah hendaklah memakai pakaian yang bersopan.

33 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) memaklumkan bahawa penjualan nugget dibenarkan kerana ianya bukan tergolong daripada makanan ringan.

34 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) memaklumkan sahsiah dan pergaulan murid di sekolah masih dalam keadaan terkawal sehingga kini.

35 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) memaklumkan koperasi sekolah kini telah diswastakan kerana mngikut arahan bahagian audit dan tender bayaran tersebut sebanyak RM10,300 setahun.Oleh yang demikian pihak sekolah tidak terlibat dengan penjualan di koperasi.Walaubagaimanapun pihak sekolah akan menyiasat dan membuat pantauan dalam memilih alatan yang sesuai.

36 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) memaklumkan berkenaan dengan laulintas,pihak sekolah telah menyarankan kepada syarikat keselamatan supaya membeli insurans bagi pengawal keselamatan.Ini dapat menjadi satu penyelesaian kepada pengawal keselamatan sekolah sekiranya berlaku kemalangan.

37 Penasihat (En Abd Razak bin Abd Aziz) menjelaskan sekiranya terdapat bajet yang lebih kawasan hadapan sekolah akan diturap bagi keselesaan waris yang datang menunggu anak-anak mereka ketika pulang.

11

Page 12: Buku Program2015

AGENDA 7:HAL-HAL LAIN38 En Sulaiman bin Saud mengucapkan tahniah kepada para waris dan ibubapa yang menghantar anak-

anak ke kelas Kafa dan bukannya senang untuk mengorbankan masa dan wang ringgit untuk berbuat demikian.

39 En Sulaiman bin Saud bersyukur kerana peningkatan murid-murid ke kelas Kafa pada tahun ini.Beliau juga memaklumkan berikutan peningkatan tersebut sepatutnya terdapat penambahan guru Kafa.Di akhir ini hanya terdapat seorang sahaja guru baharu yang dihantar kerana kouta guru tidak mencukupi.

40 En Sulaiman bin Saud menegaskan agar guru-guru Kafa menekankan murid membaca surah lazim sebelum bermulanya kelas pada setiap petang.Moga-moga dengan hasrat tersebut agar mereka celik hati dalam menerima sebarang pelajaran yang diajar.

41 En Sulaiman bin Saud memohon kepada ibubapa agar menghantar anak mereka ke kelas Kafa paling tidak bermula pada tahun 3 dengan bayaran sebanyak RM35.00 setiap murid.

42 En Sulaiman bin Saud mengucapka terima kasih kepada Guru Besar dan pihak sekolah dan Pibg kerana memberikan keizinan dan sumbangan kepada kelas kafa dan hasil sumbangan tersebut akan digunakan mengikut manfaat yang betul.

AGENDA 8 :UCAPAN PENAGGUHAN43 Pengerusi memohon ibubapa perlu lebih banyak mempelajari pelbagai jenis doa yang berkaitan

dengan didikan anak-anak.Hendaklah sentiasa mengamalkan doa yang dipelajari moga-moga dengan doa tersebut anak-anak menjadi anak soleh dan solehah kelak nanti.

44 Pengerusi memaklumkan pihak Pibg akan sentiasa berkerjasama sepenuhnya dengan pihak sekolah dalam memantau disiplin murid-murid di kawasan sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.20 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………….. . ………………………………( MOHAMMAD HADRI BIN HAMID) (HJ MD REJAP BIN MAT AKHIR )Setiausaha Kehormat, Yang Dipertua,Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru,Sekolah Kebangsaan Seri Muda. Sekolah Kebangsaan Seri Muda.

Pencatat:1. Pn Farhana binti Md Isa2. Pn Shakiroh binti Ahmad3. Pn Siti Fatimah binti Abdul Karim

12

Page 13: Buku Program2015

USUL

Usul Pertama

Nama:En Ahmad bin HamidAlamat:SK 98 Sungai Korok Telaga Batu,Mukim Naga,06000 Jitra.Usul:Memohon untuk membina tandas bedekatan surau.

Usul Kedua

Nama:En Solahuddin bin ShafieeAlamat:Kampung Sematang Gelok,Jitra.Usul:Memohon jalan berturap di tempat waris menunggu di luar pagar supaya tidak berdebu musim

panas dan tidak berselut musim hujan .

Usul Ketiga

Nama:En Sharif bin BaharomAlamat:SKK 58,Kg Telaga Batu Sg Korok Mk Jeram 06150 Air Hitam KedahUsul:Memaklumkan supaya pihak sekolah dan PIBG bekerjasama memohon kepada JKR membina

bonggol di jalan raya hadapan sekolah kerana seringkali kenderaan yang melalui jalan tersebut terlalu laju terutama di waktu pagi.

.

13

Page 14: Buku Program2015

KEHADIRAN AJK DALAM MESYUARAT 2013-2015

BIL NAMA AHLI

TARIKH

22.5

.201

3

12.3

.201

4

6.8.

2014

8.3.

2015

1 En Anuar bin Zainon AMK.,BKM.,PJK/(Guru Besar)(Penasihat) - - / /2 Tn Hj Md Rejap bin Md Akhir (Yang DiPertua) / / / /3 Tn. Hj. Md. Zain b. Hj. Ariffin (Naib Yang DiPertua) / / 0 04 En.Mohammad Hadri bin Hamid(Setiausaha Kehormat) / / / /5 Pn Norliza binti Ismail (Penolong Setiausaha) / / / /6 Pn Fatimah Ton Zarok bt Abd Ghafar (Bendahari Kehormat) / / / 07 Pn Rohasnita binti Mat(Pen. Bendahari) / / / /8 Pn Hasnah binti Osman(Penasihat) - - / /9 Pn Che Embut binti Abdullah (Penasihat ) - / / /10 Pn Korsiah binti Shukor (Penasihat) / / 0 /11 En Che Amin bin Hassan (Ajk Guru) / 0 / /12 Pn Shakiroh binti Ahmad(Ajk Guru) / 0 0 013 En Aznis Shafri bin Azman(Ajk Guru) 0 0 0 014 Pn Norhayati bt Daud (Ajk Waris) 0 / / /15 En. Azizan b. Zakaria (Ajk Waris) 0 / / /16 En. Fauzi bin Yaakob (Pegawai Seranta) 0 0 0 017 En Bakri b Rashid (Ajk Waris) / / / 018 En Azhar bin Othman(Ajk Waris) / / / /19 En Fisol bin Omar (Ajk Waris) / / / /20 En Sulaiman bin Saud (Ajk Waris) / 0 0 /21 Pn Norshidah binti Ahmad (Ajk Waris) / 0 0 0

* Petunjuk:

/ = Hadir0 = Tidak Hadir- =Bertukar/belum dilantik

14

Page 15: Buku Program2015

PROGRAM /AKTIVITI PIBG TAHUN 2014

1 Majlis bacaan yasin bulanan

2 Majlis bacaan yasin perdana

3 Bengkel teknik menjawab soalan UPSR

4 Tuisyen PIBG

5 Sumbangan Duit Raya

6 Hari Anugerah Cemerlang

7 Penganugerahan murid cemerlang UPSR

8 Hari Guru

9 Kejohanan Olahraga Tahunan

10 Kursus Kepimpinan Pengawas / Ketua Kelas

11 Majlis berbuka puasa

12 Perjumpaan waris murid LINUS/Pemulihan

13 Maal Hijrah

14 Majlis Maulidur Rasul

15 Hari Anugerah Kokurikulum

16 Perjumpaan Waris Tahun 6

17 Program tandatangan rekod profil murid / Program Jaya Waris

18 Ceramah Israk dan Mi’raj

19 Gotong Royong Perdana

15

Page 16: Buku Program2015

JAWATANKUASA PIBG SESI 2015-2017

YANG DIPERTUA

……………………………………………………………………………….NAIB YANG DIPERTUA

………………………………………………………………………………SETIAUSAHA KEHORMAT

………………………………………………………………………………PENOLONG SETIAUSAHA

……………………………………………………………………………..BENDAHARI KEHORMAT

………………………………………………………………………………PENOLONG BENDAHARI

……………………………………………………………………………..AHLI JAWATANKUASA

WARIS:

1. …………………………………………………………………………

2. …………………………………………………………………………

3. ………………………………………………………………………...

4. ………………………………………………………………………...

5. ………………………………………………………………………..

GURU:

1. ………………………………………………………………………..

2. ………………………………………………………………………..

3. ………………………………………………………………………..

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. ……………………………………………………………………….

2. ……………………………………………………………………….

16

Page 17: Buku Program2015

PENGHARGAAN

Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan GuruSekolah Kebangsaan Seri Muda

Merakamkan setinggi-tinggiUcapan terima kasih

Guru BesarSekolah Kebangsaan Seri Muda

Semua StafSekolah Kebangsaan Seri Muda

Semua Waris / Ibu BapaPelajar Sekolah Kebangsaan Seri Muda

SertaSemua pihak yang terlibat secara langsung

Atau tidak langsung

Bagi menjayakanMesyuarat Agung Tahunan ini.

Terima kasih……Selamat MenjalankanTugas

17