buku_modul_pembangunan_laman_pdp_untuk_persekitaran_maya-utk-print.pdf

41
MODUL PEMBANGUNAN LAMAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PdP UNTUK PERSEKITARAN MAYA BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERSIARAN BUKIT KIARA 50604 KUALA LUMPUR LAMAN WEB: www.moe.edu.my

Upload: melissa-garcia

Post on 09-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • MODUL PEMBANGUNAN

    LAMAN PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN PdP UNTUK

    PERSEKITARAN MAYA

    BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    PERSIARAN BUKIT KIARA

    50604 KUALA LUMPUR

    LAMAN WEB: www.moe.edu.my

  • 1

    Isi Kandung

    Isi Kandung 1

    Modul Pembangunan Laman Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

    untuk Persekitaran Maya 2

    Objektif 2

    Pembelajaran Maya 2

    Frog VLE (Virtual Learning Environment) 3

    Model Reka Bentuk Instruksional 5

    (i) Analisis (Analysis) 6

    (ii) Reka bentuk (Design) 7

    (iii) Pembangunan (Development) 7

    (iv) Pelaksanaan (Implementation) 8

    (v) Penilaian (Evaluation) 8

    Smith and Ragan 10

    Organizational Strategy 12

    Delivery Strategy 13

    Management Strategy 13

    Expanded Events of Instruction 14

    Langkah-Langkah Pembinaan Laman PdP 15

    Persekitaran Pembelajaran Maya 15

    Rujukan 39

  • 2

    Modul Pembangunan Laman Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

    untuk Persekitaran Maya

    VLE telah dibangunkan sebagai satu pelantar pembelajaran untuk

    memudahkan guru menyediakan pelajaran bagi murid-murid. Selain

    memberi peluang murid mengikuti pelajaran di rumah ia juga

    merupakan pelantar yang memungkinkan murid-murid

    mengulangkaji pelajaran yang dipelajari di sekolah berulang kali.

    Untuk memungkinkan hasrat KPM (Perkara 6) dicapai, KPM perlu

    memastikan pelantar VLE dioptimumkan dan dimanfaatkan oleh

    guru-guru dan murid-murid.

    Objektif

    Modul ini bertujuan untuk menjelaskan bagaimana model reka

    bentuk instruksional digunakan secara terancang dan bersesuaian

    dalam membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Modul

    ini juga dapat membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti-

    aktiviti PdP menggunakan persekitaran maya

    Pembelajaran Maya

    Pembelajaran Maya merupakan satu kaedah pembelajaran yang

    dihubungkan secara terus dengan internet dan intranet yang

    menggunakan media elektronik sebagai medium pembelajaran.

    Dengan menggunakan kaedah ini murid boleh memperolehi

  • 3

    maklumat dan membantu pembelajaran di dalam dan luar kelas. PdP

    boleh dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah

    dan berkesan.

    Pembelajaran maya bermaksud pembelajaran dilakukan

    secara penghantaran dan akses ke koleksi bahan-bahan

    pengajaran yang berkoordinasikan ke atas media

    elektronik dengan menggunakan web server untuk

    menyebarkan bahan tersebut atau web browser untuk

    mengaksesnya dan Protocol Internet (IP) dan Protokol

    Pemindahan HyperText (HTTP) sebagai perantara

    (pertukaran). (Alan Jolliffe, Jonathan Ritter dan David

    Stevens, 2001)

    Frog VLE (Virtual Learning Environment)

    Frog VLE merupakan platform pembelajaran yang digunakan

    berasaskan cloud yang membolehkan pentadbir, pengurus, guru

    sekolah serta murid menerapkan landasan pengajaran dan

    pembelajaran mereka ke dalam amalan dan persekitaran sekolah.

    Frog VLE boleh dilayari dengan menggunakan browser Google

    Chrome. Frog VLE hanya boleh diakses menggunakan 1Bestari Net

  • 4

    iaitu rangkaian internet yang digunakan oleh Kementerian

    Pendidikan Malaysia.

    Frog VLE dijadikan satu dasar dalam transformasi pendidikan negara

    dan memudahkan guru-guru membina laman bagi tujuan pengajaran

    dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

    VLE boleh digunakan sebagai landasan persekitaran pembelajaran

    yang direka bentuk sebagai sumber pembelajaran kendiri.

    Penglibatan sekolah secara maksimum akan dapat meningkatkan

    pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran pembelajaran

    yang selamat.

  • 5

    MODEL REKA BENTUK INSTRUKSIONAL

    Reka bentuk pengajaran adalah sains untuk mencipta amalan

    pengajaran yang terperinci untuk pembangunan, penilaian dan

    penyelenggaraan persekitaran pembelajaran yang memudahkan PdP

    sesuatu unit pelajaran berlaku (Richey,1986).

    Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru

    tidak dapat mencapai keberkesanan dalam pengajaran. Terdapat

    banyak model reka bentuk instruksional yang boleh menjadi

    panduan menghasilkan proses atau bahan PdP yang merangkumi

    perkara asas berikut:

    a) Menentukan keperluan murid

    b) Menentukan matlamat dan objektif

    c) Membina prosedur penilaian

    d) Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

    e) Mencuba sistem pengajaran

    f) Menilai keseluruhan sistem

    Tujuan utama reka bentuk instruksional adalah untuk menghasilkan

    PdP yang berkesan bagi membolehkan murid memperoleh

    kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari

    oleh murid. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap

    mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat murid,

  • 6

    sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana guru dapat

    melaksanakan PdP dengan lancar, menarik dan sistematik.

    Terdapat banyak model-model reka bentuk instruksional yang diguna

    pakai untuk menghasilkan bahan PdP yang berkesan. Model ADDIE

    (Dick & Carey, 1978) contohnya adalah antara model reka bentuk

    instruksional yang paling banyak diguna pakai dalam pembangunan

    bahan PdP.

    Model ADDIE mempunyai lima komponen utama iaitu:

    (1) Analisis,

    (2) Reka bentuk,

    (3) Pembangunan,

    (4) Implimentasi,

    (5) Penilaian.

    Analisis (Analysis)

    Analisis atau Analysis bertujuan untuk mengenal pasti objektif

    sesuatu perisian kursus diperkenalkan. Kenapa reka bentuk

    instruksional ini diperlukan? Apakah ilmu-ilmu yang perlu ada kepada

    murid sebelum perisian kursus itu boleh digunakan? Juga melihat

    kesesuaian kandungan perisian kursus kepada murid dan adakah ia

    sesuai untuk kegunaan individu atau kumpulan? Perlu difikirkan juga

  • 7

    logistik sesuatu perisian kursus yang dihasilkan, adakah ia boleh

    diakses di internet atau pun disebarkan melalui CD dan DVD?

    Reka bentuk (Design)

    Reka bentuk atau Design pula bermaksud menentukan dan mereka

    kaedah instruksional yang akan digunakan. Contohnya perisian

    kursus tersebut mungkin akan menggunakan kaedah pembelajaran

    koperatif, penerokaan, penyelesaian masalah, permainan, simulasi,

    perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau

    secara pembentangan. Alat yang digunakan juga perlu ditentukan,

    seperti sama ada menggunakan audio, video, komputer, internet dan

    sebagainya.

    Pembangunan (Development)

    Pembangunan atau Development ialah proses menghasilkan perisian

    kursus yang telah direka bentuk. Seperti membina dahulu papan

    cerita, kemudian membentuk grafik yang diperlukan, menentukan

    pula bahasa pengaturcaraan, membuat ujian perisian kursus yang

    dihasilkan dan menyebarkan bahan tersebut.

  • 8

    Pelaksanaan (Implementation)

    Implemention atau pelaksanaan berperanan untuk membuat ujian

    rintis terhadap perisian kursus yang telah dihasilkan. Misalnya

    beberapa sampel atau murid telah dipilih bagi menggunakan perisian

    kursus tersebut.

    Penilaian (Evaluation)

    Penilaian atau Evaluation pula mempunyai dua jenis penilaian utama

    iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif

    bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki tahap

    keberkesanan bahan instruksional yang telah direka. Contohnya

    meningkatkan mutu perisian kursus selepas ujian rintis . Manakala

    penilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan

    instruksional yang telah dihasilkan. Misalnya satu kajian dibuat untuk

    menilai berapa peratus objektif yang tercapai setelah proses

    penggunaan perisian kursus tersebut selesai digunakan.

    Walau bagaimanapun, modul ini akan menggunakan model

    reka bentuk instruksional Smith & Ragan (2005) yang mana tiga

    aktiviti utama iaitu analisa, strategi dan penilaian telah dibina

    berdasarkan model-model reka bentuk instruksional yang lain.

    Perbezaan utama antara model ini dan model-model yang lain

  • 9

    adalah penekanan yang teliti dalam aspek strategi instruksionalnya.

    Ketelitian ini tidak banyak terdapat dalam model-model reka bentuk

    instruksional yang lain (Gustafan & Branch, 2002). Berikut adalah

    gambaran visual Model Smith dan Ragan (Smith & Ragan, 2005,

    p.10).

  • 10

  • 11

    Berdasarkan diagram di atas, walaupun proses reka bentuk ini

    kelihatan linear, Smith dan Ragan menekankan bahawa aktiviti

    berkaitan dengan pembangunan instruksional selalunya berlaku

    serentak. Langkah-langkah dalam setiap fasa adalah saling

    bergabung jalin yang mana sebarang perubahan dalam satu langkah

    memerlukan pereka instruksional membuat perubahan pada

    langkah-langkah yang lain.

    Model Smith dan Ragan mempunyai tiga aspek penting iaitu,

    Analisa, Strategi, dan Penilaian. Ketiga-tiga aspek ini sangat penting

    dalam menghasilkan bahan PdP tetapi, modul ini hanya fokus kepada

    aspek Strategi Instruksional sahaja kerana aspek ini dirasakan rumit

    untuk dilaksanakan. Walau bagaimana pun, ini tidak bermakna aspek

    Analisa dan Penilaian itu tidak perlu dilakukan dalam proses

    membangunkan bahan PdP. Aspek Analisa perlu dibuat sebelum

    memulakan proses reka bentuk bahan kerana maklumat itu dapat

    membantu pereka instruksional untuk menghasilkan bahan PdP yang

    menepati kehendak pengguna. Begitu juga aspek Penilaian dimana

    aktiviti ini dapat membantu pereka instruksional mengenal pasti

    kekuatan dan kelemahan sesuatu bahan PdP yang dibangunkan.

    Smith dan Ragan memberi penghargaan kepada Reigeluth

    (1983) dalam menghuraikan Strategi Instruksional yang

    mengandungi tiga ciri berikut:

  • 12

    Organizational Strategy

    Delivery Strategy Management Strategy

    How will the instruction be sequenced

    What Instructional medium will be used

    How will learners be grouped

    Scheduling and allocation of resources

    Strategi-strategi di atas boleh dirancang di tahap subjek

    (makro) atau di tahap lesson (mikro). Berikut adalah penerangan

    ringkas berkaitan strategi instruksional di tahap mikro.

    Organizational Strategies

    Setiap individu belajar secara operasi mental, satu proses yang

    dikenali sebagai persepsi terpilih. Organizational Strategies harus

    menjawab tiga soalan berikut:

    1) Apakah isi kandung yang diperlukan?

    2) Bagaimanakah cara isi kandung itu perlu dipersembahkan?

    3) Bagaimanakah cara isi kandung itu harus dicerakinkan?

  • 13

    Delivery Strategies

    Delivery Strategies mengandungi strategi pengajaran (instructional

    strategies) seperti berikut:

    Generalsequenceofinstructionaldelivery

    Introduction Deployattention/arouseinterestandmotivation

    Establishinstructionalpurpose Previewthelesson

    Body Recallpriorknowledge Processinformationandexamples Focusattention Employlearningstrategies Practice Evaluatefeedback Employlearningstrategies

    Closure Summarizeandreview TransferKnowledge Remotivateandclose Assessmentofconceptlearning Evaluatefeedbackandseek

    remediation

    Management Strategies

    Strategi ini melibatkan urusan penjadualan bahan PdP yang

    dibangunkan dan agihan peruntukan untuk sumber-sumber yang

    diperlukan dalam pembangunan bahan PdP. Walau bagaimanapun,

    elemen ini dilakukan setelah bahan selesai dibangunkan.

  • 14

  • 15

    BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

    LANGKAH- LANGKAH PEMBINAAN LAMAN PdP

    Persekitaran Pembelajaran Maya

  • 16

    Masukan domain sekolah di ruangan url.

    Contoh : https://btp004.1bestarinet.net/app/login

  • 17

    Masukan ID pengguna dan kata laluan

    Log masuk

  • 18

    1. Laman di atas adalah laman peribadi anda (Dashboard peribadi).

    2. Untuk membina laman baru atau New site , anda perlu klik ikon Quick Launch

  • 19

    1. Apabila anda mengklik ikon Quick Launch maka tetingkap seperti di atas (dalam kotak

    merah) akan dipaparkan:

    Di dalam ikon Menu Quick Launch terdapat ikon Assignments , ikon Department Sites , ikon

    The Pond , ikon E-Mail, ikon Calendar , ikon Lesson Resources, ikon School Documents , ikon

    Resource Manager, ikon Booking Calendar , ikon Frogstore , ikon My Documents , ikon My

    Dashboard, ikon Community , ikon Forums , ikon Sites , ikon. School Dashboard.

    2. Klik ikon Site untuk membina laman baru

  • 20

    1. Apabila anda mengklik ikon site maka tetingkap seperti di atas akan dipaparkan

    2. Kemudian klik pula ikon New Site

  • 21

    1. Tetingkap ikon New Site memerlukan anda menaip Nama Laman baru (Give your site a

    name:) anda dan juga memerlukan anda memasukkan sedikit penerangan tentang laman

    anda (Write a brief description of your site:).

    (Sila lihat contoh di atas)

  • 22

    1. Tetingkap seterusnya terpapar Nama BAHASA MALAYSIA dan untuk memilih Tema Reka

    bentuk laman anda ,klik mana-mana tema/theme yang dikehendaki .

    2. Kemudian pilih mana-mana ikon Imej di bawah dan klik butang Next.

  • 23

    1. Laman baru BAHASA MALAYSIA telah berjaya dihasil & dipaparkan.

    2. Untuk menamakan (rename) tab, klik butang

  • 24

    1. Untuk menambah tab/page kandungan laman tersebut, klik ikon di sebelah kiri

    tetingkap laman tersebut.

  • 25

    1. Tambah tab/ page mengikut reka bentuk ID yang dikenal pasti:

    (rujuk model pembelajaran Smith & Ragan).

    Contoh:

    Pengenalan Kandungan Rumusan Penilaian

  • 26

    Contoh kerangka laman yang dihasilkan merujuk model pembelajaran Smith & Ragan.

  • 27

    1. Klik butang widget untuk memilih media yang sesuai .

    2. Klik dan seretkan butang Scorm ke dalam laman (seperti dipaparkan) sehingga bar berwarna

    biru terpapar.

  • 28

    1. Kedudukan icon SCORM selepas berjaya dimasukkan ke dalam laman.

    2. Kemudian double click ikon SCORM tersebut untuk mencari tajuk pilihan menerusi Search SCORM

    files.

  • 29

    1. Save dan klik icon keluar.

    2. Kemudian kongsikan (share) laman PdP yang dibina untuk tujuan validasi.

  • 30

    1. Klik

    2. Paparan di bawah akan kelihatan. Klik

    3. Isikan butiran di bawah. Klik Next.

  • 31

    4. Pilih pilihan anda untuk berkongsi laman dan klik

  • 32

    Proses sharing sites dalam site Bengkel Peluasan Pembangunan Laman PdP VLE 2013

  • 33

  • 34

  • 35

    Proses menghantar laman PdP ke MoE repository.

    Klik pada , pilih

    Lihat dalam ruangan My Sites

  • 36

    Pilih dan klik pada laman yang hendak dihantar ke MoE Repository

    Klik pada setting dan pilih Send to MoE repository

  • 37

    Paparan seperti di atas akan kelihatan. Setelah semakan tags dibuat klik pada

    dan laman tersebut akan terus dihantar ke MoE repository untuk divalidasi oleh KPM

    sebelum dihantar terus ke frogstore.

  • 38

    Proses penghantaran Laman PdP

    Bina laman baru untuk tujuan PdP

    Menggunakan widget yang sesuai untuk bahan PdP dalam VLE

    Berkongsi laman PdP kepada murid di dalam kelas atau kepada guru yang lain di dalam

    sekolah yang sama

    Laman PdP yang hendak dikongsi bersama guru-guru lain seluruh Malaysia di dalam

    Frogstore hendaklah dihantar ke MoE repository

    Proses validasi laman PdP oleh KPM

    Laman PdP berada di Frogstore

  • 39

    RUJUKAN

    Frog Asia

    www.frogasia.com

    Sekolah Maya KPM

    https://sekolahmayakpm.1bestarinet.net

  • 40

    Lampiran 1

    Perkara yang perlu diambilkira semasa membina laman PdP

    Bahan yang dimuat naik perlu berkaitan dengan P&P Dibenarkan ke atas bahan yang sah dan tertakluk dibawah akta hak cipta Keselamatan

    Isu sensitif Perkauman Agama Politik

    Kelulusan bergantung kepada tapisan, jika lulus akan dipaparkan, jika tidak lulus, tidak akan dipaparkan (tamat)

    Sekiranya aduan diterima, bahan yang dipaparkan akan ditapis semula.