buletin kkhs ogos 2014
DESCRIPTION
Edisi 1 - 31 Ogos 2014TRANSCRIPT
-
Ms 16 Edisi 1 - 31 Ogos 2014
Oleh: Hafiz Bin A. Rahman, Mohd Hanaffi Bin A. Rahman, Haslinda Binti Abd
Hamid
Langkawi - KKHS telah menyertai pertandingan Tourism Skills Competiton 2014
yang dijalankan di Langkawi Tourism Academy (LTA) pada 22 Ogos yang lalu. KKHS
telah menghantar 4 orang pelajar pada pertandingan ini dan menjadi Juara Kese-
luruhan. KKHS telah memenangi hampir keseluruhan kategori yang dipertandingkan
iaitu Juara Rope Skills Challenge, Juara Commentary Challenge, Juara Orientering
Challenge dan Naib Juara Survivor Skills Challenge. Syabas dan Tahniah diucapkan.
KKHS Hebat!!!
Tourism Skills Competition 2014
Diterbitkan oleh: Unit Multimedia & Sumber (UMS) Kolej Komuniti Hulu Selangor, No 43-57 jalan Kelah 2, Taman Perniagaan Kelah, 44300 Batang Kali, Selangor Tel: 03-60571717 Faks: 03-60571718 Email: www.kkhse.edu.my
K O L E J K O M U N I T I H U L U S E L A N G O R , K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A
Bil. 8
Edisi 1 - 31 Ogos 2014
BULETIN OGOS 2014
Menarik didalam:
Taklimat Konvokesyen Komemoratif 2014
Oleh: Sharifah Nozi Binti Syed Hamid
Batang Kali - Taklimat konvokesyen komemoratif
2014 telah diadakan pada 7 Ogos yang lalu. Taklimat
ini bertujuan untuk menerangkan tugas dan fungsi
AJK Protokol. Program ini akan diadakan di MAEPS,
Serdang pada 18-21 September 2014 nanti.
Ms 14
Mesyuarat Bersama Saiful Nang Academy Professional (SNAP)
Ms 2
Majlis Penutup Program Oasis 3R & My ESQ 2014
Oasis 3R & My ESQ 2014 Ms 13
Lebaran Qaseh Kolej Komuniti 2014
Ms 3
Perasmian Program Merdeka Raya 2014
Ms 5
Handprint Mural Ms 4
Lawatan Delegasi ASEM Ms 8
Majlis Penutup Program Merdeka Raya 2014
Ms 6
Merdeka Raya KKSY Ms 10
My CC Skills Ms 11
IKRAR 2014 Ms 12
Tourism Skills Competition 2014
Ms 16
-
Ms 2 Edisi 1 - 31 Ogos 2014
Mesyuarat Bersama Saiful Nang Academy Professional
Oleh: Sarinah Binti Malek
Batang Kali - Pada 8 Ogos yang lalu telah diadakan satu mesyuarat bersama Saiful
Nang Academy Professional (SNAP). Majlis ini bertujuan untuk mengadakan ko-
laborasi di antara KKHS dan SNAP melalui kaedah transfer of knowledge and tech-
nology, selain untuk mengadakan kursus teknik-teknik penggunaan kamera digital
dan mengaplikasi operasi kamera digital serta menghasilkan gambar dan video
yang menarik berdasarkan modul SPL 1034 Interpretasi Pelancongan.
Edisi 1 - 31 Ogos 2014 Ms 15
-
Ms 14 Edisi 1 - 31 Ogos 2014
Majlis Penutup Program Oasis 3R & My ESQ 2014
Oleh: Zarina Binti Hamzah
Ulu Yam Baru - Program ini telah diadakan pada 29 Ogos lepas di Pusat Latihan
Asnaf Zakat Selangor. Ianya telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan
Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Dato Amir Bin Md Noor. Program ini turut dime-
riahkan dengan kehadiran semua Pengarah Kolej Komuniti Wilayah Johor. Dato
Amir telah menyempurnakan gimik
perasmian di atas kolaj gergasi yang
dihasilkan oleh peserta program yang
bertemakan kemerdekaan.
Edisi 1 - 31 Ogos 2014 Ms 3
Oleh: Noorulhuda Binti Md Tolah
Kepala Batas - Program Lebaran Qaseh Kolej Komuniti 2014 telah diadakan di Kolej
Komuniti Kepala Batas pada 9 Ogos yang lalu. KKHS telah menghantar seramai 5
orang pensyarah untuk mengadakan pameran bersama-sama dengan Kolej Komuniti
Wilayah Selangor yang lain. Majlis ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim
sempena Hari Raya Aidilfitri serta pameran Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Majlis
telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan 2, Dato Seri Idris Bin Jusoh.
Lebaran Qaseh Kolej Komuniti 2014
-
Ms 4 Edisi 1 - 31 Ogos 2014
Handprint Mural
Oleh: Siti Khadijah Binti Othman, Mazniza Binti Sulaiman.
Batang Kali - Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada program Merdeka
Raya KKHS 2014. Ia diadakan sempena mengingati peristiwa yang menimpa
mangsa pesawat MH 370 dan MH 17. Penglibatan semua pelajar dan kakitangan
KKHS untuk merealisasikan perkara ini telah membuktikan kesatuan rakyat Ma-
laysia apabila negara dilanda musibah. Semua pelajar dan kakitangan KKHS men-
gecop tapak tangan dengan warna yang disediakan mengikut kreativiti masing-
masing pada dinding yang disediakan.
Edisi 1 - 31 Ogos 2014 Ms 13
Oasis 3R & My ESQ 2014
Oleh: Zarina Binti Hamzah
Ulu Yam Baru - Program ini telah dilaksanakan pada 27-29 Ogos 2014. Program ini
merupakan program di peringkat kebangsaan anjuran JPKK dan dikelolakan oleh
Unit Psikologi dan Kerjaya KKHS, Selangor. Objektif program adalah untuk me-
lahirkan pelajar cemerlang dalam akademik dan sahsiah diri. Seramai 80 orang pela-
jar kolej komunti dari seluruh Malaysia telah terlibat dalam program ini. Ia juga ber-
langsung serentak dengan program My ESQ dan Oasis 3R di bawah kelolaan Kolej
Komunti Ledang, Johor.
-
Ms 12 Edisi 1 - 31 Ogos 2014
IKRAR 2014
Oleh: Dayang Noor Asmara Binti Abang Othman
Sabak Bernam - KKHS telah menghantar seramai 11 orang pelajar dan 6 pen-
syarah pengiring ke program Pertandingan Inovasi & Rekacipta Pelajar (IkRAR)
2014 yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) pada 26-27
yang lepas. KKHS telah memenangi 3 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa. Pingat
Perak di rangkul oleh pelajar SKS melalui 3 projek manakala 2 pingat Gangsa
diperolehi oleh pelajar SPL melalui 2 projek. Tahniah dan syabas. KKHS He-
bat!!!!
Edisi 1 - 31 Ogos 2014 Ms 5
Perasmian Program Merdeka Raya 2014
Oleh: Siti Khadijah Binti Othman
Batang Kali - Program ini dianjurkan pada 20 Ogos yang lalu. Program ini diadakan
sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun
2014. Terdapat banyak pengisian acara yang dirangka bagi memupuk semangat
kerjasama, kesatuan dan cintakan Negara di kalangan para pelajar dan kakitangan
KKHS.
-
Ms 6 Edisi 1 - 31 Ogos 2014
Majlis Penutup Program Merdeka Raya 2014 Oleh: Siti Khadijah Binti Othman, Aishah Binti Hussin, Maliah Binti Rohaizat
Batang Kali - Majlis ini merupakan kemuncak kepada program Merdeka Raya 2014
yang telah dirasmikan oleh Pengarah KKHS, Encik M. Azmi Bin Haji Ruzali. Semangat
kerjasama dan suasana meriah dapat dilihat di dalam majlis ini melalui beberapa
acara seperti bacaan sajak kemerdekaan, persembahan lagu patriotik dan hari raya
dari kakitangan dan pelajar serta penyampaian watikah pelantikan Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar (JPP).
Edisi 1 - 31 Ogos 2014 Ms 11
My CC Skills 2014 Oleh: Ahmad Tarmizi Bin Md Nor
Masjid Tanah - KKHS telah menghantar seramai 2 orang pelajar SKS untuk pertand-
ingan My CC Skills 2014 yang diadakan pada 28 Ogos lepas di Kolej Komunti Masjid
Tanah, Melaka. Pelajar tersebut bertanding di dalam kategori IT Network System
Administration. Pelajar yang berjaya akan mewakili Kolej Komunti di dalam pertand-
ingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2015 yang dijangka akan diadakan pada
bulan November nanti.
-
Ms 10 Edisi 1 - 31 Ogos 2014
Merdeka Raya KKSY Oleh: Siti Khadijah Binti Othman, Maliah Binti Rohaizat
Selayang - Program Semarak Merdeka KK Wilayah Selangor diadakan pada setiap
tahun. Bagi tahun 2014, program sambutan ini telah diadakan di KK Selayang pada 26
Ogos yang lalu. Program ini mendapat kerjasama penuh dari semua warga KK Selan-
gor. Beberapa aktiviti telah diadakan seperti pertandingan memasak, fotografi,
treasure hunt dan sebagainya. Program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat
cintakan Negara di kalangan rakyat Malaysia secara amnya dan pelajar KK Wilayah
Selangor khususnya.
Edisi 1 - 31 Ogos 2014 Ms 7
-
Ms 8 Edisi 1 - 31 Ogos 2014
Lawatan Delegasi ASEM Oleh: Nurul Wahidah Binti Wahid Anuar, Rosni Binti Hamat, Haslinda Binti Abd
Hamid
Selayang - KKHS telah menghantar 4 orang pensyarah yang bertugas sebagai pega-
wai pengiring ke program Lawatan Deligasi ASEM ke Kolej Komuniti Selayang
sempena sambutan Merdeka Raya 2014 dan seterusnya ke Open Universiti Malaysia
(OUM), Kuala Lumpur untuk mengenali dengan lebih dekat konsep Life Long Learn-
ing di peringkat institusi pengajian tinggi di Malaysia. Pelajar KKHS telah menunjuk-
kan cara-cara menganyam ketupat kepada deligasi ASEM tersebut. Syabas diucap-
kan!!!
Edisi 1 - 31 Ogos 2014 Ms 9