buletin - polinilai.edu.my · majlis perhimpunan bulanan diperindah jambangan orkid 18 april 2014...
TRANSCRIPT
BULETIN JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO - INDUSTRI
EDISI APRIL-JUN 2014
30 Jun 2014— Sedari pertenga-
han Mei hingga penghujung
Jun, Program Latihan Reka-
bentuk dan Implementasi
Landskap telah dilaksanakan
demi menyertai Pertandingan
FLORIA Putrajaya yang ber-
langsung pada 14-22 Jun 2014.
Secara tidak langsung, pro-
gram ini telah memberi
pendedahan kepada pelajar
Diploma Hortikultur Landskap
semester 4 dan 5 dalam bi-
dang rekabentuk, pembinaan
dan pengurusan projek
landskap. Dengan sokongan
Pengarah, bimbingan dan
pensyarah berpengalaman
dari Jabatan Agroteknologi
dan Bio-industri, Jabatan Keju-
ruteraan Mekanikal dan pen-
syarah jemputan dari Kolej
Komuniti Lahad Datu kerja
keras tanpa jemu pelajar-
pelajar seramai 11 orang serta
doa dari seluruh warga
Politeknik Nilai, dengan izin-
Nya Politeknik Nilai berjaya
merangkul pingat Gangsa
bagi kategori Starlight Award,
University Garden Competition
dengan menggunakan kon-
sep The Hidden Value. Semo-
ga kejayaan di peringkal na-
sional ini akan dapat dipert-
ingkat lagi pada masa akan
datang.
KEGEMBIRAAN RAIH GANGSA DI FLORIA, KEJAYAAN BERSAMA!
Para pelajar dengan sokongan Pengarah PNS dan bimbingan pensyarah bertungkus-lumus membuat
persediaan ke FLORIA
Para pelajar dan pensyarah di tapak FLORIA
IFLA 2014 ASIA PACIFIC INTERNATIONAL STUDENT CHARRETTE
(MY SARAWAK EXPERIENCE)
27 April 2014 – Seramai lima orang pelajar Diploma Hortikultur Landskap
telah menyertai IFLA 2014 yang diadakan di Sarawak Cultural Village,
Sarawak. Program ini menghimpunkan para pelajar landskap dan indus-
tri dari bidang yang sama seperti Institut Landskap Arkitek Malaysia
(ILAM), UPM, UTM, UiTM dan Politeknik Nilai Negeri Sembilan sendiri. Anta-
ra aktiviti yang diadakan adalah Berambih D Sarawak, Penerokaan Hu-
tan Hujan Borneo /Gunung Santubong /Penan Trail dan aktiviti Let’s Do It
serta persembahan kebudayaan. Pelajar Diploma Hortikultur Landskap-
Politeknik Nilai telah berjaya merangkul tempat Johan, Naib Johan dan
Anugerah Pilihan Juri dalam Student Charrette Design Competition .
Para pelajar bersama-sama sijil kemenangan.
PELAJAR DIPLOMA BIOTEKNOLOGI TERUJA DI FRIM
25 Jun 2014 – Satu lawatan sambil belajar ke Institut Penyelidikan dan
Perhutanan Malaysia (FRIM) telah disertai oleh para pelajar Diploma Bio-
teknologi dan Bio-industri semester 2 dan 3. Para pelajar telah didedahkan
dengan pelbagai kajian saintifik Bioteknologi yang berfokuskan bidang
perhutanan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah lawatan ke Makmal
Genetik. Para pelajar telah diberikan taklimat tentang kajian aplikasi mole-
kular seperti microsatellite isolation, DNA profiling & barcoding dan keju-
ruteraan genetik. Selain itu, para pelajar juga diberikan peluang untuk
melihat sendiri persediaan kultur tisu pohon jati, gaharu dan tongkat ali di
Makmal Kultur Tisu. Pengakhirannya adalah Educational Trip yang dikelolai
oleh Forest Guide. Aktiviti ini mendedahkan pelajar akan alam semulajadi
yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti dan boleh dimanipulasikan
di dalam kajian saintifik.
Antara aktiviti yang dilaksanakan di FRIM Kepong
LAWATAN PENANDA ARASAN KE NAS AGRO FARM, SEPANG
27 Jun 2014 – Satu lawatan penanda arasan ke Nas Agro Farm, Sepang
telah diadakan. Lawatan ini disertai oleh 7 orang staf dari Jabatan
Agroteknologi dan Bio-industri serta dari Unit Pembangunan dan Penye-
lenggaraan. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sendiri pengendalian
rumah cendawan dan teknik pengkulturan atau pembenihan yang
digunakan oleh Nas Agro Farm. Projek Penanaman Cendawan ini di-
jangka akan dilaksanakan oleh Unit Bioteknologi dengan kerjasama Unit
Hortikultur Landskap serta Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan men-
jelang Julai ini.
Lawatan sekitar Rumah Cendawan, ruang penyediaan media dan makmal.
SELAMAT DATANG WARGA JAB YANG BAHARU!
1 Jun 2014 – Pada bulan April dan Jun, Jabatan Agroteknologi dan Bio-
industri telah menerima ‘ahli keluarga’ baharu seramai 10 orang. Semoga
dengan pertambahan staf di JAB akan dapat meningkatkan lagi produk-
tiviti serta melancarkan proses pembelajaran dan pembelajaran (PdP).
KETUA JABATAN (JAB)
EN. MD MARZUKEE BIN YUSOF (DH 48)
PENSYARAH KANAN
PN. KALSOM BINTI SAILAN (DH 52)
PENSYARAH KANAN
HJH. MEGAWATI BINTI MOHD YASSIN (DH 52)
PENSYARAH
PN. NURULAZILA BINTI OMOR (DH 44)
PENSYARAH
PN. FAUZIAH SHAHEEN BINTISHEH RAHMAN
(DH 41)
PENSYARAH
PN. FAIROZ BINTI YAAKOB BT (DH 44)
PENSYARAH
PN. AZILAH BT ANUAR (DH 44)
PENSYARAH
EN. MUHD ARIF NUBLI BIN SHAFIE (DH 41)
PENSYARAH
PN. NABILAH ZARIFAH BINTI ZULKEPLI
PENSYARAH
EN. FADHLI TARIQ BIN ISHAK (DH 41)
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DIPERINDAH JAMBANGAN ORKID
18 April 2014 – Pada bulan April yang lalu, Majlis Perhimpunan Bulanan
buat kali pertama bagi tahun 2014 telah dianjurkan oleh Jabatan Agrote-
knologi dan Bio-industri. Majlis yang diperindah dengan jambangan orkid
segar ini turut mengadakan satu slot penghargaan kepada staf yang
akan bertukar. Bak kata pepatah Patah Tumbuh Hilang Berganti, Politeknik
Nilai turut meraikan staf-staf Politeknik Nilai yang baharu melapor diri.
Antara momen-momen indah yang terakam.
JAMUAN POT-LUCK SERLAHKAN BAKAT MEMASAK STAF JAB
18 Jun 2014 – Majlis pot-luck yang menjadi program bulanan di JAB telah
diadakan. Semua staf JAB telah membawa hasil air tangan masing-
masing yang lazat dan pelbagai. Program santai ini menjadi salah satu
program yang dapat mengeratkan ukhuwah antara staf di JAB.
Staf –staf di JAB sedang menjamu selera.