buletin siri 1/2019...kabinet rendah terbuka meja guru karel berpedestal meja guru berpedestal meja...
TRANSCRIPT
BULETIN SIRI
1/2019 Jan-Jun
PENSIJILAN PRODUK FRIM
2
KENALI FRIM PCS
FRIM PCS adalah satu unit dibawah pejabat Ketua Pengarah FRIM yang ditubuhkan pada
Jun 2013. Penubuhan ini adalah lanjutan daripada isu permasalahan kualiti produk yang
dibekalkan kepada kerajaan bagi kontrak Pusal Sistem Panel terutama yang melibatkan
kerusi meja murid sekolah oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan kementerian Pendidikan
Malaysia(KPM).
3
4
AKTIVITI FRIM PCS
EXPORT FURNITURE EXHIBITION (EFE) 2019
FRIM telah menyertai Export Furniture Exhibition (EFE) 2019 yang ke-15 di Kuala Lumpur Convention
Centre, KLCC pada 9-12 Mac lalu. Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri
Kementerian Industri Utama, YB Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin pada 9 Mac, dan turut
dilawati oleh Menterinya, YB Teresa Kok pada 11 Mac 2019.
Fokus utama FRIM dalam penyertaan pameran tersebut adalah untuk mendedahkan perkhidmatan
pensijilan perabot yang disediakan oleh Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM-PCS) kepada
pengusaha, pedagang dan pengeksport perabot antarabangsa. FRIM turut membentangkan
mengenai perkhidmatan FRIM-PCS yang disampaikan oleh Puan Elia Suhaily Md Yacob pada seminar
EFE Industry yang berlangsung pada 11 Mac
dan dihadiri seramai 30 pengunjung.
Turut menyertai FRIM di dalam pameran ini ialah dua
jenama tempatan yang bersetuju untuk
mempersijilkan perabot eksport mereka, iaitu
Ramaco dari Ramaco Bena dan LINEA by NOKTA
(gabungan tiga syarikat pembuat iaitu NSF
Manufacturing, One Tech dan Furnitech.
Pengalaman kedua-dua
jenama di dalam pasaran
eksport diambil kira dalam
penyertaan ini. Turut
dipamerkan ialah pembangunan rekabentuk yang
menepati standard yang dibangunkan oleh Unit
Rekabentuk di bawah Program Pemerkasaaan Pensijilan
Produk.
Perkhidmatan FRIM-PCS mendapat sambutan yang baik
daripada pengusaha perabot antarabangsa, dan juga
pedagang antarabangsa yang mahukan produk
perabot mereka dipersijilkan. Pensijilan ini mampu meningkatkan keyakinan pedagang dan pengguna
dengan penghasilan produk berkualiti melalui pembuatan yang baik dan pengujian produk mengikut
keperluan standard.
5
BENGKEL PENYEDIAAN KEPERLUAN SPESIFIKASI SISTEM E-PENSIJILAN
Sesi perbincangan Bengkel Penyediaan Keperluan Spesifikasi Sistem E-Pensijilan FRIM PCS telah
diadakan di Bilik Calamus, Bangunan Auditorium pada 26 Mac 2019. Perbincangan dipengerusikan
oleh YBhg. Datin Salamah Selamat. Bengkel ini diadakan untuk mengenalpasti keperluan spesifikasi
sistem e-pensijilan FRIM PCS yang dibangunkan oleh Primus Core Sdn. Bhd.
Primus Core Sdn Bhd diketuai oleh Encik Muhamad Syauqi Jamil. Personel yang terlibat ialah FRIM PCS,
Cawangan ICT dan Cawangan Kewangan. Tujuan pelaksanaan e-pensijilan ini adalah bagi
membantu mempercepatkan proses permohonan pensijilan sehingga ke proses pengeluaran sijil.
Jangkaan projek ini akan disiapkan adalah apada September 2019.
6
TAKLIMAT KEPERLUAN DANA PUSINGAN (SOFT LOAN) DAN SKIM PENSIJILAN PERABOT
PEROLEHAN KERAJAAN
FRIM telah menganjurkan “Taklimat Keperluan Dana Pusingan (Soft Loan) dan Skim Pensijilan Perolehan
Perabot Kerajaan” di Auditorium FRIM pada 19 April 2019. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan
kepada Pengusaha Perabot tentang keperluan dan sokongan Pengusaha Perabot bagi mendapatkan
Dana Pusingan (Soft Loan) serta proses dan prosedur berkaitan pensijilan mengikut kumpulan produk.
Objectif taklimat ini adalah sebagai pendedahan kepada Pengusaha Perabot bagi keperluan dana
pusingan dan aplikasi untuk syarikat bumiputera dan pendedahan kepada Pengusaha Perabot
tentang Skim Pensijilan Produk Perolehan Perabot Kerajaan (SPPPK) Untuk memastikan kualiti semua
produk yang dikeluarkan oleh kilang mencapai standard kualiti yang ditetapkan dan pada yg sama
dapat membuat pengesahan ke atas sesuatu syarikat sebagai pembuat perabot yg tulin berdasarkan
segmen bahan yg dinyatakan dlm sijil, serta mempunyai tahap keupayaan dlm menghasilkan produk
perabot yang dipersijilkan.
Taklimat ini dirasmikan oleh Dr Khalil Aziz
Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah
(Operasi). Pembentangan disampaikan
oleh En Hashim W Samsi dan YBhg. Datin
Salamah Selamat (Pengarah Urusan FRIM
PCS). Taklimat ini dihadiri seramai 115
peserta yang terdiri daripada wakil MTIB,
wakil persatuan daripada Persatuan
Pengusaha Industri Perabot Bumiputera
Malaysia (PETRA), Persatuan Usahawan
Perabot Bumiputera Kebangsaan Malaysia
(PUPUK), Persatuan Perabot Makmal Sains
(PEMASA) dan Persatuan Kayu-Kayan &
Perabot Bumiputera(PEKA) serta
Pengusaha-Pengusaha Perabot.
Ucapan alu-aluan daripada Timbalan Ketua
Pengarah (Operasi), Dr Khali Aziz Bin Hamzah Sesi Soal jawab bersama pengusaha perabot
Sesi bergambar bersama Pengusaha Perabot
7
AKTIVITI PENSIJILAN PRODUK
Pensijilan Produk
Sehingga Jun 2019, FRIM PCS telah menerima sebanyak 39 permohonan baharu daripada syarikat
perabot tempatan bagi pelbagai jenis perabot. Lanjutan itu, sebanyak tiga puluh enam (36) audit
semakan dokumen telah dilaksanakan bagi dokumen yang telah lengkap dan lima puluh (50) audit
penilaian juga telah dilaksanakan. Selain itu, pelaksanaan audit extension of scope dari Jan hingga Jun
2019 sebanyak 7 syarikat sedia ada iaitu Puncak bumi Sdn Bhd, Ruff n Tuff Sdn Bhd, MS Zabki Sdn Bhd,
KUS Industries Sdn Bhd, Homestead Sdn Bhd, Metro Sdn Bhd dan Malpro Sdn Bhd.
Hasil daripada audit penilaian yang telah dilaksanakan sehingga Jun 2019, sebanyak 54 syarikat telah
diluluskan dan dianugerahkan pensijilan produk dengan 142 sijil produk dan 46 jenis produk oleh
Jawatankuasa Panel Pensijilan.
Syarikat Yang Telah Dipersijilkan di Seluruh semenanjung Malaysia
3 syarikat 3 syarikat
3 syarikat
2 syarikat
3 syarikat
4 syarikat
2 syarikat
6 syarikat
23 syarikat
5 syarikat
8
ANTARA PRODUK YANG DIPERSIJILKAN FRIM PCS
Produk Kayu
Produk Logam
Kabinet Rendah Terbuka
Meja Guru Karel
Berpedestal
Meja Guru
Berpedestal
Meja Murid Meja Utama
Rak Fail Kerusi Murid
Gerobok
Kabinet Besi 6 Bays Kabinet Besi Keselamatan Almari Keselamatan
Rak Pigeon Hole
9
Produk Plastik
Produk Fabrik
Rak Buku Bersisi 2
Tanpa Panel Tepi
Rak Tertutup Rak Terbuka
Kerusi Plastik Tanpa
Tangan
Kerusi Plastik
Dengan Tangan
Kerusi Tabika
Kerusi Berangkai 3 Banquet Besi Kerusi Bertangkas Kerusi Jurulukis
Rak Pigeon Hole
10
Audit Syarikat
Berikut merupakan antara gambar-gambar aktiviti pelaksanaan audit kilang yang giat
dilakukan bagi memenuhi pelaksanaan Pekeliling Perbendaharaan PK 2.1 yang menjadikan
FRIM sebagai regulator kepada perolehan kerajaan bagi perabot-perabot pasang siap
melibatkan 87 syarikat Bumiputera yang mendapat kontrak panel berpusat daripada
Kementerian Kewangan Malaysia(MOF). Pihak FRIM perlu mempersijilkan ke semua produk
perabot daripada syarikat-syarikat tersebut sebelum 30 Jun 2019.
Aktiviti Pelaksanaan Audit Dokumentasi
Aktiviti Pemeriksaan QC Produk
11
Website FRIM PCS
Laman web FRIM-PCS telah dilancarkan pada 13 April 2018 bertujuan untuk menyampaikan maklumat
berkaitan FRIM-PCS sebagai badan pensijilan produk kepada pengguna dan orang awam. Di sini
pengguna boleh mendapatkan maklumat berkenaan pensijilan produk serta mengetahui aktiviti-
aktiviti yang dijalankan dan berita-berita semasa berkenaan FRIM-PCS. Pengguna juga boleh memuat
naik borang permohonan dan garis panduan berkenaan pensijilan serta brosur perkhidmatan dalam
tiga jenis bahasa di laman web FRIM-PCS. Untuk informasi yang lebih lanjut pengguna boleh melayari
laman web FRIM-PCS di http://pcs.frim.gov.my.