cadangan aktiviti transisi pai - 1

5
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS CADANGAN PROGRAM TRANSISI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 PENGENALAN: Program transisi bagi murid tahun satu pada awal persekolahan arus perdana adalah merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid bagi menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah kepada pendidikan lebih formal di tahun satu sekolah rendah arus perdana.Dalam masa yang sama program ini juga akan dapat memastikan agar semua murid tahun satu yang datangnya dari latar belakang sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran pada tahap pencapaian yang hampir sama. Program yang akan dijalankan selama tiga minggu pertama persekolahan ini juga dijangkan akan dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan diri dikalangan murid disamping dapat memantapkan lagi pemupukan nilai-nilai murni dan seterusnya akan dapat merangsang diri murid untuk terus belajar dengan suasana yang lebih menyeronokkan. TUJUAN: 1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan rakan-rakan baru dalam masa yang singkat sebelum memulakan persekitaran pembelajaran yang formal. 2. Guru-guru dapat menyelaras keperluan kognitif,emosi,kerohanian dan jasmani murid secara

Upload: michael-robinson

Post on 21-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Minggu Transisi thn 1

TRANSCRIPT

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS

CADANGAN PROGRAM TRANSISI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1

PENGENALAN:Program transisi bagi murid tahun satu pada awal persekolahan arus perdana adalah merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid bagi menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah kepada pendidikan lebih formal di tahun satu sekolah rendah arus perdana.Dalam masa yang sama program ini juga akan dapat memastikan agar semua murid tahun satu yang datangnya dari latar belakang sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran pada tahap pencapaian yang hampir sama.

Program yang akan dijalankan selama tiga minggu pertama persekolahan ini juga dijangkan akan dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan diri dikalangan murid disamping dapat memantapkan lagi pemupukan nilai-nilai murni dan seterusnya akan dapat merangsang diri murid untuk terus belajar dengan suasana yang lebih menyeronokkan.

TUJUAN:

1.Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan rakan-rakan baru dalam masa yang singkat sebelum memulakan persekitaran pembelajaran yang formal.2.Guru-guru dapat menyelaras keperluan kognitif,emosi,kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pembelajaran dan pengajaran secara formal di tahun satu.

3.Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa menghadapi banyak masalah.

4.Bagi mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran yang seterusnya.

CADANGAN PROGRAM TRANSISI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1

MINGGUTAJUK & AKTIVITI

1Tajuk : Menyebut huruf-huruf tunggal berbaris satu di atas.Aktiviti :

- Murid menyebut Huruf Hijaiyah tunggal mengikut guru.

- Latih tubi membaca Huruf Hijaiyah tunggal.

- Mewarna Huruf Hijaiyah tunggal.

Tajuk : Salam

Aktiviti:

- Lakonan keluar dan masuk kelas.

- Latih tubi melafazkan salam dan menjawab salam.

- Aktiviti mewarna.

Tajuk : Bersuci (Hadas)Aktiviti :- Murid menyebut doa bersuci mengikut guru. Sahaja aku beristinjak kerana Allah Taala

- Latih tubi membaca doa ketika bersuci/hadas.

- Murid menyebut cara bersuci.

Tajuk : Allah Maha BerkuasaAktiviti :

- Guru bercerita tentang penciptaan Alam ini.

- Murid menyebut ciptaan Allah dan ciptaan manusia.

(Aktiviti PLBD)

- Mewarnakan ciptaan Allah dan ciptaan manusia dengan

bimbingan guru.

MINGGUTAJUK & AKTIVITI

2Tajuk : Menyebut huruf-huruf Jawi tunggal.

Aktiviti :

- Guru memperkenalkan huruf jawi tunggal (kad huruf/carta)

- Murid menyebut Huruf-huruf jawi tunggal mengikut guru.

- Latih tubi menyambung titik titik bagi membentuk huruf jawi

tunggal.

Tajuk : Adab Makan.

Aktiviti:

- Lakonan, tayangan ketika makan atau lawatan ke kantin.

- Sumbang saran adab adab makan.

- Bacaan doa sebelum dan selepas makan.

Tajuk : Kalimah Syahadah

Aktiviti :

- Guru memperdengarkan Lafaz Kalimah Syahadah melalui nasyid.

- Latih tubi menyebut Lafaz kalimah Syahadah dan makna secara kelas dan

kumpulan.

- Murid menyebut Lafaz Kalimah Syahadah dengan maknanya dihadapan kelas secara individu.

Tajuk : Bercerita Kisah-Kisah Nabi / Kisah Teladan

Aktiviti :

- Guru bercerita Kisah Kisah Nabi Terpilih

- Tayangan Kisah Teladan

- Murid bercerita semula hasil dari tayangan dan cerita guru.

Tajuk : Adab di Surau

Aktiviti :

- Lawatan ke surau sekolah.- Penerangan guru tentang tatacara semasa berada di surau.

MINGGUTAJUK & AKTIVITI

3Tajuk : Bacaan Surah:Surah al-Fatihah,Surah an-Nas,Surah al- Falaq, Surah al-IkhlasAktiviti :- Guru memperdengarkan bacaan surah.

- Murid membaca surah bersama guru.

- Murid memperdengarkan bacaan di hadapan kelas.

Tajuk : Adab Masuk dan Keluar Tandas.

Aktiviti:

- Lawatan ke tandas.

- Penerangan guru tentang adab masuk dan keluar tandas.- Tunjuk cara penggunaan tandas yang betul.

Tajuk : Kaedah penulisan JawiAktiviti :

- Guru menerangkan cara menulis jawi bermula dari kanan ke kiri.- Latihan menyambung titik membentuk huruf huruf jawi

tunggal

Tajuk : Mari berwudukAktiviti :

- Menyebut anggota wuduk daripada tayangan gambar / kad.- Murid melakukan simulasi wuduk bersama pasangan.

Tajuk : Kenali SolatAktiviti :

- Guru memperdengarkan lagu Waktu Solat Solat Subuh di awal pagi

Solat Zohor di tengahari

Waktu petang Solat Asar

Tunai solat dengan sabar

Solat Maghrib matahari terbenam

Solat Isyak di waktu malam

Lima waktu sehari semalam

Tanda abdi kepada Tuhan

(irama trek tek tek)

- Guru bersoal jawab mengenai nama dan waktu solat.

- Latih tubi menyebut nama nama solat fardhu.

## Agihan dan pemilihan tajuk bergantung kepada kesesuaian jadual waktu transisi sekolah masing-masing.