camp report

22
SK PENDIDIKAN KHAS KG BAHARU JALAN RAJA ABDULLAH 50300 KUALA LUMPUR LAPORAN PERKHEMAHAN JATI DIRI PENGAKAP 2014 ANJURAN UNIT KO-KURIKULUM TARIKH : 17 – 19 Oktober 2014 TEMPAT : Tapak Perkhemahan Nur Lembah Pangsun Eco-Resort DISEDIAKAN OLEH:

Upload: anonymous-val05blj

Post on 18-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Report

TRANSCRIPT

SK PENDIDIKAN KHAS KG BAHARUJALAN RAJA ABDULLAH50300 KUALA LUMPUR

LAPORANPERKHEMAHAN JATI DIRI PENGAKAP 2014

ANJURAN UNIT KO-KURIKULUM

TARIKH :17 19 Oktober 2014

TEMPAT :Tapak Perkhemahan Nur Lembah Pangsun Eco-Resort

DISEDIAKAN OLEH:CIK WAN NUR ZIHAH BINTI WAN ALI

Laporan Perkhemahan Unit BeruniformSKPK Kg. Baharu 2014

Sebelum Aktiviti

Menyediakan kertas kerja untuk kelulusan Guru Besar. Melawat tapak perkhemahan di Nur Lembah Pangsun Eco Resort. Mendapatkan sebut harga. Menyediakan nota minta perbelanjaan. Menyediakan borang peraturan pelancongan untuk kelulusan PPD. Menyediakan Surat Kebenaran Waris Menyediakan senarai tugas jawatankuasa. Menyediakan Surat Arahan Menjalankan Tugas. Menyediakan Surat Kebenaran Membawa Kenderaan. Menyediakan senarai nama guru dan murid (lengkap berserta no. surat beranak/no. kad pengenalan, alamat waris dan no. telefon waris). Menyediakan senarai nama guru dan murid (mengikut kumpulan) Menyediakan senarai nama murid (untuk pemeriksaan JK Keselamatan) Menyediakan senarai nama murid (untuk pemeriksaan JK Pengangkutan) Menyediakan borang pemarkahan (bagi aktiviti memasak, sukaneka serta pemeriksaan khemah) Menyediakan surat makluman kepada waris murid yang terlibat (berserta lampiran senarai barang keperluan dan tentatif program) Mengadakan taklimat akhir untuk guru dan juga murid yang terlibat.

Semasa AktivitiHARI / MASA AKTIVITICATATAN

JUMAAT

2.00 pm PENDAFTARAN PESERTA (TEMPAT PERKARANGAN BAS) Semua peserta yang telah terpilih hadir mendaftarkan diri

2.45 pm BERTOLAK KE LEMBAH NUR PANGSUN Pergerakan ke Lembah Nur Pangsun mengambil masa 1 jam lebih untuk tiba di lokasi perkhemahan.

4.00 pm TIBA DI TAPAK PERKHEMAHAN Murid dan Guru mengangkat dan menyusun barang mengikut tugas yang telah ditetapkan.

5.00 pm SOLAT BERJEMAAH Murid dan guru menunaikan solat jemaah Asar yang diketuai oleh Ustad Azizi.

5.30 pmAKTIVITI 1 TAKLIMAT KEM KOMANDEN MEMBINA GAJET Kem komanden telah memberikan taklimat keselamatan kepada murid dan guru. Seterusnya aktiviti membina gajet yang dimulakan dengan pembahagian kumpulan dan diikuti oleh pembinaan gajet secara berkumpulan. Aktiviti ini terhenti di pertengahan jalan kerana hujan dan masa yang terluang ini telah dipenuhkan dengan aktiviti permainan dalam.

6.30 pm MANDI REHAT MAKAN MALAM SOLAT MAGHRIB & ISYA Setelah penat membuat gadjet, murid-murid diberi masa untuk rehat serta menguruskan diri. Seterusnya murid dan guru bersama-sama menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan. Selepas solat maghrib yang diimamkan oleh guru yang bertugas, ustad Azizi telah memberikan kuliah maghrib kepada semua murid yang beragama Islam. Pada masa yang sama, aktiviti permainan dalam telah disediakan untuk memenuhi masa murid yang bukan beragama Islam.

9.00 pmAKTIVITI 2 PERMAINAN MOTIVASI

Aktiviti pada sebelah malam pertama pula dikendalikan oleh cikgu Farhan iaitu permainan motivasi. Aktiviti ini dijalankan di dalam dewan. untuk aktiviti pertama, ianya melibatkan deria rasa. Mata para peserta ditutup dengan kain gelap dan peserta diminta untuk merasa serta meneka apakah jenis bahan masakan yang telah dirasa itu samada garam, kicap, cuka, gula, dan sos mayonis. Markah dikira berdasarkan jawapan yang tepat. Aktiviti kedua pada malam pertama diteruskan dengan aktiviti mengangkat paku besi sekali gus tanpa menjatuhkannya. Aktiviti pada malam dapat menguji tahap kecekapan dan juga tahap kesabaran peserta.

10.30pm MINUM MALAM

Sebelum semua murid dan guru merehatkan mata, Jawatankuasa Makanan telah menyediakan makanan dan minuman malam. Setelah itu, semua murid diminta untuk menggosok gigi sebelum tidur

SABTU

6.30am BANGUN PAGI MANDI SOLAT SUBUH Murid bangun dan menyiapkan diri untuk solat subuh berjemaah bagi murid beragama islam. Setelah itu, murid diminta menyiapkan diri untuk aktiviti pertama pada hari kedua iaitu aktiviti berjoging yang diketuai oleh cikgu Azim.

7.00am RIADAH

Aktiviti pada pagi ini dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan seterusnya murid di bawa ke perkarangan tasik Lembah Nur Pangsun untuk memulakan aktiviti berjoging. Aktiviti ini berjalan lancar dan tamat tepat pada masanya.

8.00 amSARAPAN PAGI Aktiviti masakan sarapan pagi ini amat mencabar kesabaran serta mengasah kreativiti murid. Ini kerana, setiap kumpulan hanya diberikan masa satu jam untuk menyiapkan hidangan bagi dinilai oleh juri.. Semangat kerja berpasukan amat ditekankan dalam melaksanakan aktiviti ini. Setelah masa yang ditetapkan tamat, semua hidangan diserahkan kepada juri untuk dinilai.

10.30am JUNGLE TREKKING Seperti biasa sebelum memulakan apa-apa aktiviti, peserta akan diberi taklimat terlebih dahulu. Taklimat mengambil masa lebih kurang 30 minit kerana ada murid yang berulang alik ke tandas sebelum memulakan aktiviti. Aktiviti kembara hutan berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar dengan bantuan penunjuk arah yang terdiri daripada renjer Jabatan Hutan. Perjalanan kembara ini mengambil masa yang lama kerana beberapa laluan memerlukan murid turun dengan bantuan dahan-dahan pokok dan juga meredah sungai yang agak deras aliran airnya.Terdapat sedikit kesulitan semasa dalam perjalan pulang, beberapa orang guru dan murid telah disengat tebuan. Guru dan murid ini segera dihantar ke hospital dengan bantuan daripada pihak keselamatan renger hutan. Aktiviti ini tamat sejam lewat daripada tentatif yang dirancang.

2.00pm MAKAN TENGAH HARI REHAT MANDI SOLAT ZOHOR

Makan tengahari lewat sejam daripada jadual asal kerana kembara hutan mengambil masa yang lama. Murid diberi masa untuk mempersiapkan diri untuk aktiviti yang seterusnya.

3.00pm AKTIVTI MEMASAK MINUM PETANG

-Tugasan yang seterusnya adalah memasak mi goreng yang merupakan aktiviti penilaian yang kedua pada hari ini. Seperti biasa, murid-murid diberi sedikit taklimat oleh cikgu Nik yang mengendalikan aktiviti memasak. Untuk penilaian yang kedua pada hari ini, pelajar dikehendaki memasak menu mi goreng mengikut kumpulan. Guru-guru tidak dibenarkan memberi bantuan kepada murid. Setelah siap memasak, markah diambil oleh pengadil dan murid-murid dibenarkan untuk makan masakan mereka serta minum petang.

4.30pm SOLAT ASAR LALUAN BERHALANGAN (OBSTACLES)

-Selesai makan, murid menunaikan solat asar berjemaah dan kemudian bersiap untuk aktiviti seterusnya iaitu laluan berhalangan (obstacles). Terdapat 10 jenis halangan yang terpaksa di lalui oleh setiap pelajar. Halangan-halangan tersebut sangat mencabar dan mampu menguji tahap kekuatan setiap murid serta dapat mendedahkan murid terhadap aktiviti-aktiviti yang sentiasa dilalui oleh pasukan askar hutan.

7.30pm MANDI PERSIAPAN DIRI 'BBQ'

-Selesai aktiviti laluan berhalangan, murid diberi masa untuk mandi, menunaikan solat maghrib serta mempersiapkan diri untuk aktiviti yang seterusnya iaitu makan malam 'BBQ'. Antara menu 'BBQ' yang mendapat sambutan paling hangat ialah kambing bakar. Lain-lain hidangan yang turut disediakan adalah menu ayam bakar, mi goreng, bihun sup, dan juga kentang goreng.

9.00pm MALAM KREATIVITI

Malam ini merupakan malam terakhir perkhemahan dan juga dinamakan sebagai malam kreativiti. Pada malam ini, setiap kumpulan diminta menghasilkan barangan serba guna mengikut kreativiti masing-masing menggunakan barangan terpakai yang disediakan oleh guru kumpulan masing-masing. Murid-murid kelihatan bersemangat dan teruja menghasilkan produk kreatif kumpulan masing-masing. Aktiviti ini mampu mencungkil bakat setiap murid supaya menjadi lebih kreatif. Kelihatan pelbagai produk kreatif yang menarik telah berjaya dihasilkan oleh setiap kumpulan. Selesai aktiviti malam kreativiti, maka berakhirlah aktiviti pada hari kedua perkhemahan.

10.30pm MINUM MALAM Jawatankuasa Makanan telah menyediakan makanan dan minuman malam kepada peserta sebelum masuk ke khemah masing-masing

Ahad

6.30am BANGUN PAGI MANDI SOLAT SUBUH KULIAH SUBUH Aktiviti bermula seperti yang dirancang iaitu dengan solat Subuh berjemaah dan kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Azizi. Peserta mula berkumpul di dewan untuk solat kira-kira pukul 6.45pagi. Selesai kuliah subuh, peserta berkumpul di tapak perkhemahan. untuk aktiviti senaman.

7.30am SENAMAN PAGI Aktiviti senaman pagi dikendalikan oleh cikgu Malik. Selesai senaman pagi, peserta diberi masa untuk mandi dan bersiap sedia untuk sarapan.

8.00am SARAPAN PAGI AKTIVITI MEMASAK Pada pagi ini, sarapan telah disediakan kepada murid-murid namun mereka masih perlu memasak untuk penilaian masakan yang terakhir. Selesai bersarapan, tibalah masa untuk penilaian masakan yang terakhir. murid diminta untuk menghasilkan ayam masak merah berserta sayur kubis goreng mengikut kreativiti masing-masing. Seperti biasa, juri memberi markah kepada setiap kumpulan berdasarkan mutu penghasilan makanan. Hasil masakan setiap kumpulan disimpan terlebih dahulu untuk menu makan tengahari dan murid bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya iaitu aktiviti jambatan gantung (hanging Bridge).

10.30am JAMBATAN GANTUNG (HANGING BRIDGE) Taklimat diberi oleh pegawai bomba tentang keselamatan-keselamatan yang perlu di ambil kira semasa berada di jambatan gantung. Peserta juga di ajar tentang cara-cara yang betul memakai pakaian keselamatan untuk menaiki jambatan gantung tersebut. Peserta kelihatan begitu teruja sekali menaiki jambatan gantung tersebut. Ada juga yang mengambil masa terlalu lama di atas jambatan gantung tersebut kerana terlalu takut namun kesemua peserta berjaya mengharungi aktiviti ini dengan jayanya.

12.30pm MAKAN TENGAHARI SOLAT ZUHUR Selesai aktiviti jambatan gantung, peserta makan tengahari dan mula mengemas barang-barang persendirian masing-masing. Murid juga bekerjasama mengemas tapak perkhemahan dan mengangkat barang-barang ke dalam bas. Setelah itu, murid-murid diminta berkumpul di dalam dewan untuk acara penutup.

1.30pm MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH Majlis penutup telah disempurnakan oleh PK Ko- Kurikulum iaitu Pn.Ruzila binti Mohd Yusoff dengan disaksikan oleh peserta-peserta perkhemahan dan Ahli Jawatankuasa Perkhemahan Unit Beruniform SKPK Kg. Baharu 2014 dan beliau juga telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Secara keseluruhannya pemenang untuk aktiviti perkhemahan ini jatuh kepada kumpulan kancil. tempat ke-2 dimenangi oleh kumpulan beruang manakala tempat ke-3 pula dimenangi oleh kumpulan serigala.

2.15 PMBERTOLAK PULANG KE SKPKKB Perjalanan pulang bergerak dengan lancar tanpa sebarang masalah.

3.30 PMTIBA DI SKPKKB

Semua murid dan guru serta PPM yang terlibat dalam program ini selamat tiba di SKPKKB pada jam 3.30 ptg

Selepas Aktiviti

Menyediakan laporan untuk dokumentasi. Mencetak gambar untuk dokumentasi.

Post-MortemKekuatan Kerjasama dan komitmen yang sangat tinggi daripada semua guru dan PPM yang terlibat dalam menjayakan program ini. AJK Aktiviti dan Program telah bersedia merancang pelbagai aktiviti tambahan jika berlaku keadaan yang tidak dapat dielakkan (contohnya cuaca atau kekangan masa) Pemilihan lokasi yang selamat serta mempunyai kemudahan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti..Kelemahan Peserta kurang berdisiplin dari segi ketetapan masa. Semua guru dan PPM secara keseluruhannya memainkan peranan untuk mengawal dan memastikan peserta mengikut peraturan dan sentiasa bersedia dan menepati masa. Guru yang terlibat sebagai AJK masakan tidak dilibatkan dalam aktiviti yang dijalankan dan tugas mereka hanya tertumpu kepada penyediaan makanan sahaja. Cadangan Penambahbaikan Memastikan murid berdisiplin dalam menepati masa dengan menetapkan masa bersiap peserta mengikut kumpulan dan memastikan ada guru atau PPM yang memantau peserta. Memberi peluang kepada AJK masakan supaya mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan secara bergilir-gilir.

Penutup

Secara keseluruhannya, program perkhemahan jati diri ini telah berjalan dengan baik dan sedikit sebanyak telah memberi pengalaman baru kepada para peserta. Para peserta didedahkan dengan pelbagai pengalaman baru dan sedikit sebanyak memberi peluang kepada peserta berinteraksi dengan alam sekitar.

Adalah diharapkan para peserta dapat memanfaatkan apa yang dipelajari sepanjang perkhemahan dan menitip semangat setia kawan dan tanggungjawab dalam diri sendiri. Perkhemahan Jati Diri Pengakap harus diteruskan dan dijalankan tiap-tiap tahun bagi memberi pengalaman dan peluang kepada murid-murid untuk belajar berdikari dan yakin pada kebolehan diri sendiri. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk memupuk semangat bekerjasama, toleransi dan silaturrahim dalam satu pasukan

Laporan disediakan oleh,

____________________(Wan Nur Zihah binti Wan Ali)AJK DOKUMENTASIPERKHEMAHAN JATI DIRI PENGAKAPSKPK KG. BAHARU.

LAMPIRAN

Bacaan doa selamat untuk memulakan perjalanan.

Aktiviti membuat gadjet.

Murid berkumpul untuk minum petang.

Aktiviti 'jungle trekking'.

Aktiviti memasak.

Aktiviti jambatan gantung 'Hanging Bridge'..

Solat berjemaah.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Sesi bergambar selepas Majlis Penutup.