cara menjaga kemudahan awam

2
Cara menjaga kemudahan awam Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Impian, barisan guru yang saya hormati dan seterusnya murid-murid yang saya kasihi. Salam sejahtera dan selamat pagi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada skuad Prihatin kerana mengundang saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk, “Cara Menjaga Kemudahan Awam”. Hadirin yang saya kasihi, Kemudahan awam ialah perkhidmatan dan perlatan yang disediakan oleh kerajaan dan pihak tertentu untuk digunakan oleh orang ramai. Contoh kemudahan awam ialah tandas awam, stesen bas, stesen komuter dan lapangan terbang. Namun, seringkali ada sahaja berita yang kita dengar tentang kerosakan harta benda awam ini. Amalan menjaga kemudahan awam menjadi tanggungjawab kita. Antaranya termasuklah mengepam air setelah menggunakan tandas. Amalan ini akan dapat menghindarkan bau yang tidak menyenangkan dan tandas akan kelihatan bersih. Selain itu, tabiat membuang sampah merata-rata tempat akan menyebabkan keadaan persekitaran menjadi kotor. Sudah tentu orang ramai yang menggunakan kemudahan awam tersebut berasa tidak selesa. Kita juga dilarang menconteng kemudahan awam, contohnya pada dinding, papan tanda, perhentian bas, tandas, dan pondok telefon.

Upload: abdulhanafi

Post on 24-Nov-2015

2.028 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

BBM PRAKTIKUM 1

TRANSCRIPT

Cara menjaga kemudahan awamYang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Impian, barisan guru yang saya hormati dan seterusnya murid-murid yang saya kasihi. Salam sejahtera dan selamat pagi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada skuad Prihatin kerana mengundang saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk, Cara Menjaga Kemudahan Awam.Hadirin yang saya kasihi,Kemudahan awam ialah perkhidmatan dan perlatan yang disediakan oleh kerajaan dan pihak tertentu untuk digunakan oleh orang ramai. Contoh kemudahan awam ialah tandas awam, stesen bas, stesen komuter dan lapangan terbang. Namun, seringkali ada sahaja berita yang kita dengar tentang kerosakan harta benda awam ini.Amalan menjaga kemudahan awam menjadi tanggungjawab kita. Antaranya termasuklah mengepam air setelah menggunakan tandas. Amalan ini akan dapat menghindarkan bau yang tidak menyenangkan dan tandas akan kelihatan bersih. Selain itu, tabiat membuang sampah merata-rata tempat akan menyebabkan keadaan persekitaran menjadi kotor. Sudah tentu orang ramai yang menggunakan kemudahan awam tersebut berasa tidak selesa.Kita juga dilarang menconteng kemudahan awam, contohnya pada dinding, papan tanda, perhentian bas, tandas, dan pondok telefon. Ini akan menimbulkan pandangan negatif dalam kalangan pelancong asing terhadap rakyat tempatan. Akhir kata, kemudahan awam ialah hak semua orang. Oleh itu, sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita sepatutnya menjaga kemudahan awam yang disediakan demi kepentingan bersama.Sekian terima kasih.