carta sukan acara balapan dan padang teknik dan latihan
TRANSCRIPT
Carta Sukan Acara Balapan Dan Padang Teknik Dan Latihan
LARI BERGANTI-GANTI LARI BERGANTI-GANTI
SEJARAH- Berasal dari Amerika Syarikat- Punca-punca lahirnya acara ini :
Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain
Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera & menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat).
Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.
- Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.
PENGENALANObjektif : Membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang peserta secepat
mungkin.- Jenis acara dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai peringkat :
4 x 100 meter 4 x 200 meter 4 x 400 meter 4 x 1600 meter
- Acara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan penonton.- Faktor utama penentu kejayaan : persefahaman di antara pelari dalam pasukan.
PEMILIHAN PELARIPelari Pertama- Pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik- 3 aspek penting : Harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton Berkeupayaan berlari di selekoh Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan
Pelari Kedua- mesti bijak daripada segi menerima & menghantar baton (selalunya jika pelari pertama membawa baton
pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri).- Aspek penting : berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus
Pelari Ketiga- Aspek penting : pelari ketiga terpantas dalam pasukan. Berkebolehan & berkemampuan berlari di
selekoh & menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya.
Pelari Akhir- pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh sesebuah pasukan terletak
di atas bahunya.
- Harus berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek namun daripada segi kepantasan & kelajuan ia amat penting.
MEMEGANG BATONCara memegang batonBaton boleh memegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan.Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah seperti Rajah 1 :-
Rajah 1 : Cara-cara memegang baton oleh pelari pertama
GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATONTerdapat dua teknik asas penukaran baton : Teknik bawah-atas dan Teknik atas-bawah.
Teknik atas-bawah- cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh- pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila sampai sahaja ke tempat
penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya.- Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya terbuka (menadah)
untuk menerima baton.- Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari atas ke bawah.
Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan memberikannya pada tangan kanan pelari ketiga.
- Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada pelari keempat pada tangan kiri.
Rajah 2 : Teknik Atas-Bawah
Cara Memberikan Baton1. kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian banton 2. pemberi harus beri isyarat kepada penerima 3. hulurkan baton dengan tangan yang lurus 4. perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.
Cara Menerima Baton1. Penerima dalam keadaan yang sedia 2. Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton 3. Berlepas dengan panas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di tandaan. Bagi gaya
tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang semasa berlari. 4. Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada pelari yang sedang
membawa baton. 5. Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.
Gaya Selang-seli Tanpa Pandang- Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m- Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat
membawa dengan tangan kanan.- Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton- Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya menghulurkan
tangan ke belakang untuk menerima baton.- Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang.- Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan
tangan dan jangan menggoyangkannya.- Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil
menghulur ke depan.- Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang
membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta.- Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan
sendiri untuk berhenti.
Rajah 3 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter(tanpa pandang)
Gaya Selang-seli Cara Pandang- Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan
memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton.
- Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah- Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m- Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan
kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak.- Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka.- Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-jarinya yang sebelah lagi.- Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang menerima,
tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton itu.- Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan
lariannya.- Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.
Rajah 4 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter (dengan memandang)
ZON PERTUKARAN BATON- Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya 20 meter. - Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon
penukaran baton. - Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.
Rajah 5 : Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter
Perkara-perkara penting 1. Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing.2. Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian pasukan itu dibatalkan.3. Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran, larian pasukannya akan
dibatalkan.
Rajah 6 : Pertukaran baton yang betul dan yang salah
PERATURAN LARIAN
Aturan Umum- Lari ikut lorong yang ditetapkan- Buat pertukaran baton dalam zon yang ditetapkan- Buat pertukaran baton yang bersih- Kekalkan baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larian
Gaya Dekam & Permulaan Pelari Pertama- Hanya pelari pertama yang terlibat dalam kedudukan permulaan- Permulaan gaya sama dengan permulaan 100 m. Bezanya hanya pelari membawa baton pada tangan
kanan. Oleh itu, kedudukanya bersesuaian dengan baton.- Dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan. Lutut berada di bawah tapak kaki & tangan
dalam keadaan longgar. Siku hendaklah lurus, ibu jari & jari telunjuk selari dengan garisan permulaan.- Berat badan terletak pada tangan & kaki hadapan. Tangan dibuka luas untuk menyokong berat badan &
keselesaan kaki.- Kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau diangkat sedikit agar
pandangan ditumpu pada jarak antara 3m hingga 5m. Permulaan menggunakan blok permulaan.- Berlari sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas- Berlari pada seekoh pertama (pantas di selekoh)
Pelari Kedua- Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri- Berlari dalam lorong lurus (terpantas larian di bahagian lurus) dan lorong sendiri.- Terima baton dalam zon pertukaran (cekap terima & beri baton dengan tangan kiri)
Pelari Ketiga- Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri- Lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian selekoh).- Bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan kanan).
- Lari di sebelah dalam lorong sendiri.
Pelari Keempat- Bersedia dalam mula berlari dalam bentuk berdiri.- Pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri.- Tamatkan larian di garisan penamat.- Pelari yang penuh keazaman & tenang.
RAJAH 6 : Trek Permulaan / Penamat
Sejarah acara balapan dan padang (olahraga)
Posted on July 25, 2010 by faozika
Standard
Sukan olahraga yang kini dikenali sebagai acara balapan dan padang merupakan sejenis sukan yang menarik dan
amat berlainan daripada sukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga – terdapat banyak acara baik untuk lelaki
mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun berpasukan. Jika dalam sukan bola
sepak, hanya satu pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakan sukan terbesar dunia seperti Sukan Olirnpik,
Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun terdapat sekurang-kurangnya sebelas orang pemain dalam sesebuah
pasukan. Dalam olahraga setiap acara mempertarunhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja
sudah cukup untuk mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yang dinyatakan,
hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga.
Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran. Seorang atlit mungkin ber-
kemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara
mi.Kebanyakan; atlit lebih suka inengkhususkan penyertaan dan penglibatan mereka, terutamanya di peringkat
antarabangsa- Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dan semasa ke semasa dengan hanya
rnengambil bahagian dalam satu atau dua acara.
Pengkhususan
Di peringkat sekolah, seseorang munid dibenarkan mengambil bahagian dalam sejumlah tertentu acara yang mereka
gemari atau yang mereka kuasai, sama ada daripada kumpulan larian, lompa tan atau lontaran. Selain mengambil
bahagian dalam acara-acara individu, mereka juga digalakkan mengambil bahagian dalam acara-acara berpasukan
seperti lan berganti-ganti. Qleh yang demikian, tidak hairanlah jika kita dapati dalam sesuatu perjurnpaan olahraga
peringkat sekolah, seseorang murid mampu merangkul banyak pingat menerusi pelbagai acara.
Bagaimanapun guru pengawas atau jurulatih akan memberi nasihat dan panduan tentang sesuatu acara yang harus
disertai atau dikhususkan. Ini disebabkan di peringkat yang lebih tinggi, teknik sesuatu acara sukan rnenjadi lebih
rumit. Tidak mungkin seorang atiit itu mampu meraih kejayaan dalam semua acara yang disertainya. Jadi bagi
mengelakkan daripada menemui kegagalan, sudah tentu peserta akan memilih acara yang sesuai baginya yang
mampu menjanjikan sesuatu kejayaan. Malah di peringkat antarabangsa sekali pun, dengan hanya mengarnbil
bahagian dalam satu acara tertentu sahaja seseorang olahragawan mampu mencatat nama di peringkat tertinggi,
dan mampu dijadikan contoh kepada olahragawan lain di seluruh duma.
Dengan melakukan pengkhususan begini, mereka dapat menumpukan seluruh perhafian kepada seüap aspek lathan
yang bakal mereka ikuti. Malah mereka akan mempunyai jurulatih khas mengikut jenis acara yang mereka ceburi.
Dengan itu sudah tentu bentuk latihan yang Iebih khusus dan mendalam akan mereka ikuti, dan bentuk ini mungkin
berbeza mengikut perbezaan acara, walaupun semua mereka akan mengikuti latihan umum secara bersama.
Jenis-jenis Acara balapan
Pelbagai acara terdapat dalam sukan olahraga, walaupun olahraga merupakan salah satu acara sukan sejak
beraba-abad lagi. Perbezaan yang ketara antara olabraga dengan jenis sukan lain ialah bilangan acara yang banyak
dan menyebabkan banyak jumlah pingat yang boleh dimenangi menerusi olaharaga, berbanding hanva satu pingat
dalam sukan hda sepak atau hoki. Secara logik, adalah lebih ekonomik dan mudah jika penumpuan diberi kepada
sukan olahraga kalau pungutan pingat dijadikan ukuran tidak rasmi dalam menentukan keupayaan sesebuah
pasukan atau negara.
Seperti yang dinyatakan terdahulu, acara-acara olahraga dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu larian, lornpatan
dan lontaran. Terdapat acara-acara yang dikhaskan untuj le]aki sahaja, dan ada pula acara yang boleh disertai oleh
lelaki dan wanita. Setiap acara mempunyai undang-undang dan peraturan tersendiri, yang harus dipatuhi oleh semua
peserta. Dengan itu penentuan pertandingan adalah mengikut penyertaan dalam sesuatu acara dan bukan olahraga
secara keseluruhartnva. Justeru itu pemenang dalam sesuatu acara dipilih daripada kalangan peserta yang
mengambil bahagian dalam acara itu sahaja.
Penganjur sesuatu perjumpaan olahraga boleh menentukan jenis atau bilangan acara yang mereka akan
pertandingkan. Fäktor-faktor seperti bi]angan peserta, tingkat keupayaan mereka, kemudahan peralatan, keupayaan
pihak penganjur, kewangan, keselamatan, keupayaan pegawai dan kaki tangan pengelola dan tempoh’ pertandingan
akart menentukan bilangan dan jenis acara yang akan dipertandingkan dalam sesuatu perjumpaan.
Umpamanva di peringkat sekolah, bilangan acara sukan sudah tentu berkurangan daripada jumlah acara tintuk
sukan-sukan seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Kornanwel atau Sukan Olimpik. Dalam Sukan Olimpik, walau-
pun dianggap mempunyai jumlah acara olahraga yang maksimum, tetapi rnasih belum ]engkap sepenuh. Biasanva
dalam Kejohanan Balapan dan Padang Antarabangsa, semua acara olaharaga dipertandingkan, termasuk untuk
wariita.
Senarai lengkap acara-acara olahraga yang sering dipertandingkan diperingkat antarabangsa,dan juga kebangsaan
adalah seperti berikut :
Bil. Kategori Acara Peserta
1. Lari Jarak dekat 100 m
200 m
400 m
Lelaki / Wanita
Lelaki / Wanita
Lelaki / Wanita
2. Lari Jarak Sederhana 800 m
1500 m
Lelaki / Wanita
Lelaki / Wanita
3. Lari Jarak Jauh 3000 m
5000 m
10,000 m
Wanita
Lelaki / Wanita
Lelaki
4. Lari berhalangan 3000 m Lelaki
5. Lari berpagar 100 m
110 m
400 m
Wanita
Lelaki
Lelaki / Wanita
6. Lari berganti-ganti 4 x 100 m
4 x 400 m
Lelaki / Wanita
Lelaki / Wanita
7. Marathon Lelaki / Wanita
8. Heptatlon 7 acara Wanita
9. Dekathlon 10 acara Lelaki
10. Berjalan kaki 5000 m
10,000 m
20,000 m
50,000 m
Wanita
Lelaki / Wanita
Lelaki
ACARA-ACARA KHAS
Selain acara-acara yang dinyatakan,terdapat beberapa acara lain lagi yang jiga turut dipertandingkan sebagai acara
olahraga.Oleh sebab ciri-ciri acara ini agak berbeza dan tersendiri) agak sukar untuk dikategorikan sebagai acara
rbalapan,atauacarapadang. Umpamanya, acara dekathon dan heptathon yang merupakan gabungan ketiga-tiga
kumpulan acara tersebut, mungkin juga bcileh dikategorikan sebagai balapan dan juga padang. Begitu juga dengan
acara maraton dan lumba jalan kaki.
Satu lagi acara yang sering diadakan di peringkat sekolah dan mendapatanibutan yang menggalakkan ialah tank tali
tetapi di kebanyakan perjumpaan olahraga dunia cara mi tidak diadakan. Di negara kita pertandingan tank tab lebih
merupakan salah satu acara dalam Sukaneka, yang dianggap sebagai sukan sambil bergembira dan bukan per-
tandingan. Bagairnanapun, sejak beberapa tahun lalu ada pihak yang menganjurkan pertandingan tank tab secara
khusus, dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.
Marathon
Acara maraton juga merupakan acara olahraga yang disertai o]eh lelaki dan perempuan. Marathon sering diadakan
dalarn perjumpaan olahraga utama –dunia, walaupun di negara kita, khususnya di peningkat sekolah tidak diadakan.
Marathon adalah acara lan jarak jauh sejauh 26 batu 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik Kuno lagi. Mengikut
sejarah. acara ini adalah sempena sejarah Greek Kuno sebagai lambang pembawa berita yang berlari sejauh 26
batu 385 ela sebelum dia meninggal dunia disebabkan keletihan. Acara marathon diadakan di luar kawasan balapan,
menggunakan jalar raya biasa. Hanya permulaan dan akhir acara sahaja diadakan di dalam balapan. Disebabkan
jarak yang amat jauh. kebanyakan penganjur olahraga mengetepikan acara marathon daripada senarai acara
marathon untuk acara ini disamping diadakan secara berasingan. Ada kalanya juga diadakan pada jarak yang lebih
dekat dan dinamakan marathon mini.
Lumba Jalan Kaki
Dilihat pada nama acara Lumba Jala Kaki adalah sejeni acara berjalan laju yang mungkin juga meupakan gabungan
antara aktiviti berjalan dan berlari. Di perigkat sekolah acara irii tidak diadakan kecuali dalam perjumpaan sukan
olahraga dewasa sahaja. Terdapat beberapa jarak yang dipertandingkan, khusus untuk lelaki ataupun perempuan.
Biasanya lumba jalan kaki diadakan berasingan, bersempena sesuatu peristiwa atau hari-hari perayaan. Perkara
penting dalam lumba jalan kaki ialah jarak serta kekerapan membuat langkahan. Kelenturan pergerakan badan dan
gabungan ayunan tangan dapat menin~katkan kelajuan. Peserta tidak dibenarkan berlani dalam acara mm.
Disebabkan kelajuan langkahan yang ditunjukkan oleh para peserta, penonton seolah-olah beranggapan mereka
benlari anak, tetapi sebenarnya tidak.
DekathIon
Dekathlon adalah gabungan 10 acara yang merangkumi lanian, lompatan dan lontaran. Semua acara ini dijalankan
disepanjang dua hari, dan dikhaskan untuk lelaki sahaja. Susunan pertandingan acara adalah seperti berikut.
Hari pertama Hari kedua
100 m
Lompat jauh
Lontar peluru
Lompat tinggi
400 m
110 m lari berpagar
Lempar cakera
Lompat bergalah
Rejam lembing
1500 m
Atlit yang menjuarai acara ini sering dianggap sebagai atlit paling lengkap. Perserta yang mengambil bahagian harus
menggabungkan kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman serta semangat kesukanan yang tinggi. Mereka juga
marnpu mengekalkan prestasi yang tinggi sepanjang dua hari acara itu dijalankan. Untuk memenangi acara ini
secara keseluruhan, peserta perlu mengambil bahagian dalam semua acara. Setiap pencapaian dalam sesuatu
acara akan diberkan mata mengikut ketetapan yang digariskan oleh persekutuan Olahraga Amatur
Antarabangs(IAAF). Peserta menunjukkan prestasi yang tlnggi sudah tentu memperoleh mata yang tinggi. Mata yang
dipungut oleh para pesertata dalam ke semua sepuluh acara itu diumlahkan dan eserta yang memungut mata
tertinggi dikira sebagai pemenang.
Acara dekathon mi dipercavai ala pada akhir abad ke-19. Ketika itu terdapat 10 acara yang digabungkan, tempoh
pertandingan hanva dalam sehari sahaja. Dekathon pertama kali disenaraikan sebagai acara Sukari Olimpik pada
tahun 1012 ketika sukan itu diadakan di Stockholm. Ketika itu semua acara ini dijalankan dalam masa tiga hari.
Bagaimanapun, kini acara tersebut diadákan dalam tempoh dua han sahaja bagi mengelakkan peserta daripada
kemungkinan menjadi bosan dan membebankan. Kini dekatlon merupakan acara tetap dalam setiap perjumpaan
olahraga utama dunia.
Heptathlon
Heptathlon mierupakan gabungan tujuh acara yang dikhususkan untuk wanita sahaja. Untuk menguji kemampuan
para peserta menerusi gabungan ketiga-tiga acara olahraga. Acara heptathlon juga diadakan dalam tempoh dua
han. Acara-acara yang terdapat dalam acara heptathlon mi mengikut susunannya adalah seperti berikut:
Hari pertama Hari kedua
100 m berpagar
Lompat tinggi
Lontar peluru
200 m
Lompat jauh
Rejam lembing
800 m
Seperti dekathlon, pemenang daIam acara heptathlon ditentukan menerusi jumlah keseluruhan mata vang dipungut
dalam semua acara yang dipertandingkan. Peserta yang berjava memungut mata terbanyak dikira pemenang. Hanya
pemenang keseluruhan diberikan hadiah dan bukan pemenang untuk setiap acara yang dipertandingkan. Pemenang
acara ini dianggap sebagai juara keseluruhan bahagian wanita.
BALAPAN UNTUK OLAHRAGA
Pihak penganjur sukan hendaklah memastikan supaya semua acara yang akan dipertandingkan dalam sesuatu
perjumpaan olahraga dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Persediaan awal yang merangkumi perala tan
dan kemudahan untuk setiap acara hendaklah diberi perhatian. Salah satu kemudahan yang utama ialah balapan
yang bakal diadakan dalam perjumpaaan itu. Biasanya balapan diadakan di padang besar seperti stadium bola.
Di negara kita boleh dikatakan di setiap stadium disediakan balapan mengelilingi padang bola. Ini memudahkan
mana-mana pihak untuk menganjurkan sesuatu kejohanan atau perjumpaan olahraga. Biasanya balapan yang
mengandungi Iapan lorong disediakan. Balapan diperbuat daripada bitumen dan ada pula daripada tartan. Setiap
lorong balapan sejauh 400 meter . Di sekolah atau daerah, kebanyakan balapan dibuat apabila perjumpaan olahraga
diadakan. Begitu juga dengan kemudahan untuk acara-acara padang. Bahagian atau kawasan tertentu di dalam
padang dikhaskan bagi semua acara padang. Setiap pihak penganjur akan berusaha mengadakan kemudahan ini
sebaik mungkin mengikut kesesuaian atau peringkat perjumpaan itu.