catatan hari anugerah

Upload: izzi-izhan

Post on 05-Nov-2015

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

karangan catatan hari anugerah

TRANSCRIPT

Sabtu, 11 April 20157.30 pagi Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 berkumpul di dewan sekolah. Guru-guru juga telah berada di dalam dewan bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan SJKT Ladang Voules.7.45 pagiTetamu-tetamu kehormat mengambil tempat di dalam dewan. Para ibu bapa juga tidak ketinggalan memenuhi tempat duduk yang disediakan. Guru-guru bertungkus-lumus menjalankan tugas yang telah diamanahkan.8.00 pagiMajlis Anugerah Kecemerlangan membuka tirainya apabila guru besar mula menyampaikan ucapan. Semua tetamu mendengar ucapan guru besar dengan tekun. Seterusnya, tetamu kehormat iaitu ADUN Kemelah menyampaikan ucapannya dan merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SJKT Ladang Voules.9.00 pagiMurid-murid membuat persembahan khas sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan. Murid-murid Tahun 4 menyampaikan persembahan lakonan. Murid-murid Tahun 5 pula mendeklamasikan sajak bertemakan Guru, manakala murid-murid Tahun 6 membuat persembahan koir. Semua tetamu terhibur dengan persembahan yang telah disampaikan oleh murid-murid.10.00 pagiPenyampaian hadiah kepada murid-murid cemerlang dalam pelajaran bermula. Semua murid cemerlang dalam setiap mata pelajaran menerima sebuah piala kecemerlangan. Murid-murid yang menerima anugerah tersenyum gembira. Ibu bapa murid juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar anak mereka yang menerima hadiah kecemerlangan.12.00 tengah hariMajlis Anugerah Kecemerlangan SJKT Ladang Voules berakhir. Semua tetamu menjamu selera makanan yang telah disediakan di kantin sekolah. 1.00 tengah hariMurid-murid dan para tetamu pulang ke rumah masing-masing dengan perasaan gembira.