cccccccaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak...
TRANSCRIPT
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 1
CCCCCCCCaaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa BBBBBBBBuuuuuuuuaaaaaaaatttttttt
‘‘‘‘‘‘‘‘HHHHHHHHaaaaaaaannnnnnnnddddddddmmmmmmmmaaaaaaaaddddddddeeeeeeee CCCCCCCChhhhhhhhooooooooccccccccoooooooollllllllaaaaaaaatttttttteeeeeeee’’’’’’’’
((((((((CCCCCCCCOOOOOOOOMMMMMMMMPPPPPPPPOOOOOOOOUUUUUUUUNNNNNNNNDDDDDDDD))))))))
OOlleehh :: KKhhaaiirruull AAkkmmaall IIbbrraahhiimm
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 2
Isi Kandungan
Tajuk Muka Surat
Disclaimer 2
Penghargaan 2
Pengenalan
• Apa itu coklat ?
• Kandungan coklat.
• Jenis – jenis coklat.
• Perbezaan antara coklat Couverture dan coklat
Compound.
• Bagaimana untuk membezakan antara coklat
Couverture dan coklat Compound.
3
3
3
4
4
4
Cara membuat ‘Handmade Chocolate’
• Apa itu ‘Handmade Chocolate’?
• Langkah mudah untuk menghasilkan ‘Handmade
Chocolate’.
• Jenis – jenis ‘Handmade Chocolate’.
5
5
5
6
Teknik Membuat ‘Handmade Chocolate’
• Langkah berjaga – jaga yang perlu diambil semasa
proses penyediaan ‘Handmade Chocolate’.
• Teknik mencairkan coklat Compound.
• Teknik membuat ‘Handmade Chocolate’.
7
7
8
9
Cara penyimpanan coklat 23
Resipi 24
Alamat – alamat pembekal coklat / kotak coklat / acuan
coklat.
30
Teknik Pemasaran 33
Biodata Penulis 35
Advertorial 37
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 3
Disclaimer
Untuk pengetahuan anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. E-
book ini ditulis khas untuk anda bagi mendedahkan teknik – teknik yang betul dan
mudah untuk membuat ‘Handmade Chocolate’. E-book ini akan mendedahkan
beberapa teknik pemasaran khusus kepada anda yang ingin menjalankan perniagaan
‘Handmade Chocolate’.
Beberapa perkara penting yang perlu anda tahu sebelum
membaca e-book ini.
1. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana – mana bahagian
didalam e-book ini.
2. Anda dilarang menjual e-book ini kepada mana – mana pihak tanpa melalui
laman web http://buatcoklat.co.cc
3. Anda dilarang mengedarkan e-book ini secara percuma.
4. Anda dilarang menjadikan e-book ini sebagai bonus kepada produk anda.
Penghargaan
E-book Cara Membuat ‘Handmade Chocolate’ ( Compound ) ini didedikasikan
khusus kepada :
• Semua yang berminat untuk mempelajari cara membuat ‘Handmade
Chocolate’.
• Semua usahawan yang ingin melakukan perniagaan ‘Handmade Chocolate’.
• Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
• Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan semangat untuk
meneruskan pembuatan e-book ini.
• Rakan perniagaan yang banyak membantu dalam mempromosikan e-book ini.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 4
Pengenalan
Apa itu coklat ?
• Coklat adalah gabungan beberapa bahan antaranya cocoa mask ( serbuk koko )
dan juga cocoa butter ( lemak koko ).
• Ada sesetengah coklat menggunakan ‘ Gantian Lemak Koko ‘ untuk dihasilkan.
• Penggunaan ‘ Gantian Lemak Koko ‘ yang berlebihan membuatkan coklat
tersebut tidak boleh diiktiraf sebagai coklat tulen.
• Lemak memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti sesuatu coklat.
• Semakin tinggi kandungan lemak didalam coklat, semakin tinggi kualiti coklat
tersebut.
• Lemak yang biasa digunakan dalam pembuatan coklat adalah lemak koko dan
juga lemak susu.
• Faktor yang menyebabkan perbezaan rasa coklat ialah :
1. Jenis biji koko.
2. Proses fermentasi ( pemeraman ) biji koko.
3. Penggorengan biji koko.
4. Proses percampuran – blending biji koko.
Kandungan Coklat. Bahan – bahan yang terkandung didalam sesuatu coklat adalah :
1. Lemak koko.
2.2.2.2. Gula.
3. Pepejal koko.
4.4.4.4. Susu.
5. Perasa.
6.6.6.6. Pengilmusi.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 5
Jenis – jenis Coklat Coklat terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
1. Coklat Tulen / Couverture Coklat
2. Coklat Compound.
* Pembuatan coklat ‘ handmade ‘ menggunakan Coklat Tulen / Couverture tidak
akan diterangkan dalam ebook ini.
Perbezaan Antara Coklat Couverture dan Coklat
Compound.
Coklat Couverture Coklat Compound
1. Dihasilkan menggunakan cocoa
butter ( lemak koko ).
Dihasilkan menggunakan lemak sayur.
2. Mudah cair. Tidak mudah cair.
3. Kurang keras. Lebih keras.
4. Kurang stabil pada suhu bilik. Lebih stabil pada suhu bilik.
5. Lebih sedap berbanding coklat
Compound.
Kurang sedap berbanding coklat
Couverture.
6. Sukar untuk dihasilkan. Mudah untuk dihasilkan.
7. Harga lebih mahal berbanding
coklat Compound.
Harga lebih murah berbanding coklat
Couverture.
Bagaimana Untuk Membezakan Antara Coklat
Compound dan Coklat Couverture ?
1. Untuk membezakan antara coklat Compound dan coklat Couverture,
kebiasaan cara yang digunakan adalah dengan melihat takat kecairan
coklat apabila dipegang. Jika coklat mudah cair apabila dipegang,
kebarangkalian coklat tersebut adalah coklat Couverture.
2. Untuk memastikan lagi, makan coklat tersebut dengan menyimpan di
lelangit mulut sekitar 25 saat sehingga cair sebelum ditelan. Jika terasa
haus dan wujud rasa ‘ lilin ‘, maka coklat tersebut adalah coklat
Compound.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 6
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate’
Pengenalan
Apa itu ‘ Handmade Chocolate ‘ ?
• ‘ Handmade Chocolate ‘ adalah coklat yang dihasilkan menggunakan tangan
atau dengan penggunaan mesin yang minimum sekali.
• Mempunyai nilai yang tinggi dan harga yang lebih mahal berbanding coklat
yang dihasilkan menggunakan mesin.
• Merupakan satu seni yang amat dihargai bagi masyarakat Barat.
• ‘ Handmade Chocolate ‘ menggambarkan kualiti, kreativiti dan kemahiran
tangan yang berkualiti tinggi.
Langkah mudah untuk menghasilkan ‘ Handmade
Chocolate’. (* Seperti yang telah saya beritahu kepada anda sebelum ini, ebook ini hanya akan
menerangkan tentang cara menghasilkan ‘ Handmade Chocolate ‘ menggunakan
coklat Compound sahaja. Penghasilan ‘ Handmade Chocolate ‘ menggunakan
coklat Couverture tidak akan diterangkan dalam ebook ini.)
Langkah untuk menghasilkan ‘ Handmade Chocolate ‘ menggunakan coklat
Compound adalah seperti berikut :
Coklat Compound → Pencairan ( ~ 40oC – 60
oC ) → Isi dalam
acuan
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 7
Jenis – jenis ‘ Handmade Chocolate ‘. ‘ Handmade Chocolate ‘ terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya :
1.1.1.1. Bar
2.2.2.2. Praline
3.3.3.3. Truffle
4.4.4.4. Enrobed
5.5.5.5. Splitter
6.6.6.6. Hollow Figures
7.7.7.7. Handfree
Jenis ‘ Handmade Chocolate ‘ yang selalu digunakan adalah bar, truffle dan praline.
Jenis yang terakhir ( Handfree ) adalah jenis ‘ Handmade Chocolate ‘ yang jarang
dihasilkan oleh para pembuat coklat. Kebiasaan ‘ Handmade Chocolate ‘ jenis ini
dihasilkan oleh pembuat coklat yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran yang
tinggi dalam pembuatan coklat.
Apa itu coklat Bar, Praline, Truffle, Enrobed, Splitter,
Hollow Figures dan Handfree ini ?
Jenis Penerangan
Bar Berbentuk batang seperti Cadbury
Praline Berintikan ‘ Nut ‘ seperti Almond dan Hazel
Truffle Berintikan ‘ Soft filling ‘ atau Ganache
Enrobed Biskut atau bahan lain yang kemudian disalut dengan coklat
Splitter Coklat yang dicampur dengan bahan – bahan lain seperti ‘ Nut ‘
dan dijatuhkan diatas dulang.
Hollow Figures Coklat yang berbentuk dengan acuan khas
Handfree Bentuk bebas
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 8
Teknik Membuat ‘ Handmade Chocolate ‘. Didalam ebook ini, hanya 3 teknik sahaja yang akan diterangkan dengan menggunakan
gambar rajah iaitu :
1. Hollow Figures,
2. Praline, dan
3. Truffle
Ketiga – tiga teknik ini adalah teknik asas. Setelah anda mahir ketiga – tiga teknik
tersebut, anda akan dapat menggunakan teknik – teknik yang selebihnya untuk
menghasilkan ‘ Handmade Chocolate ‘ iaitu :
1. Bar
2. Enrobed
3. Splitter
Dan seterusnya Handfree.( bergantung kepada kemahiran dan kreativiti anda ).
Langkah berjaga – jaga yang perlu diambil semasa
proses penyediaan ‘Handmade Chocolate’. � Pastikan peralatan yang digunakan untuk membuat ‘Handmade Chocolate’
adalah kering.
� Pastikan suhu air panas yang digunakan untuk mencairkan coklat sekitar 70oC –
80oC. Jangan menggunakan air panas yang menggelegak kerana suhu air panas
tersebut adalah 100oC.
� Pastikan coklat betul – betul cair sebelum membuat ‘Handmade Chocolate’.
� Semasa proses penyejukan coklat, pastikan tiada makanan yang mempunyai
bau yang kuat didalam peti sejuk seperti durian, ikan, ubat – ubatan yang berbau
dan lain – lain kerana ia akan menjejaskan bau dan rasa coklat tersebut.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 9
Teknik Mencairkan Coklat Compound.
Sebelum mempelajari teknik – teknik membuat ‘Handmade Chocolate’, anda perlu
mahir dalam teknik mencairkan coklat Compound. Teknik mencairkan coklat
Compound tidak sama seperti mencairkan coklat Couverture dan coklat Masakan.
Coklat Compound tidak boleh dicairkan menggunakan kuali seperti coklat Masakan.
Begitu juga coklat Couverture. Teknik mencairkan coklat Compound dan coklat
Couverture seakan – akan sama cuma teknik untuk mencairkan coklat Couverture
sedikit kompleks. ( * teknik mencairkan coklat Couverture tidak akan diterangkan dalam
ebook ini.)
Teknik Mencairkan Coklat Compound.
Peralatan yang diperlukan :
500 g coklat Compound
Pisau
Mangkuk Aluminium
Periuk / Flask
Air Panas ( Suhu sekitar 70
– 80oC
Spatula
* Pastikan semua peralatan berada dalam keadaan kering.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 10
Cara – caranya ialah :
1. Potong 500 g
coklat kepada
beberapa kiub –
kiub kecil.
2. Masukkan kiub – kiub
coklat tersebut
kedalam mangkuk
aluminium.
3. Masukkan air
panas kedalam
periuk.
4. Letakkan
mangkuk
aluminium yang
telah berisi coklat
keatas periuk yang
telah diisi dengan
air panas.
5. Kacau coklat tersebut
menggunakan spatula
sehingga cair.
* Untuk cepat cair, pastikan
anda padamkan / perlahankan
kipas / penghawa dingin
supaya air panas tidak cepat
sejuk.
6. Pastikan coklat
betul –betul cair.
Tiada ketulan
coklat yang
tinggal.
7. Tinggalkan
mangkuk
aluminium yang
berisi coklat berada
diatas periuk yang
berisi air panas
tadi supaya coklat
akan kekal cair.
8. Jika coklat mula
mengeras, gantikan
air didalam periuk
kepada air panas yang
baru. Kemudian,
kacau coklat sehingga
cair kembali.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 11
Teknik Membuat ‘Handmade Chocolate’
Teknik 1 : Hollow Figures
Peralatan yang diperlukan :
1. Coklat yang telah
dicairkan.
2.2.2.2. Acuan coklat.
3.3.3.3. Peti Sejuk.
4. Sudu.
5.5.5.5. Dulang / Bekas.
6. Perata.
7.7.7.7. Cawan kertas.
8.8.8.8. Kotak coklat.
* Pastikan semua peralatan berada dalam keadaan kering.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 12
Cara – caranya ialah :
1. Masukkan coklat
yang telah
dicairkan ke
dalam acuan
coklat menggunakan
sudu.
2. Hentakkan acuan
di atas meja /
marmar beberapa
kali sehingga
memenuhi ruangan didalam
acuan. Pastikan
tiada gelembung
angin terperangkap
didalam acuan.
3. Ratakan permukaan
atas acuan dan
sisirkan lebihan
coklat dengan
menggunakan perata.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 13
4. Kemudian,
masukkan coklat
yang telah
diletakkan ke
dalam acuan tadi
ke dalam peti
sejuk.
5. Tinggalkan coklat
tersebut ke dalam
peti sejuk selama
15 minit.
6. Selepas 15 minit,
keluarkan coklat
tersebut dari peti
sejuk. Pastikan
coklat tersebut
sudah keras dengan
melihat ruang
udara di bahagian
bawah acuan tersebut. Jika
terdapat ruang
udara di bahagian
bawah acuan coklat tersebut,
maka coklat
tersebut sudah
keras dan sudah
boleh dikeluarkan.
Jika belum,
masukkan kembali
coklat tersebut ke
dalam peti sejuk
untuk beberapa
minit.
7. Coklat yang sudah
keras tadi boleh
dikeluarkan dari
acuan dan
dimasukkan ke
dalam dulang /
bekas.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 14
8. Masukkan setiap
coklat ke dalam
cawan kertas
supaya coklat tidak
melekat pada
dasar kotak coklat
apabila disusun
didalam kotak
coklat.
9. Susun coklat yang
telah dimasukkan
ke dalam cawan
kertas ke dalam
kotak coklat.
10. Akhir sekali, hias
kotak coklat mengikut
kreativiti anda.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 15
Teknik 2 : Praline
Peralatan yang diperlukan :
1. Coklat yang telah
dicairkan.
2.2.2.2. Acuan coklat.
3.3.3.3. Peti Sejuk.
4. Sudu.
5.5.5.5. Dulang / Bekas.
6. Perata.
7.7.7.7. Cawan kertas.
8.8.8.8. Kotak coklat.
9. Nut ( Almond /
Hazel nut / Biji gajus
/ Kismis / Kekacang
Wallnut. )
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 16
10.10.10.10. Garfu / Lidi /
Stick
* Pastikan semua peralatan berada dalam keadaan kering.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 17
Cara – caranya ialah :
1. Masukkan coklat
yang telah
dicairkan ke
dalam acuan
coklat menggunakan
sudu.
2. Hentakkan acuan di
atas meja / marmar
beberapa kali
sehingga memenuhi
ruangan didalam
acuan. Pastikan tiada
gelembung angin terperangkap didalam
acuan.
3. Ratakan permukaan
atas acuan dan
sisirkan lebihan
coklat dengan
menggunakan perata.
4. Letakkan ‘ Nut ‘
diatas coklat pada
setiap acuan.
5. Masukkan ‘ Nut ‘ ke
dalam coklat dengan
menggunakan lidi /
stick sehingga
tenggelam.
6. Ratakan permukaan
atas acuan dan
sisirkan lebihan
coklat dengan
menggunakan perata.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 18
7. Kemudian,
masukkan coklat
yang telah
diletakkan ke
dalam acuan tadi
ke dalam peti
sejuk.
8. Tinggalkan coklat tersebut ke
dalam peti sejuk
selama 15 minit.
9. Selepas 15 minit,
keluarkan coklat
tersebut dari peti
sejuk. Pastikan
coklat tersebut sudah
keras dengan melihat
ruang udara di
bahagian bawah
acuan tersebut. Jika
terdapat ruang
udara di bahagian
bawah acuan coklat
tersebut, maka coklat
tersebut sudah keras
dan sudah boleh
dikeluarkan. Jika
belum, masukkan
kembali coklat
tersebut ke dalam
peti sejuk untuk
beberapa minit.
10. Coklat yang sudah
keras tadi boleh
dikeluarkan dari
acuan dan
dimasukkan ke
dalam dulang /
bekas.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 19
11. Masukkan setiap
coklat ke dalam
cawan kertas
supaya coklat
tidak melekat
pada dasar kotak
coklat apabila
disusun didalam
kotak coklat.
12. Susun coklat yang
telah dimasukkan ke
dalam cawan kertas
ke dalam kotak
coklat.
13. Akhir sekali, hias
kotak coklat mengikut
kreativiti anda.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 20
Teknik 3 : Truffle
Peralatan yang diperlukan :
1. Coklat yang telah
dicairkan.
2. Acuan coklat.
3. Peti Sejuk.
4. Sudu.
5. Dulang / Bekas.
6. Perata.
7. Cawan kertas.
8. Kotak coklat.
9. Soft filling (
Strawberry filling /
Peanut Butter /
Coklat Putih. )
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 21
10. Lidi / Stick
11. Piping bag.
* Pastikan semua peralatan berada dalam keadaan kering.
Cara – caranya ialah :
1. Masukkan sedikit
coklat yang telah
dicairkan ke dalam
acuan coklat.
2. Ratakan coklat
didalam acuan
menggunakan lidi /
stick.
3. Masukkan coklat ke
dalam peti sejuk
selama 1 minit.
4. Masukkan ‘ soft
filling ‘ ke dalam
piping bag.
5. Keluarkan coklat
dari peti sejuk dan
masukkan ‘ soft
filling ‘ ke dalam
setiap lubang
acuan.
6. Tambah coklat yang
telah dicairkan
sehingga memenuhi
lubang acuan.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 22
7. Ratakan permukaan
atas acuan dan
sisirkan lebihan
coklat dengan
menggunakan
perata.
8. Kemudian,
masukkan coklat
yang telah
diletakkan ke dalam
acuan tadi ke dalam
peti sejuk.
9. Tinggalkan coklat
tersebut ke dalam
peti sejuk selama
15 minit.
10. Selepas 15 minit,
keluarkan coklat
tersebut dari peti
sejuk. Pastikan
coklat tersebut
sudah keras dengan
melihat ruang
udara di bahagian
bawah acuan tersebut. Jika
terdapat ruang
udara di bahagian
bawah acuan coklat
tersebut, maka
coklat tersebut sudah
keras dan sudah
boleh dikeluarkan.
Jika belum,
masukkan kembali
coklat tersebut ke
dalam peti sejuk
untuk beberapa
minit.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 23
11. Coklat yang sudah
keras tadi boleh
dikeluarkan dari
acuan dan
dimasukkan ke
dalam dulang /
bekas.
12. Masukkan setiap
coklat ke dalam
cawan kertas
supaya coklat tidak
melekat pada dasar
kotak coklat apabila
disusun didalam
kotak coklat.
13. Susun coklat yang
telah dimasukkan ke
dalam cawan kertas
ke dalam kotak
coklat.
14. Akhir sekali, hias
kotak coklat
mengikut kreativiti
anda.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 24
Teknik 4 : Coklat Bar
( * Teknik ini dan teknik seterusnya tidak akan ditunjukkan gambar rajah. )
Peralatan yang diperlukan :
1. Coklat yang telah dicairkan.
2. Acuan coklat bar.
3. Kertas Aluminium.
4. Peti sejuk.
5. Perata.
6. Dulang / bekas.
7. Kotak coklat.
8. Cawan kertas.
9. Kertas. ( Untuk membalut coklat yang telah dibalut dengan kertas aluminium. )
Cara – caranya ialah :
1. Masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam acuan coklat bar.
2. Hentak acuan coklat bar sehingga gelembung angin yang terperangkap didalam
acuan dikeluarkan.
3. Ratakan bahagian atas acuan coklat dan bersihkan lebihan coklat dengan
perata.
4. Masukkan acuan coklat bar yang telah diisi dengan coklat ke dalam peti sejuk.
5. Setelah keras, keluarkan coklat dari peti sejuk.
6. Keluarkan coklat dari acuan dan letakkan ke dalam dulang / bekas.
7. Balut coklat bar tadi dengan kertas aluminium.
8. Kemudian, balutkan pula coklat bar yang telah dibalut dengan kertas
aluminium dengan kertas.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 25
Teknik 5 : Enrobed
Peralatan yang diperlukan :
1. Coklat yang telah dicairkan.
2. Mangkuk.
3. Inti ( Kekacang / Biskut / Wafer / Jeli )
4. Garfu / Stick
5. Dulang / bekas.
6. Acuan coklat.
7. Peti sejuk.
Cara – caranya ialah :
1. Coklat yang telah dicairkan dibiarkan didalam mangkuk.
2. Masukkan inti didalam mangkuk lalu di disalut dengan coklat menggunakan
garfu / stick.
3. Angkat inti yang telah disalut dengan garfu / stick. Goyangkan perlahan –
lahan agar coklat yang berlebihan gugur ke bawah.
4. Letak inti yang telah disalut tersebut diatas dulang.
5. Hias coklat tersebut.
6. Hentakkan acuan agar inti menjadi rata.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga keras.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 26
Teknik 6 : Splitter
Peralatan yang diperlukan :
1. Coklat yang telah dicairkan.
2. Mangkuk.
3. Kekacang.
4. Spatula.
5. Sudu.
6. Dulang / Cawan kertas.
7. Peti sejuk
Cara – caranya ialah :
1. Masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan kekacang ke dalam mangkuk lalu dikacau dengan spatula sehingga
sebati.
3. Jatuhkan / letakkan coklat ke atas dulang / cawan kertas menggunakan sudu.
4. Hias coklat mengikut kreativiti anda.
5. Masukkan coklat ke dalam peti sejuk.
Cara Penyimpanan Coklat
♦ Coklat yang telah siap harus disimpan pada suhu sekitar 21 – 24oC.
♦ Coklat yang baru dikeluarkan dari peti sejuk harus dibiarkan dahulu sebelum
disimpan mengikut suhu diatas.
♦ Coklat yang telah siap boleh juga disimpan pada suhu bilik tetapi jangka hayat
coklat akan menjadi lebih pendek berbanding disimpan pada suhu diatas.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 27
Resipi
Cocoa Praline
Bahan – bahan :
1. 75 g Whipping cream. ( boleh diganti dengan evaporated milk / susu segar )
2. 15 g madu / glucose gel.
3. 2.5 g serbuk koko.
4. 100 g milk chocolate
Cara :
1. Panaskan susu, serbuk koko dan madu hingga sebati.
2. Masukkan coklat dalam campuran susu yang panas dan gaul sehingga sebati.
3. Pipe inti yang sudah siap ke dalam coklat ‘ shell ‘.
* Untuk perisa kopi, gantikan serbuk koko dengan serbuk Nescafe.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 28
Strawberry Praline
Bahan – bahan :
1. 60 g Whipping cream ( boleh digantikan dengan evaporation milk / susu segar )
2. 30 g strawberry pie filling / jem.
3. ½ sudu teh strawberry paste.
4. ½ sudu teh strawberry flavor.
5. 150 g white chocolate.
Cara :
1. Panaskan susu, strawberry pie filling dan strawberry flavor hingga sebati.
2. Masukkan white coklate ke dalam campuran susu yang panas dan gaul sehingga
sebati.
3. Pipe inti yang sudah siap ke dalam coklat ‘ shell ‘.
* Untuk Orange chocolate, ganti strawberry pie filling dengan orange sunquick dan
gantikan strawberry paste & flavor dengan orange paste & flavor.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 29
Dark Mint Chocolate
Bahan – bahan :
1. 300 g Dark Compound coklat ( atau milk / white compound )
2. ½ sudu teh mint flavor.
Cara :
1. Cairkan coklat yang telah dicincang ke atas air panas.
2. Masukkan mint flavor ke dalam coklat yang telah cair.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 30
White Chocolate Truffle
Bahan – bahan :
1. 8 oz white chocolate ( dipotong halus )
2. 1/3 cawan butter
3. 1 kuning telur.
4. ¾ cawan kekacang hancur / almond hancur.
Cara :
1. Cairkan coklat dan butter menggunakan double boiler. Setelah cair, angkat dan
masukkan kuning telur dan pukul dengan sederhana sehingga sebati dan sedikit
sejuk.
2. Tutup mangkuk dengan plastic makanan dan biarkan sejuk selama 12 – 24 jam
dalam ruang yang sejuk dan kering.
3. Bentukkan dalam bebola bersaiz 1 inci dan golekkan atas hancuran almond.
Setelah siap, masukkan ke dalam peti sejuk, angkat semula dan biarkan bersuhu
bilik.
4. Jika sebatian terlalu lembut sehingga sukar untuk menjadikan bentuk bebola,
maka tambah 1 sudu gula tepung sehingga sebatian boleh dibentuk menjadi
bebola kecil.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 31
Coklat Fudge
Bahan – bahan :
1. 18oz cream cheese.
2. 4 cawan gula tepung.
3. 1 ½ sudu ekstrak vanilla.
4. 12 oz coklat putih.
5. ¾ cawan kacang pecan yang dipotong halus.
Cara :
1. Cairkan coklat menggunakan double boiler.
2. Setelah itu, pukul cream cheese dengan sederhana. Tambahkan gula dan vanilla,
pukul semula sehingga sebati.
3. Masukkan campuran tadi ke dalam cairan coklat. Tambah kacang pecan, kacau
semula sehingga sebati.
4. Tuang ke dalam dulang. Masukkan ke dalam peti sejuk.
5. Potong dalam bentuk segi empat tepat.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 32
Buckeye Candy
Bahan – bahan :
1. 12 oz chocolate chip
2. ½ cawan butter
3. 1 lbs gula tepung
4. 1 sudu vanilla
5. 1 – 2 susu shortening
Cara :
1. Campurkan peanut butter, gula & vanilla. Kacau sehingga sebati. Bentukkan
adunan dalam bebola bersaiz 1 inci. Kemudian sejukkan.
2. Cairkan coklat dan shortening dengan system double boiler.
3. Celup bebola ke dalam coklat cair. Toskan dan letak di atas dulang. Hiaskan dan
sejukkan sehingga mengeras.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 33
Alamat –alamat Pembekal Coklat / Kotak
Coklat / Acuan Coklat
The Box Shoppe
No. 8, Jalan Putra Perdana 2/3,
Taman Putra Perdana,
47100 Puchong,
Selangor.
Tel : 03-83195992
Fax : 03-83195993
H / P : 012-2150729
E-mail : [email protected]
Bagus
HQ 52, Jalan Rugbi 13/30,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 03-55110688
Fax : 03-55110689
Shah Alam 56-58, Jalan Rugbi 13/30,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 03-55110688
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 34
Fax : 03-55110689
Melawati 214, Jalan Negara 2,
Taman Melawati,
53300 Kuala Lumpur.
Tel / Fax : 03-41060688
Kajang 3A, Jalan Jelok 6,
Metro Point,
43000 Kajang,
Selangor.
Tel / Fax : 03-87365688
Permata 2724, Jalan Permata 4,
Taman Permata,
53300 Ampang,
Selangor.
Tel / Fax : 03-41060488
Klang 27, Lorong Batu Nilam 21 C,
Bandar Bukit Tinggi,
41200 Klang,
Selangor.
Tel / Fax : 03-33240288
Kota Damansara A-6-G Block A, Jalan Teknologi 3/9,
Bistari ‘ DE ‘ Kota,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 35
Tel / Fax : 603-61421378
http://www.bagus.com.my
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 36
Teknik Pemasaran
1. Promosikan ‘Handmade Chocolate’ anda kepada rakan –
rakan, jiran – jiran dan sanak – saudara.
Bonus kepada anda yang peramah dan mempunyai ramai rakan. Ini adalah antara
teknik yang sesuai untuk anda. Perkenalkan ‘Handmade Chocolate’ yang anda buat
kepada rakan – rakan anda. Beri sample kepada mereka untuk mereka rasa. Teknik ini
mungkin memerlukan modal sedikit. Tetapi jangan bimbang. Modal yang anda
keluarkan untuk membuat sample kepada rakan anda akan dikembalikan semula. Rakan
anda adalah prospek yang sangat mempercayai anda. Bila mereka merasakan coklat
anda bagus, mereka akan memberi tahu kepada rakan yang lain. Sekali gus,
perniagaan ‘Handmade Chocolate’ anda akan berkembang. Teknik ini di namakan
‘Viral Marketing’.
2. Upah orang untuk menjual coklat anda
Teknik ini jika diinternet di panggil ‘Affiliate’. Teknik affiliate ini adalah anda
memberi upah kepada orang yang menjual coklat anda. Teknik ini boleh dilaksanakan
sama ada di internet atau di dunia sebenar.
Untuk internet, anda perlu mempunyai laman web dan perlu dipasang dengan skrip
affiliate. Skrip affiliate ini boleh didapati pada harga RM 50 sahaja. Anda perlu mencari
agen untuk menjual coklat anda diinternet. Saya cadangkan anda mencari agen untuk
coklat ‘Handmade Chocolate’ anda di forum wang cyber kerana forum tersebut
menempatkan ramai usahawan yang berjaya. Usahawan tersebut biasanya mempunyai
bilangan ‘mailing list’ yang ramai. Bilangan list yang ramai akan membuatkan coklat
anda laris di pasaran internet.Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil
perhatian sebelum mencari agen di wang cyber.
• Jangan melakukan ‘spam’ di forum tersebut.
• Baca syarat –syarat yang dinyatakan di forum tersebut sebelum melakukan pos.
Untuk melakukan teknik affiliate di dunia sebenar, saya cadangkan anda mencari agen
yang terdiri daripada suri rumah dan peniaga.
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 37
3. Promosikan ‘Handmade Chocolate’ di forum
Sebelum melakukan apa – apa promosi, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah :
“Siapakah pelanggan sasaran anda ?”
Selama pemerhatian saya, saya mendapati pelanggan yang paling ramai membuat
permintaan terhadap coklat adalah “Bakal Pengantin”. Mereka banyak membuat
permintaan coklat untuk dijadikan ‘hantaran’ dan hadiah kepada pengunjung ke majlis
perkahwinan mereka.
Saya cadangkan anda mempromosi ‘Handmade Chocolate’ anda di forum
kahwinmall.com. Sebelum ini saya pernah memasarkan ‘Handmade Chocolate’ saya di
forum itu dan saya dapati seramai 120 pengunjung telah melihat iklan saya dalam masa
2 hari. Ini bermakna forum ini adalah tempat yang paling sesuai untuk anda
mempromosikan ‘Handmade Chocolate’ ciptaan anda.
Teknik yang saya gunakan untuk menarik pengunjung yang ramai untuk melihat iklan
saya ialah dengan menggunakan ayat penarik seperti ‘Tawaran istimewa’, ‘Berita
baik’, ‘Potongan harga’, ‘ Perhatian !’ dan ‘Hadiah Percuma’.
4. Promosikan Handmade Chocolate anda di Facebook.
Facebook ialah satu laman web social yang popular. Berjuta orang melawati laman web
Facebook setiap hari. Justeru itu, laman web Facebook adalah antara medium
pemasaran yang sangat berkesan pada masa kini. Ramai usahawan menggunakan
Facebook untuk mempromosikan produk mereka. Cara untuk mempromosikan di
Facebook sangat mudah. Antaranya, dengan memuat naik gambar coklat anda di
Facebook. Caranya ialah :
• Login ke Facebook anda. Jika anda belum membuka akaun Facebook, sila
daftar dahulu akaun Facebook. Kemudian ‘add’ rakan-rakan anda yang
mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan anda.
• Upload gambar coklat anda ke akaun Facebook anda.
• Setelah itu, tuliskan maklumat mengenai coklat anda seperti harga dan jenis di
bahagian ‘Description’.
• Kemudian, ‘Tag’ rakan-rakan Facebook anda pada gambar coklat anda.
• Selepas itu, anda lihatlah ramai rakan Facebook anda menempah coklat dari
anda. ☺
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )
Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 38
5. Promosikan di Majalah.com.
Majalah.com ialah laman web pengiklanan percuma yang mempunyai pengunjung
yang ramai setiap hari. Di Majalah.com, anda hanya boleh menghantar iklan
sekali/seminggu untuk satu akaun yang dibuka. Pengunjung laman web Majalah.com
terdiri daripada orang yang mencari produk/perkhidmatan yang dapat memudahkan
kerja mereka, orang yang mencari peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan,
dan orang yang mencari peluang perniagaan. Jadi, Majalah.com adalah satu tempat
yang baik untuk anda menjual Handmade Chocolate anda dan mencari ejen untuk
menjual Handmade Chocolate anda. Jadi, saya cadangkan anda menjadikan
Majalah.com sebagai salah satu rutin sambilan anda untuk menghantar 1 iklan setiap
minggu.
6. Promosikan dengan pelbagai cara lagi
Sebenarnya, terdapat banyak lagi cara promosi yang boleh anda lakukan. Teknik
promosi diatas adalah antara teknik promosi yang saya sendiri lakukan untuk
mengembangkan perniagaan ‘Handmade Chocolate’ buatan saya. Saya cadangkan anda
cuba dahulu 3 teknik promosi diatas, kemudian anda boleh cari dan kaji teknik promosi
yang lain.