cerita bm tahun 2 2015

3
Salam Sejahtera dan Salam perpaduan, saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, dif-dif kehormat, Para hakim yang arif bagi bijaksana. Tuan guru besar, guru- guru, para peserta dan para hadirin sekalian. Wanita Tua Dengan Doktor. Begitulah bunyinya tajuk cerita saya pada hari ini. Pada masa dahulu, terdapat seorang wanita tua yang amat kaya. Dia memiliki sebuah rumah yang besar. Di samping itu, terdapat pelbagai barang yang bernilai tinggi di dalam rumahnya. Malangnya wanita tua itu telah menghidapi penyakit mata dengan tiba-tiba. Dia cuma dapat melihat secara samar-samar sahaja. Pada suatu hari, wanita tua itu menjemput seorang doktor merawat penyakit matanya. Dia bersetuju membayar ganjaran yang amat besar sebaik sahaja doktor itu berjaya menyembuhkan penyakitnya. Doktor tersebut mengubati mata wanita tua setiap hari. Setiap hari pula dia melihat barang-barang yang amat cantik di dalam rumah wanita tua itu. Doktor bertanya kepada wanita tua, “adakah barang- barang di rumah ini amat bernilai”? Wanita tua

Upload: jessica-barnes

Post on 03-Oct-2015

71 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Cerita Bahasa Malaysia tahun 2 untuk pertandingan bercerita peringkat sekolah dan daerah 2015

TRANSCRIPT

Salam Sejahtera dan Salam perpaduan, saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, dif-dif kehormat, Para hakim yang arif bagi bijaksana. Tuan guru besar, guru-guru, para peserta dan para hadirin sekalian. Wanita Tua Dengan Doktor. Begitulah bunyinya tajuk cerita saya pada hari ini.Pada masa dahulu, terdapat seorang wanita tua yang amat kaya. Dia memiliki sebuah rumah yang besar. Di samping itu, terdapat pelbagai barang yang bernilai tinggi di dalam rumahnya. Malangnya wanita tua itu telah menghidapi penyakit mata dengan tiba-tiba. Dia cuma dapat melihat secara samar-samar sahaja.Pada suatu hari, wanita tua itu menjemput seorang doktor merawat penyakit matanya. Dia bersetuju membayar ganjaran yang amat besar sebaik sahaja doktor itu berjaya menyembuhkan penyakitnya. Doktor tersebut mengubati mata wanita tua setiap hari. Setiap hari pula dia melihat barang-barang yang amat cantik di dalam rumah wanita tua itu.Doktor bertanya kepada wanita tua, adakah barang-barang di rumah ini amat bernilai? Wanita tua menjawab. memanglah setiap barang ini amat bernilai! setelah mendengar kata-kata wanita tua itu, niat jahat mula timbul dalam lubuk hati doktor. Dia mahu mencuri satu barang wanita tua itu ketika wanita tua menutup matanya untuk dibubuh ubat.Dengan cara itu, setiap kali selepas mengubati mata wanita tua, doktor pasti mencuri satu barang dari rumah wanita tua itu. Apabila wanita tua sembuh daripada penyakit mata, barang-barang di dalam rumahnya itu juga hampir habis dicuri. Bagaimanapun, doktor masih tidak mengenal erti malu atas perbuatannya. Dia tetap mahu meminta ganjaran daripada wanita tua tetapi wanita tua tidak mahu membayarnya.Doktor pun membawa wanita tua ke hadapan Tuan Hakim untuk diadili. Doktor menuduh atas kesalahan wanita tua itu bahawa dia enggan membayar ganjaran yang telah dijanjikan. Wanita tua tersebut terus membelakan diri dengan menceritakan atas kecurian yang dilakukan oleh doktor itu.Tuan Hakim sungguh hairan. Beliau pergi menyiasat dan cuba memahami keadaan yang sebenarnya. Setelah penyiasatan dijalankan, Tuan Hakim pun menjatuhkan hukuman. Doktor diwajibkan memulangkan kesemua barang yang dicurinya dari rumah wanita tua, kata Tuan Hakim. Di samping itu, wanita tua tidak perlu memberi sebarang ganjaran. Akibatnya, doktor tidak memperoleh apa-apa. Dia pergi dari situ dengan penuh kecewa. Jangan cuba mengambil kesempatan terhadap kesusahan seseorang.Sekian. Terima kasih.