cerita mtq lelaki 2015.docx
DESCRIPTION
hijrahTRANSCRIPT
TAJUK:
PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W KE MADINAH
Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana ,
guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang
bertajuk PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W.
Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan, Nasyid
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.
Kaum muslimin Mekah mendapat tentangan dan penyeksaan yang maha hebat
dari kaum kafir Quraisy Mekah.Mereka disiksa dan ada yang dibunuh kerana Islam.
Oleh kerana keadaan yang begitu mencabar, mereka diarahkan oleh Rasulullah supaya
berhijrah ke Madinah atas perintah Allah. Lalu, berhijrahlah muslimin Mekah ke
Madinah.
Pada waktu itu, Rasulullah masih lagi berada di Mekah menunggu perintah Allah
supaya berhijrah bersama-sama beberapa orang sahabat baginda iaitu Saidina Ali dan
Saidina Abu Bakar . Saidina Abu Bakar sentiasa meminta izin untuk berhijrah terlebih
dahulu daripada baginda tetapi dilarang oleh baginda kerana Allah telah memilihnya
untuk menjadi peneman kepada Baginda . Sabda Rasulullah s.a.w " Allah telah
mengizinkan berhijrah dan meninggalkan Mekah "
Disini dapat kita lihat bahawa Rasulullah tidak berhijrah selagi belum mendapat
izin dari Allah. Kebanyakan kita hari ini kurang mengamalkan kebiasaan meminta izin
terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Oleh sebab itulah banyak berlaku
perkara-perkara yang meruntuhkan akhlak dan moral di kalangan remaja.Jadi, kita
sebagai anak dan pelajar perlu mengamalkan amalan meminta izin dan restu dari ibu
bapa dan guru-guru sebelum melakukan sesuatu agar segala perbuatan kita itu
mendapat restu dan rahmat serta keberkatan Allah.
Rakan-rakan sekalian,
Hijrah bukanlah suatu perkara yang berlaku secara tidak sengaja tetapi
segala-galanya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah. Sebab itulah perjalanan
Baginda bersama Saidina Abu Bakar tetap berjalan dengan lancar walaupun banyak
halangan. Antaranay pada malam sebelum baginda bertolak. Baginda tahu orang kafir
Quraisy mengepung rumah baginda dan baginda telah memerintahkan Saidina Ali tidur
ditempat baginda. Waktu itu Allah telah menghalang pandangan Musyrikin yang
mengepung baginda dan baginda dapat melepaskan diri. Baginda juga tidak terus ke
Madinah sebaliknya bersembunyi dahulu di Gua Thur selama beberapa hari hingga
keadaan menjadi reda barulah baginda meneruskan perjalanan ke Madinah. Maka
dengan perancangan yang teliti disertakan dengan pertolongan dari Allah,
terselamatlah baginda dari ancaman kaum musyrikin Quraisy seperti firman Allah dalam
surah Al-Anfaal ayat 30 yang berbunyi :
Ertinya : “. mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan
Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.”
Begitulah dengan kita hari ini, membuat perancangan yang teliti sebelum melakukan
sesuatu perkara akan menjamin keputusan yang baik seperti yang diingini . Contohnya,
peperiksaan UPSR yang hampir tiba , kita seharusnya merancang cara-cara untuk
belajar dan mengulangkaji dengan baik maka hasilnya nanti akan mendapat keputusan
yang cemerlang.
Hadirin sekalian,
Baginda meneruskan perjalanan ke Madinah setelah bersembunyi di Gua Thur selama
3 hari. Sebelum tiba di Madinah baginda bersama Saidina Abu Bakar singgah di Quba
dan berhenti rehat di tempat Bani Amr bin Auf selama 10 hari . Baginda sempat
mendirikan sebuah masjid di Quba dan ia merupakan masjid pertama dalam sejarah
Islam dan dinamakan sebagai Masjid Quba' .
Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 108:
Ertinya : “ Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya.
Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari
pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya.
Setelah 10 hari berada di Quba', baginda meneruskan perjalanan menuju ke
Madinah. Setelah mengetahui berita kedatangan Rasulullah maka penduduk Madinah
bersiap sedia menyambut ketibaan baginda. Apabila tiba di Madinah, baginda disambut
dengan penuh kegembiraan . Mereka mengucapkan ALLAHU AKBAR , ALLAHU
AKBAR RASULULLAH TELAH TIBA dan menyanyi kegembiraan. Setiap keluarga
mahu Rasulullah singgah di rumah mereka tapi akhirnya unta Rasulullah berhenti di
tempat jemuran kurma dihadapan rumah Abu Ayub Al-Anshari dan jemuran itu
kepunyaan dua anak yatim.Baginda terus membeli tanah tersebut dari wali kedua anak
yatim tersebut dan mendirikan masjid di atas tanah tersebut dan dikenali sebagai
Masjid Nabawi.
Begitulah kawan-kawan, Walau di mana jua baginda berada , pasti baginda akan
mendirikan masjid sebagai tempat untuk baginda menyebarkan islam. Baginda sentiasa
meletakkan Islam pada martabat yang tinggi. Berbeza dengan kita pada hari ini,
walaupun masjid terbina dengan banyaknya, masih ada yang lupa pada ajaran Islam
bahkan ada yang langsung tidak mengamalkan ajaran islam. Sebab itulah banyak
berlaku perkara-perkara seperti zina, judi, bunuh membunuh dan sebagainya.Jadi,
sebagai umat Islam kita tidak seharusnya menjadikan ajaran Islam sebagai perkara
yang tidak penting tetapi kita harus meletakkan Islam sebagai asas perkara yang paling
penting dan utama dalam kehidupan kita.
Setelah sampai di Madinah, baginda memulakan dakwah dan mengambil
beberapa langkah positif untuk menyatukan mereka. Perkara utama ialah dengan
mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan Ansar. Baginda bersabda :
????????amp;#710;?? ???amp;#8240; ???amp;#8222;?amp;#8222;?amp;#8216;?
amp;#381;?amp;#8225;? ???amp;#381;???amp;#381;?amp;#710;?amp;#381;?
amp;#352;?amp;#8224;? ???amp;#381;???amp;#381;?amp;#710;?amp;#381;?
amp;#352;?amp;#8224;?
Ertinya : Bersaudaralah kamu sekalian di jalan Allah seperti saudara kandung
Allah juga dengan jelas memuji kaum Ansar dan kaum Muhajirin atas penyatuan yang
dijalinkan dengan cinta kasih sesamanya
Rasulullah membina persaudaraan atas dasar agama. Baginda mengatur
kedudukan kaum Muhajirin yang fakir kerana mereka memerlukan pembinaan dengan
penuh perhatian dan ditanamkan dalam hati mereka berdasarkan peringkat saling
mempercayai antara satu sama lain.kemudian baginda juga membuat penyatuan
dengan kaum Yahudi atas dasar yang tertulis antara Muhajirin dengan
Berbeza keadaannya dengan kita pada hari ini yang seolah-olah melupakan
soal persaudaraan. Dengan saudara sendiri adakalanya tidak mengenali antara satu
sama lain apatah lagi dengan saudara seagama. Semuanya melakukan hal-hal masing-
masing. Jika kita mengambil tahu hal orang lain kita akan dianggap sebagai menjaga
tepi kain orang. Oleh kerana sikap beginilah maka wujudnya sikap pentingkan diri
sendiri dan perkauman. Jadi sebagai umat islam kita mestilah sentiasa hormat
menghormati dan tolong menolong serta kasih mengasihi antara satu sama lain supaya
wujud satu masyarakat yang aman dan harmoni.
Berakhirlah kisah saya pada kali ini . Sekian wa billahi tawfiq wal hidayah
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.