cerita mtq

11
Cerita Lelaki Sekolah Rendah HIJRAH RASULULLAH S.A.W Assalamualaikum w.b.t Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk HIJRAH RASULULLAH S.A.W Hijrah itu pengorbanan, Hijrah itu perjuangan, Nasyid Hijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk perpaduan. Kaum muslimin Mekah mendapat tentangan dan penyeksaan yang maha hebat dari kaum kafir Quraisy Mekah.Mereka disiksa dan ada yang dibunuh kerana Islam. Oleh kerana keadaan yang begitu mencabar, mereka diarahkan oleh Rasulullah supaya berhijrah ke Madinah atas perintah Allah. Lalu, berhijrahlah muslimin Mekah ke Madinah. Sabda Rasulullah s.a.w " Allah telah mengizinkan berhijrah dan meninggalkan Mekah " Pada waktu itu, Rasulullah masih lagi berada di Mekah menunggu perintah Allah supaya berhijrah bersama-sama beberapa orang sahabat baginda iaitu Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar . Saidina Abu Bakar sentiasa meminta izin untuk berhijrah terlebih dahulu daripada baginda tetapi dilarang oleh baginda kerana Allah telah memilihnya untuk menjadi peneman kepada Baginda . Disini dapat kita lihat bahawa Rasulullah tidak berhijrah selagi belum mendapat izin dari Allah. Kebanyakan kita hari ini kurang mengamalkan kebiasaan meminta izin terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Oleh sebab itulah banyak berlaku perkara-perkara yang meruntuhkan akhlak dan moral di kalangan remaja.Jadi, kita sebagai anak dan pelajar perlu

Upload: kathryn-brown

Post on 06-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

nabi suib

TRANSCRIPT

Cerita Lelaki Sekolah Rendah

HIJRAH RASULULLAH S.A.W Assalamualaikum w.b.tTerima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk HIJRAH RASULULLAH S.A.W Hijrah itu pengorbanan,Hijrah itu perjuangan, NasyidHijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk perpaduan.

Kaum muslimin Mekah mendapat tentangan dan penyeksaan yang maha hebat dari kaum kafir Quraisy Mekah.Mereka disiksa dan ada yang dibunuh kerana Islam. Oleh kerana keadaan yang begitu mencabar, mereka diarahkan oleh Rasulullah supaya berhijrah ke Madinah atas perintah Allah. Lalu, berhijrahlah muslimin Mekah ke Madinah. Sabda Rasulullah s.a.w " Allah telah mengizinkan berhijrah dan meninggalkan Mekah "Pada waktu itu, Rasulullah masih lagi berada di Mekah menunggu perintah Allah supaya berhijrah bersama-sama beberapa orang sahabat baginda iaitu Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar . Saidina Abu Bakar sentiasa meminta izin untuk berhijrah terlebih dahulu daripada baginda tetapi dilarang oleh baginda kerana Allah telah memilihnya untuk menjadi peneman kepada Baginda . Disini dapat kita lihat bahawa Rasulullah tidak berhijrah selagi belum mendapat izin dari Allah. Kebanyakan kita hari ini kurang mengamalkan kebiasaan meminta izin terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Oleh sebab itulah banyak berlaku perkara-perkara yang meruntuhkan akhlak dan moral di kalangan remaja.Jadi, kita sebagai anak dan pelajar perlu mengamalkan amalan meminta izin dan restu dari ibu bapa dan guru-guru sebelum melakukan sesuatu agar segala perbuatan kita itu mendapat restu dan rahmat serta keberkatan Allah.Rakan-rakan sekalian, Hijrah bukanlah suatu perkara yang berlaku secara tidak sengaja tetapi segala-galanya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah. dikeheningan malam yang sunyiEngkau tertatih melangkahBersama Sahabat setiaMu Abu BakarEngkau Berjalan Mencari Perlindungan ALLAHDari kejaran Kafir Quraisy

Ya NabiyallahYa RasullallahYa Habiballah Antaranay pada malam sebelum baginda bertolak. Baginda tahu orang kafir Quraisy mengepung rumah baginda dan baginda telah memerintahkan Saidina Ali tidur ditempat baginda. Waktu itu Allah telah menghalang pandangan Musyrikin yang mengepung baginda dan baginda dapat melepaskan diri. Dari Meekah Engkau berjalan ke Maddinah.Bersembunyi di Gua TsurDemi memperjuangkan IslamDan Mendakwahkan Agama ALLAH

Maka dengan perancangan yang teliti disertakan dengan pertolongan dari Allah, terselamatlah baginda dari ancaman kaum musyrikin Quraisy seperti firman Allah dalam surah Al-Anfaal ayat 30 yang berbunyi : Ertinya : . mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. Begitulah dengan kita hari ini, membuat perancangan yang teliti sebelum melakukan sesuatu perkara akan menjamin keputusan yang baik seperti yang diingini . Contohnya, peperiksaan UPSR yang hampir tiba , kita seharusnya merancang cara-cara untuk belajar dan mengulangkaji dengan baik maka hasilnya nanti akan mendapat keputusan yang cemerlang. Hadirin sekalian, Baginda meneruskan perjalanan ke Madinah setelah bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari. Sebelum tiba di Madinah baginda bersama Saidina Abu Bakar singgah di Quba dan berhenti rehat di tempat Bani Amr bin Auf selama 10 hari . Baginda sempat mendirikan sebuah masjid di Quba dan ia merupakan masjid pertama dalam sejarah Islam dan dinamakan sebagai Masjid Quba' .Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 108: Ertinya : Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Setelah 10 hari berada di Quba', baginda meneruskan perjalanan menuju ke Madinah. Setelah mengetahui berita kedatangan Rasulullah maka penduduk Madinah bersiap sedia menyambut ketibaan baginda. Apabila tiba di Madinah, baginda disambut dengan penuh kegembiraan . Mereka mengucapkan ALLAHU AKBAR , ALLAHU AKBAR RASULULLAH TELAH TIBA dan menyanyi kegembiraan

. Setiap keluarga mahu Rasulullah singgah di rumah mereka tapi akhirnya unta Rasulullah berhenti di tempat jemuran kurma dihadapan rumah Abu Ayub Al-Anshari dan jemuran itu kepunyaan dua anak yatim.Baginda terus membeli tanah tersebut dari wali kedua anak yatim tersebut dan mendirikan masjid di atas tanah tersebut dan dikenali sebagai Masjid Nabawi. Begitulah kawan-kawan, Walau di mana jua baginda berada , pasti baginda akan mendirikan masjid sebagai tempat untuk baginda menyebarkan islam. Baginda sentiasa meletakkan Islam pada martabat yang tinggi. Berbeza dengan kita pada hari ini, walaupun masjid terbina dengan banyaknya, masih ada yang lupa pada ajaran Islam bahkan ada yang langsung tidak mengamalkan ajaran islam. Sebab itulah banyak berlaku perkara-perkara seperti zina, judi, bunuh membunuh dan sebagainya.Jadi, sebagai umat Islam kita tidak seharusnya menjadikan ajaran Islam sebagai perkara yang tidak penting tetapi kita harus meletakkan Islam sebagai asas perkara yang paling penting dan utama dalam kehidupan kita. Setelah sampai di Madinah, baginda memulakan dakwah dan mengambil beberapa langkah positif untuk menyatukan mereka. Tanpa rasa lelahEngkau Memperjuangkan Agama ALLAHTanpa Rasa Takut Nyamu EnyahEngkau Tetap BerdakwahDemi Menyempurnakan Akhlaq ManusiaPerkara utama ialah dengan mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan Ansar. Baginda bersabda :Ertinya : Bersaudaralah kamu sekalian di jalan Allah seperti saudara kandungAllah juga dengan jelas memuji kaum Ansar dan kaum Muhajirin atas penyatuan yang dijalinkan dengan cinta kasih sesamanya Rasulullah membina persaudaraan atas dasar agama. Baginda mengatur kedudukan kaum Muhajirin yang fakir kerana mereka memerlukan pembinaan dengan penuh perhatian dan ditanamkan dalam hati mereka berdasarkan peringkat saling mempercayai antara satu sama lain.kemudian baginda juga membuat penyatuan dengan kaum Yahudi atas dasar yang tertulis antara Muhajirin dengan ansar

Engkau Bawa kami dari Jiwa yang GelapKe Jiwa yang TerangEngkau Tunjukan kami jalan KeselamatanJalan KebenaranEngkau Sempurnakan akhlaqul Mazmumah...Menjadi Akhlaqul Karimah

Ya NabiyallahYa RasullallahYa HabiballahYa Rahmatan Lil Alamin

Berbeza keadaannya dengan kita pada hari ini yang seolah-olah melupakan soal persaudaraan. Dengan saudara sendiri adakalanya tidak mengenali antara satu sama lain apatah lagi dengan saudara seagama. Semuanya melakukan hal-hal masing-masing. Jika kita mengambil tahu hal orang lain kita akan dianggap sebagai menjaga tepi kain orang. Oleh kerana sikap beginilah maka wujudnya sikap pentingkan diri sendiri dan perkauman. Jadi sebagai umat islam kita mestilah sentiasa hormat menghormati dan tolong menolong serta kasih mengasihi antara satu sama lain supaya wujud satu masyarakat yang aman dan harmoni.Marilah kita berhijrah, Dari Mazmumah ke Mahmudah, membentuk perpaduan umah, seperti mana yang Allah S.W.T. Perintah, Kisah Hijrah ini penuh pengajaran, walaupun kini tinggal kenangan, menandakan satu kemenangan, umat Islam yang berpanjangan..Berakhirlah kisah saya pada kali ini . Sekian wa billahi tawfiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Teks cerita lelaki sekolah rendahAssalamualaikum pembuka bicara,Terima kasih pengerusi acara,Barisan hakim yang bijaksanaGuru-guru dan rakan semua mari dengar cerita.Pada hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk unta mukjizat. Tersebutlah kisah, suatu cerita,Buat pedoman kita bersama,Nabi Saleh dan unta betinanya,Dibunuh Thamud kaum yang derhaka.Begini kisahnya kawan-kawan....Kaum Thamud ini telah diceritakan seperti dalam firman Allah, surah Al-Hijr ayat 82 Yang bermaksud :Dan adalah mereka memahat gunung untuk membuat rumah-rumah mereka berkeadaan aman di dalamnyaMereka juga hidup dengan berkebun dan membuat berhala. Mereka hidup dengan menyembah berhala. Ada yang kaya-raya dan ada yang hidup miskin sebagai hamba. Lazimnya, yang miskin hina itu hidupnya selalu ditindas. Kawan-kawan, kita janganlah bersikap sedemikian. Kerana rezeki yang kita ada pada hari ini adalah datang daripada Allah SWT. Janganlah kita menjadi orang yang tamak dan kedekut. Dalam semak ada duri,Ayam kuning buat sarang;Orang tamak selalu rugi,Bagai anjing dengan bayang-bayangWarga dewan yang dikasihi sekalian,Kaum Tsamud ini tidak mengenal Tuhan Yang Maha Esa. Tuhan mereka adalah berhala-berhala yang mereka sembah dan puja. Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya berada dalam kegelapan terus-menerus tanpa diutuskan nabi pesuruh untuk memberi penerangan dan memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat ke jalan yang benar. Maka Nabi Salih alaihisalam diutuskan kepada mereka dan berdakwah mengajak kembali kepada Allah. Nabi Salih menyeru kaumnya seperti dalam surah Hud ayat 61 : Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".Nabi Salih meminta mereka bertakwa kepada Allah, menasihati mereka supaya tidak menyembah patung berhala kerana ia perbuatan terkutuk dan menyekutukan Allah. Mereka berdegil dan membelakangkan Nabi Salih. Mereka terus dengan perbuatan menyesatkan itu. Sedangkan kesenangan mereka nikmati dengan limpahan harta, kebun dan tanah yang subur, semuanya datang daripada kurniaan Allah. Disebabkan dikelilingi keselesaan dan kesenangan, mereka menjadi alpa. Mereka lupa semua kurniaan Allah, lupa untuk bersyukur dan lupa untuk beribadat kepada Tuhan yang satu. Jenuh Nabi Saleh menasihati mereka, tetapi tidak dipedulikan.Nabi Saleh mengingatkan merekaapabila tetap menyembah berhalatidak terampuni lagi dosa-dosanyatapi kaum Tsamud suka mendustameminta bukti akan kerasulannya.Demi dakwah, Nabi Salih bermunajat kepada Allah. Dengan mukjizatnya, tiba-tiba, keluarlah dari celah-celah batuan bukit seekor unta yang besar lagi cantik. Dan wahai kaumku! Ini adalah unta betina dari Allah untuk kamu sebagai tanda (mukjizat) yang membuktikan kebenaranku. Oleh itu, biarkanlah dia mencari makan di bumi Allah dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya, (kalau kamu menyakitinya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang dekat masa datangnya".Kecantikkan sang unta itu menggambarkan kesempurnaan ciptaan Allah. Siapa yang tidak terkejut dengan kejadian itu kawan-kawan.Tetapi segelintir sahaja dikalangan mereka yang mempercayai Nabi Salih alaihisalam. Yang lain tetap dengan kekufuran mereka.Nabi Salih memberitahu mereka supaya menjaga unta itu dengan baik. Unta betina Allah itu tidak pernah kering susunya sekalipun ramai yang memerah dan meminumnya. Orang yang beriman amat menyayanginya. Nabi Salih mengingatkan kaum Thamud agar jangan mengganggu unta betina itu dan membiarkan ia mencari makanannya sendiri di atas bumi Allah.Hadirin dewan yang saya hormati,Peristiwa tersebut sangat mencemaskan para pemuka masyarakat Tsamud. Hal itu tidak boleh dibiarkan. Unta itu jadi perlambang kemenangan Nabi Shaleh AS, maka itu harus segera dilenyapkan Unta Allah ini mempunyai giliran untuk mendapatkan air minum dan ternakan kaum Thamud juga mempunyai giliran untuk mendapatkan minum. Nabi Salih mengingatkan mereka jika janji tidak di kotakan bahawa Allah akan menurunkan azab-Nya. Nasihat Nabi Saleh tidak dipatuhi. Mata hati mereka buta, tidak mengenal antara nasihat, kebaikan dan ancaman bahaya. Mereka menyangka diri mereka lebih hebat dari segalanya. Justeru, mereka mengambil sikap lebih melampau, menyembelih unta betina itudengan cara yang sungguh angkuh terhadap perintah Allah. Mereka kemudian mencabar Nabi Saleh: "Hai Saleh, datangkanlah apa yangkamu ancamkan kepada kami, jika benar kamu termasuk orang-orang yangdiutuskan (Allah)." (Surah al-Araf ayat 77)Nabi Saleh memberikan amaran kepada mereka, dengan berkata:"Bersukarialah kamu sekalian di rumah kamu selama tiga hari. Janji itu tidak didustakan."Janji Allah tidak pernah dimungkiri. Setiap yang dijanjikan-Nya dikotakan,mengikut kehendak-Nya. Kawan-kawan,Diceritakan ahli tafsir, pada hari pertama, wajah mereka menjadi kuning, harikedua menjadi merah, manakala hari ketiga menjadi hitam.Pada hari ketiga iaitu hari terakhir dengan terbit matahari, dari langit dating teriakan kepada mereka manakala di bawah mereka bergoncang dengan kuat. Gempa bumi berguncang mengerikandisertai badai halilintar menakutkanbebatuan pun turun menjadi hujankaum Tsamud rebah bergugurantak satu pun mereka terselamatkan.Itulah tanda kemurkaan. Nabi Salih dan orang-orang yang beriman dengannya terselamat daripada azab terbabit. Mereka dapati mayat mereka yang ingkar bergelimpangan di sana sini. Subhanallah! Allah telah memberi kemenangan kepada orang yang beriman dan membinasakan orang-orang yang ingkar dengan perintah-Nya.Ingatlah hadirin sekalian, tsunami, taufan, gempa bumi dan segala bencana alamyang berlaku pada hari ini adalah bukti kekuasaan Allah. Janganlah kita lalai dengan tanggungjawab kita dimuka bumi ini sebagai khalifah Allah. Kita hendaklah yakin akan azab Allah dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita kecapi.Pengajaran Dari Kisah Nabi Salleh a.s.

Pengajaran yang menonjol yang dapat dipetik dari kisah Nabi Saleh ini ialah Bahawa dosa dan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh sekelompok kecil warga masyarakat dapat berakibat negatif yang membinasakan masyarakat itu seluruhnya.Lihatlah betapa kaum Tsamud menjadi binasa, hancur dan bahkan tersapu bersih dari atas bumi kerana dosa dan pelanggaran perintah Allah yang dilakukan oleh beberapa gelintir orang pembunuh unta Nabi Saleh A.S.Bersikap pasif acuh tak acuh terhadap maksiat dan kemungkaran yang berlaku di depan mata dapat diertikan sebagai persetujuan dan penyekutuan terhadap perbuatan mungkar itu.

WabilLahit taufiq wal hidayah. Wassalamu `alaikumW.B.T. Ilal liqo wa maas salamah.