cerita tentang gigi saya
TRANSCRIPT
-
8/17/2019 Cerita Tentang Gigi Saya
1/7
erita Tentang Gigi Saya
Disediakan oleh:
Nur Qystina binti Muhammad Daniel Hafiz
3 Al-Biruni
Sek Keb Seksyen 7Subjek:
Dunia Sains dan Teknologi
-
8/17/2019 Cerita Tentang Gigi Saya
2/7
Nur Qystina Muhammad Daniel Hafiz – 3 Al-Biruni – SKS7
Cerita Tentang Gigi Saya
Hai kawan-kawan! Nama saya Nur Qystina dari kelas 3 Al-Biruni. Hari ini saya akan
bercerita tentang gigi saya. Kawan-kawan gosok gigi tak? Kita haruslah menggosok gigi kitasekurang-kurangnya dua kali sehari, jika tidak, nanti gigi kita akan rosak. Gigi yang sentiasa
diberus dan dijaga dengan baik akan sentiasa sihat berseri. Selain memberus gigi, kita juga
harus menjaga pemakanan kita untuk memastikan gigi kekal sihat.
Gigi yang sering diberus akan sihat berseri Gigi yang tidak dijaga dengan baik akan rosak
-
8/17/2019 Cerita Tentang Gigi Saya
3/7
Nur Qystina Muhammad Daniel Hafiz – 3 Al-Biruni – SKS7
Baik Untuk Gigi
Ada beberapa jenis makanan yang boleh kita ambil untuk memastikan kesihatan gigi sentiasa
terjamin. Contoh makanan yang baik untuk gigi adalah buah-buahan seperti epal dan pisang,
sayur-sayuran seperti brokoli dan bayam, makanan sumber protein seperti ayam, telur dan
ikan serta makanan sumber kalsium seperti susu dan keju. Kalsium merupakan nutrisi yang
sangat baik untuk kesihatan gigi. Saya sentiasa memastikan saya meminum susu dua kali
sehari untuk mendapatkan sumber kalsium yang secukupnya agar gigi saya kuat dan sihat.
-
8/17/2019 Cerita Tentang Gigi Saya
4/7
Nur Qystina Muhammad Daniel Hafiz – 3 Al-Biruni – SKS7
Tidak Baik Untuk Gigi
Terdapat pula beberapa jenis makanan yang tidak baik untuk gigi. Contoh makanan tersebut
adalah aiskrim, coklat, gula-gula dan pelbagai jenis makanan yang manis. Jika kita terlalu
kerap mengambil makanan seperti ini, gigi akan cepat rosak dan sakit. Oleh itu, makanan-
makanan seperti ini harus cuba dielakkan sebaik mungkin atau segera memberus gigi selepas
memakannya.
-
8/17/2019 Cerita Tentang Gigi Saya
5/7
Nur Qystina Muhammad Daniel Hafiz – 3 Al-Biruni – SKS7
Cara Yang Betul Menggosok Gigi
Gigi juga harus digosok dengan kaedah yang betul bagi memastikan kebersihan gigi sentiasa
terjamin. Jika tidak, kuman-kuman akan tetap berkumpul dan boleh menyebabkan kerosakan
gigi. Contoh cara-cara yang betul menggosok gigi adalah seperti dalam gambarajah di bawah.
Cara yang betul menggosok gigi
-
8/17/2019 Cerita Tentang Gigi Saya
6/7
Nur Qystina Muhammad Daniel Hafiz – 3 Al-Biruni – SKS7
Akibat Tidak Menjaga Gigi Dengan Baik
Apabila gigi tidak dijaga dengan baik, kuman dan bakteria akan mula menyerang. Akibatnya,
gigi akan berlubang dan menyebabkan gusi dijangkiti kuman hingga menyebabkan kita
merasa sakit dan tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa. Jika sakit gigi, kita
harus segera berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan rawatan. Kita juga harus sentiasa
membuat pemeriksaan gigi dengan berjumpa doktor gigi setiap 6 bulan sekali.
-
8/17/2019 Cerita Tentang Gigi Saya
7/7
Nur Qystina Muhammad Daniel Hafiz – 3 Al-Biruni – SKS7
Gigi Sihat Senyuman Menawan
Kesimpulannya, kita haruslah bersungguh-sungguh menjaga kesihatan gigi kita. Gigi perlu
sentiasa digosok dengan cara yang betul dan pastikan kita mengambil makanan-makanan
yang baik untuk kesihatan gigi dan mengelakkan atau mengurangkan pemakanan yang boleh
merosakkan gigi. Gigi sihat senyuman menawan!