cerpen

14
Telur KASIH sayang seorang ibu tidak seperti kasih sayang seorang ayah. Seorang ibu lebih hampir dan lebih rapat dengan anaknya, berbanding perhubungan seorang ayah dengan anaknya. Seorang ibu juga, lebih gemar menitiskan air mata untuk meluahkan perasaan kesedihannya, berbanding dengan seorang ayah yang memilih untuk menahan dan memendam perasaan apabila seorang anak ditimpa kesusahan.. Pengorbanan dan penderitaan yang dilalui oleh seorang ibu terhadap seorang anak telah pun bermula awal sebelum lagi seorang anak itu dilahirkan berbanding pengorbanan yang dilalui oleh seorang ayah yang hanya bemula selepas seorang anak itu dilahirkan. Kasih sayang yang dicurahkan oleh seorang ibu dan seorang ayah terhadap seorang anak masing-masing memperlihatkan dan mempunyai nilainya tersendiri. Kaedah yang digunakan oleh seorang ibu dan seorang ayah untuk menyayangi dan mengasihi seorang anak mungkin berbeza, namun kesemuanya itu bertujuan untuk mewujudkan kekuatan jalinan perhubungan antara ibu bapa dan anak-anaknya. Rintik cuba menghayati semua nasihat Pak Cik Borek di atas. Semua apa yang telah diterangkan dan diperkatakan oleh Pak Cik Borek itu merupakan satu panduan kepada Rintik. Ia akan digunakannya sebagai persediaan untuk masa depannya. Rintik tahu, hari ini dia masih bergelar seorang anak. Rintik juga tahu, masanya untuk dia bergelar seseorang ayah pasti akan tiba juga. Para ahli keluarganya yang lainyang bukan sejenis dengannya, akan bergelar ibu pula.

Upload: cheryl

Post on 05-Dec-2015

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: cerpen

Telur

KASIH sayang seorang ibu tidak seperti kasih sayang seorang ayah.

Seorang ibu lebih hampir dan lebih rapat dengan anaknya, berbanding perhubungan

seorang ayah dengan anaknya.

Seorang ibu juga, lebih gemar menitiskan air mata untuk meluahkan perasaan

kesedihannya, berbanding dengan seorang ayah yang memilih untuk menahan dan

memendam perasaan apabila seorang anak ditimpa kesusahan..

Pengorbanan dan penderitaan yang dilalui oleh seorang ibu terhadap seorang anak

telah pun bermula awal sebelum lagi seorang anak itu dilahirkan berbanding pengorbanan

yang dilalui oleh seorang ayah yang hanya bemula selepas seorang anak itu dilahirkan.

Kasih sayang yang dicurahkan oleh seorang ibu dan seorang ayah terhadap seorang

anak masing-masing memperlihatkan dan mempunyai nilainya tersendiri. Kaedah yang

digunakan oleh seorang ibu dan seorang ayah untuk menyayangi dan mengasihi seorang

anak mungkin berbeza, namun kesemuanya itu bertujuan untuk mewujudkan kekuatan

jalinan perhubungan antara ibu bapa dan anak-anaknya.

Rintik cuba menghayati semua nasihat Pak Cik Borek di atas.

Semua apa yang telah diterangkan dan diperkatakan oleh Pak Cik Borek itu merupakan

satu panduan kepada Rintik. Ia akan digunakannya sebagai persediaan untuk masa

depannya. Rintik tahu, hari ini dia masih bergelar seorang anak. Rintik juga tahu, masanya

untuk dia bergelar seseorang ayah pasti akan tiba juga. Para ahli keluarganya yang

lain,yang bukan sejenis dengannya, akan bergelar ibu pula.

"Untuk hari ini,cukup sekadar itu saja dulu yang kau pelajari dariku," tekan Pak Cik

Borek. Kemudian, Pak Cik Borek mengingatkan Rintik lagi, "Esok, jangan lupa datang,kita

sambung cerita kita lagi.,,

"Esok, cerita mengenai apa pula, pak cik?" soal Rintik dengan perasaan penuh minat.

‘‘Ooo,untuk esok, ceritanya lagi menarik,” jawab Pak Cik Borek.

Page 2: cerpen

"Menarik! Wah, itu yang aku mahu dengar pak cik," sambut Rintik dengan perasaan

gembira. "Apa tajuk cerita pak cik yang menarik itu? soal Rintik ingin tahu.

‘‘Mengenai kisah telur."

"Kisah telur?"

Apabila Pak Cik Borek menyentuh tajuk ceritanya tentang kisah “telur itu, sejurus itu juga

Rintik terus teringat mengenai beberapa biji telur yang kini sedang dijaga dengan baik oleh

ibunya. Apabila Rintik cuba menjenguk atau teringin menyentuh telur tersebut, ibunya akan

menegurnya. Kulit telur yang lembut memungkinkan ibunya telah melarangnya untuk tidak

menyentuh telur-telur itu.

Telur-telur yang dijaga oleh ibunya itu, dilihatnya mempunyai saiz yang agak kecil,

PERSIMPANGAN LEBUH RAYA

berbentuk bujur berwarna putih. Telur-telur itu nampak begitu cornel sekali. Terasa juga hati

Rintik tercuit dan terpikat untuk mengambil atau menyimpan telur-telur tersebut untuk

dibawanya bermain-main.

Keinginan Rintik untuk mendengar cerita Pak Cik Borek mengenai kisah telur berkenaan

amat menarik perhatiannya. Minatnya untuk segera mendengar cerita Pak Cik Borek itu

telah memuncakkan perasaannya. Rintik terus meluahkan keinginan perasaannya itu

kepada Pak Cik Borek. Dia cuba menjelmakan minat yang begitu menebal untuk mendesak

Pak Cik Borek. "Bolehkah pak cik ceritakan tentang kisah telur itu. Aku teringin untuk

mendengarnya ini," pinta Rintik kepada Pak Cik Borek

Sambil menggeleng-geleng kepala,Pak Cik Borek menegurnya, "Kau ini Rintik, tidak

sabar- sabar mahu mendengar ceritaku ini," Kemudian, Pak Cik Borek kembali menasihati

Rintik, "Sekarang sudah hampir masuk waktu Maghrib. Jika kau lewat balik ke rumah, takut

pula nanti ibu bapamu akan memarahi engkau,” nasihat Pak Cik Borek, cuba mengambil

hati Rintik dan mengingatkan dirinya itu.

"Rintik tidak akan balik ke rumah kalau pak cik tak mahu ceritakan cerita pak cik itu

dulu,” balas Rintik dengan nada merajuk.

Page 3: cerpen

"Rintik, Rintik," geleng Pak Cik Borek. "Tak baik jika nasihat orang tua seperti pak cik ini

kau tak mahu dengar," tekan Pak Cik Borek.

‘‘Rintik tak mahu balik jika pak cik tak ceritakan cerita pak cik dulu," ulang Rintik lagi,

masih cuba merayu dan bermanja pada Pak Cik Borek.

Rayuan Rintik itu kembali digeleng-gelengkan oleh Pak Cik Borek lagi. Kemudian,

selepas menggeleng kepala, Pak Cik Borek menyapu manja ubun-ubun kepala Rintik yang

belum lagi begitu lebat ditumbuhi rambut.

“Kamu ini tidak seperti budak-budak kampung yang lain, Rintik. Mereka kulihat begitu

asyik bermain-main sahaja. Ada yang suka berkejar-kejaran. Ada pula yang suka

membuang masa melepak ke sana sini,”Pak Cik Borek cuba menyentuh perkara ini sambil

kepala Rintik terus diusapnya manja.

Kemudian, Pak Cik Borek terus menghidangkan pendapatnya yang ingin dikongsikannya

lagi dengan Rintik.

“Tapi perangai kau ini Rintik, lain sikit. Engkau kulihat tidak suka membuang dan

mensia-siakan masamu seperti budak-budak lain. Engkau suka mendampingi pak cik dan

membawa pak cik berbual-bual sambil mendengar cerita-cerita pak

Cik,”jelas Pak Cik Borck

Selepas itu,Pak Cik Borek menyambung lagi, "Mungkin,jika besar nanti,engkau ini

Rintik berbakat untuk menjadi seorang penulis. Pak Cik lihat, minat yang ada seperti kau ini

ialah jiwa penulis. Engkau begitu gemar berkongsi dan mendengar cerita-cerita pak cik.

Apabila engkau jadi penulis nanti, engkau bolehlah menceritakan kisah-kisah yang pak cik

ceritakan ini kepada anak- anakmu. Mana tau juga cerita-cerita yang engkau tulis itu nanti

boleh dijadikan tatapan generasi kita pada masa-masa akan datang," hurai Pak Cik Borek,

mengandaikan hal ini.

"Rintik memang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis, pak cik," tekan Rintik,

menyuarakan isi hatinya pada Pak Cik Borek.

"Apabila Rintik menjadi penulis nanti, Rintik mahu hasilkan bukan saja cerita-cerita yang

pak cik kongsikan dengan Rintik, tapi Rintik juga ingin menulis dan menghasilkan cerita-

gerita yang mengaitkan mengenai kehidupan masyarakat seperti kita yang tinggal di

kampung.”

Page 4: cerpen

"Bagus, Rintik, bagus,”sambut Pak Cik Borek, mencela seketika itu. Rintik meneruskan

perkongsian pendapatnya dengan Pak Cik Borek.

"Pada pendapat Rintik, mungkin pada suatu masa nanti, kehidupan masyarakat kaum

kita

akan lagi dapat merasakan suasana kehidupan seperti keadaan di kampung yang ada pada

masa ini. Keadaan itu akan berlaku apabila status dan suasana kampung telah berubah dan

berkembang secara berperingkat-peringkat. Hal seperti ini boleh berlaku melalui

perkembangan teknologi dan pembudayaan cara hidup baru dan mewah di kampung."

Rintik berhenti seketika untuk tidak meneruskan kata-katanya. Dia terdiam. Pandangan

matanya yang bulat dan kecil itu difokuskannya kepada Pak Cik Borek.

"Eh, kenapa kau berhenti bercerita, Rintik?" sahut Pak Cik Borek dengan perasaan

terkejut sedikit. "Pak cik seronok mendengar ceritamu itu tadi,” tekan Pak Cik Borek dengan

nada mendorong supaya Rintik dapat meneruskan perkongsian ceritanya itu dengannya.

"Pada pandangan Rintik, apabila status kampung telah berubah wajah menjadi kota,

masyarakat kaum kita tidak akan lagi dapat menikmati suasana budaya kehidupan kampung

seperti apa yang kita alami pada masa ini. Mungkin dengan perubahan itu, ia akan

menterjemahkan satu senario baru dalam bentuk kehidupan yang agak berlainan yang akan

dialami oleh kaum seperti kita."

Pandangan yang telah dikongsikan oleh Rintik

itu, dianggukkan oleh Pak Cik Borek. Untuk seketika, dia begitu lama membisukan dirinya.

Dia tidak berkata-kata sepatah kata pun. Pak Cik Borek termenung panjang, seperti sedang

membawa mindanya berkhayal jauh tanpa batas memikirkan pandangan yang telah

diluahkan oleh Rintik tadi.

"Kenapa pak cik diam?" soal Rintik dengan nada risau. "Pak cik kelihatan macam

susah hati sahaja,” sambung Rintik lagi.

“Pak cik mendiamkan diri kerana ceritamu tadi seakan-akan ada kaitan dengan cerita

pak cik mengenai kisah telur yang pak cik mahu cerita kepadamu itu.” Jelas Pak Cik Borek.

"Ehhh, yakah pak cik," sambu kehairanan.

Page 5: cerpen

"Sebenarnya, kisah telur ini juga mengaitkan mengenai kisah generasi masa depan yang

akan dialami dan dilalui oleh kaum kita.

"Bagaimana pula cerita telur itu pak cik? Ceritalah sekarang pak cik," desak Rintik yang

menginginkan supaya kisah mengenai telur itu dapat diteruskan oleh Pak Cik Borek. Rintik

memang teringin untuk mendengar kisah itu pada masa itu juga.

"Kisah mengenai telur ini sebenarnya pak cik peroleh daripada ibu bapa pak cik, Rintik.

Mereka pernah menceritakan pada pak cik cerita ini sewaktu umur pak cik macam umur kau

Rintik," jelas Pak Cik Borek.

“Kisah telur ini bukannya cerita yang benar. Ia hanya suatu rekaan. Tetapi, walaupun

begitu, pak cik khuatir, mungkin pada suatu masa nanti, ia akan menjadi suatu cerita yang

benar pula. Siapa tahu. Itulah yang selalu merisaukan hati pak cik," kata Pak Cik Borek,

meluahkan kebimbangannya.

"Kalaupun kisah telur itu tidak benar tapi, cerita sahajalah pak cik. Rintik teringin

mendengarnya," desak Rintik yang kini semakin meluahkan keinginannya untuk mendengar

kisah telur itu daripada Pak Cik Borek.

"Dahulukala, apabila ada telur-telur yang berjaya dihasilkan oleh kaum kita, berita itu

akan disambut dengan begitu gembira sekali oleh seluruh penduduk kampung. Mereka akan

meraihkan berita gembira itu dengan cara memberi berbagai-bagai hadiah yang istimewa

kepada kaum kita," kata Pak Cik Borek, memulakan ceritanya mengenai kisah telurnya itu.

“Bagaimana bentuk keistimewaan yang diberikan oleh penduduk kampung kepada kaum

kita itu, pak cik?" Rintik mencelah untuk bertanya seketika kepada Pak Cik Borek.

"Rumah kita sentiasa dikawal rapi supaya telur-telur yang berada di dalam rumah kita

tidak dicuri oleh penceroboh-penceroboh yang sentiasa datang menghendap untuk mencuri

telur-tersebut. Ini untuk memastikan supaya telur-telur yang dijaga tersebut dapat

menghasilkan generasi baharu daripada keturunan keluarga kaum kita berkenaan. Oleh

kerana tuan-tuan yang memiliki keluarga kaum kita begitu gembira dengan telur-telur yang

dihasilkan itu, maka mereka sanggup untuk membelanjakan wang yang lebih sedikit untuk

memberikan makanan kepada kaum keluarga yang menghasilkan telur-telur tersebut -

dengan makanan yang sedap dan lazat,” terang Pak Cik Borek.

“Wah, begitu ceritanya. Seronok betul saya dengar!” sambut Rintik dengan nada yang

bersemangat mendengar cerita Pak Cik Borek yang mula mengasyikkan perasaannya itu.

Page 6: cerpen

Kcmudian, Pak Cik Borek meneruskan lagi ceritanya itu, “Itu zaman dulu. Zaman yang

pernah dilalui oleh ibu bapa pak cik. Dan budaya seperti itu, hingga kini memang masih ada

yang mengamalkannya, walaupun ianya tidak melibatkan semua penduduk kampung,"

tekan Pak Cik Borek.

“Tapi…”

Pak Cik Borek berhenti seketika untuk meneruskan ceritanya. Dia cuba menggaru betisnya

yang separuh terdedah dan berbulu lebat itu.

"Tapi, apa lagi kisahnya pak cik?” dcsak Rintik, menyoal Pak Cik Borek.

Setelah selesai menggaru bctis kirinya dengan kukunya yang tajam, Pak Cik Borek

meneruskan ceritanya lagi, "Kalau ikut ramalan ibu bapa pak cik, budaya untuk meraihkan

telur-telur baru yang dihasilkan oleh kaum kita tidak akan lagi diteruskan oleh orang-orang

kampung. Ianya akan hanya menjadi sebuah sejarah lama sahaja. Sejarah masa lalu.

Generasi seperti kau mungkin tidak akan lagi dapat menikmati keseronokan budaya seperti

yang telah dilalui oleh zaman ibu bapa pak cik, ibu bapamu dan zaman pak cik dulu," tekan

Pak Cik Borek.

Rintik mengeluh panjang mendengar cerita Pak Cik Borek yang mula menyedihkan

hatinya itu.

"Sebab itulah pak cik berharap engkau dapat menjadi seorang penulis. Kisah sejarah

seperti apa yang telah pak cik sampaikan itu perlu engkau nukilkan melalui pena engkau

untuk tatapan generasimu dan generasi kita akan datang," pinta Pak Cik Borek.

"Mungkin nasib telur pada masa-masa akan datang yang dihasilkan oleh kaum kita akan

menghidangkan satu kisah yang lebih tragis dan menyedihkan jika pak cik ingin meneruskan

cerita pak cik ini," Pak Cik Borek cuba meneruskan ceritanya lagi untuk mendedahkan

sesuatu kepada Rintik mengenai kisah telurnya itu. Namun, seketika itu, dia berfikir panjang.

Dia khuatir kalau-kalau ceritanya itu nanti akan mendukakan hati Rintik.

"Adakah kisah telur yang pak cik ingin katakan itu hanya merupakan ramalan saja pak

cik?" Rintik menyoal Pak Cik Borek.

“Ianya mungkin hanya merupakan ramalan sahaja yang diceritakan oleh ibu bapa pak

cik pada pak cik. Tapi, apa yang pak cik tahu dan lalui hingga kini, nampaknya mungkin

Page 7: cerpen

ramalan itu akan menjadi suatu kisah benar. Pak cik pun berharap ramalan itu tidak akan

menjadi kenyataan," jawab Pak Cik Borek, cuba menenangkan perasaan Rintik.

"Apa yang diramalkan oleh ibu bapa pak cik?" Rintik terus menyoal Pak Cik Borek untuk

mendedahkan kepadanya mengenai cerita ramalan yang mengisahkan nasib telur akan

datang. 1

"Rintik mahu mendengarnya?" soal Pak Cik Borek.

Rintik menganggukkan kepalanya, “Ya, Rintik mahu dengar pak cik," jawab Rintik

dengan nada tegas.

Memandangkan waktu Maghrib sudah pun begitu hampir, dan keadaan ini disedari oleh

Pak Cik Borek, maka dia pun cuba memendekkan ceritanya itu.

"Generasi Rintik yang menghasilkan telur-telur diramalkannya tidak akan lagi diraihkan

oleh orang-orang kampung, seperti pada masa-masa lalu. Malah, telur-telur yang dihasilkan

oleh generasi Rintik akan banyak digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu, seperti tujuan

perubatan dan sebagainya."

"Ramalan yang amat menyedihkan Pak Cik Borek adalah mungkin semua rumah-rumah

kaum mereka yang dibina oleh orang-orang kampung masa kini akan dirobohkan dan

digantikan dengan tanaman perladangan komersial sama ada tanaman sayur-sayuran atau

pokok-pokok buah-buahan pada masa-masa akan datang."

"Kaum mereka daripada generasi Rintik tidak dipedulikan lagi. Ramalan yang lain adalah

wujudnya sejenis penyakit yang diramalkan akan menyerang kaum mereka. Penawar

penyakit tersebut dikatakan oleh ibu bapa Pak Cik Borek begitu sukar diubati dan dipulihkan.

Ianya dibawa oleh kaum burung."

"Kewujudan semua faktor-faktor ini akan merubah senario kaum mereka. Perubahan

senario itu akan menyebabkan generasi kaum mereka yang dipelopori oleh generasi Rintik

akan pupus. Orang-orang kampung akan bertukar selera untuk mendapatkan telur-telur

daripada kedai-kedai atau daripada rumah-rumah yang dibina oleh peniaga khas yang

membela kaum mereka bagi tujuan komersial."

"Telur-telur yang terdapat di rumah yang dibina oleh peniaga khas tersebut tidak

berfungsi untuk menghasilkan generasi baharu kaum mereka. Telur-telur tersebut diberikan

jenama dan nama baharu sebagai telur-telur komersial."

Page 8: cerpen

Rintik begitu bersedih mendengar cerita yang disampaikan oleh Pak Cik Borek.

Wajahnya, sugul. Hatinya berduka.

"Janganlah engkau bersedih, Rintik," pujuk Pak Cik Borek yang berusaha memulihkan

perasaan Rintik.

"Ceritaku itu tadi hanya merupakan ramalan saja, Rintik. Pak cik harap ianya tidak

menjadi kenyataan," ulas Pak Cik Borek, masih juga berusaha untuk cuba menenangkan

hati Rintik.

Beberapa orang rakan kaum Pak Cik Borek yang berada di sekitar mereka itu mula

menjerit-jerit kecil. Jeritan itu seakan-akan memanggil ahli-ahli keluarga mereka untuk balik

ke rumah masing-masing.

"Sekarang, baliklah engkau ke rumah engkau Rintik. Sekarang sudah masuk waktu

Maghrib. Takut pula nanti ibu bapamu akan mencari-cari engkau pula," nasihat Pak Cik

Borek.

Rintik mengangguk kepala.

Sebelum Rintik beredar meninggalkan Pak Cik Borck, Rintik berjanji untuk cuba

mengingati semua kisah-kisah yang telah disampaikan oleh Pak Cik Borek itu. Dia ingin

menulis cerita tersebut.

Bagi Rintik, walaupun kisah telur yang telah disampaikan oleh Pak Cik Borek tersebut

berupa ramalan, ianya perlu dinukilkannya melalui penanya. Pada pendapatnya lagi, cerita

tentang kisah telur itu mempunyai nilai ilmu, iaitu nilai sejarah, nilai sosial dan nilai

kemasyarakatan yang dimiliki oleh kaumnya.

Selepas berjalan beberapa minit meninggalkan Pak Cik Borek, Rintik pun sampai di

rumahnya.

Namun, apabila Rintik tiba di rumahnya, Rintik dihidangkan oleh satu senario yang

menimbulkan berbagai-bagai tanda tanya di ruang mindanya. Dia melihat ibunya menangis.

Ayahnya pula hanya mendiamkan dirinya, bermenung panjang.

Pada jangkaan Rintik, mungkin ibunya itu menangis kerana dia terlalu memikirkan

keadaan dirinya yang agak lewat balik ke rumahnya itu. Mungkin ibunya telah

menjangkakan bahawa dia telah diculik oleh orang-orang luar yang tidak dikenali yang

Page 9: cerpen

datang menceroboh di kampung mereka lalu menjadikan kaum mereka yang telah diculik

tersebut sebagai sumber pendapatan mereka. Peristiwa seperti ini telah pernah berlaku

beberapa bulan yang lalu.

“Ibu, Rintik sudah balik," jelas Rintik kepada ibunya. "Maafkan Rintik ibu," pujuk Rintik

Iagi, cuba mengambil hati ibunya yang sedang menangis teresak-esak itu.

"Rintik agak lewat balik ke rumah kerana Rintik menemui Pak Cik Borek tadi," terang

Rintik. "Ibu janganlah menangis," pujuk Rintik lagi.

Rayuan Rintik tidak juga diendahkan oleh ibunya. Ibunya terus menangis teresak-esak.

"Ibu, janganlah menangis ibu," pujuk Rintik lagi.

Kemudian, ayah Rintik yang sejak tadi hanya mendiamkan diri dan bcrmenung panjang,

datang menghampiri Rintik.

"Ibumu tidak akan berhenti menangis walaupun engkau cuba memujuknya," jelas

ayahnya.

"Kenapa ibu menangis ayah? Adakah ia kerana Rintik lewat balik ke rumah ayah?" tanya

Rintik cuba menyiasat hal ibunya itu dari ayahnya.

"Bukan kerana kau, Rintik," tekan ayahnya. “Ibumu menangis kerana semua telur-telur

yang dijaganya selama ini telah hilang dicuri orang," jelas ayahnya.

Berita yang telah disampaikan oleh ayahnya itu amat mengejutkan dan mendukakan

hati Rintik. Dia tahu, kehilangan telur-telur itu juga bermakna Rintik telah kehilangan semua

adik-adiknya yang bakal lahir daripada telur-telur yang ditangisi oleh ibunya itu.

Betullah ramalan kisah telur yang telah disampaikan oleh Pak Cik Borek itu. Telur-telur

yang telah dihasilkan oleh kaumnya kini tidak lagi seperti telur-telur dahulu yang diberikan

sambutan meriah oleh tuan-tuan mereka untuk mcnjaga dan mengawal telur-telur yang

berada di rumah mereka itu daripada dicerobohi dan dicuri orang.

Mungkin ramalan cerita Pak Cik Borek mengenai kepupusan generasi baharu kaumnya

yang cuba dihasilkan daripada telur-telur baharu telah mula menjadi suatu kenyataan.

Mungkin Rintiklah merupakan generasi terakhir daripada generasi ibu bapanya di kampung

itu. Semua perkara ini menghantui minda Rintik. Dan seperti ibunya juga, dia pun mula

menitiskan air mata.

Page 10: cerpen