cerpen

Upload: jaded-jade

Post on 10-Mar-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cerita pendek

TRANSCRIPT

SEORANG GADISDESAPosted by: cbe6516 on: November 15, 2008

In: Uncategorized No CommentsHari ini merupakan hari pertama Yan memulakan tugasnya sebagai seorang guru tadika. Gembiranya bukan kepalang meskipun perasaannya bercampur baur dengan debaran. Gelagat kanak-kanak memeningkan kepalanya, namun digagahinya jua untuk mengawal tingkah laku mereka.

Selangkah lagi untuk masuk ke dalam kelasnya, Yan disapa oleh seorang lelaki, segak bergaya. Dia merenung tajam ke arah Yan, sambil di bibirnya terukir sebuah senyuman manis yang bisa membuatkan seorang gadis seperti Yan untuk jatuh hati. Yan menoleh ke arah lelaki tersebut. Dia membalas senyuman itu. Pertemuan mereka disambung hingga ke bilik guru. Tahulah Yan akan tujuan kedatangan lelaki tersebut.

Cikgu Salimah menjeling kearah mereka berdua, mukanya mencuka sahaja. Beberapa ketika, Cikgu Salimah dibawa berjumpa dengan guru besar sekolah itu atas sebab memukul pelajar. Yan hanya menggelengkan kepalanya sambil mengeluh. Lelaki tadi mengundur diri untuk pulang. Dia sempat meninggalkan nombor telefonnya kepada Yan disebabkan anak saudaranya agak rapat dengan Yan, juga merupakan pelajar terbaik.

Yan melangkah malas menuju ke rumahnya. Dia masih teringat-ingat kepada lelaki tadi. Wajahnya seiras dengan wajah bekas tunangnya yang dahulu. Itulah yang membuatkan mindanya berputar-putar kerana teringatkannya.

Yan mengangkat gagang telefon, lalu ditekannya nombor satu-persatu.

Hello, boleh saya bercakap dengan Encik Reza? soal Yan.

Sebentar ya, nanti saya panggil dia, jawab si pemanggil.

Untuk masa sejam itu, Yan berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan pemuda siang tadi. Umurnya dalam lingkungan 20-an, tua setahun daripada umur Yan. Dia tinggal di kampung bersebelahan dengan kampung Yan. Selepas daripada berbual di telefon, mereka saling berutus surat dan bertanya khabar.

Pada suatu hari, ibu Yan jatuh sakit. Dia memanggil Yan untuk duduk di sisinya. Sambil menahan sebak, ibunya bersuara, Yan, mak teringin nak melihat kamu kahwin, yelah, umur mak pun dah semakin lanjut, mak boleh pergi bila-bila masa saja, keluh ibunya dengan suara yang amat sayu. Yan turut bersedih mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut ibunya itu.

Mak, bersabarlah. Yan masih muda lagi, mak. Tunggulah sebulan dua lagi kalau mak betul-betul dah tak sabar untuk menerima kehadiran seorang menantu. Yan akan usahakan juga, ya mak? jawab Yan perlahan tapi yakin.

Pon! Pon!

Ha, Yan, cuba kau lihat siapa yang datang tu ha, perintah ibu Yan.

Baiklah mak, akur Yan. Dijenguknya keluar rumah.

Oh, abang Reza. Kawan Yan, mak. Errjemputlah naik, bang, ajak Yan.

Terima kasih, jawab Reza.

Hey, Yan! Apa menung-menung ni? Tak best la camni. Apa masalahnya? Tegur kawan Yan, Cikgu Rohani, sambil menepuk mesra bahu Yan. Yan hanya tersengih kerana malu. Dia tidak dapat lagi menipu dirinya dan orang lain bahawa dia sekarang dalam dilema. Yan berada di persimpangan untuk memilih di antara tugas, kekasih dan ibunya. Di hadapannya menanti tugas sebagai seorang guru untuk mendidik anak bangsa dengan seikhlas hati. Selain itu, dia juga resah menanti jawapan yang pasti daripada Reza, apakah hubungan mereka serius sebagai kekasih atau hanya sebagai kawan. Ibunya pula tak habis-habis menyebut pasal perkahwinan Yan. Semuanya memeningkan kepala Yan.

Aku nasihatkan engkau, Yan, janganlah bermain dengan api. Kau masih muda, masih punya masa untuk itu semua. Aku syorkan biarlah Tuhan yang tentukan jodoh pertemuan itu. Berserahlah padaNya, hujah Cikgu Rohani panjang lebar.

Hari itu Yan melangkah pulang ke rumah dengan perasaan sedikit lega setelah diberi nasihat oleh kawan baiknya. Kalau tidak, hendak mengangkat kaki pun terasa berat kerana dibebani fikiran yang runsing. Setibanya di rumah, Yan sedikit tersentak apabila terpandang Proton Wira milik Reza tersadai di hadapan rumahnya. Bukannya apa, Yan tidak sedap hati apabila Reza kerap datang ke rumahnya, ibunya akan lebih kerap pula memujuknya untuk berkahwin sahaja dengan Reza. Satu keluhan dilepaskan oleh Yan.

Apa nak buat, orang sudah mabuk cinta, hehheh..heh,gelak Yan di dalam hati, menyangkakan Reza sudah jatuh hati dengannya.

Assalamualaikum, Yan, sapa Reza, ramah. Yan menjawab salam dan menjemputReza untuk naik ke atas rumah. Tapi Reza menolak pelawaan itu. Hendak cepat katanya. Terpaksalah mereka berbual di atas beranda sahaja. Terkejut Yan dibuatnya apabila diberitahu bahawa Reza akan berangkat ke England pada minggu hadapan untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master.

Cinta baru hendak berputik, kau dah nak pergi? Getus hati Yan.

Habis aku macamana? Soal hati Yan lagi.

Ahhh! Masalah bertambah! Jerit hati Yan.

Sebelum abang pergi, izinkan Yan bertanya sesuatu kepada abang, bolehkan? Tanya Yan kepada lelaki di hadapannya itu sambil menelan air liur. Dia cuba menyusun kata-kata di dalam hati agar nanti tidak menyinggung perasaan sesiapapun.

Apakah abang mempunyai perasaan terhadap Yan selama kita berkawan? Yan hanya inginkan kepastian daripada abang, Yan meminta kepastian. Dia resah menanti jawapan daripada Reza. Sementara itu, Reza hanya tersenyum memandang ke wajah Yan.

Nanti abang kirimkan surat bila berada di sana, abang janji. Dan di dalam surat tu, Yan akan tahu apa perasaan abang terhadap Yan, ok? Buat masa ni, abang masih belum fikirkan keputusannya, Reza mengakhiri percakapannya. Tutur kata daripada Reza menghampakan harapan Yan yang tertunggu-tunggu jawapan kepastian daripada Reza.

Tapi abang, Yan dah tak sanggup untuk menunggu abang memandangkan tempoh yang begitu lama, Yan menyuarakan rasa hatinya.

Kalau ada jodoh tak ke mana, Yan, jawab Reza bersahaja.

Mak dah cakap kat kau tapi kau degil, tak nak dengar cakap mak, itulah jadinya, ibu Yan memulangkan paku buah keras kepada Yan.

Pintu kereta Proton Wira milik Reza ditutup rapat. Sebentar kemudian, ia meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Yan. Perasaan sedih menyelubungi diri Yan seperti seseorang yang ditinggalkan kekasih hati.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, begitulah seterusnya masa berlalu tanpa disedari sesiapa. Perubahan berlaku dengan berganjaknya masa. Hati manusia juga bisa berubah dalam jangka waktu tertentu. Tidak ketinggalan bagi diri Yan yang turut mengalami perubahan. Hari-hari yang berlalu pergi dilaluinya dengan tabah dan matang. Sementelah pula, telah dua bulan dia masih tidak menerima sebarang berita daripada Reza, si buah hatinya yang tersayang. Jemu menunggu, Yan membuat keputusan untuk melupakannya, tambahan pula hatinya semakin hari semakin tawar untuk mengingati saat-saat indah ketika bersama si dia.

Pada suatu petang yang indah, sedang Yan menyapu sampah di halaman rumahnya, datang seorang lelaki seiras wajah Reza. Yan sedikit terkejut disapa lelaki itu. Sekeping surat bersampul biru dihulurkan kepada Yan, siapa lagi kalau bukan si Reza pengirimnya. Yan pula riang tidak terkira menerima surat itu.

Dibacanya warkah yangberbau wangi itu dengan tenang, sebaris-sebaris. Tahulah Yan sekarang apa yang tersirat di hati Reza selama ini.

Ya Allah, Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku kekuatan untuk menghadapi ujian daripadamu. Teguhkanlah pendirianku dalam membuat sebarang keputusan agar esok tidak mengecewakan aku, amin ya rabbul alamin, doa Yan sesudah solat dua rakaat pada lewat malam itu.

Amboi, ceria nampaknya hari ni Yan, ada apa-apa ke? Kongsilah dengan aku, usik Cikgu Rohani pada Yan yang dilihatnya sedang memeriksa kertas jawapan anak muridnya sambil tersenyum di bibir. Bagaimanapun Yan tidak menghiraukan usikan itu sambil tangannya tidak henti-henti menanda pada kertas jawapan tersebut. Sambil itu, Yan menjeling ke arah wajah Cikgu Rohani yang duduk di meja bersebelahannya, menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut Yan. Akhirnya Yan bersuara juga, tapi masih berselindung juga.

Rahsia, tak boleh kongsi dengan sesiapa pun, he..he.he, ujar Yan.

Tak nak beritahu tak apa, hari ini hari kau, lain kali hari aku pulak, jangan harap kau nak korek rahsia aku, tahu? kata-kata daripada Cikgu Rohani seakan-akan berbau amaran buat Yan. Namun Yan masih juga seperti tadi, ceria jelas terpancar di wajahnya seperti orang sedang dilamuncinta. Sayangnya, Cikgu Rohani tidak dapat mengagak apa yang dialami oleh kawannya yang seorang itu. Mungkin juga kerana dia tiada pengalaman bercinta semasa zamannya sebelum berkahwin.

Mak, mak, mak tak apa-apa ke? Mak nampak pucat aje ni? Tanya Yan pada suatu hari pada ibunya yang sedang terbatuk-batuk di tangga rumah. Ibunya hanya menggeleng-gelengkan kepala menjawab pertanyaan anak tunggalnya itu. Dia masih lagi terbatuk-batuk sambil mengurut-ngurut dadanya yang terasa pedih dan ngilu seperti dicucuk-cucuk dengan benda tajam. Seketika kemudian, Yan menatang dulang yang berisi segelas air dan juga ubat-ubatan buat ibunya yang sedang bertenggek di atas tangga.

Mak, petang nanti abang Reza akan pulang ke tanahair dan akan datang ke sini malam karang. Kami akan berbincang tentang pertunangan kami nanti, Yan bersuara lirih memaklumkan khabar itu kepada ibunya. Di wajah ibunya tergambar perasaan sukahati walaupun dibayangi kedutan kasar pada wajah tuanya itu, namun Yan jelas mengetahui riak muka ibunya itu. Inilah masanya untuk Yan menunaikan janjinya dahulu pada ibunya.

Masa yang ditunggu-tunggu kini tiba jua. Sebuah Proton Wira berhenti betul-betul di hadapan rumah kayu berwarna kuning itu. Seorang penghuninya keluar setelah salam diberi. Malam yang hitam pekat menyukarkan Yan untuk memandang gerangan siapakah yang baru keluar daripada kereta tersebut. Seorang lelaki dan seorang lagi adalah perempuan yang pada kiraan Yan adalah sebayanya.

Adik abang Reza kut? Soal hati Yan sendirian.

Salam dijawab dan lampu dibuka.

Khaty? Yan terjerit kecil melihat perempuan bersama dengan Reza. Kawannya yang sama-sama menuntut di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan suatu ketika dulu.

Apa agaknya yang dibuatnya di sini? Bersama dengan abang Reza pulak tu? Tanya hati Yan lagi. Hatinya penuh dengan persoalan yang tidak terjawab.

Yan, maafkan abang, Yan. Kalau dulu Yan pernah berkata bahawa Yan tidak sanggup untuk menunggu abang, begitu juga dengan diri ini, Yan jujur Reza menyusun kata. Suaranya diperlahankan Dia tahu Yan akan kecewa dengan tinadakannya. Dia tidak dapat menolak bahawa dia juga kecewa tidak dapat bersama dengan Yan, seorang gadis desa yang sukar dicari ganti.

Segalanya berlaku dengan tidak diduga. Kami ditangkap basah. Untuk menyelamatkan keadaan dan demi maruah kami, inilah keputusan yang kami ambil iaitu berkahwin segera, cerita Reza sambil tertunduk malu.

Sehabis sahaja ayat itu dituturkan, terdengar bunyi bising di dapur rumah itu.

Mak! Pekik Yan sekuat hatinya.

hakcipta terpelihara oleh nik nasriah 1999/2000

Hajat TakKesampaianPosted by: cbe6516 on: November 1, 2008

Satu, dua, tiga, empat.Tini mengira-ngira hari yang bakal dilaluinya sebelum bergelar Raja Sehari. Gembira ada, berdebar ada, sedih pun ada. Gembira kerana bakal bergelar isteri. Berdebar kerana akan menjadi perhatian orang yang hadir pada hari pernikahannya nanti. Dan sedih kerana akan berpisah dan berjauhan dengan kedua ibu bapanya yang selama ini menatangnya bagai minyak yang penuh.

Tini teringat akan kata-katanya kepada dua orang bapa saudaranya satu ketika dulu. Kalau Tini dah kahwin, Tini nak sambung belajar kat U. Tini nak suami Tini bagi support kat Tini. Itulah lebih kurang bunyi ungkapan kata-kata daripada Tini.

Pada hari yang dianggap bersejarah bagi dirinya secara peribadi, Tini kelihatan sungguh anggun. Dia disolek dan didandan penuh teliti oleh mak andam iaitu saudara Tini sendiri.

Sementara itu, di atas katil pelamin, tersusun rapi kotak-kotak hantaran yang indah digubah serta dihias.

Tini nampak berselera semasa makan beradap tadi. Selalunya Tini jamah sedikit sahaja makanan dalam pinggan, tegur kakak Tini sambil tersenyum simpul. Tini tidak berkata apa. Dia cuma membalas senyuman itu dengan senyuman paling manis.

Kini, semuanya telah berlalu. Zaman bujangnya ditinggalkan di belakang. Sekarang adalah zaman di mana dia perlu memikul satu tanggungjawab lagi dalam hidupnya, iaitu terhadap suaminya.

Abang, izinkanlah Tini untuk belajar lagi. Tini bosan duduk kat rumah sorang-sorang, Tini bersuara pada satu petang.

Tak usahlah. Tini belajar memasak aje untuk abang sudahlah. Tak payah abang keluar belanja banyak-banyak. Duit pun kena simpan juga untuk anak-anak kita nanti, jawab Khairul, jujur.

Tini terdiam. Dia tidak membalas jawapan suaminya itu. Dia terfikir sejenak. Barangkali, suamiku lebih suka aku duduk di dapur sahaja, berkhidmat kepadanya daripada keluar rumah setiap hari.

Assalamualaikum, salam diberi. Tini menjenguk keluar. Oh, umi.

Waalaikumussalam, salam berjawab. Mereka anak beranak bersalaman. Emak Tini mencium pipi anak kesayangannya itu.

Macamana Tini?

Dah bersuami ni, dah boleh sesuaikan diri, ke?

Soalan dari umi tidak berjawab. Tini hanya tersenyum. Tangannya meramas tangan umi. Mesra. Terasa seperti sudah lama tidak berada di sisi umi tersayang. Tini menanti kalimah-kalimah seterusnya yang bakal terbit dari bibir tua itu.

Tini, jagalah suami kita sebaiknya. Dialah tempat kita bermanja, mengadu hal. Jaga makan minum, pakai dan tidurnya. Layannya sepertimana umi layan Tini satu ketika dulu. Ingatlah, kalau Tuhan suruh kita menyembah manusia, nescaya akan disuruhnya kita sujud di kaki suami.

Mama, balingkan bola tu pada angah!

Tini tersentak. Ya, itulah anaknya yang kedua. Dalam dakapannya seorang anak comel. Itulah anaknya yang ketiga. Sampai kini, masih terngiang-ngiang kalimah-kalimah sakti dari mulut uminya. Meskipun tidak memiliki sebarang diploma atau ijazah, Tini bersyukur kerana dikurniakan Ilahi dengan sebuah kehidupan dan keluarga yang bahagia.

Mudah-mudahan kekal bahagia hingga ke akhirat. Itulah doa Tini setiap kali selesai solat fardhusama seperti doa para tetamu yang diucapkan kepadanya pada hari pernikahannya dahulu. Amin.

hakcipta terpelihara oleh nik nasriah 28 oktober 2003

RAMADHAN1424Posted by: cbe6516 on: November 5, 2008

In: Uncategorized No Comments setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, maka, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa tarikh diwajibkan berpuasa adalah jatuh pada hari Isnin bersamaan 27 Oktober 2003

Junainah menutup televisyen. Langkahnya diatur menuju ke dapur. Dia meninjau-ninjau, melihat apa yang ada untuk bersahur nanti.

Hmmudang galah yang mentah ada sedikit lagi. Daging Masak Kicap masih tak luak. Saki baki Sayur Air Kailan masih ada. Begitu juga dengan Ayam Masak Merah. Hemcukuplah untuk malam nanti. Udang galah boleh disimpan untuk berbuka esok hari, Junainah bercakap sendirian.

Bangun pukul lima pagi esok hanya perlu menanak nasi untuk dua orang, sambung Junainah lagi.

Assalamualaikum, selamat malam, bang, Junainah mengucapkan salam pada suaminya sebelum dia masuk ke dalam kamar tidurnya.

Waalaikumussalam. Hai, awalnya, dah nak tidur dah? Tegur suaminya, Ishak, sambil matanya mengerling ke arah Junainah dan tangannya memegang suratkhabar.

Ya lah, nanti nak kena bangun awal. Abang jangan buat lupa pulak, esok kita start puasa. Abang dah pasang niat ke belum? Jawab Junainah sambil itu. sempat pula dia bertanya pada Ishak.

Dahkalau macam tu, abang pun nak tidur awal samalah, hihihi.

Lampu pun dipadam.

Tiba-tiba jam loceng yang bersebelahan dengan lampu berjaga, berbunyi. Junainah terjaga dari lena tidurnya.

Uh, dah pukul lima rupanya.

Junainah ke dapur untuk bersiap-siap. Apa yang ada diperhangatkan. Nasi ditanak. Ishak dikejutkan dari tidur.

Setelah selesai bersahur, Junainah memberus gigi, mencuci muka, mandi dan berwudhuk. Sudah sahaja berbaju sembahyang, azan Subuh bergema dari surau berhampiran.

Ishak mengimami solat Subuh mereka. Sebelum itu, sempat juga Junainah menunaikan solat sunat rawatib sebelum sembahyang Subuh sementara menunggu imam.

Seperti selalunya, Junainah tidak lupa untuk bertadarus setiap kali Ramadhan menjelma. Dia tahu, pada bulan mubarak ini, barangsiapa yang mengaji Quran akan diberi pahala berlipat gandadi mana satu huruf Al-Quran yang dibaca akan diberi sepuluh pahala. Nabi bersabda, Aku tidak berkata Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Kitab suci Al-Quran Ul-Karim ditutup. Ia dijunjung seketika di kepala, kemudian dikucup dan diletakkan di dada.

Tugas seterusnya menanti di dapur. Junainah mengemas apa yang patut. Pinggan mangkuk yang kotor dibasuhnya. Sisa-sisa makanan dacampur dan dibubuh dalam satu bekas untuk diberi makan kepada ayam ternakannya.

Junainah sedang betah membuat kerja-kerja rumah apabila telefon di ruang tamu berdering minta diangkat.

Assalamualaikum, Junainah memulakan kalam bicara.

Salam bersambut. Pemanggil di talian memperkenalkan dirinya.

Oh, mak. Apa khabar? Selamat berpuasa. Ada apa mak telefon Jun ni?

Mereka berbicara dalm tempoh sepuluh minit. Kemudian, Junainah terpaksa menghentikan perbualan kerana sakit gastriknya datang lagi. Selepas itu, muncul Ishak dari arah bilik bacaannya.

Kenapa ni, Jun?

Ishak memangku tubuh Junainah yang longlai.

Tak ada apa-apa. Tersalah makan tadi agaknya, Junainah menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan suaminya.

Mustahil. Kan kita makan makanan yang sama tadi. Kalau tidak tentu abang pun sakit sama, Ishak menyangkal kata-kata Junainah.

Tak pe lah, nanti kalau makin teruk, kita pergi ke klinik, sambung Ishak lagi.

Malam itu, setelah pulang dari klinik pada sebelah petangnya, sakit gastrik Junainah datang lagi.

Abang nak ke masjid ni. Jun nak ikut sama? Pelawa Ishak.

Tak apalah, bang. Jun solat kat rumah saja.

Kalau macam tu, tak jadilah abang ke sana. Lebih afdhal kalau abang solat berjemaah bersama isteri abang kat rumah. Abang dapat pahala, Jun pun boleh dapat pahala.

Junainah menggagahkan jua dirinya untuk mendirikan solat tarawikh. Ketika solat Maghrib dan Isyak tadi pun, bukan main sakit dibuatnya tetapi masih mampu juga dia melaksanakan rukun Islam yang kedua itu.

Setelah bersembahyang Maghrib tadi, sempat juga dia bertadarus sehingga juzuk yang kedua. Satu malam satu juzuk. Tiga puluh malam bolehlah tiga puluh juzuk, khatam satu biji Al-Quran. Itulah cita-cita murni seorang wanita tabah zaman IT ini yang bernama Junainah, isteri kepada Ishak.

hakcipta terpelihara oleh nik nasriah 28 oktober 2003