c:\fakepath\kecacatan tuangan
DESCRIPTION
JENIS KECACATAN TUANGANTRANSCRIPT
KECACATAN TUANGAN
QAE
TUJUAN:
Kertas penerangan ini menerangkan jenis-
jenis kecacatan yang terdapat pada tuangan. Pengetahuan tentang kecacatan tuangan dapat membantu kita dalam bidang pembuatan, dimana kita boleh membuat keputusan cara mana yang lebih baik tuangan boleh dilakukan dan mengelakkan dari ianya berulang kali berlaku. Ini dapat menjimatkan kos pengeluaran dan masa.
PENERANGAN:
Berikut adalah punca -punca kecacatan tuangan :
1. Kecacatan berpunca dari gas
2. Dari benda asing
3. Rekabentuk komponan
4. Keadaan acuan yang tidak sempurna
Kecacatan yang disebabkan oleh gas
1. Blows Blows adalah lubang yang besar, ruang bulat
pada permukaan tuangan. Ia terbentuk oleh gas atau udara yang tidak
dapat keluar dari acuan dan menjadi gelembung gas dan menghalang logam cair memenuhi ruang tersebut.
disebabkan oleh gas berlebihan seperti setim atau karban dioksida daripada permukaan acuan yang mempunyai lembabpan tinggi atau kandungan organik dalam acuan.
Rajah Kecacatan Oleh Gas ( Blow )
2. Scabs Scabs adalah blow yang cetek, berlaku
dipermukaan rata.
3. Blisters Blisters adalah seperti scab dengan logam nipis
menutupinya.
4. Gas Holes Lubang yang boleh dikatakan besar dan hampir
seperti di dalam tuangan. Ia disebabkan oleh gas yang terserap berlebihan di dalam logam cair atau tindakan kimia dengan acuan.
5. Pin Holes ( Lubang jarum ) Ia adalah gas hole yang kecil iaitu gas yang
terperangkap dan tidak sempat keluar samada di bawah tuangan atau di permukaan tuangan.
. Porosity Ia adalah lubang-lubng halus di serata tuangan
dan terjadi di dalam rangkaian dendritik ( proses pemejalan ) mikrostuktur tuangan.
7. Inclusion and Dirt ( Keselitan kotoran ) Ia samada bijian bukan logam atau oksid atau
campuran intermetallic di dalam tuangan. Biasanya dianggap kecacatan apabila terlalu banyak dan terpisah.
8. Drops Unjuran yang timbul di permukaan tuangan.
9. Wash Berlaku di bawah tuangan disebabkan oleh
kakisan
10. Buckle Satu Alur yang cetek dan panjang di permukaan
disebabkan acuan pasir kekurangan `hot deformation.’
11. Ekor Tikus ( Rat tail ) Ianya sama seperti buckle tetapi dengan
tundukan sudut disebabkan oleh acuan pasir rosak dalam ricih.
12. Penetration Adalah unjuran -unjuran kasar dan poros di
permukaan tuangan disebabkan permukaan.