chegu abbas - nota bola tampar 3
DESCRIPTION
ilmu untuk semua Banyak lagi info disini... http://cheguabbas.blogspot.com/ nak nota sila click sini http://cheguabbas.blogspot.com/p/nota_29.html ada masalah mendownload???TRANSCRIPT
BAHAGIAN 1
SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN BOLA TAMPAR
Bola tampar merupakan suatu permainan bukan sahaja untuk
pertandingan malah untuk kecergasan dan riadah. Permainan ini terkenal di
seluruh dunia kerana ia adalah sukan untuk semua; untuk orang ramai termasuk
orang yang cacat anggotanya. Permainan ini boleh dimainkan di mana-mana
sahaja; di taman, di tepi pantai atau di kawasan lapang. Bola tampar merupakan
permainan berpasukan tanpa sentuhan fizikal dan dengan itu mengurangkan
kecederaan individu dan menambahkan keseronokan bemain.
Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1985 di
Gimnasium Y.M.C.A, Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.
William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi.
Permainan ini berasal dari dua jenis permainan lain, iaitu tenis dan bola
kerangjang. Prof. Morgan menggabungkan jaring tenis dan bola keranjang. Pada
mulanya bola tampar dikenali dengan nama Mintonette, tetapi diubah kepada
Volleyball oleh Prof. H.T. Halstead pada tahun 1896.
Walaupun perkembangan bola tampar agak perlahan, ia dikembangkan
dengan meluas melalui pergerakan Y.M.C.A.. Kanada merupakan negara luar
pertama menerima permianan bola tampar, iaitu pada tahun 1900. Selepas itu ia
diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Cuba pada tahun 1905, Puerto Rico
(1909), Filipina (1910), Uruguay (1912) , China (1913) dan Jepun (1917).
1
Semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua, anggota-anggota angaktan
tentera Amerika Syarikat telah memperkenalkan permainan bola tampar ke Asia
dan Eropah. Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang
daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang
dipertandingkan.
Undang-undang permainan dicetak pada tahun 1897 dalam buku
panduan The North Amerika YMCA Athletic League. Undang-undang permainan
itu telah diubah suai beransur-ansur sejak tahun 1900. Buku undang-undang
yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1916 oleh Y.M.C.A. di Amerika
Syarikat.
Dalam tahun 1922, Kejohanan Bola Tampar Pertama Y.M.C.A. dimulakan
di Amerika Syarikat. Berikutan ini Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat
ditubuhkan pada tahun 1928. Sejurus kemudian persatuan-persatuan bola
tampar telah ditubuhkan di Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipna.
Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bola
tampar pada tahun 1936, 1945 dan 1946. Pada tahun 1947, Federation
Internationale de Volleyball (FTVB), persatuan rasmi bola tampar dunia
ditubuhkan. Selepas penubuhan FTVB, undang-undang permainan yang
berasaskan undang-undang Amerika Syarikat telah dikemaskini dan
diselaraskan. Pada masa ini FTVB mempunyai sejumlah 175 anggota persatuan
kebangsaan, termasuk Malaysia.
2
Selepas FTVB ditubuhkan, banyak pertandingan antarabangsa
dianjurkan. Pada tahun 1948, Kejohanan Bola Tampar Eropah Pertama
diadakan di Rom. Kejohanan Dunia Pertama (bahagian lelaki) diadaka di Prague
pada tahun 1949 dan Rusia telah muncul sebagai johan. Kejohanan Dunia
Kedua (untuk lelaki) dan pertama kali untuk wanita telah diadakan di Paris dalam
tahun 1951. Dalam Kejohanan Dunia Ketiga di Moscow pada tahun 1952, ia
telah menarik minat 60 000 penonton. Rusia menjuarai kedua-dua bahagian
tersebut.
Dalam tahun 1948, bola tampar telah dipertandingkan di dalam Sukan
Olimpik ke-18 di Tokyo, Jepun. Rusia merupakan johan bahagian lelaki dan
Jepun sebagai johan bahagaian wanita. Dalam tahun 1965, bola tampar diterima
secara rasmi sebagai permainan Olimpik di Kongres Jawatankuasa Olimpik
Antarabangsa di Madrid. Berikutan ini bola tampar terus dipertandingkan di
dalam Sukan Olimpik di Mexico City (1984), Seoul (1988) dan Barcelona (1992).
3
WILLIAM G. MORGAN ( 1870-1942 )
William G. Morgan ( 1870-1942 ), merupakan anak kelahiran New York yang
tercatat dalam sejarah sebagai pengasas permainan bola tampar dan nama
asalnya ialah ‘MINTONETTE’.
Ketika mudanya, Morgan melanjutkan pengajiannya di Springfield College
of The Young Men’s Christian Association dan bertemu dengan James
Naismith pada tahun 1891 iaitu pengasas permainan bola keranjang. Selapas
menamatkan pengajian, beliau menghabiskan tahun pertamanya di Auburn
( Maine ) YMCA. Kemudian selepas musim panas pada tahun 1896 beliau
berpindah ke YMCA di Holyoke ( Massachusetts ) dan dilantik sebagai Pengarah
Pendidikan Jasmani. Jawatan ini telah telah memberi beliau peluang untuk
memperkenal, memperkembang dan mengarahkan pelbagai program latihan dan
kelas kesukanan untuk lelaki dewasa.
Kepimpinan beliau telah diterima oleh semua pihak dan bilangan pelajar di
kelas beliau semakin meningkat. Beliau menyedari bahawa beliau memerlukan
sejenis permainan rekreasi dalam usaha untuk meneruskan program beliau.
Permainan bola keranjang ketika itu baru berkembang dan sesuai untuk orang
muda tetapi ia adalah satu keperluan untuk mendapatkan satu alternatif untuk
orang yang lebih berumur dalam satu permainan yang kurang membebankan.(
Less violent and less intense ).
4
TAHUN-TAHUN PENTING DALAM SEJARAH BOLA TAMPAR
Tahun Sejarah Bola Tampar
7 Julai
1896
Permainan pertama di Springfield College
1900 Bola yang lebih khusus telah dicipta
1916 Teknik mengumpan dan merejam ( set & spike ) telah diperkenalkan
di Filipina.
1917 Mata permainan telah ditukar dari 21 ke 15.
1922 Kejohanan pertama dilangsungkan di Brooklyn, New York dan
sebanyak 27 pasukan dari 11 negara telah menyertai.
1928 Menubuhkan Unites States Volleyball Association
( USVBA @ USA Volleyball ) U.S Open pertama dan dibuka
kepada bukan skuad YMCA.
1930 Permainan bola tampar pantai dimainkan oleh 2 pemain.
1934 Pengadil Bola Tampar Kebangsaan telah dipersetujui.
1937 The US Volleyball Association sebagai badan rasmi di peringkat
antarabangsa. Ia diperkenalkan dalam persidangan AAU di Boston.
1947 Menemui The Federation International De Volleyball Ball
( FIVB )
1948 Permainan bola tampar pertama dilangsungkan.
1949 Kejohanan Dunia berlangsung di Parague Czechoslavakia.
1964 Memperkenalkan permainan bola tampar di sukan Olimpik di Tokyo.
1965 The California Beach Volleyball Association (CBVA) ditubuhkan.
1974 Kejohanan Dunia Mexico disiarkan di Jepun.
1975 Pasukan Kebangsaan Wanita US membuat latihan bergerak di
Pasadena Texas. 1979 ke Colorado Springs, Coto De Caza dan
Fountion Valley. 1980 ke Calfornia dan San Diego pada tahun 1985.
1977 Pasukan Kebangsaan Lelaki bermula di Dayton kemudian di San
Diego pada tahun 1981.
1983 The Association of Volleyball Profesionals (AVP) telah ditubuhkan.
1984 Pasukan US memenangi medal pertama di kejohanan Olimpik di
Los Angeles. Pasukan lelaki – Emas dan pasukan wanita – Perak.
5
1986 The Women’s Profesional Volleyball Association (WPVA)
1987 FIVB menambah Siri Kejohanan Dunia Bola Tampar Pantai.
1988 Pasukan Kebangsaan Lelaki US mengulangi kejayaan emas di
Olimpik Korea.
1989 Program Bantuan Sukan Diadakan oleh FIVB.
1990 Menganjurkan Liga Dunia
1992 4 pemain Pro Beach League bermula di USA.
1994 Volleyball World Wide ditubuhkan.
1995 Permainan bola tampar 100 tahun.
1996 Bola Tampar Pantai, 2 pemain disenaraikan dalam Olimpik.
SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR DI MALAYSIA
Permainan bola tampar diperkenalkan di Pulau Pinang dan Selangor dalam
masa yang lebih kurang sama, iaitu pada suku pertama abad ke-20. Di Pulau
Pinang, permainan ini diperkembangkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang
dari Universiti Chi-Nan, Shanghai. Pasukan Mekanik Pulau Pinang merupakan
6
pasukan bola tampar yang pertama di Pulau Pinang, ditubuhkan di sekitar
1926/27.
Dalam tahun 1927, pertandingan Liga Bola Tampar Selangor dimulakan.
Pertandingan ini melibatkan pasukan-pasukan dari Klang dan Kuala Lumpur.
Permainan ini bekembang dengan tertubuhnya Y.M.C.A. Tetapi pada masa-
masa berikutnya, perkembangan sukan bola tampar di Selangor tidak begitu
jelas, dan tidak banyak aktiviti yang dijalankan.
Dalam tahun 1932, Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau
Pinang ditubuhkan. Beberapa kejohanan kemudiannya telah dianjurkan dan
sukan bola tampar menjadi popular seperti badminton dan bola keranjang
khususnya di negeri ini.
Dalam tahun 1935, pasukan bola tampar yang terdiri daripada orang-
orang Cina Malaya telah menyertai Kejohanan Sukan (Mini Olimpik) di seluruh
Cina di Shanghai. Peryertaan pasukan ini telah mendorong Persaturn Bola
Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang untuk memperluaskan pekembangan
sukan ini terutama di kalangan masyarakat Cina. Seterusnya ia telah membawa
kepada penubuhan Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Cina Malaya
pada tahun 1935. Persatuan ini telah mengadakan pertandingan antara negeri-
negeri dalam usaha untuk memperkembangkan sukan bola tampar. Pada bulan
April 1937, Kejohanan ini melibatkan behagian lelaki dan wanita. Singapura telah
muncul sebagai johan, sementara naib johan ialah Pulau Pinang.
Aktiviti sukan bola tampar tergendala semasa Perang Dunia Kedua, tetapi
ia dihidupkan kembali selepas perang. Walau bagaimanapun selepas kejohanan
7
antara negeri pada tahun 1951, kegiatan sukan ini terhenti sekali lagi tanpa
sebarang pertandingan.
Pada tahun 1959, satu usaha untuk memupuk minat terhadap sukan ini
dikaji oleh para perwakilan Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam satu
mesyuarat di Pulau Pinang. Hasil pertemuan itu, Persatuan Bola Tampar Amatur
Malaya ditubuhkan. Persatuan ini telah menganjurkan kejohanan bola tampar
kebangsaan (antara negeri) yang pertama pada tahun 1960. Pada tahun 1962,
persatuan ini telah bergabung dengan Persekutuan Bola Tampar Dunia dan
berikutnya telah menjadi ahli penuh dlam Majlis Olimpik Malaya. Pada tahun
1966, persatuan ini telah menganjurkan kejohanan kebangsaan kedua di
Bentong dan bahagian wanita turut dipertandingkan.
Pada tahun 1962, buat pertama kalinya Malaya telah menyertai kejohanan
peringkat antarabangsa, iaitu di Sukan Asia Keempat di Jakarta. Pada tahun
1965, Malaysia telah mengambil bahagian dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur
apabila sukan ini diperkenalkan.
PENGENALAN
Bola tampar merupakan sukan yang dimainkan di kebanyakan negara di
dunia. “Tinjauan tahun 1970 bagi pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa,
telah melaporkan bahawa bola tampar dan bola keranjang mempunyai jumlah
pemain berdaftar yang sama banyak, dengan bilangan lebih kurang 65 juta
pemain untuk setiap jenis sukan itu” (Buku Panduan Jurulatih Antarabangsa,
8
hal.12). Populariti permainan ini meningkat apabila Jepun menyertakan bola
tampar sebagai sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik 1964.
Walaupun Amerika Syarikat merupakan negara asal yang mencipta
permainan bola tampar, tetapi hanya pada pertengahan tahun 1980-an barulah
negara ini menyediakan kepimpinan dan perkembangan yang pesat untuk
permainan ini. Pada tahun 1984, pasukan lelaki dan wanita Amerika Syarikat
buat kali pertamanya memenangi pingat bola tampar Sukan Olimpik. Pasukan
lelaki menewaskan pasukan Brazil untuk merangkul pingat emas, dan pasukan
wanita tewas kepada pasukan China dengan memperolehi pingat perak.
Kemenangan ini telah membuka minat kepada golongan rakyat Amerika
Syarikat.
Ciri-ciri permainan ini membolehkan peminatnya untuk menceburkan diri
tanpa mengira tahap kecekapan. Sama ada ia dimainkan semasa perkelahan
atau dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Permainan ini tetap pantas,
bertenaga, menyeronokkan dan mencabar. Bola tampar boleh dianggap sebagai
sukan sepanjang hayat dan ia boleh diserapkan kepada semua peringkat umur
dan kemahiran. Pada masa kini, bola tampar sangat popular sebagai permainan
rekreasi di kalangan liga dalam pertubuhan perniagaan, masyarakat, dan
program intramural sekolah.
Dalam kejohanan Bola Tampar Amerika Syarikat setiap tahun sebagai
tambahan kepada kejohanan terbuka,pemenangnya diiktiraf dalam senarai
senior (perempuan melebihi 30 tahun, lelaki 35 tahun ke atas) dan Golden
Masters (lelaki 45 tahun ke atas). Kedua-dua kumpulan yang ditubuhkan ini
9
memberi peluang kepada pemain untuk terus bergiat dalam permainan bola
tampar pada peringkat pertandingan yang tertinggi walaupun umur telah
meningkat.
Selain peringkat pertandingan, bola tampar juga sangat popular
dimainkan di perhimpunan sosial kerana permainan ini boleh di sesuaikan
kemahirannya dan mempunyai peraturan-peraturan yang boleh dipermudahkan
dan membolehkan permainan ini dapat di nikmati oleh kesemua orang.
Bola tampar dimainkan di beberapa negara asing pada tahap profesional
dan mendapat ganjaran kewangan yang banyak. Walau bagaimanapun di
Amerika Syarikat, liga profesional yang pertama mengalami masalah kewangan
dan akhirnya dibubarkan pada tahun 1982. Suatu aspek yang menarik dalam liga
ini ialah pasukan campurannya. Walaupun lelaki dan wanita mempunyai peranan
yang berlainan dalam pasukan (wanita bermain sebagai benteng pertahanan dan
lelaki sebagai penyerang), kejayaan tercapai hasil daripada kerjasama semua
anggota pasukan. Pada tahun 1987, sebuah liga wanita ditubuhkan tetapi tidak
diiktiraf sebagai liga profesional. Buat masa ini, pendapatan daripada segi
kewangan untuk sukan ini bergantung kepada minat daripada peminat-peminat
bola tampar. Dengan bertambahnya jumlah peminat di seluruh negara dari
setahun kesetahun harapan masa depan permainan ini masih cerah.
Daripada dorongan kejayaan pasukan bola tampar Sukan Olimpik 1984,
permainan bola tampar terus berkembang di Amerika Syarikat pada semua
peringkat. Kejayaan kewangan bergantung kepada imej permainan ini dan
10
sokongan peminat. Ini akan menjadi kenyataan apabila mendapat galakan dan
bantuan daripada pihak media sama ada media cetak atau media elektronik.
Di bawah sistem kiraan mata yang sedia ada, jangka masa sesuatu
perlawanan bola berlangsung antara 1 hingga lebih dari 3 jam. Bergantung
kepada tahap kemahiran kedua-dua pasukan yang bertanding. Masa yang
panjang ini menyukarkan pihak media terutamanya pihak televisyen. Pelbagai
kajian telah dijalankan untuk membuatkan permainan ini boleh dijangka daripada
segi masa permainan dijalankan. Oleh sebab kesulitan ini, kerap kali permainan
ini tidak dapat ditayangkan pada keseluruhan masa pertandingan. Perubahan
daripada segi kiraan mata dan / atau masa permainan boleh membuatkan bola
tampar lebih menarik untuk liputan media.
Terdapat tiga pertubuhan yang menentukan peraturan-peraturan
pertandingan bola tampar di Amerika Syarikat. Kejohanan terbuka lelaki dan
wanita, dan pertandingan kolej lelaki menggunakan peraturan-peraturan
Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat (USVBA). Untuk kejohanan peringkat
kolej wanita dan sekolah peraturan-peraturan dikendalikan oleh Persatuan
Kebangsaan Sukan Wanita dan Perempuan (NAGWS).
Majoriti daripada Sekolah Tinggi Perempuan dan semua Sekolah Tinggi
Lelaki ditentukan oleh Persekutuan Kebangsaan Sekola-sekolah Tinggi Negeri
(NFSHSA). USVBA mengawal semua kejohanan terbuka di Amerika Syarikat.
Negara ini dibahagikan kepada bahagian, dengan setiap bahagian
dipertanggungjawabkan untuk menjadualkan kalender pertandingan masing-
masing untuk ahli-ahlinya.
11
Pertandingan peringkat kolej untuk lelaki dan wanita dikawal oleh
Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCCA), Persatuan Kebangsaan
Olahraga Antara Kolej (NAIA), atau Persatuan Olahraga Kolej Remaja
Kebangsaan (NJCAA). Pertubuhan-pertubuhan ini mengawasi dan
mengelolakan permainan bermusim dan mentadbir kedua-dua kejohanan
kebangsaan.
BAHAGIAN 2
GELANGGANG BOLA TAMPAR
Gelanggang bola tampar berbentuk segi empat tempat berukuran 18 meter
panjang dan luasnya 9 meter 18m x 9m. Ia juga di kelilingi oleh ruang berukuran
sekurang-kurangnya 3 meter lebarnya. Ruang ini dipanggil zon bebas. Ruang di
atas gelanggang bola tampar mesti bebas dari sebarang gangguan, sekurang-
kurangnya 7m atas permukaan gelanggang bola tampar.
12
Permukaan Gelanggang
Permukaan permainan mestilah rata, mendatar dan seragam. Ia mestilah
tidak boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain. Pemain dilarang bermain
di atas kawasan permukaan yang kasar dan licin. Warna muda juga harus
digunakan untuk gelanggang bola tampar di dewan.
Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, hanya permukaan kayu atau
bahan sintetik sahaja dibenarkan. Semua permukaan mestilah terlebih dahulu
diluluskan oleh FIVB. Untuk gelanggang dalam dewan, permukaan permainan
mestilah berwarna cerah.manakala Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, warna
putih diperlukan untuk garisan. Warna lain yang berbeza di antara satu sama
lain,diperlukan untuk gelanggang permainan dan zon bebas.
Bagi gelanggang terbuka di luar, kecuraman 5 mm semeter dibenarkan
untuk pengaliran air. Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal
adalah dilarang.
Garisan Gelanggang
Semua garisan adalah 5cm lebar. Ia mesti berwarna cerah dan lain
warnanya daripada lantai dan garisan-garisan lain. Garisan boleh dibahagikan
kepada tiga bahagian:
Garisan-garisan Sempadan
13
Gelanggang permainan ditanda oleh dua garisan tepi dan
dua garisan belakang. Kedua-dua garisan tepi dan garisan
belakang ini adalah termasuk di dalam ukuran gelanggang
permainan.
Garisan Tengah
Paksi garisan tengah membahagikan gelanggang permainan
kepada dua buah gelanggang yang sama ukuran 9m x 9m.
Garisan ini terletak tepat di bawah jaring dan memanjang dari
garisan tepi ke garisan tepi.
Garisan Serang
Pada setiap gelanggang, satu garisan serang di mana
dilukis 3m dari paksi garisan tengah, menandakan zon depan.
Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIV, garisan serang
dipanjangkan dengan tambahan garisan putus-putus dari
garisan tepi,berukuran 15 cm lebar, dilukis 20 cm di antara satu
sama lain sepanjang 1.75 m.
2. ZON DAN KAWASAN PERMAINAN
a) Zon Depan
14
Pada setiap gelanggang, zon depannya
dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang garisan
serang.zon depan dianggap sebagai pemanjangan menjangkaui
garisan tepi hingga hujung zon bebas.
b) Zon Servis
Zon servis adalah kawasan yang lebarnya 9 m
di belakang setiap garisan hujung. Ia dihadkan oleh dua garisan
pendek setiap satu 15 cm panjang dan di lukis 20 cm ke belakang
garisan hujung sebagai pemanjangan garisan tepi. Kedua-dua
garisan pendek ini adalah termasuk dalam lebar zon servis.
c) Zon Penggantian
Zon penggantian dihadkan oleh jujuran kedua-
dua garisan serang hingga ke meja pencatat skor.
d) Kawasan Memanaaskan Badan
Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB,
kawasan memanaskan badan berukuran lebih kurang 3m x 3m,
yang diletakkan pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku di
luar zon bebas.
e) Kawasan Penalti
15
Satu kawasan penalti, anggaran 1m x 1m siap
dengan dua buah kerusi, terletak dalam kawasan kawalan, di luar
garis unjuran garisan belakang. Ia dihadkan oleh garisan merah
berukuran 5 cm.
16
Zon servis
Garisan belakang
9 m
BAHAGIAN 3
PERALATAN-PERALATAN BAGI PERMAINAN BOLA TAMPAR
Peralatan Pemain
Peralatan pemain terdiri daripada jersi, seluar pendek dan kasut sukan. Jersi
dan seluar pendek mestilah seragam, bersih dan sama warna. Kasut mestilah
ringan dan mudah lentur dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit.
17
Penjaga garisan
Zon bebas berukuran 3 m lebar
Garisan serangan
Garisan tengah
Tinggi jaring 2.43 m
Garisan tepi
18 m
3m
3m
Penjaga garisan
Zon servis
Jersi pemain-pemain mestilah benombor 1 hingga 18. nombor-nombor
tersebut mestilah dilatakkan di tengah-tengah bahagian hadapan dan belakang
jersi. Warna nombor mestilah berbeza daripada warna jersi.
JARING DAN TIANG
Ketinggian Jaring
Terletak tegak atas garisan tengah adalah sebidang jaring di mana bahagian
atasnya dipasangkan pada ketinggian 2.43 m untuk lelaki dan 2.24 m untuk
wanita. Tingginya diukur dari tengah gelanggang permainan. Tinggi jaring (pada
kedua-dua garisan tepi) mestilah sama dan tidak melebihi 2 cm daripada ukuran
rasminya. Ketinggian rasmi untuk pertandingan peringkat MSSM ialah :
Lelaki B-18 : 2.35 m
Lelaki B-15 : 2.25 m
Perempuan B-18 : 2.20 m
Perempuan B-15 : 2.15 m
L & P B-12 : 2.00 m
Penanda Tepi
Dua jalur putih diletakkan secara menegak pada jaring dan diletak tegak
atas setiap garis tepi. Ukurannya adalah 5 cm lebar dan 1 m panjang (5cm x
1cm) adalah sebahagian daripada jaring.
Antena
18
Antena ialah satu ‘rod’ berukuran 1.8 m panjang dan berdiameter 10 mm,
diperbuat daripada fibreglass atau bahan yang serupanya. Antena diikat pada
pinggir luar setiap penanda tepi. Antena itu terletak pada sebelah jaring yang
bertentangan. 80 cm bahagian atas antena menjangkaui di atas jaring dan
ditandakan dengan jalur berukuran 10 cm yang berlainan warna; merah dan
putih digalakkan untuk jalur-jalur itu. Kedua-dua antena adalah sebahagian
daripada jaring dan menghadkan ruang lintasan atas jaring.
Tiang
Tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 0.50-1.00m di luar garisan
tepi. Ia berukuran 2.55 m tinggi dan jenis mudah alih sekiranya boleh. Untuk
Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, tiang yang menunjang jaring diletak pada
jarak 1 m di luar garisan tepi kecuali dipersetujui oleh FIVB. Tiang itu adalah
membulat dan licin, dipasang ke atas lantai tanpa sebarang kabel. Tidak
seharusnya mempunyai sebarang penghalang yang merbahaya.
BOLA
Taraf
Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada satu lapisan kulit atau kulit
sintetik yang fleksibel dengan satu pundi dalamannya diperbuat daripada getah
atau bahan yang sama. Warnanya boleh seragam dan cerah atau kombinasi
19
warna-warni. Lilitannya adalah 65-67 cm dan jisimnya 260-280 g. tekanan udara
ialah 0.30-0.325 kg/cm2 .
Keseragaman Bola
Semua bola yang digunakan dalam satu-satu perlawanan mesti mempunyai taraf
yang sama dari segi lilitan, berat, tekanan udara,dan jenis warna. Pertandingan
Rasmi dan Dunia FIVB termasuk Kejohanan Kebangsaan atau Liga mesti
menggunakan bola kelulusan FIVB kecuali dengan persetujuan FIVB.
BAHAGIAN 4
BAGAIMANA BERMAIN BOLA TAMPAR
20
Peraturan-Peraturan Asas
Setiap permainan mempunyai undang-undang atau peraturan tertentu.
Peraturan –peraturan asas ini adalah suatu panduan kepada pemain, jurulatih
eserta peminat sukan bola tampar ini. Pengetahuan ini penting demi memberi
gambaran yang lebih mendalam tentang permainan bola tampar supaya pemain
dapat menghargai dan menikmati keseronokan permainan tersebut. Peraturan
yang direkabentuk bagi sesuatu sukan dan permainan tiada ada tujuan lain
selain daripada mewujudkan keadilan dan kepuasan pihak yang terlibat. Dengan
itu juga untuk menetapkan sama ada menang, berjaya, kalah, atau gagal. Di
dalam permainan bola tampar juga terdapat undang-undang tertentu yang wajar
diikuti oleh sesiapa yang menjadi pemainnya.
*Bola tampar mempunyai undang-undang dan peraturan-peraturan khas yang diperakui oleh FIVB
21
Dalam permainan bola tampar selain daripada peraturan umum, syarat-
syarat dan peraturan yang menjadi kelazimannya ialah peralatan yang
digunakan seperti gelanggang, jaring, tiang, antena, bola, pakaian seperti jersi
dan kasut. Di samping itu, terdapat alatan lain yang turut memenuhi
kelengkapan permainan ini iaitu bendera dan wisel bagi pengadil, pencatat skor
dan penjaga garisan.
Bendera yang biasanya digunakan hanyalah dua sahaja iaitu bendera merah
dan putih. Bendera adalah untuk menandakan isyarat bola keluar dari garisan
permainan. Manakal bendera putih pula sebagai isyarat bola masuk ke dalam
gelanggang. Kedua-dua bendera tersebut akan dipegang bersama oleh 4 orang
penjaga garisan.
Wisel pula digunakan untuk pengadil pertama dan kedua. Ia bertujuan
meneruskan atau menghentikan permainan. Jenis bunyi yang ditiup adalahn
berbeza. Misalnya, bagi kebenaran pasukan membuat servis, bunyinya seakan
panjang sedikit manakala jika bola itu terkeluar atau mati , bunyi yang ditiup
adalah pendek sambil pengadil memberikan arahan atau isyarat dengan tangan
sama servis bertukar tangan atau memberi mata kepada pasukan lawan. Bagi
pengadil kedua pula wisel digunakan sama seperti pengadil pertama namun
sekadar digunakan jika terdapat kesilapan kecil dalam permainan seperti
kesalahan rotation pemain, time out, pertukaran pemain dan sebagainya.
22
Merujuk kembali kepada undang-undang permaina bola tampar, terdapat
beberapa peraturan khas yang digunapakai sehingga kini dan ditetapkan oleh
FIVB. Antaranya ialah seperti susunan giliran atau rotation order, bola dalam dan
keluar, kesalahan aksi pemain, bermainkan bola, sentuhan serentak, kesalahan
pemain di jaring, servis pertama bagi set pertama, kesalahan servis, kesalahan
pukulan serangan, kesalahan mengadang, gangguan biasa , dan jarak waktu di
antara satu-satu set, dan juga sistem pemarkahan.
1. Susunan giliran ( rotation order )
Ini merupakan keunikan permainan bola tampar kerana kedudukan 6
orang pemain yang berbeza dan bentuk giliran yang diamalkan. Kedudukan 6
pemain dalam satu pasukan adalah seperti berikut;
23
JARING
4 3 2 5 6 1
pemain belakang
pemain depan
zon servis
Susunan giliran setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan berbaris
haruslah kekal di sepanjang set permainan. Tiga pemain iaitu pemain 4 ( posisi
kiri ), pemain 3 ( posisi tengah ) dan ,pemain 2 ( posisi kan ) berada di
sepanjang jaring dikenali sebagai pemain depan. Manakala tiga pemain lain iaitu
pemain 5 ( posisi kiri), pemain 6 ( posisi tengah ), dan pemain 1( posisi kanan )
merupakan pemain belakang. Sebaik sahaj servis dilakukan, pemain dibenarkan
bergerak bebas di kawasan gelanggang sendiri dan zon bebas. Apabila
pasukan menerima servis mendapat hak untuk membuat servis, pemain-pemain
akan berputar satu posisi mengikut arah jam. Contohnya;
Pemain 2 akan bergerak ke posisi pemain 3, manakala pemain 3 akan bergerak
ke posisi pemain 4. begitulah seterusnya. Pemain 6 akan ke posisi 1 akan
menjadi pemain yang akan membuat servis.
Jikalau berlaku sesuatu kesalahan pada posisi atau giliran, kesalahan itu
akan didenda dengan kekalahan rali dan seterusnya kesalahan dibetulkan.
24
Pemain 4
Pemain 1Pemain 6Pemain 5
Pemain 2Pemain 3
Kelazimannya kesalahan gikiran tersebut akan mudah dikesan oleh pengadil
kedua dan pencatat skor. Ini kerana di awal sebelum permainan bermula,
pengadil dan pencatat skor telah dimaklumlam senarai kedudukan pemain
melalui borang rotation slip yang telah disi dan ditandatanganii oleh pengurus
dan ketua pasukan.
2. Bola dalam ( ball in )
Bola adalah dalam apabila ia menyentuh lantai gelangang bermain,
termasuk garisan sempadannya.
3. Bola Keluar ( Ball out )
Bola adalah keluar apabila;
1. Sebahagian bola yangmenyentuh lantai adalah di luar garisan sempadan
gelanggang.
2. Ia menyentuh sesuatu bahan atau objek , di luar gelanggang, siling, atau
orang diluar gelanggang.
3. Ia menyentuh antenna, tali, tiang atau bahagian jarring yang berada di luar
antenna atau penjuru tepi.
4. Ia berjaya melintasi satah tegak jaring ( vertical plane of the net ) dengan
keseluruhan atau sebahagian bola berada di luar ruang gelanggang.
25
4. Kesalahan Aksi Bermain
Sebarang aksi bermain yang melangari peraturan permainan bola tampar
adalah kesalahan bermain dan ini akan membawa kepada suatu kekalahan
dalm rali.
5. Bermainkan Bola ( Playing the ball )
Setiap pasukan berhak melakukan tiga pukulan maksimum untuk
mengembalikan bola melintasi jaring. Pukulan-pukulan pasukan termasuk
pukulan sengaja oleh pemain dan sentuhan bola secara tidak sengaja.
Seorang pemain dilarang memukul bola dua kali berturut-turut, kecuali semaa
menghadang ( blocking ). Sentuhan menghadang tidak diambilkira sebagai
satu pukulan pasukan. Selepas sesuatu sentuhan hadangan, pasukan itu
berhak melakukan tiga pukulan untuk mengembalikan bola kepada pihak
lawan sebagai serangan balas.
6. Sentuhan Serentak
Dua atau tiga pemain boleh menyentuh bola serentak. Apabila dua pemain
dari pasukan yang sama menyentuh bola serentak, ia akan diambilkira
sebagai dua satu pukulan kecuali menghadang. Namun jika pukulan serentak
dua atau tiga pemain tadi, hanya seorang pemain yang menyentuhnya, maka
ia dikira satu sentuhan atau pukulan sahaja.
Untuk sentuhan serentak olek kedua-dua pasukan di atas jaring dan bola
masih kekal dalam gelanggang bermain, pasukan yang menerima bola
26
berhak membuat tiga pukulan lagi. Manakala jika sentuhan serentak oleh
kedua-dua pasukan dan mengakibatkan bola pegang ( held ball ), maka ia
dikenali sebagai kesalahan serentak dan rali itu dimainka semula.
7. Kesalahan Semasa Bermain Bola
Pemain dilarang sama sekali memainkan bola seperti berikut ;
a. Empat sentuhan
Sesuatu pasukan memukul bola empat kali sebelum mengembalikan
bola kepada pihak lawan.
b. Pukulan larang ( irregular hit )
Bola menyentuh bahagian di bawah lutut pemain.
c. Pukulan terbantu ( assited ball )
Pemain yang menerima bantuan daripada rakan pasukan atau
sebarang objek agar dapat mencapai bola dalam kawasan bermain.
d. Bola pegang ( Held Ball )
Pemain tidak memukul bola dengan betul iaitu bola dipegang,
diangkat, dibawa atau dilontar.
e. Dua sentuhan ( double contact )
Pemain memukul bola dua kali berturut-turut atau bola menyentuh
beberapa bahagian badannya secara berturutan.
27
8. Kesalahan Bermain di Jaring
Pemain dilarang bermain di jaring seperti situasi berikut;
a. Pemain menyentuh bola atau pihak lawan dalam ruang lawan
sebelum atau semasa pukulan serangan pihak lawannya.
b. Pemain masuk ke ruang lawan di bawah jaring dan mengganggu
pihak lawan.
c.Pemain masuk gelanggang lawan.
d. Pemain menyentuh jaring.
9. Servis pertama bagi sesuatu set
Servis pertama untuk set satu dan lima dilakukan oleh pasukan yang
ditentukan oleh lambungan duit ( toss coin ). Set-set lain akan dimulakan
dengan servis oleh pasukan yang tidak melakukan servis dahulu dalam set
yang sebelumnya. Semasa lambungan duit tersebut , pasukan yang menang
akan membuat keputusan untuk sama ada memilih servis, receiving, atau
gelanggang.
Melakukan sevis
1. Peservis diberikan masa selam 5 saat untuk membuat servis
selepas wisel dibunyikan oleh pengadil pertama.
2. Servis tanpa kebenaran wisel pengadil akan dibatalkan dan
diulangi semula.
28
3. Bola akan dipukul dengan sebelah tangan atau sebarang bahagian
lengan selepas bola dilambungkan atau dilepaskan (release) dan sebelum
bola itu menyentuh permukaan bermain.
4. Semasa pukulan servis atu melonjak bagi servis melompat,
peservis dilarang menyentuh gelangang ( termasuk garisan belakang )
atau lantai di luar zon servis. Selepas pukulannya, dia boleh memijak atau
mendarat di luar zon servis atau di dalam gelanggang.
Kesalahan servis
Kesalahan berikut akan mengakibatkan satu pertukaran servis walau pihak
lawannya berada dalam posisi yang salah. Peservis ;
1. Melangar susunan servis
2. Tidak melakukan servis dengan betul
3. Melanggar peraturan percubaan membuat servis.
10.Kesalahan Pukulan Serang
Beberapa kesalahan pukulan serangan ( attack-hit fault ) seperti;
1. Pemain memukul bola dari ruang dalam bermain pihak lawan.
2. Pemain memukul bola keluar.
3. Pemain barisan belakang melengkapkan pukulan serangan dari zon
depan dan keseluruhan bola itu berada di atas paras atas jaring semasa
pukulan dibuat.
29
4. Pemain melengkapkan sesuatu pukulan serangan ke atas servis lawan
apabila keseluruhan bola itu berada di zon depan dan di atas paras jaring.
11. Kesalahan Menghadang
Berikut adalah contoh kesalahan semasa membuat hadangan.
1. Penghadang menyentuh bola dalam ruang lawan sama ada sebelum
atau serentak dengan pukulan serangan lawan.
2. Bola menyentuh penghadang pada bawah lututnya,
3. Menghadang bola dalam ruang lawan dari luar antenna.
4. Menghadang bola servis pihak lawan.
5. Bola dihantar keluar melalui hadangan.
12. Gangguan biasa dalam permainan
Gangguan atau tergendalaan yang lazim berlaku dalam permainan merujuk
kepada ;
1. Masa hentian ( time out )
2. Penggantian pemain ( palyer subsitutions ).
3. Tempoh masa hentian ialah selama 30 saat.
4. Setiap pasukan berhak meminta masa hentian sebanyak 2 kali untuk
setiap set.
5. Pemain hendaklah berada di zon bebas semasa masa hentian .
6. Setiap pertukaran pemain terhad hanya sebanyak 6 kali pertukaran
sahaja.
30
7. Pemain yang keluar masuk hendaklah berdiri di garisan dan zon
pertukaran berasama pengadil kedua.
8. Penggantian yang dilengah-lengahkan akan diberi amaran oleh pengadil.
13. Jarak waktu ( intervals )
Semua jarak waktu antara set termasuk set keempat dan kelima adalah
selama 3 minit. Dalam tempoh itu , pertukaran gelanggang dan pendaftaran
berbaris pasukan-pasukan di borang skor dilakukan.
STRATEGI ASAS
Dalam apa jua permainan sekali pun, strategi adalah kunci utama bagi
menghadapi segala bentuk persaingan yang bakal tiba. Aspek strategi amat
penting bagi seseorang jurulatih mahu pun pemain yang akan beraksi di dalam
padang, gelanggang, dan gymnasium. Malahan di dalam rutin kehidupan
sekalipun , strategi adalah isyarat pertama untuk melakukan sesuatu sama ada
menghadapi peringkat permulaan atau pun semasa sesuatu perlakuan.
Permaianan bola tampar turut tidak terkecuali dari aspek strategi ini. Strategi
merupakan simbol dan kunci bagi teknik dan taktik di dalam sesuatu permainan
atau pertandingan. Tanpa strategi kemungkinan besar kejayaan tidak menjelma.
Di dalam permainan bola tampar, terdapat pelbagai strategi yang boleh dipelajari
dan diaplikasikan oleh pemain. Peranan jurulatih amat penting bagi
31
mempraktikkan seberapa banyak strategi untuk para pemain. Di antara strategi
yang lazimnya dipraktikkan di dalan sukan bola tampar adalah meliputi ;
i. formasi pasukan dan serangan
ii. pemain
iii. pengaplikasian kemahiran yang efektif dan
iv. Penggunaan penggantian ( substitution ) dengan efektif.
Formasi dan strategi pasukan
Formasi pasukan terbahagi kepada dua iaitu kedudukan pemain. Satu
pasukan bola tempar mempunyai enam (6) orang pemain . Tiga (3) pemain
adalah dibarisan depan manakala tiga (3) pemain lagi di bahagian belakang.
Gelannggang bola tampar dibahagikan kepada enam (6) kawasan atau zon
bermain. Keenam-enam pemain akan bergerak mengikut putaran jam secara
bergilir-gilir selepas memperolehi atau memenangi servis. Pemain di depan
dikenali sebagai pemain fawad manakala pemain belakang adalah pemain bek.
Posisi dan pergerakan setiap 6 pemain boleh berubah semasa menerima bola
asalkan urutan putaran dikekalkan.
32
Strategi merupakan sistem yang diaplikasikan oleh setiap pasukan semasa
beraksi. Pemilihan sistem atau strategi adalah bersandarkan kepada
kemampuan pemain dan pihak lawan. Dua system yang popular dipraktikkan
ialah seperti ;
1. Sistem 4-2 ( empat perejam dan dua pengumpan )
2. Sistem 5-1 ( lima perejam dan seorang pengumpan )
Sistem 4-2 (empat perejam dan dua pengumpan)
Sistem ini sering menjadi piulihan utama sesebuah pasukan dan dikenali sebagai
‘ serangan mudah’ kerana pengumpan adalah salah seorang daripada barisan
hadapan. Hanya pemain barisan hadapan boleh merejam daripda garisan
serangan (attack line). Maka, jika salah seorang pemain bertindak sebagai
pengumpan, pasukan terhad kepada dua penyerang hadapan. Kebanyakan
pasukan tidak mempunyai perejam mahir lebih daripada empat orang. Dengan
itu pasukan yang nenpunyai serangan 4-2 adalah lebih daripada mencukupi.
Pemain
Setiap posisi dan pemain mempunyai tugas dan peranan tertentu. Penguasaan
kesemua jenis kemahiran amat perlu bagi setiap pemain. Di dalam permainan
bola tampar kemahiran merejam dan dan mengumpan merupakan elemen
terpenting. Ini adalah kerana permainan bola tampar adalah suatu permainan ‘
33
kuasa dan ketepatan ‘ ( a geme of power and precision ) iaitu kuasa perejam dan
ketepatan pengumpan. Pemain pengumpan adalah pemain utama ( brains
behind the attack ) berperanan sebagai ;
1. Memiliki kecergasan fizikal yang amat tinggi termasuk kepantasan,
koordinasi, kefleksibelan, reaksi segera, dan daya tahan kardivoskular.
2. Memiliki sifat tahan lasak menatal, waspada, dan ketenangan semasa
membuat strategi, analisa ,keputusan, dorongan kepada pemain pasukan.
3. Memiliki kemahiran teknikal secara kenalurian ( instinctively ), taktik,
mengawal rentak dan ritma permainan.
Pemain perejam pula berfungsi sebagai pemain terpantas dan bintang pasukan.
Beliau harus memiliki sifat-sifat seperti kekuatan, kefleksibelan, dan kuasa.
Disamping itu juga, perejam wajar mempunyai kelebihan dari aspek fizikal iaitu
kuat, tinggi dan tangkas. Dari aspek fisilogi pula, beliau pemain yang cergas
untuk melakukan ketinggian lompatan, kuasa rejaman berulang kali, dan
mengatur masa. Aspek mental pula , beliau adalah pemain yang waspada dan
memahami komunikasi dengan pemain pengumpan sebelum membuat rejaman
dan lompatan sama ada rejaman pantas, rejaman tinggi , atau dink disamping
membaca permainan pihak pasukan lawan. Sementara dari aspek teknik dan
taktik pula, pemain perejam haruslah boleh mempraktikkan kemahiran
menyerang dengan efektif
34
Sistem 5-1 ( lima perejam dan seorang pengumpan )
Serangan 5-1 ini adalah sistem serangan yang lazim dipraktikkan pada peringkat
antarabangsa. Serangan ini hanya mengunakan seorang pengumpan. Ini
bermakna semasa tiga pusingan pengumpan berada di baris hadapan dan untuk
tiga pusingan seterusnya pengunpan datang dari belakang.Lima pemian yang
lain adalah penyerang dengan pemain yang berlawanan pengumpan dikenali
sebagai penyerang ofsaid. Adalah lebih menguntungkan jika penyerang ofsaid
merupakan pemain kidal kerana pemain tersebut boleh memukul dari kedudukan
fawad kenan, iaitu bahagian serangan pemain kidal yang kuat. Sebaiknya juga
pengumpan merupakan pemain kidal kerana ia lebih mudah bagi pengumpan
untuk merejam terus. Serangan ini adalah yang terbaik bagi pasukan yang
mempunyai seorang pengumpan sahaja. In kerana semua perejam hanya
merejam umpanan dari seorang pengumpan sahaja. Komunikasi dan
pergerakan yang difahami akan membantu pengumpan dan perejam kerana
tidak ada pengumpan lain semasa beraksi kecuali seorang sahaja.
Pengumpan boleh menyerang apabila berada di barisan hadapan.
Pengumpan yang baik adalah merupakan pemain penghadang terbaik yang
bersaiz tinggi. Dalam formasi serangan 5-1 ini, pasukan juga boleh melakukan
pelbagai bentuk penerimaan servis dan cuba menyorokkan pengumpan semasa
di barisan belakang atau hadapan. Namun pengumpan seharusnya bijak
menggunakan peluang dalam formasi 5-1 ini walaupun perejam merejam bola
pada keadaan sentuhan kedua . Sistem 5-1 ini merupakan gabungan pergerakan
35
serangan 4-2 dan 6-2. Pasukan yang mahir dengan system 4-2 dan 6-2 akan
mudah menguasainya.
PRINSIP-PRINSIP AM UNTUK SERANGAN
Beberapa prinsip asas untuk strategi menyerang iaitu;
1. Semua pemain haruslah berkomunikasi untuk mengetahui pergerakan rakan.
2. Permainan dan semangat berpasukan dipupuk melalui pengetahuan tentang
kelemahan dan kekuatan pihak pasukan lawan
3. Elakkan strategi yang rumit kerana akan membawa risiko kesilapan. Mesti
ada pilihan-pilihan dalam serangan
4. Pengumpan mengawal semua penyerang.
5. Semua pemain sergas, mahir, konsisten , dan tahan lasak sepanjang
permainan.
6. Pembentukan satu sistem mesti sesuai untuk pemain.
Prinsip-prinsip pertahanan
Suatu system pertahanan yang sistematik dan berkelola adalah penting dalam
semua perlawanan. Pertahanan dibina pada prinsip tertentu. Prinsip pertahanan
yang terpenting dikenali sebagai prinsip akal. Prinsip ini meletakkan semua
pemain di posisi dimana pihak lawan mungkin akan menyerang. Selain itu,
terdapat lima prinsip asas yang boleh dijadikan garis panduan dan digunapakai
oleh sesuatu pasukan dan pemain iaitu;
36
1. Posisi di gelangang ditetapkan untuk setiapa penahan. Ia merujuk kepada
setiap pemain tahu dan faham kedudukannya di dalam gelanggang semasa
di serang pihak lawan.
2. Penahan harus menjangka dan betindak pantas semasa rejaman.
3. Pemilihan pemain dan bilangan penghadang yang sesuai diutamakan
4. Pegelolaan, pertahanan dan latihan tubi dipraktikkan agar salah faham dan
pelanggaran pemain di minimumkan.
5. Gerakan pertahanan pantas dan terus–menerus.
37
BAHAGIAN 5
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA TAMPAR
Pergerakan dan Postur
Pergerakan adalah asas permainan bola tampar. Setiap pemain harus sentiasa
bergerak mengikut situasi semasa permainan; bergerak untuk memainkan bola,
bergerak untuk melindungi rakan sepasukan atau bergerak sebagai persediaan
untuk fasa permainan yang seterusnya. Permainan bermutu tinggi ditentukan
oleh kebolehan dan keupayaan pemain melakukan pergerakan yang tinggi dan
berbagai-bagai. Terdapat tiga jenis pergerakan asas seperti berikut:
1. Pergerakan kaki kehadapan (forwardfootwork).
2. Pergerakan kaki sisi (side footwork).
3. Pergerakan kaki ke belakang (backward footwork).
Pergerakan seseorang pemain ditentukan oleh jarak dan masa. Langkah sisi
digunakan untuk jarak dekat dan dalam situasi yang mempunyai masa yang
mencukupi; langkah silang digunakan untuk jarak lebih jauh dan dengan
masa yang lebih singkat, manakala langkah berlari digunakan untuk jarak
yang jauh dan masa yang singkat. Dalam semua pergerakan, mata mestilah
ditumpukan pada bola. (Lihat rajah dibawah)
38
Kedudukan Sedia Sebelum Bergerak
1. Kedua-dua kaki pada kedudukan yang direnggangkan lebih luas dari bidang
bahu dengan satu kaki ke hadapan.
2. Berat badan hendaklah pada bebola tapak kaki dengan lutut ke arah dalam.
3. Sentiasa bengkokkan lutut.
4. Belakang badan hendaklah lurus selesa.
5. Tangan bebas di atas aras lutut.
6. Tapak kaki sentiasa bergerak sebelum bergerak.
39
Langkah ke hadapan Langkah ke hadapan
Langkah sisi tidak bersilang
Langkah sisi bersilang
Pergerakan kaki
Latihan Untuk Pergerakan
1. Pemain berlari ke hadapan dari A ke B, melangkah sisi tidak bersilang dari
B ke C dan melangkah ke belakang dari C ke D. Ulang latihan untuk
beberapa kali.
2. Ulang latihan 1 dengan melangkah sisi bersilang dari B ke C.
3. Pemain berlari dari A ke B, kemudian berlari ke hadapan berpusing, ‘pivot’
pada tapak kanan dan terus berlari arah silang ke belakang ke C. Dari sini
pemain berlari ke hadapan (D), dan berpusing pivot pada tapak, terus berlari
sehingga ke garis belakang (A).
Peringatan: Dalam latihan pergerakan bola tampar, setiap pemain mesti berada
dalam kedudukan rendah atau sedikit membengkokkan lutut untuk melakukan
sebarang pergerakan dengan cepat. Mata pemain hendaklah diitumpukan pada
aras atas jaring semasa bergerak.
40
A
B
D
C
XMula Tamat
Pola pergerakan dan postur badan
Salah satu asas kejayaan dalam sukan ialah untuk mengetahui dan
memahami pola pergerakan di dalam aktiviti berkenaan. Pergerakan dan
kemahiran dalam bola tampar biasanya dilakukan dalam tiga postur badan, iaitu
tinggi, sederhana dan rendah. Postur tinggi digunakan semasa melompat untuk
merejam bola, mengadang bola pukulan atau hantaran lawan dan membuat
hantaran atas. Postur sederhana adalah untuk membuat servis, hantaran atas
dan bawah. Postur rendah digunakan semasa membuat diving dan guling di
gelanggang.
Melakukan suatu kemahiran dengan postur yang salah akan menyebabkan
ketidakcekapan dan mengurangkan keberkesanannya. Dalam kes-kes tertentu ia
menyebabkan kecederaan. Pemain seharusnya berlatih pola pergerakan
sehingga akhirnya ia menjadi reaksi automatik. Di samping itu, pemain-pemain
harus menguasai pola-pola pergerakan untuk menguasai kemahiran-kemahiran
tertentu dalam bola tampar.
Dalam melakukan pergerakan, perkara-perkara berikut harus dititikberatkan.
1. Semasa melakukan sesuatu kemahiran, pemain mesti mempunyai postur
yang betul iaitu sama ada postur tinggi, sederhana ataupun rendah.
2. Pemain harus bergerak ke tempat perlakuan, iaitu dengan pergerakan
langkah silang, langkah sisi atau langkah ke hadapan atau berlari.
3. Pemain mesti tiba di tempat perlakuan dengan cepat untuk menyediakan
postur sebelum melakukan sesuatu kemahiran.
41
4. Selepas perlakuan kemahiran, pemain seharusnya kembali pada
kedudukan bersedia.
SERVIS
Servis merupakan suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan
dengan bola dari kawasan servis oleh seorang pemain, iaitu peservis. Ia juga
merupakan salah satu kemahiran terpenting untuk dikuasi oleh semua pemain.
Servis bukan sahaja sebagai pemula permainan, bahkan boleh dianggap
sebagai faktor serangan yang berkuasa jika ia digunakan dengan sebaiknya.
Terdapat dua jenis servis yang asas iaitu Servis Bawah Tangan (underhand)
dan Servis Atas Kepala (overhead). Kepentingan servis adalah seperti;
42
Postur badan
Sederhana
Tinggi
Rendah
Pola pergerakan badan
1. Berdasarkan peraturan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam
kedudukan membuat servis supaya dapat memperoleh mata. Pasukan yang
mempunyai peservis yang mahir akan mempunyai kelebihan untuk mendapat
skor yang dan mengekalkan servis.
2. Semasa peservis membuat servis dengan darjah tertentu, dia boleh
memaksa lawannya bermain bola mengikut kehendaknya. Setiap servis yang
kuat boleh memaksa penerima yang lemah membuat kesilapan seperti
terlepas, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass)
Servis Bawah Tangan
Suatu servis yang paling mudah untuk dilakukan. Ia adalah tepat, konsisten, dan
memerlukan sedikit daya upaya fizikal sahaja.Pemain-pemain yang baru diajar
membuat servis ini kerana dengan tepatnya mereka boleh menghantar bola ke
sasaran yang dikehendaki. Kaedah-kaedah membuat servis ini adalah seperti
berikut ;
43
Fasa-Fasa Servis Bawah
Fasa Persediaan
1. Kedudukan kaki terbuka.
2. Bola pada paras pinggang.
3. Bahu lurus pada jaring.
4. Mata pada bola.
5. Buka tangan pemukul.
Fasa Perlaksanaan
1. Lengan dihayun ke belakang.
2. Berat bdan dipindahkan ke
belakang.
3. Lengan dihayun ke hadapan.
4. Berat badan dipindah ke
hadapan.
5. Tangan yang ‘memegang’
menjatuhkan bola.
6. Guna pangkal tangan yang
dibuka.
7. Sentuh bola pada paras
pinggang.
8. Sentuh bola di bawah tengah
belakang bola.
44
Fasa Ikut Lajak
Berat badan pada kaki hadapan.
Lengan ke arah atas jaring.
Bergerak masuk ke dalam
gelanggang.
Servis Atas Kepala
Servis ini mudah dikuasai oleh ramai pemain. Ia lebih kuat (harder) dan berat
(heavier) berbanding servis bawah tangan. Kaedah–kaedah membuat servis
atas kepala adalah seperti berikut ;
Fasa-Fasa Servis Atas Kepala
Fasa Persediaan
1. Berdiri menghadap jaring , dengan kaki berjarak seluas bahu.
2. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan.
3. Pegang bola dalam tangan lambungan (tossing hand)lebih kurang satu kaki
ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan.
4. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand)
45
Fasa Perlaksanaan
1. Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan
bahu lengan yang membuat servis
2. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.
Fasa Ikut Lajak
1. Menghayun lengan yang membuat servis seperti aksi membaling bola.
2. Memukul bola dengan tapak tangan dan jejari di keliling bola.
3. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar
depan.
4. Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.
5. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.
Servis Gelombang (Floata)
Servis ini hampir sama dengan servis permainan tennis. Selepas memukul bola
di tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka, tangan berhenti dengan serta
merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur
tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi jaring
dan tiba-tiba pecah atau mati ( breaks of dies ). Maka, penerima mungkin
terganggu sementara imbangannya. Kaedah-kaedah melakukan servis
gelombang adalah seperti berikut ;
46
Fasa-Fasa Servis Gelombang
Fasa Persediaan
1. Kedudukan terbuka.
2. Bahu lurus pada jaring.
3. Mata pada bola.
4. Buka tangan pemukul.
Fasa Perlaksanaan
1. Bola dilempar di hadapan bahu
pemukul.
2. Bola dilemparkan rapat ke badan.
3. Lengan dihayun ke belakang dnegn
siku ditinggikan.
4. Tangan di telinga.
5. Sentuh dengan pangkal tangan
terbuka.
6. Sentuh pada keluasan yang penuh.
7. Tindakan menjolok.
Fasa Ikut Lajak
47
1. Berat badan pada kaki hadapan.2. Tiada ikutan lengan.3. Bergerak ke dalam gelanggang.
Butiran-butiran untuk servis
1. Pastikan kaki adalah di belakang garisan belakang.
2. Melepaskan bola daripada tangan sebelem melakukan servis.
3. Kaki berjarak, dengan kaki kiri ke depan(bagi pengguna tangan kanan)
dan sebaliknya.
4. Bengkokkan lutut, memindahkan berat badan dari kaki belakang ke
kaki depan.
5. Pastikan tangan memukul adalah kukuh.
6. Kaki menuju ke sasaran.
7. Pastikan pelepasan bola adalah terkawal dan konsisten.
8. Mengambil masa dan memberi perhatian ke atas servis.
9. Masuk gelanggang secepat mungkin apabila bola telah dimainkan.
48
OVERHEAD SERVIS JUMPING SERVIS
HANTARAN BAWAH TANGAN (DIG)
Ia juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran jenis ini
menggunakan kedua belah tangan (a two handed underhand pass).
Kegunaannya adalah untuk menerima servis, hantaran, dan serangan pihak
lawan. Kemahiran ini juga diaplikasikan apabila semasa bola berada terlalu
dekat lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk
menggunakan hantaran atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan sebagai
teknik menahan , menyelamatkan hantaran, dan mengawal bola. Fasa-fasa
menyangga adalah seperti berikut:
Fasa Persediaan
1. Tangan bersedia.
49
2. Kaki bekuda-kuda selebar bahu.
3. Lutut bengkok.
4. Lengan selari dengan paha.
5. Belakang lurus.
6. Mata mengikut bola.
Fasa Perlaksanaan
1. Kedua ibu jari selari.
2. Tumit pergelangan tapak tangan
dirapatkan.
3. Capai ke arah bola.
4. Jatuhkan bahu rapat ke sasaran.
5. Luruskan badan ke bola.
6. Lakukan pergerakan ‘menjolok’ ke
hadapan dan ke atas.
7. Cungkil pergelangan tangan atau
bengkokkan siku untuk
mendapatkan ketinggian yang
baik.
8. Pergerakan pinggul ke hadapan.
9. Lihat bola menyentuh lengan.
Fasa Ikut Lajak
1. Pelantar lengan diarahkan ke
sasaran
50
2. Lengan tidak tinggi daripada bahu.
3. Pindahkan berat badan ke
hadapan.
4. Mata mengikut bola ke sasaran.
Butir-butiran menyangga
1. Pastikan ibu-ibu jari sejajar dan tangan memanca jejari.
2. Terkunci siku-siku dengan melurusklan lengan-lengan dan
pergelangan tangan.
3. Kaki berjarak dengan sebelah kaki di depan dan bengkokkan lutut
untuk menerima hantaran.
4. Letakkan kaki luar ke hadapan dan memusing badan untuk
menghadap sasaran.
5. Menolak ke atas dan terus melalui kaki dengan pergerakan bahu
yang minimum.
6. Elakkan daripada mengayun lengan ke bola.
7. Pastikan tapak pemukul ( platform ) adalah stabil.
8. Kendurkan bahagian atas tubuh badan dan hantar bola tinggi.
Variasi Menyangga
1. Persediaan kedudukan asas
2. Hantaran bawah tangan arah sisian ( lateral movement )
51
3. Junam dan tangkap ( dive and catch )
4. Junam dan luncur ( dive and slide )
5. Junam dan pusing ( dive and turn )
6. Berguling
HANTARAN DEPAN (FOREARM PASS)
Kemahiran asas bola tampar yang perlu dipelajari ialah hantar depan.
Kemahiran ini juga dikenali sebagai hantaran bawah atau 'bump'. Biasanya ini
adalah kemahiran pertama yang mesti dilaksanakan oleh pasukan anda jika
anda belum dipililh untuk memulakan servis. Hantaran ini digunakan untuk
menerima servis, menerima rejaman dan memainkan bola pada paras pinggang,
ke bawah dan di jaring.
Walaupun hantar depan selalu digunakan, adalah lebih baik anda mengawal
hantaran dengan mengenakan hantaran atas kepala (dibincangkan dalam
Langkah 5). Dengan itu, jika boleh hantaran atas kepala menjadi pilihan utama.
Walau bagaimanapun, sebarang bola laju, seperti servis atau rejaman, mestilah
selalu diterima dengan 'hantar depan' kerana tangan yang terbuka tidak cukup
kuat untuk menerima bola yang dipukul kuat. Hantar depan selalu digunakan
untuk menghantar terus kepada rakan pasukan.
Ini adalah penting untuk menyerap hentakan bola pukulan kuat serta
menghantar bola cara ini boleh membantu rakan sepasukan melaksanakan
hantaran atas atau umpanan dalam permainan berikutnya.
52
MENGAPA HANTAR DEPAN PENTING?
Jika anda ingin pasukan anda berjaya, hantar depan mestilah dilaksanakan
sepenuhnya bila menerima bola daripada pihak lawan. Apabila anda melakukan
serangan balas, hantar depan yang tepat amat penting.
BAGAIMANA MELAKSANAKAN HANTAR DEPAN
Unsur-unsur melaksanakan hantar depan yang baik adalah (a) menghampiri bola
(b) tetapkan posisi anda (c) membuat sentuhan, dan (d) tumpuan kepada bola ke
arah sasaran. Semasa melakukan balingan lengan hadapan; tangan anda
mestilah digabungkan bersama; ibu jari mestilah selari. Siku berpusing ke
dalam. Dengan itu, bahagian lengan yang lembut - lurus menghadap siling.
Lengan anda selari dengan paha, jauhkan darip4ada badan. Anda mesti cuba
meletakkan badan anda di belakang bola, serapkan daya, dan hantar bola terus
kepada sasaran dengan menggunakan badan, melalui kaki yang diluruskan
semasa menyentuh bola. Lihat Rajah untuk kunci kejayaan hantar depan.
Sangga mempunyai kaitan kemahiran mudah untuk digunakan apabila anda
bergerak ke arah bola terlebih dahulu, iaitu mendapat kedudukan yang sesuai
sebelum cuba melaksanakan kemahiran. Kesukaran kemahiran ini ialah apabila
anda tidak pernah menggunakan lengan anda dalam sukan-sukan yang lain.
Fasa-Fasa Hantar Depan
Fasa Persediaan
1. Tangan mesti ditemukan.
53
2. Kedudukan kaki terbuka ke
hadapan dan ke belakang.
3. Kaki selebar bahu.
4. Lutut dibengkokkan.
5. Lengan hadapan selari dengan
paha.
6. Belakang lurus.
7. Mata pada bola.
Fasa Perlaksanaan
1. lbu jari selari.
2. Tumit tapak tangan ditemukan.
3. Terima bola pada tepi kiri badan.
4. Kaki dilunjurkan sedikit.
5. Pergerakan "menjolok" ke
hadapan dan ke atas.
6. Platform condong ke arah
hadapan.
7. Pinggul ke bawah dan ke
hadapan.
8. Perhatikan bola menyentuh
tangan.
Fasa Ikut Lajak
54
1. Tangan tetap ditemukan.
2. Platform mengikuti bola ke
sasaran.
3. Tangan tidak tinggi lebih daripada
bahu.
4. Pindahkan berat badan ke
hadapan.
5. Mata rnengikut bola ke sasaran.
HANTARAN ATAS
Kemahiran hantaran atas membolehkan anda mengawal bola dengan
kecekapan yang salngat baik. Anda menggunakan tangan atas untuk
menggerakkan bola kepada rakan sepasukan dan jarang sekali digunakan untuk
mengembalikan bola ke pihak lawan. Hantaran dilaksanakan buat sementara
oleh pengumpan untuk menghantar bola itu kepada penyerang tetapi ia mungkin
digunakan oleh pemain untuk memenuhi tugas itu. Anda mestilah boleh
melaksanakan kemahiran sama ada di hadapan atau di belakang tanpa
mengubahcara penghantaran.
MENGAPA HANTARAN ATAS PENTING
Hantaran atas biasanya pukulan bola kedua pasukan anda dalam tiga peringkat
serangan. Dalam kebanyakan keadaan serangan, seorang pemain dilantik
55
sebagai pengumpan dan melaksanakan pukulan kedua atau set. Orang ini
mestilah penghantar atas yang terbaik bagi satu-satu pasukan.
Hantaran atas boleh digunakan oleh pemain ketika menerima sebarang
bola tinggi lebih daripada paras bahu dan dating ke arah pemain dengan laju.
Anda mestilah menggunakan hantaran atas bila perlu. Jangan biarkan bola jatuh
ke paras hantaran depan, kerana hantaran atas adalah cara yang paling
berkesan untuk mengendalikan bola.
BAGAIMANA MELAKSANAKAN HANTARAN ATAS
Kedudukan sedia ialah menggerakkan langkah, kaki dan bahu dijarakkan,
lutut bengkok dan tangan diangkat ke hadapan dahi pada jarak lebih kurang15-
20 cm. Ibu jari menghala ke mata anda. Bentuk ‘tingkap’ dengan ibu jari dan jari
telunjuk dalam sebegitu rupa jari-jari adalah dua kali jaraknya daripada ibu jari
anda. Lihat bola melalui tingkap ini. Adalah sa-ngat penting, bahu anda
diletakkan tegak menghala ke sasaran. Apabila bola menyentuh tangan anda,
tangan anda membentuk mengikut bola dengan hanya dua gabungan tangan
dan ibu jari menyentuh bola. Apabila bola menyentuh tangan anda, lunjurkan
tangan dan kaki, pindahkan berat badan anda mengikut arah hantaran.
Fasa-Fasa Hantaran Atas
Fasa Persediaan
56
1. Kedudukan bersedia.
2. Lutut dan punggung dibengkokkan.
3. Bahu tegak ke sasaran.
4. Tangan di hadapan dahi.
5. Membentuk ‘tingkap’.
6. Lihat bola melalui tingkap.
Fasa Perlaksanaan
1. Bentuk tangan mengikut bentuk
bola.
2. Sentuh bahagian bawah bola.
3. Sentuh bola dengan bahagian
atas temuan jari.
4. Luruskan tangan dan jari.
5. Tangan menghala ke sasaran.
Fasa Ikut Lajak
57
1. Tangan dan lengan lurus ke
sasaran.
2. Pindahkan berat badan ke
sasaran
3. Bergerak ke arah bola.
Aksi-aksi hantaran
58
Kemahiran membuat hantaran dan menyangga dengan bijak akan mengurangkan kesilapan semasa bermain.
59
MEREJAM (SPIKING)
Kemahiran merejam digunakan oleh pasukan serangan untuk mendapatkan
mata atau skor. Ia adalah bola yang dihantar dengan membuat smesy ke bawah
gelanggang pihak lawan. Perejam berdiri dekat jaring, menghadap arah dari
mana bola akan tiba. Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke
udara dan menghayun tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke
bawah ke dalam gelanggang pihak lawan.
Kemahiran merekam bukan ciptaan Amerika Syarikat walaupun permainan
ini berasal dari negara tersebut. Kemunculannya boleh dikesan pada suatu
pertandingan bola tampar yang diadakan di Manila. Sebuah pasukan orang asli
menarik perhatian orang ramai dengan menaikkan bola tinggi ke udara, dekat
dengan jaring sementara seorang pemain orang asli dari tengah gelanggang,
menghentam bola ke bawah. Pada masa itu tiada sesiapa pun boleh menahan
serangan tersebut, begitu juga tidak terdapat dalam sebarang peraturan yang
menghalang penggunaan kaedah ini untuk membuat jaringan. Justeru,
kemahiran , merejam dihasilkan dan diaplikasikan dalam variasi kemahiran
serangan. Kemahiran merejam boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu
kuisan, rejaman perlahan dan rejaman kuat.
60
Fasa-Fasa Kuisan
Fasa Persediaan
1. Tunggu di garis serangan.
2. Perhatikan pengumpan.
3. Mata melihat bola selepas
mengumpan.
4. Berat badan ke hadapan.
5. Bersedia mendekati jaring.
Fasa Perlaksanaan
1. Mula mendekati jaring 4. Lengan dihayunkan 7. Sentuh bola di
61
apabila bola berada di
point terakhir.
2. Kurangkan jarak dengan
beberapa langkah.
3. Dua langkah ahir ke
kanan, rapat ke kiri atau
melangkah untuk
melompat.
ke belakang ke paras
pinggang.
5. Kedua-dua lengan
menghayun ke
hadapan.
6. Kedua-dua lengan
menghayun tinggi ke
arah bola.
hadapan bahu
yang memukul.
8. Sentuh dengan
hujung dua jari
yang diganungkan.
9. Sentuh bahagian
bawah setengah
bola.
10.Sentuh dengan
lengan yang lurus.
Fasa Ikut Lajak
1. Tangan mengikut bola ke
sasaran.
2. Mendarat ke atas kedua-dua kaki.
3. Bengkokkan lutut untuk meresap
tekanan mendarat.
Fasa-Fasa Rejaman Perlahan
Fasa Persediaan
62
1. Tunggu di garis serangan.
2. Perhatikan pengumpan.
3. Mata melihat bola selepas
mengumpan.
4. Berat badan ke hadapan.
5. Bersedia mendekati jaring.
Fasa Perlaksanaan
63
1. Mula mendekati jaring apabila
bola berada di paras tertinggi.
2. Kurangkan jarak dengan beberapa
langkah.
3. Akhiri dua langkah dengan
langkah kanan dan rapat dengan
kiri untuk melompat.
4. Tangan dihayunkan ke belakang
ke paras pinggang.
5. Kedua-dua lengan menghayun ke
hadapan.
6. Kedua-dua lengan menghayun
tinggi ke arah bola.
7. Sentuh bola di hadapan bahu yang
memukul.
8. Sentuh dengan tumit tapak tangan
yang terbuka.
9. Sentuh bahagian bawah tengah
belakang bola.
10. jari menggolek membalut bahagian
atas bola.
11.pergelangan tangan dipetik.
12.sentuh dengan tangan yang betul-
betul lurus.
Fasa Ikut Lajak
64
1. Tangan mengikut
bola ke sasaran.
2. Mendarat ke atas
kedua-dua kaki.
3. Bengkokkan lutut
untuk melembutkan
pendaratan.
Fasa-Fasa Rejaman Kuat
Fasa Persediaan
6. Tunggu di garis serangan.
7. Perhatikan pengumpan.
8. Mata melihat bola selepas
mengumpan.
9. Berat badan ke hadapan.
10.Bersedia melakukan pendekatan.
65
adalah langkah kanan
dan rapat dengan kiri
untuk melompat.
4. Tangan menghayun ke
belakang sekuarng-
kurangnya pada paras
pinggang.
7. Sentuh bola di
hadapan bahu yang
memukul.
8. Sentuh dengan tumit
tapak tangan yang
terbuka.
tangan yang kuat.
11.Sentuh dengan
lengan yang betul-
betul lurus.
Fasa Ikut Lajak
66
1. Tangan mengikut arah rejaman dan
jatuh ke paras pinggang.
2. penyerang mendarat di atas dua
kaki.
3. Bengkokkan lutut untuk
melembutkan pendaratan.
Teknik-Teknik Merejam
Posisi Bersedia
1. Berat badan seimbang dan bengkokkan lutut.
2. Bahagian atas tubuh badan mengendur.
3. Bahu ke hadapan dan
4. Jarak dari jaring di antara 2 – 3 meter.
Pergerakan
1. Bergerak ke arah bola.
2. Melangkah dengan kaki kiri untuk pemain yang menggunakan tangan
kanan.
3. Bergerak sambil melihat kelakuan dan trajektori bola.
4. Lengan-lengan mula bergerak ke belakang.
5. Turunkan badan secara beransur-ansur dalam persediaan untuk
melakukan lompatan.
6. Lengan-lengan ke belakang dan ke atas seberapa banyak yang boleh.
67
7. Melangkah dengan kaki kanan yang mengambil kebanyakan berat badan.
8. Menghayun lengan-lengan ke bawah di sisi badan.
Lompatan
1. Mula dengan buaian dari tumit ke jari kaki (heel –toe-rock)
2. Bermula dengan ayunan lengan ke atas apabila kaki-kaki mula menolak
ke atas.
3. Menghulurkan badan dengan bergerak dari mata kaki ke kaki, ke
pinggang , dan tubuh badan.
4. Lompatan haruslah tegak ( vertical ) dan ledakan ( explosive )
Teknik-Teknik Aksi Merejam
Posisi Badan
1. Lengan merejam tinggi di atas kepala.
2. Kekalkan siku tangan merejam lebih tinggi daripada bahu.
3. Bahagian atas tubuh badan memutar jauh dari jaring.
4. Bahagian belakang badan dilentikkan dengan kaki-kaki dibawa ke
belakang untuk imbangan.
Kontak
1. Kontak harus dibuat ke bahagian atas bola ( upper half of ball )
2. Kontak bola dengan hujung tangan ( heel of hand )
68
3. Pergelangan tangan bengkok dengan serta merta ke depan ( the wrist
snaps forward ) dengan tapak tangan dan jejari melindungi bola.
4. Mendepangkan jejari seluas boleh untuk mengawal soik atau
menadahkan tangan untuk mendapat lebih kuasa.
5. Kontak bola seberapa tinggi yang boleh dan lebih kurang 1 meter di
hadapan badan.
6. Hayunan lengan harus mengikut lajak sehingga ke pertengahan badan (
midline of the ball )
Daratan
1. Mendarat di atas jari-jari kedua-dua belah kaki.
2. Bengkokkan lutut sedikit untuk menyerap tekanan.
3. Mendarat lebih kurang di tempat yang sama dengan membuat lonjakan.
Variasi Rejam
1. Rejam dari Belakang Gelanggang ( Back Court Spike )
2. Rejam Bersilang ( Cross Body Spike
3. Rejam ROUDHOUSE
i. Lengan merejam diturunkan.
ii. Memutar badan jauh dari jaring.
69
iii. Menurunkan lengan bukan merejam.
iv. Lengan merejam untuk merejam bola.
v. Kaki dan badan ke depan serta merta ( snap forward )
4. Rejam Pukulan Tinggi
5. Rejam Dink
Butiran-butiran merejam
1. Mendekati jaring dari jarak 2 – 3 meter.
2. Pada langkah akhir yang panjang, badan diturunkan dan sediakan lengan
untuk memukul.
3. Buaikan tumit-tumit ke belakang pada hujung penujuan.
4. Lonjak daripada kedua-dua belah kaki.
5. Mengayun kedua-dua lengan ke atas dengan kuat pada masa lonjakan.
6. Pastikan kedua-dua bahu menghadap jaring.
7. Tarik lengan memukul ke belakang dengan siku ke depan.
8. Pengelangan tangan harus terkunci ( locked ) dan tangan harus terbuka.
9. Memukul bola setinggi-tingginya di depan bahu tangan memukul.
10.Tangan memukul meliputi bola dengan ikut lajak (a follow through ) oleh
pergelangan tangan.
11.Jangan menyentuh jaring.
12.Menuju kepada perletakan ( placement ) daripada kuasa (power )
70
MENGHADANG (BLOCKING)
71
Aksi merejam
Menghadang ( blocking ) merupakan kemahiran yang dilakukan sama ada
seorang atau dua orang pemain yang bertujuan untuk ;
1. Menahan dan menghalang serangan daripada kemahiran merejam oleh pihak
lawan.
2. Menghadang lintasan bola untuk dibalikkan semula ke gelanggang lawan
3. Mendapatkan skor atau mata dengan menggagalkan percubaan rejaman oleh
pihak lawan.
4. Mengurangkan kelajuan dan memesongkan bola kepada pemain pasukan
sendiri.
Kemahiran ini merupakan satu kaedah menahan bola dekat jaring.
Pemain akan cuba menyekat bola sebaik sahaja pada posisi dimana bola itu
melintasi jaring. Penghadangan hanya merupakan salah satu fasa daripada
keseluruhan sistem pertahanan.Fasa-fasa lain termasuk menerima servis,
memberi perlindungan di belakang perejam dan melakukan beberapa cara
menyelamatkan bola.Ia juga digunakan untuk mengatasi rejaman dan akan
kesannya membawa kejayaan atau kemenangan dalam permainan.
Penghadangan yang menggunakan kedua-dua belah tangan adalah
pertahanan terbaik untuk menahan bola yang direjamkan.
Fasa-Fasa Adang Tunggal
72
Fasa Persediaan
1. Tunggu di jaring.
2. Lihat pengumpan lawan.
3. Tangan di paras bahu.
4. Selepas umpanan, mata tertumpu
kepada penyerang lawan.
5. Tempatkan diri anda di hadapan
tangan memukul perejam.
Fasa Perlaksanaan
73
1. Lompat serta-merta
setelah penyerang
melompat.
2. Lengan mencapai atas
jaring.
3. Tangan melintasi ke
gelanggang lawan.
4. Bariskan setengah badan
anda di depan bahagian
sisi memukul lawan.
5. Undurkan tangan.
6. Mendarat atas kedua-dua
kaki.
Fasa Ikut Lajak
1. Bengkokkan lutut untuk
melembutkan pendaratan.
2. Beralih daripada jaring.
3. Lihat bola.
Fasa-Fasa Adang Berganda
Fasa Persediaan
74
1. Setelah umpanan, pengadang
yang bergerak, menumpukan
perhatian kepada pemain yang
sedang membuat adangan.
Fasa Perlaksanaan
1. Kedua-dua pengadang
melompat serentak.
Fasa Ikut Lajak
75
1. Semua pemain kembali ke
kedudukan biasa.
76
AKSI MENGHADANG
KEMAHIRAN MENYELAMATKAN BOLA
Dalam beberapa situasi di mana hantaran bawah tidak dapat digunakan ataupun
bola dihantar ke tempat yang sukar untuk diterima atau diselamatkan, maka
kemahiran menyelamat bola diperlukan. Di antara teknik yang boleh digunakan
ialah terjun hadapan dan guling sisi. Terjun hadapan biasanya digunakan oleh
pemain lelaki yang sudah lama atau sudah mahir dengan permainan bola
tampar, manakala gulingan sisi pula digunakan oleh pemain lelaki yang baru
atau belum mahir dan pemain wanita. Kedua-dua teknik menyelamatkan bola ini
dilakukan oleh pemain bola tampar.
Terjun Hadapan
77
1. Pemain berlari menuju ke arah bola. Pemain tangan kanan membuat
terjunan dengan kaki kiri di hadapan. Ini membolehkan tangan kanan
dihulurkan keiarak yang paling jauh.
2. Terjunan dibuat dan kedua-dua kaki ditendang ke belakang dan ke atas.
Belakang badan dilentikkan dan kepala diangkat. Bola disentuh di bahagian
belakang tapak tangan.
3. Mendarat dengan kedua-dua tangan, sambil siku dibengkokkan untuk
menyerap berat badan.
4. Tangan diangkat ke sisi dan pelunjuran dibuat dengan bahagian torso.
Guling Sisi
1. Bersedia untuk menuju ke arah bola.
78
Aksi terjun hadapan dari mula hingga akhir
2. Langkah yang luas digunakan unutk mendekati bola. Tangan dan kaki yang
sama digunakan.
3. Badan direndahkan untuk menyelamatkan bola. Bola disentuh di sekitar
pergelangan tangan atau bahagian daslam lengan atau bahagian atas tapak
tangan.
4. Mendarat dengan sisi paha dan punggung. Lutut digerakkan ke arah dalam
supaya ia tidak menyentuh lantai.
5. Kedua-dua kaki ditarik ke arah badan.
6. Membuat gulingan.
7. Bersedia semula untuk permainan
8. seterusnya
79
Aksi guling sisi dari mula hingga akhir (a-f)
ASPEK-ASPEK KESELAMATAN DALAM BOLA TAMPAR
Aspek keselamatan yang perlu diutamakan dalam permainan bola tampar. Antaranya
ialah :
• Pemain perlu memakai pelindung lutut atau knee pad bagi memastikan
kecederaan yang tidak serius semasa perlawanan dijalankan.
• Pemilihan kasut yang sesuai juga penting dalam memastikan aspek
keselamatan semasa berada di dalam gelanggang. Kasut yang baik dipakai
adalah apabila tapak kasut tersebut tidak mudah rosak dan tahan dengan
keadaan gelanggang yang keras. Contohnya kasut badminton.
80
• Pemain yang bermain menggunakan cermin mata atau kanta lekap
bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri jika sesuatu perkara yang tidak
diingini berlaku.
• Sekiranya terdapat bola di dalam gelanggang permainan tidak boleh
dijalahkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan berlaku
terhadap pemain.
Contoh kecederaan pada tangan dan lengan
KECEDERAAN DAN CARA RAWATAN
Kecederaan tisu lembut (soft tissue injury)
• Kecederaan tisu lembut boleh berlaku di bahagian tengah otot, antara
otot dengan tendon di tempat melekat tendon (origin & insertion) atau
di tulang sendiri.
• Kecederaan boleh dikelaskan mengikut:-
i. punca/mekanisma kecederaan (etiologi)
ii. darjah kecederaan (severity)
81
Punca:-
i. secara langsung (direct)
ii. selalunya pada sukan berlaga tubuh badan (body contact sport)
iii. contoh kecederaan: Luka, lebam, bengkak, cedera kepala dan mata.
iv. Tidak secara langsung (indirect)
v. ‘Acute’- berlaku bila otot menerima tekanan/beban secara
mengejut.
vi. Seperti memecut (lari) atau menendang (bola sepak)
vii. Kesannya: Otot terkoyak
‘Chronic & Overuse’
i. Ini disebabkan hasil tekanan/beban yang berulang-ulang atau
pergeseran yang berterusan. Biasanya semasa latihan
ketahanan (endurance training)
ii. Contoh kecederaan: Tendinitis
‘Acute on Chronic’
i. Otot yang telah sedia sakit akibat chronic & overuse terkoyak
atau putus
Darjah kecederaan
ii. Sakit sedikit semasa cedera atau dalam masa 24 jam selepas
kecederaan, sakit setempat, atlit masih boleh meneruskan
permainan.
iii. Sakit sederhana, sakit semasa melakukan pergerakkan, atlit
tidak dapat meneruskan permainan.
82
iv. Atlit mendengar bunyi ‘pop’ bengkak, sakit sangat? Kejang
otot? Berdarah, bentuk bahagian yang cedera berubah – cacat.
v. Apa yang berlaku selepas tisu lembut cedera?
vi. Tisu-tisu ini akan mengalami proses-proses:-
vii. Acute inflammatory phase- semasa kecederaan hingga 72 jam
pertama
viii. ‘Repair phase’ – 48 jam – 6 minggu
ix. Remodeling phase – 3 minggu – 12 bulan
Rawatan kecederaan:-
i. Cryotheraphy – R.I.C.E
ii. Ubat anti – Fisioterapi
iii. Bantu diri, pergerakkan bebas dan latihan pemulihan
iv. Corticosteroid
Rawatan menggunakan ais batu:-
i. Ice massage
ii. Ice pack
iii. Ice immersion
iv. Lama rawatan : 15 – 30 minit
v. Kekerapan : 2 atau 4 kali sehari
vi. Dilakukan : 2 – 3 hari pertama selepas kecederaan
83
Bagaimana air batu bertindak balas terhadap tisu yang tercedera?
i. Kawasan yang kena air batu menjadi sejuk dan kebas – ini
akan mengurangkan sakit, mengecilkan salur rerambut,
pengaliran darah ke kawasan cedera perlahan – mengurangkan
bengkak dan pendarahan.
ii. Mengurangkan kekejangan
iii. Menjadikan otot yang kejang (spastic) berfungsi semula.
Ubat anti-inflammatory (insaid drug)
i. Penggunaan ubat ini akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan
Rawatan Fisioterapi:-
i. Rawatan ini bermula secepat mungkin – selepas kecederaan.
ii. Rawatan meliputi:
1. Air batu dan senaman
2. Ultra Sound
3. Rangsangan otot letrik
4. Gabungan (a) dan (b)
5. Senaman kekuatan dan kelembutan
Bantu diri, pergerakkan awal dan latihan pemulihan
Kaedah:-
i. Isometrik
ii. Isotonik
iii. Isokinetik
Corticosteroid
Penggunaan ubat ini juga akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan. Suntikan ubat ini
(local injection) pada tempat kecederaan dilakukan setelah rawatan-rawatan lain tidak
berjaya mengurangkan kesakitan/kecederaan atau kecederaan itu berulang-ulang.
84
Patah tulang
i. Mengetahui tanda-tanda dan gejala-gejala fraktur.
ii. Melarang gerak (immobilize) kesemua patah tulang pada:-
a. Tulang rahang bawah
b. Tulang selangka
c. Lengan atas
d. Lengan bawah
e. Tulang rusuk
f. Tulang belakang atau spina
g. Pelvis
h. Tulang paha atau femur
i. Tulang kaki
iii. Mengutamakan pencegahan renjatan dalam kecederaan patah tulang.
Sebab-sebab patah tulang:-
i. Akibat pukulan tepat atau secara langsung
ii. Akibat pukulan secara tidak langsung
iii. Akibat tersentap sendi
Jenis-jenis patah tulang:-
i. Patah rebung
ii. Patah tebu
iii. Patah riuk
iv. Patah melarat
85
Tanda-tanda dan gejala-gejala:-
i. Tulang patah boleh didengar ataupun dirasa
ii. Bengkak dan kemudian menjadi lebam pada bahagian yang patah itu,
diakibatkan pendarahan dalam tubuh.
iii. Anggota itu kelihatan berlainan kedudukannya dan ganjil rupanya, seperti
bahagian kaki yang patah mungkin nampaknya lebih pendek dan terbalik
iv. Cacat pada anggota dan bahagian yang tercedera tidak boleh digerakkan
seperti biasa.
v. Rasa kesakitan pada atau dekat tempat fraktur.
Peraturan am bagi rawatan fraktur:-
i. Jangan cuba menggerakkan mangsa itu sehingga bahagian yang patah itu telah
dilarang gerakkan (immobilization), kecuali mangsa itu didalam keadaan
bahaya yang mengancam nyawanya.
ii. Peringatan – langkah-langkah yang dilakukan dengan kasar mungkin
mengakibatkan keadaan menjadi lebih serius dan menambahkan bahaya
renjatan, misalnya patah tertutup mungkin menjadi patah tulang terbuka.
iii. Peraturan diatas diutamakan, oleh yang demikian pernafasan yang terhenti dan
pendarahan yang teruk mestilah diberikan rawatan terlebih dahulu sebelum
memberi rawatan pada tulang.
iv. Tetapkan keadaan patah tulang dengan serta-merta supaya ia tidak bergerak
langsung (immobilization). Langkah seperti itu tidak akan menggerakkan
hujung-hujung tulang itu daripada merosakkan saluran darah atau otot-otot.
v. Kaedah pertama ialah dengan menggunakan pembalut segitiga ikat anggota
yang tercedera kepada anggota yang tidak tercedera atau badan mangsa.
vi. Kaedah kedua dengan menggunakan tuap atau bidai (splint)
vii. Balut dan tutup luka-luka dengan pembalut atau kain yang bersih
viii. Selimutkan mangsa untuk menghindarkan terjadinya renjatan
ix. Dapatkan pertolongan doktor dengan segera
x. Kecederaan pada tulang yang tidak dapat dipastikan, maka rawatlah
kecederaan itu sebagai merawat patah tulang.
86
Kecederaan otot, sendi dan ligamen
i. Mengenali kecederaan pada otot-otot iaitu urat daging koyak
ii. Mengetahui kecederaan pada persendan iaitu terseliuh dan terkehel
iii. Merawat kecederaan pada otot-otot dan sendi-sendi.
Apakah sendi dan otot
i. Sendi adalah suatu tempat bertemunya antara dua tulang atau lebih. Sebanyak
206 tulang yang membina sistem rangka menusia dihubungkan disendi yang
membolehkan rangka bergerak dan menjalankan tugas-tugas badan.
ii. Ligamen adalah tisu-tisu yang kenyal dan liat yang mengikat tulang kepada
tulang. Tugasnya ialah untuk mengukuhkan kedudukan tulang-tulang itu
daripada terseliuh.
iii. Otot adalah tisu yang terdiri daripada sel-sel yang mempunyai khususnya
kebolehan khas untuk mengecut (constration). Ia bertanggungjawab terhadap
pergerakkan.
Terseliuh
i. Terseliuh adalah suatu kecederaan pada persendian di mana ligamen dan
tisu-tisunya terpusing, biasanya berlaku pada pergelangan kaki atau
lengan.
Tanda-tanda dan gejala-gejala:-
i. Rasa kesakitan pada sendi itu
ii. Bengkak
iii. Lebam atau perubahan warna dibawah kulit sendi yang cedera,
menjadi biru kehitam-hitaman.
87
Rawatan:-
i. Letakkan kompres sejuk ataupun beku air batu pada sendi yang cedera itu
untuk mengurangkan bengkak dan melegakan kesakitan.
ii. Jika pergelangan kaki terseliuh, buka kasutnya dengan segera.
iii. Tinggikan bahagian yang cedera dan letakkan sendi itu dalam keadaan
yang paling selesa. Jika pergelangan tangan, siku atau bahu terseliuh,
tampug tangan sebelah bahagian yang cedera dengan anduh besar.
iv. Letakkan kapas yang tebal pada sendi yang cedera dan balut dengan
pembalut krep mengikut angka lapan.
v. Bawa mangsa ke hospital
Terkehel
i. Terkehel adalah satu keadaan dimana tulang terkeluar dari sendi dan
kedudukannya pun berubah.
Tanda-tanda dan gejala:-
i. Rasa amat sakit pada sendi
ii. Berubah kedudukan sendi itu
iii. Berubah rupanya
iv. Bengkak
v. Lebam-lebam
Rawatan:-
i. Jangan cuba membetulkan tulang yang terkehel
ii. Eloklah anggota yang cedera itu dijadikan tidak boleh bergerak dalam
kedudukan yang paling selesa seperti dalam keadaan patah.
88
iii. Apa yang nampaknya sebagai suatu yang terkehel mungkin sebenarnya suatu
patah tulang. Hanya gambar sinar-X boleh menunjukkan sama ada ini telah
berlaku. Oleh demikian bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera supaya
sinar-X boleh diambil.
Urat daging terkoyak
i. Otot-otot boleh menjadi lebih tegang atau koyak yang disebabkan oleh
pengecutan otot-otot secara tiba-tiba seperti bila mengangkat benda-benda
yang berat atau bermain.
Tanda-tanda dan gejala:-
i. Bengkak
ii. Perubahan warna dibawah kulit atau lebam pada bahagian yang cedera.
iii. Rasa kesakitan apabila bergerak
iv. Mungkin menjadi kaku
Rawatan:-
i. Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang paling selesa.
ii. Taruh kompres sejuk untuk mengurangkan bengkak dan rasa kesakitan dalam
tempoh 24 jam kemudian, mengurut dengan minyak sloan.
iii. Ampu bahagian yang cedera dengan anduh segitiga
iv. Bawanya ke hospital
89
Kejang (cramp)
i. Kejang adalah keadaan yang tidak sengaja yang datang dengan tiba-tiba dan
sakit kerana otot-otot tertarik dan tersimpul.
ii. Ianya disebabkan oleh:-
1. Kehilangan air yang berlebihan mengakibatkan kekurangan garam dan
cecair dalam tubuh kerana berpeluh semasa bersenam.
2. Kerana sejuk ketika berenang.
Rawatan:-
i. Memanjangkan otot-otot yang mengejang
ii. Ditangan – luruskan jari-jari dengan cermat
iii. Dikaki – luruskan lutut dan tekan tapak kakinya
iv. Dipaha – luruskan lutut dan angkat kakinya, kemudian menekan lutut ke
bawah dengan tangan anda.
v. Jika berlaku kehilangan air yang berlebih-lebihan, beri air yang bercampur
dengan sukatan ¼ sudu teh garam dengan gelas air.
Pedih perut (stitch)
i. Ketika sedang bermain, berlari dan berjalan pantas, terutama bagi orang
yang tidak biasa berlatih: kekejangan dalam otot abdomennya
Rawatan
i. Suruh orang itu berehat secara baring terlentang
ii. Berilah dia meminum air yang panas
iii. Gosokkan pada bahagian abdomen yang sakit it
90
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KEJOHANAN
Untuk mengurus dan mengelolakan sesuatu kejohanan yang akan dianjurkan,
seseorang itu perlu ada aspek–aspek penting atau langkah-langkah pengurusan
yang betul. Antara aspek-aspek atau langkah-langkah yang perlu ada ialah:
1. Jawatankuasa pertandingan
Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih daripada kalangan mereka
yang berpengetahuan dan berkelayakan tentang permainan. Kebiasaannya ia
terdiri daripada pengerusi dan naib pengerusi, diikuti oleh setiausaha dan
penolong setiausaha seterusnya bendahari dan beberapa orang ahli
jawatankuasa kecil yang lain.
Jawatankuasa pertandingan berperanan sebagai merangka dan menyusun
peraturan untuk dijadikan panduan rasmi di dalam sesuatu pertandingan. Di
dalam merangka dan menyusun peraturan pertandingan itu, antara perkara
penting yang perlu diambil kira ialah:
a. Nama pertandingan yang akan dianjurkan.
b. Hadiah-hadiah yang akan ditawarkan sama ada ianya berbentuk wang
ringgit, medal atau pingat, hamper dan pelbagai lagi hadiah yang dikira
sesuai.
c. Pihak pengurusan, iaitu mereka yang bertindak sebagai penganjur dan
pengelola kejohanan tersebut.
d. Peserta terdiri daripada mana-mana pasukan yang difikirkan layak
mengambil bahagian dan sebagai peserta jemputan.
e. Yuran penyertaan dikenakan keatas setiap pasukan yang menyertai
samada dalam bentuk wang tunai ataupun secara percuma dimana
penganjur yang membiayai kejohanan tersebut.
91
f. Cara atau bentuk pertandingan yang akan diadakan iaitu samada
secara liga, kalah mati dan sebagainya.
g. Jadual pertandingan dimana didalam bahagian ini diberitahu tarikh
kejohanan itu akan diadakan bersama dengan waktu dan lokasi
pertandingan.
h. Pengadilan iaitu senarai pengadil dan penjaga garisan serta mereka
yang akan mengendalikan pertandingan yang terdiri daripada pegawai
berkelayakan.
i. Setiap kejohanan memerlukan adanya pertolongan cemas, minuman
dan pengangkutan. Adakalanya butiran ini perlu disediakan oleh setiap
pasukan sendiri dan ada sesetengahnya di sediakan oleh penganjur.
j. Perancangan perbelanjaan amat penting iaitu jumlah anggaran
keseluruhan perbelanjaan yang akan digunakan dan keuntungan yang
bakal diperolehi. Biasanya ia akan disediakan oleh bendahari dan ahli
jawatankuasa yang lain.
k. Tetamu khas iaitu senarai jemputan untuk VVIP, VIP dan lain-lain perlu
disenaraikan bagi tujuan perasmian, penutupan dan penyampaian
hadiah.
l. Jawatankuasa khas akan ditugaskan untuk menyediakan buku
cenderamata atau buku program yang mengandungi perjalanan
keseluruhan kejohanan.
m. Bagi menganjurkan sesuatu kejohanan yang besar, penajaan daripada
badan koporat, individu dan derma perlu diuruskan bagi menampung
perbelanjaan kejohanan.
92
2. Jenis pertandingan
Jenis pertandingan bermaksud peringkat umur peserta yang ditujukan oleh
jawatkuasa penganjur. Umpamanya pertandingan untuk murid-murid sekolah
bawah 12 tahun, pertandingan antara rumah, pertandingan peringkat negeri dan
sebagainya. Jawatankuasa akan menetapkan peringkat umur para peserta untuk
menyertai sesuatu pertandingan.
Sesuatu pertandingan yang akan dianjurkan harus memastikan kelayakan
para peserta dan pasukannya. Ini kerana tidak semua pemain layak untuk
mengambil bahagian atau menyertai sesuatu kejohanan yang dianjurkan. Ini
bertujuan untuk memastikan setiap peserta dan pasukannya dapat bermain
dengan adil. Adalah tidak wajar pemain yang berumur 20 tahun menyertai
pertandingan untuk peringkat umur 12 tahun.
Oleh itu. Jawatankuasa Penganjur harus menentukan dan mengariskan
matlamat atau tujuan pertandingan itu diadakan. Sebagai contoh, pertandingan
itu diadakan untuk memilih pasukan untuk satu-satu kejohanan yang lebih besar
atau sempena menyambut Hari Kebangsaan atau program pertandingan antara
sekolah dan sebagainya.
3. Bentuk atau sistem pertandingan
Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan
dalam sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan. Pemilihan
bentuk atau sistem pertandingan ini ditentukan oleh pihak penganjur dan
kadang-kadang ditentukan juga oleh pasukan yang mengambil bahagian.
Antara pertimbangan yang diambilkira dalam menentukan bentuk dan
sistem pertandingan ialah bilangan pasukan atau penyertaan, tempoh
pertandingan, tempat dan keupayaan pengadil dan pegawai yang akan
93
menguruskan pertandingan. Sistem pertandingan yang lazim dipraktikan di
negara ini ialah:
a. Sistem pertandingan liga (liga satu pusingan dan 2 kumpulan)
b. Sistem pertandingan kalah mati (kalah mati sekali dan kalah mati dua
kali)
a) Sistem Pertandingan Liga
Sistem liga bererti setiap pasukan yang mengambil bahagian akan berlawan
antara satu sama lain, sehingga semua pasukan telah bermain dengan pasukan-
pasukan lain, Sistem ini sesuai jika bilangan peserta atau pasukan adalah terhad
atau kecil bilangannya. Cara menentukan bilangan perlawanan untuk setiap
pasukan ialah dengan menggunkan formula:
N (N-1) dimana N = jumlah pasukan yang mengambil bahagian.
2
Keputusan pertandingan secara liga ditentukan dengan pengiraan seperti
berikut:
P - Jumlah pertandingan
M - Bilangan menang
K - Bilangan kalah
B - Bilangan mata
94
Lazimnya pasukan yang menang bagi setiap pertandingan akan diberi tiga mata
dan kalah tiada mata.
Liga 1 pusingan
Sekiranya lima atau kurang daripada lima pasukan yang bertanding,
pertandingan secara liga satu pusingan dijalankan. Pasukan yang mengumpul
mata terbanyak dikira sebagai johan.
Liga 2 Kumpulan
Bagi pertandingan yang melibatkan 6 hingga 8 pasukan, sistem
pertandingan yang sesuai digunakan adalah gabungan sistem liga dipusingan
pertama dan sistem kalah mati di pusingan berikutnya.
Pembahagian pasukan kepada kumpulan adalah mengikut keputusan
pertandingan yang lalu. Pasukan-pasukan yang lain perlu mengundi.
Kebaikan
1) Setiap pasukan akan bertanding dengan semua pasukan yang mengambil
bahagian dan ini benar-benar menguji ketahanan sesebuah pasukan untuk
merebut tempat yang paling atas.
2) Pertandingan dapat diadakan dengan adil dan saksama dan tidak ada
sebarang sungutan atau rasa tidak puas hati.
3) Menggalakkan setiap pasukan mengekalkan prestasi yang tinggi pada setiap
perlawanan dan bukan hanya menumpukan pada sesuatu perlawanan
tertentu sahaja.
4) Memberi peluang kepada sesebuah pasukan yang kalah mencatat
kemenangan dalam perlawanan berikutnya.
95
Keburukan
1) Memakan masa yang panjang, kadang-kadang hilang keberkesanan dan
kemeriahan pertandingan.
2) Kemungkinan akan timbul masalah dari segi pasukan dan pegawai-pegawai
terlibat.
3) Tidak memberikan galakan atau kecenderungan untuk bermain dengan baik
dan bersungguh-sungguh kerana jika kalah satu perlawanan, masih ada
peluang di perlawanan lain.
4) Tidak dapat menarik ramai penonton kerana banyak perlawanan.
b) Sistem Kalah Mati
Sistem pertandingan kalah mati merupakan bentuk pertandingan yang
paling senang dan ringkas untuk mendapatkan pemenang atau pasukan terbaik.
Bentuk pertandingan seperti ini amat sesuai jika bilangan pasukan atau peserta
adalah ramai. Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta-peserta yang kalah
dan bagi pasukan yang berjaya akan terus mara untuk perlawanan yang
seterusnya. Proses ini akan berterusan sehingga hanya terdapat satu peserta
sahaja yang tinggal iaitu juara.
Sistem Kalah Mati Sekali
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang
akan terus bertanding manakala yang kalah akan terus tersingkir daripada
saingan atau mati. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur
keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.
96
i. Bilangan peserta menunggu/ bye
Bilangan menunggu/ bye dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan
menggunakan angka kuasa dua iaitu angka 2, 4, 6, 8, 16, 32 dan
seterusnya.
ii. Bilangan perlawanan
Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira dengan menolak angka 1
daripada jumlah peserta atau pasukan.
iii. Penempatan pilihan atau ‘seeded’
Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan secara adil dengan sebaran
yang menyeluruh. Panduan menempatkan peserta pilihan dalam
pertandingan kalah mati adalah seperti berikut:
• Semua peserta pilihan hendaklah ditempatkan dalam pusingan awal.
• Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simentrikal
• Jika terdapat dua pasukan yang menunggu, satu ditempatkan di
bawah sekali dan satu lagi diatas sekali.
Sistem Kalah Mati Dua Kali ( Double Knock-Out)
Pertandingan cara ini memberi peluang kepada setiap peserta bermain
sekurang-kurangnya dua kali sebelum tersingkir terus daripada pertandingan.
Mana-mana pasukan yang kalah pada perlawanan pertama akan dimasukkan
kedalam kumpulan kalah (losers’ pool). Dengan cara ini setiap pasukan
berpeluang keperingkat berikutnya walaupun tewas sekali.
Peserta yang menang akan maju ke kanan untuk menjadi johan manakala
peserta yang kalah ditempatkan ke kiri. Jika dalam pertandingan ini 2 yang
memenangi pertandingan akhir, maka 2 akan menyandang juara atau johan,
tetapi jika 1 yang memenangi pertandingan akhir, maka 2 berhak memohon
untuk bertanding semula bagi menentukan johan.
97
Pengelolaan Pertandingan kalah Mati
Langkah pertama yang perlu diambil untuk mengelolakan pertandingan ini
ialah menentukan kedudukan pasukan-pasukan dengan cara undian. Kedudukan
pasukan ditetapkan oleh nombor yang dicabut jika terlalu banyak pasukan yang
mengambil bahagian. Pasukan-pasukan ini perlulah dipecahkan kepada
beberapa kumpulan dengan cara undian.
Sekiranya jumlah pasukan tiap kumpulan bersama gandaan '2'
(2,4,8,16,32,64.....), maka akan wujud 'pasukan menunggu' (bye). 'Bye' cuma
dibenarkan pada pusingan pertama pertandingan sahaja. Cara kiraan 'bye'
adalah seperti berikut:
Angka Gandaan terdekat seterusnya TOLAK Jumlah Pasukan
Jumlah Pertandingan = Jumlah Pasukan Tolak 1
Contoh: 1. Pertandingan yang melibatkan 12 pasukan
Gadaan terdekat seterusnya = 16
Jumlah 'bye' = 16 - 12 = 4 Pasukan
Contoh: 2. Pertandingan yang melibatkan 7 Pasukan
Gadaan terdekat seterusnya = 8
Jumlah 'bye' = 8 - 7 = 1 Pasukan .
Kebaikan
a) Lebih mudah dan senang dijalankan kerana bilangan pasukan atau peserta
semakin berkurangan.
b) Menjadikan perlawanan dan pertandingan lebih mencabar, kerana mana-
mana pasukan yang kalah tidak berpeluang bermain dalam peringkat
berikutnya.
c) Meningkatkan semangat berlawan dan keinginan mencapai kemenangan
dikalangan pasukan.
98
Keburukan
a) Mematahkan semangat bagi pasukan yang kalah kerana mengadakan latihan
yang lama hanya untuk bermain sekali sahaja.
b) Tidak dapat menentukan pasukan yang benar-benar handal, kerana
sesebuah pasukan perlu bermain dengan baik dalam satu perlawanan untuk
mara keperingkat kedua atau seterusnya.
c) Akan hilang semangat kesukanan kerana kemenangan yang lebih
diutamakan.
Nota:
Secara logik, pertandingan secara KALAH MATI cuma memperuntukkan
HADIAH PERTAMA dan KEDUA sahaja kerana pasukan yang kalah secara
otomatik TERSINGKIR dari pertandingan
4. Pengurusan Semasa Pertandingan
Pengurusan pertandingan ialah satu rentetan pengurusan dari mula
Pengadil Rasmi meminta Daftar Pemain daripada Pengurus Pasukan sehingga
beliau mengumumkan keputusan muktamad pertandingan.
Rentetan pengurusan tersebut adalah seperti berikut:-
1. 30 minit sebelum pertandingan bermula, Urusetia akan meminta Pengurus
Pasukan yang terlibat mengemukakan Daftar Pemain.
2. Setelah Daftar Pemain diterima, Urusetia akan menuliskan nama-nama
Pemain, Pengurus dan Jurulatih daripada kedua-dua pasukan ke dalam
Borang Hitungan Mata.
3. Pengadil akan meminta kedua-dua pasukan bersedia di mana kesemua
pemain akan masuk ke gelanggang untuk diperkenalkan kepada penonton.
4. Semua pemain seterusnya bersalaman dan memberi hormat kepada
penonton dan terus meninggalkan gelanggang.
99
5. Setelah puas hati dengan keadaan gelanggang, pengadil akan memanggil
ketua kedua-dua regu untuk membuat undian. Seterusnya setiap pasukan
diberi masa 3 minit untuk 'warm up'
6. 1 minit sebelum sessi 'warm up' ini akan tamat, Pembantu Pengadil dan
Pengadil-Pengadil Garisan akan memasuki gelanggang dengan tersusun dan
kemas dan sedia di tempat masing-masing.
7. Pengadil naik kekerusinya, diikuti oleh lain-lain pengadil mengambil tempat
masing-masing.
8. Setelah memastikan lain-lain pengadil dalam keadaan bersedia, pengadil
pertama akan memulakan pertandingan.
9. Setelah tamat pusingan pertama, pengadil perlu mengarahkan pemain-
pemain bertukar petak dan selepas pertukaran petak ini disempurnakan,
pengadil memaklumkan masa rehat 2 minit.
10.Setelah tamat masa rehat, pengadil mengarahkan kedua-dua pasukan masuk
ke gelanggang dan meneruskan pertandingan pusingan kedua.
11.Sekiranya pertandingan berterusan hingga ke pusingan ketiga, semasa tamat
pertandingan pusingan kedua, Pembantu Pengadil perlu memanggil ketua-
ketua regu untuk membuat undian. Undian ini hanya untuk memilih pasukan
yang akan memulakan permainan sahaja. Keputusan undian ini hendaklah
dimaklumkan kepada pengadil.
12.Setelah tamat pertandingan, pengadil akan keluar meninggalkan gelanggang
disertai oleh lain lain pengadil. Pergerakan ini hendaklah dilakuan dengan
tersusun dan kemas.
13.Setelah menerima Borang Hitungan Mata dari urusetia, Pengadil Rasmi
menyemaknya dan jika semuanya betul, beliau akan menandatangi Borang
Hitungan Mata untuk pengesahan.
100
5. Borang-borang yang diperlukan untuk pertandingan (bergantung
kepada penganjur pertandingan)
1. Borang Pendaftaran Pasukan
2. Borang Pertukaran Pemain
3. Borang Bantahan Rasmi
4. Borang Hitungan Mata
5. Borang Keputusan Perlawanan (untuk acara berpasukan)
Contoh Organisasi Pengelolaan Pertandingan Bola Tampar
Penasihat
Pengerusi dan Naib Pengerusi
Setiausaha/Penolong Setiausaha
Bendahari
Jawatankuasa:
Pengerusi Teknik
Gelanggang dan Persiapan
Pengadil
Peralatan
Minuman
Juri Rayuan
Pembukaan dan Penuntup
Hadiah dan Cenderahati
Jamuan
Keselamatan
Perubatan
Perhubungan
Penginapan/Makanan
Pengangkutan dan sebagainya.
101
102