cinder rela

9
KISAH CINDERELLA Pada zaman dahulu tinggal seorang anak perempuan yang cantik dan baik hati. Dia tinggal bersama ibu dan kedua kakak tirinya, kerana orang tuanya sudah meninggal dunia. Di rumah tersebut dia selalu disuruh membuat banyak kerja rumah. Tetapi hanya diberi makan sekali sehari. Kakak-kakak yang jahat memanggilnya “Cinderella” Cinderella ertinya gadis yang kotor dan penuh dengan debu. “Nama yang sesuai bagimu!” kata mereka ha….ha... Setelah beberapa lama, pada suatu hari datang pengawal istana yang menyebarkan surat undangan pesta di Istana. “HaHaaa….kita akan pergi dan berdandan secantik-cantiknya. kalau aku jadi puteri raja, ibu pasti akan gembira”, kata mereka. hari yang dinanti tiba, kedua kakak tiri Cinderella mulai berdandan dengan gembira, Cinderella sangat

Upload: karthiani-kalaipan

Post on 05-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cinder Rela

KISAH CINDERELLA

Pada zaman dahulu tinggal seorang anak perempuan yang cantik dan baik

hati. Dia tinggal bersama ibu dan kedua kakak tirinya, kerana orang tuanya

sudah meninggal dunia. Di rumah tersebut dia selalu disuruh membuat

banyak kerja rumah. Tetapi hanya diberi makan sekali sehari. Kakak-kakak

yang jahat memanggilnya “Cinderella” Cinderella ertinya gadis yang

kotor dan penuh dengan debu. “Nama yang sesuai bagimu!” kata

mereka ha….ha...

Setelah beberapa lama, pada suatu hari datang pengawal istana yang

menyebarkan surat undangan pesta di Istana. “HaHaaa….kita akan pergi

dan berdandan secantik-cantiknya. kalau aku jadi puteri raja, ibu pasti

akan gembira”, kata mereka. hari yang dinanti tiba, kedua kakak tiri

Cinderella mulai berdandan dengan gembira, Cinderella sangat sedih sebab

dia tidak boleh ikut kedua kakaknya ke pesta di Istana. “Kau tidak ada

baju pun, kau nak pergi pesta?”, kata kakak Cinderrella.

Setelah semua pergi ke pesta, Cinderrella kembali ke kamarnya. Ia

menangis teresak-esak kerana hatinya sangat kesal. “Aku tidak mahu pergi

ke istana dengan baju kotor seperti ini, tapi aku ingin pergi.” Tidak

berapa lama terdengar sebuah suara. “ Cinderella, berhentilah nangis.”

Page 2: Cinder Rela

Ketika Cindella pulang balik, Dia melihat seorang pari. Pari tersenyum

dengan ramah. “Cinderrella bawalah empat ekor tikus dan dua ekor

keldai.” Setelah semuanya dikumpulkan, Pari membawa tikus dan keldai

tersebut ke kebun labu di halaman belakang. “Sim salabin!” sambil

menebar sihirnya, terjadilah suatu keajaiban. tikus-tikus berubah menjadi

empat ekor kuda, serta keldai- keldai berubah menjadi dua orang pengapit.

Akhirnya, Cinderrella menjadi Puteri yang cantik, dengan memakai gaun

yang sangat indah.

Cinderrella mula menari dengan gembira dengan sepatu kacanya

seperti kupu-kupu. Pari berkata, “Cinderrella, pengaruh sihir ini akan

tamat pada 12 malam oleh itu pulanglah sebelum lewat tengah malam.

“ Ya, nek. Terima Kasih,” Jawab Cinderrella. Kereta kuda emas segera

berangkat membawa Cinderella menuju istana. Setelah tiba di istana, dia

terus masuk istana. Putera raja datang menghampiri Cinderrella. “Puteri

yang cantik, sudikah anda menari dengan saya?” Katanya . “Ya….,”

kata Cinderrella sambil menghulurkan tangannya sambil tersenyum. mereka

menari dengan gembira.

Putera terus menari dengan Cinderrella. “Orang seperti andalah

yang saya idamkan selama ini,” kata putera raja. Sehinggakan, Cinderrella

lupa akan waktu. Jam mulai berdentang 12 kali. “Maaf raja saya mahu

Page 3: Cinder Rela

segera pulang….,”. Cinderrella menarik tangannya dari genggaman raja

dan segera berlari ke luar istana. Di tengah jalan, sepatunya terlepas sebelah,

tapi Cinderralla tidak memperdulikan, ia terus berlari. Raja mengambil

sepatu itu. “Aku akan mencarimu.”. Meskipun Cinderrella kembali

menjadi gadis yang penuh debu, ia amat bahagia kerana dapat pergi pesta.

Hari keesokannya, para pengawal istana pergi ke rumah-rumah yang

ada anak gadisnya di seluruh pelosok negeri untuk mencocokkan sepatu

kaca dengan kaki mereka, tetapi tidak ada yang cocok. Akhirnya para

pengawal tiba di rumah Cinderrella. “kami mencari gadis yang kakinya

cocok dengan sepatu kaca ini,” kata pengawal. Kedua kakak Cinderella

mencuba sepatu tersebut, tapi kaki mereka terlalu besar. Pada saat itu,

pengawal melihat Cinderrella. “Hai kamu, cubalah sepatu ini,” katanya,.

Kemudian cinderrella menghulurkan kakinya. ternyata sepatu tersebut

sangat cocok. Ah! Andalah Puteri itu,” Seru pengawal gembira.

Cinderrela, selamat. Cinderrela menoleh kebelakang, pari sudah berdiri

dibelakangnya. “ Mulai sekarang hiduplah berbahagia dengan Raja. Sim

Salabim….,” Katanya.

Cinderrella pun bertukar menjadi Puteri bagi selama-lamanya,

berkahwin dengan Putera Rajanya dan hidup dengan bahagia.

Nilai Moral: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Page 4: Cinder Rela

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong

kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki

dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu

api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......

Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat

kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani

si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk

mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya

yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia

berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan

dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si

tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun

mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut....

lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...

Page 5: Cinder Rela

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka

tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan

apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu

dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa

minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur

kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan

hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali

bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak

miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa.

Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya

kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah

kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua.

Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut

dihadiahkan.

Page 6: Cinder Rela

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu

diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira

dengan kejujuran suaminya.

Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...