ciri-ciri kepemimpinan dalam organisasi

Upload: dyaz-d-hererra

Post on 10-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pemimpin

TRANSCRIPT

  • CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

    1. Pendahuluan

    Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuhkehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakatprimitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa konotasikuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing.

    Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahajauntuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyaipemimpin.

    Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan keberkesanandan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Berasaskan premis inilahmaka timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbezadengan yang lain".

    Dalam alam pendidikan, Fred M. Hetchinger, Presiden New York Times pernahmenulis:

    "I have never seen a good school with a poor principal or a poor school with a goodprincipal. I have seen unsuccessful schools turned around into successful ones and,regrettably, outstanding schools slide rapidly into decline. In each case the rise orfall could readily be traced to the quality of the principal".

    2. Definisi Kepemimpinan

    2.1Kepemimpinan boleh dedefinisikan sebagai Satu proses bagaimanakah seseorangmempengaruhi orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai matlamat-matlamat organisasi.

    2.2Daripada definisi di atas kunci utama kepemimpinan ialah pengaruh seseorangke atas orang lain yang menjadi pengikutnya akur. Semakin banyakpembolehubah yang terdapat di dalam organisasi, semakin banyak pengaruhyang diperlukan.

    2.3Daripada definisi ini juga, ia menjelaskan bahawa jika tiada pengikut takmungkin wujudnya pemimpin

    2.4Persoalan yang timbul ialah dari manakah seseorang pemimpin itu memperolehipengaruhnya?

    3. Sumber-sumber Pengaruh Pemimpin

  • 3.1Kuasa Sah (Legitimate Power)

    Kuasa ini merujuk kepada pengikut menetapkan bahawa pemimpin mempunyai hakyang sah untuk mempengaruhinya dan dia sendiri mempunyai obligasi untukmenerima pengaruh itu atas sebab-sebab status atau jawatannya yang dilantiksecara sah oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi.

    3.2Kuasa Ganjaran

    Kuasa ini berakar pada keupayaan seseorang pemimpin memberi ganjaran kepadapengikutnya. Pengikut akan patuh kepada pemimpin jika sekiranya pengikutmengamati bahawa pemimpin berupaya memberi ganjaran. MisalnyaPengetua/Guru Besar yang boleh memperakukan kenaikan pangkat guru-guru/stafnya dan perakuan ini dipakai oleh orang atas, Pengetua/Guru Besar iniakan diamati sebagai mempunyai lebih kuasa ganjarannya.

    3.3Kuasa Paksaan

    Kuasa ini membabitkan kebolehan seseorang pemimpin mengenakan paksaan.Kuasa ini datang dari jangkaan pengikut bahawa dia akan dihukum oleh pemimpinjika dia gagal untuk akur kepada pemimpin hingga menyebabkan orang bawahancuba mengelakkan dirinya daripada dikenakan tindakan yang berupa hukuman.Misalnya, orang yang melibat pembuangan kerja/ditukar tempat kerja sebagaisesuatu yang menyeksakan akan akur kepada permintaan pemimpin.

    3.4 Kuasa Pakar

    Kuasa ini berasaskan kepada kebolehan atau kepakaran seseorang dalam sesuatubidang tertentu hingga menyebabkan orang bawahannya patuh kerana percayabahawa pemimpin mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahirankonseptual, perhubungan manusia dan teknikal. Kuasa ini berkesan jika pengikutmemerlukan kepakarannya.

    3.4.1 Kemahiran Konseptual

    Iaitu kebolehan menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalampengeluaran idea dan penyelesaian masalah.

    3.4.2 Kemahiran Teknikal

    Iaitu pengetahuan tentang kaedah-kaedah prosedur-prosedur dan teknik-teknik untuk menjalankan aktiviti khusus serta kebolehan menggunakanperalatan yang digunakan dalam menjalankan aktiviti tersebut.

    3.4.3 Kemahiran perhubungan manusia

    Iaitu pengetahuan tentang gelagat manusia dan kemahiran hubunganperorangan, kebolehan memahami perasaan dan sikap orang lain, kebolehanberkomunikasi dengan jelas dan berkesan.

    3.5 Kuasa Rujukan (Referent Power)

  • Kuasa ini diasaskan kepada perasaan kesatuan di antara yang memiliki kuasadengan yang mengikutinya. Kalau seseorang itu tertarik, kagum dan hormat keranapemimpin berkenaan adalah model kepadanya, dia akan mempunyai keinginanuntuk dikaitkan dengan pemimpin itu, dan akan melakukan sesuatu keinginanuntuk dikaitkan dengan pemimpin itu, dan akan melakukan sesuatu bukan keranaapa-apa tetapi kerana hormat, tertarikh dan kagum, juga supaya dia diterima olehpemimpin berkenaan.

    4. Kesan Penggunaan Kuasa Ke Atas Organisasi dan Orang Bawahan

    1. Kuasa paksaan mendorong ke arah penentangan yang kuatdibandingkan dengan kuasa ganjaran.

    2. Pemimpin yang menggunakan kuasa ganjaran lebih diminatiberbanding dengan pemimpin yang menggunakan kuasa paksaan.

    3. Orang-orang bawahan akan lebih patuh jika dendaan yang diterimaitu berat.

    4. Terdapat perkaitan yang tinggi di antara kuasa pakar dengankepuasan dan prestasi orang bawahan.

    5. Kuasa sah bersama-sama dengan kuasa pakar didapati mempunyaikesan yang besar ke atas kepatuhan orang-orang bawahan.

    6. Kuasa rujukan mempunyai kesan yang besar ke atas kepatuhan orangbawahan dan prestasi organisasi.

    7. Kuasa paksaan ialah yang paling lemah untuk membuat kakitanganmenurut perintah dan mempunyai kaitan secara negatif dengankeberkesanan.

    8. Kuasa pakar dan kuasa rujukan mempunyai perkaitan positif dengankepuasan dan prestasi orang bawahan.

    9. Dapatan kajian tentang kuasa sah, ganjaran dan paksaan didapatitidak tekal, dan perkaitan dengan kriteria keberkesanan adalah lebihkepada perkaitan yang negatif atau tidak signifikan.

    10.Pemimpin yang berkesan banyak bergantung kepada kuasa pakar dankuasa rujukan untuk mempengaruhi orang bawahan.

    11.Rajah berikut menerangkan perkaitan di antara jenis-jenis kuasa yangdigunakan dengan kepuasan kerja dan prestasi orang-orang bawahan:

    Apabila staf mematuhi arahanPengetua/GB kerana:

    Kepuasan Kerja Prestasi Kerja

    Kuasa Rujukan Tinggi Tinggi

    Kuasa Pakar Tinggi Tinggi

    Kuasa Ganjaran Dari sederhana kerendah

    Dari tinggi kesederhana

    Kuasa Sah Dari sederhana kerendah

    Tiada perbezaan

    Kuasa Paksaan Rendah Tiada perbezaan

  • 5. Selain daripada kuasa-kuasa di atas, seorang pemimpin seharusnyamemiliki tektik yang boleh mempengaruhi orang bawahan, iaitu:

    5.1 Tektik Pujukan Rasional

    Pemimpin menggunakan hujah-hujah yang logik dan bukti-bukti nyatauntuk memujuk orang bawahan supaya matlamat yang ditetapkannyatercapai. Untuk menggunakan tektik ini, pemimpin haruslahmempunyai sifat yang amanah dan boleh dipercayai serta mempunyaikemahiran berucap.

    5.2 Taktik Daya tarikan yang memberikan inspirasi

    Pemimpin mempengaruhi orang bawahan dengan membangkitkansemangat dan emosi orang bawahan hingga mereka berasa merekaadalah penting dan berupaya menyumbangkan sesuatu kepadaorganisasi. Untuk menggunakan taktik ini, pemimpin hendaklahmempunyai kemahiran berkomunikasi dan menggunakan metafora,simbol dan daya imaginasi yang tinggi serta mempunyai suara yangmenarik dengan gerak-geri yang menawan.

    5.3 Taktik Perundingan

    Taktik ini digunakan dengan mengajak orang bawahan memberipendapat, kaedah dan cara-cara melaksanakan sesuatu untukmencapai objektif yang ditetapkan oleh pemimpin.

    5.4 Taktik Berbuat Baik (Ingratiation Tactics)

    Taktik ini ialah tingkah laku yang membuatkan seseorang berasa diadihargai, misalnya memberitahu orang ketiga bahawa seseorang ituadalah yang layak melaksanakan tugas. Taktik ini kadang-kadangmenjadi sebagai cara memanipulasi seseorang. Tetapi apabilaseseorang itu sudah percaya tentang kejujuran pemimpinnya, taktikini akan menjadi berkesan.

    5.5 Taktik Daya Tarikan Peribadi

    Taktik ini merujuk kepada pemimpin meminta orang bawahanmelaksanakan sesuatu kerana atas sifat setiakawan atau ketaatanorang bawahan terhadap pemimpin mereka.

    5.6 Taktik Pertukaran

    Taktik ini merujuk kepada pemimpin membuat tawaran sesuatuganjaran sama ada secara explisit atau implisit kepada seseorangyang membuat tugsan yang diminta olehnya. Taktik ini akan menjadiberkdsan jika orang bawahan mengamati bahawa pemimpinmempunyai kuasa memberi ganjaran kepada orang bawahannya danjuga jika orang bawahan memerlukan ganjaran itu.

  • 5.7 Taktik Sah

    Taktik ini merujuk kepada pemimpin menggunakan aktiviti, polisi,peraturan, program dan tradisi yang mana semua orang perlumematuhinya. Mungkin juga apa yang hendak dilaksanakan inidiperlukan atau direstui pihak atasan.

    5.8 Taktik Tekanan

    Taktik ini merujuk kepada penggunaan ancaman dan ugutan, amaran,dan tingkahlaku seruan seperti membuat permintaan dan semakanyang kerap. Kadang-kadang jika permintaan tidak dipenuhi, orangbawahan akan dimarahinya. Kaedah ini digunakan sebagai tindakanterakhir setelah cara-cara lain gagal.

    5.9 Kesan taktik-taktik tersebut ke atas keberkesanan organisasi dankomitmen orang bawahan:

    Bil. Taktik Sumber Kuasa Darjah Keberkesanan &Komitmen

    1. Pujukan Rasional Pakar Sederhana

    2. Daya Tarikan Inspirasi Rujukan Tinggi

    3. Perundingan Kelima-lima Tinggi

    4. Berbuat Baik (Ingratiation)

    Rujukan Sederhana ke Rendah

    5. Daya Tarikan Peribadi Rujukan Sederhana

    6. Pertukaran Ganjaran Sederhana

    7. Gabungan Kelima-lima Rendah

    8. Sah Sah Rendah

    9. Tekanan Paksaan Rendah

    6. Bagaimana menggunakan kuasa dengan lebih berkesan.Di bawah ini disertakan satu jadual garis panduan bagaimana mempertingkatdan mengekalkan kuasa serta bagaimana menggunakan kuasa dengan lebihberkesan.

    Nota:

    Autoriti (kewibawaan) merupakan kuasa sah Kuasa (Power) merupakan kebolehan mempengaruhi orang lain.

  • Bagaimana mempertingkatkan danmengekalkan kuasa

    Bagaimana menggunakan kuasa denganBerkesan

    Kuasa Sah

    Dapatkan autoriti formal Suruh orang bawahan dengan sopansantun dan jelas perkara yang perludilaksanakan.

    Gunakan simbol autoriti Terangkan sebab-sebab mengapa perkaraitu perlu dilaksanakan.

    Dapatkan orang lain untukmengesahkan autoriti.

    Buat tindak ikut untuk mengesahkankepatuhan

    Gunakan autoriti sepanjang masa Jangan membuat arahan melampauikuasa yang ada

    Gunakan saluran sah dalam membuatarahan

    Hendaklah sensitif dengan kerisauanorang bawahan.

    Gunakan kuasa ganjaran dan paksaanuntuk menguatkan autoriti.

    Kuasa Ganjaran

    Kenali apa yang diperlu dandikehendaki orang bawahan

    Tawarkan ganjaran yang mengghairahkan

    Perolehi kuasa ganjaran sebanyakmungkin

    Buat tawaran ganjaran yang saksama danberetika

    Pastikan orang tahu bahawa andamempunyai kuasa ke atas sesuatuganjaran.

    Jelaskan kriteria untuk ganjaran itu.

    Jangan membuat janji jika tidakboleh ditepati

    Tunaikan ganjaran yang dijanjikan

    Jangan gunakan ganjaran untukMemanipulasi

    Guna ganjaran sebagai simbol untukmembuat peneguhan terhadap tingkahlaku yang mengkagumkan.

    Jangan gunakan ganjaran sebagaiyang boleh mendapatkan keuntunganperibadi

  • Kuasa Pakar

    Dapatkan pengetahuan berkaitansebanyak mungkin.

    Jelaskan sebab-sebab mengapa perkaraitu perlu dilaksanakan

    Ambil makluman tentang perkara-perkara yang berkaitan denganteknikal.

    Berikan bukti-bukti bahawa cadanganyang dikemukakan itu akan mencapaikejayaan

    Kembangkan sumber-sumberMaklumat

    Dengar dengan serius kerisauan orangbawahan

    Pamerkan ketrampilan denganMenyelesaikan masalah yang sukar

    Hormatilah orang bawahan dan jangansekali-kali berlagak sombong

    Jangan keluarkan kenyataan denganterburu-buru

    Bertindaklah dengan penuh yakin semasawujudnya krisis

    Jangan berbohong

    Bersikap tegas

    Kuasa Rujukan

    Tunjukkan yang orang bawahan

    diterima

    Gunakan daya tarikan peribadi apabilaperlu

    Bertindak menyokong dan membantu Tunjukkan bahawa permohonan ituadalah penting kepada anda

    Jangan memperkudakan orangbawahan untuk kepentingan diri Janjihendaklah ditunaikan

    Jangan minta pertolongan untuk dirisendiri

    Pamerkan tingkah laku yang bolehdicontohi.

    Buat pengorbanan untuk menandakankeperihatinan

    Jujur dalam segala tindakan,terutama semasa berbaik-baik denganorang bawahan.

  • Kuasa Paksaan

    Kenal pasti denda yang bolehmenghalang tingkah laku menentang

    Beritahu orang bawahan tentangperaturan dan penalti yang akandikenakan

    Dapatkan kuasa sah untukmenggunakan denda/hukuman.

    Berikan masa yang secukupnya untukmelaksanakan hukuman

    Jangan membuat ancaman secaraterburu-buru.

    Fahami situasi terlebih dahulu sebelummengenakan hukuman

    Jangan gunakan kuasa paksa untuktujuan memanipulasi

    Bertenang semasa menjatuhkanhukuman, dan jangan tunjukkan sikapbermusuhan

    Kenakan hukuman yang memangdalam kekuasaan kita.

    Galakkan orang-orang bawahanMengelakkan diri daripada dikenakanhukuman.

    Hukuman hendaklah setimpal Mintalah orang bawahan Mencadangkancara-cara untuk Meningkatkan prestasi

    Jangan gunakan kuasa paksaan untukkepentingan peribadi

    Uruskan kes-kes disiplin secara Sulit

    7. Selain daripada kuasa dan taktik-taktik, sifat pemimpin juga seringdisebutkan sebagai faktor yang penting yang berupaya mempengaruhiorang bawahannya.

    1. Sifat-sifat fizikal seperti saiz badan, umur, berat badan, jantina,perawakan didapati tidak berkait dengan keberkesanan dankemunculan kepemimpinan.

    2. Kecerdasan dan kepemimpinan didapati ada perkaitan tetapikecerdasan semata-mata adalah bukan faktor tunggal yangmenentukan kejayaan kepimpinan.

    3. Personaliti seseorang dikatakan berkait rapat dengan keberkesanandan kemunculan pemimpin.

    Ciri-ciri personaliti yang dikaitkan dengan kejayaan kepemimpinanialah:

    o Penguasaan (dominas)

    Penguasaan dimaksudkan sebagai keperluan untuk menguasai oranglain, dimana individu yang tinggi penguasaan dikatakan suka menjadi

  • pemimpin, cuba mempengaruhi orang lain dan berusaha mewujud danmengekalkan penguasaan tersebut. Mempunyai sifat yakin,bertenaga, tegas dan bersemangat, lantang, dan yakin kepadapendapatnya.

    o Keyakinan kendiri

    Merujuk kepada sejauh manakah individu itu berasa selesa denganpertimbangan, keupayaan dan kemahirannya. Individu yang tidakberkeyakinan tidak suka menanggung risiko dan berasa tidak selesaapabila terpaksa membuat keputusan. Pemimpin yang berkeyakinanlebih berjaya berbanding dengan pemimpin yang rendah keyakinankendiri.

    o Berorientasi Pencapaian (Achievement Oriented)

    Individu yang berorientasi pencapaian berusaha melaksanakan tugasdengan jayanya kerana individu ini akan hanya berasa puas jika iaberoleh kejayaan. Individu seperti ini cenderung bekerja keras,bercita-cita tinggi dan suka persaingan. Manakala orang yang rendahorientasi pencapaian adalah tidak bercita-cita tinggi, suka dengankeadaan yang sedia ada, dan pasif serta usaha-usahanya adalahsedikit, kecuali jika ia dijanjikan ganjaran ekstrinsik.

    o Bertanggungjawab

    Individu yang bertanggungjawab cenderung melaksanakan kerjayadengan penuh hati-hati dan bersedia mematuhi peraturan yangditetapkan. Sifat ini sering dikaitkan dengan kejayaan seseorangpemimpin.

    o Bertenaga

    Pemimpin yang berjaya mempunyai tenaga yang kuat berbandingdengan pemimpin yang kurang berjaya. Orang yang bertenaga seringbekerja keras dan mengeluarkan output yang banyak berbandingdengan orang yang kurang bertenaga. Pemimpin yang bertenagadikatakan waktu tidurnya pendek dan tidak banyak makan.

    o Pengawasan kendiri (self-monitoring)

    Pintar/bijak mengenali isyarat-isyarat dan dengan serta mertamenyesuaikan diri dengan kehendak isyarat tersebut.

    o Lokus Kawalan (Locus of Control)

    Lokus Kawalan luasan ialah perasaan seseorang yang berasa bahawanasibnya adalah ditentukan oleh kuasa luar, manakala Lokus Kawalandalaman ialah perasaan seseorang yang berasa bahawa nasibnyaadalah bergantung kepada kebolehan dan kemahirannya.

  • o Kesabaran Kepada Kekaburan (Tolerance of Ambiguity)

    Sifat ini penting dalam keadaan dunia yang sentiasa berubah dansukar diramalkan. Didapati pemimpin yang mempunyai kesabaranyang tinggi kepada kekaburan, sering beroleh kajayaan.

    o Penyesuaian

    Merujuk kepada ketahanan dan keupayaan emosi menghadapitekanan, konflik, dan kekecewaan. Pemimpin yang berupayamengharungi rintangan-rintangan ini adalah lebih berkesanberbanding dengan pemimpin yang tidak boleh menyesuaikan diridalam keadaan tertekan.

    o Suka bergaul/ramah

    Sifat ini juga disebutkan sebagai penting dalam kejayaankepemimpinan kerana orang yang suka bergaul biasanya memperolehibanyak pengalaman dan mudah mempengaruhi orang-orang dalamorganisasinya.

    o Dapat diterima

    Merujuk kepada sifat amanah, mudah bekerjasama, mesra, dansopan. Orang seperti ini mudah bekerjasama dengan orang lain.Manakala sifat orang yang sukar diterima, biasanya tidak sabar,muram, syak wasangka, dan sukar bekerjasama dengan orang lain.

    7.4 Selain daripada sifat-sifat tersebut, Al-Farabi ada menyebutkanbahawa pemimpin yang berjaya memiliki sifat-sifat seperti berikut:

    o Sempurna tubuh badan dan berkemampuan supaya dia dapatmenjalankan tugasnya dengan mudah

    o Baik kefahamannya serta dapat menggambarkan setiap sesuatu yangdilafazkan atau diucapkan serta tahu apa yang patut dilakukan

    o Baik ingatannya.

    o Bijaksana dan cerdik. Boleh memahami, sesuatu dengan cepat

    o Dapat membuat penjelasan dengan baik sesuatu yang abstrak.

  • 8. Gaya dan Tingkah Laku

    8.1 Ada 3 gaya yang sering dibincangkan iaitu:

    a. Autokratik

    o Merujuk kepada gaya mengarah yang melampau yang mempunyai ciri-ciri seperti:

    o Pemimpin menetapkan semua polisio Teknik dan langkah melaksanakan tugas ditentukan oleh pemimpino Tugas-tugas dan rakan kerja ditentukan oleh pemimpino Tugas-tugas dan rakan kerja ditentukan oleh pemimpino Pemimpin akan mengkritik apabila dirasakan

    b. Demokratik

    o Merujuk kepada gaya yang mempunyai ciri-ciri berikut:o Polisi organisasi ditentukan oleh kelompoko Teknik dan langkah pelaksanaan kerja dibincangkan sehingga semua

    orang fahamo Pemimpin akan memberi nasihat kepada ahli dalam melaksanakan

    tugaso Anggota bebas bekerja dengan siapa yang dia sukao Pembahagian tugas ditentukan oleh kelompoko Pemimpin cuba bersikap objektif dalam memberi pujian dan kritikan

    c. Laissez faire

    Merujuk kepada gaya lepas-tangan di mana kebebasan diberisepenuhnya kepada kelompok menentukan matlamat, teknik dankaedah bekerja. Pemimpin hanya campur tangan apabila diterimapelanggan.

    Walaupun gaya autokratik sering disebutkan sebagai gaya yang tidakpopular, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu gaya autokratik jugaadalah perlu dan berkesan terutama apabila faktor masa yang singkatserta orang bawahan yang tidak produktif. Gaya Laissez-faire pulaadalah disebutkan sebagai gaya yang paling tidak berkesan.Pengalaman gaya ini sering menjadikan organisasi tidak mempunyaiarah. Namun begitu jika gaya ini dikenakan kepada orang-orangbawahan yang matang dan bermotivasi tinggi, gaya Laissez-faire iniadalah antara yang sangat sesuai.

    8.2 Tingkah laku pemimpin yang berkesan, iaitu yang berupayamempengaruhi orang bawahan ialah seperti yang ditemui dalam kajian-kajian yangdilakukan oleh Ohio State University dan University of Michigan, iaitu.

    a. Tingkah laku timbang rasa/orientasi pekerja/hubungan kemanusiaan

    b. Tingkah laku pendayautamaan struktur (initiating structure/ orientasitugas/produktiviti)

  • 8.3 Tingkah laku timbang rasa ialah tingkah laku yang menunjukkanpersahabatan, saling percaya mempercayai, hormat, mesra, dan hubungan yangbaik di antara pemimpin dengan ahli organisasinya, misalnya:

    Pemimpin memberi pertolongan persendirian kepada semua stafnya. Pemimpin mengambil berat tentang sesuatu perkara yang kecil untuk

    menarik hati stafnya. Pemimpin meluangkan masa memberi perhatian kepada stafnya. Menerima saranan-saranan yang dibuat oleh orang bawahannya. Pemimpin mendapat persetujuan dari stafnya terlebih dahulu

    sebelum memulakan sesuatu perkara.

    8.4 Tingkahlaku pendayautamaan struktur atau yang berorientasikantugas menunjukkan pemimpin yang menentukan, mengatur dan menetapkan tugasdan perkara yang harus dijalankan oleh orang bawahan, misalnya:

    Pemimpin menjelaskan pendapatnya kepada semua staf Pemimpin menentukan apa dan bagaimana sesuatu perkara itu

    hendak dilakukan Pemimpin menentukan jadual tugas semua stafnya Pemimpin menentukan kerja-kerja yang diberi itu dilaksanakan

    mengikut jadual Pemimpin menentukan semua stafnya menjalankan tugas dengan

    sepenuhnya.

    8.5 Teori tingkah laku kepemimpinan ini membuat rumusan bahawapemimpin yang mengamalkan kedua-dua jenis tingkah laku secara tinggi adalahlebih berkesan.

    Tinggi

    Orientasi Tinggi orientasi pekerjadan Tinggi orientasiTugas

    Pekerja

    Rendah Orientasi Tugas

    Rendah Tinggi

    8.6 Jika diabaikan tingkah laku yang berorientasikan tugas akanmenyebabkan keberkesanan sekolah terhad, manakala jika diabaikan dimensiorientasi pekerja akan menyebabkan rendahnya tahap kepuasan orang bawahan.Oleh itu pengamalan kedua-dua dimensi secara tinggi adalah perlu untuk kelicinandan keberkesanan organisasi.

    8.7 Daripada kajian-kajian yang seterusnya, dapatlah dirumuskan tingkahlaku pemimpin yang berkesan meliputi tingkah laku berikut:

    o Menetapkan arah tujuan yang jelas

  • o Menggalakkan komunikasi terbukao Bersedia membimbing dan menyokong orang bawahano Memberi pengiktirafan pencapaiano Mewujudkan mekanisme kawalan yang mantapo Memahami implikasi setiap keputusan yang dibuato Menggalakkan inovasi dan idea baruo Berikan orang bawahan keputusan yang jelaso Sentiasa menunjukkan kejujuran yang tinggi.

    8.8 Imam Al-Ghazali menggariskan bahawa seseorang pemimpin harusmempertimbangkan perkara berikut semasa melaksanakan tugaskepemimpiannya, iaitu:

    Dia sepatutnya meletakkan dirinya dalam kedudukan orang yangdiperintahnya supaya dia tidak mengarahkan orang bawahannya melakukanperkara-perkara yang dirinya sendiri tidak menyukai melakukan perkata itu.

    Hidup dengan cara sederhana Melaksanakan kerja dengan tenang tanpa nampak susah payah Dia harus cuba memuaskan semua pihak jika hal itu tidak melanggar

    undang-undang dan peraturan. Sedar akan tanggungjawab besar jawatannya. Sentiasa suka bersahabat dengan para ilmuan dan mendengar arahan

    mereka Mengawal tingkah laku orang bawahannya supaya tidak bongkak.

    8.9 Al-Farabi menyebutkan bahawa tingkah laku pemimpin yang baikialah:

    Sangat suka kepada ilmu pengetahuan, senang menerima ilmu dantidak penat menimbanya.

    Tidak bersikap buruk dan menjauhkan diri daripada bersuka-ria. Cintakan kebenaran dan bencikan pembohongan Berjiwa besar dan berhemah tinggi Tidak berminat menjadi orang kaya Bersikap adil dan anti kezaliman Mempunyai keazaman yang kuat dan berani terhadap sesuatu perkara

    yang perlu dilakukan.

    8.10 Satu tingkah laku yang tidak disebutkan dalam teori kepemimpinanbarat, tetapi disebutkan dalam ciri-ciri pemimpin yang baik mengikutperspektif Islam ialah pemimpin yang baik tidak berminat menjadi kaya.

    9. Kepemimpinan dan situasi

    9.1 Walaupun telah banyak kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti tingkah laku kepemimpinan yang berkesan, tetapi dapatannyatidak begitu memberangsangkan. Oleh itu timbullah proposisi yangmengesyorkan bahawa pemimpin hendaklah mengenali situasi dansesuaikannya mengikut keadaan berkenaan. Umpamanya,menggunakan gaya autokratik kepada pengikut yang berpendidikan

  • tinggi, bermotivasi, penuh keyakinan dan sering berusaha dengangigih akan hanya membawa masalah. Namun begitu gaya autokratikini juga mungkin sesuai jika diamalkan dalam situasi di mana ahli-ahlinya tidak berkemahiran tinggi, tidak matang, dan belum disahkandalam jawatannya. Gaya Leissez-Faire dikatakan berkesan jikadikenakan kepada orang-orang bawahan yang matang dan bermotivasitinggi.

    9.2 Salah satu teori yang popular dalam pendekatan ini ialah teorikepimpinan situasi yang dikemukakan oleh Hersey dan Blanchard.Teori ini mencadangkan bahawa:

    Orang yang rendah kematangannya perlu diberitahu atau dirahsupaya menjalankan tugasnya.

    Orang yang memiliki sedikit kemampuan dan komitmennyayang rendah, hendaklah dibimbing.

    Orang yang tinggi keupayaan, tetapi komitmennya berubah-ubah hendaklah disokong.

    Orang yang tinggi kematangannya perlu dibanyakkanempowerment.

    10. Beberapa contoh tindakan yang perlu diambil oleh pemimpin apabilamenghadapi keadaan yang sukar:

    10.1 Orang bawahan tidak bermiant/bersemangat terhadap kerja:

    Tetapkan matlamat yang mencabar dan jelaskan dengan yakinbahawa orang bawahan dapat mencapainya.

    Lahirkan visi dan fikiran yang penuh dengan daya tarikan tentang apayang akan diperolehi mereka.

    Gunakan pujukan rasional dan daya tarikan yang bolehmembangkitkan inspirasi untuk mempertingkatkan komitmen mereka.

    Amalkan konsep kepemimpinan melalui teladan Gunakan teknik perundingan dan delegasi tugas. Berikan pengiktirafan yang sewajarnya. Berikan ganjaran kepada tingkah laku yang berkesan.

    10.2 Orang-orang bawahan keliru apa yang patut dilakukan.

    Jelaskan tugas-tugas/kerja-kerja yang patut dilaksanakan. Tetapkan matlamat yang khusus dan beritahu prestasi kerja dari

    semasa ke semasa. Sediakan arahan kerja atau bimbing mereka yang memerlukannya. Kenal pasti kemahiran-kemahiran yang diperlukan dan berikan

    latihan.

    10.3 Orang bawahan mengamalkan strategi yang lemah dan tidak teratur:

    Sediakan perancangan untuk mencapai objektif Kenal pasti masalah dan selesaikannya

  • Atur/susun semula aktiviti-aktiviti untuk mempasti penggunaansumber yang optimum

    Berbincang dengan orang bawahan untuk memperkemaskan prosedurkerja

    Kenal pasti aktiviti/program yang tidak menguntungkan dan pastikantiada siapa melaksanakan aktiviti/program tersebut.

    Sediakan/lengkapkan arahan untuk mengelakkan aktiviti yang dalamkeadaan krisis diteruskan mengikut cara lama.

    10.4 Terdapat masalah kerjasama di kalangan orang bawahan:

    Kurangkan sumber-sumber yang boleh menimbulkan konflik Tekankan dan galakkan kerjasama dan minat bersama Galakkan penyelesaian konflik Selesaikan konflik Pertingkatkan inisiatif untuk kumpulan Kurangkan unsur-unsur pertandingan atau persaingan individu. Gunakan simbol dan upacara amal untuk membina pengecaman unit

    kerja Gunakan aktiviti-aktiviti pembinaan pasukan.

    10.5 Orang bawahan tidak mencukupi sumber:

    Dapatkan sumber yang dimaksudkan dengan segera. Dengan segera cuba selesaikan masalah sumber yang tidak mencukupi Usaha dapatkan peruntukan tambahan Cari sumber-sumber yang boleh membantu.

    10.6 Koordinasi yang lemah:

    Wujudkan jaringan dengan rakan di luar organisasi Membuat kawal selia yang rapi untuk mengesan masalah dengan

    segera Berbincang dengan kerap untuk menyelesaikan masalah

    penyelarasan.

    11. Walau bagaimanapun seseorang pemimpin yang ingin berjaya seharusnyamengambil tindakan berikut:

    11.1 Pastikan bahawa tingkah laku yang diamalkan itu bertujuanmengimbangi kepentingan matlamat orgaaanisasi dan keberkesananperhubungan dengan orang bawahan.

    11.2 Tingkah laku yang diamalkan itu hendaklah bersesuaian dengansituasi.

    11.3 Mengembang dan mengamalkan kemahiran-kemahiran tertentuseperti:

    o Kemahiran membangun kumpulan yang efektif.o Kemahiran penggambaran (delegating)

  • o Kemahiran asertiveo Kemahiran merangsang orang bawahano Kemahiran berkomunikasio Kemahiran menangani perubahno Kemahiran menangani konfliko Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan

    masalah

    12. Semua kuasa, taktik, sifat, tingkah laku dan kemahiran-kemahiran tersebutadalah bertujuan menjadikan seseorang pemimpin itu dapat memainkanperanan dan fungsinya dengan lebih berkesan. Antara fungsi kepemimpinanialah:

    12.1 Sebagai eksekutif:

    Mentadbir, mendelegasi tugas dan menyelaras aktiviti organisasi

    12.2 Sebagai perancang:

    o Menetapkan matlamato Mengawal supaya perancangan berjalan licin

    12.3 Sebagai pembuat polisi12.4 Sebagai pakar12.5 Sebagai jurucakap organisasi12.6 Sebagai pengawal hubungan dalaman12.7 Sebagai pemberi ganjaran dan denda12.8 Sebagai orang tengah untuk menyelesaikan konflik12.9 Sebagai teladan12.10 Sebagai simbol organisasi12.12 Sebagai ahli ideologi12.13 Sebagai tokoh bapa12.14 Sebagai biri-biri hitam

    o Tempat yang sering dikutuk kerana kecewa dan sebagainyao Menerima kutukan walaupun puncanya daripada orang lain

    13. Apakah yang membezakan di antara pemimpin dengan pengurus? Warren

    Bennis menjelaskan perbezaannya seperti berikut:

    13.1 Pengurus Mentadbir

    Pemimpin Buat Inovasi

    13.2 Pengurus seorang yang suka tiru orang lain

    Pemimpin suka keaslian

    13.3 Pengurus mengekalkan keadaan yang sedia ada

    Pemimpin membaiki/membangun/mengembang

    13.4 Pengurus memberi perhatian pada sistem dan struktur

  • Pemimpin memberi perhatian pada orang

    13.5 Pengurus bergantung kepada kawalan

    Pemimpin menggalak kepercayaan

    13.6 Pengurus mempunyai pandangan jangka pendek

    Pemimpin mempunyai pandangan jangka panjang

    13.7 Pengurus bertanya: bagaiman dan bila?

    Pemimpin bertanya: Apa dan kenapa?

    13.8 Pengurus membuat sesuatu yang betul

    Pemimpin membuat sesuatu dengan betul

    (The manager does the right things, The leader does the things right)

    13.9 Yukl (1994:4) membuat rumusan seperti berikut:

    "Managers are oriented toward stability, and leaders are orientedtoward innovation .... Managers get people to do things moreefficiently, whereas leaders to agree about what things should bedone".

    14. Di antara tingkah laku pengurus dan pemimpin, yang manakah tingkah lakuyang harus diikuti?

    14.1 Di dalam organisasi birokrtik, proses mengurus dan memimpinsaling diperlukan. J.P. Kotter menjelaskan:

    "Indeed, any combination other than strong management and strongleadership has the potential for producing highly unsatisfactoryresults. When both are weak or nonezistent, it is like a rudderlessship with a whole in the hull. But adding just one of the two does notnecessarily make the situation much better. Strong managementwithout much leadership can turn bureaucratic and stifling, producingorder for orfers sake. Strong leadership without much managementcan become messianic and cult-like, producing change for changessake-even if movement is in totally insane direction" (Kotter, 1990:7-8).

    15. Penutup

    Kajian terhadap kepemimpinan terus menerus menjadi tarikan banyakpihak. Ini kerana kepemimpinan dikaitkan dengan kejayaan dankecemerlangan sesebuah organisasi termasuklah sekolah.Bagaimanakah pemimpin sekolah memberi impak kepada murid-muridnya? Kerangka konseptual di bawah dapat menerangkan secararingkas persoalan di atas.

  • 16. Rujukan

    16.1 Aminuddin Mohd. Yusoff (1990) Kepemimpinan, Kuala Lumpur: DBP

    16.2 Hughes, R.L., Ginnett, R.C. & Curphy, G.J. (1993) Leadership:Enhancing the Lessons of experience. Boston, MA: Irwin.

    16.3 Kotter, J.P. (1990). A force for change: How leadership differsfrom management. New York: The Free Press.

    16.4 Nahavandi, A. (1997). The art and science of leadership. New Jersey:Prentice-Hall International.

    16.5 Yukl, G. (1994). Leadership in organizations (3rd. edition). New Jersey:Prentice-Hall Int.