ciri ciri pusat pengajian

2
Aiman Setiap individu yang bergelar pelajar pastinya mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading. Begitu juga dengan setiap ibu bapa, pastinya mereka menanam aspirasi setinggi gunung untuk melihat anak-anak mereka melangkah kaki ke pusat pengajian tinggi idaman mereka. Pelbagai pilihan pusat pengajian tinggi yang ada di dalam negara dan di luar negara yang boleh dipilih oleh setiap pelajar. Di Malaysia, terdapat banyak pusat pengajian tinggi, sama ada pusat pengajian awam ataupun swasta yang menawarkan tempat untuk pelajar-pelajar. Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia ialah sebahagian daripada pusat pengajian tinggi awam yang ada di dalam negara ini. Manakala, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Industri Selangor pula adalah sebahagian daripada pusat pengajian tinggi swasta. Untuk menjejakkan kaki ke pusat-pusat pengajian seperti ini pelajar perlulah menanam azam dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita murni mereka ini. Begitu juga dengan saya. Saya juga ingin menggapai impian untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading dan mengikuti kursus yang saya minati. Dalam hal ini, saya mengimpikan sebuah alma mater yang mempunyai ciri-ciri yang mampu melahirkan modal insan yang seimbang. Pertama sekali, remaja perlulah mempunyai visi yang jelas tentang bidang yang ingin diceburi pada masa depan dan pilihan universiti oleh seseorang.Pada pendapat saya, saya akan memilih pusat pengajian tinggi yang tersenarai dalam senarai universiti terbaik di seluruh dunia. Hal ini kerana kualiti universiti-universiti tersebut telah dijamin dan diiktiraf oleh seluruh dunia apabila pusat pengajian tinggi tersebut disenaraikan sebagai yang terbaik. Selain itu, saya akan memilih universiti-universiti yang dapat membekalkan peluang kepada siswa-siswa untuk mengembangkan bakat-bakat mereka yang masih belum diketahui dengan mendedahkan mereka dengan pelbagai jenis pengalaman. Tambahan pula, universiti- universiti yang meyediakan tempat penyelidikan seperti lab sains supaya kita dapat membuat penyelidikan juga akan saya ambil kira dalam pemilihan universiti. Tuntasnya, visi yang jelas akan dapat membantu kita dalam pemilihan universiti. Selain itu , pusat pengajian tinggi yang mempunyai tampuk pimpinan yang berkualiti juga menjadi idaman saya . Sesebuah universiti atau kolej itu haruslah mempunyai Canselor dan Naib Canselor yang berwibawa . Hal ini dikatakan demikian kerana mereka merupakan asas kepada pembentukan sesebuah universiti yang cemerlang dari semua aspek . Saya juga menginginkan universiti yang mempunyai pensyarah yang berpengalaman . Pensyarah yang sudah bepengalaman lebih tahu akan masalah yang dihadapi oleh para siswazah dalam pelajaran . Oleh itu , mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut dan menaikkan prestasi para siswa dalam pelajaran sekali gus dapat mengharumkan nama universiti tersebut . Selain itu , siswa juga mendapat peluang menimba ilmu dengan baik . Mereka mendapat pendidikan daripada pensyarah yang berilmu pengetahuan tinggi dan luas . Pensyarah yang berkaliber sangat penting supaya dapat melahirkan siswa yang berpengetahuan . Selain itu, prasarana yang lengkap merupakan aspek yang penting bagi institut pengajian tinggi idaman saya. Institut yang ideal sudah tentu perlu menyediakan perpustakaan yang lengkap dan selesa untuk menjadi tempat rujukan setiap pelajar dalam sebarang kemuskyilan berkaitan dengan bidang yang dituntuti. Hal ini juga dapat menaikkan semangat saya dan membuatkan diri saya terjamin dalam bidang pelajaran saya. Saya juga menginginkan dewan kuliah yang luas dan berhawa diingin. Hal ini bukan sahaja memberi keselesaan malah menyebabkan kita berasa tidak sesak dan tegang ketika sesi pembelajaran. Para pensyarah pula perlu dilengkapkan dengan set mikrofon supaya sesi pensyarahan dapat didengar dengan baik dan teliti. saya juga berpendapat bahawa tempat kediaman pelajar yang sempurna perlu disediakan. Suasana sekeliling perlulah sentiasa dijaga kebersihannya. Tambahan pula, pengangkutan seperti bas perlulah disediakan oleh institut pengajian tinggi bagi kemudahan pelajar. Oleh itu, institut pengajian tinggi idaman saya perlulah dilengkapi dengan prasarana yang sempurna. Pada masa yang sama,ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman saya ialah terdapat pelbagai aktiviti yang menarik disediakan oleh pihak pusat pengajian.Kokurikulum didefinisikan sebagai kegiatan yang dilakukan di luar bilik darjah dan aktiviti ini boleh mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar.Oleh itu, pihak pusat pengajian tinggi,haruslah menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab baharu yang sesuai dengan minat pelajar. Sebagai contoh, kelab fotografi, kelab kebudayaan, kelab permainan badminton dan sebagainya. Dengan adanya aktiviti kokurikulum yang dijalankan, para pelajar dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah malahan dapat memberikan keseronokan kepada pelajar yang menyertainya. Di samping itu, semangat perpaduan juga dapat dipupuk dalam diri setiap pelajar. Hal ini dapat dilihat di dalam kelab permainan bola sepak. Terdapat pelbagai kaum yang menyertai kelab tersebut dan ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar, ibarat isi dengan kuku. Oleh itu, pihak pusatpengajian tinggi haruslah menubuhkan aktiviti sampingan kepada pelajar dan aktiviti yang dijalankan pula perlulah dipantau oleh pihak pusat pengajian tinggi dari masa ke masa supaya dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran dan serba boleh.

Upload: muhammad-izuddin

Post on 15-Dec-2015

1.227 views

Category:

Documents


81 download

DESCRIPTION

karangan spm no 1

TRANSCRIPT

Page 1: ciri ciri pusat pengajian

Aiman

Setiap individu yang bergelar pelajar pastinya mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading. Begitu juga dengan setiap ibu bapa, pastinya mereka menanam aspirasi setinggi gunung untuk melihat anak-anak mereka melangkah kaki ke pusat pengajian tinggi idaman mereka. Pelbagai pilihan pusat pengajian tinggi yang ada di dalam negara dan di luar negara yang boleh dipilih oleh setiap pelajar. Di Malaysia, terdapat banyak pusat pengajian tinggi, sama ada pusat pengajian awam ataupun swasta yang menawarkan tempat untuk pelajar-pelajar. Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia ialah sebahagian daripada pusat pengajian tinggi awam yang ada di dalam negara ini. Manakala, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Industri Selangor pula adalah sebahagian daripada pusat pengajian tinggi swasta. Untuk menjejakkan kaki ke pusat-pusat pengajian seperti ini pelajar perlulah menanam azam dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita murni mereka ini. Begitu juga dengan saya. Saya juga ingin menggapai impian untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading dan mengikuti kursus yang saya minati. Dalam hal ini, saya mengimpikan sebuah alma mater yang mempunyai ciri-ciri yang mampu melahirkan modal insan yang seimbang.

Pertama sekali, remaja perlulah mempunyai visi yang jelas tentang bidang yang ingin diceburi pada masa depan dan pilihan universiti oleh seseorang.Pada pendapat saya, saya akan memilih pusat pengajian tinggi yang tersenarai dalam senarai universiti terbaik di seluruh dunia. Hal ini kerana kualiti universiti-universiti tersebut telah dijamin dan diiktiraf oleh seluruh dunia apabila pusat pengajian tinggi tersebut disenaraikan sebagai yang terbaik. Selain itu, saya akan memilih universiti-universiti yang dapat membekalkan peluang kepada siswa-siswa untuk mengembangkan bakat-bakat mereka yang masih belum diketahui dengan mendedahkan mereka dengan pelbagai jenis pengalaman. Tambahan pula, universiti-universiti yang meyediakan tempat penyelidikan seperti lab sains supaya kita dapat membuat penyelidikan juga akan saya ambil kira dalam pemilihan universiti. Tuntasnya, visi yang jelas akan dapat membantu kita dalam pemilihan universiti.

Selain itu , pusat pengajian tinggi yang mempunyai tampuk pimpinan yang berkualiti juga menjadi idaman saya . Sesebuah universiti atau kolej itu haruslah mempunyai Canselor dan Naib Canselor yang berwibawa . Hal ini dikatakan demikian kerana mereka merupakan asas kepada pembentukan sesebuah universiti yang cemerlang dari semua aspek . Saya juga menginginkan universiti yang mempunyai pensyarah yang berpengalaman . Pensyarah yang sudah bepengalaman lebih tahu akan masalah yang dihadapi oleh para siswazah dalam pelajaran . Oleh itu , mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut dan menaikkan prestasi para siswa dalam pelajaran sekali gus dapat mengharumkan nama universiti tersebut . Selain itu , siswa juga mendapat peluang menimba ilmu dengan baik . Mereka mendapat pendidikan daripada pensyarah yang berilmu pengetahuan tinggi dan luas . Pensyarah yang berkaliber sangat penting supaya dapat melahirkan siswa yang berpengetahuan .

Selain itu, prasarana yang lengkap merupakan aspek yang penting bagi institut pengajian tinggi idaman saya. Institut yang ideal sudah tentu perlu menyediakan perpustakaan yang lengkap dan selesa untuk menjadi tempat rujukan setiap pelajar dalam sebarang kemuskyilan berkaitan dengan bidang yang dituntuti. Hal ini juga dapat menaikkan semangat saya dan membuatkan diri saya terjamin dalam bidang pelajaran saya. Saya juga menginginkan dewan kuliah yang luas dan berhawa diingin. Hal ini bukan sahaja memberi keselesaan malah menyebabkan kita berasa tidak sesak dan tegang ketika sesi pembelajaran. Para pensyarah pula perlu dilengkapkan dengan set mikrofon supaya sesi pensyarahan dapat didengar dengan baik dan teliti. saya juga berpendapat bahawa tempat kediaman pelajar yang sempurna perlu disediakan. Suasana sekeliling perlulah sentiasa dijaga kebersihannya. Tambahan pula, pengangkutan seperti bas perlulah disediakan oleh institut pengajian tinggi bagi kemudahan pelajar. Oleh itu, institut pengajian tinggi idaman saya perlulah dilengkapi dengan prasarana yang sempurna.

Pada masa yang sama,ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman saya ialah terdapat pelbagai aktiviti yang menarik disediakan oleh pihak pusat pengajian.Kokurikulum didefinisikan sebagai kegiatan yang dilakukan di luar bilik darjah dan aktiviti ini boleh mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar.Oleh itu, pihak pusat pengajian tinggi,haruslah menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab baharu yang sesuai dengan minat pelajar. Sebagai contoh, kelab fotografi, kelab kebudayaan, kelab permainan badminton dan sebagainya. Dengan adanya aktiviti kokurikulum yang dijalankan, para pelajar dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah malahan dapat memberikan keseronokan kepada pelajar yang menyertainya. Di samping itu, semangat perpaduan juga dapat dipupuk dalam diri setiap pelajar. Hal ini dapat dilihat di dalam kelab permainan bola sepak. Terdapat pelbagai kaum yang menyertai kelab tersebut dan ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar, ibarat isi dengan kuku. Oleh itu, pihak pusatpengajian tinggi haruslah menubuhkan aktiviti sampingan kepada pelajar dan aktiviti yang dijalankan pula perlulah dipantau oleh pihak pusat pengajian tinggi dari masa ke masa supaya dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran dan serba boleh.

Tentunya, keadaan persekitaran yang indah dan bersih juga amat dititikberatkan oleh para pelajar bagi memastikan keselesaan untuk menimba ilmu. Pada kebiasaannya, hanya persekitaran yang bersih sahaja yang diambil kira oleh kebanyakan institusi pengajian. harus diakui bahawa penanaman pokok dan juga pokok bunga pelbagai jenis memainkan peranan dari aspek psikologi untuk menaikkan semangat para pelajar untuk belajar. Jika keadaan persekitaran yang kosong tanpa ada pokok-pokok yang ditanam di persekitaran institusi pengajian, ia akan membuatkan para pelajar merasa bosan dan mereka akan cuba untuk mencari suasana yang lebih ceria di luar sekali gus kurangnya interaksi antara pelajar-pelajar. Umum mengetahui bahawa pokok-pokok ataupun tumbuhan membebaskan oksigen semasa proses fotosintesis. Di samping ia dapat menyegarkan otak kita untuk berfikir kerana mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, ia juga dapat mewujudkan suasana yang nyaman dan menyegarkan sekaligus memberikan keselesaan kepada para pelajar. Pokok-pokok bunga yang berwarna-warni juga dapat mewujudkan suasana ceria yang dapat membantu pelajar mengurangkan tekanan setelah seharian bertungkus lumus untuk memahami topik-topik pembelajaran yang kadangkala membebankan para pelajar. Oleh itu,jelaslah bahawa keadaan persekitaran yang bersih dan menarik juaga amat penting untuk diwujudkan di mana-mana sahaja institusi pengajian bagi membantu menaikkan semangat para pelajar dan mengurangkan tekanan serta memberi keselesaan kepada para pelajar untuk menuntut ilmu.

Kesimpulannya, setiap individu mempunyai cita-cita dan keazaman yang kukuh untuk menjejakkan kaki ke menara gading selepas tamat pembelajaran. Di samping itu, setiap orang juga memiliki keinginan untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi yang memiliki kriteria-kriteria khusus mengikut pendapat masing-masing. Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk seseorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, tidak kira institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta pada zaman serba canggih ini. Hal ini demikian kerana wujudnya persaingan sengit antara pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka di dunia. Sekiranya pelajar ingin menyambung pelajaran, mereka haruslah berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa sehingga memperoleh kejayaan, bak kata pepetah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu, saya juga telah membulatkan tekad untuk menyambung pengajian ke universiti terbaik seantero dunia pada abad ini. Kata orang pusat pengajian tempatan juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan universiti di luar negara, bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negeri sendiri.