cnth kajian tindakan

Upload: ashamilah-mohamed

Post on 05-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 CNTH KAJIAN TINDAKAN

    1/11

    Definisi Teori Konstruktivisme

    McBrien & Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan

    kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap

    individu membina pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain.

    Briner,M., (1999) pula menyebut pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea

    dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada

    situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang

    sedia wujud.

    Menurut Brooks & Brooks (1993), teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna

    tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini.

    Mereka membentuk peraturan melalui refleksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu

    dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada

    menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk

    atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan

    lebih baik.

    Sushkin,N (1999), pula menyatakan bahawa dalam teori konstruktivisme penekanan diberikan lebih

    kepada pelajar berbanding kepada guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan

    dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, pelajar

    membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif pelajar

    hendaklah diterima dan digalakkan.Nik Aziz Nik Pa (1999), menyebut konstruktivisme adalah tidak lebih

    daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini

    bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada

    aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang di

    terima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang

    individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan sendiri

    dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.

    Berdasarkan pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme

    bolehlah dirumuskan sebagai satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep

    secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan

    menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan

    baru. Implikasi dari teori ini adalah pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar.

    Pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar

    tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Guru pula berperanan sebagai fasilitator

    yang membantu pelajar membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Guru juga sebagai pereka

    bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan

    baru. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya

    dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Seterusnya ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme

    adalah mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh pelajar, menggalakkan pelajar bertanya

    dan berdialog dengan pelajar lain dan gurunya, menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan

    eksperimen, memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan

    memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar,mengambil kira dapatan

    kajian tentang bagaimana pelajar belajar sesuatu idea, menyokong pembelajaran secara koperatif,

  • 8/2/2019 CNTH KAJIAN TINDAKAN

    2/11

    menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran,

    menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar dan akhirnya menggalakkan soalan atau

    idea yang dimulakan oleh pelajar yang digunakan sebagai panduan merancang pengajaran.

    Bagaimana Penggunaan Teori Konstruktivisme dalam pengajaran guru memberikan kesan ke atas

    pembelajaran pelajar.

    Untuk melihat bagaimana penggunaan teori ini digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    pelajar , model Konstruktivisme 5 Fasa Needham digunakan. Needham (1987) menyatakan dalam model

    ini pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat

    merangsang pelajar meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semua idea, guru

    digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu pelajar mengubah idea asal mereka. Pelajar

    diberi peluang untk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah dipercayai

    idea baru yang dibina oleh pelajar sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea

    ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, pelajar boleh menggunakan idea baru

    mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea

    itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini pelajar membandingkan idea asal

    mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan

    perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.

    5 fasa yang dinyatakan diatas adalah :

    (i) Fasa orientasi: (Engage)

    Fasa ini bertujuan untuk menarik perhatian dan minat pelajar serta memotivasikan pelajar agar mereka

    terus berminat dalam pengajaran yang berlangsung. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam

    fasa ini adalah dengan membuat tunjukcara atau demontrasi oleh guru, membuat tayangan filem,

    membuat tayangan video, memberikan alam keratan akhbar kepada pelajar dan juga mengemukakan

    soalan-soalan yang boleh menjanakan perasaan ingin tahu kepada pelajar-pelajarnya. Kesan terhadap

    pembelajaran pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih berfikir dan lebih seronok dengan aktiviti yang

    telah dijalankan dalam bilik darjah.

    (ii) Fasa Pencetusan idea: (Explore)

    Dalam fasa ini, guru-guru mengenalpasti kerangka alternatif pelajar. Idea-idea pelajar yang terdahulu

    akan dikenalpasti melalui soalan-soalan yang diajukan untuk mendorong mereka berfikir mengapa idea

    mereka tidak selari dengan idea saintifik. Soal jawab yang mendorong pemikiran boleh dijalankan oleh

    guru. Guru boleh menggunakan kaedah inkuiri untuk menyelongkar dan menyiasat melalui kaedah

    eksperimen. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah membuat amali, perbincangan dalam

    kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan. Kesan kepada pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih

    berfikir, seronok dan lebih berkemahiran sosial. Pelajar lebih berfikir kerana dalam membina

    pengetahuan baru pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat

    keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinanan. Ini boleh dicapai melalui aktiviti

    penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data,

    membuat interpretasi dan membuat kesimpulan. Pelajar lebih seronok kerana mereka sendiri yang

    membina pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini akan menjadikan mereka lebih faham, lebih

  • 8/2/2019 CNTH KAJIAN TINDAKAN

    3/11

    yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai

    kemungkinan dan cabaran. Pelajar juga adalah lebih berkemahiran sosial kerana boleh bekerjasama

    dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh

    apabila pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dan guru dalam membina pengetahuan.

    (iii) Fasa Penstrukturan Semula idea : (Explain)

    Dalam fasa ini, pelajar berpeluang untuk mengubahsuai kerangka alternatif kepada idea saintifik. Idea-

    idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan kecerdasan pelajar.

    Penerangan beserta dengan aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan masing-masing akan digunakan

    untuk membantu membentuk konsep yang baru ini. Pelajar akan dapat membuat definisi, menerangkan

    konsep, menyoal tentang penerangan lanjutan dan meminta justifikasi serta penjelasan. Contoh aktiviti

    adalah perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan. Kesan keatas pembelajaran pelajar

    dalam fasa ini adalah pelajar lebih yakin dan berani mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan

    berbincang untuk membuat ramalan. Pelajar mempunyai banyak ruang dan peluang untuk menguji

    hipotesis mereka terutama melalui perbincangan dalam kumpulan.

    (iv) Fasa Aplikasi idea: (Elaborate)

    Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina dalam fasa penstrukturan

    semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru. Konsep yang telah dibina di kaitkan dan

    dikembangkan di dalam bidang yang lain atau di dalam dunia sebenarnya. Contoh aktiviti adalah

    penulisan sendiri kerja projek oleh pelajar. Kesan keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar lebih

    faham dan ingat. Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat

    secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang pelajar yang memahami apa yang

    dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru.

    Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana

    mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia

    ada untuk membina pengetahuan baru.

    (v) Fasa Refleksi (Evaluate)

    Fasa ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid dan menilai sama idea terdahulu telah berubah.

    Contoh aktiviti adalah membuat penyoalan kepada pelajar secara reflektif seperti menyoal mereka

    apakah yang mereka fikirkan, apakah bukti yang anda ada atau apakah yang anda tahu tentang sesuatu

    pekara itu. Kesan daripada fasa ini keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar dapat menilai adakah

    mereka faham dan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

    mereka.

    Ahli-ahli konstruktif mencadangkan bahawa pelajar-pelajar membina pengalaman baru berdasarkan

    pengetahuan sedia ada. Pengetahuan sedia ada akan digunakan oleh pelajar untuk memberikan

    penjelasan berdasarkan pemerhatian mereka, makna akan dibina sendiri oleh individu dengan

    menambah atau mengubahsuai idea yang sedia ada (Driver,1983; Osborne& Freyberg, 1985;

    Scott,1987). Oleh itu guru perlu mengambilkira idea pelajar yang terdahulu dalam proses pengajaran.

    Guru perlu membina pengalaman yang dapat mencabar idea yang dimiliki pelajar untuk membantu

    mereka menstrukturkan semula idea yang baru. Konstruktivis juga percaya bahawa pelajar membina

  • 8/2/2019 CNTH KAJIAN TINDAKAN

    4/11

    realiti mereka sendiri atau mentafsir realiti berasaskan persepsi pengalaman mereka. Setiap pelajar akan

    membentuk perwakilan pengetahuan frame of reference mereka sendiri melalui pengalaman yang

    dialami (Johnson & Gott, 1996).

    Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Model Konstruktivisme

    5 Fasa Needham.

    Untuk menjelaskan lagi bagaimanakah penggunaan teori konstruktivisme ini dalam pengajaran guru

    dapat memberikan kesan keatas pembelajaran pelajar diberikan satu contoh P&P bilik darjah bagi

    matapelajaran Fizik tingkatan empat.

    Tajuk : Daya graviti

    Objektif: Supaya pelajar dapat mendefinisi pecutan graviti, menentukan nilai pecutan graviti dan

    menentukan hubungan antara pecutan graviti dengan jisim.

    Masa P&P: 80 minit

    Pengetahuan sedia ada:

    Pelajar sudah dapat mendefinisikan halaju dan pecutan.

    Pelajar sudah dapat menghitung halaju dan pecutan

    Pelajar sudah belajar tentang daya geseran

    Fasa Aktiviti:

    Fasa orientasi: (Engage)

    Pelajar ditunjukkan tayangan CD peristiwa gerakan sebiji kelapa bila terlepas dari tangkainya, gerakan

    sebiji bola yang ditendang bila jatuh kebumi, seketul batu jatuh dari puncak bukit, gerakan bulu ayam

    yang sedang jatuh dan gerakan seorang penerjun payung terjun yang terjun turun dari sebuah

    kapalterbang.

    Aktiviti ini adalah untuk meransang perasaan ingin tahu pelajar tentang objek jatuh. Minat pelajar dapat

    dipupuk dengan tayangan CD kerana tayangan itu adalah gerakan sebenar dalam kehidupan harian.

    Seterusnya aktiviti ini dapat menjanakan minat pelajar untuk mengetahui dengan mendalam mengapa

    objek-objek itu jatuh ke bawah. Perasaan ingin tahu pelajar dapat dipupuk dengan tayangan CD tersebut

    sebab banyak persoalan yang dapat dijanakan dari gerakan objek semasa jatuh itu.

    Fasa Pencetusan idea: (Explore)

    Dari aktiviti diatas, pelajar-pelajar disoal:

    a) Mengapa objek-objek itu jatuh ke bawah?

    b) Apakah maksud halaju?

    c) Apakah maksud pecutan?

    d) Apakah rumus untuk menghitung halaju?

    e) Bagaimanakah cara untuk menghitung pecutan?

  • 8/2/2019 CNTH KAJIAN TINDAKAN

    5/11

    f) Apakah yang terjadi kepada halaju buah kelapa dan batu semasa jatuh

    menghampiri bumi?

    g) Apakah terjadi kepada pecutan buah kelapa dan batu itu?

    h) Apa yang terjadi kepada halaju dan pecutan penerjun yang menggunakan payung

    terjun itu?

    i) Apa yang terjadi kepada halaju dan pecutan bulu ayam itu?

    Pelajar dipecahkan kepada enam kumpulan kecil dan diminta membuat satu eksperimen untuk

    menentukan pecutan jasad yang jatuh ke arah pusat bumi tersebut. Dalam eksperimen ini pelajar juga

    diminta untuk menentukan nilai pecutan graviti dan hubungan antara pecutan graviti dengan jisim

    jasad. Prosedur asas aktiviti eksperimen perlu dipatuhi oleh pelajar iaitu merancang, menjalankan

    eksperimen dan mengambil data.

    Aktiviti ini adalah untuk mengcungkil jawapan kepada perasaan ingin tahu para pelajar tentang gerakan

    objek dalam medan graviti dengan cara memberikan soalan-soalan inkuiri dan kemudian meminta

    mereka menjalankan eksperimen. Hasil dapatan ujikaji ini pelajar akan dapat menentukan adakah idea

    dan pengetahuan sedia ada mereka selari atau tidak dengan dapatan baru itu dari eksperimen itu. Kesan

    kepada pelajar adalah mereka akan merasa seronok untuk mendapat pengetahuan kerana mereka

    sendiri yang mencari jawapan dan bukti kepada pengetahuan asal mereka. Keyakinan pelajar akan lebih

    jelas lagi jika pengetahuan asal mereka sama dengan dapatan baru dari eksperimen itu.

    Fasa Penstrukturan Semula idea : (Explain)

    Pelajar-pelajar diminta membentangkan dapatan eksperimen mereka mengikut kumpulan masing-

    masing.

    Pembentangan dibuat dengan menggunakan transparensi atau perisian powerpoint. Selepas

    pembentangan oleh sesebuah kumpulan ,kumpulan lain diminta untuk memberikan komen dan

    pandangan mereka tentang gerakerja dan hasil eksperimen kumpulan tersebut.

    Selepas selesai setiap kumpulan membentang hasil dapatan mereka, guru meminta pelajar membuat

    definisi pecutan graviti, nilai pecutan graviti, pengaruh jisim terhadap pecutan graviti, makna medan

    graviti dan daya graviti. Akhirnya pelajar-pelajar diminta untuk menyiapkan laporan eksperimen

    tersebut mengikut format yang telah diberikan sebelum ini. Satu kesan yang dapat dilihat dari aktiviti ini

    adalah pelajar lebih yakin dan berani untuk menyampaikan hasil dapatan mereka dan sentiasa

    berbincang dalam kumpulan untuk mendapat sesuatu keputusan yang dipersetujui bersama. Mereka

    lebih berani untuk membuat hipotesis dan bernai juga mencabar hipotesis kumpulan lain jika tidak sama

    dengan kumpulan mereka.

    Fasa Aplikasi idea: (Elaborate)

    Pelajar ditunjukkan satu eksperimen maya dari komputer iaitu Graviti experiment by Galileo. Dalam

  • 8/2/2019 CNTH KAJIAN TINDAKAN

    6/11

    eksperimen maya ini Galileo berada di atas sebuah bangunan pencakar langit. Beliau menjalankan 3

    aktiviti iaitu:

    i) menjatuhkan dua ketul batu yang berlainan saiznya ke bawah secara serentak .

    ii) Kemudian beliau menjatuhkan pula seketul batu dan sehelai bulu ayam dari ketinggian yang sama

    secara serentak juga.

    iii) Akhir sekali bangunan dan Galileo di vakumkan dan sekali lagi beliau menjatuhkan batu dan bulu

    ayam serentak.

    Dari tayangan itu pelajar-pelajar di soal:

    a) Batu mana yang sampai ke permukaan bumi terlebih dulu?

    b) Antara bulu ayam dan batu yang mana akan sampai ke bawah dulu?

    c) Bila dalam vakum, yang mana akan sampai dulu?

    d) Mengapakah kedua-dua batu sampai serentak ke permukaan bumi?

    e) Mengapakah bulu ayam lambat sampai ke permukaan bumi berbanding batu?

    f) Dalam vakum mengapa bulu ayam dan batu sampai serentak?

    Guru kemudiannya meminta pelajar untuk menjelaskan kejadian lif putus dan satelit jatuh semasa

    mengorbit bumi dengan menggunakan konsep graviti.

    Aktiviti ini adalah untuk menentukan bahawa pengetahuan

    tentang graviti dapat diaplikasikan dalam situasi baru iaitu dari eksperimen maya Galileo, kejadian lif

    putus dan satelit jatuh semasa mengorbit bumi. Di sini pelajar akan dapat menggunakan kefahaman

    mereka tentang graviti bagi menjelaskan sebab kepada fenomena yang terjadi. Selain kefahaman pelajar

    bertambah mereka akan mengingati konsep graviti ini dengan lebih lama lagi.

    Fasa Refleksi (Evaluate)

    Guru mengedarkan soalan-soalan kuiz pendek untuk dijawab oleh pelajar selama 10 minit.

    Guru seterusnya meminta pelajar membuat satu peta konsep tentang apa yang telah dipelajari hari itu.

    Aktiviti ini adalah untuk menilai kefahaman para pelajar tentang konsep graviti.

    Rumusan

    Dari huraian di atas dapat dirumuskan bahawa konstruktivisme adalah satu daripada teori pembelajaran

    yang pada asasnya merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan sedia

    ada disusun semula dalam minda pelajar untuk membentuk pengetahuan baru. Melalui pembelajaran

    secara konstruktivisme, pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak

    diterima secara pasif daripada persekitarannya. Pelajar membina pengetahuan mengikut pengalaman

    masing-masing dan pengetahuan sedia ada mereka. Ini menjadikan pelajar lebih seronok dan berminat

    untuk belajar kerana pengetahuan yang dibina adalah hasil usaha pelajar sendiri. Selain itu untuk

    memastikan proses pertukaran idea berlaku pada tahap optimum, gaya pengajaran guru perlulah setara

    dengan gaya pembelajaran yang terdapat pada setiap pelajar untuk memastikan mereka terus

    termotivasi untuk mengikuti pengajaran yang disampaikan. Bagi menunjukkan bagaimana teori

    konstruktivisme ini dapat digunakan keatas pengajaran guru dan memberikan kesan kepada

    pembelajaran pelajar, maka model 5 fasa Needham digunakan. Model ini menggunakan lima fasa dalam

  • 8/2/2019 CNTH KAJIAN TINDAKAN

    7/11

    proses P&P iaitu fasa orientasi (Engage) , fasa pencetusan idea (explore), fasa penstrukturan semula idea

    (Explain), fasa aplikasi idea (Elaborate) dan fasa refleksi (Evaluate).

    Kelima-lima fasa ini perlulah diikuti dengan sistematik oleh guru untuk mendapat keberkesanan yang

    tinggi. Secara ringkasnya fasa pertama adalah untuk meransang perasaan ingin tahu pelajar dengan

    melakukan aktiviti seperti demonstrasi oleh guru , tayangan video atau penyoalan oleh guru. Fasa ini

    juga bertujuan untuk menjana minat para pelajar dalam proses P&P mereka. Fasa kedua adalah untuk

    mencetuskan idea supaya pelajar sedar tentang idea dulu melaui amali ,perbincangan, pemetaaan

    konsep dan laporan. Fasa ini dapat menggalakkan pelajar bekerjasama, guna pendekatan inkuiri,

    menyiasat melalui eksperimen dan selalu bertanya. Fasa ketiga adalah untuk menstruktur semula idea-

    idea asal kerana idea asal mungkin perlu diubahsuai, di ganti dengan idea yang lebih saintifik atau

    dikembangkan. Fasa keempat adalah fasa aplikasi atau penggunaan idea dimana idea yang telah dibina

    dikukuhkan dalam situasi baru. Fasa terakhir adalah fasa refleksi dimana pelajar dapat membuat

    penilaian sejauh mana idea asal telah berubah dan setakat mana idea baru betul.

    Dengan mengikuti kesemua fasa ini maka kesan yang dapat terhasil dikalangan pelajar adalah pelajar

    akan lebih seronok kerana mereka bina sendiri pengetahuan, pelajar mempunyai kemahiran sosial yang

    tinggi kerana saling berinteraksi sesama mereka dalam membuat aktiviti untuk mencari pengetahuan

    baru, pelajar mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana diberi peluang bina sendiri kefahaman,

    pelajar lebih mengingati sesuatu konsep lebih lama lagi kerana mereka terlibat secara aktif dalam proses

    P&P, pelajar lebih faham kerana dapatan pengetahuan adalah hasil karya mereka sendiri dengan

    bantuan guru, pelajar lebih berfikir kerana untuk bina pengetahuan baru mereka perlu menjana idea,

    menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

    Bibliografi

    Arif Sukardi. 1987.Prinsip-prinsip (teori) Pembelajaran.

    http:// www.Ut, Ac Id/OI Supp/Fkip/Pgsm3803/. (20 Dis 2000)

    Briner, M .(1999). [Online]Available :

    http:// carbon.cudender.edu/ mryder/itc data/constructivism.html

    Brooks,J.G. & Books,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The case For Constructivist Classrooms.

    Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Developtment (ASCD)

    Driver,R. (1983). The Pupil as Scientist? Milton Keynes: Open University Press

    Johnson,P.,& Gott,R.(1996). Constructivism and Evidence From Childrens Ideas. Science Education.

    80.561-577. Dalam kertas kerja Rio Sumarni Sharifuddin & Tang Howe Eng Effectiveness of Condiff as a

    Cognitive Tools for the Learning of Differentiation. Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan, UKM,

    2002.

    McBrien, J.L & Brandt,R.S. (1997). The Language of Learning: A Guide to Education Terms. Alexandria,

    VA. Association for supervision and Curriculum Developtment.

    Nik Aziz Nik Pa (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik. Kuala

    Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

    Needham,R. (1987). Teaching Strategies for Developing Understanding in Science. Leeds, Childrens

    Learning in Science Project, University of Leeds.

  • 8/2/2019 CNTH KAJIAN TINDAKAN

    8/11

    Osborne,R., & Freyberg,P. (1985). Learning in Science. Auckland, Heinemann.

    Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur:

    Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Sushkin,N.(1999).[Online] Avalaible:

    http://carbon.cudenver.edu/ mryder/itc data/ constructivism.html

    Posted byBURHAN at1:16 AM

    1.3 : Pernyataan Masalah

    Teori Konstruktivisme bukanlah satu teori yang baru dalam bidang pendidikan malah telah lama

    dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya Sains KBSM. Prisip-pronsip yang

    terdapat dalam teori ini sebenarnya boleh diterapkan dalam mata pelajaran lain juga. Ini kerana dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme, pelajar dapat membina strukturpengetahuan mereka sendiri dan pengkaji melihat bahawa Konstruktivisme ini merupakan satu kaedah

    terbaik yang boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains

    Pertanian juga. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat aplikasi konstruktivisme dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian.

    1.4 : Objektif Kajian

    Objektif kajian yang ingin dijalankan adalah untuk:

    i.mengenalpasti aplikasi fasa orientasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains

    Pertanian.

    ii.mengenalpasti aplikasi fasa pencetusan idea dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata

    pelajaran Sains Pertanian.

    iii.mengenalpasti aplikasi fasa penstrukturan semula idea dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    mata pelajaran Sains Pertanian.

    iv.mengenalpasti aplikasi fasa penggunaan idea dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata

    pelajaran Sains Pertanian.

    v.mengenalpasti aplikasi fasa renungan kembali dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata

    pelajaran Sains Pertanian.

    http://www.blogger.com/profile/13223957727576421778http://www.blogger.com/profile/13223957727576421778http://burhan-cikgubob.blogspot.com/2009/02/penggunaan-teori-konstruktivisme-dalam.htmlhttp://burhan-cikgubob.blogspot.com/2009/02/penggunaan-teori-konstruktivisme-dalam.htmlhttp://burhan-cikgubob.blogspot.com/2009/02/penggunaan-teori-konstruktivisme-dalam.htmlhttp://burhan-cikgubob.blogspot.com/2009/02/penggunaan-teori-konstruktivisme-dalam.htmlhttp://www.blogger.com/profile/13223957727576421778
  • 8/2/2019 CNTH KAJIAN TINDAKAN

    9/11

    1.5 : Persoalan Kajian

    Kajian ini dilakukan bertujuan mendapatkan jawapan bagi beberapa persoalan seperti berikut:

    i.Apakah fasa orientasi diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains

    Pertanian?

    ii.Apakah fasa pencetusan idea diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

    Sains Pertanian?

    iii.Apakah fasa penstrukturan semula idea diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata

    pelajaran Sains Pertanian?

    iv.Apakah fasa penggunaan idea diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

    Sains Pertanian?

    v.Apakah fasa renungan kembali diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

    Sains Pertanian?

    1.6 : Kepentingan Kajian

    Kajian mengenai pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains

    Pertanian ini bukan sahaja memberi kepentingan kepada guru yang mengajar subjek Sains Pertanian

    dalam memperkemaskan mutu pengajarannya malah mendatangkan kesan yang positif terhadap

    peningkatan prestasi pembelajaran di kalangan pelajar yang mengambil subjek Sains Pertanian ini. Para

    pelajar pada hari ini sering mengharapkan sesuatu yang menarik, berkesan dan tidak membebankan.

    Dengan mengetahui aspek yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keberkesanan

    proses pembelajaran Sains Pertanian maka pelajar akan menjadi lebih prihatin dan bertindak lebih cepat

    untuk merancang matlamat pendidikan mereka. Mereka akan lebih yakin terhadap diri sendiri semasa

    menyelesaikan sesuatu masalah.

    Guru-guru pula boleh mengambil manfaat dengan membuat pemantauan diri terhadap peranan

    mereka sebagai seorang penyampai ilmu pengetahuan agar setiap pengajaran benar-benar dirancang

    dan dapat membawa faedah kepada para pelajar. Di samping itu, kajian ini diharap dapat membantu

    pihak KPM dalam usaha menggubal semula sukatan mata pelajaran Sains Pertanian dengan memberi

    penekanan kepada penerapan aspek-aspek konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    di bilik darjah kelak.

  • 8/2/2019 CNTH KAJIAN TINDAKAN

    10/11

    1.7 Batasan kajian

    Penyelidikan mengemukakan dua reka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk

    mata pelajaran Sains Pertanian yang bersifat konseptual dan matematikal. Hasil daripada penyelidikan

    ini hanya boleh diaplikasikan untuk mata pelajaran yang sama, atau yang mempunyai ciri-ciri yang

    hampir serupa. Jika ia dilakukan kepada mata pelajaran yang lain, dapatan yang berbeza mungkin akan

    berlaku.

    1.8 : Definisi termonologi

    1.8.1: Definisi Pengajaran

    Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau

    kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan,pengelolaan,

    penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran

    kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan. Menurut Bahagian Pendidikan Guru, Pengajaran

    ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini

    adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan

    teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil

    inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

    1.8.2 : Teori Konstruktivisme

    Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara

    aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan

    pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

    Implikasi dari teori ini adalah pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar. Pengetahuan

    yang dipunyai oleh pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut dan bukan

    pengajaran yang diterima secara pasif. Guru pula berperanan sebagai fasilitator yang membantu pelajar

    membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Guru juga sebagai pereka bentuk bahan pengajaran

    yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru. Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas

    pengetahuan tersebut.

  • 8/2/2019 CNTH KAJIAN TINDAKAN

    11/11

    1.8.3 : Sains Pertanian

    Mata pelajaran Sains Pertanian merupakan salah satu mata pelajaran elektif dalam KBSM. Mata

    pelajaran ini adalah satu pengajian saintifik mengandungi prinsip amalan dalam penanaman,

    penternakan, teknologi dan pengurusan ladang. Ini selaras dengan kehendak Dasar Pertanian Negara

    yang menjurus kepada industri pertanian secara komersil dengan tidak mengabaikan keseimbangan

    alam sekitar.