congkak converter

10
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013 31 MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENUKARAN UNIT PANJANG DENGAN MENGGUNAKAN ‘CONGKAK CONVERTER’ BAGI MURID YANG BERPENCAPAIAN RENDAH Hafiz Bin Idrus & Puan Hajah Sapiah Binti Yusof Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kemahiran penukaran unit yang melibatkan unit panjang sering dianggap sukar untuk dikuasai oleh murid-murid. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penukaran unit Panjang dalam Sistem Metrik bagi muird Tahun 4 dengan menggunakan kaedah Congkak Converter atau “CC” dan 8 orang murid SK Seri Budiman II telah dipilih sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis dokumen, temubual serta ujian Pra dan Ujian Pos bagi pengumpulan data. Data dianalisis dengan menggunakan peratus dan min markah murid. Analisis dokumen mendapati bahawa murid-murid tidak dapat menyatakan hubungan diantara unit-unit pengukuran unit pengukuran Panjang. Kebaikan CC dapat membantu murid untuk menyelesaikan masalah penukaran unit dengan cara yang betul dan dapat dibuktikan dengan markah ujian Pos dan sesi temubual. Kesemua lapan peserta kajian telah menunjukkan peningkatan markah dalam ujain pos dengan min peningkatan markah sebanyak 5.875 (58.75%). Hasil dapatan ini menunjukkan penggunaan “CC” dapat mengatasi masalah Tahun 4 dalam menyelesaikan soalan penukaran unit melibatkan topik pengukuran Panjang. Kaedah CC berjaya mengatasi masalah penukaran unit topik Panjang dalam kalangaan murid tahun 4. Kata kunci : Kajian tindakan, Congkak Converter, Peserta Kajian PENGENALAN Kajian tindakan adalah satu bentuk refleksi kendiri yang dilakukan oleh pengamal pendidikan ataupun lebih tepat digelar sebagai seorang guru. Guru merupakan sebagai seorang penyelidik dalam satu situasi sosial. Antara tujuan Kajian Tindakan ialah untuk memperbaiki atau meningkatkan amalan pengajaran bagi melaksanakan tndakan bagi memperbaiki ataupun meningkatkan kualiti amalan masing-masing. Menurut Kemis & Mctaggart (1988), kajian tindakan adalah satu bentuk inkuiri refleksi diri kendiri yang dilakukan secara kolektif. Selain itu, Kajian Tindakan dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi bertujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

Upload: noraini-ab-rahim

Post on 15-Dec-2015

55 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

SISTEM PENUKARAN UKURAN UNIT PANJANG

TRANSCRIPT

Page 1: Congkak Converter

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

31

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENUKARAN UNIT PANJANG

DENGAN MENGGUNAKAN ‘CONGKAK CONVERTER’ BAGI

MURID YANG BERPENCAPAIAN RENDAH

Hafiz Bin Idrus & Puan Hajah Sapiah Binti Yusof

Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected] & [email protected]

ABSTRAK

Kemahiran penukaran unit yang melibatkan unit panjang sering dianggap

sukar untuk dikuasai oleh murid-murid. Kajian ini bertujuan untuk

meningkatkan kemahiran penukaran unit Panjang dalam Sistem Metrik bagi

muird Tahun 4 dengan menggunakan kaedah Congkak Converter atau “CC”

dan 8 orang murid SK Seri Budiman II telah dipilih sebagai responden kajian.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis dokumen,

temubual serta ujian Pra dan Ujian Pos bagi pengumpulan data. Data

dianalisis dengan menggunakan peratus dan min markah murid. Analisis

dokumen mendapati bahawa murid-murid tidak dapat menyatakan hubungan

diantara unit-unit pengukuran unit pengukuran Panjang. Kebaikan CC dapat

membantu murid untuk menyelesaikan masalah penukaran unit dengan cara

yang betul dan dapat dibuktikan dengan markah ujian Pos dan sesi temubual.

Kesemua lapan peserta kajian telah menunjukkan peningkatan markah dalam

ujain pos dengan min peningkatan markah sebanyak 5.875 (58.75%). Hasil

dapatan ini menunjukkan penggunaan “CC” dapat mengatasi masalah Tahun 4

dalam menyelesaikan soalan penukaran unit melibatkan topik pengukuran

Panjang. Kaedah CC berjaya mengatasi masalah penukaran unit topik Panjang

dalam kalangaan murid tahun 4.

Kata kunci : Kajian tindakan, Congkak Converter, Peserta Kajian

PENGENALAN

Kajian tindakan adalah satu bentuk refleksi kendiri yang dilakukan oleh pengamal

pendidikan ataupun lebih tepat digelar sebagai seorang guru. Guru merupakan sebagai

seorang penyelidik dalam satu situasi sosial. Antara tujuan Kajian Tindakan ialah untuk

memperbaiki atau meningkatkan amalan pengajaran bagi melaksanakan tndakan bagi

memperbaiki ataupun meningkatkan kualiti amalan masing-masing. Menurut Kemis &

Mctaggart (1988), kajian tindakan adalah satu bentuk inkuiri refleksi diri kendiri yang

dilakukan secara kolektif. Selain itu, Kajian Tindakan dilakukan oleh peserta yang berada

dalam sesuatu situasi bertujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan

kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman

mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

Page 2: Congkak Converter

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

32

Menurut Yazid Abdul Manap (2001), telah menyatakan bahawa profesion perguruan

bukanlah satu profesion yang mudah seperti yang disangkakan oleh sesetengah pihak. Beliau

mendapati banyak pihak yang menganggap guru hanya terlibat bersama murid-murid dan

waktu pekerjaan hanyalah pada ketika waktu persekolahan sahaja. Namun hakikatnya, guru

perlu kreatif dan inovatif serta mempelbagaikan gaya pengajaran bagi memastikan murid-

murid tidak bosan sewaktu di dalam kelas terutama bagi subjek Matematik.

Matematik merupakan subjek yang sering dianggap oleh murid sukar kerana murid

beranggapan terlalu banyak konsep, rumus dan formula yang perlu diingati. Bahkan juga,

rata-rata murid yang berfikiran sebegitu sudah pasti tidak menunjukkan peningkatan

pencapaian. Hal ini mungkin disebabkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang

membosankan dan tidak merangsang pemikiran murid untuk kefahaman sesuatu konsep

Matematik. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Azizah Mohamad dan Shaharom

Noordin (1999), Matematik dianggap sukar kerana ianya melibatkan fakta dan suatu yang

abstrak bagi murid.

Kajian ini dilaksanakan adalah berdasarkan kepada pennkanan penguasaan kemahiran

penukaran unit dalam kalangan murid Tahun 4. Memandangkan murid-murid Tahun 4 ini

adalah kohot yang terakhir menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR),

suatu anjakan perlu dilakukan agar hasil pencapaian dalam kalangan murid-murid dapat

dipertingkatkan.

Persediaan alat-alat mengajar adalah satu aspek bantuan yang boleh menolong melahirkan

aktiviti-aktiviti yang menarik dan berkesan (Nik Ahmad Nik Yaacob,1984). Oleh yang

demikian, suatu intervensi telah direka oleh pengkaji berilhamkan pembacaan pengkaji

terhadap beberapa sumber yang diyakini relevan untuk mengatasi masalah ini. Harapan

pengkaji, semoga kajian ini membawa manfaat yang besar dalam bidang Matematik dan

dapat dikembangkan lagi selaras dengan arus pendidikan pada masa akan datang

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dalam penguasaan hubungan yang

melibatkan pengukuran panjang mm kepada cm dan sebaliknya serta unit kompaun kepada

seunit bagi murid Tahun 4 Al-Ghazali yang berpencapaian sederhana dan rendah. Kajian ini

telah dijalankan dengan mengaplikasi kaedah “prefix” dalam bentuk kaedah yang dinamakan

“Congkak Converter” (CC) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran melibatkan penukaran

unit pengukuran.

Objektif khusus kajian ini supaya pelajar dapat:

1. Mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam menyatakan hubungan diantara cm

dan mm serta m.

Page 3: Congkak Converter

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

33

2. Menentukan keberkesanan “CC” dalam meningkatkan penguasaan kemhairan yang

melibatkan penukaran unit mm, cm dan m.

Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:

1. Apakah tahap penguasaan murid dalam operasi penukaran unit yang melibatkan cm

dan mm?

2. Adakah penggunaan “CC” dapat meningkatkan penguasaan kemahiran yang

melibatkan penukaran unit mm, cm dan m?

KUMPULAN SASARAN

Pengkaji telah mengenalpasti murid-murid Tahun 4 Al-Ghazali di Sekolah Kebangsaan Seri

Budiman 2, Kuala Terengganu sebagai kumpulan sasaran bagi kajian ini kerana pengkaji

telah diberi tanggungjawab untuk mengajar kelas ini sepanjang 12 minggu pengkaji

berpraktikum. Kelas ini merupakan kelas pertama daripada tiga buah kelas di dalam satu

tahun. Kelas ini merangkumi 32 orang murid yang terdiri daripada 23 orang murid

perempuan dan 9 orang murid lelaki. Bagi kajian ini, pengkaji akan lebih tertumpu terhadap

8 orang murid yang mendapat markah 40 dan ke bawah berdasarkan markah Ujian Operation

Target Increment (OTI 1). 8 orang murid ini terdiri daripada 1 lelaki dan 7 perempuan dari

kelas 4 Al-Ghazali sebagai peserta kajian bagi kajian kes ini. Dengan ini, pengkaji dapat

menilai keberkesanan penggunaan CC apabila Ujian Pos dilaksanakan. Keseluruhan peserta

kajian bagi kajian ini berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kebanyakan Ibu bapa murid ini

terdiri daripada golongan profesional dan bukan profesional serta berpendapatan sederhana.

Peserta kajian mempunyai purata markah D dan E iaitu berstatus gagal dalam matapelajaran

Matematik dan mempunyai pemahaman yang rendah bagi penukaran unit topik pengukuran

Panjang.

TINDAKAN

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan Mc

Taggart (1988) kerana model Kemmis dan Mc Taggart merupakan antara model yang paling

ringkas yang mempunyai empat peringkat dalam pelaksanaannya iaitu mereflek (reflect),

merancang (plan), bertindak (action) dan memerhati (observe). Selain itu, pendekatan model

ini dipilih untuk digunakan dalam penyelidikan kerana asas pemeringkatan empat fasa yang

dicadangkan dalam model ini sesuai dengan konteks dan struktur pengajaran reflektif yang

dijalankan (Noraini & Shuki, 2009).

Page 4: Congkak Converter

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

34

RAJAH 1 : Lingkaran Penyelidikan Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart

(1988)

Proses kajian tindakan pengkaji bermula apabila menjalankan refleksi ke atas ketidakupayaan

8 orang murid di kelas 4 Al-Ghazali untuk menjawab soalan penukaran panjang yang

melibatkan mm, cm dan m. Maka, pengkaji telah bertindak untuk mencari bahan di

perpustakaan sebagai satu pelan pengajaran yang sesuai untuk mengatasi masalah yang

dihadapi murid-murid berkenaan. Seterusnya pengkaji telah melaksanakan pelan yang

dihasilkan dan dalam proses pelaksanaan ini, pengkaji perlu memerhati kemajuan pada

murid-murid mengenai tindakan yang dijalankan ini. Keseluruhan perlaksanaan itu disifatkan

sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka bolehlah

pengkaji memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu

diselesaikan. Oleh itu, pengkaji amat berharap CC ini dapat meningkatkan kefahaman murid-

murid Tahun 4 Al-Ghazali dalam menyelesaikan soalan penukaran unit panjang yang

melibatkan mm, cm dan m.

Berdasarkan keputusan Ujian Pra, pengkaji telah menganalisis kelemahan murid-murid

dalam menjawab soalan yang melibatkan pengumpulan tersebut. Menurut Cresswell (2005),

etika semasa penyelidikan haruslah dititik berat agar penyelidikan dapat dilaksanakan dengan

sempurna. Oleh itu, pengkaji akan menjalankan beberapa langkah dalam memperkenalkan

kaedah CC . Antara langkah-langkah yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

Page 5: Congkak Converter

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

35

Memperkenalkan konsep penukaran unit panjang dengan menggunakan carta

penukaran panjang.

Sebelum pengkaji memperkenalkan CC, pengkaji akan mengajar murid-murid dengan

menggunakan carta penukaran panjang. Pengkaji akan menggunakan carta penukaran

panjang supaya murid dapat menguasai konsep asas mengenai perkaitan hubungan unit

penukaran panjang. Pada masa ini, pengkaji telah menekankan kepada murid bahawa setiap

kali gelungan anak panah perlu didarab atau dibahagi dengan 10 dan 100. Contohnya, dari

mm kepada cm, murid-murid perlu melakukan operasi bahagi dengan 10 kerana 1 cm adalah

bersamaan dengan 10 mm. Sama juga jika dari unit Panjang yang besar kepada unit yang

kecil, dari meter kepada cm, mereka perlu mendarab dengan angka 100 kerana 1 m adalah

bersamaan dengan 100 cm. Disini pengkaji telah menekankan mengenai nilai tempat sesuatu

nombor kerana jika sesuatu unit panjang dalam perpuluhan, murid-murid perlu mengalihkan

titik perpuluhan tersebut. Jika tiada titik perpuluhan, mereka perlu meletakkannya dibelakang

nilai tempat iaitu pada rumah sa. Contoh carta penukaran panjang adalah seperti didalam

rajah di bawah.

÷ 10 ÷ 100

milimeter centimeter meter

× 10 × 100

Dari nilai kecil ke nilai besar (÷)

Dari nilai besar ke nilai kecil (x)

RAJAH 2 : Carta Penukaran Pecahan

Di sini, pengkaji telah menggalakkan murid untuk menganalisis konsep nilai tempat itu

sendiri. Dengan menerangkan konsep ini ke bahagian-bahagian kecil, murid belajar untuk

mengetahui ‘kenapa’ sesuatu langkah atau algorithma itu dilakukan dan tidak hanya

mengetahui ‘bagaimana’ jawapan diperolehi. Kefahaman jenis inilah yang disebut sebagai

‘relational understanding’ (Skemp, 1987), atau ‘conceptual understanding’ (Resnick & Ford,

1981; Hiebert, 1992; Desforges & Cockburn, 1987) atau ‘perceptual interpretation’ (Cooney,

1992).

Menurut Anderson (1957) dalam kajian Clements (1999), “Students who use manipulative in

their mathematics classes usually out perform those who do not although the benefits maybe

slight. ” . Beliau menyatakan bahawa murid-murid yang menggunakan bahan konkrit dalam

pembelajaran matematik selalunya akan lebih cemerlang berbanding kelas lain walaupun

kebaikannya hanya sedikit sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa pentingnya penggunaaan

Page 6: Congkak Converter

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

36

bahan konkrit kepada kanak-kanak sebelum menerima konsep yang lebih abstrak. Kenyataan

ini juga disokong dengan kenyataan dalam buku Introduction to Early Childhood Education

yang menyatakan bahawa untuk mengajar matematik kepada kanak-kanak hendaklah

berdasarkan ‘hands-on’ di mana murid dapat melihat sendiri secara konkrit perkara yang

hendak mereka pelajari sebelum diperkenalkan ke bentuk abstrak.

Kenyataan di atas juga disokong dengan kajian Piaget (dalam Mok Soon Sang), beliau

mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat

peringkat iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), pra-operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-

11tahun) dan operasi formal (11 tahun ke dewasa). Maka, sekiranya pengkaji mengajar murid

Tahun 4, memang sewajarnya pengkaji menggunakan bahan konkrit sebelum

memperkenalkan operasi formal atau konsep yang abstrak kepada murid-murid.

Mengingatkan konsep “Prefix” dengan akronim yang sesuai.

Untuk memperkukuh pemahaman peserta kajian berkenaan penukaran unit panjang, pengkaji

akan memperkenalkan murid-murid dengan akronim mengikut susunan menurun dalam unit-

unit prefix tersebut.

UNIT PREFIX AKRONIM

Kilo(k) Kalau

Hekto (h) Habis

Deka(da) Duit

UNIT (meter) Maka

Desi(d) “dok”

Centi(c) cukup

Mili(m) makan

JADUAL 4 : Unit Sistem Metrik

Menurut Howard Gardner (1953), sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan yang

digunakan di dalam sesuatu pengajaran, hanya murid tertentu sahaja yang boleh

mendapatkan pengajaran yang disampaikan. Hal ini disebabkan murid mempunyai kebolehan

menaakul dan menganggap dalam keadaan yang berbeza. Oleh itu, pendekatan yang

berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan ini akan memudahkan penerimaan murid

terhadap sesuatu perkara di samping boleh membentuk sikap dan peribadi murid yang

berfikir secara kreatif dan inovatif. Terciptanya akronim Matematik ini adalah bertujuan

untuk membantu murid menghafal, mengingati dan memahami prosedur untuk pengiraan

yang melibatkan penukaran nilai tempat. Penggunaan akronim dalam kelas akan menjadikan

suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan cara yang lebih mudah,

berkesan dan efektif. Di samping itu, murid-muria akan belajar Matematik dengan riang dan

seronok bahkan tidak berasa bosan kerana ada caranya untuk memamhami konsep

Matematik dengan lebih mudah.

Page 7: Congkak Converter

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

37

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam menyatakan hubungan diantara cm

dan mm serta m.

RAJAH 3 : Analisis perbandingan Min markah Ujian Pra dan Pos

Rajah 3 menunjukkan perbandingan peratusan min markah bagi kelapan-lapan peserta kajian

dalam ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan. Ujian pra telah mencatatkan min markah

sebanyak 18.75% manakala min markah untuk ujian pos ialah 77.5%. Hal ini menunjukkan

bahawa min markah ujian pos telah mencatatkan peningkatan sebanyak 58.75%. Secara

keseluruhannya, peralihan pencapaian dari Gred E kepada Gred B. Peningkatan yang

berkonsisten ini telah membuktikan bahawa CC dapat membantu murid dalam meningkatkan

kemahiran penguasaan penukaran unit topik Pengukuran Panjang dalam sisitem Metrik.

18.75%

77.50%

0.00%

10.00%

20.00%

30.00%

40.00%

50.00%

60.00%

70.00%

80.00%

90.00%

100.00%

Ujian Pra Ujian Pos

Min Markah

Min Markah

Page 8: Congkak Converter

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

38

Menentukan keberkesanan “CC” dalam meningkatkan penguasaan kemahiran yang

melibatkan penukaran unit mm, cm dan m.

RAJAH 4 : Carta Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

Merujuk pada rajah 4 ,pengkaji telah menginterpretasikan hasil dapatan daripada ujian pra

dan ujian pos kepada bentuk rajah carta bar menegak supaya pengkaji dapat melihat

keputusan tersebut dalam pola sama ada keputusan tersebut terdapat peningkatan, penurunan

atau tidak berubah. Rajah 4 menunjukkan pola daripada dapatan bagi ujian Pra dan Pos

adalah semakin meningkat. Berdasarkan graf yang ditunjukkan , pengkaji mendapati bahawa

perbezaan yang jelas dapat dilihat antara markah ujian pra dan ujian pos bagi kesemua

responden. Pada ujian Pra, responden 1 dan 7 mendapat markah yang paling rendah iaitu 0%

manakala responden ketiga dan kelima mendapat markah tertinggi iaitu 90% dan

mencatatkan peningkatan yang sama sebanyak 60%. Begitu juga responden 2,4 dan 6

menunjukkan markah pada ujian pra sebanyak 30% dan setelah sesi intervensi dilakukan,

mereka mendapat 80% pada ujian pos iaitu peningkatan sebanyak 60% juga. Berdasarkan

dapatan kajian yang diperoleh, pengkaji menunjukkan bahawa responden 2,3,4,5,6 dan 8

mempunyai sedikit pengetahuan sedia ada dimana boleh menjawab dengan betul beberapa

soalan berbanding dengan peserta kajian 1 dan 7 yang tidak mengetahui langsung untuk

menjawab ujian pra yang telah dijalankan.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Persoalan Kajian 1 : Apakah tahap penguasaan murid dalam operasi penukaran unit

yang melibatkan m, cm dan mm?

Pengkaji telah menggunakan instrumen analisis dokumen. Dapatan yang diperolehi melalui

persoalan pertama adalah boleh dikatakan semua sampel menghadapi masalah dalam

membuat penukaran unit sebelum intervensi dilaksanakan seperti tidak mengingati formula

untuk menukar unit, tidak dapat membezakan unit yang terbesar dan terkecil dan tidak faham

konsep topik pengukuran Panjang. Rata-rata reponden berhadapan dengan masalah untuk

menghafal dan mengingati formula dalam membuat penukaran unit. Menurut Azri Aziz

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Ujian Pra

Ujian Pos

Page 9: Congkak Converter

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

39

(1994), tahap pemahaman seseorang amatlah dipengaruhi oleh kemampuan untuk mengingat

fakta-fakta yang dipelajari. CC dapat membantu responden untuk mnyelesaikan soalan

penukaran unit dalam sistem Metrik. Hal ini selari dengan Hatfield, Fiedler,Sowell (1989)

yang menunjukaan bahawa alat bantu mengajar yang sesuai menjadikan pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih berkesan. Tahap penguasaan murid dalam operasi penukaran

unit yang melibatkan m, cm dan mm dapat dipertingkatkan.

Persoalan Kajian 2 : Adakah penggunaan “CC” dapat meningkatkan penguasaan

kemahiran yang melibatkan penukaran unit m, cm dan m?

Dapat disimpulkan daripada perbandingan markah ujian Pra dan ujian Pos yang telah

dijalankan terhadap responden kajian menunjukkan bahawa pencapaian responden meningkat

semasa ujian pos. Hal ini demikian kerana, mereka lebih mahir dalam topik penukaran unit

dalam Sistem Metrik apabila diajar menggunakan CC berbanding dengan sebelumnya ketika

kaedah konvensional digunakan. Hasil kajian ini, menunjukkan reaksi positif apabila

kesemua responden telah menguasai kemahiran penukaran unit yang melibatkan penukaran

unit m,cm dan mm. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa kesemua responden dapat

menjawab soalan semasa ujian pos dengan jumlah peningkatan yang ketara. Hasil dapatan ini

membuktikan kepada pengkaji tentang keberkesanan penggunaan CC dalam meningkatkan

penguasaan kemahiran penukaran unit.

Page 10: Congkak Converter

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

40

RUJUKAN

Azizah Mohaman dan Shaharom Noordin. (1999). Tahap penguasaan kemahiran

saintifik pelajar tingkatan empat daerah kulai. Buletin Persatuan Pendidikan

Sains dan Matematik Johor. 9(1) ; 28-36

Azri Aziz. (1994). Teknik Ingatan unutk pelajar. Kuala Lumpur. Quantum Learning.

Bahagian perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Guru Sebai

Penyelidik, PTS Profesional Sdn. Bhd. Selangor.

Ee Ah Meng.(1997). Amalan Dalam Bilik Darjah.Kuala Lumpur: Syarikat Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Hartfield M.. (1989) Matehmatics method for the elementery and middle school, A

comprehensive approach.Boston.Allyn and Bacon

International Bureau of Weights and Measures.(2006). The International System of

Units (SI).(8th ed.), ISBN 92-822-2213-6.

Kamus Dewan Edisi Baru (2003). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian

Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur

Kemmis,S. & Mc taggart, R. (1988), The Action Research Planner, Geolong,

Victoria.

Yazid Abdul Manap (2001). “Memartabatkan Profesion keguruan Tanggungjawab

Bersama” dalan bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm 15-33.