contoh-contoh karangan sekolah rendah_ berita- kempen mengindahkan kawasan sekolah
DESCRIPTION
karangan berita - kempenTRANSCRIPT
-
4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Berita
data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B% 1/1
Berita: Kempen Mengindahkan Kawasan SekolahSekolah kamu telah menganjurkan Kempen Mengindahkan Kawasan Sekolah. Tuliskan berita tentang
kempen tersebut.
** ** ** ** **
TEMERLOH, 14 JULAI - Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan Kempen Mengindahkan
Kawasan Sekolah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan sekolah sentiasa
cantik, menarik dan indah. Guru Besar iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh menyatakan bahawa
kempen ini merupakan aktiviti tahunan sekolah. Kempen ini melibatkan semua warga dan masyarakat
setempat.
Kempen itu dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi dengan aktiviti gotong-royong membersihkan
persekitaran sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan semasa gotong-royong ini ialah menanam pokok-
pokok bunga, membina taman sains, membersihkan longkang-longkang dan menebas semak-samun. Para
ibu bapa diminta membawa sendiri peralatan yang bersesuaian seperti cangkul, parang, dan sabit untuk
aktiviti tersebut.
Murid-murid dan guru-guru pula diminta membawa sebatang pokok bunga setiap seorang untuk ditanam di
perkarangan sekolah. Kaum ibu turut membantu mereka membaja dan menyiram pokok-pokok bunga yang
telah ditanam.
Selain itu sebuah taman sains telah berjaya diwujudkan melalui kempen ini. Selain ditanam dengan
pelbagai jenis pokok herba dan sayur-sayuran, di tengah-tengahnya juga dibuat sebuah kolam untuk
memelihara pelbagai jenis haiwan seperti ikan dan kura-kura.
Hampir 100 orang ibu bapa yang menyertai kempen ini. Sebelum kempen ini berakhir, satu jamuan makan
tengah hari telah diadakan di kantin sekolah. Pihak sekolah berasa bangga atas kerjasama yang
ditunjukkan oleh masyaarakat setempat dan warga sekolah. Mereka mengharapkan Sekolah Kebangsaan
Seri Tualang sentiasa bersih, cantik, dan ceria.