contoh-contoh karangan sekolah rendah_ perbincangan- kebaikan dan keburukan menonton televisyen

1
Perbincangan: Kebaikan dan keburukan menonton televisyen Televisyen merupakan alat ciptaan manusia hasil daripada perkembangan sains dan teknologi. Alat perhubungan ini amat popular pada masa kini. Menonton televisyen mempunyai banyak kelebihan kerana televisyen menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Melaluinya, kita dapat mengetahui cara dan gaya hidup masyarakat lain. Selain itu, terdapat juga rancangan-rancangan bercorak pendidikan yang disiarkan misalnya rencana. Kita akan memperolehi ilmu yang berfaedah daripada siri tersebut. Namun begitu, menonton televisyen juga boleh melalaikan dan membuang masa jika kita menonton tanpa kawalan. Sebagai pelajar, ini sudah tentu merugikan kita dalam pelajaran. Kesimpulannya, kita boleh menonton televisyen tetapi mesti mengetahui batas-batasnya kerana televisyen mempunyai kebaikan dan keburukan.

Upload: cathlyn-li

Post on 02-Oct-2015

118 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

perbincangan - kebaikan dan keburukan televisyen

TRANSCRIPT

  • 4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Perbincangan

    data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B% 1/1

    Perbincangan: Kebaikan dan keburukanmenonton televisyen

    Televisyen merupakan alat ciptaan manusia hasil daripada

    perkembangan sains dan teknologi. Alat perhubungan ini amat

    popular pada masa kini.

    Menonton televisyen mempunyai banyak kelebihan kerana

    televisyen menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh

    dunia. Melaluinya, kita dapat mengetahui cara dan gaya hidup

    masyarakat lain.

    Selain itu, terdapat juga rancangan-rancangan bercorak pendidikan yang disiarkan misalnya rencana. Kita

    akan memperolehi ilmu yang berfaedah daripada siri tersebut.

    Namun begitu, menonton televisyen juga boleh melalaikan dan membuang masa jika kita menonton tanpa

    kawalan. Sebagai pelajar, ini sudah tentu merugikan kita dalam pelajaran.

    Kesimpulannya, kita boleh menonton televisyen tetapi mesti mengetahui batas-batasnya kerana televisyen

    mempunyai kebaikan dan keburukan.