contoh format report yang betul
TRANSCRIPT
asadi
1. Pengenalan
A) Latar Belakang Syarikat
Sejak Desember 1980, syarikat jooi bersaudara sdn. bhd. (JBI) pembuat jenama asadi
telah bertukar membuat kasut bola dengan menggunakan PVC menjadikan kasut PVC di
malaysia pada masa itu. Pada mulanya lokasi kami di 7 tempat di malaysia,
mengeluarkan produk sebanyak 12,000 pasang kasut dalam masa satu hari.
Baru-baru ini syarikat asadi telah menukar strategi komunikasi untuk mengiklankan
produk asadi ini di stesen radio tempatan untuk memberitahu produk baru mereka. Cara
ini adalah salah satu cara terbaik bagi mreka memulakan perniagaan disamping menjual
produk-produk mereka. Dalam pada itu syarikat asadi telah bertungkus lumus dalam
menyediakan produk yang terbaik sebelum mereka mengeluarkan sesuatu produk
tersebut. Ini kerana, produk perlu ada pilihan yang paling terbaik dalam mengeluarkan
produk yang sebenar. Mereka juga menggunakn jenama-jenama terkenal dunia untuk
menjadikan rujukan dalam membuat produk mereka.
Illustrasi 1 : syarikat Jooi bersaudara
1 | a s a d i
asadi
Produk
Dengan pengalaman yang kami ada dan mmpunyai pengeluar yang disahkan ISO
9002, syarikat asadi menawarkan kepada pengguna produk yang terbaik dan harga yang
berpatutan. Keseluruhan proses produk yang dilaksanakan daripada reka bentuk hingga
siap produk tersebut dibawah strict QC. Syarikat asadi ingin menunjukkan kepada
pengguna kelainan produk mereka dan mereka juga mengedarkan produk mereka selaju
yang mungkin di seluruh malaysia.
Illustrasi1 : Asadi massage
Illustrasi 2 : Asadi ultralite
Illustrasi 3 : Asadi kids
2 | a s a d i
asadi
Alamat
Syarikat Perusahaan Jooi Bersaudara Sdn Bhd
1510, Mk 11, JalanKebun Nanas, Bukit Tengah,
14000 Bukit Mertajam, Seberang Prai,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : 604 - 507 2086
Fax : 6045072086
e-mail : [email protected]
laman web: www.asadi.com
3 | a s a d i
asadi
B) Aktiviti Yang Dijalankan
Jenis produk : asadi ultralite, asadi massage, asadikids, asadi active
Jenis pasaran : produk sandle, (untuk semua golongan)
Kawasan pasaran : pusat membeli belah, kedai-kedai kasut kecil
4 | a s a d i
asadi
C) Analisa Permasaalahan (swot)
Kekuatan:-
Produk asadi adalah produk yang sesuai untuk semua golongan tidak kira kecil
ataupun yang dewasa, ini kerana produk ini mempunyai pelbagai pilihan yang
telah disediakan. Produk asadi terbahagi kepada empat produk iaitu asadi kids,
asadi ulralite, asadi active dan asadi massage. Setiap produk asadi mempunyai
kelebihan-kelebihan yang tersendiri, asadi kids adalah produk yang direka khas
untuk kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang menarik dan selesa untuk di pakai.
Asadi ultralite pula diperbuat daripada EVA (injection mold technology)
digunakan untuk tahan tiga kali ganda dan selesa apabila dipakai.asadi massage
adalah produk yang menjaga struktur kaki anda supaya selesa apabila digunakan
walaupun berjalan jauh. Asadi active pula mempunyai fungsi untuk penggemar
sukan, menggunakan sistem EVA juga dan produk ini lebih cenderung kepada
tempat-tempat yang lasak dan reka bentuk yang mnggabungkan unsur tahan
lasak dan selesa.
5 | a s a d i
asadi
Kelemahan:-
Kelemahan dalam rekaan produk asadi adalah seperti kurangnya promosi,
rekaan yang terhad, kos yang sederhana dan bnyak lagi. Syarikat asadi tidak
mempunyai kos yang tinggi bagi mengiklankan produk mereka lebih luas.
Pengiklanan produk asadi terhad kepada radio pamplet dan di kedai-kedai kasut
tumpangan, hal ini disebabkan syarikat asadi sukar untuk menarik perhatian
pengguna dalam menggunakan produk asadi ini. Kurangnya promosi
menyebabkan pengguna kurang mengetahui maklumat tentang produk ini dan
akhirnya asadi terus tenggelam dan ditenggelami zaman yang kian maju. Antara
kelemahan lain ialah seperti produk mereka, produk asadi dikeluarkan terhad
sahaja dan tidak mempunyai pilihan yang banyak untuk menarik minat pengguna,
oleh yang demikian, pengguna terpaksa beralih kepada produk lain bagi
memenuhi citarasa mereka.
6 | a s a d i
asadi
Peluang:-
Peluang yang ada pada asadi adalah seperti harga dan kos pembuatan, asadi
adalah salah satu produk yang dikeluarkan didalam malaysia, kos penghasilan dan
kos bahan mentah yang digunakan mungkin menjimatkan dan setiap produk yang
dikeluarkan mestilah mempunyai harga yang berpatutan di malaysia
khususnya.harga produk bergantung kepada kepada kos bahan mentah yang
digunakan. Oleh itu, jika kos pembuatan yang menghasilkan produk rendah,
harga setiap produk yang dikelurkan berpatutan dan semua golongan di malaysia
mampu untuk mendapatkannya. Asadi juga sudah dikenali dan popular di
malaysia dengan produknya sejak 1980 lagi. Oleh itu, peluang untuk diterima oleh
masyarakat malaysia begitu tinggi dan nilai produknya yang murah dan semakin
cantik adalah faktor utama yang boleh menjadikan produk asadi boleh terkenal
dan setaraf dengan produk kasut yang lain.
7 | a s a d i
asadi
Persaingan:-
Didalam persaingan, produk asadi mempunyai persaingan yang paling besar
kerana, syarikat besar dan popular seperti NIKE, PUMA DIADORA, dan sebagainya
adalah syarikat yang paling popular dan diminati khususnya dalam sukan. Dalam
permasaalahan ini asadi perlu menaik tarafkan produk untuk menyaingi dan
setaraf dengan syarikat kasut dan sandal besar seperti ini. Produk kasut besar
seperti nike ini dikeluarkan sejak 1972 mempunyai pelbagai jenis rekaan yang
mereka telah gubah dan pasarkan, mereka juga telah lama dalam industri
pembuatan produk seperti ini, oleh itu asadi tidak boleh mencapai tahap yang
sama dengan mereka jika tiada pembaikan dalam setiap produk yang dikeluarkan.
Jenis produk juga mempunyai peranan tersendiri dalam membuat iklan dan
menarik perhatian pengguna. Seperti syarikat besar, mereka mempunyai kos
yang besar untuk mengiklankan barangan mereka menerusi segala jenis media,
asadi pula tidak mampu untuk membuat sebegitu rupa kerana masalah daripada
kos yang dikeluarkan untuk membuat sesuatu iklan adalah sangat tinggi, asadi
mempunyai kos yang sangat rendah untuk mengiklankan produk mereka dan
mengiklankan menerusi radio dan majalah sahaja pada mulanya.
8 | a s a d i
asadi
Illustrasi 4 : produk nike
Illustrasi 5 : produk puma
9 | a s a d i
asadi
Illustrasi 6 : produk diadora
10 | a s a d i
asadi
2) Reka Bentuk Asal
Illustration 7: logo asal asadi
Diatas adalah logo asal asadi, logo ini mempunyai empat warna kesemuanya tidak
termasuk putih, iaitu biru muda,biru laut, biru tua, dan kelabu, penggunaan warna dalam
logo ini fokus kepada warna biru sahaja. Warna yang digunakan adalah warna yang sama
dan tidak menarik. Ini kerana warna biru adalah warna yang suram dan warna ini juga agak
sukar untuk menarik perhatian orang ramai kerana disebabkan penggunaan warna yang
suram. Penggunaan jenis huruf yang sesuai adalah penting dan menampakkan ciri-ciri yang
ada pada produk yang ada didalam asadi tersebut. Hal ini kerana, kemungkinan dalam
penghasilan logo yang tidak menarik menyebabkan kasut asadi tidak begitu popular dan
para pengguna tidak fokus kepada produk sebegini. Penggunaan jenis huruf yang terlalu
biasa juga tidak dapat menarik minat para pengguna kerana penggunaan yang diibaratkan
tidak serius dalam pembuatan logo tersebut, bentuk yang digunakan adalah sangat suram
dan menggunakan warna yang kabur seolah-olah bentuk yang direka itu nmpak tidak terlalu
pentin dalam setiap produk yang dikeluarkan, sedangkan bentuk tersebut digunakan pada
setiap produk yang dikeluarkan oleh asadi. Asadi perlu meletakkan fokus utama di hadapan
kerana bentuk yang direka itu akan menjadi gaya tersendiri mereka. Syarikat seperti nike,
11 | a s a d i
asadi
lebih fokus kepada bentuk daripada tulisan nike tersebut, hal ini kerana mereka ingin
memberikan petunjuk kepada pengguna bahawa bentuk mereka cipta itulah adalah tanda
bagi logo nike.
12 | a s a d i
asadi
3) reka bentuk baru
Illustration 8: logo asadi baru
Diatas adalah logo terbaru yang direka untuk produk asadi, ide asal logo ini daripada
gelang getah yang dilentur dan digabung tiga, idea ini digunakan kerana salah satu bahan
yang digunakan dalam setiap pembuatan kasut ialah getah. Getah adalah penting bagi setiap
produk kasut digunakan sebagai bahan yang menyerap hentakan dan mengelakkan daripada
licin ketika menggunakannya. Daripada idea itulah logo asadi baru direka. Gabungan tiga
warna iaitu hitam, merah jambu, dan oren adalah mempunyai maksud dan menunjukkan
imej kepada produk asadi ini. Hitam menunjukkan kualiti dalam produk, manakala merah
jambu dan oren adalah gabungan daripada warna panas menunjukkan produk asadi akan
membuatkan pengguna lebih bergaya dan berkeyakinan. Didalam logo asadi baru ini, jenis
tulisan yang digunakan adalah jenis tulisan zygo, penggunaan font ini adalah untuk
menunjukkan produk asadi baru menggunakan ciri-ciri moden dan lebih diterima oleh
masyarakat kini yang mahukan kelainan pada setiap produk yang digunakan. Perkataan yang
ringkas dan senang difahami adalah subjek utama pada logo asadi baru ini. Didalam
13 | a s a d i
asadi
pembuatan logo ini mempunyai target pasaran yang tersendiri iaitu, untuk logo ini target
paling utama asadi adalah untuk golongan remaja.
14 | a s a d i
asadi
Kesimpulan:
Kesimpulan yang dapat dibuat disini adalah, nilai sesebuah produk adalah
bergantung kepada kualiti yang dijanjikan, logo yang digunakan, dan cara untuk
menyampaikan maklumat tentang produk tersebut. Logo dalam asadi ini harus
dipebaharui dan di reka mengikut pengedaran zaman dan menggunakan ciri2 yang
ade pada produk bagi menarik perhatian yang lebih tinggi daripada pengguna. Oleh
itu, produk asadi perlu menggunakan idea yang sesuai pada masa kini bagi menarik
perhatian para pengguna bagi mencapai taraf produk kasut antara bangsa.
Kesimpulan yang dapat dibuat juga dalam kajian ini ialah saya dapat
memperolehi banyak idea dan pengalaman untuk mencipta logo yang baru dan
mendapat pelbagai idea yang boleh diberikan untuk pengiklanan.
15 | a s a d i
asadi
Rujukan:
www.asadi.com
www.wikipedia.com
16 | a s a d i