contoh karangan.docx

17
Syarahan: Faedah Menabung Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah ‘Faedah Menabung’. Hadirin sekelian, Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang perbelanjaan seharian untuk di simpan di bank sebagai tabungan kita. Wang tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk pelbagai perkara yang penting pada masa hadapan. Hadirin sekelian, Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan. Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya. Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.

Upload: sharidah-shahrom

Post on 18-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Syarahan: Faedah MenabungYang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Faedah Menabung.Hadirin sekelian,Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang perbelanjaan seharian untuk di simpan di bank sebagai tabungan kita. Wang tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk pelbagai perkara yang penting pada masa hadapan.Hadirin sekelian,Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan. Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya. Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati. Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas sesuatu peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku idaman yang jarang-jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk membelinya. Hadiri yang dihormati sekelian,Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung akan lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah membuat perancangan awal menguruskan wang perbelanjaan mereka. Ini sudah pasti mengelakkan pembaziran kerana hanya berbelanja untuk perkara-perkara yang betul-betul perlu sahaja.

Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya, kita boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran yuran sekolah adik jika pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini akan mengeratkan tali persaudaraan kerana membantu mereka ketika dalam kesusahan.

Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai amalan hidup kerana banyak faedah yang boleh kita diperolehi daripada amalan ini.

Syarahan: Menghormati Guru Amalan MuliaYang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Menghormati guru amalan mulia.

Hadirin sekalian, Menghormati guru merupakan amalan mulia kerana mereka orang yang berjasa kepada kita semua. Gurulah yang mendidik kita sehingga kita pandai membaca, menulis dan mengira. Mereka telah mendidik kita tanpa mengenal erti penat dan lelah agar kita menjadi insan yang berguna. Mereka juga banyak memberi dorongan kepada kita agar terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran dan sebagainya. Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati selepas ibu bapa. Ini kerana hampir separuh masa seharian kita bersama mereka. Merekalah yang menjaga, memberi nasihat, tempat kita mengadu dan sebagainya sepanjang kita berada di sekolah. Guru juga banyak berkorban demi kejayaan kita. Antaranya mereka sanggup mengajar lebih masa atau hadir ke kelas tambahan untuk mengajar secara suka rela demi memastikan kita berjaya dalam pelajaran. Hadirin sekalian,Kita wajar menghomati guru bukan sekadar dengan ucapan sahaja malah haruslah dibuktikan antaranya dengan belajar bersungguh-sungguh. Apabila kita berjaya, guru pasti akan gembira. Doakanlah moga guru-guru kita dilimpahi segala kebaikan seperti dimurahkan rezeki dan sebagainya.

Sesungguhnya jasa mereka amat besar dan tidak terbalas. Oleh itu, kita harus mengingati jasa-jasa mereka dengan menghormati mereka seumur hidup agar kita terus mendapat keberkatan daripada Allah.Setakat ini sajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya menghormati guru-guru dengan seikhlas hati kerana kejayaan seseorang itu pastinya hasil daripada didikan para guru.

Sekian ,terima kasih.

Dalam peperiksaan, sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :A. PengenalanB. Isi-isi danC. Penutup

A. PengenalanSetiap karangan mestilah mempunyai perenggan pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.

Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada pemeriksa.

B. IsiIsi hendaklah mengikut kehendak soalan. Dalam UPSR, biasanya setiap karangan memerlukan empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait antara satu dengan lain.

Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Murid-murid digalakkan menulis satu isi, satu perenggan. Setiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.

Jaga isinya supaya tidak terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Mengapa pelajar cemerlang mendapat banyak isi ? Ini kerana mereka banyak membaca. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.

Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya. Gunakan kata tanyaApa ( contoh : Apa program yang dijalankan ?)Siapa ( contoh, siapa yang merasmikan program itu ?)Bila ( contoh, bila program itu diadakan ?)Mengapa ( contoh, mengapa program itu diadakan?)Di mana ( contoh, di mana program itu berlangsung?)

C. PenutupPenutupnya adalah kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup boleh digambarkan pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Boleh masukkan perasaan atau harapan.Contoh, semua peserta berasa gembira dan berpuas hati dengan keadaan sekolah setelah tamatnya aktiviti gotong-royong itu. Kami berharap aktiviti seumpama ini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Juga boleh dimuatkan nilai-nilai yang sesuai. Contohnya, aku bersyukur kerana kawanku akhirnya selamat. Ibub bapanya mengucapkan terima kasih kepadaku kerana telah membantu anak mereka.Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.CONTOH KARANGAN PENGALAMAN UPSR

Tajuk 1: Pengalaman Mengikuti LawatanA. Pendahuluan- Bila pergi melawat- Siapa yang menganjurkan lawatan tersebut- Tujuan lawatan.- Berapa ramai murid yang mengikuti- Serta berapa orang guru pengiring

B. Isi-isi pentingISI 1. Sebelum bertolak- Pukul berapa.- Berhimpun di tapak perhimpunan.- Guru pengiring memberi taklimat .- Menaiki bas.- Beratur semasa menaiki bas.

ISI 2. Semasa berada di dalam bas- Berbual-bual- Menceritakan pengalaman masing-masing- Makan dan minum sarapan, kuih dan air

ISI 3. Setelah sampai- Waktu tiba- Siapa yang menyambut ketibaan- Pegawai bertugas memberi taklimat ringkas serta maklumat mengenai Taman Hidupan Liar

ISI 4. Aktiviti (apa yang di lihat dan di buat)- Melihat ..(pertunjukkan ,pameran, persembahan)- Mengambil gambar- Membeli cenderamata untuk diberi kepada ibu bapa

C. Penutup- Selepas makan tengah hari- Waktu pulang- Tiba di sekolah dijemput ibu bapa- Perasaan

Pengalaman Mengikuti Lawatan

Pada cuti sekolah yang lepas saya mengikuti lawatan sambil belajar ke Taman Hidupan Liar. Lawatan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Taman Jaya. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan haiwan-haiwan yang terdapat di dalam hutan. Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut

Sebelum bertolak, murid-murid beratur di tapak perhimpunan pada pukul 8.00 pagi. Guru pengiring memberi taklimat dan nasihat supaya menjaga disiplin semasa berada di kawasan taman. Selepas memberi taklimat, guru-guru pengiring membawa kami menaiki bas rombongan. Kami beratur semasa menaiki bas tersebut.Semasa berada di dalam bas kami berbual-bual dengan rakan-rakan. Ada juga rakan yang bercerita tentang pengalaman pernah ke Taman Hidupan Liar sebelum ini. Kami juga menikmati kuih-muih dan air kotak yang diberi semasa di dalam bas untuk mengalas perut.Kami tiba di Taman Hidupan Liar pada jam 9.00 pagi. Selepas turun dari bas, pegawai yang bertugas menyambut ketibaan kami. Beliau memberi taklimat ringkas serta maklumat tentang taman kepada kami.Selepas itu, kami diberi peluang untuk melihat dari dekat binatang yang ada di dalam taman. Kami juga sempat melihat pertunjukkan burung yang telah dilatih untuk menghiburkan hati kami. Ada juga murid yang mengambil peluang mengambil gambar dan membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada ibu bapa.Selepas menikmati makan tengah hari kami pulang pada jam 1.00 petang. Tiba di sekolah ibu bapa kami telah bersedia menjemput kami pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang ke rumah, saya bercerita pengalaman yang menyeronokkan kepada ibu. Walaupun agak letih, saya berasa sangat gembira.

Tajuk 2 : Pengalaman Berkelah Bersama Keluarga A. Pendahuluan- Bila ,siapa dan ke mana pergi- Dengan apa- Tujuan

B. Isi-isi pentingISI 1. Sebelum pergi- Persediaan- Bawa bekalan makanan- Bapa memeriksa kenderaan- Jam berapa bertolak

ISI 2. Semasa dalam perjalanan- Berbual-bual- Melihat pemandangan dari dalam kereta

ISI 3. Semasa tiba- Suasana tempat tersebut- Menurunkan barang- Cari tempat yang sesuai.

ISI 4. Aktiviti-aktiviti lain- Mandi- Membina istana pasir- Membeli cenderamata- Mengambil gambar

Penutup- Waktu pulang.- Perasaan- Waktu tiba di ruma

Pengalaman Berkelah Bersama Keluarga

Pada cuti persekolahan yang lalu kami sekeluarga pergi berkelah ke Pantai Pasir Tengkorak.. Kami ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah . Kami ke sana kerana ingin bercuti di samping ingin merapatkan hubungan keluarga. Sebelum pergi kami telah membuat persediaan yang rapi. Ibu menyiapkan bekalan makanan dan pakaian kami. Manakala ayah pula sibuk memeriksa kereta supaya dapat di bawa dengan selamat. Akhirnya kami sekeluarga mula bertolak pada jam 8.00 pagi.Semasa dalam perjalanan ke tempat perkelahan itu kami sekeluarga berbual-bual. Saya pula mengambil peluang mengambil gambar keindahan alam semulajadi dari dalam kereta. Ada juga ahli keluarga saya yang tertidur di dalam kereta.Kami tiba di Pantai Pasir Tengkorak pada jam 9.00 pagi. Suasana di tempat tersebut sangat meriah dengan ramai orang membawa keluarga masing-masing. Kami menolong ibu mengeluarkan barang-barang perkelahan. Ayah pula mencari tempat yang sesuai untuk membentang tikar. Selepas itu saya dan adik-adik menukar pakaian untuk mandi.Selain mandi saya dan adik juga membina istana pasir. Setelah penat bermain dan mandi manda kami sekeluarga menikmati bekalan makanan yang disiapkan oleh ibu. Setelah selesai makan, kami sempat mengambil gambar sebagai kenangan. Sebelum balik, kami juga sempat membeli cenderamata untuk dijadikan kenang-kenangan.Pada jam 6.00 petang kami mula bertolak pulang. Perasaan kami pada masa tersebut sangat gembira dan seronok. Akhirnya, kami tiba di rumah pada jam 7.00 malam.

Tajuk 3 : Perkhemahan Bersama Keluarga Pada minggu lepas, saya pergi berkhemah. Saya ke Air Terjum Kota Tinggi, Johor Darul Takzim bersama keluarga iaitu ayah, emak dan kakak. Kami bertolak dari rumah kira-kira pukul 11.00 pagi. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta Naza Ria yang baru ayah beli. Perjalanan kami ke tapak perkhemahan kira-kira 170 kilometer. Selepas tiga jam perjalanan, kami sampai di tapak perkhemahan kira-kira pada pukul 2.00 petang. Oh, indah sekali pemandangan di tapak perkhemahan! Udaranya pula sungguh nyaman. Saya dan keluarga berasa amat gembira kerana dapat berkelah bersama-sama. Setiap orang daripada kami sibuk menjalankan tugas masing-masing. Saya menolong ayah mendirikan khemah manakala kakak menolong emak menyediakan makanan tengah hari yang telah dimasak di rumah. Deruan air menghempas batu menyebabkan saya tidak sabar lagi untuk bermandi-manda. Alangkah sejuk airnya, sehingga menusuk ke tulang membuatkan saya menggigil kesejukan. Kami semua berasa amat gembira bagaikan itik mendapat air. Selepas solat Maghrib, kami pun menikmati makanan yang disediakan ibu dengan berselera sekali. Aktiviti lasak pada siang hari menjadikan kami begitu lapar hingga semua yang terhidang licin dalam sekelip mata. Sebelum tidur ayah menceritakan pengalaman suka duka berkhemah semasa kanak-kanak dahulu. Saya tidur mati oleh sebab keletihan. Keesokannya, selepas berkemas, kami pulang dengan perasaan gembira. Kami membawa bersama seribu kenangan manis.