contoh kerja kursus pbs pengajian am stpm
TRANSCRIPT
950403-11-5726
AKTIVITI PERMAINAN BOLA SEPAK MEMPENGARUHI INTEGRASI DALAM KALANGAN BELIA DI KAMPUNG JEKAPANG
SINOPSIS
Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti kewujudan semangat perpaduan dalam kalangan belia di Kampung Jelapang. Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian. Objektif kajian pertama untuk mengenal pasti faktor penglibatan belia dalam permainan bola sepak mempengaruhi integrasi di Kampung Jelapang. Objektif kedua untuk mengkaji kesan permainan bola sepak dalam mempengaruhi semangat integrasi dalam golongan belia di Kampung Jelapang. Kajian ini dijalankan di padang bola sepak Sekolah Kebangsaan Jelapang. Kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik dan rujukan. Data dikumpul melalui kajian soal selidik yang melibatkan 30 orang responden yang melibatkan pemain bola sepak di Kampung Jelapang. Responden dikehendaki menjawab satu set soal selidik yang berkaitan faktor penglibatan belia dalam permainan bola sepak mempengaruhi integrasi di Kampung Jelapang dan kesan permainan bola sepak mempengaruhi integrasi dalam golongan belia di Kampung Jelapang. Sebelum hasil dapatan awal, responden tidak menunjukkan semangat bekerjasama dan sikap tolong menolong semasa bermain bola sepak. Hasil dapatan akhir pula mendapati hubungan antara pemain bola sepak di Kampung Jelapang lebih rapat dan melahirkan sikap tolong menolong dalam diri mereka kerana mereka sanggup menolong rakan-rakan mereka yang terjatuh dan mengalami kecederaan semasa permainan bola sepak berlangsung. Sikap tolong-menolong ini dapat melahirkan semangat kerjasama dan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan belia di Kampung Jelapang. Secara kesimpulan kecil adalah, permainan bola sepak ini sangat penting untuk mewujudkan semangat integrasi. Ketua kampung perlu member galakan kepada penduduk Kampung Jelapang khususnya dalam kalangan belia untuk mewujudkan semangat integrasi dalam permainan bola sepak ini.
1
950403-11-5726
SENARAI ISI KANDUNGAN
Tajuk Halaman
Sinopsis 1
Senarai isi kandungan 2
Penghargaan 3
1.0 Pengenalan 4-5
2.0 Objektif kajian 6
3.0 Lokasi kajian
3.1 Peta 7-8
4.0 Kaedah kajian
4.1 Pemerhatian 10
4.2 Kaedah soal selidik 11
5.0 Dapatan kajian
5.1 Demograsi responden 12-13
5.2 Mengenal pasti faktor penglibatan kalangan belia dalam 14-17
permainan bola sepak mempengaruhi integrasi di Kampung
Jelapang.
5.3 Mengkaji kesan permainan bola sepak mempengaruhi 18-21
semangat perpaduan dalam golongan belia di Kampung Jelapang.
6.0 Rumusan dan Kesimpulan 22
Rujukan 23
Lampiran 24-29
2
950403-11-5726
PENGHARGAAN
Assalamulaikum w.b.t, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi ke atas limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am kertas 4 (900/4) penggal 2 tahun 2014 yang bertajuk “Aktiviti Permainan Bola Sepak Mempengaruhi Integrasi Dalam Kalangan Belia Di Kampung Jelapang” dalam masa yang telah ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu Puan Rosmani Binti Ismail yang merupakan guru Pengajian Am di sekolah.
Terlebih dahulu ingin saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Hajah Che Dayang Binti Che Sulaiman yang merupakan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok (Model Khas) kerana telah member keizinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan teratur.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Pengajian Am saya iaitu Puan Rosmani Binti Ismail kerana telah banyak meluangkan masa, memberikan tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu saya menyiapkan kajian ini, selain memberikan semangat kepada saya untuk menjalankan tugasan ini dengan sebaik-baiknya.
Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya iaitu Abdul Raof bin Mohamed serta Salmah binti Ghazali yang telah banyak berkorban untuk saya dari segi tenaga, dorongan serta dari segi kewangan untuk memastikan kerja kursus ini supaya berjalan dengan lancar.
Akhir sekali,di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini.
Semasa saya menjalankan kerja kursus Pengajian Am ini, saya telah menghadapi banyak kesukaran dan cabaran dalam menyiapkan kajian, akan tetapi dengan berkat kesabaran dan doa yang tidak putus ke hadrat Ilahi, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.
3
950403-11-5726
1.0 PENGENALAN
Bola sepak adalah olahraga menggunakan bola yang dimainkan oleh dua pasukan yang
masing-masing beranggoatakan 11 orang.Pada abad ke-12,olahraga ini telah dimainkan lebih
dari 250 juta orang di 200 negara yang menjadikannya olahraga paling popular di dunia.Bola
sepak dimainkan di padang permainan bola sepak dan diatas rumput atau rumput sintetis.
Syarat-syarat permainan bola sepak ialah hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan
menyentuh bola dengan menggunakan tangan di dalam wilayah golnya.Manakala,10 pemain lain
hanya di izin untuk menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan, biasanya dengan
kaki untuk menendang,dada untuk mengawal, dan kepala umtuk menanduk bola.Pasukan yang
menjaringkan gol lebih banyak pada akhir perlawanan maka pasukan tersebut dijadikan
pemenang.Jika sehingga masa terakhir masih seri,maka boleh dilakukan undian,pembaharuan
masa ataupun tendangan penalti.Ianya bergantung kepada format penganjuran kejohanan.
Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan penubuhan Persatuan Bola Sepak
Malaysia atau Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1920
dengan pimpinan Andrew Caldecott, gabenor Hong Kong 1935-1937. Sejak ketika itu,
permainan bola sepak semakin kerap digerakkan oleh FAM dan semakin banyak rakyat yang
gemar bermain bola sepak di dataran tempat Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia)
dianjurkan. Sebagai bentuk sokongan terhadap kebangkitan "Bola Sepak Kebangsaan", maka
Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya dibangun pada tahun 1993 sehingga 1998 dan dibuka pada
tahun 1998 sempena Sukan Komanwel 1998 yang rupa-rupanya memperhaibatkan dunia bola
sepak di Malaysia.Selepas Andrew Caldecott meninggal dunia pada 1951, dua puluh tahun
selepas itu, banyak pemain-pemain pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang mewakili
Malaysia dalam kejohanan antarabangsa.
Menurut Kamus Dewan, definisi golongan belia ialah golongan muda mudi. Seterus nya golongan belia juga membawa maksud golongan remaja yang umurnya dalam lingkungan 10 hingga 26 tahun. Golongan belia adalah golongan paling aktif bersenam ataupun melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh untuk menyihatkan badan.
4
950403-11-5726
Makna integrasi ialah perpaduan, kerjasama atau penyatuan. Dalam era globalisasi kini, integrasi menjadi semakin penting. Integrasi ini dapat dilihat dalam pelbagai situasi dan keadaan yang membolehkan sesuatu perkara dapat dintegrasikan. Dari segi seni, integrasi ialah suatu aktiviti yang memastikan bidang seni dalam sesuatu aktiviti mahupun kegiatan yang telah digabungkan dalam satu. Ini akan membuatkan satu integrasi dapat dilihat dan difahami dengan menyatupadukan sesuatu diantara satu sama lain untuk melahirkan keserasian.
Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan,
mengisi masa lapang ataupun bersenam. ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara
berkumpulan.Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat
bermain, ada yang menang dan ada yang kalah. Boleh juga seri. Permainan yang melibatkan
aktivit fizikal dan mental.
Setiap pemain haruslah menyemaikan semangat integrasi dalam diri supaya permainan
yang tersebut dapat dimainkan dengan penuh semangat.Maksud integrasi ialah perpaduan,
bekerjasama dan penyatuan. Dalam era globalisasi ini, integrasi menjadi semakin
penting.Integrasi ini dapat dilihat dalam pelbagai situasi dan keadaan yang membolehkan sesuatu
perkara itu dapat dintegrasikan. Manakala menurut Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
(2007), integrasi bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi
satu kesatuan, penyatuan.
Dengan adanya semangat integrasi,pemain tersebut dapat bermain dengan penuh
semangat dan masalah pergaduhan tidak berlaku semasa perlawanan berlangsung dan permainan
dapat dimainkan dengan penuh gembira. Melalui semangat integrasi kita akan dapat
mengeratkan hubungan sesama rakan menjadi lebih baik. Dengan adanya semangat integrasi
pemain juga dapat berkomunikasi dengan baik sesama pemain yang lain. Permainan juga dapat
berjalan dengan lebih berkesan.
Rasional yang dipilih adalah permainan bola sepak di Kampung Jelapang sentiasa
berlangsung pada setiap petang. Rasional ini dipilih kerana dapat memudahkan untuk membuat
pemerhatian dan soal selidik. Rasional ini memudahkan untuk membuat pemerhatian yang lebih
berkesan kerana permainan bola sepak sentiasa berlangsung pada setiap petang. Permainan bola
sepak dapat dimainkan dengan lebih selesa kerana waktu yang dimainkan tidak terlalu panas.
5
950403-11-5726
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenalpasti faktor penglibatan belia dalam permainan bola sepak mempengaruhi integrasi dalam golongan belia di Kampung Jelapang.
2. Mengkaji kesan permainan bola sepak mempengaruhi semangat perpaduan dalam golongan belia di Kampung Jelapang.
6
950403-11-5726
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 Peta
Peta 1: Peta Negeri Terengganu
Sumber:Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Negeri Terengganu
7
950403-11-5726
Peta 2: Peta Daerah Setiu Ke Kampung Jelapang
Sumber : Kajian Lapangan 2014
8
950403-11-5726
3.2 Lokasi kajian
Foto 1: Lokasi kajian yang dijalankan
Sumber : Kajian Lapangan 2014
Lokasi tersebut ialah tempat permainan bola sepak yang berlangsung setiap petang.
Lokasi kajian tersebut terletak di Kampung Jelapang. Kampung Jelapang berdekatan dengan
Kampung Bukit Layat dan Kampung Mat Jintan. Antara kemudahan yang terdapat di Kampung
Jelapang adalah masjid, jalan raya, balai raya, sekolah, telefon awam serta tasik. Manakala
pekerjaan penduduk pula, kebanyakannya merupakan penoreh getah serta petani. Selain itu juga,
kebanyakan pemain bola sepak tidak bekerja. Padang bola sepak tersebut dimainkan oleh
golongan belia. Tempat tersebut telah dijadikan lokasi kajian. Padang bola sepak tersebut
terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Jelapang. Jarak Sekolah Kebangsaan
Jelapang tersebut dari Kuala Terengganu ialah 44 km dan 19 km dari Bandar Permaisuri.
Padang bola sepak tersebut ialah milik Sekolah Kebangsaan Jelapang. Padang tersebut dijadikan
kajian kerana ia dapat memudahkan untuk membuat kajian. Selain itu, padang tersebut terletak
berdekatan dengan rumah. Dengan ini ia dapat membantu untuk memperoleh maklumat dengan
lebih mudah serta tidak menimbulkan masalah untuk menjalankan kajian ini.
Alamat sekolah : Sekolah Kebangsaan Jelapang, 21450, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu Darul Iman.
9
950403-11-5726
4.0 KAEDAH KAJIAN
Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini.Pelbagai kaedah ini digunakan untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat.Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatifdijalankan dengan membuat pemerhatian, rujukan serta fotografi bagi mendapatkan suasana yang sebenar berkaitan kajian itu.Selain itu, melalui kaedah kuantitatif iaitu dengan menyediakan borang soal selidik dapat mengumpul data serta menganalisis maklumat dengan lebih jelas dengan menggunakan kaedah gundalan dan peratusan bagi mengira bilangan responden yang disoal selidik.
4.1 Kaedah Pemerhatian :
Melalui kaedah pemerhatian yang telah dijalankan dengan menggunakan kamera untuk mengambil gambar sebagai bahan bukti umtuk menggambarkan persekitaran permainan bola sepak di Kampung Jelapang. Kaedah ini digunapakai bagi mendapatkan reaksi daripada pemain bola sepak di padang selama tiga hari berturut-turut.
Pada hari pertama, seawal jam 5.30 petang pada hari Khamis bertarikh 6 Februari 2014. Didapati beberapa orang golongan belia telah sampai di padang bola sepak yang terletak di atas bukit iaitu di Sekolah Kebangsaan Jelapang. Seramai 15 orang belia berada di padang sedang bersedia untuk bermain permainan bola sepak.
Pada hari kedua pula, iaitu pada jam 5.40 petang padahari Jumaat bertarikh 7 Februari 2014. Didapati bahawa golongan belia yang berada di tempat kejadian bertambah dari 15 orang kepada 30 orang. Hal ini didapati bahawa, golongan belia pada hujung minggu lebih ramai ke padang bola sepak. Ini kerana pada hujung mingu, golongan belia mempunyai masa lapang dan tidak mempunyai urusan lain untuk diuruskan kerana hari Jumaat merupakan hari hujung minggu. Selain ingin bersenam untuk menyihatkan tubuh badan dan menjaga kecergasan minda.
Pada hari Sabtu, iaitu pada hari ketiga, tepat jam 5.20 petang, bersamaan dengan 8 Februari 2014. Bilangan pengujung tetap sama iaitu seramai 30 orang. Dari segi pemerhatian, didapati bahawa golongan belia sangat akrab dan sering keluar bermain permainan bola sepak bersama-sama pada sebelah petang. Golongan belia juga didapati saling bertanyakan khabar diantara satu sama lain serta saling tolong-menolong ketik arakan sepasukan terjatuh ataupun terluka. Ini yang dikatakan semangat integrasi yang perlu dipupuk dalam golongan belia pada hari ini.
10
950403-11-5726
4.2 Kaedah Soal Selidik
Kaedah soal selidik dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Soalan dibentuk sebagai borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan dapat memenuhi objektif kajian. Borang itu hendaklah diedarkan secara rawak kepada 30 orang responden di kawasan kajian, iaitu di padang bola sepak Sekolah Kebangsaan Jelapang di Kampung Jelapang.
Sebanyak 30 borang soal selidik telah diedarkan berdasarkan dua objektif yang telah dilakukan. Kesemua soalan hendaklah ditandakan betul pada soalan yang berkenaan sahaja. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang responden yang mewakili pemain permainan bola sepak. Kesemua responden telah memberikan kerjasama yang baik dalam menyempurnakan urusan borang soal selidik.
BIL. PERKARA Sangat
setuju
(5)
Setuju
(4)
Tidak pasti
(3)
Kurang setuju
(2)
Sangat tidak setuju
(1)
Borang soal selidik ini dianalisa menggunakan bilangan dan peratus untuk memudahkan
proses kajian. Data yang diambil daripada jadual akan dipersembahkan dalam dapatan kajian
menggunakan jadual, min dan carta pai.
11
950403-11-5726
5.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden terhadap faktor penglibatan belia dalam permainan bola sepak mempengaruhi integrasi dan mengkaji kesan permainan bola sepak mempengaruhi semangat perpaduan dalam golongan belia di Kampung Jelapang. Dapatan kajian yang diperolehi melalui kajian ini adalah bilangan responden melalui persampelan responden yang terdiri daripada pemain bola sepak dalam golongan belia di Kampung Jelapang yang diambil secara rawak.Hal ini bertujuan bagi mendapatkan perbezaan pendapat responden yang berlainan peringkat umur yang bermain permainan bola sepak ini.
5.1 Demograsi Responden
Dapatan kajian yang diperolehi melalui kajian ini adalah bilangan responden melalui
persampelan responden yang terdiri golongan belia yang berumur diantara 10-15, 16-21 dan 22-
26 yang dipilih secara rawak.
Jadual di bawah menunjukan bilangan responden mengikut umur golongan belia yang bermain
permainan bola sepak.
Peringkat umur Bilangan responden (orang) Peratus (%)
10-15 tahun 7 23.3
16-21 tahun 7 23.3
22-26 tahun 16 53.4
Jumlah keseluruhan 30 100
Jadual 1: Umur responden
Sumber: Kajian Lapangan 2014
12
950403-11-5726
Rajah di bawah menunjukan peratus demografi responden mengikut umur.
Rajah 1: Peratus Demografi Responden Mengikut Umur
Sumber: Kajian Lapangan 2014
Peratusan bagi kajian tentang faktor penglibatan belia dalam permainan bola sepak
mempengaruhi integrasi di Kampung Jelapang mengikut skala likert sepertimana yang terdapat
pada borang soal selidik Daripada 30 orang responden yang telah di soal selidik, seramai 7
orang responden berumur antara 10-15 tahun bersamaan perempuan adalah seramai 17 orang
responden bersamaan 56%. Manakala seramai 7 orang responden juga yang berumur antara 16-
21 tahun bersamaan 23.3% seterusnya seramai 16 orang responden berumur antara 22-26 tahun
bersamaan 53.4%.
13
101-15 16-21 22-260
2
4
6
8
10
12
14
16
18
Peringkat Umur
Peringkat Umur
Pera
tus (
%)
PERATUS MENGIKUT UMUR RESPONDEN
950403-11-5726
5.2 Mengenal pasti faktor penglibatan kalangan belia dalam permainan bola sepak
mempengaruhi integrasi di Kampung Jelapang.
Bil Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju Min
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1
Adakah anda merupakan seorang peminat bola sepak? 15 50 10 33.33 3 10 2 6.67 0 0 4.27
2
Anda dan rakan-rakan sering bermain permainan bola sepak ini disebabkan oleh minat?
5 16.67 25 83.33 0 0 0 0 0 0 4.17
3
Adakah anda dan rakan-rakan menglibatkan diri dalam permainan bola sepak ini atas dorongan keluarga?
8 26.66 10 33.33 10 33.33 2 6.67 0 0 3.8
4
Adakah rakan-rakan mempengaruhi anda untuk menyertai permainan bola sepak?
5 16.67 15 50 10 33.33 0 0 0 0 3.83
5
Adakah anda bermain permainan bola sepak ini hanya untuk mengisi masa lapang bersama rakan-rakan?
620 20 66.67 4 13.33 0 0 0
0 4.06
6
Melalui aktiviti ini,adakah anda dan rakan-rakan merupakan pemain bola sepak mewakili kampung?
1033.33 15 50
516.67 0 0
0 0 4.17
7
Anda dan rakan-rakan bermain permainan bola sepak ini untuk menjaga kecergasan badan dan mengamalkan gaya hidup sihat?
10 33.33 10 33.33 7 23.33 3 10 0 03.9
14
950403-11-5726
Jadual 2: Mengenal pasti faktor penglibatan mempengaruhi integrasi
Sumber : Kajian lapangan 2014
Rajah di bawah menunjukan peratus faktor penglibatan kalangan belia dalam permainan bola
sepak mempengaruhi integrasi di Kampung Jelapang
4.27%
4.17%
4.17%
4.06%
3.80%
Faktor penglibatan kalangan belia dalam permainan bola sepak mempengaruhi in-
tegrasi di Kampung Jelapang
Merupakan peminat bola sepak
Bermain bola sepak disebabkan minat
Merupakan pemain bola sepak mewakili kampung
Mengisi masa lapang dengan kawan-kawan
Bermain bola sepak atas dorongan keluarga
Rajah 2 : Peratusan tentang faktor penglibatan kalangan belia dalam mempengaruhi integrasi di
Kampung Jelapang
Sumber : Kajian lapangan 2014
15
950403-11-5726
16
950403-11-5726
Berdasarkan jadual 2, bagi faktor pertama, faktor peminat bola sepak adalah seramai 15 orang
(50%) memilih sangat setuju dan seramai 10 orang (33.33% ) yang memilih setuju mengenai
faktor tersebut. Walau bagaimanapun, seramai 3 orang (10%) tidak pasti dengan soalan yang
dijawab dan seramai 2 orang (6.67%) kurang setuju. Tiada respondan yang memilih sangat tidak
setuju untuk soalan ini. Oleh itu, min kesemuanya ialah 4.27 yang menunjukkan kebanyakan
respondan sangat setuju pada faktor ini.
Faktor kedua adalah responden dan rakan-rakan merupakan peminat bola sepak. Seramai 5 orang
(16.67% ) memilih sangat setuju dan seramai 25 orang bersamaan 83.33% memilih setuju. Tiada
respondan yang memilih sangat tidak setuju dan sangat tidak setuju untuk soalan ini. Oleh itu,
min kesemuanya ialah 4.17 yang menunjukkan kebanyakan respondan setuju pada faktor ini.
Seterusnya, untuk faktor ketiga seramai 8 orang bersamaan dengan 26.66% sangat setuju dengan
penyataan faktor menglibatkan diri dalam permainan bola sepak ini atas dorongan keluarga. Bagi
soalan ini juga seramai 10 orang (33.33%) setuju. Bagi tidak setuju pula, seramai 2 orang
(6.67%) Manakala, tiada responden yang memilih sangat tidak setuju untuk soalan ini. Oleh itu,
min kesemuanya ialah 3.8 yang menunjukkan kebanyakan respondan setuju dan tidak pasti
pada faktor ini.
Bagi faktor keempat, iaitu melakukan aktiviti ini kerana dipengaruhi oleh rakan-rakan seramai 5
orang (16.67%) sangat setuju dengan pernyataan faktor dan seramai 15 orang (50%) setuju. 10
orang pula iaitu bersamaan dengan 33.33% tidak pasti. Manakala, tiada responden yang memilih
tidak setuju dan sangat tidak setuju Oleh itu, min bagi faktor ini adalah 3.83 hampir dengan skala
4 yang menunjukkan kebanyakan responden setuju dengan faktor ini.
17
950403-11-5726
Bagi faktor yang kelima pula, seramai 6 orang (20%) memilih sangat setuju menegenai faktor
mengisi masa lapang bersama rakan-rakan. Bagi soalan ini juga, seramai 20 orang (66.67%)
memilih setuju. Seramai 4 orang responden bersamaan 13.33% tidak pasti mengenai pernyataan
faktor ini. Manakala tiada respondan memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju. Bagi faktor
ini, min yang dikumpul adalah 4.06 hampir dengan skala 4 menyatakan bahawa kebanyakan
responden memilih setuju dengan faktor ini.
Bagi faktor keenam adalah responden dan rakan-rakan merupakan pemain bola sepak mewakili
kampung. Seramai 10 orang (33.33%) memilih sangat setuju, manakala seramai 15 orang (50%)
setuju. Selain itu seramai 5 orang (16.67) memilih tidak puas hati. Manakala tiada responden
memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju untuk penyataan ini. Seterusnya, bagi faktor ini, min
yang dikumpul adalah 4.17 yang menunjukkan bahawa kebanyakan responden setuju dengan
penyataan faktor ini.
Bagi faktor ketujuh iaitu faktor yang terakhir adalah responden serta rakan-rakan bermain
permainan bola sepak ini untuk menjaga kecergasan badan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Seramai 10 orang (33.33%) mewakili sangat setuju dan setuju. Selain itu seramai 7 orang
(23.33%) mewakili tidak pasti. Seramai 3 orang (10%) pula mewakili tidak setuju. Manakala
tiada responden memilih sangat tidak setuju bagi penyataan ini. Oleh itu, min bagi faktor ini
adalah 3.9 yang menunjukkan kebanyakan responden sangat setuju dan setuju dengan penyataan
faktor yang ketujuh ini.
18
950403-11-5726
5.3. Mengkaji kesan permainan bola sepak mempengaruhi semangat perpaduan dalam golongan belia di Kampung Jelapang
BIL SOALAN Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
Min
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1Anda dan rakan-
rakan sering bermain permainan
bola sepak?
11 36.67 11 36.67 8 26.67 0 0 0 0
4.1
2Melalui aktiviti permainan bola
sepak ini, adakah anda dan rakan-rakan mendapat
ramai rakan baru?
3.7611 36.67 6 20 8 26.67 5 16.67 0 0
3Melalui aktiviti bola sepak ini, anda dapat
mengenali rakan-rakan anda dengan
lebih dekat.
3.969 30 11 36.67 10 33.33 0 0 0 0
4Permainan bola
sepak dapat mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim antara
anda dan rakan-rakan anda.
6 20 15 50 9 30 0 0 0 0
3.9
5Melalui aktiviti permainan bola
sepak ini, anda dan rakan-rakan dapat
berkongsi pengalaman tentang
permainan bola sepak ini.
12 40 8 26.67 5 16.67 5 16.67 0 0
3.9
6Adakah anda dan rakan-rakan saling tolong-menolong diantara satu sama
lain?
11 36.67 9 30 10 33.33 0 0 0 0
4.0
7Anda dapat
menerapkan nilai
19
950403-11-5726
bekerjasama antara rakan sepasukan dalam permainan
bola sepak.
4.1615 50 5 16.67 10 33.33 0 0 0 0
Jadual 3: Mengkaji kesan permainan mempengaruhi semangat perpaduan
Sumber : Kajian lapangan 2014
Rajah di bawah menunjukan peratusan tentang kesan permainan bola sepak dalam
mempengaruhi semangat integrasi dalam golongan belia di Kampung Jelapang
4.16%
4.10%
4.00%
3.96%
3.76%
Kesan permainan bola sepak dalam mem-pengaruhi semangat integrasi dalam go-
longan belia di Kampung Jelapang
Dapat menerapkan nilai beker-jasama
Sering bermain bola sepak bersama-sama
Saling tolong-menolong diantara satu sama lain
Dapat mengenali rakan-rakan lebih dekat
Mendapat ramai rakan baru ketika bermain permainan bola sepak
Rajah 3 : Peratusan tentang kesan permainan bola sepak dalam mempengaruhi semangat
integrasi dalam golongan belia di Kampung Jelapang
Sumber : Kajian lapangan 2014
20
950403-11-5726
21
950403-11-5726
Berdasarkan jadual, kesan pertama adalah responden dan rakan-rakan sering bermain permainan bola sepak. Seramai 11 orang (36.67%) telah memilih sangat setuju dan setuju. Manakala, sebanyak 8 orang (26.67%) telah memilih tidak pasti. Manakala, tiada responden yang memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju. Oleh itu, min adalah 4.1 yang menunjukkan bahawa kebanyakan respondan sangat setuju dan setuju.
Kesan kedua adalah , responden dan rakan-rakan mendapat rakan baru. Seramai 11 orang
(36.67%) telah memilih sangat setuju dengan kesan ini. Bilangan bagi yang memilih setuju
adalah 6 orang iaitu sebanyak 20% . Manakala, 8 orang (26.67%) telah memilih tidak pasti dan
sebanyak 5 orang responden (16.67%) telah memilih tidak setuju. Tidak ada responden memilih
sangat tidak setuju. Skala min pula sebanyak 3.76 iaitu hampir dengan skala 4 menunjukkan
bahawa kebanyakan responden setuju.
Seterusnya, kesan yang ketiga adalah responden dapat mengenali rakan-rakan dengan lebih
dekat. Seramai 9 orang (30%) responden sangat setuju dan bilangan responden yang setuju
seramai 11 orang dimana bilangan yang paling tinggi dengan 36.67%. 10 orang responden
(33.33%) telah memilih tidak pasti dengan kesan yang dikaji. Manakala, tiada responden yang
memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju. Oleh itu, min adalah 3.96 iaitu hampir dengan skala
4 yang menunjukkan bahawa kebanyakan respondan adalah setuju.
Bagi kesan yang keempat pula adalah bola sepak dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
antara responden dan rakan-rakan. Seramai 6 orang (20%) telah memilih sangat setuju. Seramai
15 orang responden (50%) pula telah memilih setuju. Selain itu, seramai 9 orang iaitu dengan
30% telah memilih tidak pasti. Manakala, tiada responden yang dicatatkan memilih tidak setuju
dan sangat tidak setuju. Oleh itu, min adalah 3.9 iaitu hampir dengan skala 4 yang menunjukan
bahawa rata-rata responden setuju dengan kesan ini.
Kesan yang kelima pula adalah responden dan rakan-rakan dapat berkongsi pengalaman tentang
permainan bola sepak ini. Seramai 12 orang (40%) telah memilih sangat setuju. Selain itu,
seramai 8 orang iaitu (26.67%) telah memilih setuju. Seterusnya.seramai 5 orang (16.67%) telah
memilih tidak pasti dan tidak setuju. Manakala, tiada responden memilih sangat tidak setuju.
22
950403-11-5726
Oleh itu, min adalah sebanyak 3.9 yang menunjukkan kebanyakan responden memilih sangat
setuju untuk kesan yang kelima ini.
Bagi kesan yang keenam pula, kesan responden dan rakan-rakan saling tolong-menolong
diantara satu sama lain. Seramai 11 orang responden (36.67%) telah memilih sangat setuju.
Selain itu, seramai 9 orang (30%) memilih setuju. Bagi tidak pasti pula, seramai 10 orang
mempersetujui kesan ini dengan membawa peratusan sebanyak 33.33%. Manakala tiada
responden dicatatkan dalam kolum tidak setuju dan sangat tidak setuju. Olen itu, min bagi kesan
yang keenan ini adalah 4.0 yang menunjukkan rata-rata responden memilih sangat setuju.
Bagi kesan yang terakhir pula, iaitu responden dapat menerapkan nilai bekerjasama dalam
permainan bola sepak. Seramai 15 orang responden (50%) telah memilih sangat setuju. Selain
itu, seramai 5 orang ( 16.67%) telah setuju dengan kesan ini. Seterusnya, seramai 10 orang
responden (33.33% ) tidak pasti dengan penyataan kesan ini. Manakala , tiada responden bagi
tidak setuju dan sangat tidak setuju dicatatkan dalam kesan ini. Oleh demikian, min adalah 4.16
iaitu hampir dengan skala 4 yang menunjukkan bahawa kebanyakan responden adalah sangat
setuju dengan penyataan kesan ini.
23
950403-11-5726
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Secara umunnya, aktiviti permainan bola sepak ini ternyata mempengaruhi integrasi
dalam kalangan belia di Kampung Jelapang. Golongan belia di Kampung Jelapang akan keluar
bermain permainan bola sepak pada sebelah petang jika mempunyai masa lapang. Hal ini boleh
dibanggakan kerana golongan belia tidak menghabiskan masa dengan melakukan aktiiti yang
tidak mendatangkan faedah. Melalui kajian ini juga, didapati terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan penglibatan golongan belia bermain permainan bola sepak di Kampung Jelapang
dapat dikenalpasti. Selain itu, kesan permainan bola sepak terhadap golongan belia di Kampung
Jelapang juga dapat dikenalapsti. Dapatan kajian menunjukan bahawa kebanyakan pemain yang
bermain di Kampung Jelapang adalah daripada peringkat umur 22-26 tahun. Kebanyakannya
mereka selalu bermain bola pada setiap petang untuk mengisi masa lapang. Kajian ini dapat
mengenalpasti faktor penglibatan belia dalam golongan belia dalam permainan bola sepak serta
kesan permainan bola sepak dalam kalangan belia di Kampung Jelapang.
24
950403-11-5726
7.0 RUJUKAN
Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk kepada bahan-bahan dari internet dan kamus dewan
untuk mendapatkan maklumat tambahan. Antara bahan yang dirujuk ialah bahan dari internet,
kamus dan ensiklopedia untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang permainan bola
sepak. Segala bahan dicatat serta data diperoleh untuk mengukuhkan hujah.
1. Bahan internet Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
a) www.artikata.om/arti-330868-integrasi b) www.slideshare.net/suriatiroman/integrasi-nasional , September 4, 2012c) www.kickstory.net/integrasi d) www.kbs.gov.my , Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Maksud
Golongan Beliae) www.prpm.dbp.gov.my , Khidmat Nasihat, Pusat Rujukan Persuratan
Melayu@DBP, Maksud Golongan Belia
2. Kamus Dan EnsaiklopediaMaklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
a) Maksud Integrasi, Kamus Dewan Edisi Ketiga 1997, halaman 1244 – 45
b) Definisi Integrasi, Kamus Dewan Edisi Keempat,2007
f)
25
950403-11-5726
LAMPIRAN
Foto 1 : Keadaan Padang Bola Sepak di Kampung Jelapang
Sumber : Kajian Lapangan 2014
Foto 2 : Beberapa orang golongan belia bermain bola sepak
Sumber : Kajian Lapangan 2014
26
950403-11-5726
Foto 4 : Kelihatan para pemain sedang bermain bola sepak dengan bersungguh-sungguh
Sumber : Kajian Lapangan 2014
Foto 5 : Golongan belia bermain bola sepak di Kampung Jelapang
Sumber : Kajian Lapangan 2014
27
950403-11-5726
Foto 6 : Contoh pelan padang bola sepak
28
950403-11-5726
29
950403-11-5726
30
950403-11-5726
31