contoh laporan kerja amal 2

Upload: may-tan

Post on 04-Apr-2018

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Contoh Laporan Kerja Amal 2

    1/3

    Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan

    kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di

    muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran

    munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung

    sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan

    kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di

    lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan

    menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit

    sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam

    sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

    Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara

    yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia.

    Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.

    Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita

    mendapat bekalan oksigen secukupnya.

    Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita

    menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran

    kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan

    dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik.

    Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan

    aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas

    marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan

    meningkatkan tahap kesihatan kita.

    Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari

    semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana

    persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu

    persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan

    pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan

    global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran.Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat

    membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah

    dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

    Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang

    mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti

    lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada

    manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut

    melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut

    dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

  • 7/31/2019 Contoh Laporan Kerja Amal 2

    2/3

    Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika

    persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan

    pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di

    dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah

    pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan

    pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

    Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan

    manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia

    boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita

    mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan

    mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia

    malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut

    memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di

    muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia,

    masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan

    air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang

    pencemaran.

    Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat

    mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-

    tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia.

    Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat

    haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai

    contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber

    makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia.

    Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa

    toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-

    tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit.

    Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air

    terpelihara.Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi

    negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan

    dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam

    negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat

    memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong

    juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta

    menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita

    akan dapat ditingkatkan.

  • 7/31/2019 Contoh Laporan Kerja Amal 2

    3/3

    Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin

    bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia

    turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di

    samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah

    bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya

    kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.