contoh proposal

8
KERTAS CADANGAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI HURUF JAWI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘SALAM’ 1.0 Tajuk Kajian Penggunaan kaedah SALAM (Sentuh Abjad Lantas Arif Membaca) dalam meningkatkan kemahiran menguasai huruf jawi dalam subjek Pendidikan Islam di kalangan murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5, Johor Bahru. 2.0 Nama Pengkaji a) Nurul Adilah Binti Noh L20101005884 b) Noor Azimah Binti Mahyudin L20101006011 c) Fatimah Husna Binti Abu Yamin L20101006012 d) Razemah Binti Kamaruddin L20101006016 3.0 Latar Belakang Kajian Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh murid seawal darjah 1. Mata pelajaran ini diajar di sekolah bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang celik jawi dan berakhlak mulia. Sukatan pelajaran Pendidikan Islam ini bukan sahaja menerapkan ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran malah turut menekankan aspek-aspek yang berkaitan dengan nilai-nilai moral yang perlu ada sebagai seorang muslim. Oleh yang demikian, murid-murid akan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. Penguasaan huruf jawi dianggap sangat penting kepada setiap individu muslim. Ia dianggap penting kerana tanpa penguasaan terhadap huruf jawi maka seseorang individu tidak akan dapat menguasai bacaan Al- Quran. Oleh yang demikian, penguasaan bahasa jawi perlu diterapkan diperingkat awal umur seorang kanak-kanak. Dengan ini mereka akan dapat membaca Al-Quran dengan baik dari segi bacaan serta tajwidnya. Untuk mencapai matlamat ini, satu kaedah yang dikenali sebagai SALAM telah diperkenalkan di mana ia telah dijadikan formula yang mudah bagi menguasai huruf jawi.

Upload: sanigsr

Post on 05-Jan-2016

4 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

proposal jawi

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Proposal

KERTAS CADANGAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI HURUF JAWI DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH ‘SALAM’

1.0  Tajuk Kajian

Penggunaan kaedah ‘SALAM’ (Sentuh Abjad Lantas Arif Membaca) dalam meningkatkan

kemahiran menguasai huruf jawi dalam subjek Pendidikan Islam di kalangan murid Tahun 1

Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5, Johor Bahru.

2.0  Nama Pengkaji

a)      Nurul Adilah Binti Noh                       L20101005884

b)      Noor Azimah Binti Mahyudin            L20101006011

c)      Fatimah Husna Binti Abu Yamin       L20101006012

d)     Razemah Binti Kamaruddin               L20101006016

3.0  Latar Belakang Kajian

Mata pelajaran Pendidikan Islam  merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib

diambil oleh murid seawal darjah 1. Mata pelajaran ini diajar di sekolah bertujuan untuk

melahirkan murid-murid yang celik jawi dan berakhlak mulia. Sukatan pelajaran Pendidikan

Islam ini bukan sahaja menerapkan ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran malah turut

menekankan aspek-aspek yang berkaitan dengan nilai-nilai moral yang perlu ada sebagai

seorang muslim. Oleh yang demikian, murid-murid akan dapat mengaplikasikan apa yang

dipelajari dalam kehidupan seharian mereka.

Penguasaan huruf jawi dianggap sangat penting kepada setiap individu muslim. Ia dianggap

penting kerana tanpa penguasaan terhadap huruf jawi maka seseorang individu tidak akan

dapat menguasai bacaan Al-Quran. Oleh yang demikian, penguasaan bahasa jawi perlu

diterapkan diperingkat awal umur seorang kanak-kanak. Dengan ini mereka akan dapat

membaca Al-Quran dengan baik dari segi bacaan serta tajwidnya. Untuk mencapai matlamat

ini, satu kaedah yang dikenali sebagai ‘SALAM’ telah diperkenalkan di mana ia telah

dijadikan formula yang mudah bagi menguasai huruf jawi.

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5 iaitu sebuah sekolah kebangsaan

di kawasan perumahan yang terletak di bandar Permas Jaya. Kawasan perumahan ini terletak

kira-kira 20 km dari bandar Johor Bahru, Johor. Kajian ini disasarkan kepada 23 orang murid

Tahun 1 dalam sebuah kelas. Seramai 11 orang murid telah dipilih secara rawak dan

Page 2: Contoh Proposal

dijadikan responden kajian di mana mereka terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 6 orang

murid perempuan.

4.0  Penyataan Masalah

Mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah merupakan asas permulaan kepada

pengetahuan murid tentang mata pelajaran Pendidikan Islam akan datang di peringkat

sekolah menengah. Selain itu juga, asas dalam pembacaan Al-Quran memerlukan penguasaan

murid terhadap huruf-huruf jawi.

Satu temu bual telah dijalankan di antara pengkaji dengan Cikgu Abdul Halil Bin Omar,

seorang guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5, Johor Bahru di mana

beliau telah menceritakan serba sedikit berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh murid-

murid dalam kelasnya. Beliau mendapati bahawa murid dalam kelasnya tidak dapat

menguasai huruf jawi dengan baik. Ini berikutan pemerhatian yang dijalankan oleh guru

terbabit dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelasnya. Beliau turut mempunyai tujuh

tahun pengalaman mengajar murid tahun 1.

Permasalahan ini dikenal pasti apabila guru meminta murid menyebut huruf jawi dengan

pendekatan nyanyian, murid dapat menyebut huruf jawi dengan jelas dan tepat. Tetapi

apabila guru meminta murid menyebut huruf jawi secara individu iaitu tanpa nyanyian, murid

menghadapi masalah untuk menyebut huruf jawi malah teragak-agak sebutannya. Ini

bermaksud kaedah nyanyian bagi sebutan jawi tidak berjaya meningkatkan kemahiran murid

menguasai huruf jawi dengan tepat walaupun kaedah ini menyeronokkan murid.

5.0  Objektif Kajian

5.1  Meningkatkan kemahiran menguasai huruf jawi dengan baik.

5.2  Murid dapat mengingat dan mengenal huruf dengan mudah dan bukannya menghafal.

5.3  Murid dapat membina kemahiran membaca dengan menggunakan kaedah “SALAM”.

5.4  Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk permainan.

6.0  Metodologi Kajian

Page 3: Contoh Proposal

6.1  Reka Bentuk Kajian

Kajian ini akan dilaksanakan mengikut Model Stringer (2004)

Langkah 1: Merekabentuk (Mengenalpasti Masalah)

  Masalah dapat dikenal pasti melalui pemerhatian yang dijalankan oleh Cikgu Halil semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran beliau dalam kelas di mana Cikgu Halil telah meminta murid

dalam kelas tersebut menyebut huruf-huruf jawi secara individu. Melalui kaedah ini, Cikgu

Halil dapat mengesan dan mengenal pasti murid yang menguasai dan tidak menguasai huruf

jawi.  

Langkah 2: Mengumpul Data

                                      i.            Dalam kajian ini, terdapat dua kaedah yang digunakan untuk mengumpul data antaranya

melalui pemerhatian dan ujian pra. Melalui pemerhatian yang dijalankan, guru tersebut

memberitahu bahawa masalah timbul apabila beliau meminta muridnya menyebut huruf jawi

secara individu.

                                    ii.            Setelah mengenal pasti masalah, satu ujian pra telah dijalankan ke atas murid-murid

tersebut bagi mendapatkan jumlah murid yang berjaya menguasai dan tidak menguasai huruf

jawi. Ujian Pra mengandungi 4 bahagian soalan. Murid akan menyebut dan membaca

mengikut arahan guru. Guru akan menanda di dalam borang yang disediakan. (Sila rujuk

Lampiran 1)

Langkah 3: Menganalisis Data

  Data yang diperolehi melalui ujian pra yang dilakukan adalah seperti berikut:-

o   Menyebut huruf secara individu

Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)

Menguasai 4 36

Tidak menguasai 7 54

o   Bacaan secara tertib alif hingga ya

Page 4: Contoh Proposal

Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)

Menguasai 3 27

Tidak menguasai 8 63

o   Bacaan menurun ya hingga alif

Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)

Menguasai 2 18

Tidak menguasai 9 82

o   Bacaan secara rawak

Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)

Menguasai 1 9

Tidak menguasai 10 91

Langkah 4: Menyampai Hasil

  Analisis data menunjukkan majoriti murid tidak menguasai huruf jawi dengan baik. Mereka

keliru antara huruf ‘Ha’ dengan ‘Kho’ dan ‘Qhof’ dengan ‘Kaf’. Selain itu, mereka juga

hanya boleh menyebut huruf mengikut bacaan secara tertib iaitu ‘alif’ hingga ‘ya’ tetapi

sebaliknya berlaku sekirannya mereka diminta menyebut huruf secara menurun iaitu daripada

‘ya’ ke ‘alif’ ataupun secara rawak. 

Langkah 5: Mengambil Tindakan

  Beberapa aktiviti telah dicadangkan kepada guru tersebut untuk menangani masalah tersebut.

Antara aktiviti tersebut adalah seperti berikut:-

Aktiviti 1: Kaedah menggunakan jari bermain kad blok huruf. Dalam aktiviti ini, murid akan

menggunakan jari bermain blok huruf yang dibuat daripada mountin board. (Blok ini akan

Page 5: Contoh Proposal

ditampal di dinding). Di sini, murid juga akan belajar mengikut bentuk huruf dengan kaedah

yang betul.(Sila Rujuk Lampiran 2).

Aktiviti 2 : Menyebut huruf dengan menggunakan bongkah huruf. Aktiviti ini merupakan lanjutan

daripada aktiviti pertama. Dalam aktiviti ini, murid akan menyebut dan menunjukkan huruf

jawi satu persatu dengan menggunakan bongkah huruf tersebut. (Sila Rujuk Lampiran 3)

Aktiviti 3 : Menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM. Dalam aktiviti ini, murid akan

menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM iaitu dengan menggunakan BUKU

SALAM 1. Kaedah ini adalah seperti kaedah yang digunakan untuk belajar ‘IQRA’. Dalam

aktiviti ini, guru akan meminta murid menyebut huruf berpandukan Buku SALAM 1 secara

individu. Murid akan menyebut huruf seperti membaca Iqra’. Aktiviti ini perlu dilakukan

setiap hari sehingga habis buku SALAM 1. Dengan aktiviti ini, murid akan dapat menguasai

huruf jawi dengan baik. (Sila Rujuk Lampiran 4) 

6.2  Sasaran Kajian

Kajian ini melibatkan 11 orang murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5 yang

terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan dan seorang guru yang

mengajar Pendidikan Islam Tahun 1.

6.3  Instrumen Kajian

a)      Mengumpul Data

Sebelum meneruskan langkah-langkah yang seterusnya, tinjauan terhadap masalah yang telah

dikenal pasti akan dilakukan dengan tujuan untuk memahami dengan lebih mendalam

berkenaan masalah tersebut. Dua kaedah telah digunakan untuk mengutip data:-

                                  iii.            Temubual – Satu sesi temubual telah diadakan bersama dengan Cikgu Abdul Halil Bin

Omar bagi mengenal pasti dan memahami dengan lebih mendalam mengenai masalah

tersebut.

                                  iv.            Ujian Pra – Setelah masalah dikenal pasti, satu ujian pra telah diberikan kepada kumpulan

sasaran untuk melihat sejauh mana kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai

kemahiran yang dikaji. Ujian Pra tersebut mengandungi 4 bahagian soalan. Murid akan

menyebut dan membaca mengikut arahan guru. Guru akan menanda di dalam borang yang

disediakan. (Sila Rujuk Lampiran 1)

b)      Semasa Pelaksanaan Tindakan

Page 6: Contoh Proposal

Setelah analisis tinjauan dijalankan, guru akan mengumpulkan murid dalam kumpulan

sasaran dan satu kaedah baru akan  diperkenalkan di mana ianya mengandungi tiga aktiviti:

         Aktiviti 1 – Menggunakan jari bermain kad blok huruf

         Aktiviti 2 – Menyebut huruf dengan menggunakan bongkah huruf

         Aktiviti 3 – Menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM.

            (Sila Rujuk Lampiran 2,3 & 4)

c)      Selepas Pelaksanaan Tindakan

Ujian Pos akan diberikan kepada murid untuk melihat pencapaian murid selepas pelaksanaan

tindakan di mana ujian tersebut mengandungi soalan yang sama seperti Ujian Pra.

Perbandingan akan dibuat untuk mengetahui samada ketiga-tiga aktiviti yang dijalankan

berkesan atau tidak ke atas tahap penguasaan murid dalam huruf jawi.

6.4  Metod Analisis

(a)    Temubual – Analisis untuk mengenalpasti dan memahami masalah murid

                    dalam pengguasaan huruf jawi.

(b)   Ujian Pra dan Ujian Pos – Analisis markah murid.

7.0  Kesignifikan Kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan guru-guru sekolah khususnya guru

Pendidikan Islam. Dapatan kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai bahan rujukan

untuk guru-guru di seluruh Malaysia yang mempunyai masalah dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

8.0  Anggaran Perbelanjaan

Jenis Perbelanjaan Jumlah

Perjalanan (Tg Malim – Johor Bahru)- RM 40 x 4 orang

RM 160

Percetakan laporan RM 8

Page 7: Contoh Proposal

Lain-lain belanja RM 10

JUMLAH RM 178

9.0  Jadual Pelaksanaan

Bil Perkara Tarikh

1       Mesyuarat Jawatankuasa (Pengumpulan data awal) 23.08.10

2 Temuduga guru 08.09.10

3 Penulisan kertas cadangan 12.09.10

4 Mereka bentuk tindakan (Mengenal pasti masalah) 14.09.10

5 Mengumpul data 17.09.10

6 Menganalisis data 21.09.10

7 Menyampaikan hasil 25.09.10

8 Mengambil tindakan 27.09.10

9 Refleksi dan penilaian kajian 01.10.10

10 Penulisan laporan kajian 04.10.10

10 Pembentangan dapatan kajian (Pemurnian laporan)       10.10.10

10.0          Rujukan

Othman Bin Lebar. (2009). Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Tanjung Malim.