contoh rancangan pengajaran harian (4)
TRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Subjek : Sains
Tahun : Tahun 5
Tema : Menyiasat Alam Bahan
Tajuk : Asid dan Alkali
Tarikh : 24 September 2011
Masa : 1 jam (8.00 – 9.00 pagi)
Kelas : 5 Adil
Bilangan murid / Kedatangan : 20/20
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid boleh membezakan rasa makanan sama ada masam, manis,
tawar dan pahit.
KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis) : 1. Memerhati gambar, lukisan, video dan lukisan berkaitan topik Asid dan
Alkali.
2. Meramal rasa bahan-bahan semasa membuat eksperimen.
3. Mengelaskan bahan-bahan kepada asid, alkali dan neutral.
4. Berkomunikasikan data dengan mengelaskan bahan-bahan kepada asid,
alkali dan neutral di dalam jadual.
5. Menganalisis gambar, lukisan, video dan lukisan berkaitan topik Asid dan
Alkali.
6. Penjanaan idea dengan memberi contoh-contoh lain bahan-bahan yang
berasid, beralkali dan neutral.
7. Membuat kesimpulan tentang bahan-bahan yang berasid, beralkali dan
neutral.
Penerapan nilai murni : 1. Kerjasama di dalam kumpulan
2. Bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan yang diberikan
3. Patuh pada arahan
4. Keseronokkan
Alat bantu mengajar : Video, persembahan power point, Gambar, persembahan OHP, lukisan,
model 3D dan bahan-bahan eksperimen seperti air limau nipis, air asam jawa,
air ubat gigi, air sabun, kicap, cuka, air syampu, air serbuk pencuci basuh
kain, minyak, air gula dan air kosong serta kertas A4, surat khabar dan kertas
litmus.
Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid akan dapat memahami tentang ciri-ciri bahan
yang bersifat asid, alkali dan neutral.
Hasil pembelajaran : Murid-murid dapat,
1. Mengenalpasti bahan yang berasid, beralkali dan neutral dengan
menggunakan kertas litmus.
2. Mengenalpasti rasa bahan yang berasid, beralkali dan neutral
3. Membuat kesimpulan tentang ciri-ciri bahan yang berasid, beralkali dan
neutral
Fasa Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan
Set induksi
(5 minit)
1. Guru mengarahkan murid agar mengeluarkan bahan-bahan
seperti air limau nipis, air asam jawa, air ubat gigi dan air
sabun.
2. Guru merendam sehelai kertas A4, surat khabar dan kertas
litmus ke dalam air limau.
3. Guru bertanyakan soalan kepada murid-murid :
a. Apakah yang dapat diramalkan sekiranya kertas A4,
surat khabar dan kertas litmus direndam di dalam air
limau?
b. Kenapa kertas litmus menukar warna biru kepada
merah?
4. Guru menyatakan topik yang akan murid-murid pelajari iaitu
tentang Asid dan Alkali.
Alat Bantu Mengajar :
Bahan-bahan seperti air limau nipis,
air asam jawa, air ubat gigi dan air
syampu
(Lampiran 1)
Kertas A4, surat khabar dan kertas
litmus
(Lampiran 2)
Kaedah :
Demonstrasi
Penerangan
KBKK :
Memerhati
Meramal
Penerapan nilai :
Keseronokkan
Penyampaian Isi
Langkah 1
(10 minit)
1. Guru memaparkan lukisan gambar bersaiz besar dengan
menggunakan kertas mahjung yang diletakkan di hadapan
kelas.
2. Guru meminta semua murid untuk mengenalpasti dan
menyatakan apa yang mereka lihat di dalam gambar
tersebut.
3. Guru menerangkan gambar tersebut di mana terdapat tiga
ciri bahan iaitu asid, alkali dan neutral.
4. Guru mengajar topik Asid dan Alkali dengan menggunakan
persembahan power point.
Alat Bantu Mengajar :
Gambar lukisan yang dilukis
menggunakan kertas mahjung
(Lampiran 3)
Persembahan power point
(Lampiran 4)
Kaedah :
Soal jawab
Penerangan
KBKK :
Memerhati
Menganalisis
Komunikasi
Penerapan nilai :
Keyakinan diri
Kerjasama dalam kumpulan
Langkah 2
(10 minit)
1. Guru memaparkan video mengenai demonstrasi menguji
bahan-bahan sama ada bersifat asid, alkali atau neutral
dengan menggunakan kertas litmus.
2. Guru mengarahkan murid melakukan eksperimen secara
berkumpulan untuk menguji ciri-ciri bahan yang berasid,
beralkali dan neutral.
3. Murid akan menguji bahan yang mereka bawa dari rumah
seperti air syampu, air ubat gigi, air limau dan air asam
jawa.
4. Guru memberi bahan-bahan lain seperti cuka, kicap, air
gula, air serbuk pencuci basuh kain, minyak dan air kosong
kepada setiap kumpulan untuk diuji. Setiap keputusan
direkodkan di dalam jadual yang telah disediakan.
(Lampiran 8)
5. Selepas itu, guru meminta murid untuk membuat
kesimpulan daripada eksperimen yang telah dilakukan.
Patuh pada arahan
Alat Bantu Mengajar :
Video
(Lampiran 5)
Bahan-bahan yang dibawa oleh
murid seperti air limau nipis, air asam
jawa, air ubat gigi dan air syampu
(Lampiran 6)
Bahan-bahan yang disediakan oleh
guru seperti cuka, kicap, air gula, air
serbuk pencuci basuh kain, minyak
dan air kosong
(Lampiran 7)
Kertas litmus
Kaedah :
Eksperimen
Perbincangan
Langkah 3
(10 minit)
1. Guru memberi contoh bahan yang lain dengan
memaparkan gambar di atas transperansi melalui
persembahan OHP supaya murid dapat menambahkan
pemahaman mereka tentang ciri-ciri bahan yang berasid,
beralkali dan neutral.
2. Guru mengedarkan sekeping gambar kepada semua murid
di dalam kelas.
3. Gambar-gambar tersebut hendaklah ditampal di papan
putih.
4. Setiap murid dikehendaki mengelaskan gambar-gambar
KBKK :
Memerhati
Membuat kesimpulan
Penerapan nilai :
Keseronokkan
Keyakinan diri
Kerjasama dalam kumpulan
Patuh pada arahan
Alat Bantu Mengajar :
Gambar transperansi melalui
persembahan OHP
(Lampiran 9)
Gambar bahan-bahan
(Lampiran 10)
Kaedah :
Soal jawab
Langkah 4
(10 minit)
tersebut kepada tiga kategori iaitu asid, alkali dan neutral.
5. Murid diminta untuk mengklasifikasikan bahan-bahan
tersebut ke dalam tiga kategori iaitu asid, alkali dan neutral
dan merekodkan bahan-bahan tersebut di dalam jadual
mengikut kategori masing-masing. (Lampiran 11)
6. Guru membuat perbincangan dengan murid tentang bahan-
bahan yang berasid, beralkali dan neutral.
1. Guru mempamerkan bahan-bahan 3D di hadapan kelas.
2. Guru meminta murid-murid untuk mengenalpasti dan
menyatakan bahan-bahan tersebut.
3. Guru mengarahkan murid-murid untuk mengklasifikasikan
bahan-bahan 3D tersebut ke dalam kategori masing-masing
sama ada asid, alkali dan neutral.
Perbincangan
KBKK :
Memerhati
Mengelas
Komunikasi
Penerapan nilai :
Keyakinan diri
Patuh pada arahan
Alat Bantu Mengajar :
Bahan-bahan 3D
(Lampiran 12)
Kaedah :
Soal jawab
KBKK :
Memerhati
Menganalisis
Komunikasi
mengelas
Penerapan nilai :
Keyakinan diri
Patuh pada arahan
Penutup
(5 minit)
1. Guru memberi tugasan kerja kepada murid-murid.
2. Guru bertanya kepada murid-murid tentang apa yang telah
mereka pelajari.
3. Guru akan memberikan beberapa contoh yang melibatkan
situasi yang sebenar, berkaitan dengan topik asid dan
alkali.
Alat Bantu Mengajar :
Kertas kerja
(Lampiran 13)
Kaedah :
Soal jawab
Latihan
KBKK :
Komunikasi
Penjanaan idea
Penerapan nilai :
Keyakinan diri
Refleksi Guru :
________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________