contoh sinopsis

1
Contoh menyediakan sinopsis novel. Tajuk : Tikus Membaiki Labu. Oleh : Ahmad D Has. Sebelum meninggal dunia, Datuk Mahzeer, saudagar berjaya mewasiatkan hartanya kepada anak-anaknya. Majid, anak sulung diberikan kilang kristal. Mahdi, anak tengah diberikan loji air dan kepada anak bongsu, Mad Nor diberikan lombong pasir. Kesemua wang tunai dan simpanan didermakan kepada pertubuhan anak yatim. Anak-anak tidak puas hati kerana menganggap agihan itu tidak adil dan mereka mula berkrisis sesama adik beradik. Sifat tamak menyebabkan mereka saling mencari jalan untuk menjatuhkan yang lain. Keluarga Datuk Mahzeer mula retak dan berpecah-pecah. Kesempatan itu digunakan oleh Lim Eng Guan untuk mempengaruhi Mad Nor menggunakan kedudukan dan kewangan keluarga untuk mendapat keuntungan yang lebih dalam projek mega. Akhirnya, mereka sekeluarga jatuh miskin dan mengalami senario kehidupan porak peranda. Jikalau mereka bersatu dari awal untuk memajukan diri, tentulah mereka hidup senang. Ternyatalah harta bukan menjamin kesejahteraan hidup.

Upload: nasir-ali

Post on 10-Aug-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Sinopsis

Contoh menyediakan sinopsis novel.

Tajuk : Tikus Membaiki Labu.Oleh : Ahmad D Has.

Sebelum meninggal dunia, Datuk Mahzeer, saudagar berjaya mewasiatkan hartanya kepada anak-anaknya. Majid, anak sulung diberikan kilang kristal. Mahdi, anak tengah diberikan loji air dan kepada anak bongsu, Mad Nor diberikan lombong pasir. Kesemua wang tunai dan simpanan didermakan kepada pertubuhan anak yatim.

Anak-anak tidak puas hati kerana menganggap agihan itu tidak adil dan mereka mula berkrisis sesama adik beradik. Sifat tamak menyebabkan mereka saling mencari jalan untuk menjatuhkan yang lain. Keluarga Datuk Mahzeer mula retak dan berpecah-pecah.

Kesempatan itu digunakan oleh Lim Eng Guan untuk mempengaruhi Mad Nor menggunakan kedudukan dan kewangan keluarga untuk mendapat keuntungan yang lebih dalam projek mega.

Akhirnya, mereka sekeluarga jatuh miskin dan mengalami senario kehidupan porak peranda. Jikalau mereka bersatu dari awal untuk memajukan diri, tentulah mereka hidup senang. Ternyatalah harta bukan menjamin kesejahteraan hidup.