contoh soalan latihan hns

29
BAB 1 DAN 2

Upload: aku-hafif

Post on 10-Jun-2015

4.340 views

Category:

Spiritual


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Soalan Latihan HNS

BAB 1 DAN 2

Page 2: Contoh Soalan Latihan HNS

1. Apakah kesan negatif hasil interaksi antara tamadun Islam dan tamadun Barat?

A. Masyarakat Islam telah berhijrah ke Eropah.

B. Berlaku konflik berdasarkan perbezaan agama.

C. Berlakunya pengaliran ilmu Islam dari Andalusia ke Eropah.

D. Kemajuan ekonomi dikongsi bersama oleh Islam dan Eropah.

Page 3: Contoh Soalan Latihan HNS

4. Soalan 4 merujuk kepada rajah di bawah.

Snouck Hurgronje – Islam datang dari India. John Crawford – Islam dartang dari Arab.Emanuel Gadinho – Islam datang dari China.

Tokoh-tokoh di atas mengemukakan teori yang berbeza tentang kedatangan Islam ke Alam Melayu tetapi terdapat persamaan tentang teori ini iaitu Islam berkembang melalui

A. Migrasi.B. Dakwah.C. Perluasan kuasa.D. Perkahwinan campur.

Page 4: Contoh Soalan Latihan HNS

5. Berikut adalah antara kesan perkembangan tamadun Islam ke atas world view Tamadun Melayu di Malaysia.

I. Sistem perundangan tempatan mengalami perubahan sepenuhnya. II. Sistem tulisan yang menggunakan huruf kawi dan nagari ditukar kepada tulisan jawi.III. Memperkenalkan ilmu pengetahuan bercorak falsafah, rasional dan intelektual berbanding unsur-unsur estetika.IV. Memperkenalkan aspek kesusasteraan yang lebih kepada kesenian, mitos sastera keperwiraan berbanding aspek rasional dan intelektual.

A. I dan II.B. II dan III. C.I dan IV.D.III dan IV.

Page 5: Contoh Soalan Latihan HNS

6. Secara umumnya masyarakat Melayu tradisional dapat dikategorikan kepada dua kelompok utama iaitu

I. golongan memerintah.II. golongan diperintah.III. golongan pahlawan.IV. golongan hamba.

 A. I dan II.B. II dan III. C. I dan IV.D. III dan IV.

Page 6: Contoh Soalan Latihan HNS

7. Apakah faktor yang mempengaruhi kejatuhan kerajaan Melayu Melaka?

I. Kejatuhan ekonomi kerajaan ekoran pelabuhan Melaka yang tidak dikunjungi pedagang-pedagang asing.

II. Kelemahan pucuk pimpinan dan pembesar-pembesar tempatan.

III. Perpecahan di kalangan rakyat jelata.

IV. Aktiviti penjelajahan orang Eropah. A. I, II dan III.B. I, II dan IV.C.II, III dan IV.D.Semua di atas.

Page 7: Contoh Soalan Latihan HNS

8. Soalan 8 berdasarkan rajah di bawah.

Sultan Pembesar 4

Pembesar 8 Pembesar 16

Pembesar 32

Rajah di atas merujuk kepada sistem pentadbiran kerajaan Melayu Melaka. Sistem pentadbiran ini dipanggil

 A. Sistem Pembesar Berhierarki.B. Sistem Raja Mutlak.C. Sistem Pembesar Empat Lipatan.D. Sistem Hierarki Empat Pembesar.

Page 8: Contoh Soalan Latihan HNS

9. Apakah faktor menyebabkan pelabuhan Melaka menjadi antara pelabuhan yang terkenal di kalangan pedagang di seluruh dunia?

I. Melaka ialah empayar yang besar dan kukuh.II. Melaka ialah tempat penyebaran agama Hindu- Buddha.III. Melaka mempunyai banyak bahan mentah semulajadi.IV. Melaka merupakan tempat pertembungan pedagang timur- barat.

A.I dan II.B.II dan III. C. I dan IV.D. III dan IV.

Page 9: Contoh Soalan Latihan HNS

10. Pilih pernyataan yang benar berhubung kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15.

 I. Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan demokrasi.II. Zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah.III. Pandangan masyarakat Melayu Melaka terhadap institusi beraja berkait rapat dengan konsep seperti ‘taat setia’, ‘daulat’, ‘derhaka’ dan ‘tulah’.IV. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan Kesultanan Majapahit di Pulau Jawa.

A. I dan II.B. II dan III. C.I dan IV.D.III dan IV.

Page 10: Contoh Soalan Latihan HNS

11. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka individu X adalah bertugas sebagai penjaga kewangan kerajaan. Peranannya menyamai menteri kewangan sekarang. Individu X adalah merujuk kepada

A.Bendahara.

B.Penghulu Bendahari.

C.Temenggung.

D. Laksamana. 

Page 11: Contoh Soalan Latihan HNS

12. Kelompok Y merupakan golongan yang menetap di dalam perahu atau pinggir pantai. Mereka adalah tahan lasak, tahu selok belok laut dan memberikan taat setia kepada kerajaan Melaka dan Johor. Antara berikut yang manakah sesuai merujuk kepada kelompok Y?

A. Orang Pantai.

B. Orang Laut.

C. Orang Asli.

D. Orang Sungai.

Page 12: Contoh Soalan Latihan HNS

13. Selepas menduduki Melaka, Portugis melaksanakan pentadbiran berbentuk _________. yang diketuai oleh ________ .

A. militer, Kapten Kota Melaka.

B. militer, Kapten Angkatan Laut.

C. demokrasi, Feitor.

D. monarki, Raja Portugal.

Page 13: Contoh Soalan Latihan HNS

14. Antara pernyataan berikut yang manakah menerangkan faktor campurtangan British di Selangor pada tahun 1874?

I. Perbalahan antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi untuk menguasai Kelang.II. Penglibatan Sultan Abdul Samad dalam perbalahan tersebut.

  III. Perbalahan antara dua pelombong Cina iaitu Kah Yew Chew dan Pei Chew.IV. Peranan yang dimainkan oleh Sir Andrew Clarke.

A.I, II dan III.B.I, II dan IV.C. II, III dan IV.D. Semua di atas.

Page 14: Contoh Soalan Latihan HNS

15. Pilih penyataan yang SALAH berhubung pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB).

A. Perjanjian Persekutuan yang dilaksanakan pada 1895 membawa kepada penubuhan NNMB yang berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Julai 1896.

 B. Penubuhan NNMB dikaitkan dengan masalah kewangan negeri Pahang dan keinginan British untuk menyeragamkan pentadbiran.

C. Penubuhan NNMB telah memansuhkan jawatan Residen di negeri- negeri terbabit.

D. Persidangan Durbar yang dianggotai bersama oleh pegawai British ditubuhkan di negeri terbabit.

Page 15: Contoh Soalan Latihan HNS

16. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah berlaku dari

A. Februari 1941 hingga Ogos 1944.

B. Februari 1942 hingga Ogos 1945.

C. Disember 1941 hingga April 1944.

 D. Disember 1942 hingga April 1946. 

Page 16: Contoh Soalan Latihan HNS

17. Pilih penyataan yang salah menerangkan langkah-langkah yang diambil untuk memulihkan keamanan di Tanah Melayu semasa darurat.

A. Mengenal pasti ‘kawasan hitam’ dan ‘kawasan putih’.

B. Memperkenalkan Rancangan Penempatan Semula (RPS).

Mengadakan sistem kad pengenalan.

D. Mengistiharkan perang terhadap Parti Komunis Malaya (PKM).

Page 17: Contoh Soalan Latihan HNS

18. Jepun mengambil masa yang singkat untuk menawan Tanah Melayu daripada British pada tahun 1942. Kemenangan mudah ini disebabkan oleh

I. jangkaan British yang salah iaitu Jepun akan memulakan serangan dari Singapura..

 II. penenggelaman dua buah kapal perang British iaitu Prince of Wales dan Repulse di perairan timur Semenanjung Tanah Melayu.

III.persediaan yang rapi dan taktik peperangan tentera Jepun sebelum melancarkan serangan.

 IV. semangat tentera Jepun yang tinggi dan tidak mudah menyerah kalah.

A. I, II dan III.B. I, II dan IV.C. II, III dan IV.D.Semua di atas.

Page 18: Contoh Soalan Latihan HNS

19. Apakah faktor yang mempengaruhi kejatuhan kerajaan Melayu Melaka?

I. Kejatuhan ekonomi kerajaan ekoran pelabuhan Melaka yang tidak dikunjungi pedagang-pedagang asing.

II. Kelemahan pucuk pimpinan dan pembesar-pembesar tempatan.

III. Perpecahan di kalangan rakyat jelata.

IV.Aktiviti penjelajahan orang Eropah.

A. I, II dan III.B. I, II dan IV.C.II, III dan IV.D.Semua di atas.

Page 19: Contoh Soalan Latihan HNS

20.Walaupun pendudukan Jepun di Tanah Melayu hanya berlangsung kira-kira 3 tahun 8 bulan, namun pendudukan tersebut telah memberikan kesan yang besar. Pilih pernyataan yang SALAH menerangkan kesan-kesan sosial akibat pendudukan tersebut.

A.Perhubungan kaum Cina dengan kaum Melayu terjejas akibat sikap Jepun yang menindas kaum Cina.

B.Masalah kesihatan akibat kekurangan bekalan ubatan dan kekurangan makanan berzat.

C.Masalah meneruskan sistem pendidikan akibat penutupan sekolah, malahan Jepun tidak mempunyai sistem pendidikan yang terancang.

D.Ahli-ahli keluarga terpisah akibat dipaksa menjadi buruh untuk membina Landasan Kereta Api Maut yang menghubungkan Siam dengan Burma.

Page 20: Contoh Soalan Latihan HNS

21. Pilih penyataan yang mencetuskan kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu.I. Gerakan Pan-Islamic di Timur Tengah dipelopori oleh Syeikh Muhamad Abduh dan kumpulan penyokongnya al-Manar.II. Kejayaan Jepun menawan bandar-bandar utama di Rusia seperti Mukden, Port Arthur, Vladivostok dan Chemulpo.III. Gerakan-gerakan yang dicetuskan oleh Kang Yu Wei, Dr. Sun Yat Sen dan Parti Kuomintang di negara China.IV. Kejayaan Parti Kongres di bawah pimpinan Mahatma Ghandi di India mendapatkan kemerdekaan daripada British.

A.I, II dan III.B.I, II dan IV.C. II, III dan IV.D. Semua di atas.

Page 21: Contoh Soalan Latihan HNS

22. Penyataan di bawah adalah benar tentang majalah-majalah terbabit KECUALI

A.al-Ikhwan diterbitkan di Pulau Pinang, diasaskan oleh Syed Syeikh al-Hadi dan bercorak Islah Islamiah iaitu menyentuh kemunduran orang Melayu serta emansipasi wanita.

B.Majalah Guru merupakan majalah pertama terbitan Persatuan Guru Selangor.

C.Penyunting pertama akhbar Majlis ialah Abdul Rahim Kajai dan akhbar ini memainkan peranan penting dalam penentangan terhadap Malayan Union.

D.Bulan Melayu diterbitkan oleh Persatuan Perempuan Melayu Johor yang mewakili pemikiran kumpulan pendidik wanita tahun 1930-an.

Page 22: Contoh Soalan Latihan HNS

23. Pilih ciri-ciri dalam Malayan Union.I. Semua negeri Melayu, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura disatukan di bwah pentadbiran kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang Gabenor.II. Raja-raja Melayu menjadi raja kehormat yang hanya mempunyai kuasa ke atas adat istiadat dan hal ehwal agama Islam.III. Pesuruhjaya Negeri akan dilantik menjadi ketua pentadbir peringkat negeri dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Negeri.IV. Syarat kewarganegaraan adalah berdasarkan prinsip jus soli.

A.I, II dan III.B.I, II dan IV.C. II, III dan IV.D. Semua di atas.

Page 23: Contoh Soalan Latihan HNS

24. Siapakah nama Gabenor Malayan Union yang pertama?

A. Sir Harold Mac Michael.B. Sir Malcolm Mac Donald.C. Sir Edward Gent.D. Sir Henry Gurney.

Page 24: Contoh Soalan Latihan HNS

25. Berikut merupakan langkah-langkah ke arah kemerdekaan Tanah Melayu 1957 KECUALI

A. Pilihanraya umum Tanah Melayu diadakan pada 27 Julai 1955 bagi menunjukkan kesediaan rakyat Tanah Melayu ke arah pemerintahan sendiri.

B. Suatu rundingan diadakan di London dihadiri oleh empat orang wakil Parti Perikatan dan empat orang wakil raja-raja Melayu.

C. Satu suruhanjaya dibentuk untuk mendraf Perlembagaan Persekutuan yang diketuai oleh Lord Reid.

D. Pengekalan prinsip jus soli dalam perlembagaan dilakukan untuk memastikan sokongan orang bukan Melayu.

Page 25: Contoh Soalan Latihan HNS

26. Sila susun berdasarkan kronologi peristiwa-peristiwa politik yang berlaku ke arah kemerdekaan.

I. Pembentukan Suruhanjaya Reid.II. Pengistiharan kemerdekaan.III. Rombongan rundingan kemerdekaan ke London.IV. Majlis Perundangan Persekutuan meluluskan rang perlembagaan.

A. I, IV, III dan II.B. III, I, II dan IV.C. III, I, IV dan II.D. IV, I, II dan III.

Page 26: Contoh Soalan Latihan HNS

27. Apakah gambaran yang dapat diberikan dengan Slogan ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuangkan oleh Lee Kuan Yew sebagai mewakili Singapura?

A. Kelebihan diberikan kepada penduduk Singapura.

B. Persamaan hak rakyat Singapura dengan penduduk di Tanah Melayu.

C. Hanya penduduk Tanah Melayu sahaja mendapat keistimewaan.

D. Orang Cina mesti mendapat hak yang sama dengan orang Melayu.

Page 27: Contoh Soalan Latihan HNS

30. Pilih penyataan yang tidak benar mengenai Suruhanjaya Cobbold.

A. Diketuai oleh Lord Cobbold.B. Tujuan penubuhan adalah mendapat

pendapat penduduk Sabah dan Sarawak menyertai gagasan pembentukan Malaysia.

C. Lebih 80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong gagasan pembentukan Malaysia.

D. Menggubal Perlembagaan Malaysia.

Page 28: Contoh Soalan Latihan HNS

31. Berikut merupakan faktor-faktor yang mendorong pembentukan Malaysia KECUALI

A. membela nasib masyarakat tempatan di Sabah dan Sarawak.

B. ancaman komunis yang semakin berleluasa.

C. memerdekakan wilayah-wilayah yang masih di bawah penjajahan British.

D. membentuk sebuah negara merdeka yang lebih besar dengan Tanah Melayu sebagai kuasa pusat.

Page 29: Contoh Soalan Latihan HNS

32. Parti Rakyat Brunei menentang cadangan pembentukan Malaysia kerana ingin

A.Membentuk sebuah negara republik.B.Membentuk sebuah kerajaan Kalimantan

Utara.C.Mencapai kemerdekaan sendiri.D.Mengekalkan pemerintahan British di

Brunei.