contoh_proposal_kajian_tindakan 1.docx

63
ISI KANDUNGAN HALAMAN Penghargaan 9 Abstrak 10 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 11 2.0 Fokus Kajian /Isu Keperihatinan 11 - 12 3.0 Objektif Kajian 12 4.0 Kumpulan Sasaran 12 5.0 Tindakan yang dicadangkan : 5.1 Tinjauan Masalah 13 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 13 5.3 Melaksanakan Tindakan 13 - 17 5.4 Penilaian 17 5.5 Refleksi Kajian 17 6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya 17 - 18

Upload: parames-mes

Post on 26-Sep-2015

9 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGANHALAMAN

Penghargaan9Abstrak101.0Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu112.0Fokus Kajian /Isu Keperihatinan11 - 123.0Objektif Kajian124.0Kumpulan Sasaran125.0Tindakan yang dicadangkan :5.1Tinjauan Masalah135.2Analisis Tinjauan Masalah135.3Melaksanakan Tindakan13 - 175.4Penilaian175.5Refleksi Kajian176.0Cadangan untuk kajian seterusnya17 - 187.0 Jadual Pelaksanaan Kajian188.0 Rujukan189.0 Lampiran19 - 20

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.Terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukurkepada hadrat ilahi kerana dapatmenyiapkan kajian tindakanmengikut masa yang telah ditetapkan. Semoga hasilan kajian tindakan ini menjadi titik tolak kepada saya untuk melaksanakan lebih kajian tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi sewaktu P&P khususnya.

Pendidikan adalah sebahagian agenda penting Negara. Khususnya dalam usaha menjana pembangunan, meningkatkan martabat dan maruah Negara, mewujudkan keadilan sosial serta menentukan hala tuju generasi akan datang. Untuk merealisasikan objektif tersebut, sewajarnyalah guru bergerak cergas dalam mencari maklumat dan menyelesaikan masalah sewaktu P&P dengan mengadakan kajian tindakan .

Dalam menghadapi alaf baru dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara, guru seharusnya sentiasa ingat tentang matlamat melahirkan pelajar yang seimbang serta harmonis. Dalam hal ini, tujuan pendidikan di Malaysia juga adalah untuk menerapkan nilai moral dan rohani kea rah pembentukan individu yang menyeluruh. Oleh itu, guru perlu melibatkan murid secara aktif dan memainkan peranan penting dalam semua aktiviti sekolah kearah melahirkan modal insan cemerlang yang menjadi aspirasi Negara. Semoga dengan kajian tindakan inihala tuju pendidikan kea rah mencapai kegemilangan pendidikan bertaraf dunia dapat dijayakan.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN JAWI MELALUI PROGRAMBIJAK JAWIABSTRAKKajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kefahaman murid tahun 3 terhadap ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab. Seramai 25 orang pelajar tahun 3 , SK. Dato Panglima Kinta, Ipoh dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.

Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan penggal dan latihan harian. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mengingati ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab kerana perkataan pinjaman ini tidak dieja mengikut suku kata sebagaimana perkataan-perkataan jawi yang lain. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik mengingati ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab dan membezakan perkataan pinjaman dan bukan perkataan pinjaman.

Teknik Bijak Jawi murid telah didedahkan kepada teknik Bijak Jawi selama 60 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu . Keputusan ujian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid lebih mengingati dan dapat membezakan perkataan pinjaman bahasa Arab dan seronok belajar jawi terutama di bawah tajuk perkataan pinjaman bahasa Arab melalui teknikBijak Jawi.

1.0REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.

Sepanjang menjadi guru matapelajaran Jawi , saya dapati masalah utama pelajar tidak dapat markah penuh dalam mata pelajaran Jawi ialah ketidakmahiran mereka menjawab perkataan pinjman dalam bahasa arab dan bahawa Inggeris.Walaupun soalan in hanya melibatkan 40 markah tetapi kebanyakan pelajar tidak menjawab dengan lengkap soalan tersebut, malah terdapat pelajar yang tidak menjawab langsung.Ramai pelajar yang menjawikanperkataan pinjaman mengikut kaedah ejaan jawi sedangkan perkataan pinjaman tidak boleh dieja dengan kaedah ejaan jawi tapi dikekalkan ejaan pinjaman tersebut. Justeru itupelajar sukar mendapat markah A dalam matapelajaran Jawi. Implikasinya peratus pelajar yang mendapat A dalam PKSR Matapelajaran Jawi masih kurang.Berdasarkan perbualan dengan guru-guru yang terlibat mengajar mata pelajaran Jawi tahun 3 ,mereka juga menghadapi masalah yang sama. Pelajar akan meninggalkan soalan bahagian ejaan jawi pinjaman bahasa Arab atau Inggeris atau memberikan jawapa yang tidak betul ejaannya.Pelbagai alasan yang mereka berikan contohnya , .susah la ustazah, tak tau la.!, tak retiustazah! dan sebagainya .Ekoran daripada masalah itu, kadang-kadang saya menjadi keliru dengan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran saya.Selain dari itu, saya juga risau dengan pandangansesetengah pihak termasuk muriddan ibu bapa sendiri yang masih menganggap mata pelajaran Jawi adalah senang sedangkan ada murid yang masih tidak dapat menguasai ejaan jawi kerana tidak mengenali huruf jawi.Berdasarkanbeberapa faktor di atas,saya rasa terpanggil untuk membaiki keadaan ini dengan melaksanakan Kajian Tindakan menggunakan Program yang saya namakan Bijak Jawi.

2.0ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

(a)Pelajar yang sering tidak menjawab langsung soalan jawi PKSR bahagian ejaan pinjaman .(b)Pelajar yang sering menjawab tetapi tidak betul.(c)Pelajar yang kurang keyakinan diri semasa menjawab soalan ujian dan peperiksaan.Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada cara menjawab soalan matapelajaran jawi bahagian ejaan perkataan pinjaman mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan oleh guru. Kajian ini penting bagi menggalakkan murid dari tahun 3 yang menjawab matapelajaran jawi agar sentiasa berkeyakinan tinggi ketika menjawab soalan tersebut dan seterusnya mendapat markah penuh dan melayakkan mereka mendapat gred A.

3.0OBJEKTIF KAJIAN

3.1Objektif Umum :

Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan pelajar tahun 3 dapat menjawab soalan matapeajaran Jawi dengan lengkap dan mendapat markah maksimum atau 35 hingga 40.

3.2Objektif Khusus :(a)Mengelakkan pelajar yang tidak menjawab langsung soalan jawi bahagian ejaan perkataan pinjaman .(b)Mengurangkan bilangan pelajar yang menjawab dengan tidak lengkap soalan tersebut.(c)Membantu murid meningkatkan daya usaha untuk menjawab semua soalan dengan betul.(d)Meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas supaya lebih aktif semasa sesi perbincangan atau P&P terutama aktiviti ejaan jawi bahagian perkataan pinjaman .(e)Mengubah sikap pelajar bahawa ejaan jawi adalah senang.

4.0KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar tahun 3. Sampel ini terdiri daripada 17 orang pelajar perempuan dan 8 orang pelajar lelaki. Saya mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas semua pelajar tahun 3 bagi membolehkan semua murid menikmati insentif ini dan dapat menunjukkan hasil sebagaimana yang diharapkan.

5.0TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut :Ujian khas membina soalan daripada jawapan yang disediakan.Latihtubi menjawab soalan 4, bahagian B matapelajaran jawi.Ujian lisan berasaskan sekolah bagi mengesan ejaan pelajar.

5.2Analisa Tinjauan MasalahKeputusan akhir tahun 20101.Murid yang lulus menjawab soalan bahagian perkataan pinjaman bahasa Arab adalah 10% sahaja dan markah yang diperolehi adalah rendah. Diandaikan mereka hanya meneka jawapan yang diberi.2.Jawapan murid pada soalan tersebut menunjukkanmurid-murid lemah pada mengenal perkataan pinjaman bahasa Arab dan tidak boleh mengeja perkataan pinjaman tersebut.3.10% murid pula tidak dapat menyambung huruf kerana tidak mengenal huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung sebelum dan selepas.

5.3Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 1 : Program Kamus Ejaan Jawi

Cara Pelaksanaan :

Guru menyediakan5 perkataan pinjaman bahasa Arab sehari yang di ambil daripada bukuteks yang dipelajari dan menjadikannya kamus.Lima ejaan pinjaman bahasa Arabakan ditulis oleh guru dipapan kenyataan pada setiap hari dan murid diminta menyalin lima ejaan pada setiap hari iaitu setiap hari isnin jumaat.Pelajarakanmenghafal ejaan tersebut dan akan ditasmik bacaannya oleh guru pada keesokan harinya. Sebelum itu pelajar dikehendaki ditasmik terlebih dahulu oleh ibubapa mereka di rumah.Pelajar juga boleh juga meminta pelajar lain untuk mentasmik bacaan mereka .Setiap kali ditasmik samada oleh ibubapa/rakan/guru tandatangan mestilah di dapatkan apabila pelajar berjaya atau gagal ditasmik sebagai bahan bukti.Guru menguji ingatan dan pengetahuan pelajar sebelum memulakan kelas dengan mengadakan tasmik / spellingsetiap kali waktu pelajaran jawi (satu masa pada setiap minggu).Guru juga akan mengadakan permainan kuiz berpasangan , iaitu murid akan menyoal ejaan yang telah dipelajari kepada rakan secara berpasangan dan ditulis markah . Permainan ini boleh diadakan ketikaP&P matapelajaran jawi atau sebagai pengayaan dan aktiviti waktu terluang seperti waktu rehatdan waktu balik.Pemerhatian

Saya merasa sungguh gembira apabila aktiviti 1 mendapat sambutan yang memberangsangkanoleh pelajar. Semua murid bersungguh-sungguh untuk mengambil bahagian dan sokongan daripada pihak ibubapa juga memberangsangkandimana 20 daripada 25 pelajar telah disemak ejaan mereka secara lengkap oleh ibubapa masing-masing. Perkataan pinjaman yang diberi susah untuk mereka mengingatinya pada peringkat permulaan, tetapi akhirnya mereka meminta untuk ditambah perkataan iaitu lebih daripada 5 perkataan sehari.

RefleksiHasil daripada aktiviti 1 didapati murid dapat menguasai ejaan tanpa dipengaruhi ejaan jawi mengikut suku kata. Hasil program ini juga didapati markah bagi mengenal perkataan pinjaman meningkat dan murid dapat membezakan antara ejaan pinjaman bahasa Arab, Inggeris dan bukan pinjaman.Aktiviti 2 : Pogrambijak kamus.Cara Pelaksanaan ;

Setelah pelajar dapat mengeja perkataan yang diberi pelajar diminta untuk mengingati cara menulis perkataan tersebut . Penekanan diberikan cara menyambung perkataan dengan memberipenekanan jenis huruf yang boleh disambung dan huruf yang tidak boleh disambung.Pelajar diajar cara-cara mencatat dan mengeja iaitu mencatat perkataan yang bersambung dan perkataan yang bercerai .Latih tubi menulisejaan dalam masa satu hari dan mengingati perkataan yang bersambung.Latih tubi menulis perkataan yang telah dieja iaitu menulis perkataan yang bersambung tanpa melihat ejaan tersebut.Aktiviti ini memerlukan sebuah lagi buku , walau bagaimanapun murid boleh meggunakan buku pada aktiviti 1 untuk menjimatkan kos dan buku tersebut akandisemak oleh guru.Murid juga boleh menjalankan aktiviti meneka ejaan dan tulis bersama pelajar lain.

PemerhatianBuku akan diberi kepada setiap murid untuk dijadikan kamus didapati digunakan dengan sepenuhnya. Buku itu juga dijadikan oleh mereka sebagai buku latihan menulis setelah mengingati ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab yang telah diberi.Ada murid menyediakan buku khas untuk mereka menjalankan latihan ejaan yang telahdiberi. Setelah mereka menguasai menulis didapati mereka dapat menyebut ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab dengan baik.

RefleksiSaya sangat gembira apabila didapati murid bersemangat berlumba-lumba dengan rakan merekauntuk memperbanyakkan ejaan dan seterusnya dapat menulis ejaan tersebut. Mereka juga menggunakan waktu terluang mereka dengan menguji minda sesame rakan mereka mengenai ejaan yang diberi. Pertandingan berpasangan banyak membantu mereka untuk lebih berusaha.Bagi murid yang kurang mendapat mengeja kerana masalah tidak mengenal huruf , mereka akan diberi tumpuan istimewa oleh guru iaitu mereka akan berjumpa guru pada setiap pagi (sebelum P&P) untuk diberi bimbingan.

Aktiviti 3 : Program Bijak Jawi

Cara Pelaksanaan :Setelah aktiviti 1 dan 2 telah diikuti oleh murid, aktiviti 3 akan dijalankan oleh guru.Guru mengumpulkan soalan soalan yang berkaitan untuk diedarkan kepada pelajar.25 orang pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan iaitu cemerlang, sederhana dan berpotensi.Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan mengikut format masa sebenar dalam kertas peperiksaan.Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan .Jawapan pelajar dianalisis dan disemak oleh guru dengan serta-merta dengan cara membuat perbincangan bersama pelajar.PemerhatianSetelah soalan diedarkan kepada mereka, didapati mereka bersemangat untuk menjawab . Mereka juga dapat menjawab soalan tanpa mengambil masa yang lama .Didapati mereka betul-betul memahami soalan yang diberikan kepada mereka dan dapat menjawabnya dengan penuh yakin.RefleksiSelepas mereka menjawab soalan , didapati mereka lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan bagi perkataan pinjaman bahasa Arab dan tidak lagi keliru dengan kaedah ejaan tulisan jawi yang bukan perkataan pinjaman.Walau bagaimanapun masih ada yang salah cara menyambung ayat tapi dapat menyebut perkataan pinjaman dengan baik. Ini adalah kerana mereka pada asalnya masih belum mengenal huruf-huruf jawi dengan baik.Kumpulan murid ini akan diberi bimbingan pemulihan dan diadakan aktiviti yang serupa secara pengulangan apabila mereka telah menguasai dan mengenali semua huruf jawi.Apabila disemak didapati bilangan murid yang mendapat kelulusan adalah menggalakkan berbanding sebelum ini iaitu 23 daripada 25 orang murid telah dapat menjawab soalan pinjaman bahasa Arab tanpa gagal danmanakala 12 orang daripadanyadidapati cemerlang

5.4PenilaianKeputusan Ujian Pra, Ujian Pertengahan Tahun disimpan dan dijadikan graf.Kerja tulis mereka diperiksa supaya mereka dapat menguasai kemahiran menyambung huruf dan memantaukekemasan tulisandan tulisan boleh dibaca. Di dalam peperiksaan tidak ada yang mendapatE , tetapi masih ada yang mendapatD tetapi boleh diperbaiki . Kerja menulis murid mulai kemas dan dapat menyiapkan kerja dengan cepat.

5.5Refleksi KajianTindakan intervensi yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah focus kajian iaitu telah membasmi E dalam ujian. Saya berasa gembira kerana 23 orang murid telah lulus ujian itu dan tiada murid yang mendapat E manakala bakinya mendapat D iaitu mendapat 35 dan 38 markah.Keberangkalian untuk penambahan lulus adalah tinggi.

6.0CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian ini, fokus program ini adalah untuk mendapatkan markah bagi bahagian perkataan pinjaman bahasa Arab . Ini turut membantu peningkatan markah bagi matapelajaran Jawi . Aspek pemasalahan yang lain adalah merangkumi kemahiran menyambung huruf menjadi perkataan. Kemahiran ini harus ditekankan dan diberi masa yang lebih lama untuk menjalankan aktiviti tersebut. Untuk menjalankan aktiviti ini dengan lebih berkesan dicadangkan diadakan kelas tambahan seperti sebelah pagi (sebelum P&P) atau waktu balik (selepas P&P).Ini kerana masa untukmatapelajaran Jawi hanya 1 waktu seminggu. Masa yang tidak mencukupi menyebabkan proses menjalankan aktiviti kurang lancar.Pada peringkat awal aktiviti,guruterpaksa mengingatkan murid untuk menyalin perkataan yang ditulis dipapan kenyataan. Ada murid yang tidak menyalin dengan alasan lupa dan murid ini telah diberi amaran dan denda. Denda yang saya gunakan adalah dengan menyuruhnya menyalin satu muka surat setiap satu perkataan dan mengingat perkataan tersebut . Masanya adalah selepas P&P, murid ini dipanggil dan diberitahu kepada ibubapa untuk lambatmengambil pelajar tersebut. Responnya selepas itu tiada lagi pelajar yang tidak menyalin , mereka pasti menyalin di papan kenyataan atau menyalinnya dengan kawan mereka.

7.0JADUAL PELAKSANAAN KAJIANBil.AktivitiTempoh / Tarikh pelaksanaan

1.Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal28 April 2011

2.Menulis kertas cadangan / proposal kajian04 Mei 2011

3.Merancang tindakan (individu / panitia)11 Mei 2011

4.Melaksanakan tindakan aktiviti 118 Me 2011

5.Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 122 Mei 2011

6.Melaksanakan tindakan aktiviti 215 Jun 2011

7.Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal8 April 2011

8.Menulis Proposal Kajian22 Oktober 2011

9.Merancang tindakan (individu / panitia)11 Mei 2011

10.Melaksanakan tindakan aktiviti 118 Mei 2011

11.Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 12 Mei 2011

12.Melaksanakan tindakan aktiviti 215Jun 2010

13.Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 222 Jun 2011

14.Melaksanakan tindakan aktiviti 318 Jun 2011

BIBLIOGRAFI

Othman Lebar., (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim: Penerbit UPSI

Lee Soon Guan et. Al (2006) Matra keluaran kedua , Jabatan Pendidikan Kedah.

Sektor Pengurusan Akademik. 2008. Koleksi Laporan Kajian Tindakan2008(TUNTAS).Kedah: Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

LAMPIRAN 1 : Contoh buku kamus jawi yang dibina

JBmjI BVAAjjI BVA pBII

iqi t.1

hA g A.2

SZIT ` L.3

u A x.4

jgi g.5

LAMPIRAN 2 : ContohSoalanbagiaktiviti 2

JBmjI BVAAjjI BVA pBII

.1

.2

.3

.4

.5

LAMPIRAN 3 : Contoh jawapan bagi aktiviti 2

JBmjI BVAAjjI BVA pBII

iqi t.1

hA g A.2

SZIT ` L.3

u A x.4

jgi g.5

LAMPIRAN 4: Contoh aktiviti 1 (Tasmik)

mMAe BVA pBIjYAj

V BMBjLj pBII

Bpi tiq.1

g AhA.2

T ` LSZI.3

A xu.4

i gjg.5

Ditasmik oleh :Ditasmik oleh :Ditasmik oleh :

()()()

Ditandatangani oleh ibu/bapaDitandatangani oleh rakanDitandatangani oleh guru

Kertas Cadangan Kajian Tindakan - Tugasan 2

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISFAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKANKPR 5063

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKANMENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGUASAI HURUF JAWI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH SALAM

DISEDIAKAN UNTUK:PROF. MADYA DR. HAJI ABD LATIF BIN HAJI GAPOR

DISEDIAKAN OLEH:NURUL ADILAH BINTI NOH L20101005884NOOR AZIMAH BINTI MAHYUDIN L20101006011FATIMAH HUSNA ABU YAMIN L20101006012RAZEMAH BINTI KAMARUDDIN L20101006016

KERTAS CADANGANMENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI HURUF JAWI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH SALAM

1.0Tajuk KajianPenggunaan kaedah SALAM (Sentuh Abjad Lantas Arif Membaca) dalam meningkatkan kemahiran menguasai huruf jawi dalam subjek Pendidikan Islam di kalangan murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5, Johor Bahru.

2.0Nama Pengkajia)Nurul Adilah Binti Noh L20101005884b)Noor Azimah Binti Mahyudin L20101006011c)Fatimah Husna Binti Abu Yamin L20101006012d)Razemah Binti Kamaruddin L20101006016

3.0Latar Belakang KajianMata pelajaran Pendidikan Islam merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh murid seawal darjah 1. Mata pelajaran ini diajar di sekolah bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang celik jawi dan berakhlak mulia. Sukatan pelajaran Pendidikan Islam ini bukan sahaja menerapkan ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran malah turut menekankan aspek-aspek yang berkaitan dengan nilai-nilai moral yang perlu ada sebagai seorang muslim. Oleh yang demikian, murid-murid akan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka.Penguasaan huruf jawi dianggap sangat penting kepada setiap individu muslim. Ia dianggap penting kerana tanpa penguasaan terhadap huruf jawi maka seseorang individu tidak akan dapat menguasai bacaan Al-Quran. Oleh yang demikian, penguasaan bahasa jawi perlu diterapkan diperingkat awal umur seorang kanak-kanak. Dengan ini mereka akan dapat membaca Al-Quran dengan baik dari segi bacaan serta tajwidnya. Untuk mencapai matlamat ini, satu kaedah yang dikenali sebagai SALAM telah diperkenalkan di mana ia telah dijadikan formula yang mudah bagi menguasai huruf jawi.Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5 iaitu sebuah sekolah kebangsaan di kawasan perumahan yang terletak di bandar Permas Jaya. Kawasan perumahan ini terletak kira-kira 20 km dari bandar Johor Bahru, Johor. Kajian ini disasarkan kepada 23 orang murid Tahun 1 dalam sebuah kelas. Seramai 11 orang murid telah dipilih secara rawak dan dijadikan responden kajian di mana mereka terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan.

4.0Penyataan Masalah

Mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah merupakan asas permulaan kepada pengetahuan murid tentang mata pelajaran Pendidikan Islam akan datang di peringkat sekolah menengah. Selain itu juga, asas dalam pembacaan Al-Quran memerlukan penguasaan murid terhadap huruf-huruf jawi.

Satu temu bual telah dijalankan di antara pengkaji dengan Cikgu Abdul Halil Bin Omar, seorang guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5, Johor Bahru di mana beliau telah menceritakan serba sedikit berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam kelasnya. Beliau mendapati bahawa murid dalam kelasnya tidak dapat menguasai huruf jawi dengan baik. Ini berikutan pemerhatian yang dijalankan oleh guru terbabit dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelasnya. Beliau turut mempunyai tujuh tahun pengalaman mengajar murid tahun 1.Permasalahan ini dikenal pasti apabila guru meminta murid menyebut huruf jawi dengan pendekatan nyanyian, murid dapat menyebut huruf jawi dengan jelas dan tepat. Tetapi apabila guru meminta murid menyebut huruf jawi secara individu iaitu tanpa nyanyian, murid menghadapi masalah untuk menyebut huruf jawi malah teragak-agak sebutannya. Ini bermaksud kaedah nyanyian bagi sebutan jawi tidak berjaya meningkatkan kemahiran murid menguasai huruf jawi dengan tepat walaupun kaedah ini menyeronokkan murid.

5.0Objektif Kajian

5.1Meningkatkan kemahiran menguasai huruf jawi dengan baik.5.2Murid dapat mengingat dan mengenal huruf dengan mudah dan bukannya menghafal.5.3Murid dapat membina kemahiran membaca dengan menggunakan kaedah SALAM.5.4Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk permainan.

6.0Metodologi Kajian

6.1Reka Bentuk KajianKajian ini akan dilaksanakan mengikut Model Stringer (2004)

Langkah 1: Merekabentuk (Mengenalpasti Masalah)

Masalah dapat dikenal pasti melalui pemerhatian yang dijalankan oleh Cikgu Halil semasa sesi pengajaran dan pembelajaran beliau dalam kelas di mana Cikgu Halil telah meminta murid dalam kelas tersebut menyebut huruf-huruf jawi secara individu. Melalui kaedah ini, Cikgu Halil dapat mengesan dan mengenal pasti murid yang menguasai dan tidak menguasai huruf jawi.

Langkah 2: Mengumpul Data

i.Dalam kajian ini, terdapat dua kaedah yang digunakan untuk mengumpul data antaranya melalui pemerhatian dan ujian pra. Melalui pemerhatian yang dijalankan, guru tersebut memberitahu bahawa masalah timbul apabila beliau meminta muridnya menyebut huruf jawi secara individu.ii.Setelah mengenal pasti masalah, satu ujian pra telah dijalankan ke atas murid-murid tersebut bagi mendapatkan jumlah murid yang berjaya menguasai dan tidak menguasai huruf jawi. Ujian Pra mengandungi 4 bahagian soalan. Murid akan menyebut dan membaca mengikut arahan guru. Guru akan menanda di dalam borang yang disediakan. (Sila rujuk Lampiran 1)

Langkah 3: Menganalisis Data

Data yang diperolehi melalui ujian pra yang dilakukan adalah seperti berikut:-oMenyebut huruf secara individuTahap MenguasaiBil. MuridPeratus (%)

Menguasai436

Tidak menguasai754

oBacaan secara tertib alif hingga yaTahap MenguasaiBil. MuridPeratus (%)

Menguasai327

Tidak menguasai863

oBacaan menurun ya hingga alifTahap MenguasaiBil. MuridPeratus (%)

Menguasai218

Tidak menguasai982

oBacaan secara rawakTahap MenguasaiBil. MuridPeratus (%)

Menguasai19

Tidak menguasai1091

Langkah 4: Menyampai Hasil

Analisis data menunjukkan majoriti murid tidak menguasai huruf jawi dengan baik. Mereka keliru antara huruf Ha dengan Kho dan Qhof dengan Kaf. Selain itu, mereka juga hanya boleh menyebut huruf mengikut bacaan secara tertib iaitu alif hingga ya tetapi sebaliknya berlaku sekirannya mereka diminta menyebut huruf secara menurun iaitu daripada ya ke alif ataupun secara rawak.

Langkah 5: Mengambil Tindakan

Beberapa aktiviti telah dicadangkan kepada guru tersebut untuk menangani masalah tersebut. Antara aktiviti tersebut adalah seperti berikut:-

Aktiviti 1: Kaedah menggunakan jari bermain kad blok huruf. Dalam aktiviti ini, murid akan menggunakan jari bermain blok huruf yang dibuat daripada mountin board. (Blok ini akan ditampal di dinding). Di sini, murid juga akan belajar mengikut bentuk huruf dengan kaedah yang betul.(Sila Rujuk Lampiran 2).Aktiviti 2: Menyebut huruf dengan menggunakan bongkah huruf. Aktiviti ini merupakan lanjutan daripada aktiviti pertama. Dalam aktiviti ini, murid akan menyebut dan menunjukkan huruf jawi satu persatu dengan menggunakan bongkah huruf tersebut. (Sila Rujuk Lampiran 3)Aktiviti 3: Menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM. Dalam aktiviti ini, murid akan menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM iaitu dengan menggunakan BUKU SALAM 1. Kaedah ini adalah seperti kaedah yang digunakan untuk belajar IQRA. Dalam aktiviti ini, guru akan meminta murid menyebut huruf berpandukan Buku SALAM 1 secara individu. Murid akan menyebut huruf seperti membaca Iqra. Aktiviti ini perlu dilakukan setiap hari sehingga habis buku SALAM 1. Dengan aktiviti ini, murid akan dapat menguasai huruf jawi dengan baik. (Sila Rujuk Lampiran 4)6.2Sasaran Kajian

Kajian ini melibatkan 11 orang murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5 yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan dan seorang guru yang mengajar Pendidikan Islam Tahun 1.

6.3Instrumen Kajian

a)Mengumpul DataSebelum meneruskan langkah-langkah yang seterusnya, tinjauan terhadap masalah yang telah dikenal pasti akan dilakukan dengan tujuan untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan masalah tersebut. Dua kaedah telah digunakan untuk mengutip data:-iii.Temubual Satu sesi temubual telah diadakan bersama dengan Cikgu Abdul Halil Bin Omar bagi mengenal pasti dan memahami dengan lebih mendalam mengenai masalah tersebut.iv.Ujian Pra Setelah masalah dikenal pasti, satu ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk melihat sejauh mana kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai kemahiran yang dikaji. Ujian Pra tersebut mengandungi 4 bahagian soalan. Murid akan menyebut dan membaca mengikut arahan guru. Guru akan menanda di dalam borang yang disediakan. (Sila Rujuk Lampiran 1)

b)Semasa Pelaksanaan TindakanSetelah analisis tinjauan dijalankan, guru akan mengumpulkan murid dalam kumpulan sasaran dan satu kaedah baru akan diperkenalkan di mana ianya mengandungi tiga aktiviti:Aktiviti 1 Menggunakan jari bermain kad blok hurufAktiviti 2 Menyebut huruf dengan menggunakan bongkah hurufAktiviti 3 Menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM. (Sila Rujuk Lampiran 2,3 & 4)

c)Selepas Pelaksanaan TindakanUjian Pos akan diberikan kepada murid untuk melihat pencapaian murid selepas pelaksanaan tindakan di mana ujian tersebut mengandungi soalan yang sama seperti Ujian Pra. Perbandingan akan dibuat untuk mengetahui samada ketiga-tiga aktiviti yang dijalankan berkesan atau tidak ke atas tahap penguasaan murid dalam huruf jawi.

6.4Metod Analisis(a)Temubual Analisis untuk mengenalpasti dan memahami masalah murid dalam pengguasaan huruf jawi.(b)Ujian Pra dan Ujian Pos Analisis markah murid.

7.0Kesignifikan Kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan guru-guru sekolah khususnya guru Pendidikan Islam. Dapatan kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk guru-guru di seluruh Malaysia yang mempunyai masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

8.0Anggaran Perbelanjaan

Jenis PerbelanjaanJumlah

Perjalanan (Tg Malim Johor Bahru)- RM 40 x 4 orangRM 160

Percetakan laporanRM 8

Lain-lain belanjaRM 10

JUMLAHRM 178

9.0Jadual Pelaksanaan

BilPerkaraTarikh

1 Mesyuarat Jawatankuasa (Pengumpulan data awal)23.08.10

2Temuduga guru08.09.10

3Penulisan kertas cadangan12.09.10

4Mereka bentuk tindakan (Mengenal pasti masalah)14.09.10

5Mengumpul data17.09.10

6Menganalisis data21.09.10

7Menyampaikan hasil25.09.10

8Mengambil tindakan27.09.10

9Refleksi dan penilaian kajian01.10.10

10Penulisan laporan kajian04.10.10

10Pembentangan dapatan kajian (Pemurnian laporan) 10.10.10

10.0Rujukan

Othman Bin Lebar. (2009).Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan.Tanjung Malim.

ISI KANDUNGANAbstrak1.Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu2.Fokus Kajian3.Objektif Kajian3.1Objektif Am3.2Objektif Khusus4.Kumpulan Sasaran5.Pelaksanaan Kajian5.1Tinjauan Masalah5.1.1Pemerhatian5.1.2Ujian Pengesanan5.2Analisis Tinjauan Masalah5.2.1Analisis Pemerhatian5.2.2Analisis Ujian Pengesanan5.3Tindakan yang dijalankan5.4Pelaksanaan Aktiviti5.4.1Aktiviti 1: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tandadan Baris5.4.2Aktiviti 2: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambungdengan Sistem Tanda dan Baris5.4.3Aktiviti 3: Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat Al-Quran yang mudah5.4.4Aktiviti 4: Latih tubi bacaan Buku Iqra setiaphari satu muka surat

Proposal contohBoleh baca dan kongsi..

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU DALAM AKTIVITI PENGAJARAN MATA PELAJARAN BAHASA ARAB

ABSTRAK

Program j-QAF ( Jawi, Al-Quran dan Fardhu Ain) merupakanhasrat kerajaan yang amat mulia dan bernilai dalam arena pendidikan kebangsaan. Program ini telah mewajibkan pembelajaran Bahasa Arab kepada semua pelajar Melayu bermula dari sekolah rendah. Berhubung dengan program ini, maka kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pelajaran menjalankan projek rintis berkaitan hasrat tersebut. Pelaksanaan projek ini adalah secara berperingkat-peringkat, dimulakan dengan sekolah-sekolah rendah gred A dan diwajibkan kepada semua pelajar-pelajar Islam kelas sederhana dan cemerlang. Projek yangsedang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara ini, diharapkan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang semestinya mencapai tahap mantap dan mahir berbahasa Arab dan menguasai tulisan jawi dengan baik serta dapat melaksanakan amal ibadat dengan baik dan sempurna. Maka kajian yang akan dijalankan nanti ialah untuk melihat jenis kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran Bahasa Arab dan kaedah pengajaran yang sering dilaksanakan di Sekolah Rendah. Kajian akan menilai tahap kefahaman Bahasa Arab dari segi kemahiran menulis dan menjawab soalan lisan dan bertulis dengan betul serta memberi gerak balas atau respon yang betul kepada pembelajaran mereka.

Kajian ini akan menggunakan model kajian yang djalankan oleh E.C.Bryant (1974) yangmenjelaskan bahawa faktor latar belakang dan proses pendidikan seperti faktor persekitaran pelajar termasuk kemahiran komunikasi guru dan aspek pengetahuan akan mempengaruhi pencapaian dan tahap kefahaman seseorang pelajar. Justeru kajian ini akan memfokuskan kemahiran komunikasi guru sebagai faktor yang boleh menyumbang ke arah tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Pentingnyakajian ini kerana ia amat selari dengan kehendak dan aspirasi Perdana Menteri yang mewajibkan semua pelajar Islam mempelajari Bahasa Arab semenjak di sekolah rendah. Kajian ini juga ialah sebagai satu usaha penambahbaikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap negeri dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi merangka dan membina modul yang lebih bersesuaian dengan situasi pelajar dan guru khususnya guru yang terlibat dengan pengajarantahap 1 sekolah rendah. Selain itu kajian ini akan dapat membantu mengenal pasti metod dan sumber pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar sekolah rendah untuk mempelajari Bahasa Arab. Ibubapa dan waris pelajar juga dapat memanfatkan kajian ini untuk membimbing anak-anak didik mereka untuk mencintai Bahasa Arab dan pelajaran jawi dengan lebih mantap Di samping itu dapat meningkatkan peranan komunikasi guru dalam menentukan keberkesanan pengajaran Bahasa Arab di sekoalh rendah. Amat diharapkan kajian yang akan dijalankan dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan ilmiah dalam merialisasikan projek j-QAF yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada 24 April 2004 di SMK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu. Selain itu dapat mengukur dan memberikan maklumat berkaitan keberkesanan program j-QAF yang telah dan sedang dijalankan oleh pihak kementerian serta dapat merancang program bagi membantu pihak sekolah merialisasikan impian dan hasrat kerajaan dalam projek j-QAF.

1.0 Pendahuluan

Projek j-QAF merupakan satu aspirasi murni untuk merealisasikan pendidikan Bahasa Arab, Jawi dan Fardhu Ain. Susunan model-model dalam program ini amat terancang dan relevan untuk dimajukan dari semasa ke semasa. Sememangnyaprojek ini amat dialu-alukan oleh golongan pendidik khususnya golongan pendidik bidang Bahasa Arab, Jawi dan Fardhu Ain di seluruh Malaysia. Walaupun program ini melalui tempoh masa yangmasih muda dan belum mencapai tempoh lima tahun, umumnya golongan waris dan pendidik memberi sambutan yang sangat baik untuk kita terus memartabatkan projek ini. Di samping kajian-kajian, pandangan-pandangan positif daripada golongan terlibat amat dialu-alukan bagi membantu memperkasakan lagi pelan baik ini.

Justeru, penulis merasa terpanggil untuk melihat keberkesanan dan hasil pencapaian program yang masih di anggap baru ini. Selain dapat menganalisis hasil pencapaian program dan mencari rangkapenambahbaikan, penulis amat berharap agar dapat melihat dan menganalisis kaedah dan modul yang digunapakai dalam projek ini demi memartabatkan bidang keguruan j-QAF dan pendidikan j-QAF itu sendiri. Selain itu kajian ini adalah kesinambungan daripada kajian pertama dahulu.

Maka berdasarkan hakikat ini penulis mencuba untuk melaksanakankajian ini iaitu: Kemahiran Komunikasi Guru Dalam Aktiviti Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah.

2.0Penyataan MasalahProses pendidikan yang baik semestinya akan membuahkanhasil produk yang baik dan bersumberkan kepada kaedah yang jelas. Hasil yang baik dan mantap biasanya dijadikan sebagai penanda aras terhadap kejayaan dan kegagalan sesebuah program. Tanpa melalui proses muhasabah atau postmortem sesuatu program, kita seumpama berjalan tanpa panduan dan pedoman.Untuk maju kehadapan kita harus mempunyai dasar dan asas yang kukuh. Pendidikan adalah penentu corak serta mutu kehidupan seseorang manusia. Pendidikan yang utuh dan afdal akan melahirkan manusia dan bangsa yang kuat dan mulia.Bagi menjamin agar pendidikan itu berupaya membentuk manusia dan bangsa yang kuat, ia harus dibangun dan dikembangkan di atas asas-asas dan model-model yang kukuh.

Maka, kajian ini cuba untuk melihat kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran Bahasa Arab. Kajian ini juga akan membantu menambah baik dan mengukuhkan lagi kemahiran komunikasi guru dan memantapkan lagi kaedah pengajaran Bahasa Arab khususnya pengajaran di sekolah.Kebanyakan kajian yang telah dilaksanakan adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang berhubung kait dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah tetapi sangat sedikit kajian yang meninjau perihal dan permasalahan pendidikan di peringkat rendah.

Justeru itu, pengkaji dengan rasa tanggungjawab dan amat berminat berjuang untukmeninjau beberapa proses pengajaran dan pembelajaran yang bersandarkan kepada model j-QAF. Tinjauan ini adalah bagi mengenalpasti samada kemahiran komunikasi guru dapat menjadi sumbangan dan motivasi atau dapat menanam rasa cinta dalam diri pelajar untuk memahami Bahasa Arab dan belajar dengan lebih tekun seterusnya berjaya dalam pendidikan Bahasa Arab dan Jawi serta dapat meneroka pembacaan Al-Quran dengan lebih baik.Uguroglu (1982) mengatakan bahawa motivasi merupakan pembolehubah yang paling rapat dengan pencapaian pelajar.

Stipek (1984) pula mengatakan bahawa perlunya motivasi dalaman pelajar untuk belajar. Beliau percaya bahawa terdapat banyak cara untuk meningkatkan motivasi dalaman pelajar. Antaranya ialah dengan memberikan tugasan yang mencabar, penggunaan bahasa positif dalam kelas dan pembelajaran secara koperatif. Eccless, Midgeley dan Adler (1988) menyokong pandangan ini dan mengatakan bahawa motivasi akan meningkat jika pelajar diberikan lebih banyak autonomi dan kawalan terhadap pembelajaran mereka. Pandangan mereka amat bersesuaian dengan penggunaan model-model j-QAF yang banyak melaksanakan teknik latih tubi dan teknik penekanan ingatan.Manakala guru-guru j-QAF pula memberikan perhatian serta tunjuk ajar yang tegas semasa aktiviti pemulihan dan perluasan Bahasa Arab, di samping itu tetap mendekati pelajar melalui teknik pujukan dan belaian agarpelajar dapat merasai keseronokan belajar .

Selain daripada pengkaji-pengkaji yang tersebut, terdapat ramai lagi pengkaji bahasa yang menjalankankajian mereka untuk melihat dan menguji sesuatu perjalanan program yang telah dirancang dalam tempoh-tempoh tertentu. Pernyataan merekaamat bermakna untuk pengkaji melihat perjalanan program j-QAF ini demi mempertingkatkan pengajaran Bahasa Arab dan Jawi.Antara objektif projek j-QAF ialah untuk memperkasakan Bahasa Arab , Jawi dan Al-Quran. Objektif ini telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran berdasarkan laporan sekolah terhadap kelemahan pelajar menguasai ketiga-tiga bidang tersebut. Jadi,tajuk ini amat bertepatan dalam suasana pendidikansekarang. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi sedikitgambaran berkenaan hasil program j-QAF yang sedang diperkasakan.Program Interaksi Guru Pembimbing j-Qaf yang dilaksanakan pada 14 Januari 2008 di Institut Perguruan Perlis, Perlis melaporkan bahawa terdapat segelintir pihak pentadbir sekolah yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran memberi beberapa komenberkaitan guru j-QAF di sekolah. Komen-komen tersebut dapat diringkaskan seperti berikut:

i.Segelintir guru-guru j-QAF tidak dapat menyampaikan objektif projek j-QAF dengan berkesan samada aspek pengajaran dan pembelajaran yang berunsur pemulihan dan aspek penekanan rohani.

ii.Segelintir guru j-QAF tidak dapat memberi kerjasama yang baik dan lancar dalam beberapa aktiviti anjuran sekolah.

iii.Segelintir guru j-QAF tidak dapat melaksanakan program atau model j-QAF seperti yang dirancang dalam takwim sekolah

Berdasarkan beberapa komen di atas, dapat dirumuskan bahawa kajian ini perlu dijalankan bagi melihat status pelaksanaan program tersebut serta membuat beberapa pertimbangandengan tidak meminggirkan pendapat dan komen daripadapihak-pihak tertentu. Memandangkan tempoh pelaksanaan program ini yang masih baru, sememangnya wujud permasalahan yang perlu dibincangkan dan dihuraikan bersama oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Justeru, pengkaji akan cuba menganalisis program ini dari aspek keberkesanan dankeperluannya terhadap generasi sekolah dan melihat hasil pencapaian pelajar berdasarkan program yang dirangka dengan sebegitu mantap dan bersistematik.

3.0Kepentingan Kajian.Pentingnya kajian ini kerana ianya amat selari dengan kehendak dan aspirasi Perdana Menteri yang mewajibkan semua pelajar Islam mempelajari Bahasa Arab dan memahaminya dengan lebih baik semenjak di sekolah rendah lagi. Justeru kajian ini adalah sebagai satu usaha penambahbaikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap negeri dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi merangka dan membina modul kemahiran komunikasi guru yang lebih sesuai dan mantap dan bersesuaian dengan situasi pelajar khususnya pelajar yang berada di tahap 1 sekolah rendah.

Selain itu kajian ini akan dapat membantu mengenal pasti metod dan sumber pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar sekolah rendah untuk mempelajari Bahasa Arab, Jawi dan Al-Quran. Ibubapa dan waris pelajar juga dapat memanfatkan kajian ini untuk membimbing anak-anak didik mereka untuk mencintai Bahasa Arab dan pelajaran jawi. Di samping itu dapat meningkatkan peranan bahasa Arab sebagai wadah penting dalam proses penitisan ilmu-ilmu Islam dan subjek-subjek yang berteraskan keagamaan.

Amat diharapkan kajian yang akan dijalankan dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan ilmiah dalam merialisasikan projek j-QAF yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada 24 April 2004 di SMK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu. Selain itu dapat mengukur dan memberikan maklumat berkaitan keberkesanan program j-QAF yang telah dan sedang dijalankan oleh pihak kementerian serta dapat merancang program bagi membantu pihak sekolah merialisasikan impian dan hasrat kerajaan dalam projek j-QAF.

Kepentingan kajian ini adalah dirumuskan seperti berikut:

3.1Kajian ini penting untuk memberi pendedahan kepada masyarakat terutama warga pendidikan tentang keberkesanan model-model j-QAF serta kaedah-kaedah yang dijalankan melalui projek-projek yang telah dilaksanakan dan sedang dirangka seperti projek j-QAF. Projek ini diharap dapat mendidik para pelajar menjadi insan yang celik Bahasa Arab, Jawi dan Al-Quran di samping memastikan kesempurnaan serta keseimbanganjasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.2Membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya bahagian Pendidikan Islam bagi mengkaji, menilai, menambah baikandalam merangka Kurikulum Sistem Pendidikan Islam dan projek j-QAF di sekolah-sekolah di Malaysia pada masa akan datang melalui analisis kajian.

3.3Mengaplikasikan kaedah-kaedah yang bersesuaian dan mantap dalam kurikulum pendidikan Islam khusunya program j-QAF di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

3.4Memberi dorongan kepada seluruhwarga pendidikan agar dapat menghayati kaedahdan prinsip-prinsip pendidikan Islam menerusi program yang disediakan. Seterusnya dapat merealisasikanobjektif projek j-QAF seperti dihasratkan oleh Menteri Pelajaran serta menyempurnakan maksud yang terkandung dalam falsafah, misi dan visi pendidikan Negara.

4.0ObjektifKajian.

4.1Mengenalpasti kemahiran komunikasi guru dalam aktivitipengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab

4.2Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalamMata Pelajaran Bahasa Arab

4.3Melihat hubungan antara kemahiran komunikasi guru dan tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab

4.4Meninjau bagaimana pelaksanaan kemahiran komunikasi gurudalam aktiviti pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab

5.0Soalan KajianApakah jenis kemahiran komunikasi gurudalam aktiviti Mata Pelajaran Bahasa Arab?

Apakah terdapat perbezaantahapkefahaman pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab?

Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran komunikasi guru dan tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab?

Apakah teknik-teknik pelaksanaan kemahiran komunikasiguru dalam pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab?

6.0Batasan Kajian.

Fokus kajian ini akan melihat dan meninjau kemahiran komunikasi guru dalam mata pelajaran Bahasa Arab dari aspek kefahaman pelajar.Fokus kedua kajian ini akan meninjau dan menganalisis secara khusus kepada beberapa kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilaksanakan oleh guru di sekolah rendah dan hanya akan melibatkan tahun 1 hingga tahun 2 sahaja. Kajan ini akan meliputi Kurikulum Pendidikan Islam KSSR dan model Pembelajaran Bahasa Arab Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu kurikulum-kurikulum yang lain dari kurikulum KSSR Pendidikan Islam dan model-model j-QAF selain daripada yang disebut di atas ( Model Pemulihan Jawi, Model Tasmik Al-Quran dan Bestari Solat) adalah terkeluar dari skop kajian ini dan tidak akan dirujuk secara khusus oleh penulis.

7.0SorotanKarya

Di dalam mendapatkan data dan maklumat tentang kajian ini, penulis telah melakukan tinjauan terhadap kajian-kajian lampau yangmempunyai kaitan dengan tajuk kajian penulis.Menurut Abd. Rahim (1999), daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah dan metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para pelajar. Kreativiti juga memerlukan daya imaginasi untuk membolehkan para pelajar meneroka dan menghayati pengajaran yang berguna dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Ketandusan unsur kreatif dalam pengajaran akan menyebabkan pelajar berasa bosan, jemu dan tidak berminat dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Zawawi Hj Ahmad (1988)Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM.Fajar Bakti : Kuala Lumpur.Buku ini menerangkan tentang kaedah dan strategi yang diguna pakai dalam pengajaran pendidikan Islam KBSM. Ia menyentuh secara langsung tentang peranan guru dan kaedah yang boleh digunakan oleh mereka ketika sessi pengajaran dan pembelajaran. Buku ini amat berguna kepada penulis dalam membuat penilaian dan perbandingan dalam kurikulum pendidikan j-QAF di Malaysiadengan pelaksanaanya secara langsung oleh guru dan isu-isu pendidikan Islam kini.

Prof. Dr. Hassan Langgulung (2002)Peralihan Paradigma Dalam Pendidikan Islam danSains Sosial,Gaya Media Pratama : Jakarta. Isi buku ini merupakan himpunan tulisan Prof . Hassan Langgulung dalam berbagai seminar dalam dan luar negara. Ia mengandungi tema-tema penting yang berkaitan dengan falsafah pendidikan seperti Pendidikan menghadapi abad ke 21,Falsafah pendidikan guru, Falsafah Pendidikan di Malaysia , Falsafah Pendidikan Islamdan lain-lain. Buku ini mengandungi fakta-fakta dan huraian yang amat penting kepada penulis untuk memahai isi dan falsafah pendidikan Islam di Malaysia dan dalam usaha untuk membuat perbandingan tentang keberkesanan sesuatu kaedah model pengajaran

Prof. Dr.Muhammad Hamid Al-Affendi et. al(1980)Curriculum and Teachers Education,King Abd Aziz Universiti: Jeddah. Buku ini mengandungi kompilasi penulisan intelektual Islam diseluruh dunia Islam yang merasa terpanggil untuk melakukan sesuatu dalam menghadapi dan memerangi dualisme kurikulum dalam pendidikan di negara-negara umat Islam.Antara penulis dalam buku ini ialah Prof Ahmed al-Beely yang menulisKonsep Kurikulum Pendidikan Islam, Prof. Dr Ahmad Shalaby yang menulis Kurikulum Pendidikan Islam Prof Afzalur Rahman yang menulisPendidikan Islam Kanak-kanak Islam di Barat dan masalah kurikulum dan Sukatan Pelajaran. Buku ini amat berguna kepada penulis di dalam menilai sistem pendidikan di Malaysia dengan kurikulum pendidikan Islam yang juga dilaksanakan di negara-negara Islam seluruh dunia.

Program Interaksi Guru Pembimbing j-Qaf yang dilaksanakan pada 14 Januari 2008 di Institut Perguruan Perlis, Perlis melaporkan bahawa terdapat segelintir pihak pentadbir sekolah yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran memberi beberapa komenberkaitan guru j-QAF di sekolah. Komen-komen tersebut dapat diringkaskan seperti berikut:

iv.segelintir guru-guru j-QAF tidak dapat menyampaikan objektif projek j-QAF dengan berkesan samada aspek pengajaran dan pembelajaran dan aspek rohani.

v.Segelintir guru j-QAF tidak dapat memberi kerjasama yang baik dan lancar dalam beberapa aktiviti anjuran sekolah.

vi.Segelintir guru j-QAF tidak dapat melaksanakan program atau model j-QAF seperti yang dirancang dalam takwim sekolah

Berdasarkan beberapa komen di atas, dapat dirumuskan bahawa kajian perlu dijalankan bagi melihat status pelaksanaan program tersebut serta membuat beberapa pertimbangandengan tidak meminggirkan pendapat dan komen pihak-pihak tertentu. Memandangkan tempoh pelaksanaan program ini yang masih baru, sememangnya wujud permasalahan yang perlu dibincangkan dan dihuraikan bersama oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung khususnya dalam konteks pedagogi guru-guru BahasaArab dalam projek j-QAF.

Justeru, pengkaji akan cuba menganalisis program ini dari aspek keberkesanan dankeperluannya terhadap generasi sekolah dan melihat hasil pencapaian program yang dirangka dengan sebegitu mantap dan bersistematik.

8.0Metodologi Kajian

Metodologi penelitian diertikan sebagai ilmu tentang cara mengadakan penelitian(1975). Ia berasal dari bahasa Yunani ; methodos yang bererti cara atau jalan. Dalam bidang penelitian secara ilmiah, metod merupakan cara bekerja untuk memahami objek yang menjadi sasaran penelitian.Manakala penyelidikan bermaksud tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambah ilmu pengetahuan baru dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan.

Reka bentuk kajian ialah berbentukKualitatif dan Kuantitatif. Kajian deskriptif adalah untuk meninjau kaedah pengajaran Bahasa Arab yang dijalankan oleh guru-guru j-QAF dan guru BahasArab melalui soal selidik. Manakala statistik deskriptif akan digunakan bagi menganalisis jenis kemahiran komunikasi guru yang diakasanakan di sekolah. Manakala kajian kualitatif pula akan meninjau teknik-teknik pelaksanaan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran B.Arab melalui kaedah temu bual.Responden kajian ini terdiri daripada guru-guru j-QAF lelaki dan perempuan dan guru-guru Bahasa Arabyang telah dilantik dan mengajar di sekolah serta pelajar tahun 1 hingga 2 yang terlibat dengan program j-QAF dan yang belum terlibat. Data kajian pula akan diperoleh dengan menggunakan soal selidikdan pemerhatian oleh penyelidik sendiri. Item soal selidik akan dirangka berpandukan kepada jenis kemahiran komunikasi yang telah dirangka oleh penyelidik. Manakala analisis peperiksaan pelajar akan diambil bagi membuat perbandingan keputusan dan kefahaman pelajar.

8.1MetodPenganalisaan Data

Data Soal Selidik yang dikumpul akan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 15.0.Antara ujian yang akan dijalankan ialah statistik deskriptif dan ujian korelasi bagi melihat hubungan antara kemahiran guru dengan tahap kefahaman pelajar.

8.2 Instrumen Kajian

Kajian ini akan menggunakan kaedah soal selidik berasaskan soalan-soalan yang akan diubahsuai daripada teknik Money Problem Checklist yang telah diterjemahkan oleh Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Kemudian teknik iniakan diubahsuai agar bersesuaian dengan kajian yang akan dijalankan. Kaedah soal selidik ini terdiri daripada angkubah-angkubah yang berhubungkait dengan model dan teknik serta penguasaan dan kemahiran guru dalam pengajaran Bahasa.

9.0Kerangka Konseptual

Kajian akan berlandaskan kepada Model Bryant (1974). Model ini menjelaskan tentang faktor-faktor yang mempunyai kaitan dengan hasil pencapaian.

Faktor Latar BelakangStrategi Pengajaran( KemahiranKomunikasiGuru)

PersekitaranPencapaian

Proses PendidikanPengaruh lain

Sumber:E.C.Bryant, Association Between Educational Outcomes And Background VariableDenver:National Assessment Of Educational Progress, 1974, p.5.

Rajah di atas menerangkan bahawa latar belakang dan proses pendidikanmemberi impak ke atas pencapaian seseorang pelajar. Berdasarkan rajah tersebut, maka pengkaji akan meninjau proses pendidikan yang berlaku di sekolah melalui aktiviti pengajaran yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi guru dan kesannya dalam penguasaan Bahasa Arab.

Maka, dapat dirumuskan bahawa kerangka kajian yang akan dilaksanakan adalah seperti rajah berikut :

10.0Kerangka Kajian

Pembolehubah BebasPembolehubah Bersandar

Tahap Kefahamanpelajar -dapat menjawabsoalandengan betul -bertindak balas denganbetul -menulis dengan betul -keputusan ujian yangbaik

Berdasarkan Kerangka Kajian di atas, maka pengkaji akan melihat aspek-aspek yang berkaitan dengan jenis kemahiran komunikasi yang dipraktikkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kemudian, sampel soal selidik akan melibatkan guru dan pelajar sekolah yang terlibat dengan pembelajaran Bahasa Arab.

11.0Intepretasi Tahap Kefahaman PelajarTahap 1Tahap 2Tahap 3Tahap 4

Tidak dapat memahami dan bertindak balas terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaranDapat memahami beberapa arahan dan melakukan tindak balas dengan minimumDapat memahami dan melakukan gerak balas dalam beberapa arahan dengan baikDapat memahami dan bertindak balas dengan baik dan memberikan respon yang pantas dalam aktiviti

Rajah 3 : Petunjuk tahap kefahaman pelajar.

12.0 Kesimpulan

Pengkaji amat berharap bahawakajian ini dapat dilaksanakan dengan baik, berfokus serta dapat menjawab persoalan kajian yang dirancangkan.. Kemudian hasil kajian ini nanti diharapkan dapat memberi maklumat yang positif ke arah penambahbaikan dalam rancangan dan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah khususnya menjadi respon terhadap program j-QAF dan pendidikan Bahasa Arab sekolah rendah.

Bibliografi

Al-Quran al-Karim

Al-Hadith al-Syarif

Abd Rahim Abd Rahim. (1999). Pendidikan sejarah: Falsafah, teori dan amalan.Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Hj. Abdullah,Falsafah Dan Kaedah Pemikiran(2001), KualaLumpur: Utusan Publication.

Charles Issawi, M.A, (1963),An Arab Philosophy of History, Selections from theProlegomena of Ibn Khaldun of Tunis (1332-1406), London: J. Murray

Ecless, J., Midgeley, C., Adler, T.F. (1984). Grade-related changes in the school environment: Effects on achievement motivation. In Advances in motivation and achievement, Vol 3. Edited by John, G.N Greenwich, Connecticut, JAI Press, 1984.

Hashim Musa (2001),Falsafah Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu; SuatuPengenalan, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu

Hassan Langgulung (2003),Asas-Asas Pendidikan Islam,Jakarta: Pernerbit P.Pustaka al-Husna, cet. 5.

_______________ (1986),,Pengenalan Tamadun Islam Dalam PendidikanKualaLumpur:DBP

Majid Fakhry,A Short Introduction To Islamic Philosophy, Theology andMysticism(1997), (terj.) Jakarta: Penerbit Mizan.

Mohd Hussain Ali Yasin,Mabadi Asasiah Fi Turuk Tadris Al Am, Darul Qalam,Beirut, Lubnan

_____________________(2005),Budaya Berfikir Kritis Menurut Ibn Khaldun Sebagai Asas Pembinaan Budaya Berfikir Melayu Masa Kini,kertas kerja seminar antara bangsa budaya dan pemikiran antara negara China dan Malaysia, di Universiti Beijing China pada 6-12 Jun 2005.

Osman Bakar, Beberapa Aspek Falsafah Ilmu, dalamJurnal Kesturi, bil 2,Disember 1995

Sarton,George (1975),Introduction to the History of Science, New: York: RobertE Krierger, v.3

Stipek, D.J.(1984).Motivation to learn. From theory to practice. EnglewoodCliffs, New Jersey : Prantice Hall, 1988.

Wan Mohd Nor Wan Daud (2003)Budaya Ilmu satu Penjelasan, Singapura:Pustaka Nasional, 2003.

_______________________ (2005),Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam SyedM.Naquib Al-Attas, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.