dailog temu bual

5
Saya : Bolehkah cikgu memberikan maksud Pembelajaran Berasaskan Projek ? Cikgu Huzakiah : Pembelajaran Berasaskan Projek bermaksud proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dalam jangka masa yang tertentu. Kaedah pengajaran ini menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Proses pembelajaran ini juga biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul. Murid-murid akan diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian. Masalah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek. Saya : Apakah ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek ini ? Cikgu Huzakiah : Antara ciri-ciri pembelajaran ini adalah PBP boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. Dalam hal ini, kebebasan memilih cara yang sesuai lebih terletak pada guru yang menjalankan PBP, sama ada mahu muridnya bekerja secara individu, berkumpulan atau menggabungkan kedua-dua cara sekali gus bergantung pada projek yang dibuat. Selain itu PBP adalah kaedah mengajar di mana murid itu akan terlibat dalam proses inkuiri secara berterusan yang berfokuskan soalan dan masalah yang kompleks dan sebenar. Saya : Mengapa cikgu memilih pendekatan pembelajaran ini ? Cikgu Huzakiah : Saya memilih pendekatan ini kerana melalui pembelajaran berasaskan projek ini murid melaksanakan aktiviti pembelajaran tanpa mengharapkan guru dan mempunyai pilihan dan

Upload: aiman-firdaus

Post on 29-Sep-2015

21 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

transkrip..

TRANSCRIPT

Saya: Bolehkah cikgu memberikan maksud Pembelajaran Berasaskan Projek ?Cikgu Huzakiah : Pembelajaran Berasaskan Projek bermaksud proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dalam jangka masa yang tertentu. Kaedah pengajaran ini menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Proses pembelajaran ini juga biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul. Murid-murid akan diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian. Masalah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek.Saya : Apakah ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek ini ?Cikgu Huzakiah : Antara ciri-ciri pembelajaran ini adalah PBP boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. Dalam hal ini, kebebasan memilih cara yang sesuai lebih terletak pada guru yang menjalankan PBP, sama ada mahu muridnya bekerja secara individu, berkumpulan atau menggabungkan kedua-dua cara sekali gus bergantung pada projek yang dibuat. Selain itu PBP adalah kaedah mengajar di mana murid itu akan terlibat dalam proses inkuiri secara berterusan yang berfokuskan soalan dan masalah yang kompleks dan sebenar.Saya: Mengapa cikgu memilih pendekatan pembelajaran ini ?Cikgu Huzakiah : Saya memilih pendekatan ini kerana melalui pembelajaran berasaskan projek ini murid melaksanakan aktiviti pembelajaran tanpa mengharapkan guru dan mempunyai pilihan dan kebebasan untuk bersuara. Di samping itu juga, murid dapat mempamerkan pemahaman yang mendalam dalam pengetahuan akademik dan kemahiran yang telah diajar oleh guru.Saya : Boleh cikgu jelaskan tajuk, objektif dan hasil pembelajaran yang cikgu pilih untuk rancangan pembelajaran ini ?Cikgu Huzakiah : Tajuk untuk sesi pembelajaran adalah Memahami haiwan mempunyai ciri-ciri khas bagi melindungi diri daripada musuh .Manakala objektif pembelajaran ialah murid dapat memahami ciri-ciri khas haiwan melidungi diri daripada musuh, murid dapatmemahami pelakuan haiwan melidungi diri daripada musuh dan murid dapat Menerangkan bagaimanakah ciri khas dan pelakuan haiwan melidungi diri daripada musuh. Saya : Cuba cikgu jelaskan langkah-langkah yang telah cikgu susun dalam rancangan pengajaran ini.Cikgu Huzakiah : Saya memulakan sesi pembelajaran dengan membawa murid-murid ke Taman Sains Sekolah. Di sini saya telah meminta murid untuk menyentuh beberapa jenis haiwan seperti siput dan ulat gonggok dan memerhatikan bagaimana tingkahlaku haiwan tersebut apabila disentuh. Seterusnya, di dalam langkah pertama, saya telah menggunakan peta minda untuk memperkenalkan dan menerangkan ciri-ciri khas dan pelakuan haiwan bagi melindungi diri daripada musuh. Langkah yang kedua pula saya mengemukakan beberapa soalan kepada murid untuk mencungkil penngetahuan mereka dalam mengenalpasti cara haiwan melindungi diri daripada musuh. Di dalam langkah yang ketiga pula, murid menyatakan ciri-ciri khas haiwan melidungi diri dan merekodkan perhatian mereka. Di dalam langkah yang keempat pula guru meminta wakil setiap kumpulan melaporkan hasil dapatan mereka. Guru membuat perbandingan hasil dapatan antara kumpulan ( ciri-ciri khas dan pelakuan haiwan yang paling tepat Seterusnya dalam fasa aplikasi idea, saya telah mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid-murid menjawab soalan yang berkenaan. Sebagai penutup sesi pembelajaran murid menyanyikan lagu Bangau Oh Bangau .Saya : Apakah sumber-sumber dan bahan pembelajaran yang cikgu gunakan dalam pembelajaran berasaskan projek ini ?Cikgu Huzakiah : .Antara sumber dan bahan pembelajaran yang telah saya gunakan dalam pembelajaran ini ialah bahan maujud seperti siput dan ulat gonggok, Cakera padat mata pelajaran Sains Kementerian Pendidikan Malaysia, gambar-gambar haiwan, Kad manila, Pen Marker, Jadual ciri-ciri khas haiwan serta Lirik lagu Bangau oh bangau.Saya : Bagaimana dengan penglibatan murid sepanjang sesi pembelajaran berasaskan projek ini ?Cikgu Huzakiah : Secara keseluruhannya, penglibatan murid dalam pembelajaran berasaskan projek ini adalah sangat aktif. Murid-murid juga mampu memberikan pendapat dan idea mereka dalam tugasan yang diberikan.Saya : Adakah cikgu menghadapi sebarang masalah semasa menjalankan pembelajaran berasaskan projek ini.Cikgu Huzakiah : Ya, sudah tentu. Antara masalah-masalah yang saya hadapi semasa menjalankan pembelajaran berasaskan projek ini ialah saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada keseluruhan murid kerana jumlah pelajar yang ramai. Ini memberi kesan terhadap aspek kawalan kelas yang tidak teratur. Selain itu, tahap kebolehan murid yang berbeza-beza dalam kelas turut menyukarkan guru semasa dalam proses pembelajaran. Guru perlu berusaha mencari strategi atau cara yang sesuai dan menarik kerana dalam sesebuah kelas murid-murid adalah berbeza daripada pelbagai segi mental, fizikal, dan emosi.Saya : Selepas selesai sahaja sesi pembelajaran, bagaimana cikgu melihat reaksi murid-murid ?Cikgu Huzakiah : Saya melihat kebanyakan murid kelihatan gembira dan berpuashati selepas selesai sesi pembelajaran. Ini kerana aktiviti pembelajaran berasaskan projek ini adalah berpusatkan murid dan ini memberi peluang kepada mereka untuk terlibat secara aktif. Di samping itu juga, mereka kelihatan teruja apabila dapat menghasilkan hasil kerja dalam bentuk laporan yang telah disiapkan.Saya : Pada pendapat cikgu, adakah objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dapat dicapai ?Cikgu Huzakiah : Secara keseluruhannya, objektif pembelajaran telah berjaya dicapai.Saya : Secara keseluruhannya, apakah kekuatan dan kelemahan pembelajaran berasaskan projek ini ?Cikgu Huzakiah : Pembelajaran berasakan projek merupakan satu Pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid. Justeru ia dapat menimbulkan rasa minat murid untuk belajar kerana semua murid terlibat dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu juga, ia akan menimbulkan rasa yakin setiap murid kerana mereka dapat menyampaikan idea secara bebas. Bagi guru pula, mereka akan dapat memahami minat murid dengan lebih mendalam. Interaksi guru dengan murid juga akan lebih lancar dengan guru memberikan fokus sepenuhnya kepada murid. Banyak masa diperuntukkan untuk aktiviti murid sahaja. Murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka. Guru dapat mengetahui tahap kemampuan murid. Kelemahan Tumpuan tidak boleh diberi kepada keseluruhan murid kerana jumlah pelajar yang ramai menyebabkan guru sukar untuk memberi perhatian kepada tiap-tiap murid. Penglibatan setiap pelajar tidak menyeluruh. Faktor masa iaitu masa yang terhad yang diperuntukkan kepada guru akan menyebabkan apa yang ingin disampaikan oleh guru tidak tercapai. Kawalan kelas tidak menyeluruh menjadikan kelas tidak teratur dan tidak bagus. Potensi murid yang berbeza-beza dalam kelas menyukarkan guru semasa dalam proses pembelajaran. Guru perlu berusaha mencari strategi atau cara yang sesuai dan menarik kerana dalam sesebuah kelas murid-murid adalah berbeza daripada pelbagai segi mental, fizikal, dan emosi