dasar latihan hospital sungai buloh - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf ·...
TRANSCRIPT
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH
Diterbitkan oleh: Unit Latihan
Bahagian Sumber Manusia Hospital Sungai Buloh
Cetakan pertama: Oktober 2011
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Sekalung Ucapan
Pengarah Hospital Sungai Buloh
Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya Dasar Latihan Hospital Sungai
Buloh ini dapat diterbitkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Jawatankuasa Penggubalan Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh yang diketuai oleh
Timbalan Pengarah (Pengurusan) di atas usaha yang tinggi dalam penyediaan
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh ini.
Sebagai usaha untuk memantapkan latihan anggota-anggota Hospital Sungai Buloh,
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh perlu diwujudkan bagi memberi panduan
kepada semua anggota Hospital Sungai Buloh mengenai proses latihan yang perlu
diikuti bermula daripada awal pelantikan atau penempatan di Hospital Sungai Buloh
sehingga pra persaraan anggota.
Oleh itu, saya berharap agar semua anggota Hospital Sungai Buloh dapat
memanfaatkan sepenuhnya dasar ini. Saya juga berharap semoga prestasi
perkhidmatan semua anggota Hospital Sungai Buloh akan lebih cemerlang dengan
mengikuti latihan-latihan yang disediakan di hospital agar matlamat ”Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dapat direalisasikan.
Sekian, terima kasih.
(DR. HAJI KHALID BIN IBRAHIM, MMC No.26237) Pengarah Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
KANDUNGAN
1. Pengenalan Hospital Sungai Buloh
1.1 Latar Belakang
1.2 Visi
1.3 Misi
1.4 Nilai Teras
1.5 Objektif
1.6 Fungsi Dan Tanggungjawab
1.7 Objektif Latihan
2. Dasar Latihan
2.1 Skop Latihan
2.2 Definisi Latihan
2.3 Dasar Latihan
2.4 Tempoh Latihan
2.5 Tempat Kursus/Latihan
2.6 Kumpulan Sasaran
2.7 Bidang Latihan
3. Strategi Latihan
4. Perancangan Latihan
4.1 Mesyuarat Jawatankuasa Latihan HSB
4.2 Struktur Latihan
5. Perlaksanaan Latihan
5.1 Training Need Analysis (TNA)
5.2 Kaedah Penyediaan TNA
5.3 Metodologi Latihan
5.4 Program Latihan Dan Penjadualan Kursus
5.5 Peranan Dan Tanggungjawab Unit Latihan, Bahagian
Sumber Manusia
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
5.6 Peranan Ketua-Ketua Jabatan/Bahagian
5.7 Tanggungjawab Individu
5.8 Pencalonan Bagi Kursus Yang Dikendalikan Oleh Unit
Latihan
5.9 Pengendalian Kursus
6. Penilaian Latihan
7. Mekanisme Pemantauan Pelan Latihan
8. Peruntukan
9. Penutup
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
1. PENGENALAN HOSPITAL SUNGAI BULOH
1.1 LATAR BELAKANG
Hospital Sungai Buloh (HSB) mula beroperasi pada Ogos
2006 dan terletak kira-kira 25km dari Bandaraya Kuala
Lumpur di Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor. Pada
tahun 1999, Projek Pembangunan HSB baru ini (seluas 130
ekar) telah dimulakan bagi menampung keperluan populasi
yang kian meningkat dan sesak di sekitar kawasan ini dan
juga untuk mengurangkan kebanjiran pesakit di Hospital
Kuala Lumpur.
1.2 VISI
Kami akan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi
dan bertumpukan pesakit melalui kecemerlangan dalam
penyediaan klinikal, latihan, pendidikan, inovasi dan
teknologi bersesuaian oleh kakitangan yang prihatin,
penyayang, komited dan profesional.
1.3 MISI
Kami komited untuk:
Menyampaikan perkhidmatan penjagaan pesakit yang
holistik dengan menyediakan kemudahan prasarana
terbaik, serta menjalinkan hubungan seramai dengan
agensi berkaitan.
Menjadi pusat kecemerlangan dalam pengurusan
perawatan penyakit berjangkit, trauma, bedah neuro
serta penjagaan perubatan menyeluruh dengan
penekanan kepada perkhidmatan rawatan harian.
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Bekerja sebagai satu pasukan dalam perkongsian
dengan komuniti untuk menggalakkan kesejahteraan
kesihatan bersama.
Mewujudkan budaya kerja di mana semua pelanggan
dihargai dan dihormati.
Menyediakan satu suasana persekitaran yang selesa
di semua peringkat untuk pembangunan profesional
dan penyelidikan yang berterusan.
Menggunakan teknologi maklumat dalam semua
penyampaian sistem perkhidmatan kesihatan dengan
penuh efisien dan mesra pelanggan.
1.4 NILAI TERAS
Nilai teras kami adalah mengintegrasikan profesionalisme,
penyayang dan kerja berpasukan dalam kerja harian demi
memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan
cemerlang.
1.5 OBJEKTIF
Untuk menjadi pusat rujukan cemerlang dalam bidang
kesihatan dan perubatan melalui penyampaian
perkhidmatan yang selamat dan memenuhi keperluan
pelanggan di negara dan di rantau ini.
Memberi layanan dan hospitaliti yang terbaik kepada
pelanggan hospital melalui pengwujudan dan
persekitaran yang selesa dan selamat.
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan
melalui penerapan budaya korporat dan penghayatan
nilai-nilai murni di kalangan kakitangan semasa
bertugas.
Menyediakan pelbagai kemudahan dan perubatan
yang sesuai dengan keperluan kesihatan komuniti
selaras dengan kecanggihan teknologi semasa.
Mengoptimumkan perkhidmatan melalui hubungan
seramai yang erat dengan komuniti dan agensi yang
berkaitan.
Mempertingkat prestasi dan keilmuan kakitangan
melalui pendidikan berterusan dan latihan yang
komprehensif selari dengan kemajuan teknologi
semasa dalam menjalankan tugas.
Memastikan segala urusan / aktiviti hospital
dilaksanakan dengan menggunakan teknologi
maklumat yang terkini, cekap dan kos efektif.
Menyediakan latihan dalam sub-bidang tertentu di
negara ini.
1.6 FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB
HSB menyediakan pelbagai perkhidmatan perubatan secara
perkhidmatan secondari dan perkhidmatan tertiari. HSB
telah dikenal pasti sebagai pusat kecemerlangan (Centre of
Excellence) bagi;
Penyakit Berjangkit
Kecemasan dan Trauma
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Pembedahan Neuro
Pembedahan Maxillo-Fasial
Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran
Ortopedik dan Traumatologi
Kawasan liputan perkhidmatan hospital ini adalah Daerah
Gombak, Daerah Petaling dan Daerah Kuala Selangor yang
mana populasi di ketiga-tiga kawasan ini merangkumi 40%
dari jumlah keseluruhan populasi di Negeri Selangor iaitu
lebih kurang 2.18 juta penduduk.
1.7 OBJEKTIF LATIHAN
Menjadikan HSB sebagai sebuah Organisasi
Pembelajaran (Learning Organisation) yang
cemerlang dan terancang berteraskan pembangunan
kompetensi dan pembelajaran berterusan.
Membangun dan melahirkan anggota yang kompeten
dalam menghadapi cabaran dan persaingan global di
mana pengetahuan dan kemahiran boleh diperolehi,
dikongsi, dipindahkan dan dikekalkan secara
berterusan sepanjang perkhidmatan.
Menyediakan peluang peningkatan dan pengukuhan
keupayaan anggota melalui latihan dan latihan semula
berasaskan keperluan organisasi sekurang-
kurangnya 7 hari setahun.
Menyediakan peluang latihan kepada sekumpulan
anggota yang mempunyai bakat, potensi dan daya
kepimpinan supaya sebarisan kepimpinan berkaliber
yang berintegriti dan amanah dapat diwujudkan.
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Menyediakan peluang dan kemudahan kepada warga
organisasi supaya pembelajaran sepanjang hayat
(Life-long Learning) dan rapid learning dapat dinikmati
oleh semua anggota bagi memudahkan laluan kerjaya
mereka.
2. DASAR LATIHAN
2.1 SKOP LATIHAN
Skop latihan dalam konteks ini bermaksud kursus jangka
pendek dalam negara yang tempohnya 3 bulan atau kurang
yang dirancang dan dianjurkan bagi anggota HSB dan
anggota-anggota agensi-agensi lain yang berkaitan. Skop
latihan juga meliputi kursus yang dianjurkan oleh agensi luar
(awam dan swasta) di dalam dan luar negara yang dihadiri
oleh semua anggota sama ada dibiayai oleh Kementerian,
Hospital atau pihak penganjur.
2.2 DEFINISI LATIHAN
Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005
mengenai Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam,
takrif latihan ialah:
“Proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas, dan berdisiplin, bertujuan menambahkan pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus, latihan semasa bekerja dan program mentoring/coaching atau yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi.”
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Berdasarkan kepada takrif latihan di atas, latihan di HSB
telah ditakrifkan seperti di Jadual 1 di bawah:
Jadual 1: Takrif Latihan Hospital Sungai Buloh
Bil. Pelaksanaan Latihan Jenis Aktiviti
1. Latihan
Definisi: Aktiviti latihan yang
dijalankan selama 6 jam secara
bersemuka dan berterusan anjuran
Jabatan, Bahagian atau agensi luar
di dalam dan di luar negara
i. Kursus
ii. Seminar
iii. Konvensyen
iv. Bengkel
v. Forum
vi. Simposium/Persidangan
2. Sesi Pembelajaran (Bersemuka)
Definisi: Sebarang aktiviti latihan
atau pembelajaran secara
bersemuka yang tempohnya
kurang 6 jam anjuran Jabatan,
Bahagian atau agensi luar di dalam
Negara.
i. Sesi pembelajaran (Continous
Medical Education (CME) dan
Continous Nursing Education
(CNE))
ii. Perhimpunan bulanan
iii. Program penerapan Nilai-nilai
murni dan Ceramah-ceramah
Khas
iv. Program Sambutan/Program
Khas sambutan bulan-bulan
Islam/ Perayaan yang
mengandungi
ucapan/ceramah/forum
v. Pembentangan kertas di
Seminar/ Konvensyen,
Simposium dan Persidangan.
vi. Menyampaikan ceramah di
dalam kursus/bengkel (modul
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
yang pertama kali
dibentangkan atas tajuk yang
sama sahaja diambilkira)
3. Sesi Pembelajaran (Tidak
Bersemuka)
Definisi: Sebarang aktiviti latihan
atau pembelajaran secara tidak
bersemuka dan tidak berterusan
yang tempohnya kurang daripada 6
jam anjuran Jabatan, Bahagian,
Agensi Luar di dalam Negara.
i. Lawatan kerja
ii. On-the-job training
iii. Latihan sangkutan
iv. Simulasi
v. Lain-lain (seperti kajian kes,
tayangan filem, under study)
3. Pembelajaran Kendiri
Definisi: Kaedah pembelajaran
yang berkonsepkan belajar atas
daya usaha sendiri sama ada
pembelajaran yang melibatkan
secara bersemuka dan tidak
bersemuka (online).
i. Penggunaan portal e-
Pembelajaran sektor awam
(EPSA) www.epsa.intan.my
ii. Penggunaan portal e-
pembelajaran yang diiktiraf
oleh Jabatan/Kementerian.
iii. Penggunaan Pangkalan
Repositori Ilmu Sumber
Manusia
iv. Pembacaan buku-buku ilmiah
dalam Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris (buku
biasa/bentuk fizikal atau e-
book)
v. Pembacaan jurnal
ilmiah/Laporan Kajian dan lain-
lain bahan ilmiah secara fizikal
atau maya (virtual)
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
2.3 DASAR LATIHAN
Dasar Latihan ini diwujudkan selari dengan nilai teras HSB
untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang
berkualiti dan cemerlang. Dasar latihan ini meliputi perkara-
perkara berikut:
2.3.1 Setiap anggota mestilah melalui pusingan latihan yang
lengkap bagi mempertingkatkan kualiti kerja individu
tersebut.
2.3.2 Dalam setahun, setiap anggota HSB mestilah
menghadiri sekurang-kurangnya satu latihan (sama
ada dalam bentuk kursus, seminar atau pun bengkel)
dan tidak kurang dari 7 hari berkursus setahun dan
memperoleh mata minima Continuous Profesional
Development (CPD) individu sebanyak 30 mata.
2.3.3 Latihan hendaklah diberikan kepada semua
kategori/peringkat perkhidmatan sama ada profesional
mahu pun kumpulan sokongan.
2.3.4 Bagi anggota yang melaporkan diri untuk lantikan baru
mereka mestilah menjalani kursus induksi dan
orientasi.
2.3.5 Latihan yang diadakan hendaklah tertumpu kepada
usaha untuk meningkatkan kepakaran dan kemahiran,
memenuhi tahap keperluan organisasi dan berkaitan
dengan bidang tugas.
2.3.6 Pelan Operasi Latihan Tahunan mestilah dirancang
mengikut garis panduan struktur latihan dan memberi
keutamaan keperluan latihan semasa Hospital.
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
2.4 TEMPOH LATIHAN
Tempoh latihan sekurang-kurangnya 6 jam yang berterusan
di luar tempat kerja (off-the-job) adalah diambil kira sebagai
1 hari berkursus.
Bagi kursus-kursus seperti ceramah, sesi pembelajaran,
taklimat yang dijalankan kurang daripada 6 jam dan
dikendalikan di tempat kerja (on-the-job) atau di luar tempat
kerja boleh dikumpulkan sehingga mencukupi 6 jam untuk
diambil kira sebagai 1 hari berkursus. Rekod kehadiran
setiap latihan/sesi pembelajaran tersebut hendaklah
dicatatkan di dalam Buku Log Latihan/Buku CPD dan
Laporan Kursus Jabatan/Sistem e-Latihan.
Dalam hubungan ini, pegawai yang menganggotai urus
setia kursus boleh diiktiraf sebagai peserta kursus jika
mereka terlibat di dalam salah satu aktiviti seperti
mempengerusikan sesi dialog, perbincangan, penyediaan
laporan-laporan atau kertas kerja dan menjadi ahli kepada
kumpulan peserta dimana mereka dipertanggungjawabkan
sebagai fasilitator atau sebagai ahli perbincangan.
Sekiranya urusetia hanya terlibat di dalam urusan-urusan
operasi, pentadbiran dan logistik seminar mereka tidak
boleh diiktiraf sebagai peserta program berkenaan.
2.5 TEMPAT KURSUS/LATIHAN
Tempat kursus/latihan adalah bergantung kepada
kesesuaian mengikut jenis kursus dan bilangan peserta
yang terlibat dan peruntukan kewangan yang diluluskan.
Bagi tujuan pemilihan tempat berkursus, kadar bayaran
adalah mengikut kadar yang ditetapkan dalam Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005 mengenai Kadar Dan
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada
Pegawai Perkhidmatan Awam Semasa Berkursus Kecuali
Kursus Pra Perkhidmatan. Keutamaan tempat latihan
adalah di dalam premis HSB iaitu Bilik Seminar, Bukit Ilmu,
Auditorium dan Dewan Ilmiah.
Bagi penganjuran kursus di luar kawasan pejabat,
pembekal kemudahan penginapan perlu berdaftar dengan
Kementerian Kewangan di bawah kod bidang 220210
(menyediakan kemudahan penginapan) untuk kursus,
seminar dan lain-lain yang berkaitan.
2.6 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran adalah untuk seluruh anggota HSB dan
melibatkan semua Jabatan/Bahagian/Unit dan agensi-
agensi lain yang berkaitan.
Terdapat 4 kumpulan sasaran iaitu:
a) Kumpulan Pengurusan Tertinggi
b) Kumpulan Pengurusan dan Profesional
c) Kumpulan Paramedik dan Auksilari
d) Kumpulan Sokongan
2.7 BIDANG LATIHAN
Bidang latihan yang dikendalikan di peringkat HSB adalah
berdasarkan kepada tuntutan Dasar Latihan Sumber
Manusia Sektor Awam. Latihan yang dirancang adalah
dibahagikan seperti berikut;
i. Kursus Mandatori (Wajib)
Kursus-kursus wajib adalah merupakan kursus induksi
modul umum dan khusus yang dianjurkan oleh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS)/
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kursus
orientasi yang dianjurkan kepada anggota lantikan
baru.
ii. Kursus Kompetensi Umum
Latihan yang disediakan bagi melahirkan anggota
yang lebih cekap serta berpengetahuan di dalam
menjalankan tugas-tugas jawatan yang disandang.
Ianya meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan ciri-
ciri peribadi seseorang kakitangan awam.
iii. Kursus Kewangan
Kursus ini bertujuan mempertingkatkan
profesionalisme pengurusan kewangan, akauntabiliti
dan integriti anggota yang terlibat dalam pengurusan
kewangan.
iv) Kursus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris anggota HSB supaya
lebih yakin dalam melaksanakan tugas serta
meningkatkan imej HSB, Jabatan dan Kementerian.
v) Kursus Kompetensi Khusus (Pengemasan Kerja)
Kursus ini dilaksanakan oleh Jabatan/Bahagian yang
menerima peruntukan latihan berdasarkan kepada
keperluan tugas dan jawatan seseorang anggota.
Sasaran peserta adalah anggota-anggota yang terlibat
melaksanakan fungsi dan tugas jawatan yang
disandang.
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
vi) Kursus Peralihan
Kursus ini dianjurkan oleh JKNS untuk membantu
anggota yang bakal bersara untuk menempuh zaman
persaraan dengan lebih yakin, tidak merasakan
kejutan dan terus memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara mengikut minat kerjaya
masing-masing.
vii) Keperluan Stakeholder (Ad-Hoc)
Kursus-kursus juga ditawarkan berdasarkan kepada
keperluan semasa yang disarankan oleh pihak
stakeholder.
viii) Kursus Jangka Pendek Luar Negara
Kursus Jangka Pendek Luar Negara juga dirancang
oleh Bahagian Pengurusan Latihan, KKM bagi
memberi peluang kepada anggota dalam melihat
kemampuan dan kemajuan negara asing di samping
mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu yang
diperolehi ketika berkursus.
3. STRATEGI LATIHAN
3.1 Latihan di HSB dilaksanakan dengan menggunakan
strategi-strategi seperti berikut;
3.1.1 Mengenal pasti keperluan latihan dengan
menjalankan Training Needs Analysis (TNA).
Analisis ini dilaksanakan oleh semua
Jabatan/Bahagian/Unit dan diselaraskan oleh Unit
Latihan berdasarkan kepada jumlah peruntukan
latihan yang diterima.
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
3.1.2 TNA yang dihasilkan akan diterjemahkan kepada
Pelan Operasi Latihan Tahunan (Takwim). Pelan
Operasi Latihan Tahunan hendaklah disediakan
berpandukan kepada Pelan Operasi Latihan (POL)
KKM.
3.1.3 Menyediakan peruntukan kursus dan latihan
tahunan kepada semua Jabatan/Bahagian/Unit
tertakluk kepada peruntukan semasa.
3.1.4 Setiap Ketua Jabatan bertanggungjawab
merancang, melaksanakan dan mengenal pasti
keperluan latihan di peringkat Jabatan masing-
masing.
3.1.5 Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan
pegawai masing-masing di semua peringkat
mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari
setahun dan memperoleh mata minima CPD
sebanyak 30 mata.
3.1.6 Melantik penyelaras Latihan (Liason Officer) di
peringkat setiap Jabatan/Bahagian/Unit untuk
membantu dalam mengenalpasti keperluan latihan,
melatih dan memantau keberkesanan aktiviti
peringkat Jabatan masing-masing.
3.1.7 Memanfaatkan kemajuan ICT dalam proses latihan
seperti e-learning, online journal, web-based
training, computer-assisted training dan interactive
soft-ware.
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
3.1.8 Memantau pelaksanaan program latihan
Jabatan/Bahagian/Unit yang telah menerima
peruntukan melalui Mesyuarat Jawatankuasa
Latihan.
3.1.9 Membangunkan dan mengemaskini Pangkalan
Data untuk Sistem Pengurusan Latihan sebagai
rujukan semua Jabatan/Bahagian/Unit
3.1.10 Mewujudkan pasukan Fasilitator melalui program
latihan (Training Of Trainers) kepada anggota
untuk menjadi tenaga pengajar dan fasilitator.
3.1.11 Mewujudkan Unit Latihan sebagai satu struktur dan
pendekatan bagi meningkatkan dan
memperkukuhkan pelaksanaan pembangunan dan
latihan.
4. PERANCANGAN LATIHAN
4.1 Mesyuarat Jawatankuasa Latihan HSB
Mesyuarat Jawatankuasa Latihan HSB seperti
diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/1984
adalah bertanggungjawab menentukan keperluan latihan
berdasarkan analisis ke atas TNA Kementerian dan
Jabatan/Bahagian/Unit serta menjalankan rancangan
latihan untuk tahun berikutnya.
Keanggotaan Mesyuarat Jawatankuasa Latihan HSB (MJL)
adalah seperti di Jadual 2 di bawah:
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Jadual 2: Keanggotaan Jawatankuasa Latihan HSB
Keanggotaan
Pengarah Hospital Pengerusi
Timbalan Pengarah (Pengurusan) Penyelaras
Timbalan Pengarah (Perubatan)
Ketua Penolong Pengarah
(Pengurusan)
Penolong Pengarah (Sumber
Manusia)
Pakar Perubatan
Penyelia Hospital
Penyelia Jururawat
Pegawai Sains
Pegawai Teknologi Maklumat
Pegawai Farmasi
Juru X-Ray
Jurupulih Perubatan
Ahli
Unit Latihan Urusetia
MJL dijadualkan bersidang 4 kali setahun iaitu pada bulan
Januari, April, Ogos dan Disember bertujuan untuk
mengkaji semula keperluan latihan dan memantau prestasi
perlaksanaan latihan dan perbelanjaan peruntukan latihan
Jabatan/Bahagian/Unit. Mesyuarat yang bersidang pada
bulan Disember bertujuan untuk menganalisis TNA
Jabatan/Bahagian/Unit berdasarkan kepada keutamaan
dan keperluan agar sumber kewangan yang terhad dapat
dimanfaatkan secara maksimum.
Keputusan analisis TNA dan pembahagian peruntukan
dalam mesyuarat diterjemahkan sebagai Pelan Operasi
Latihan Tahunan Hospital.
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Tugas Jawatankuasa Latihan Hospital Sungai Buloh
adalah seperti berikut;
i. Mengenal pasti dan merancang keperluan latihan
pegawai;
ii. Memantau pelaksanaan Latihan; dan
iii. Meluluskan Pelan Operasi Latihan Tahunan dan
agihan peruntukan latihan.
4.2 Struktur Latihan
Struktur Latihan adalah berdasarkan kepada empat
peringkat seperti berikut :
4.2.1 Peringkat Asas (1 – 3 Tahun Berkhidmat)
Latihan Peringkat Asas dilaksanakan kepada
semua anggota yang berkhidmat dari awal
perlantikan sehingga tempoh tiga tahun. Tahap
latihan pada peringkat ini ialah Tahap Penerapan
Kompetensi yang bersifat umum dan penekanan
adalah terhadap perkhidmatan. Ciri-ciri tahap ini
adalah:
i. Pemahaman matlamat dan fungsi organisasi.
ii. Orientasi kepada persekitaran kerja.
iii. Penyesuaian diri dengan etika dan budaya
kerja jabatan.
iv. Perkara-perkara asas di dalam
perkhidmatan.
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
4.2.2 Peringkat Pertengahan (3 – 10 Tahun
Berkhidmat)
Latihan Peringkat Pertengahan melibatkan Tahap
Pembangunan Kompetensi dan Tahap
Peningkatan Kompetensi kepada pegawai yang
telah berkhidmat di antara 3 hingga 10 tahun.
i. Tahap Pembangunan Kompetensi
bertujuan menyediakan pegawai yang
berkebolehan dan berkeupayaan melakukan
sesuatu tugas dengan cepat dan menepati
standard umum yang ditentukan. Ciri-ciri
tahap ini ialah;
a) Membangunkan keupayaan
berkomunikasi.
b) Membangunkan keupayaan memahami,
merancang dan menganalisis tugasan.
c) Membangunkan kebolehan menyelia,
mengurus dan mentadbir.
d) Membangunkan kemahiran-kemahiran
teknikal.
ii. Tahap Peningkatan Kompetensi pula
bertujuan untuk memantapkan kemahiran
baru kepada anggota hospital. Ciri-ciri tahap
ini ialah;
a) Memantapkan mutu kerja yang lebih
tinggi.
b) Memantapkan tahap kepakaran.
c) Memantapkan tahap profesionalisme.
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
d) Memantapkan keupayaan dan
kemahiran kepimpinan.
e) Mengembangkan kebolehan dan
keupayaan.
f) Mengukuhkan kepimpinan.
g) Memantapkan integriti.
h) Memantapkan keupayaan membuat
keputusan.
i) Menyediakan kebolehan mengadakan
jaringan (networking).
4.2.3 Peringkat Lanjutan (melebihi 10 tahun
Berkhidmat)
Latihan Peringkat Lanjutan dilaksanakan kepada
pegawai yang telah berkhidmat lebih 10 tahun.
Tujuannya ialah untuk meningkatkan kemahiran
sedia ada dan mendedahkan kemahiran baru bagi
meningkatkan kompetensi pegawai. Ciri-ciri tahap
ini ialah;
i. Mengembangkan kebolehan dan keupayaan.
ii. Mengukuhkan kepimpinan.
iii. Memantapkan integriti.
iv. Memantapkan keupayaan membuat
keputusan.
v. Menyediakan kebolehan mengadakan
jaringan (networking).
4.2.4 Peringkat Peralihan (2 tahun sebelum bersara)
Latihan Peringkat Peralihan dilaksanakan kepada
anggota yang akan meninggalkan perkhidmatan
dalam tempoh dua tahun sebelum bersara. Tujuan
tahap ini ialah untuk menyediakan anggota yang
akan meninggalkan perkhidmatan kepada
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
pengetahuan dan persekitaran baru. Ciri-ciri tahap
ini ialah;
i. Menyediakan kebolehan mengadakan
jaringan (networking).
ii. Menyediakan pengetahuan mengenai
peluang dan cabaran baru.
iii. Menyediakan ketahanan mental dan
psikologi.
iv. Menyediakan kebolehan menangani tekanan
dan cabaran.
Struktur Latihan Dalam Perkhidmatan digambarkan seperti
di Rajah 1 di bawah.
Rajah 1: Struktur Latihan Dalam Perkhidmatan
PERALIHAN
3 10 TAHUN KEATAS
10 5 2 TAHUN SEBELUM BERSARA
0
ASAS
LANJUTAN
PERTENGAHAN
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
5. PERLAKSANAAN LATIHAN
5.1 Training Needs Analysis (TNA)
TNA merupakan proses untuk mengenalpasti keperluan
dan bentuk latihan kepada anggota untuk meningkatkan
prestasi bagi mencapai matlamat organisasi
5.1.1 Competency Identification
Menjalankan kursus mengikut tahap kompetensi
seseorang pegawai tersebut yang bersesuaian
dengan jawatan yang dipegang di dalam
Jabatan/Bahagian/Unit.
5.1.2 Keperluan Jabatan / Bahagian
Kursus yang dirancang adalah berkaitan dengan
fungsi pegawai dan atas arahan Ketua Jabatan.
Kursus – kursus yang diadakan lebih berbentuk
Fungsional.
5.2 Kaedah Penyediaan TNA
5.2.1 Peringkat HSB
Unit Latihan akan mengumpulkan data mengenai
keperluan latihan bedasarkan TNA seperti berikut:
i. Mengedarkan memo ke setiap
Jabatan/Bahagian/Unit bagi mendapatkan
maklumat mengenai keperluan latihan/kursus
di setiap Jabatan.
ii. Perbincangan dalam mesyuarat-mesyuarat
yang dianggotai oleh pihak pengurusan,
Ketua-ketua Jabatan dan pihak pekerja.
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
iii. Arahan-arahan pihak Pengurusan Hospital,
JKNS dan KKM.
5.2.2 Bahagian, Jabatan Dan Unit
Setiap Jabatan/Bahagian/Unit mendapatkan
maklumat mengenai keperluan kursus/latihan
pegawai dan anggota seperti berikut:
i. Arahan dari Ketua Jabatan mengenai kursus/
latihan yang perlu dihadiri berdasarkan
fungsi Jabatan.
ii. Permohonan menghadiri latihan daripada
pegawai dan anggota Jabatan.
iii. Keperluan latihan dalam Borang Laporan
Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
iv. Maklumbalas daripada pegawai dan anggota
berkenaan kursus yang perlu oleh anggota.
5.3 Metodologi Latihan
Metodologi dan pendekatan latihan yang bersesuaian
digunakan untuk mendapatkan keberkesanan yang tinggi.
Metodologi yang sesuai dengan sifat pegawai dan anggota
yang dianggap sebagai adult learner. Mereka adalah
penjawat yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran
yang praktikal sesuai dengan tugasan mereka yang tidak
bersifat akademik. Antara metodologi yang boleh
dilaksanakan ialah;
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
5.3.1 Kursus Dalaman / Kursus Luaran
Kursus dalaman / Kursus Luaran yang
dilaksanakan sama ada menggunakan tenaga
pengajar/fasilitator dalaman atau luaran. Kursus
dalaman lebih mirip dan berada dalam situasi yang
lebih hampir kepada keadaan sebenar/konteks
tugasan. Pelbagai kaedah boleh digunakan seperti
syarahan, perbincangan, amali dan berbagai
kaedah lagi.
5.3.2 On-The-Job Training
Metodologi latihan ini lebih berkesan kerana
anggota mempelajari pengetahuan dan kemahiran
daripada superior atau rakan sejawatnya dalam
situasi dan kondisi kerja sebenar. Mereka belajar
sambil melaksanakan tugas dengan pengalaman
mereka sendiri (experiential learning) dan dalam
konteks kerja sebenar. Kaedah ini lebih cepat,
murah dan berkesan.
5.3.3 Pembangunan Profesional (Professional
Development)
Pendekatan ini terbukti boleh meningkatkan
kompetensi. Antaranya adalah Seminar,
Konferensi, Kolokium, Bengkel, Talk, kursus-kursus
anjuran badan-badan, organisasi atau persatuan
profesional dan lawatan sambil belajar.
5.3.4 Pembangunan Jatidiri
Pendekatan ini lebih memberi penumpuan ke atas
pembangunan jati diri anggota dengan
menganjurkan kursus seperti HSB LIFE,
Kemahiran Interpersonal dan Enhancing Self
Esteem Programme (ESEP). Dengan adanya
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
kursus seumpama ini anggota akan lebih yakin dan
berupaya untuk meningkatkan prestasi kerja, sikap
kerjasama yang baik dan motivasi diri dalam
melaksanakan tugasan.
5.3.5 Pendidikan Lanjutan
Mewujudkan pembelajaran berterusan dengan
mengadakan siri pendidikan lanjutan seperti CME
dan CNE bagi meningkatkan ilmu pengetahuan
dalam bidang perubatan dan kejururawatan.
5.3.6 Kajian Kes
Melaksanakan pengumpulan dan pembentangan
maklumat terperinci berkaitan sesuatu kajian kes
yang dijalankan.
5.3.7 Pembelajaran Kendiri
Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar
atas daya usaha sendiri sama ada pembelajaran
yang melibatkan secara bersemuka dan tidak
bersemuka (online). Antaranya ialah penggunaan
portal e-Pembelajaran sektor awam (EPSA) di
www.epsa.intan.my
5.4 Program Latihan Dan Penjadualan Kursus
Program Latihan menyenaraikan secara spesifik latihan-
latihan yang dirancang dalam sesuatu tahun. Antara lain, ia
mengandungi senarai latihan yang akan diadakan. Objektif
badan/institusi yang menganjurkannya, tempoh dan tarikh
serta kumpulan sasaran yang terlibat.
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
5.5 Peranan dan Tanggungjawab Unit Latihan, Hospital
Sungai Buloh
Unit Latihan bertanggungjawab atas perancangan latihan
tahunan dalam perkara-perkara berikut;
5.5.1 Bertindak sebagai Urus Setia kepada
Jawatankuasa Latihan.
5.5.2 Menyelaras pelaksanaan perancangan latihan
tahunan hospital.
5.5.3 Merancang dan melaksanakan orientasi bagi
anggota hospital yang baru dilantik.
5.5.4 Merancang dan melaksanakan program latihan
dalaman bagi anggota di peringkat Hospital.
5.5.5 Menyelaras dan menguruskan
permohonan/pencalonan anggota Hospital untuk
mengikuti latihan anjuran institusi latihan swasta
yang dirancang dalam Perancangan Latihan
Tahunan.
5.5.6 Menyelaras dan menguruskan permohonan/
pencalonan anggota Hospital ke KKM untuk
mengikuti kursus jangka pendek luar negara di
bawah anjuran agensi luar.
5.5.7 Mengemukakan Laporan Perlaksanaan Latihan
Hospital kepada pihak pengurusan bagi menilai
keberkesanan latihan yang dijalankan.
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
5.6 Peranan Ketua-Ketua Jabatan / Bahagian
Ketua-ketua Jabatan/Bahagian/Unit adalah
bertanggungjawab ke atas perancangan dan
pelaksanaan latihan dalam perkara-perkara berikut:
5.6.1 Merancang dan mengenal pasti keperluan latihan
anggota di Jabatan/Bahagian/Unit masing-masing
selaras dengan Dasar Latihan Sumber Manusia
Sektor Awam menerusi kaedah penyediaan TNA
yang bersesuaian.
5.6.2 Mengurus dan melaksanakan latihan Kompetensi
Khusus dan Pengukuhan iaitu CPD untuk anggota
klinikal yang dirancang dalam Perancangan
Latihan Tahunan.
5.6.3 Memastikan segala peruntukan yang diberikan
diguna pakai bagi maksud latihan dan
dibelanjakan sepenuhnya mengikut peraturan
kewangan yang berkuatkuasa dari semasa ke
semasa.
5.6.4 Membuat penilaian Keberkesanan Kursus bagi
menentukan kursus yang diikuti oleh anggota
boleh membantu mencapai matlamat Jabatan dan
Bahagian.
5.6.5 Menyediakan dan mengemukakan Laporan
Pelaksanaan Kursus kepada Unit Latihan untuk
tujuan rekod dan pemantauan.
5.7 Tanggungjawab Individu
Setiap anggota Hospital adalah bertanggungjawab ke atas
perancangan latihan tahunan dalam perkara-perkara
berikut :
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
5.7.1 Menghadiri dan mengikuti kursus yang diluluskan
atau ditetapkan dengan penuh komitmen dan
jayanya.
5.7.2 Memastikan menghadiri kursus dalam tempoh
yang telah ditetapkan mengikut kategori jawatan
masing-masing iaitu sekurang-kurangnya 7 hari
dalam setahun dan mengikut CPD yang
ditetapkan oleh KKM.
5.7.3 Mengemaskinikan Log Latihan yang telah
disediakan dan mengemukakan kepada Urus setia
Latihan/Liason Officer yang dilantik di
Jabatan/Bahagian/Unit masing-masing. Bilangan
hari berkursus akan direkodkan ke dalam Buku
Rekod Perkhidmatan anggota manakala markah
CPD yang diperolehi akan dikemukakan ke Unit
latihan JKNS untuk diserahkan ke KKM. Pihak
KKM akan membuat penilaian dan memutuskan
peringkat Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
fungsional anggota yang menggunakan PTK CPD.
5.7.4 Mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan
ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan mencari
peluang-peluang latihan yang disediakan oleh
Institusi Latihan Awam seperti INTAN, Institut
Perakaunan Negara (IPN), Institut Pengurusan
Kesihatan (IPK) dan sebagainya.
5.7.5 Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang diperoleh melalui kursus ke dalam tugas
harian dan berkongsi ilmu pengetahuan yang
diperoleh bersama rakan sekerja.
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
5.8 Pencalonan Bagi Kursus Yang Dikendalikan Oleh Unit
Latihan
Permohonan penyertaan kursus dalam perancangan latihan
tahunan adalah seperti berikut;
5.8.1 Pencalonan dibuat dan melalui Ketua
Jabatan/Bahagian/Unit.
5.8.2 Pencalonan dibuat berdasarkan kepada maklumat
kursus / jadual kursus yang dinyatakan dalam
peancangan latihan tahunan.
5.8.3 Pemilihan terus calon adalah berdasarkan kepada
kesesuaian kursus dengan bidang tugas.
5.9 Pengendalian Kursus
Kursus-kursus yang dirancang di bawah perancangan
latihan tahunan akan diselaraskan oleh Unit Latihan dan
dikendalikan samada oleh Jabatan/Bahagian/Unit atau Unit
Latihan. Dalam hal ini, semua Jabatan/Bahagian/Unit perlu
mengemukakan Kertas Cadangan Pelaksanaan Kursus
menggunakan format seperti yang ditetapkan di dalam
Prosedur Kerja Unit latihan untuk dikemukakan kepada
Pengarah Hospital bagi mendapatkan kelulusan.
Pengendalian kursus mesti mematuhi semua Pekeliling
Perbendaharaan dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat
kuasa dari semasa ke semasa.
Pelaksanaan kursus di luar premis Hospital hendaklah
mendapatkan kelulusan daripada pihak Bahagian
Kewangan, KKM dimana permohonan kelulusan tersebut
hendaklah dibuat melalui JKNS.
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
6. PENILAIAN LATIHAN
6.1 Setiap kursus yang dilaksanakan sama ada anjuran Unit
Latihan ataupun Urus setia Latihan Jabatan/Bahagian/Unit
hendaklah menyediakan Laporan Penilaian Kursus
mengikut format yang telah ditetapkan untuk dikemukakan
kepada Ketua Jabatan yang menganjurkan kursus.
6.2 Pegawai Penyelia yang menyelia pegawai yang berkursus
juga hendaklah menilai dan memantau keberkesanan
kursus tersebut terhadap pegawai berkenaan
menggunakan Borang JKNSEL-PK-S1 – Borang Laporan
Penilaian Keberkesanan Kursus/Latihan selepas 3 bulan
kursus diadakan. Borang laporan tersebut hendaklah
direkodkan dan disimpan oleh Pegawai Penyelia untuk
diambil tindakan selanjutnya, sekiranya perlu. Pegawai
Penyelia juga perlu memastikan anggota di bawah seliaan
masing-masing mengikuti sekurang-kurangnya 7 hari
berkursus setahun berdasarkan takrif latihan seperti
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 tersebut.
6.3 Laporan tersebut juga merupakan sumber rujukan untuk
tujuan pengauditan Naziran Bahagian perubatan JKNS,
Audit Dalaman dan SIRIM bagi MS ISO 9001:2008 dan
akreditasi oleh Malaysian Society Quality of Health
(MSQH).
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
7. MEKANISME PEMANTAUAN PELAN LATIHAN
Pemantauan pelaksanaan program latihan dilaksanakan menerusi
kaedah seperti berikut;
7.1 Mesyuarat Jawatankuasa Latihan HSB
MJL diadakan 4 kali setiap tahun bertujuan mengkaji
semula keberkesanan latihan, perancangan latihan
tahunan, merancang latihan tahun berikutnya dan
memantau prestasi pelaksanaan perancangan latihan
tahunan.
7.2 Laporan Prestasi Perbelanjaan dan Pelaksanaan
Kursus
Unit Latihan turut menjalankan pemantauan ke atas
prestasi perbelanjaan dan pelaksanaan kursus
Jabatan/Bahagian/Unit. Laporan tersebut perlu
dikemukakan ke Unit Latihan JKNS 4 kali setahun bagi
tujuan pemantauan perbelanjaan dan prestasi latihan
mengikut jadual yang telah diluluskan.
7.3 Arahan Tetap Pengarah Hospital Sungai Buloh Bil.
7/2011
Arahan Tetap Pengarah Hospital Sungai Buloh Bil. 7/2011
telah menggariskan pelaksanaan penggunaan Borang
Laporan Penilaian Keberkesanan Kursus/Latihan dan
Borang Maklumbalas Latihan Dalaman/Luaran Hospital
Sungai Buloh bagi menilai keberkesanan kursus/latihan dan
penganjuran kursus/latihan.
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
8. PERUNTUKAN
Bagi melaksanakan Program Latihan Tahunan, jumlah peruntukan
adalah sekurang-kurangnya 1% daripada emolumen Hospital.
Pembahagian peruntukan dibuat berdasarkan kepada objektif,
konsep dan keperluan latihan yang memberi fokus kepada latihan
fungsional dan generik bersesuaian dengan kategori jawatan dan
perkhidmatan anggota HSB.
9. PENUTUP
Adalah diharapkan agar Dasar Latihan ini dapat dijadikan sebagai
panduan dan rujukan penghasilan perancangan Latihan tahunan
dan memberi manfaat kepada semua anggota HSB bagi mencapai
matlamat melahirkan pekerja yang mahir dan terlatih dalam
pelbagai bidang di samping meningkatkan kecekapan prestasi dan
produktiviti organisasi.
Dengan adanya Dasar Latihan ini juga diharap pengurusan latihan
HSB dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur, sistematik dan
berkesan seterusnya menjadikan HSB terus cemerlang.
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan khas buat Jawatankuasa Penyediaan Dasar Latihan Hospital
Sungai Buloh dan semua yang terlibat dalam menyumbangkan buah fikiran dan tenaga bagi menjayakan
penerbitan Dasar Hospital Sungai Buloh ini.
Ahli Jawatankuasa Penyediaan Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh:
Penasihat Dr. Haji Khalid bin Ibrahim
Pengarah Hospital Sungai Buloh
Pengerusi Encik Hilal bin Haji Othman
Timbalan Pengarah (Pengurusan)
Ahli Jawatankuasa Puan Hasanah binti Alamin
Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan)
Encik Mohd. Redza Nizam bin Radzuan Penolong Pengarah (Sumber Manusia)
Cik Nurul Syafa’ah binti Adib Ridzuan
Pegawai Sains
Matron Harnake Kaur a/p Mehar Singh Penyelia Jururawat
Matron Rahijah binti Abdul Rahman
Penyelia Jururawat
Haji Mohd. Shahrawi bin Salleh
Penyelia Hospital
Sister Dhazinatunnisa binti Mohd. Daud Ketua Jururawat
Puan Herdayanti binti Saliman
Penolong Pegawai Tadbir Kanan
SN Hajiyah binti Mohamed Jururawat
Puan Asiah binti Ajib
Pembantu Tadbir Kanan
Puan Hazrina binti Zaini Pembatu Tadbir
Puan Hamimah binti Sulaiman
Pembantu Tadbir
Cik Sharifatul Hidayah binti Sharif Nordin Pembantu Tadbir
Cik Suraya binti Rozlan
Pembantu Tadbir