dataanalisis ubah b

49
ISI KANDUNGAN Muka Surat 1. Sekapur Sirih i 2. Pengenalan : 3 - 4 2.1 - Objektif Pengajaran, 2.2 - Pengukuran 2.3.- Penilaian 2.4 - Pengujian 3. Ujian Objektif 4 - 8 3.1 - Langkah-langkah Pembinaan Ujian 3.2 - Tujuan Ujian, 4. Jadual Spesifikasi Ujian 9 5. Spesifikasi Item 10 - 18 6. Item Ujian Lengkap / Taburan Jawapan 19 7. Kajian Rintis 20 8. Indeks Kesukaran Item 20-26 1

Upload: kamariah-sahalihudin

Post on 20-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

data analisis

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN Muka Surat

ISI KANDUNGAN Muka Surat

1. Sekapur Sirih i 2. Pengenalan : 3 - 4 2.1 - Objektif Pengajaran, 2.2 - Pengukuran 2.3.- Penilaian

2.4 - Pengujian 3. Ujian Objektif 4 - 8 3.1 - Langkah-langkah Pembinaan Ujian

3.2 - Tujuan Ujian, 4. Jadual Spesifikasi Ujian 9 5. Spesifikasi Item 10 - 18 6. Item Ujian Lengkap / Taburan Jawapan 19 7. Kajian Rintis 20 8. Indeks Kesukaran Item 20-26 8.1 - Analisa Jawapan Ujian

8.2 - Contoh Pengiraan Item

8.3 - Analisa Indeks Kesukaran 8.4 - Ulasan Analisa Indeks Kesukaran

9. Indek Diskriminasi 26 - 33 9.1 - (a) 27% Pencapaian Pelajar Tertinggi

9.1 - (b) 27% Pencapaian Pelajar Terendah 9.2 - Contoh Pengiraan

9.3 - Analisa Indeks Diskriminasi 9.4 - Ulasan Analisa Indeks Diskriminasi

10. Kesimpulan / Rumusan 34 11. Rujukan 35Sekapur Sirih

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kehadrat Illahi dengan izinNya kami telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan.

Setelah meneliti kehendak soalan tugasan yang diberi oleh Puan Norliha Binti Jemain maka saya memutuskan untuk memilih mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu. Sebagai permulaan, saya telah merujuk kepada sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu. Saya mengenalpasti topik pilihan dan seterusnya menetapkan objektif-objektif pengajaran yang dikehendaki. Kemudian untuk mengukur dan menilai kefahaman pelajar terhadap topik tersebut, maka suatu bentuk ujian formatif berupa 20 soalan aneka pilihan telah digubal. Penilaian formatif aneka pilihan ini telah dijalankan dengan jayanya di Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi. Saya mengucapakan ribuan terima kasih kepada Puan Norliha Binti Jemain, pensyarah MTSU 2203, di atas bimbingan dan panduan yang telah diberikan. Tidak lupa juga kepada Pengetua, Guru Matematik Tingkatan 1,Guru Panatia dan murid-murid Tingkatan Satu Abqari Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi yang telah memberi kerjasama bagi menjalankan ujian yang berkaitan dengan kerja kursus. Seterusnya kepada keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan sepanjang kami menjalani kursus ini. Moga-moga segala bimbingan,sumbangan, dan sokongan yang telah diberikan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah swt.2. PengenalanProses Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu sistem pendidikan yang sangat berkesan bagi melihat pencapaian pelajar / murid. Pengajaran adalah satu aktiviti bagi membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

2.1 - Objektif Pengajaran

Objektif pengajaran adalah perubahan tingkah laku pelajar yang ingin dicapai oleh guru dalam satu-satu proses pembelajaran . Perubahan ini boleh dicapai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan baik. Setiap perubahan atau kemajuan pelajar itu perlu dinilai dari semasa ke semasa.

Penilaian berterusan akan menentukan tahap keberkesanan pengajaran guru dan juga pembelajaran pelajar / murid. Kemajuan atau perubahan pelajar perlu dinilai dari masa ke semasa. Ini jelas menunjukkan wujudnya hubungan antara objektif pengajaran, pengujian, pengukuran dan penilaian.

2.2 - Pengukuran

Pengukuran ialah satu proses / prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar yang boleh dibuat secara pemerhatian, lisan atau secara bertulis. Pengukuran juga merupakan proses yang menentukan takat, dimensi atau kuantiti / gred / skor dengan membandingkan perkara itu dengan sesuatu standard. Tujuan pengukuran ialah untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar termasuk pencapaian akademik, penguasaan kemahiran dan sikap pelajar.

2.3 - Penilaian

Penilaian adalah satu proses yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Penilaian juga merupakan satu proses untuk menentukan, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Tujuan penilaian ialah untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran dan sikap.2.4 -Pengujian

Pengujian merupakan sebahagian penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengujian juga adalah satu teknik untuk mendapatkan maklumat tingkah laku seseorang individu. Ujian hanya merupakan satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.

Dalam melaksanakan penilaian, guru perlu membuat ujian terlebih dahulu. Terdapat beberapa criteria dalam pembinaan ujian. Untuk menggubal sesuatu kertas ujian, ia perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan anataranya ialah ujian yang hendak ditadbir sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran. Ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan-soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran.

Ujian ini dikatakan sebagai prosedur yang bersistematik kerana soalan-soalan yang dibina mengikut peraturan tertentu. Prosedur mentadbir ujian ditentukan dan prosedur pemarkahan dinyatakan secara terperinci. Ujian membantu murid membina sikap positif terhadap pengajaran guru.

Ujian yang digunakan untuk menentukan pencapaian murid dijalankan dengan cara ujian bertulis. Jenis ujian bertulis boleh dibahagikan kepada dua sahaja iaitu ;

i ) Ujian Objektif / Aneka pilihan

ii ) Ujian Subjektif.

3. Ujian Objektif

Ujian objektif bermaksud item / soalan yang mempunyai jawapan yang tepat / tertentu / spesifik. Ujian yang dijalankan adalah untuk menguji pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Soalan / item bagi ujian objektif boleh dibahagikan kepada empat iaitu : i) Soalan aneka pilihan jawapan secara tepat, soalan sukar dibina dan dijawab tetapi

mudah untuk dipereksa.

ii) Item Betul / Salah - sesuai digunakan untuk menguji fakta yang mengkehendaki

pelajar menentukan sama ada penyataan yang diberikan adalah betul atau salah.

iii) Item mengisi ruang kosong) - amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang

menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat. iv) Item Padanan - sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan

fakta konsep.

3.1 - Langkah-langkah Pembinaan Terdapat langkah-langkah yang telah disusun dengan teratur sebelum membina ujian agar penggubal / guru boleh melaksanakan ujian dengan baik. Langkah-langkah tersebut ialah : 1. Menyediakan Jadual Penentu Ujian / Jadual Spesifikasi Ujian 2. Menulis item / soalan ujian

3. Menyemak item / soalan ujian

4. Menilai item / soalan ujian

5. Membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item / soalan.

Sebelum membina item / soalan, guru perlu menyediakan Jadual Penentu Ujian / Jadual Spesifikasi Ujian terlebih dahulu. Ini adalah kerana Jadual Spesifikas Ujian dapat :

1. Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.

2. Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

3. Menjadi panduan kepada penggubal soalan. 4. Menstabilkan taraf da aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

5. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.

6. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan yang lain.

3.2 - Tujuan Ujian

Ujian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang prestasi murid mengenai pencapaian kemahiran yang telah mereka pelajari dalam satu-satu pelajaran.

Untuk tugasan kerja kursus ini, saya memilih mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu iaitu Bab 1 dan Bab 2. Objektif Pengajaran bagi tajuk-tajuk tersebut ialah :

TAJUKBIDANG PEMBELAJARANHASIL PEMBELAJARAN

1. Nombor Bulat

1.1 Memahami konsep nombor bulat.1.2 Melakukan pengiraan yang melibatkan penambahan dan penolakan nombor bulat untuk menyelesaikan masalah.1.3 Melakukan pengiraan yang melibatkan pendaraban dan pembahagian nombor bulat untuk menyelesaikan masalah.1.4 Melakukan pengiraan yang melibatkan gabungan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi nombor bulat untuk menyelesaikan masalah.

(i) Membilang, membaca dan menulis nombor bulat(ii) Mengenal pasti nilai tempat dan nilai setiap digit dalam nombor bulat. (iii) Membundarkan nombor bulat. (i) Menambah nombor bulat. (ii)Menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan nombor bulat. (iii) Menolak nombor bulat. (iv) Menyelesaikan masalah yang melibatkan penolakan nombor bulat.(i) Mendarab dua atau lebih nombor bulat. (ii) Menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban nombor bulat. (iii) Membahagi suatu nombor bulat dengan suatu nombor bulat yang lebih kecil. (iv) Menyelesaikan masalah yang melibatkan pembahagian nombor bulat.(i) Melakukan pengiraan yang melibatkan sebarang gabungan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi nombor bulat termasuk menggunakan tanda kurung (ii) Menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi nombor bulat termasuk penggunaan tanda kurung.

2. Urutan dan Pola Nombor2.1 Mengenal dan melanjutkan urutan dan pola nombor yang terbentuk dengan membilang secara menaik dan secara menurun dalam selang pelbagai saiz2.2 Mengenal nombor genap dan nombor ganjil dan membuat pernyataan umum berkenaan dengan nombor tersebut.2.3 Memahami ciri-ciri nombor perdana.2.4 Memahami ciri-ciri dan menggunakan pengetahuan tentang faktor bagi nombor bulat.2.5 Memahami ciri-ciri dan menggunakan pengetahuan tentang faktor perdana bagi nombor bulat.2.6 Memahami dan menggunakan pengetahuan gandaan bagi nombor bulat.2.7 Memahami ciri-ciri dan menggunakan pengetahuan tentang gandaan sepunya dan Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK) suatu nombor bulat.2.8 Memahami dan menggunakan pengetahuan faktor sepunya dan Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) suatu nombor bulat.

(i) (i)Menerangkanpola bagi suatu urutan yang diberi.

(ii) Melanjutkan urutan nombor.(iii)Melengkapkan sebutan dalam urutan nombor yang diberi. (iv) Membina urutan nombor berdasarkan pola yang diberi.

(i) Mengenal pasti dan menghuraikan nombor genap dan nombor ganjil.(ii) Membuat pernyataan umum berkenaan dengan nombor genap dan nombor ganjil.(i)Mengenal pasti ciri-ciri nombor perdana. (ii) Menentukan sama ada nombor yang diberi adalah nombor perdana. (iii) Menentukan kesemua nombor perdana yang kurang daripada 100.

(i) Menyenaraikan faktor-faktor bagi suatu nombor bulat. (ii) Menentukan sama ada suatu nombor adalah faktor bagi suatu nombor bulat yang lain.(i) Mengenal pasti faktor-faktor perdana daripada senarai faktor-faktor. (ii) Mencari faktor-faktor perdana bagi nombor bulat. (iii) Menentukan sama ada suatu nombor adalah faktor perdana bagi suatu nombor bulat yang lain.(i) Menyenaraikan gandaan bagi nombor bulat.

(ii) Menentukan sama ada suatu nombor adalah gandaan bagi suatu nombor yang lain.

(i) Mencari gandaan sepunya bagi dua atau tiga nombor bulat. (ii) Menentukan sama ada satu nombor adalah gandaan sepunya bagi dua atau tiga nombor yang diberi. (iii) Menentukan GSTK bagi dua atau tiga nombor yang diberi(i) Mencari faktor sepunya bagi dua atau tiga nombor bulat. (ii) Menentukan sama ada suatu nombor adalah faktor sepunya bagi dua atau tiga nombor bulat yang diberi. (iii) Menentukan FSTB bagi dua atau tiga nombor yang diberi.

Aras item yang dibina adalah merujuk kepada Taksonomi Bloom (1956). Bagi ujian ini kami telah membina Jadual Penentuan Ujian yang terdiri daripada 4 aras kognitif mengikut kehendak soalan kerja kursus seperti berikut : Pengetahuan - 7 soalan

Kefahaman - 8 soalan

Aplikasi - 3 soalan

Analisis - 2 soalan

4. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Mata Pelajaran : Matematik Tingkatan : SatuUnit :PENGETAHUANKEFAHAMANAPLIKASIANALISIS

Aras Kesukaran :

MPSMPS

MPSMPS

Bab 1: 1.1- Nombor Bulat220

1.2- Penambahan dan Penolakkan15

1.3- Pendaraban dan Pembahagian3

1.4 Operasi Bergabung129

Bab 2: 2.1-Nombor berpola718

2.2- Nombor Ganjil dan Nombor Genap

8

2.3-Nombor Perdana41619

2.4- Faktor6

2.5- Faktor Perdana13

2.6- Gandaan14

2.7- Gandaan Sepunya dan Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK)111015

2.8- Faktor Sepunya dan Faktor Sepunya Terbesar17

Jumlah Soalan

7832

Aras Kesukaran : M - Mudah P - Pertengahan

S - Sukar

5. SPESIFIKASI ITEM Dalam penyediaan kerja kursus ini kami telah diminta menyenaraikan sebanyak 10 soalan untuk perincian item iaitu 3 item aras mudah, 4 item aras pertengahan dan 3 item aras sukar.1. Nombor Item : 1

Topik : Nombor Bulat

Sub topik : 1.2 Penambahan dan Penolakkan Objektif soalan : Melakukan pengiraan yangmelibatkan penambahan dan penolakkan nombor bulat untuk menyelesaikan masalah Aras soalan : Mudah Soalan : 289 + 326+ 275 =

A. 877 B. 898 C. 899 D. 890 (Aras : Pengetahuan, H.P-1.2 (Aras 1 ) 2. Nombor Item : 2 Topik : Nombor Bulat Sub topik : 1.1 - Nombor Bulat

Objektif soalan : Membundarkan sebarang nombor kepada puluh ribu terdekat Aras soalan : Mudah

Soalan . : Nombor manakah apabila dibundarkan kepada ribu yang hamper menjadi 723000? A. 722 506 B. 722 489 C. 723 615 D. 723 743 (Aras : Pengetahuan, H.P- 1.1(Aras 3)

3. Nombor Item : 3 Topik : Nombor Bulat Sub topik : 1.3- Pendaraban dan Pembahagian

Objektif soalan : Menyelesaikan masalah melibatkan Pendaraban dan Pembahagian Nombor Bulat Aras soalan : Mudah Soalan : Kotak M dan Kotak N masing-masing berisi 450 biji dan 270 biji manik. Cari bilangan manik yang perlu dikeluarkan daripada kotak M dan dimasukkan ke dalam kotak N supaya kedua-dua kotak mempunyai bilangan manik yang sama . A. 35 B. 90 C. 180 D. 360 (Aras : Pengetahuan, H.P- 1.3(Aras 1)

4. Nombor Item : 9 Topik : Nombor Bulat Hingga Juta

Sub topic : 1.4-Operasi Bergabung Objektif soalan : Mencari hasil operasi bergabung bahagi dan tolak

Aras soalan : Pertengahan

Soalan : 216 (12 3) - 5 =

A 10 B. 29 C. 19 D. 54 (Aras : Kefahaman, H.P- 1.4(Aras 1 ) 5. Nombor Item : 20 Topik : Nombor Bulat

Sub topic : 1.1- Nombor Bulat Objektif soalan : Menyelesaikan masalah melibatkan nombor bulat Aras soalan : Susah Soalan : Dalam satu pertandingan kuiz matematik, anda telah dikemukakan dengan satu soalan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Anda dikehendaki mengira nombor-nombor yang terdapat dalam rajah tersebut supaya dapat menghasilkan nombor bulat terkecil. Kesemua empat operasi asas matematik perlu digunakan tanpa ulangan dalam petak yang disediakan dalam kiraan anda.

( 579 32 62 ) ( 20 4 ) =

RAJAH 1

A. 1

B. 2

C. 3

D. 4 (Aras : Analisis, H.P- 1.1(Aras3 ) 6. Nombor Item : 5

Topik : Nombor Bulat

Sub topik : 1.2- Penambahan dan Penolakkan

Objektif soalan : Melakukan pengiraan melibatkan penambahan dan penolakkan nombor bulat untuk menyelesaikan masalah

Aras soalan : Pertengahan

Soalan : Apakah nombor yang mesti ditolak daripada hasil tambah 475 dan 58 216 supaya menjadi 54 886 terkecil ?

A. 3805 B. 2855 C. 3850

D. 50 830 (Aras : Kefahaman, H.P-1.2(Aras 2)

7. Nombor Item : 12 Topik : Nombor Bulat Sub topik : 1.4 Operasi Gabungan Objektif soalan : Melakukan pengiraan yang melibatkan gabungan operasi penambahan,penolakkan,pendaraban dan pembahagian nombor bulat untuk menyelesaikan masalah Aras soalan : MudahSoalan :Sempena sambuta hari polis, seramai 437 orang anggota polis dari daerah Aman dan 386 anggota polis dari daerah Damai telah menderma darah. Seramai 625 orang anggota polis lelaki yang menderma darah. Berapakah bilangan anggota polis wanita yang menderma darah? A. 823 B. 840 C. 857 D. 877 (Aras : Kefahaman, H.P-1.4 (Aras 2)

8. Nombor Item : 7

Topik : Urutan dan Pola nombor

Sub topik : 2.1 Nombor Berpola

Objektif soalan : Mengenal dan melanjutkan urutan dan pola nombor yang terbentuk dengan membilang secara menaik dan secara menurun dalam selang pelbagai saiz

Aras soalan : Mudah

Soalan : Dalam urutan nombor 85,77, x,61,53, nilai x ialah A. 69 B. 68 C. 71

D. 72 (Aras : Pengetahuan, H.P-2.1 (Aras 2)

9. Nombor Item : 8 Topik : Urutan dan Pola Nombor Sub topic : 2.2 Nombor Genap dan Nombor Ganjil Objektif soalan : Mengenal nombor genap dan nombor ganjil dan membuat penyataan umum berkenaan dengan nombor tersebut Aras soalan : Mudah Soalan : Antara hasil tambah berikut, yang manakah menghasilkan nombor ganjil? A. 27 + 55 B. 31 + 68 C. 46 + 14 D. 58 + 32

( Aras : Pengetahuan, H.P-2.2 (Aras 1) 10. Nombor Item : 18

Topik : Nombor Bulat Hingga Juta

Sub topik : 2.1- Nombor Berpola Objektif soalan : Mengenal dan melanjutkan urutan dan pola nombor yang terbentuk dengan membilang secara menaik dan secara menurun dalam selang pelbagai saiz Aras soalan : Sukar Soalan : Siti dan Swee Lan bermain congkak. Siti memasukkan guli ke dalam lubang congkak masing-masing mengikut pola tertentu kecuali dua lubang yang bertanda X di hujung congkak seperti yang ditunjukkan di bawah. Berapakah bilangan guli yang perlu dimasukkan ke dalam lubang A? (1 markah)

A. 34 B. 23 C. 21 D. 56 (Aras : Analisis, H.P- 2.1(Aras 3) 11. Nombor Item : 4

Topik : Urutan dan Pola nombor

Sub topik : 2.3 Nombor PerdanaObjektif soalan : Memahami ciri-ciri nombor perdana Aras soalan : Mudah

Soalan : 7,P,Q,R,S,23 ialah urutan nombor perdana yang disusun mengikut tertib menaik. Antara berikut, yang manakah mewakili nombor 17?

A. R B. P C. Q

D. S (Aras : Pengetahuan, H.P-2.3 (Aras 1)

12. Nombor Item : 16

Topik : Urutan dan Pola nombor

Sub topik : 2.3 Nombor Perdana

Objektif soalan : Memahami ciri-ciri nombor perdana

Aras soalan : Pertengahan

Soalan : Data berikut menunjukkan satu urutan nombor perdana dalam tertib menaik. Cari nilai m dan n.

A. m=5, n=18

B. m= 6, n=15

C. m=5, n=15

D. m=6, n=18 (Aras : Kefahaman, H.P-2.3 (Aras 2)

13. Nombor Item : 19

Topik : Urutan dan Pola nombor

Sub topik : 2.3 Nombor Perdana

Objektif soalan : Memahami ciri-ciri nombor perdana

Aras soalan : Pertengahan

Soalan : Rajah di bawah menunjukkan suatu urutan nombor perdana. Cari nilai x + y

A. 52

B. 41

C. 48

D. 58 (Aras : Kefahaman, H.P-2.3 (Aras 2)

14. Nombor Item : 6 Topik : Urutan dan Pola nombor

Sub topik : 2.4- FaktorObjektif soalan : Memahami ciri-ciri dan menggunakan pengetahuan tentang faktor bagi nombor bulat. Aras soalan : Pertengahan Soalan : Diberi 4 dan 6 ialah faktor bagi P. Cari nilai yang mungkin bagi P A. 48 B. 18 C. 28

D. 32 (Aras : Pengetahuan, H.P-2.4 (Aras 3)

15. Nombor Item : 13 Topik : Urutan dan Pola Nombor Sub topik : 2.5- Faktor PerdanaObjektif soalan : Memahami ciri-ciri dan menggunakan pengetahuan tentang faktor perdana bagi nombor bulat. Aras soalan : Mudah Soalan : Cari semua faktor perdana bagi 30 A. 2,3 B. 2,5,15 C. 2,3,5,15 D. 2,3,5 (Aras : Kefahaman, H.P-2.5 (Aras 1) 16. Nombor Item : 14

Topik : Urutan dan Pola Nombor

Sub topik : 2.6- Gandaan

Objektif soalan : Memahami dan menggunakan pengetahuan gandaan bagi nombor bulat.

Aras soalan : Pertengahan

Soalan : 168 ialah gandaan bagi nombor berikut kecuali

A. 24

B. 12

C. 18

D. 18

(Aras : Pengetahuan, H.P-2.6 (Aras 1)17. Nombor Item : 10

Topik : Urutan dan Pola Nombor

Sub topik : 2.7- Gandaan Sepunya dan Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK)Objektif soalan : Memahami ciri-ciri dan menggunakan pengetahuan tentang gandaan sepunya dan gandaan sepunya terkecil suatu nombor bulat.

Aras soalan : Mudah

Soalan : Gandaan sepunya terkecil bagi 6, 12, dan 20 ialah

A. 18

B 24

C. 42

D. 60 (Aras : Pengetahuan, H.P-2.7 (Aras 2)18. Nombor Item : 11 Topik : Urutan dan Pola NomborSub topik : 2.7- Gandaan Sepunya dan Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK)Objektif soalan : Memahami ciri-ciri dan menggunakan pengetahuan tentang gandaan sepunya dan gandaan sepunya terkecil suatu nombor bulat. Aras soalan : Mudah Soalan : Antara berikut, yang manakah gandaan sepunya bagi 2,3 dan 8 ? A. 16 B 66 C. 42 D. 72 (Aras : Pengetahuan, H.P-2.7 (Aras 2) 19. Nombor Item : 15

Topik : Urutan dan Pola Nombor

Sub topik : 2.7- Gandaan Sepunya dan Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK)Objektif soalan : : Memahami ciri-ciri dan menggunakan pengetahuan tentang gandaan sepunya dan gandaan sepunya terkecil suatu nombor bulat

Aras soalan : Mudah

Soalan : 56 ialah gandaan sepunya bagi 8 dan x. Antara berikut, yang manakah nilai yang mungkin bagi x? A. 14

B 12 C. 16 D. 18 (Aras : Aplikasi, H.P-27 (Aras 2)

18. Nombor Item : 17

Topik : Urutan dan Pola Nombor

Sub topik : 2.8- Faktor Sepunya dan Faktor Sepunya TerbesarObjektif soalan : : Memahami dan menggunakan pengetahuan faktor sepunya dan faktor sepunya terbesar suatu nombor bulat

Aras soalan : Mudah

Soalan : (y + 1 ) ialah factor sepunya terbesar bagi 18, 30 dan 42. Cari nilai y

A. 5

B 7

C. 6

D. 8 (Aras : Aplikasi, H.P-2.8 (Aras 3)

TABURAN JAWAPAN

NOMBOR SOALANABCD

1/

2/

3/

4/

5/

6/

7/

8/

9/

10/

11/

12/

13/

14/

15/

16/

17/

18/

19/

20/

JUMLAH JAWAPAN4664

6. Kajian Rintis Untuk menjamin item yang digubal mempunyai cirri-ciri keesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran, item yang telah disemak eloklah ditujukan kepada sebahagian kecil pelajar untuk memastikan keesahannya. Soalan-soalan ini telah diberikan kepada 32 orang murid Tingkatan Satu dari Sekolah Menengah Agama Kota Tingi. Kelemahan-kelemahan item ini boleh diperbaiki dengan maklumat yang didapati dari kajian rintis tersebut. Set instrument yang baik dan yang telah dibaiki boleh digunakan sebagai ujian yang sah, atau disimpan dalam bank item untuk kegunaan pada masa hadapan.

Keputusan kajian rintis digunakan untuk menganalisa dan mentafsir item. Dalam hal ini Indeks Kesukaran (p) dan Indeks Diskriminasi (d) dikira bagi setiap item untuk menentukan kuantiti sesuatu item, sama ada item itu benar-benr sesuai digunakan atau sebaliknya.

7. Indeks Kesukaran Item ( p) Indeks Kesukaran Item adalah untuk menunjukkan aras kesukaran sesuatu item / soalan ; iaitu sama ada sesuatu itu mudah dijawab atau susah dijawab. Indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul dengan dibahagikan kepada jumlah calon yang menjawab. Pengiraannya adalah seperti di bawah :-

Bilangan calon yang memberi jawapan betul

Nilai p = ---------------------------------------------------------

Jumlah calon yang menjawab

30 (Bilangan yang menjawab betul)

Contoh : p = -----------------------------------------------

32 (Jumlah calon yang menjawab)

= 0.94 0.00 0.50 1.00

Item Sukar Sederhana Mudah

Item yang sukar mempunyai nilai p yang rendah, sebaliknya item yang mudah mempunyai p yang tinggi. Untuk lebih jelas lagi dalam menilai aras kesukaran item ini dapat dijelaskan dalam jadual di bawah.

Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item

Nilai pPengkelasan ItemKeputusan

0.00 - 0.20Terlalu SukarUbah suai

0.21 - 0.40SukarTerima

0.41 - 0.60Sederhana SukarTerima

0.61 - 0.80MudahTerima

0.81 - 1.00Terlalu MudahUbah suai

8.1 - ANALISA JAWAPAN UJIAN

MATEMATIK TINGKATAN 1

BilNama MuridNombor SoalanJumlah

1234567891011121314151617181920Markah

1 Afif Ahza Bin Zainudin20

2 Fitria Amanda Bt Ikwan XXXXXX14

3 Halimatul Izzah Binti Abd Azim XXXX16

4 Mohd Nor Fathi Bin Mohd Amdi XXXXX15

5 Muhammad Fadli Jamil Hair XXXXX15

6 Muhammad Kamil Syahmi Azman XXXXXX14

7 Muhammad Nur Aidil Adha Bin Md Azhar XXXXXX15

8 Muhammad Qayyum Sulaiman XXXXXX14

9 Najah Binti Khairuddin XXXXX15

10 Najwa Natasha Mohd Faizam XXXXX15

11 Nur Jannah Zahiah Bunaim XXXXX15

12 Nur Khaleedah Abdul Nassir XXXXXXXX12

13 Nur Syahirah Muhamad Zakria XXXXXXXXX11

14 Nuraini Nabila Arlis Suhazam XXXXXXXX12

15 Nurfarahin Samsudin XXXXXX14

16 Nurin Syabrina Binti Nordin XXXXXXX13

17Nurul Athirah Farhanah Shamsul XXXXX15

18Nurul Wahidah Azhar XXXXXXXX12

19Shahrina Muhammad Shafiq XXXXX15

20Fatimah Az-Zahra' Mohd NazriXXXX16

21Afiq Izuddin Bin Azhari XXX17

22Aqilah Nur Binti NorizamXXXXXX14

23.Nurul Nazihah Binti ZakariaXXXXX15

24 Ezzah Nur Afiqah Binti EdinorXXX17

25 Faten Nur Umira Bt Hanafi XXXXX15

26 Fatin Nazurah Binti Saiful Nazri XXXXXX14

27 Fatin Nur Hidayah Hazman XXXXXX15

28 Fatin Shahirah Johari XXXXXX14

29 Masita Binti Majid XXXXXXX13

30Masturina Amni Kashfullah XXXXX15

31 Nahdatul Qistina Yazid XXXXXXX13

32 Nik Nur Zafirah Nik NesronXXXXXX15

Jumlah jwpan yg betul322823271224192430729262523252524111517

Peratusan (%)10088728438756084942291817872787875724753

8.2 - Contoh Pengiraan Indeks Kesukaran Bilangan calon jawapan betul

Formula ( p ) = -----------------------------------------

Jumlah calon

a) Item 1. = 1.00

b) Item 2. = 0.88 c) Item 3. = 0.72 d) Item 5. = 0.38 e) Item 19. = 0.47 8. 3 - Analisa Indeks Kesukaran :

ItemBilangan Menjawab

Betul ( n )Indeks Kesukaran Item

( p)Pengkelasan ItemKeputusan

132/321.00Terlalu mudahUbahsuai

228/320.88Terlalu mudahUbahsuai

323/320.77MudahTerima

427/320.84Terlalu mudahUbahsuai

512/320.38SukarTerima

627/320.84Terlalu mudahUbahsuai

719/320.60MudahTerima

821/350.60Sederhana sukarTerima

930/320.94Terlalu mudahUbahsuai

107/320.22Sukarditerima

1129/320.91Terlalu mudahTerlalu mudah

1226/320.81Sederhana sukarTerima

1325/320.78MudahTerima

1423/320.72MudahTerima

1525/320.78MudahTerima

1625/320.78MudahTerima

1724/320.75MudahTerima

1823/320.72MudahTerima

1915/320.47Sederhana sukarTerima

205/320.16SukarTerima

Jadual di atas adalah Analisa Indeks Kesukaran berdasarkan item yang telah diuji ke atas 32 orang murid-murid Tingkatan 1 Abqori Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi 8.4 - Ulasan Analisa Item Indeks Kesukaran.

ItemIndeks KesukaranUlasan / Catatan

12

9,69

11

12

1.000.880.84

0.94

0.91

0.81- hampir semua murid telah menjawab soalan dengan betul. Mengikut keputusan pengkelasan item, soalan ini perlu diubahsuai kerana arasnya yang terlalu mudah.

20

10

5190.160.220.380.47-Peratus murid yang menjawab betul soalan ini agak rendah. Item ini dalam

kategori sukar, namun masih diterima untuk pengujian

Bagi item / soalan lain yang berada di dalam kategori mudah, sederhana, dan sukar, ia akan disimpan terus ke dalam bank soalan supaya boleh digunakan pada bila-bila masa yang dikehendaki.

9. Indeks Diskriminasi

Indeks diskriminasi item digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar. Item / soalan yang baik akan dapat membezakan antara mereka yang berkeupayaan rendah dan berkeupayaan tinggi. Langkah-langkah diskriminasi telah dicadangkan oleh Mehrens & Lehmann seperti di bawah ;

a) Membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan iaitu 27% pencapaian pelajar tertinggi,

27% pencapaian pelajar terendah dan 46 % pencapaian pelajar antara tertinggi dan

terendah.

b) Mengira pelajar menjawab dengan betul di kalangan berpencapaian rendah (R u),

bilangan pelajar menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi (R L)

dan jumlah pelajar berpencapaian tinggi ( T ( L U ) ) c) Indeks diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan ( R U - R L ) dengan separuh T ( L - U ) seperti berikut: (R U - R L )

d = --------------------- ( T ( L + U ) ) Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Secara amnya, item yang mempunyai Indeks Diskriminasi positif menunjukkan soalan tersebut adalah baik manakala bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negative dikira tidak baik untuk penilaian rujukan norma. Sebagai panduan, aras kesukaran item boleh ditafsirkan mengikut jadual di bawah :

Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item

Nilai ( d )Pengkelasa ItemKeputusan

0.00 0.10Tidak baikUbah suai

0.11 0.20Kurang baikTerima

0.21 0.30Sederhana baikTerima

0.31 0.40BaikTerima

0.41 1.00Sangat baikUbah suai

BilNama MuridNombor SoalanJumlah

1234567891011121314151617181920Markah

1Afif Ahza Bin Zainudin20

2Afiq Izuddin Bin Azhari XXX17

3Ezzah NurAfiqah EdinorXXX17

4Halimatul Izzah Abd Azim XXXX16

5FatimahAz-Zahra' Mohd NazriXXXX16

6Mohd Nor Fathi Mohd Amdi XXXXX15

7Muhammad Fadli Jamil Hair XXXXX15

8Najah Khairuddin XXXXX15

9Najwa Natasha Mohd Faizam XXXXX15

JUMLAH BETUL99997658729997987936

9.1 (a) - 27 % ( 9 ORANG ) PENCAPAIAN PELAJAR TERTINGGI

9.1 (b) - 27 % ( 9 ORANG ) PENCAPAIAN PELAJAR TERENDAHBILNAMA1234567891011121314151617181920JUMLAH

1Aqilah Nur Binti NorizamXXXXXX14

2 Masita Binti Majid XXXXXXX13

3 Fatin Shahirah Binti Johari XXXXXX14

4 Nahdatul Qistina Binti Yazid XXXXXXX13

5 Nurin Syabrina Binti Nordin XXXXXXX13

6 Nur Khaleedah Abdul Nassir XXXXXXXX12

7 Nur Syahirah Muhamad Zakria XXXXXXXXX11

8 Nuraini Nabila Arlis Suhazam XXXXXXXX12

9 Nurul Wahidah Azhar XXXXXXXX12

JUMLAH BETUL98561647937778655533

9.2 - Contoh Pengiraan Indeks Diskriminasi Formula ( d ) =

Item No 1. (d) = = 0.00

Item No2. (d) = = = 0.11 Item No 5. (d) = = = 0.89 Item No 7. (d) = = = 0.11 Item No 15. (d) = = = 0.33 9.3 - Analisa Indeks Diskriminasi Item

ItemJawapan betul Right UpperJawapan betul Right Lower RU - RL(d)= -----------

TPengkelasan ItemKeputusan

1990.00Tidak baikUbahsuai

2980.11Kurang baikTerima

3950.44Sangat baikTerima

4960.33Kurang baikTerima

5710.67BaikTerima

6660.00Tidak baikUbahsuai

7540.11Kurang BaikTerima

8870.11Kurang baikTerima

9790.22Sederhana baikTerima

10230.11Kurang baikTerima

11970.22Sederhana baikTerima

12970.22Sederhana baikTerima

13970.22Sederhana baikTerima

14780.11Kurang baikTerima

15960.33BaikTerima

16850.33BaikTerima

17750.22Sederhana baikTerima

18950.44Sangat baikTerima

19330.00Tidak baikUbahsuai

20630.33BaikTerima

Jadual menunjukkan analisa Indeks Diskriminasi terhadap item. Berdasarkan jadual di atas, Indeks Diskriminasi sangatlah baik dan item yang diberi boleh diterima oleh semua pelajar.

9.4 - Ulasan Analisa Indeks DiskriminasiItemIndeks DiskriminasiUlasan / Catatan

1

6 19 0.00

(Tidak Baik)- Item yang tidak baik akan tetap

diterima dan digunakan kerana

memberi peluang kepada murid

yang aras rendah untuk

mendapat markah. Soalan ini

juga terdapat dalam JPU iaitu

soalan berbentuk mudah.

Walaubagaimana pun guru

boleh mengubahsuai soalan ini .

2 4 7

8

10

14 0.11

(Kurang Baik) - Item yang kurang baik juga

tetap digunakan dalam pengujian

27 % adalah soalan dari aras

sukar. Soalan ini dapat menguji

minda murid dengan lebih bernas

Bagi item yang berada dalam kategori baik, sederhana baik dan sangat baik, ia akan terus disimpan di bank soalan dan akan digunakan pada pelajar-pelajar lain pada bila-bila masa yang diingini oleh guru. Soalan yang tidak baik dan kurang baik pula boleh diubahsuai. Keputusan analisis menunjukkan soalan yang dibina mencapai tahap baik iaitu nilai indek kesukaran 14 soalan diterima, 1 soalan terlalu mudah dan 5 soalan perlu diperbaiki dan nilai d hanya 3 soalan sahaja perlu diubahsuai iaitu soalan 1, 6 dan 18. masing-masing mencapai nilai diskriminasi 0.00. Soalan-soalan yang kurang baik tetapi tetap diteri sebagai pengujuian ialah soalan 2, 4, 7, 8, 10, dan 14 .

Bagi sesebuah ujian, soalan yang boleh dijawab dengan betul oleh semua pelajar atau soalan yang tidak boleh dijawab oleh semua pelajar merupakan soalan yang lemah (Abdul Fatah, 1985: 144). Soalan-soalan sedemikian akan menyebabkan semua pelajar mendapat kosong atau markah penuh. Keadaan ini berlaku pada soalan 3 dan soalan 14. Hampir semua pelajar dari semua kumpulan dapat menjawab soalan 3 iaitu nilai p mencapai 0.93. Ujian sedemikian tidak menunjukkan sebarang perbezaan antara pelajar, ini dibuktikan dengan nilai d mencapai 0. Bagi soalan 14 pula hampir semua pelajar dari semua kumpulan tidak dapat menjawabnya iaitu nilai k mencapai 0.22. Nilai d pula mencapai 0. Dengan itu, soalan-soalan ini merupakan soalan lemah yang harus ditulis semula kerana ia langsung tidak dapat membezakan kumpulan cerdas daripada kumpulan lemah.

Keadaan yang hampir sama berlaku pada soalan 7 di mana 80% daripada 27 orang pelajar (p=0.81) dapat menjawabnya dan nilai d hanya mencapai 0.12. Soalan 12 juga mengalami keadaan yang sama di mana hanya 20% (p=0.19) tidak dapat menjawabnya. Nilai d juga hanya mencapai 0.12. Satu soalan di mana setiap orang mendapat markah penuh atau hampir mendapat markah penuh adalah satu soalan yang sangat senang. Pelajar-pelajar telah dihalang dari menunjukkan pencapaian sebenar mereka. Soalan lain yang serupa seperti ini ialah soalan 11.

Kadangkala, dalam sesuatu ujian, adalah wajar jika sesetengah soalan yang mudah diguna untuk memberi peluang kejayaan kepada pelajar yang lemah; juga soalan-soalan yang susah boleh diberi untuk mencabar pelajar-pelajar yang berkebolehan tinggi. Soalan 1 (p=0.85) dan soalan 20 (p=0.22) yang berada di tahap agak mudah dan agak sukar diberikan tetapi oleh kerana nilai d masing-masing mencapai 0.24 yang bererti nilai diskriminasi positif yang sederhana. Ini bermakna soalan ini walaupun susah dan senang tetapi tidaklah lemah, jadi ia masih boleh diterima. Begitu juga hal yang sama pada soalan 8 dan 9.

Bagi soalan-soalan seperti soalan 13 (p=0.78), 15 (p=0.74) dan 16 (p=0.44) di mana nilai d masing-masing mencapai 0.24 (soalan 13) dan 0.35 (soalan 15 dan 16), ini bereti diskriminasinya sederhana dan kesukarannya agak tinggi. Walau bagaimanapun, kita boleh menyimpulkan bahawa soalan tersebut tidak lemah, tetapi Cuma agak sukar sahaja.

Bagi 20 soalan yang dikaji ini, tiada satu soalan yang mendiskriminasi secara negatif. Sesuatu soalan jika mendiskriminasi secara negatif, ini bermakna ia tidak bersetuju dengan ujian tersebut. ada sesuatu yang tidak kena mengenai soalan tersebut (Abdul Fatah, 1985: 145). Sekiranya sesuatu soalan itu sukar dan tidak boleh dijawab dengan betul oleh sebahagian besar pelajar-pelajar dari kumpulan di atas, maka sudah tentu ramai lagi pelajar-pelajar dari golongan bawah tidak boleh menjawab soalan tersebut dengan betul.Kesimpulan

Penilaian atau pengujian memerlukan beberapa proses sistematik dari awal hingga akhir. Dengan adanya langkah-langkah yang sistematik akan terbentuknya satu set ujian yang berkualiti. Ini adalah kerana memberi ujian adalah sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam menjalankan ujian, guru mestilah mengenal pasti soalan-soalan yang dibina menepati semua objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Jika dilihat keputusan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi dari kertas kerja kursus yang saya sediakan ini, item atau soalan yang dibina adalah baik dan sesuai untuk digunakan oleh pelajar bagi tujuan pengujian. Ini adalah kerana kedua-dua indeks tersebut tidak menunjukkan sebarang kesukaran atau perbezaan yang melampau.

Oleh itu setiap guru mestilah mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam bidang pembinaan item agar murid dapat menguasai kemahiran yang dipelajari dengan lebih berkesan, dan item yang dibina bersesuaian dengan kebolehan murid. Item yang dibina juga perlu dimasukkan kemahiran berfikir aras tinggi seiring dengan Pelan Pendidikan Pembagunan Malaysia (PPPM). RujukanHuraian Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan Satu. Kementrian Pelajaran MalaysiaRadinhazizi Hanapi (2011). Contoh Penulisan Proposal Kajian Tindakan. Diambil daripada http://www.docstoc.com/docs/90109000/CONTOH-PENULISAN-PROPOSAL-KT2,3,m,7,11,13,n

19, x, y, 31, 37

34

_1471899079.unknown

_1471899229.unknown

_1471925921.unknown

_1471926059.unknown

_1471926357.unknown

_1471925961.unknown

_1471899331.unknown

_1471899142.unknown

_1236949661.unknown

_1236950144.unknown

_1471898964.unknown

_1236950173.unknown

_1236950094.unknown

_1236949486.unknown