definisi dan konsep sekolah selamat
DESCRIPTION
kerja kursusTRANSCRIPT
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
1.0 PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini media massa sering membuat liputan tentang keadaan
keselamatan di sekolah malahan Kementerian Pelajaran pada bulan September 2004
memaklumkan untuk menutup lebih 60 sekolah rendah dan menengah yang dikatakan
tidak selamat kerana pelbagai masalah seperti dinding dan tiang retak, sistem pendawaian
lama, kebocoran di bahagian bumbung dan siling serta masalah anai- anai.
Keselamatan sekolah adalah satu isu penting dalam pengurusan sekolah kerana ia boleh
mencegah kemalangan di kawasan sekolah, mencegah kebakaran, menghindari jenayah
dan gangguan, mengawal salah laku pelajar, dan mengurangkan liabiliti sekolah terhadap
tindakan saman dan tuntutan ganti rugi yang mungkin berlaku.
Isu keselamatan sekolah lebih ketara untuk diberi perhatian serius bagi sekolah-sekolah
yang sudah lama dibina dan usang, atau yang berhampiran lebuhraya, atau yang
mempunyai blok-blok bangunan yang tinggi, atau yang mempunyai banyak kereta dan
motosikal di kawasan sekolah. Selain itu, keselamatan sekolah wajar sekali menjadi
pertimbangan utama bagi sekolah-sekolah yang mempunyai insiden kemalangan dan
jenayah yang ketara, atau bagi sekolah-sekolah di pedalaman yang terletak jauh daripada
bantuan polis, bomba, dan hospital. Tambahan lagi, isu keselamatan sekolah menjadi
persoalan kritikal dalam aspek penyelenggaraan bangunan dan prasarana sekolah. Oleh
yang demikian, dasar sekolah selamat ialah satu dasar yang wajar diberi perhatian dan
dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah dengan lebih teliti dan bersungguh-sungguh
di Malaysia.
Dari sejak tahun 1976 hingga 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan
beberapa Pekeliling Ikhtisas mengenai keperluan pihak pengurusan sekolah bagi
memastikan keselamatan pelajar semasa berada dalam kawasan sekolah, khasnya
mengenai makmal sekolah, bangunan sekolah, acara sukan, dan padang permainan.
Menurut pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye konsep ``sekolah selamat'' tidak
seharusnya terbatas kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli
dan sikap gengster semata-mata, tetapi juga perlu meliputi aspek keselamatan bangunan,
1
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
peralatan dan kemudahan sekolah. Sekolah- sekolah perlu sedar tentang kewujudan dan
kepentingan Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan 1994 serta aplikasinya kepada
institusi pendidikan bagi kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan. Menurut beliau
walaupun keutamaan akta tersebut untuk melindungi pekerja, tetapi ia termasuk juga
peruntukan mencukupi bagi melindungi ``perkara-perkara lain'' yang terjejas. Lee berkata
selaras dengan akta itu, pihak pengurusan sekolah dan Jabatan Pelajaran yang mewakili
majikan, mempunyai tanggungjawab am bagi memastikan keselamatan dan kebajikan
guru dan kakitangan sokongan serta melindungi pelajar dan pelawat.
Perubahan iklim pendidikan telah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah,
strategi, dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan
kecemerlangan murid serta guru. Pihak sekolah, persatuan ibu bapa dan komuniti
setempat seharusnya bertanggungjawab untuk sama-sama mewujudkan dan
melaksanakan “Polisi Sekolah Selamat”.
1.1 Definisi dan Konsep Sekolah Selamat
Konsep dan pelaksanaan sekolah selamat ialah mewujudkan persekitaran sekolah yang
aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan
masa hadapan. Ini adalah kerana sekolah merupakan tempat di mana para pelajar
berkumpul untuk belajar, bersosial serta berdepan dengan pelbagai masalah yang mereka
bawa ke sekolah daripada masyarakat dan keluarga mereka sendiri.
Ronald D. Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar
dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari
persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran
dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak- kanak.
School Guide for State of California dalam artikelnya "The Safe School Challenge"
mentakrifkan sekolah yang selamat sebagai tempat yang aman di mana pelajar-pelajar dan
guru bebas untuk belajar dan mengajar tanpa sebarang ancaman fizikal dan psikologikal.
2
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
Ciri-cirinya ialah menghormati dan prihatin kepada semua individu termasuk mereka yang
berlainan latar belakang kaum dan budaya, tiada persekitaran keganasan, jangkaan tingkah
laku yang jelas, dasar mengenai disiplin yang konsisten dan adil, komitmen pelajar
terhadap sekolah, sokongan dan pengukuhan untuk tingkah laku yang positif dan semangat
bermasyarakat di sekolah, mempunyai prosedur keselamatan yang pro aktif, dan mampu
membangunkan pelan tindakan kecemasan, penyelenggaraan masa, kebersihan dan
keceriaan di sekolah dan bilik darjah.
Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra,
persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas
tentang tingkah laku yang bersesusian dan ia hendaklah adil serta berterusan. (Dick
Young : 1999).
Menurut The National Education Association of the United States (NEA) (1996) sekolah
yang selamat (safe school) ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang
selamat serta tingkah laku pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang
kukuh, sentiasa menyokong pelajar mencapai standard yang tinggi, dapat mewujudkan
hubungan yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat membawa penglibatan ibu
bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna.
Sekolah yang selamat juga adalah sekolah di mana guru, staf dan pelajar-pelajarnya
selamat daripada sebarang keganasan dari segi fizikal, mental dan psikologi. Keganasan
yang dimaksudkan ialah sebarang tingkahlaku bermasalah yang serius serta emosi yang
ditunjukkan oleh pelajar. Ini termasuklah tingkah laku agresif yang serius, serangan
berbentuk fizikal, membunuh diri, penggunaan dadah dan lain-lain tingkah laku personal
yang berbahaya. Jika kita mengharapkan sesebuah sekolah itu selamat, kita mestilah
merujuk kepada keselamatan dalam masyarakat dan keluarga. Ini adalah kerana sekolah
merupakan tempat di mana pelajar-pelajar berkumpul untuk belajar, bersosial serta
berdepan dengan pelbagai masalah yang mereka bawa ke sekolah daripada masyarakat dan
keluarga mereka sendiri.
3
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000 pula
menghuraikan sekolah yang selamat sebagai "sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada
insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan
dalam dadah, perlakuan ala-gangster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau
"triad society". Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-
undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi
yang di dalamnya terdapat ahli- ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan
keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan.
National Association of School Psychologists (1991) di Amerika Syarikat menyatakan
bahawa sesebuah sekolah yang selamat bukan sahaja mempunyai langkah-langkah
pencegahan yang proaktif, tetapi mempunyai persekitaran fizikal yang selamat, pasukan
krisis, rancangan intervensi, penyeliaan keselamatan, dan rangkaian komunikasi yang baik.
Kesimpulannya, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan
warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental,
emosi dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah.
Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang,
kesihatan, disiplin dan tingkah laku.
4
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
1.2 Prinsip-Prinsip Sekolah Selamat
Menurut Quin Mary Magee et al. (1998) terdapat lapan prinsip bagi sekolah yang
mempunyai persekitaran selamat dan pembelajaran yang efektif. Prinsip-prinsip
tersebut ialah:
Sekolah selamat merupakan urusan semua warga sekolah
Para pentadbir, staf dan pelajar harus memahami peraturan dan akibatnya. Justeru,
langkah pertama ke arah persekitaran yang selamat, bebas daripada dadah dan
pembelajaran yang berkesan komitmen menyeluruh dalam sekolah terhadap tingkah
laku yang baik dan mematuhi peraturan amatlah diperlukan.
Sekolah selamat adalah sebuah keluarga
Para pendidik dan para pelajar merupakan ahli sebuah keluarga. Disiplin dan
sokongan terhadap tingkah laku positif dan aktiviti perlulah melibatkan semua
kakitangan dan pelajar.
Sekolah selamat merupakan sekolah yang perihatin terhadap nilai dan
menghormati semua pelajar
Sekolah selamat mewujudkan dan menyokong usaha untuk sentiasa prihatin dan
mengenalpasti kepelbagaian keperluan semua pelajar.
Sekolah selamat menetapkan piawaian akademik yang tinggi
Pelajar yang belajar dengan baik akan berkelakuan baik. Kebanyakan masalah tingkah
laku pelajar sebahagiannya berpunca daripada kekecewaan akibat gagal dalam
pembelajarannya. Oleh itu jangkaan dan piawai akademik yang tinggi amat perlu dan
sekolah juga perlu dan bersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut.
Sekolah selamat menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi
Sekolah bukan sahaja menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi tetapi juga
sentiasabersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut. Guru-guru yang
terlatih memainkan peranan dengan bantuan dan sokongan pentadbir akan
5
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
menghasilkan persekitaran yang positif lalu mewujudkan tingkah laku yang
bersesuaian dan membina.
Sekolah selamat adalah mengamalkan pengurusan strategik
Pihak pengurusan sekolah sentiasa membuat penilaian terhadap keperluan-
keperluan,menyedia dan melaksanakan kajian berdasarkan strategi dan
menyelaraskanperkhidmatan bagi mengenal pasti keperluan semua pelajar.
Sekolah selamat menggabungkan tiga pendekatan pencegahan
Pihak sekolah menjalankan usaha-usaha pencegahan secara menyeluruh kepada
semua pelajar, program pencegahan awal kepada pelajar-pelajar yang dikenalpasti
mempunyai risiko masalah tingkah laku dan pencegahan secara individu terhadap
pelajar yang mengalami masalah tingkah laku yang serius.
1.3 Objektif Sekolah Selamat
a) Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
b) Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.
c) Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
d) Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
e) Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
f) Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga
sekolah.
g) Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada
sekolah.
h) Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan
dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.
i) Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu
keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.
6
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
1.4 Pelaksanaan Sekolah Selamat
1.4.1 Pelaksanaan Dasar Sekolah Selamat di dalam Negara
Dari sejak tahun 1976 hingga 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengeluarkan beberapa Pekeliling Ikhtisas mengenai keperluan pihak pengurusan
sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar semasa berada dalam kawasan sekolah,
khasnya mengenai makmal sekolah, bangunan sekolah, acara sukan, dan padang
permainan.
Namun demikian, dasar sekolah selamat telah dipertingkatkan pelaksanaannya di
semua sekolah di Malaysia mulai tahun 2002 melalui pengedaran surat pekeliling
arahan dan manual sekolah selamat (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002). Dasar
ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap keselamatan staf and pelajar di
sekolah- sekolah daripada ancaman bahaya yang diwujudkan oleh faktor persekitaran,
prasarana, dan manusia.
Sejumlah 30 buah sekolah di seluruh Malaysia telah dipilih untuk menjadi sekolah
perintis bagi proses pelaksanaan dasar berkenaan. Antara perkara penting untuk
membina sekolah selamat ialah:
• Penyelenggaraan bangunan sekolah
• Memastikan kebersihan sekolah
• Persekitaran sekolah yang bebas daripada gangguan
• Dasar disiplin yang konsisten dan ditadbir dengan adil
• Budaya hormat
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1990) melaporkan bahawa
masalah salah laku pelajar merupakan perkara yang berlaku di apa jua sekolah.
Sekitar 837,000 orang pelajar sekolah rendah dan menengah melakukan pelbagai
kesalahan disiplin, termasuk ponteng sekolah, ancam pelajar lain, menghisap rokok,
dan pengedaran bahan lucah. Salah laku sedemikian mencemar nama sekolah dan
mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap taraf keselamatan sekolah yang
rendah.
7
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
Sesebuah sekolah yang selamat adalah suatu tempat di mana wujudnya hubungan
sosial yang rapat dalam kalangan kakitangan sekolah dengan masyarakat. Latar
belakang etnik, budaya dan agama pelajar mesti diakui dan dihormati supaya pelajar
tidak diejek dan dipinggirkan daripada aliran utama budaya sekolah. Pelajar dan
kakitangan sekolah berkongsi kepercayaan bahawa mereka adalah selamat sama ada
dari segi fizikal¸ sosial mahupun secara psikologi dan mereka sebenarnya mendapat
sokongan warga sekolah apabila tiba masa diperlukan.
Sekolah yang selamat mewujudkan suasana warganya yang penyayang dengan
mengutamakan nilai- nilai kemanusiaan yang menghargai dan menghormati harga
diri. Para pelajar merupakan tulang belakang dan berada pada barisan hadapan serta
merupakan golongan yang amat penting bagi generasi kepimpinan akan datang. Oleh
itu, mereka harus dididik dengan amalan sihat dan menghormati orang yang lebih tua
daripada mereka. Mereka juga dipupuk untuk bersikap bertimbang rasa dan sedia
menghulurkan pertolongan apabila diperlukan oleh masyarakat.
Bagi merealisasikan program Sekolah Selamat, beberapa cara perlu diaplikasikan di
sekolah untuk memastikan Polisi Sekolah Selamat dapat dilaksanakan dengan
berkesan.
Kepemimpinan yang berkesan
Pengetua sekolah sebagai pemimpin perlulah mengamalkan ketelusan, mudah
dihubungi,menggunakan piawai disiplin yang adil, pengharapan yang tinggi terhadap
tingkah laku para pelajar dan kakitangan, inovatif, mengadakan latihan dalam
perkhidmatan dan menyediakan ruang untuk kakitangan dan pelajar menyelesaikan
masalah.
Mewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat
Sekolah juga perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan
masyarakat atau komuniti sekolah. Ini termasuklah ibu bapa pelajar, masyarakat
sekitar sekolah, polis, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Apabila jalinan
pertalian ini semakin lemah, risiko keganasan akan semakin bertambah dan peluang
8
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
untuk membantu pelajar yang berisiko tinggi akan semakin menurun. Pihak sekolah
boleh mendapatkan kerjasama daripada pihak polis, RELA dan ibu bapa untuk
membuat rondaan di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi
keselamatan. Dari semasa ke semasa sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa
atau penjaga mengenai perkembangan persekolahan.
Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan staf
Hubungan yang baik antara guru dengan pelajar perlu dipupuk dan dijadikan sebagai
amalan untuk mewujudkan iklim sekolah yang selamat. Kajian-kajian mendapati
bahawa perhubungan pelajar dengan orang dewasa di sekolah yang bersedia
memberikan sokongan apabila diperlukan adalah satu daripada faktor kritikal dalam
pencegahan keganasan pelajar.
Membincangkan isu keselamatan secara terbuka
Penekanan tentang aspek keselamatan diri pelajar perlulah dididik melalui pengajaran,
peraturan, latihan, bimbingan dan amalan-amalan di sekolah. Pelbagai program boleh
dijalankan seperti ceramah, pameran, demonstrasi, dan lain-lain aktiviti,
mempamerkan poster dan peraturan mengenai keselamatan membantu memberi
kefahaman dan kesedaran pelajar mengenai keselamatan sekolah. Pengetua juga mesti
menggunakan apa sahaja ruang seperti perhimpunan mingguan, pemakluman oleh
guru kelas, dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas dan
seumpamanya sebagai saluran bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang
pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing.
Kawalan keluar masuk sekolah
Sekolah juga perlu mewujudkan suatu sistem kawalan dengan rekod yang kemas kini
mengenaipergerakan keluar masuk orang-orang awam ke dalam kawasan sekolah
termasuk yang diberikan kepada Ibu bapa dan penjaga untuk membawa murid keluar
ketika dalam persekolahan. Pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam dan pondok
keselamatan perlu diwujudkan untuk memudahkan proses kawalan ini.
9
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat
Tempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi pelajar-pelajar yang sampai awal
pagisebelum permulaan kelas dan pelajar-pelajar yang menunggu kenderaan untuk
pulang di sebelah petang selepas sesi persekolahan perlu di sediakan oleh pihak
sekolah. Pihak sekolah perlu membersihkan semak-samun kawasan, laluan dan jalan
yang digunakan seharian oleh para pelajar agar lebih terbuka dan selamat.Aspek
kawalan keselamatan sekolah haruslah menumpukan kepada kawalan dalaman dan
luaran sekolah. Kawalan terhadap bangunan melibatkan tindakan-tindakan mengawal
pergerakan pelajar di antara bangunan, melakukan penyeliaan berterusan, dan
menyediakan sistem kawalan terhadap khabar angin dalam kawasan.
Menyediakan sistem dan prosedur keselamatan pelajar dan sekolah
Pengetua perlu menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian
daripada Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak
termasuk guru-guru, pekerja pekerja dan ibu bapa. Pelaksanaan mengenai peraturan
keselamatan di sekolah perlu dijalankan secara tegas dan berterusan. Ini meliputi
peraturan keselamatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum, peraturan di bangunan
sekolah seperti bilik darjah, bengkel dan makmal, disiplin murid, lawatan dan aktiviti
aktiviti yang melibatkan pelajar. Pihak polis boleh membantu mewujudkan sekolah
selamat dengan melakukan rondaan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan
ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Pihak komuniti pula
dapat memainkan peranan dengan menjadi sukarelawaan mengawasi tingkah laku
pelajar.
Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara
bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah
tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak
berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan
bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam
proses yang berterusan tidak kira elemen- elemen yang menggugat keselamatan
berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita.
10
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
1.4.1.1 Program- program atau aktiviti Sekolah Selamat
Bagi memastikan Dasar Sekolah Selamat Berjaya, beberapa program atau aktiviti
telah dijalankan di sekolah. Antaranya:
POLISI 1:KESELAMATAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH
Pendahuluan
Pergi dan balik sekolah merupakan cara pelajar dan guru menjaga keselamatan diri semasa
pergi dan balik sekolah. Kemalangan jalan raya berlaku akibat kecuaian dan kurang
kesedaran para pengguna jalan raya. Pelaksanaan polisi ini dapat mewujudkan budaya
selamat semasa pergi dan balik sekolah.
Objektif
Mewujudkan persekitaran selamat pergi dan balik sekolah.
Memastikan pelajar memahami peraturan jalan raya dan tahu menjaga keselamatan
diri semasa berada di jalan raya.
Tatacara Pergi Sekolah
Pelajar mesti tiba di sekolah sebelum jam 7.30 pagi. Pelajar yang lewat ke sekolah
akan dikenakan tindakan.
Jika datang awal, jangan merayau di luar kawasan sekolah. Pelajar digalakkan datang
berkumpulan dan duduk di kawasan Dataran Perhimpunan atau kantin.
Pelajar bermotosikal hendaklah berlesen dan meletak kenderaan di tempat yang
disediakan. Pelajar tidak dibenarkan menunggang basikal dan motosikal dalam
kawasan sekolah.
Kenderaan pelajar wajib memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa(JPJ).
Kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
Semasa menyeberang jalan pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan jalan.
Bila berlaku kemalangan, lapor segera kepada guru / pentadbir.
11
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
Tatacara Balik Sekolah
Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi peraturan lalulintas.
Pelajar mesti terus pulang ke rumah masing-masing selepas tamat sesi persekolahan.
Pelajar hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sebarang masalah yang
dihadapi semasa perjalanan pulang dari sekolah.
Bagi pelajar yang membawa kenderaan sendiri mesti memastikan keselamatan diri
dan kenderaan serta mematuhi peraturan lalulintas.
Bagi pelajar yang balik dengan bas, van dan kenderaan ibu bapa hendaklah menunggu di stesen bas yang disediakan.
POLISI KE-2: SALAH LAKU SIFAR
Pendahuluan
Dekad ini menyaksikan perkembangan sosial para pelajar semakin meningkat
sehingga membawa mereka terjerumus ke dalam masalah disiplin serta sosial yang
keterlaluan. Banyak pihak termasuk sekolah memandang serius akan hal ini
sehingga mewujudkan pelbagai program untuk mewujudkan salah laku sifar di
kawasan sekolah.
Objektif
Mewujudkan persekitaran sekolah yang bebas dari masalah disiplin pelajar.
Membenteras budaya sosial yang keterlaluan.
Membentuk suatu suasana yang bersifat harmoni, aman dan saling menghormati di
kalangan warga sekolah.
Jenis Salah Laku
Salah laku jenayah
Tingkah laku lucah
Kekemasan diri
Tingkah laku tidak mementingkan masa
Tingkah laku kurang sopan dan biadap
12
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
Tingkah laku musnah
Tingkah laku tidak jujur/menipu
Ponteng
Punca Salah Laku
Diri sendiri Persekitaran /pengaruh luar Keluarga Sekolah
Langkah-langkah Pencegahan Nasihat/Kaunseling Amaran Rotan Digantung persekolahan Dibuang sekolah Laporkan kepada polis
POLISI KE-3: KESELAMATANMEMBULI
Pendahuluan
Perbuatan membuli bermaksud percakapan atau perlakuan fizikal yang tidak disenangi atau
tidak diterima. Dengan pelaksanaan polisi ini dapat mewujudkan budaya selamat semasa
berada di dalam kelas dan di kawasan sekolah.
Objektif
Menimbulkan kesedaran pelajar dan warga sekolah agar menghindari perbuatan
membuli.
Memberi panduan kepada mangsa dan pemangsa kejadian untuk jalan penyelesaian
dan tindakan selanjutnya.
Jenis Pelakuan Membuli
Mengejek dan peras ugut
Kata-kata jenaka, simbol, kartun, lukisan, gambar tulisan dan lain-lain.
Mengemukakan soalan yang tidak munasabah.
13
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
Memaksa melakukan sesuatu kerja.
Memaksa kawan untuk mencuri dan melakukan perkara yang salah.
Punca-Punca Perbuatan Membuli
Untuk menunjukkan kuasa
Pengaruh rakan sebaya dan media massa
Memenuhi kehendak dan kepuasan diri sendiri.
Mengukut trend semasa
Langkah Pencegahan Membuli
Sentiasa berada dalam kumpulan.
Mempunyai kesedaran bahawa dirinya terlibat dengan kes buli atau tidak.
Mempelajari seni pertahanan diri untuk keselamatan.
Menjauhkan diri daripada bergaul dengan pelajar yang berisiko tinggi dan kawasan
berisiko tinggi.
Memberitahu guru sekiranya pelajar menjadi mangsa.
Tindakan Susulan Pelakuan Membuli
Melaporkan kepada guru sekiranya anda mengalami atau melihat sebarang bentuk
perbuatan membuli.
Mengisi borang aduan.
Melapor kepada HEM/guru disiplin/guru/ibu bapa.
POLISI
KE-4:KESELAMATAN SEMASA KEGIATAN KOKURIKULUM
Pendahuluan
Kebanyakan aktiviti kokurikulum tidak terlepas dari kejadian-kejadian kemalangan
disebabkan oleh tahap kesihatan yang tidak seimbang serta peralatan yang digunakan.Justeru
itu satu tatacara tindakan yang dapat menjadi panduan perlu disediakan untuk menjamin
keselamatan semua pihak.
14
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
Objektif
Memastikan aktiviti yang dijalankan dirancang dengan mengambil kira tatacara
keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian Pendidikan.
Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan.
Tatacara Pelajar
Sukan dan Permainan
Melaporkan tahap kesihatan kepada guru.
Memakai pakaian dan kasut yang sesuai dengan aktiviti.
Jika rasa tidak selesa atau tidak mampu meneruskan aktiviti maklumkan kepada guru.
Tidak menggunakan peralatan yang telah rosak.
Melaporkan kepada guru tentang kemalangan yang berlaku.
Unit Beruniform
Taraf kesihatan yang sihat dan berpakaian sesuai.
Ketua pasukan merekodkan kedatangan ahli.
Jalankan aktiviti secara berkumpulan serta mematuhi arahan guru.
Sekiranya berlaku kemalangan laporkan kepada guru.
Kelab dan Persatuan
Memaklumkan sebab/alasan kepada guru jika tak dapat hadir.
Memakai pakaian yang telah ditetapkan dan mematuhi arahan guru sepanjang aktiviti
dijalankan.
Sekiranya berlaku kemalangan /kecemasan hendaklah diberi rawatan segera atau
laporkan kepada guru.
Pulang ke rumah segera setelah tamat aktiviti atau aktiviti dibatalkan
15
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
1.4.2 Pelaksanaan Dasar Sekolah Selamat di Luar Negara
Flannery dan Huff (1990) menyatakan bahawa keselamatan sekolah tertakluk
kepada penyeliaan dan pemantauan tingkah laku pelajar yang berkesan. Keselamatan
sekolah juga dapat ditingkatkan dengan membina persekitaran yang selamat dan
melaksanakan program-program untuk membantu pelajar-pelajar yang bermasalah
emosi dan tingkah laku.
National Association of School Psychologists (1991) di Amerika Syarikat
menyatakan bahawa sesebuah sekolah yang selamat bukan sahaja mempunyai
langkah-langkah pencegahan yang proaktif, tetapi mempunyai persekitaran fizikal
yang selamat, pasukan krisis, rancangan intervensi, penyeliaan keselamatan, dan
rangkaian komunikasi yang baik.
Kajian Thomas Hutton dan Kirk Bailey (2007) di United States yang bertajuk
School Policies Supporting Safe Schools menyatakan bahawa sekolah yang selamat
memerlukan penglibatan dan usaha daripada komuniti, pendidik, pelajar, ibu bapa ,
agensi perundangan, ahli perniagaan dan lain- lain lagi. Dengan menggunakan
pendekatan yang komprehensif, Sekolah Selamat mampu untuk
16
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
1.5 Implikasi Pelaksanaan Sekolah Selamat
Adalah diharapkan melalui pelaksanaan Polisi Sekolah Selamat ini, pelajar, warga sekolah
dan masyarakat memahami serta mengenal pasti langkah- langkah keselamatan yang patut
diambil serta dapat mewujudkan kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya menjaga
keselamatan diri terutama ketika berada di luar rumah. Polisi ini juga diharap dapat
digunakan oleh pihak sekolah untuk merangka, meningkatkan dan melaksanakan program
keselamatan pelajar serta langkah- langkah pencegahan bagi mewujudkan persekitaran
sekolah yang selamat.
Polisi ini juga boleh dijadikan panduan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
merangka program bagi menangani masalah keselamatan pelajar semasa di sekolah ataupun
semasa menunggu kedatangan ibu bapa mereka. Di samping itu, penglibatan dan kerjasama
pihak sekolah dengan pihak luar seperi polis dapat membantu pihak sekolah mencegah dan
menangani masalah kemalangan yang berlaku.
Kenyataan ini disokong oleh kajian Banks dan Stephanie (2000), yang mendapati bahawa
pihak sekolah Berjaya membentuk persekitaran yang selamat dengan menyediakan program-
program serta polisi- polisi yang positif melalui kerjasama yang erat antara komuniti sekolah,
ibu bapa dan masyarakat.
Senario pengurusan sekolah telah banyak berubah sejak kebelakangan ini. Segala perubahan
dan pembaharuan yang dirancang dan dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan
keupayaan dan keberkesanan sekolah. Ini adalah sebagai cabaran dalam pendidikan bagi
mencapai Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagai asas kepada insan kamil. Untuk itu, system
pengurusan sekolah perlu dijalankan sebaik mungkin bagi memastikan segala asset yang ada
di sekolah seperti guru, pelajar, pusar sumber, PIBG dan masyarakat dapat mencapai
matlamat kecemerlangan melalui pengurusan dan strategi- strategi yang sesuai. Ini secara
tidak langsung menjadi faktor kepada kewujudan pengurusan yang berkesan dan seterusnya
membentuk sekolah yang selamat.
17
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
Carolyn (1998) menggariskan beberapa implikasi yang dapat dilihat sekiranya sekolah yang selamat dapat diwujudkan. Antaranya ialah:
a. Misi, visi dan matlamat sekolah jelas kepada seluruh warga sekolah.
b. Iklim pembelajaran wujud dan penumpuan utama sekolah ialah kepada peningkatan
potensi pelanggan yang sentiasa berurusan.
c. Hubungan interpersonal antara guru, pelajar, ibu bapa, pengetua dan staff berjalan
secara telus dan saling mempercayai.
d. Komuniti akan merasai kepunyaan terhadap sekolah.
e. Kualiti dan standard pelajar sentiasa pada tahap yang tinggi.
f. Masalah sekolah akan diselesaikan secara kolaboratif.
g. “Team Work” akan terbina dengan harmoni dan bekerja secara proaktif.
h. Kepakaran staf sentiasa berkembang secara berterusan.
i. Perkhidmatan berteraskan kualiti dan penuh mesra.
j. Peraturan dan interaksi dijadikan landasan melaksanakan tanggungjawab.
k. Kecuaian dapat dielakkan dan komitmen bekerja sentiasa tinggi.
Dengan adanya Polisi Sekolah Selamat ini, pihak sekolah secara tidak langsung akan dapat
meningkatkan kesedaran kepada warga sekolah itu sendiri tentang kepentingan menjaga
keselamatan sama ada secara individu mahupun secara berkumpulan. Dengan sikap
tanggungjawab yang cuba diterapkan ke dalam diri warga sekolah akan dapat mengurangkan
kadar kemalangan, kecederaan dan penyakit yang sering berlaku di sekolah. Polisi Sekolah
Selamat akan memberi satu rangsangan untuk menunaikan tanggungjawab dalam keadaan
yang tenang dan menyeronokkan. Keadaan ini sekaligus akan memberi keyakinan dan tarikan
kepada masyarakat untuk belajar, bekerja dan berada di kawasan sekolah.
18
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
1.6 Kritikan dan Cadangan
Bagi memastikan Polisi Sekolah Selamat berjaya, pihak pengurusan sekolah hendaklah
memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan baik dan selamat.
Selain itu, pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas peralatan dan kelengkapan sekolah
seperti kerusi, meja, pendawaian elektrik, termasuk struktur bangunan itu sendiri supaya
kerosakan dan keadaan yang membahayakan dapat dikesan awal untuk dilakukan baik pulih
di samping menyediakan peraturan- peraturan tertentu mengenai keselamatan misalnya untuk
makmal sains, bengkel kemahiran hidup, setor sukan dan sebagainya yang perlu dipatuhi oleh
semua orang.
Pengawasan perlu dilakukan pada setiap masa supaya peraturan- peraturan tersebut tidak
diengkari. Pihak pengurusan sekolah juga harus menyebarkan maklumat bukan sahaja kepada
pelajar dan warga sekolah sahaja tetapi juga kepada ibu bapa dan penjaga kepada pelajar dari
semasa ke semasa melalui perhimpunan, mesyuarat, perjumpaan atau surat- surat siaraan.
Pihak sekolah juga boleh menubuhkan sebuah jawatankuasa keselamatan di sekolah yang
bertanggungjawab merancang serta mengawasi pelaksanaan Polisi Sekolah Selamat mengikut
setiap prosedur yang telah ditetapkan.
Walaupun pelbagai prosedur dan tatacara yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia berkenaan dengan Polisi Sekolah Selamat, namun polisi ini tidak akan Berjaya
sekiranya kerjasama antara pihak sekolah dengan komuniti tidak dapat diwujudkan. Pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia pula seharusnya menjalankan pemantauan dengan lebih
kerap untuk memastikan pelaksanaan Polisi Sekolah Selamat dilaksanakan di setiap sekolah
yang terdapat di Malaysia dan bukan hanya pada waktu- waktu tertentu sahaja.
19
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
Kesimpulan
Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara
bersepadu perlu dilaksanakan bukan sekadar merekabentuk dan membina bangunan sekolah
yang selamat. Usaha bersepadu itu bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah
tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa
Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan.
Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan
tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum
di sekolah.
Sekolah dan persekitaran merupakan faktor utama dalam mempengaruhi pembentukan
sahsiah dan pencapaian pelajar. Faktor sekolah termasuklah guru, kemudahan pembelajaran,
persekitaran pembelajaran, pembiayaan pendidikan, sistem pendidikan, cara penyampaian
pendidikan, program sokongan, dan hubungan sekolah dan komuniti. Faktor persekitaran
termasuk komuniti, budaya sesuatu bangsa atau kaum serta sistem sokongan yang wujud
dalam masyarakat akan terus mewarnai kehidupan seseorang murid. Dengan lain perkataan,
budaya belajar seseorang pelajar itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah faktor
keselamatan, keluarga, sekolah serta persekitaran yang boleh menentukan kejayaan atau
kegagalan seseorang pelajar baik dalam apa bidang pun serta dalam kehidupan sebenarnya.
20
PPP 6264 DASAR DAN PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN 2012
Rujukan
Carolyn, R.Pool (1998). “A Safe And Caring Place”. Jurnal Association for Supervision and
Curriculum Developmental.Vol.21, 1998.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000.
National Education Association. (1996). “Safe School Manual” . NEA: United States.
Quin, Mary Magee.et.al. (1998). “Safe, Drug-Free and Effective Schools for All Students:
What Works”!
21