definisi disiplin

2
DEFINISI DISIPLIN Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai: “...kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.” MATLAMAT DISIPLIN Disiplin akan menjadikan seorang murid itu sebagai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya pada masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu- individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan. PRINSIP-PRINSIP ASAS DISIPLIN Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar yang berikut: • keadilan dan layanan sama rata • pertimbangan minat dan keperluan murid • kebebasan yang tertakluk kepada undang-undang • amalan menghormati seseorang individu • perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis • perpaduan masyarakat dan negara FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DISIPLIN MURID Antara faktor yang mempengaruhi disiplin murid ialah: • asuhan dan didikan di rumah dan di sekolah • tingkah laku rakan-rakan sebaya • suasana dan alam sekitar • latar belakang ibu bapa dan keluarga • organisasi sekolah • cita-cita

Upload: durgaa-saralan

Post on 06-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Disiplin Diri

TRANSCRIPT

DEFINISI DISIPLINJawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai: ...kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

MATLAMAT DISIPLINDisiplin akan menjadikan seorang murid itu sebagai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya pada masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

PRINSIP-PRINSIP ASAS DISIPLINDisiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar yang berikut: keadilan dan layanan sama rata pertimbangan minat dan keperluan murid kebebasan yang tertakluk kepada undang-undang amalan menghormati seseorang individu perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis perpaduan masyarakat dan negara

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DISIPLIN MURIDAntara faktor yang mempengaruhi disiplin murid ialah: asuhan dan didikan di rumah dan di sekolah tingkah laku rakan-rakan sebaya suasana dan alam sekitar latar belakang ibu bapa dan keluarga organisasi sekolah cita-cita

CIRI-CIRI DISIPLIN YANG BAlKSeorang murid yang berdisiplin sentiasa mematuhi dan taat kepada ajaran agama, mengamalkan nilai-nilai kebudayaan Malaysia, memahami dan menghayati Rukun Negara,serta mematuhi peraturan sekolah dan undang-undang negara. Antara ciri penting seorang murid yang berdisiplin adalah seperti berikut: taat akan suruhan agama memahami dan mematuhi peraturan-peraturan menepati waktu rajin dan berdaya usaha jujur dan ikhlas sentiasa bersedia berkhidmat dan bekerjasama berbudi bahasa, bersopan-santun dan berdiplomasi bersih, cekap, amanah menghormati orang lain kasih dan sayang kepada ibu bapa mencintai sekolah berfikiran luas dan berpandangan jauh