definisi kertas kerja

17
DEFINISI KERTAS KERJA Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kertas kerja ialah makalah (artikel ataurencana) bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesu atupersoalan dan cadangan tertentu. Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk m endapatkansesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewanga n atau kelulusanmenjalankan sesuatu projek dan sebagainya. Tarrif Kertas Kerja Kertas kerja adalah salah satu daripada bentuk komunikasi bertulis. Oleh sebab itu kertas kerja bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-pihak tertentu. Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan. Dalam keadaan tertentu kertas kerja juga boleh dibentangkan kepada khalayak dalam bentuk lisan. Namun begitu, komunikasi lisan tersebut hanya berperanan menyampaikan maklumat yang memang telah disediakan dalam kertas kerja tersebut atau dengan kata lain menerangkan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu. Apa yang lebih penting ialah hasil penulisan kertas kerja itu sendiri. 3.3 Jenis-Jenis Kertas Kerja [A] Terdapat pelbagai jenis kertas kerja yang dihasilkan. Namun secara umumnya, kertas kerja dapat dibahagikan kepada dua, iaitu: a. Kertas Kerja Seminar Kertas kerja seminar ialah kertas kerja tentang sesuatu perkara untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. Penulis akan mengemukakan idea, pandangan, kajian, penyelidikan dan sebagainya kepada khalayak

Upload: vellashene-vella

Post on 12-Sep-2015

5.980 views

Category:

Documents


121 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

DEFINISI KERTAS KERJAMenurutKamusDewanEdisiKe-4,kertaskerjaialahmakalah(artikelataurencana)bertulisyangmengandungiperbincanganmengenaisesuatupersoalandancadangantertentu.

Padaumumnyakertaskerjaditulisdengantujuanuntukmengutarakanpenghujahantentangalasandanbuktiyangbolehdiberikanuntukmendapatkansesuatusepertikelulusanuntuksatuperuntukankewanganataukelulusanmenjalankansesuatuprojekdansebagainya.

Tarrif Kertas KerjaKertas kerja adalah salah satu daripada bentuk komunikasi bertulis. Oleh sebab itu kertas kerja bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-pihak tertentu. Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan. Dalam keadaan tertentu kertas kerja juga boleh dibentangkan kepada khalayak dalam bentuk lisan. Namun begitu, komunikasi lisan tersebut hanya berperanan menyampaikan maklumat yang memang telah disediakan dalam kertas kerja tersebut atau dengan kata lain menerangkan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu. Apa yang lebih penting ialah hasil penulisan kertas kerja itu sendiri.3.3 Jenis-Jenis Kertas Kerja [A]

Terdapat pelbagai jenis kertas kerja yang dihasilkan. Namun secara umumnya, kertas kerja dapat dibahagikan kepada dua, iaitu:

a. Kertas Kerja Seminar

Kertas kerja seminar ialah kertas kerja tentang sesuatu perkara untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. Penulis akan mengemukakan idea, pandangan, kajian, penyelidikan dan sebagainya kepada khalayak dengan tujuan untuk memberi panduan bagi menerokai bidang-bidang baharu, memberi penerangan tentang sesuatu perkara, memberi penjelasan tentang sesuatu idea, atau mencadangkan tindakan-tindakan tertentu terhadap sesuatu fenomena. Khalayaknya ialah mereka yang hadir dalam pembentangan yang dijalankan atau yang membaca kertas kerja tersebut. Khalayak biasanya mereka yang memang berminat dengan perkara/tajuk yang disampaikan ataupun mempunyai pengalaman dan pengetahuan perkara yang diperkatakan. Oleh itu, mereka hadir atau membaca kertas kerja ingin mengetahui perkara tersebut dengan lebih mendalam lebih-lebih lagi jika perkara yang ingin disampaikan itu ialah penemuan baharu dalam bidang berkenaan. Biasanya kertas kerja ini bersifat formal dan menggunakan laras bahasa akademik. Kadang-kadang kertas kerja tersebut kemudiannya diterbitkan dalam jurnal untuk menjadi bahan bacaan bacaan dan rujukan. Bergantung kepada tujuan dan khalayak, kertas kerja seminar perlu ditulis menggunakan laras bahasa mengikut bidang yang diperkatakan supaya lebih jelas dan mudah difahami.

b. Kertas Kerja Projek

Manakala kertas kerja projek pula dikemukakan untuk urusan-urusan seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Kertas kerja projek dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapat kelulusan. Penulis kertas kerja ini akan mengemukakan idea bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan. Berbanding dengan kertas kerja seminar, kertas kerja ini juga bersifat formal tetapi menggunakan laras bahasa umum yang lebih mudah difahami. Dengan penulisan kertas kerja ini, pembaca atau pihak yang berkenaan akan mendapat gambaran lengkap tentang bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan dengan jayanya. Semua perkara yang berkaitan projek itu akan dijelaskan dalam kertas kerja. Kemungkinan halangan/kekangan yang akan dihadapi dalam projek tersebut juga dikemukakan untuk mendapat maklum balas bagaimana halangan / kekangan itu dapat diatasi. Bergantung kepada tujuan penulisannya, kertas kerja ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:- Kertas kerja perniagaan- Kertas kerja lawatan- Kertas kerja program- Kertas kerja perkhemahan- Kertas kerja hari keluarga- Kertas kerja sukan3.4 Format Menulis Kertas Kerja [A]

Untuk menghasilkan kertas kerja terdapat pelbagai kaedah dan format yang boleh digunakan. Sebenarnya format penulisan kertas kerja bergantung kepada beberapa faktor/perkara antara lain ialah apa tujuannya, siapa khalayaknya, bagaimana penyampaiannya, apakah isi kandungannya dan lain-lain. Walau bagaimanapun terdapat format umum yang boleh dikuti oleh penulis sebagai panduan menyediakan kertas kerja. Bagi penulisan sesuatu kertas kerja, apa yang penting ialah ketekalan bentuk penulisannnya. Antara format umum penulsan kerja kerja:a. Format Kertas Kerja Seminar Tajuk Nama / Nama-nama pembentang kertas kerja Nama institusi Abstrak (Sinopsis/Ringkasan) Pengenalan Sorotan kajian Metodologi Analisis data / Dapatan Rujukan Lampiran

b. Format Kertas Kerja Projek Tajuk Latar belakang / Rasional Objektif / Matlamat Jangka masa yang diperlukan Kumpulan sasaran Andaian-andaian halangan Anggaran belanjawan Penubuhan jawatankuasa Menentukan jadual tugas Pelaksanaannya

Walaupun terdapat format umum penulisan kertas kerja yang boleh menjadi rujukan, sebagaimana yang telah dinyatakan, anda perlu melakukan penyesuaian supaya kertas kerja yang dihasilkan benar-benar menepati tujuan dan dapat mencapai objektifnya. Ingatlah bahawa penulisan perlu teliti dan lengkap dengan semua maklumat yang diperlukan.

3.5 Ciri-ciri Penulisan Kertas Kerja Yang Baik [A]

Untuk mencapai matlamat penulisannya, kertas kerja perlu memenuhi beberapa kriteria dan ciri-ciri penulisan tertentu. Antara lain, ciri-ciri penulisan kertas kerja yang baik ialah:i. Penggunaan bahasa yang baik.Penggunaan bahasa yang baik dan tepat sangat penting dalam penulisan kertas kerja. Struktur ayat yang betul dan gramatis, pemakaian imbuhan perkataan yang tepat dan pemilihan kosa kata sesuai mengikut kmonteks dan situasi perlu diberi perhatian oleh penulis. Penggunaan bahasa yang tidak jelas akan menimbulkan kesukaran kepada pembaca untuk memahami apa yang ingin dimaksudkan. Tahap penguasaan yang baik membolehkan penulis melahirkan apa yang sebenarnya ingin disampaikan. Jika tidak berkemungkinan pembaca akan menyalahtafsirkan mesej sebenar yang terkandung dalam kertas kerja tersebut. Dalam penggunaan bahasa, penulis perlu memikirkan pemilihan kata dan ayat yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Kejelasan Kekhususan Ketepatan Kesesuaian Elakkan ulangan yang tidak perlu

ii. Ringkas, tepat dan padat.Kertas kerja banyak mengandungi maklumat. Maklumat perlu dijelaskan oleh penulis menggunakan bahasa yang sesuai supaya mudah difahami oleh pembaca dengan jelas. Jika penjelasan yang diberikan oleh penulis terlalu panjang maka pembaca sukar untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. Begitu juga sebaliknya, jika penjelasan terlalu ringkas sukar untuk pembaca memahami apa yang ingin disampaikan atau berkemungkinan pembaca akan membuat tafsiran yang berbeza daripada maksud sebenar penulis. Setiap maklumat harus diolah dengan jelas tanpa diulang-ulang. Kertas kerja yang dihasilkan perlu ringkas, tepat dan padat sesuai dengan tujuan penghasilan kertas kerja tersebut.

iii. Penggunaan laras yang betulLaras bahasa ialah variasi bahasa yang mempunyai cirri-ciri khusus dalam penggunaannya mengikut bidang. Hal ini termasuk pemilihan kata, frasa, ayat, khalayak dan bidang yang diperkatakan. Walaupun pada umumnya penulisan kertas kerja menggunakan laras bahasa formal, namun dalam penghasilan kertas kerja tertentu penggunaan laras yang betul amat penting. Semasa menghasilkan kertas kerja seminar misalnya, penggunaan laras yang tepat mengikut bidang akan memudahkan khalayak memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penulis. Manakala bagi kertas kerja projek pula, laras bahasa umum sering digunakan. Oleh sebab itu, penulis juga perlu membuat pertimbangan tentang khalayaknya sebelum menulis.

iv. Keutuhan wacana dalam tulisan.Wacana merupakan satu satuan bahasa terlengkap dengan koheren dan kohesi tinggi yang berkesinambungan. Oleh sebab banyak maklumat yang terdapat dalam kertas kerja, maklumat itu perlu disusun sesuai dengan urutannya supaya idea yang ingin disampaikan dapat dipersembahkan secara teratur. Pertalian antara satu maklumat dengan yang lain akan menampakkan satu pola atau keseluruhan kertas kerja. Dengan itu pembaca akan mudah memahami idea yang ingin disampaikan. Selain itu, pemilihan kata dan susunan ayat yang digunakan dalam kertas kerja juga akan memperlihatkan kertas kerja itu sebagai satu kesatuan yang utuh.

v. Ketekalan penulisan.Untuk menghasilkan kertas kerja yang baik, bentuk penulisan harus dipersembahkan dalam bentuk yang tekal dan konsisten terutama dari segi ejaan. Ejaan perkataan sama yang berbeza-beza dalam satu kertas kerja memperlihatkan ketidaktelitian penulis khususnya dalam membuat penyemakan terakhir. Selain itu, bahagian subtajuk yang terdapat dalam kertas kerja perlu ditulis dalam format yang sama terutama daripada segi membuat indent atau jarak tepi. Ketekalan bentuk akan memudahkan pembaca membuat rujukan dan kertas kerja tersebut akan kelihatan kemas.

vi. Penomboran yang sesuai.Penomboran juga penting dalam penulisan kertas kerja kerana terdapat beberapa tajuk kecil yang perlu ada dalam satu kertas kerja. Penulis perlu menyusun maklumat dengan susunan yang sesuai dan memberikan penomboran. Penulis perlu memikirkan pembahagian tajuk-tajuk kecil tersebut supaya tidak terlalu banyak tajuk kecil yang disenaraikan. Begitu juga pecahan-pecahan bagi tajuk kecil tersebut. Berilah penomboran yang sesuai supaya bahagian-bahagain tertentu mudah dirujuk.

vii. Maklumat yang lengkap.Kertas kerja biasanya mengandungi maklumat yang banyak terutama bagi kertas kerja projek. Oleh sebab itu, penulis digalakkan untuk membuat rujukan atau semakan dengan pihak-pihak tertentu supaya maklumat yang diperlukan tidak tertinggal. Pandangan daripada pihak-pihak lain akan dapat melengkapkan lgi kertas kerja yang kita sediakan. Kertas kerja yang telah lengkap sepatutnya dapat menjawab persoalan-persoalan yang berkaitan. Jika maklumat yang perlu tidak terdapat dalam kertas kerja mungkin penulis perlu melakukan penambahbaikan agar kertas kerja yang akan dikemukakan mendapat kelulusan.

viii. Kepanjangan yang sesuai.Sesebuah kertas kerja yang baik tidak semestinya panjang. Bergantung kepada tujuan, khalayak, perkara yang diperkatakan, peruntukan kewangan dan sebagainya, penulis boleh merangka kepanjangan yang sesuai bagi kertas kerja tersebut. Bagi tajuk-tajuk tertentu, kertas kerja yang disediakan tidak perlu panjang kerana khalayak mudah memahaminya sedangkan mungkin untuk tajuk-tajuk yang lain penulis perlu memberi penjelasan yang lebih terperinci. Panjang atau pendek sesuatu kertas kerja bergantung kepada jenis kertas kerja dan tujuannya.

Untuk mengelakkan kertas kerja yang dihasilkan menjadi terlalu panjang, penulis perlu menggunakan halaman lampiran untuk menyampaikan maklumat tambahan yang mungkin diperlukan untuk menjelaskan tentang sesuatu perkara yang dinyatakan dalam kertas kerja tersebut. Bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu kertas kerja mungkin boleh dikemukakan dalam bentuk lampiran. Dengan ini, kertas kerja yang dihasilkan tidak terlalu panjang atau tebal.

PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA PROJEK

2.0 Pengenalan

Dalam Mengurus Majlis dan Acara Rasmi (2008: 14) menyatakan bahawa kertas kerja sangat penting kerana ia adalah sebuah dokumen yang disediakan secara lengkap berkenaan acara yang sudah dirancang supaya dilaksanakan. Tujuan umum kertas kerja menurut Maimunah (1993), ialah mengeluarkan idea-idea dan data tertentu mengenai sesutu tajuk kepada sasaran tertentu; menambahkan pengetahuan tertentu kepada sasaran; dan menggalakkan perbincangan, diskusi serta penyelidikan susulan dalam bidang-bidang tertentu.

Draf kertas kerja perlulah diserahkan terlebih dahulu untuk disemak dengan teliti bagi menentukan cadangan-cadangan yang dikemukakan boleh diluluskan atau sebaliknya. Oleh itu, kertas kerja haruslah kemas dan sistematik kerana ia merupakan antara faktor atau instrumen penting sesebuah program atau aktiviti yang ingin dilaksanakan itu diluluskan.

Kertas kerja yang kemas bukan sahaja memudahkan pihak atasan mengetahui maklumat penting mengenai sesebuah program itu cuba diadakan tetapi menunjukkan kekredibilitian seseorang guru dalam membuat perancangan. Justeru, untuk menyediakan kertas kerja projek seharusnya mengikut panduan dan format yang sering digunakan yang kemas, bersistematik dan tanpak profesional.

2.1 Format/ Konsep Kertas Kerja Projek

Menurut Samsudin Wahab dalam bukunya Mengurus Majlis dan Acara Rasmi (2008: 15) dinyatakan bahawa tidak ada satu format khusus dalam menyediakan kertas kerja. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada objektif penyediaan kertas kerja tersebut. Ciri-ciri penulisan kertas kerja projek ini ada dinyatakan oleh beberapa orang penulis antaranya ialah Nuraini Yusoff, Samsudin Wahab dan Ab. Rahman Ab. Rashid. Ciri-ciri yang dinyatakan Nuraini Yusoff dalam Penulisan Berformat (1990: 100) dilihat sama dengan Ab. Rahman Ab. Rashid, et al., (2003: 309), Dalam Pengajian Melayu 1 yang menyatakan kertas kerja projek mengandungi ciri-ciri berikut:2.1.1 Tajuk/ Nama acara

Tajuk sesuatu kertas kerja bergantung kepada tujuan kertas kerja dibuat dan hendaklah meliputi segala idea utama yang hendak disampaikan. Tajuk kertas kerja perlu ringkas, sebaik-baiknya tidak melebihi 15 patah perkataan.

2.1.2 Rasional

Rasional atau abstrak lebih kepada penyataan ringkas tujuan atau sebab sesuatu program atau acara itu cuba dilaksanakan. Rasional atau abstrak ini menurut Bahasa Melayu Komunikasi: Komunikasi Menulis (2003: 159) seelok-eloknya ditulis tidak melebihi 200 patah perkataan. Menurut Nuraini Yusoff dalam Penulisan Berformat (1990: 100) pula ia memadai antara 100 hingga 150 patah perkataan.

2.1.3 Objektif

Objektif ialah tujuan atau matlamat yang ingin dicapai dalam program yang cuba dianjurkan. Objektif lebih merupakan idea penulis kertas kerja dan menentukan daya penarik kepada audien untuk mendengar dan menilai isi kertas kerja tersebut.

Objektif ditulis dalam bentuk pecahan yang menggunakan nombor seperti 1.1.1, 1.1.2, 1.1.3 dan seterusnya.

2.1.4 Jangka Masa

Jangka masa ialah tempoh pelaksanaan sesebuah program itu diadakan. Ia bergantung kepada berapa banyak aktiviti yang ingin dilaksanakan. Ada program yang hanya memakan masa sehari dan ada juga sampai seminggu dan sebulan. Contohnya, Sambutan Bulan Kemerdekaan yang biasanya akan berlangsung selama sebulan.

2.1.5 Kumpulan sasaran

Kumpulan sasaran merujuk kepada mereka yang difikirkan sesuai menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Jika di sekolah sekalipun, tidak semua pelajar terlibat dalam sesebuah program atau acara yang dilangsungkan di sana. Kadang kala, ianya hanya melibatkan pelajar tahap satu dan adakalanya hanya melibatkan pelajar tahap dua. Jika di universiti atau pusat-pusat pengajian tinggi lain, kumpulan sasaran sesuatu program mungkin mengikut kesesuaian kursus. Contohnya, Pertandingan reka cipta mungkin para pesertanya dikhususkan kepada pelajar jurusan seni reka bentuk. Namun, program yang berbentuk ceramah dan forum mungkin kumpulan sasaran ialah semua pelajar.

2.1.6 Andaian-andaian halangan yang mungkin timbul semasa membuat kajian / projek.

Andaian-andaian ini harus dinyatakan supaya pihak terbabit dapat membantu dan memahami situasi tersebut apabila ianya benar-benar terjadi. Sebagai contoh, mikrofon tidak berfungsi, sistem audio terganggu dan sebagainya. Justeru, pihak berkenaan pastinya dapat memberikan saranan dan langkah proaktif yang dapat membantu melancarkan perjalanan program.

2.1.7 Sumber Kewangan

Perihal kewangan sememangnya sangat penting dan perlu dinyatakan dengan sejelas-jelasnya oleh penulis. Kegagalan dalam mendapatkan kelulusan pelaksanaan sesebuah program selalunya disebabkan oleh faktor kewangan. Justeru, anggaran kos perbelanjaan terhadap sesebuah program harus relevan. Sumber kewangan, jika di sekolah biasanya daripada koperasi sekolah dan bendahari PIBG. Di IPT pula, sumber kewangan biasanya daripada stor utama institut, peruntukan yang sedia ada, tajaan daripada agensi tertentu dan lain-lain.

2.1.8 Penubuhan Jawatankuasa

Setiap program yang dilaksanakan semestinya harus mempunyai struktur organisasi pelaksana yang lengkap. Ahli jawatankuasa adalah orang yang telah dipertanggungjawabkan terhadap sesuatu tugas yang telah ditetapkan. Biasanya ia akan diketuai oleh penasihat yang terdiri daripada orang atasan sesebuah institusi seperti Guru Besar, Pengetua, Pengarah dan sebagainya.

2.1.9 Menentukan jadual tugasan

Penentuan jadual tugasan dilakukan supaya tindakan atau perjalanan program mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan sebagai garis panduan untuk dirujuk oleh ahli jawatankuasa. Ia juga bertujuan supaya proses-proses seperti penyediaan tempat, permohonan menggunakan dewan, alatan dan sebagainya telah dilakukan mengikut waktu yang telah ditetapkan demi kelancaran dan kesempurnaan perjalanan dalam usaha menganjurkan program, majlis atau acara rasmi lain.

2.1.10 Pelaksanaan

Pelaksanaan atau juga dikenali sebagai modus operandi ialah perihal mengenai kaedah atau tatacara pelaksanaan sesebuah program yang ibgin dianjurkan. Ianya meliputi dari aspek pelaksanaan dalam pengurusan majlis, pengacaraan, kehakiman (jika program itu berbentuk pertandingan) dan sebagainya.

2.2 PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA PROJEKMengikut Ab. Rahman Ab. Rashid, et al., dalam Pengajian Melayu 1, sebelum kertas kerja ditulis, penulis perlu melakukan tindakan-tindakan berikut:

2.2.1 Mengenal pasti audien

Dalam proses menghasilkan kertas kerja, penulis harus mengkaji kumpulan sasaran atau audien yang merupakan khalayak langsung dan serta-merta terlibat dalam program yang cuba dilaksanakan. Sasaran juga terdiri daripada pembaca umum kertas kerja tertentu. Justeru, pertimbangan yang sewajarnya perlu diambil kira dan diteliti terhadap kumpulan sasaran tersebut sebelum menulis sesebuah kertas kerja.

2.2.2 Mengenal pasti bentuk penulisanPenulisan kertas kerja terdapat dalam beberapa bentuk, iaitu:

i. Kertas kerja bagi tujuan memberi panduan menerokai bidang-bidang pengetahuan baharu merupakan kertas kerja berbentuk tinjauan.ii. Kertas kerja bagi tujuan memberi penerangan terperinci tentang sesuatu merupakan kertas kerja berbentuk deskriptif.iii. Kertas kerja bagi tujuan memberi penjelasan terhadap sesuatu kejadian yang berlaku adalah kertas kerja yang berbentuk penjelasan.iv. Kertas kerja bagi tujuan mencadangkan tindakan-tindakan tertentu adalah berbentuk perumusan.

2.2.3 Mengenal pasti bahasa yang digunakan

Dalam menyediakan sesebuah kertas kerja, aspek tatabahasa dan gaya penulisan harus dipatuhi oleh penulis. Penulis perlu mengikut gaya penulisan kertas kerja yang meliputi aspek-aspek berikut:

i. KeseragamanKeseragaman dari segi ejaan, tanda baca dan cara menulis petikan. Dalam menyediakan kertas kerja yang memenuhi aspek ini, penulis harus sentiasa merujuk kamus.

ii. Keboleh bacaanIaitu memilih perkataan, istilah, laras dan wacana yang sesuai dengan latar belakang pengetahuan dan pendidikan audien.

iii. Memenuhi kehendak pembacaPenulisan kertas kerja seharusnya menggunakan bahasa yang bersahaja tetapi jelas maksudnya, tidak terlalu meleret-leret dan berbunga-bunga.

2.2.4 Mengenal pasti teknik penulisan

Kertas kerja hendaklah ditaip langkau dua baris. Petikan-petikan yang melebihi dua baris hendaklah diketengahkan dan ditaipkan dengan langkau satu baris. Panjang setiap kertas kerja seelok-eloknya tidak melebihi 4000 patah perkataan.

2.2.5 Mengenal pasti bahagian-bahagian kertas kerja

Bahagian-bahagian umum dan lazim kertas kerja sebenarnya telah dinyatakan di atas dalam konsep/ format kertas kerja (Rujuk nota 2.1). Bahagian utama merupakan bahagian yang meliputi aspek-aspek penting dalam kertas kerja yang dipecah-pecahkan kepada bahagian-bahagian kecil.

Maklumat tambahan yang ingin dinyatakan ialah kertas kerja mempunyai bahagian penutup yang memuatkan rumusan atau saranan. Bahagian lampiran meliputi rujukan (mengikut kesesuaian), gambar rajah, glosari dan sebagainya.

BAB 3:KERTAS KERJA PROJEK BAHASA DI SEBUAH SEKOLAH

KERTAS KERJAPERTANDINGAN SKETSA: SEJARAH MEMBINA JATI DIRI BANGSASEMPENA BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2009SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI OMAR TAHIR, 08100 BEDONG, KEDAH.

1.0 PengenalanDalam menghadapi era ledakan maklumat dan informasi ini, pelbagai gejala melanda dan menyelusur masuk dalam jiwa dan sanubari masyarakat kita khususnya golongan remaja dan kanak-kanak yang meningkat dewasa. Dalam kemewahan dan kesenangan hidup yang dicapai, membuatkan mereka bertambah lupa kepada sejarah keperitan negara sebelum merdeka. Mereka celik tanpa melihat penduduk negara ini hidup dalam ketakutan gara-gara keganasan dan kekejaman komunis, pondok-pondok kecil yang menjadi tempat berteduh dibakar tanpa rasa belas, kanak-kanak perempuan dan golongan wanita menjadi mangsa pemuas nafsu tanpa rela dan pelbagai lagi tragedi menyayat hati.

Justeru, atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan berintegriti, Panitia Bahasa Melayu sekolah ini merancang untuk menganjurkan sebuah program yang bertajuk Pertandingan Sketsa: Sejarah Membina Jati Diri Bangsa yang bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara yang ke-52 supaya para pelajar sedar akan kepentingan dan tanggungjawab mereka sebagai pewaris negara dalam mempertahan dan mengekalkan kemerdekaan negara yang kini sudah berusia melebihi setengah abad lamanya.

Kebebasan dan keamanan yang dimiliki boleh dirampas oleh kuasa asing sekiranya masyarakat negara ini alpa dengan budaya hedonisme yang dibawa Barat. Oleh itu, program pertandingan sketsa ini haruslah direalisasikan demi kepentingan dan kemaslahatan bersama.

2.0 RasionalTujuan utama penyediaan kertas kerja ini adalah diharapkan dengan penganjuran program ini dapat menghidup dan menyemarak semangat patriotisme dalam diri masyarakat khususnya golongan pelajar yang dilihat penghayatnnya semakin hari semakin luntur. Pertandingan sketsa yang bertemakan Sejarah membina jati diri bangsa ini dilihat begitu relevan dengan keperluan semasa yang semakin mendesak supaya institusi pendidikan berperanan lebih luas. Ia dilaksanakan selama sehari iaitu cadangan tarikh pada 20 Ogos 2009 dan bertempat di Dewan Besar S.K.H.O.T. Penyertaan terhad kepada murid tahap dua (7 orang satu kumpulan).

3.0 Nama ProgramPertandingan Sketsa: Sejarah Membina Jati Diri Bangsa

4.0 TemaSejarah Membina Jati Diri Bangsa

5.0 Objektif Program5.1 Menimbulkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan mempertahankan kemerdekaan melalui unsur kesenian (seni persembahan).5.2 Memperkembangkan potensi dan bakat pelajar serta memberi keyakinan diri kepada pelajar dalam berhadapan dengan orang ramai.5.3 Mengisi masa pelajar dengan aktiviti yang menarik dan bermanfaat bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan yang Ke-52.5.4 menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar melalui mesej yang disampaikan dalam sketsa yang dipersembahkan.

6.0 Tarikh dan waktu cadanganTarikh: 20 Ogos 2009Masa : 7.45 pagi hingga 12.30 tengah hari

7.0 AnjuranPanitia Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Haji Omar Tahir.8.0 Kumpulan SasaranMurid Tahap Dua (Tahun 4, 5 dan 6) S.K.H.O.T

9.0 Cadangan program-tempat9.1 Dewan BesarS.K. Haji Omar Tahir, 08100 Bedong, Kedah.9.2 Majlis Jamuan di KantinS.K. Haji Omar Tahir, 08100 Bedong, Kedah.

10.0 Ahli JawatankuasaRujuk Lampiran A

11.0 Tentatif ProgramRujuk Lampiran B

12.0 Sumber KewanganRujuk Lampiran C

13.0 Senarai Peralatan yang diperlukanRujuk Lampiran D

14.0 Penentuan Jadual Tugasan

Tarikh Perkara Tindakan20.07.2009 Mesyuarat pelantikan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Sketsa: Sejarah Membina Jati Diri Bangsa. Semua ahli Panitia Bahasa Melayu SKHOT01.08.2009 Proses penyediaan kertas kerja. Setiausaha Program07.08.2009 Proses penyediaan tempat dan peralatan serta publisiti. Semua AJK Pelaksana20.08.2009 Hari Pertandingan. Semua AJK Pelaksana

15.0 Modus Operandi15.1 Setiap ahli jawatankuasa telah diberi tugasan seperti yang dilampirkan pada Lampiran A dan masing-masing memahami portfolio tugas masing-masing yang perlu dilaksanakan.15.2 Pertandingan sketsa ini terhad kepada pelajar tahap dua sahaja.15.3 Pertandingan diadakan sebanyak dua sesi iaitu sesi 1 dan sesi 2 dan diadakan di dewan besar sekolah.15.4 Persembahan dihadkan selama 8 minit sahaja.15.5 Pemenang dinilai kepada tiga aspek iaitu kreativiti persembahan, bahasa dan isi. Keputusan hakim adalah muktamad.15.6 Berikut adalah lakaran kedudukan pentas dan dewan semasa hari pertandingan.

Petunjuk:

16.0 PenutupDiharapkan agar pihak tuan dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya dan meluluskan agenda murni yang telah Panitia Bahasa Melayu sekolah ini rancangkan agar dapat melahirkan modal insan yang mampu membawa negara ke peringkat global. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA

Disediakan oleh,

(ABDUL SHARIL HAZRI BIN NORDIN)Setiausaha,Pertandingan Sketsa,Sempena Bulan Kemerdekaan 2009,S.K. Haji Omar Tahir, Bedong, Kedah.