definisi nisbah emas

Upload: cheng-qing-rui

Post on 08-Jul-2015

1.296 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Apakah itu Nisbah Emas dan Sejarahnya Nisbah Emas merupakan satu nisbah, di mana ia meliputi nisbah bagi satu garis ( atau segi empat) yang dibahagikan kepada dua bahagian yang tidak sama. Nisbah bagi bahagian yang kecil kepada seluruh rajah adalah sama bagi nisbah bahagian yang besar kepada seluruh rajah. Atau dalam istilah matematiknya:

Nisbah Emas merupakan satu nombor yang tidak terhingga 1.61803...... . Nisbah emas telah mempersonakan intelektual Barat terhadap kepentingan pelbagai selama sekurang-kurangnya 2,400 tahun. Menurut Mario Livio, segolongan yang mempunyai minda yang hebat dalam matematik tanpa mengira umurnya, telah menghabiskan berpuluhan jam di atas nisbah mudah dan sifatnya. Nisbah Emas tidak terbatas hanya untuk ahli matematik. ahli biologi, seniman, ahli muzik, sejarah, arkitek, ahli psikologi, dan juga mistik. Malah, Nisbah Emas telah memberi inspirasi kepada pemikir dari pelbagai bidang dalam sejarah matematik. Ahli matematik zaman Yunani purba merupakan orang yang mula -mula menkaji apa yang kini kami panggil nisbah emas kerana kekerapannya ia muncul dalam geometri. Pembahagian satu garis kepada nisbah yang melampau dan bermakna adalah penting dalam geometri tetap pentagrams dan pentagon biasa. Orang Yunani biasanya mengaitkan penemuan konsep ini kepada Pythagoras atau pengikutnya. Pentagram biasa, yang mempunyai pentagon sekata yang tertulis di dalamnya, adalah simbol Pythagorea.. Euclid (300SM) telah berjaya mempelopori bidang Geometri dan berjaya mencetuskan idea pertama penemuan Nisbah Emas. Walaupun pada masa itu ia tidak dikenali sebagai Nisbah Emas, namun konsep yang diperkenalkan tetap sama. Nisbah Emas bukan sahaja banyak digunakan dalam matematik malahan ia juga banyak diaplikasikan dalam bidang kesenian dan alam semula jadi. Sejarah moden Nisbah Emas bermula dengan Luca Pacioli'S De Divina proportione (1509) yang menarik imaginasi artis, arkitek, saintis, dan mistik dengan sifat-sifat, matematik dan Nisbah Emas.

Nisbah Emas dalam Seni Lukisan Tentu anda semua mengenali lukisan Mona Lisa yang sangat terkenal dengan kehalusan seninya sentuhan pelukis terkenal Leonardo da Vinci. Hari ini, Mona Lisa masih merupakan antara lukisan terbaik dalam sejarah seni lukis. Namun tahukah anda da Vinci telah mengapliksikan teori Nisbah Emas dalam hasil karya agung beliau, Mona Lisa? Bagaimana Nisbah Emas diaplikasikan oleh da Vinci dalam Mona Lisa? Cuba anda semua perhatikan lukisan Mona Lisa di bawah.

Daripada gambar di atas, jelas menunjukkan beberapa aplikasi Nisbah Emas dalam seni lukisan da vinci. Antaranya ialah: Jarak di antara pangkal leher ke pusat anak mata Mona Lisa dan dari pangkal leher ke bahagian atas dahi. Jarak di antara bahagian kanan muka ke bahagian kanan pumcak hidung dan tinggi muka dari titiik tersebut. Jarak antara bawah dagu ke bawah bibir dan dari bawah dagu ke bawah hidung

Nisbah Emas Pada Tubuh Manusia Hubungan kesesuaian "ideal" yang dikemukakan ada pada pelbagai bahagian tubuh manusia rata-rata dan yang mendekati nilai nisbah emas dapat dijelaskan dalam sebuah bahagian umum sebagaimana berikut: Nilai perbandingan M/m pada diagram berikut selalu setara dengan Nisbah emas. M/m = 1.618j

Contoh pertama dari Nisbah Emas pada tubuh manusia rata-rata adalah jika antara pusar dan telapak kaki dianggap berjarak 1 unit, maka tinggi seorang manusia setara dengan 1.618 unit. Beberapa nisbah emas lain pada tubuh manusia rata-rata adalah: Jarak antara ujung jari dan siku / jarak antara pergelangan tangan dan siku, Jarak antara garis bahu dan unjung atas kepala / panjang kepala, Jarak antara pusar dan ujung atas kepala / jarak antara garis bahu dan ujung atas kepala, Jarak antara pusar dan lutut / jarak antara lutut dan telapak kaki.

Nisbah Emas Pada Lengan

Nisbah jarak di antara siku ke pergelangan tangan dengan pergelangan tangan ke ke hujung jari hantu adalah 1.618.

Nisbah Emas Pada Paru-Paru

Dalam sebuah penelitian yang dilakukan antara tahun 1985 dan 1987, fisikawan Amerika B. J. West dan Dr. A. L. Goldberger menemukan keberadaan rasio emas pada struktur paru-paru. Salah satu ciri jaringan bronkia yang menyusun paru-paru adalah susunannya yang asimetris. Misalnya, pipa saluran udara yang bercabang membentuk dua bronkia utama, satu panjang (bronkia kiri) dan yang kedua pendek (bronkia kanan). Percabangan asimetris ini terus berlanjut ke percabangan-percabangan bronkia selanjutnya. Telah dipastikan bahwa pada seluruh percabangan ini perbandingan antara bronkia pendek terhadap bronkia panjang selalu bernilai 1/1,618.

Nisbah Emas dan Seni Bina Nisbah Emas dalam seni bina? Persoalan ini masih terus menjadi tanda tanya jika kita tidak meneliti atau menghalusi setiap hasil seni bina dunia yang menakjubkan seperti piramid, taj mahal dan sebagainya. Cuba kita fikirkan bagaimana bangunan sekukuh piramid dan seindah taj mahal dibina tanpa menggunakan teknologi secanggih hari ini? Aplikasi NIsbah Emas merupakan salah satu elemen penting bagi keunikan serta keseimbangan seni bina terdahulu. Namun, bagaimanakah Nisbah Emas diaplikasikan dalam seni bina? Nisbah Emas telah digunakan bagi menghasilkan sebuah seni bina yang kukuh dan cantik. Cuba anda perhatikan keunikan aplikasi Nisbah Emas dalam seni bina berabad-abad dahulu.

Masyarakat Greek Kuno mengenali Nisbah Emas sebagai "dividing a line in the extreme and mean ratio" dan ia telah digunakan secara meluas untuk keindahan dan keseimbangan bangunan Parthenon dan seni bina yang lain.

Di India, kita ketahui bahawa Taj Mahal (1648) merupakan sebuah tanda cinta agung Shah Jehan terhadap isterinya Mumtaz Mahal. Namun tahukah anda bahawa keunikan seni bina Taj Mahal turut mengapliksikan Nisbah Emas dalam pembinaannya? Cuba kita perhatikan gambar rajah di bawah yang menunjukkan setiap bahagian penggunaan Nisbah Emas. Nisbah Emas menjadikan Taj mahal nampak cantik dan unik dengan keseimbangan yang begitu indah pada pandangan mata.

Hari ini, aplikasi Nisbah Emas dalam kesenian bukan hanya menjadi sejarah namun ia masih giat diaplikasikan. Namun kepentingan sejarah penemuan Nisbah Emas daripada manusia ahli matematik terdahulu tetap dijadikan sebagai aspirasi. Bukan sahaja dalam kesenian malahan Nisbah Emas banyak digunakan dalam pelbagai cabang bidang seperti biologi.