definisi pngkurn, ujian, pnlaian

27
TOPIK 5 PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Upload: noraishah-rapani

Post on 11-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BAB1

TRANSCRIPT

  • TOPIK 5

    PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

  • 5.1 DEFINISI, TUJUAN DAN CIRI-CIRI PENILAIAN DAN PENGUKURAN

    Penilaian ialah satu prinsip untuk mengukur pencapaian secara sistematik.

    Bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif, penilaian memainkan peranan yang penting.

    Perlulah sentiasa dilakukan kerana keberkesanan sesuatu proses pedagogi diketahui setelah penilaian dibuat.

  • 5.1.1 Definisi Penilaian dan Pengukuran

    Penilaian boleh didefinisikan adalah satu proses yang berupaya memberikan maklumbalas terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran murid serta dapat membantu guru dan murid meletakkan asas keberkesanan pengajaran.

    Pengukuran boleh ditafsirkan sebagai satu kaedah yang bertumpu kepada pemerolehan keputusan yang bersifat angka atau kuantitatif.

  • 5.1.1 Definisi Penilaian dan Pengukuran

    Penilaian di bahagikan kepada tiga kumpulan:

    1. Penilaian Serta-merta- dijalankan semasa pengajaran berlaku di dalam kelas.- melalui kaedah penilaian pemerhatian tidak balas dan kerja harian pelajar guru

    dapat menilai sama ada pelajar dapat memahami pelajaran yang hendak disampaikan.

  • 5.1.1 Definisi Penilaian dan Pengukuran

    2. Penilaian Kemajuan

    - dijalankan selepas beberapa kemahiran diajar.- bertujuan mengesan penguasaan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran yang telah didedahkan.- maklum balas penilaian dicatatkan dalam buku laporan prestasi dari semasa ke semasa.

  • 5.1.1 Definisi Penilaian dan Pengukuran

    3. Penilaian Pencapaian

    - diadakan selepas beberapa unit pembelajaran disampaikan.- markah yang diperolehi oleh pelajar ditukar menjadi gred- dicatat dalam buku rekod profil.- dijalankan pada hujung penggal persekolahan.

  • 5.1.2 Tujuan Utama Penilaian dan Pengukuran

    dalam Pendidikan Jasmani1. Menentukan aras kemampuan murid2. Tumpuan kepada murid.3. Meransang dan memotivasikan murid.4. Menilai keberkesanan pelaksanaan

    pengajaran dan pembelajaran.5. Membantu dalam proses dokumentasi

    dan penyelidikan.6. Menentukan kumpulan murid

    berasaskan kebolehan.

  • 5.1.3 Ciri-Ciri Penilaian dan Pengukuran yang

    BaikDua aspek penting dalam penilaian dan Pendidikan Jasmani, iaitu:

    1. Apakah jenis yang akan digunakan seperti penilaian berasaskan kriteria (criterion-reference measurement) atau penilaian berasaskan norma (norm-reference).

    2. Mengetahui apakah kriteria utama yang memastikan kebolehpercayaan dan kesahan terhadap sesuatu ujian.

  • 5.2 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

    Terdapat dua jenis ujian yang akan dibincangkan dalam topik ini:

    1. Ujian berasaskan kriteria

    2. Ujian berasakan norma

  • 5.2.1 Ujian Berasaskan Kriteria

    Ujian jenis ini akan digunakan apabila guru ingin menilai tahap prestasi kemajuan muridnya.

    Keputusan yang diperolehi dari ujian ini tidak akan dibandingkan dengan prestasi kemajuan murid lain.

    Selalunya ianya digunakan bagi menilai tahap kecergasan berkaitan kesihatan.

    Contoh 1Dalam ujian larian 2.4km murid perlu memenuhi syarat yang ditetapkan seperti tamat dalam lingkungan 13:00 minit misalnya. Jika dalam ujian bertulis Pendidikan Jasmani murid perlu menjawab dengan betul sekurang-kurangnya 80% dari sekolah yang ada.

  • 5.2.2 Ujian Berasaskan Norma

    Ujian ini digunakan apabila guru yang ingin mentafsir kemajuan prestasi dalam satu-satu ujian dan ianya berupaya membandingkan keputusan dikalangan murid dalam satu darjah ataupun kumpulan.

    Perbandingan ini dilakukan berdasarkan norma yang berupaya membandingkan keputusan di antara satu sama lain.

    Sering digunakan untuk menentukan gred yang diperolehi oleh murid dalam satu-satu ujian.

  • Perbandingan antara Kedua Jenis Ujian(Jadual 5.1: Perbandingan antara Ujian Rujukan normal dengan Ujian Rujukan Kriteria)

    Ujian Rujukan Normal Ujian Rujukan Kriteria

    Penggunaan Membandingkan pencapaian dan keupayaan individu.

    Membandingkan pencapaian dengan kriteria yang telah ditetapkan

    KayuPengukuran

    Berdasarkan perbezaan pencapaian individu.

    Berdasakan pencapaian dengan kriteria yang telah ditetapkan.

    Disiplin Mempunyai disiplin matapelajaran yang luas.

    Tertumpu kepada tugasan pembelajaran yang terhad.

    Pelan Ujian Jadual penentuan yang umum digunakan.

    Kriteria terperinci ditentukan.

    Item Ujian Soalan disusun pada peringkat kesukaran yang berbeza.

    Semua soalan mempunyai peringkat yang sama.

    Pencapaian Diukur dari segi kedudukan dalam kumpulan.

    Jadual yang telah terbina digunakan untuk merujuk taraf pencapaian pelajar.

  • 5.2.3 Jenis-jenis Penilaian

    1. Penilaian Formatif

    - diguanakan bagi mengenalpasti perkembangan pembelajaran yang telah dilalui oleh murid semasa mereka mengikuti sebarang kelas pelajaran.

    - dapat membantu guru membimbing pelajar yang agak ketinggalan supaya dapat dipertingkatkan kemajuannya secara tersusun.

  • 5.2.3 Jenis-jenis Penilaian (Penilaian Formatif)Contoh 1Ketika guru sudah mengajar kemahiran sukan seperti tendangan asas dalam permainan bola sepak. Sebelum guru beralih kepada

    kemahiranasas seterusnya guru akan bertindak menguji semula latihan asasyang telah diberikan. Jika guru telah berpuashati bahawa kemahirantersebut telah dikuasai oleh murid maka guru boleh beralih kepadakemahiran seterusnya berdasarkan maklumat ujian yang telahdilaksanakan oleh guru itu sebelumnya. Jika keputusan yang diterimasebaliknya guru boleh mengulangkaji dan menambah latih tubikemahiran itu ataupun bertindak memodifikasikan cara latihan yangsedang diamalkan.

    Contoh 2Guru telah mengajar sesuatu topik yang berkaitan seperti keselamatanketika beraktiviti dan guru telah memperjelaskan semua isi kandunganpelajaran, guru boleh bertindak menguji secara lisan bagi melihat timbal-balas akan aras kefahaman murid.

  • 5.2.3 Jenis-jenis Penilaian

    2. Penilaian Sumatif

    - penilaian jenis ini sering digunakan pada peringkat akhir sesuatu topik pengajaran.- sering dilaksanakan apabila sudah tiba akhir penggal persekolahan atau sudah berada pada peringkat akhir persekolahan.- tujuan utama penilaian ini dilaksanakan bagi mengetahui tahap penguasan dan pencapaian murid bagi satu kelas atau kumpulan.- adalah berbentuk permarkahan yang

    mengutamakan aras gred atau diberikan pangkat kepada pencapaian yang dikuasai oleh murid.

  • 5.2.3 Jenis-jenis Penilaian (Penilaian Sumatif)Contoh 1Diakhir sesuatu pengajaran seperti kemahiran sukan hoki murid telah diajar semua kemahiran berkaitan, bagi tujuanpenilaian guru boleh melaksanakan satu permainan hokibagi menilai akan kemampuan penguasaan oleh murid.Guru boleh menilai pelajar berasaskan gred yang bolehdigunakan seperti Baik, Sederhana dan Lemah.

    Contoh 2Menggunakan penilaian berbentuk bertulis bagi mengujikefahaman murid pada akhir penggal. Soalan yangberbentuk objektif boleh digunakan dan ianya perlumeliputi semua topik pengajaran. Setelah pelajarmenduduki ujian ini guru boleh memeriksa jawapan muriddan seterusnya menetapkan kemahiran murid berasaskanmarkah yang berjaya diperolehi oleh murid.

  • 5.3 ASPEK PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANIBidang Perkara Dinilai SyaratFizikal Tahap Kecergasan Menilai kemajuan dalam meningkatkan tahap

    kecergasan.

    Psikomotor

    Pemainan Menilai sekurang-kurangnya 2 aktiviti pemainan setahun.

    OlahragaMenilai sekurang-kurangnya 1 acara olahraga yang menliputi 3 bidang iaitu larian, balingan dan lompatan.

    Pendidikan PergerakanMenilai sekurang-kurang 1 pendekatan setahun.

    Kognitif

    Ujian 80% markah bahagian kesihatan dan 20% markah bahagian jasmani.

    FolioMenilai sekurang-kurangnya rekod amalan kecergasan murid, tugasan dan penjadualan masa.

    Afektif Amalan NilaiMeliputi semua amalan nilai dalam bidang fizikal dan psikomotor, pengetahuan nilai dalam kognitif dan pemerhatian guru.

  • 5.3.1 Aspek Penilaian Tahap Fizikal

    Kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua jenis:

    1. Kecergasan berkait dengan kesihatan

    2. Kecergasan berkait dengan perlakuan motor

  • 5.3.1 Aspek Penilaian Tahap Fizikal(Rajah 5.1: Carta pecahan kecergasan jasmani)

    KECERGASANJASMANI

    PERLAKUAN MOTOR

    Kepantasan

    Ketangkasan

    Koordinasi

    Kuasa

    ImbanganMasa

    Tindakbalas

    KomposisiBadan

    KESIHATAN

    Kelenturan/Fleksibiliti

    Daya TahanKardiovaskular

    Daya Tahan Otot

    Kekuatan Otot

  • 5.3.2 Kecergasan Fizikal Berkait dengan Kesihatan

    Dapat membantu seseorang individu itu bergerak dengan lebih mudah, efisien dan membantu melakukan tugasanharian dengan cekap dan dengan penggunaan tenagayang minimum. Antara komponen tersebut adalah:

    1. Daya Tahan Kardiovaskular (Cardiovascular Endurance)- satu elemen kecergasan yang bertumpu kepada fungsi kelicinan sistem jantung dan fungsi peredaran darah seseorang individu.- mempunyai perkaitan yang rapat dengan sistem respiratori yang berfungsi membekalkan oksigen dalam tubuh badan supaya kerja yang melibatkan jangka masa yang agak panjang dapat diharungi dengan baik.

  • 5.3.2 Kecergasan Fizikal Berkait dengan Kesihatan

    2. Daya Tahan Otot (Muscle Endurance)- didefinisikan sebagai tahap keupayan individu melakukan kerja yang membebankan satu bahagian badan yang dilakukan secara berterusan.- contoh latihan memukul bola skuasy secara berulang-ulang.

    3. Kekuatan Otot (Muscle Strength)- keupayaan salah satu bahagian otot menghasilkan

    daya (kerja) untuk mengharungi satu-satu rintangan.- kekuatan otot juga dapat mengelakkan atlet dari

    menerima kecederaan dan membantu menggandakan pergerakan serta memelihara postur yang baik.- contoh mengangkat dumbell yang berat dengan menggunakan tangan.

  • 5.3.2 Kecergasan Fizikal Berkait dengan Kesihatan

    4. Kelenturan Badan (Flexibility)- melibatkan keupayaan sesuatu sendi atau bahagian badan yang membolehkan sesuatu pergerakan dalam tempoh masa yang panjang dan sejauh mungkin dengan tidak sebarang melibatkan kecederaan kepada mana-mana bahagian otot.- contoh aktiviti duduk berlunjur sambil tangan cuba menjangkau hujung kaki.

    5. Komposis Badan (Body Composition)- ditentukan oleh kadar peratusan lemak berbanding yang bukan lemak (otot dan tulang).- lebihan peratusan lemak badan bakal menimbulkan masalah obesiti yang boleh menggugat tahap kecergasan seseorang individu.- senaman dan latihan jasmani adalah kaedah yang paling sesuai bagi individu yang ingin mencapai kadar komposis badan yang seimbang.

  • 5.3.3 Kecergasan Fizikal Berkait dengan Perlakuan Motor

    1. Kepantasan (Speed)- kemampuan seseorang individu melakukan pergerakan pantas dalam tempoh yang singkat.- berkait rapat dengan kekuatan otot dan masa tindakbalas.

    2. Kuasa (Power)- kemampuan otot menghasilkan daya atau pergerakan yang mendadak (explosive) dalam tempoh singkat.- contoh pukulan yang kencang dalam fasa pukulan badminton.

  • 5.3.3 Kecergasan Fizikal Berkait dengan Perlakuan Motor

    3. Ketangkasan (Agility)- kebolehan melakukan pergerakan yang berulang-ulang

    ke arah yang berbeza-beza dengan pantas dan efisien.- seseorang pemain yang tangkas berupaya melakukan

    penukaran posisinya ketika mengawal imbangan bola.

    4. Koordinasi (Coordination)- kebolehan seseorang individu menyelaraskan

    pergerakannya bagi mendapatkan tindakan yang diinginkan.

    - sebagai contoh memerhatikan bulu tangkis dan membuat pukulan balas.

  • 5.3.3 Kecergasan Fizikal Berkait dengan Perlakuan Motor

    5. Imbangan (Balance)- keupayaan seseorang individu mengimbangi dan mengekalkan keseimbangan badan ketika melakukan aktiviti pergerakan yang statik atau bergerak.- imbangan terdiri daripada dua iaitu statik dan dinamik.

    Masa Tindak Balas- adalah jangka masa yang diambil bagi seseorang individu bagi memulakan sesuatu

    tindakan atau pergerakan apabila ianya dirangsang untuk bertindak.

  • 5.4 ELEMEN DALAM PENGUKURANTerdapat 3 elemen yang diukur dalam Pendidikan Jasmani

    iaitu:

    Elemen psikomotor Elemen kognitif Elemen afektif

    5.4.1 Elemen Psikomotor - merupakan satu komponen yang dinilai oleh guru dalam Pendidikan Jasmani. - ianya amat berkait rapat kepantasan, kelenturan, daya tahan, koordinasi saraf otot dan imbangan.

  • 5.4 ELEMEN DALAM PENGUKURAN5.4.2 Elemen Kognitif

    Bertumpu kepada tahap kefahaman dan pengetahuan murid dalam kesemua topik dalam Pendidikan jasmani. Melalui ujian seperti ini guru perlu melihat murid-murid dari aspek kefahaman dan pengetahuan murid ketika murid

    sedang melaksanakan sesuatu bidang kemahiran. Murid juga perlu diterap dan dilatih untuk mentafsir, mengguna dan melaksanakan kemahiran berdasarkan teknik-teknik yang telah diajar oleh guru.

    5.4.3 Elemen Afektif Mengukur pencapaian pelajar dari segi sikap dan nilai memerlukan pungutan

    data dari pelbagai cara. Cara ini merangkumi pemerhatian tingkah laku pelajar sewaktu mereka terlibat dalam aktiviti tertentu, mendengar komen mereka dan meminta mereka untuk mengisi soal selidik.

    Alat penilaian yang digunakan untuk penilaian elemen afektif ialah:

    (i) Senarai semak, pemerhatian, tingkah laku pelajar-pelajar (ii) Rekod-rekod anekdot(iii) Temu duga(iv) Soal selidik aneka pilihan(v) Skala pemerhatian

    TOPIK 5 PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI 5.1 DEFINISI, TUJUAN DAN CIRI-CIRI PENILAIAN DAN PENGUKURAN5.1.1 Definisi Penilaian dan PengukuranSlide 4Slide 5Slide 6 5.1.2 Tujuan Utama Penilaian dan Pengukuran dalam Pendidikan Jasmani 5.1.3 Ciri-Ciri Penilaian dan Pengukuran yang Baik5.2 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN5.2.1 Ujian Berasaskan Kriteria5.2.2 Ujian Berasaskan Norma Perbandingan antara Kedua Jenis Ujian (Jadual 5.1: Perbandingan antara Ujian Rujukan normal dengan Ujian Rujukan Kriteria)5.2.3 Jenis-jenis Penilaian5.2.3 Jenis-jenis Penilaian (Penilaian Formatif)5.2.3 Jenis-jenis Penilaian 5.2.3 Jenis-jenis Penilaian (Penilaian Sumatif)5.3 ASPEK PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI5.3.1 Aspek Penilaian Tahap Fizikal 5.3.1 Aspek Penilaian Tahap Fizikal (Rajah 5.1: Carta pecahan kecergasan jasmani)5.3.2 Kecergasan Fizikal Berkait dengan KesihatanSlide 21Slide 225.3.3 Kecergasan Fizikal Berkait dengan Perlakuan MotorSlide 24Slide 255.4 ELEMEN DALAM PENGUKURANSlide 27